• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulasan Jurnal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ulasan Jurnal"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1

Ulasan Jurnal

Nilai-nilai Budaya dan Jurang Gender: Analisis Rentas-Negara (Cultural Values and Gender Gap: A Cross-national Analysis) oleh Hamid Yeganeh dan Diane May. 2011. USA: Emerald Group Publishing Limited. (26) halaman 106-121. Ulasan Oleh Ahmad Fahmi Bin Abd Karal.

Dunia pada abad ke-21 kini berhadapan dengan satu isu yang boleh dikatakan penting untuk dibincangkan. Isu gender yang melibatkan dua kaum khususnya lelaki dan wanita sering menjadi perbualan para cendekiawan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Layanan yang tidak sama rata sama ada dari segi politik, perniagaan, organisasi dan pendidikan dilihat menjadi pemisah kepada dua gender ini baik di negara yang miskin mahupun negara yang sudah mencapai status maju. Walau bagaimanapun, Bolzendalh dan Myers (2004), Hardford (2005), Norris dan Inglehart (2001) telah mengenal pasti pembangunan sosio-ekonomi, pemodenan, institusi serta latar belakang sejarah dan politik sebagai faktor utama yang menyebabkan ketidakseimbangan layanan wujud di antara dua jantina yang berbeza ini. Berdasarkan faktor-faktor inilah penulis iaitu, Hamid Yenageh dan Diane May membuat penilaian sama ada faktor-faktor nilai-nilai budaya turut mempengaruhi ketaksamarataan layanan berasaskan gender. Penulis juga beranggapan bahawa ketetapan dan peraturan yang dibuat melalui sesuatu budaya dalam masyarakat mempunyai implikasi penting dalam isu gender yang mempunyai jurang perbezaan.

Pendapat ini turut disokong oleh Inglehart dan Norris (2003) serta Norris dan Lovenduski (1995) walaupun kajian secara sistematik jarang dilakukan. Tambahan pula, kajian sedia ada yang menyentuh isu layanan yang tidak sama rata berasaskan gender ini banyak tertumpu kearah perbezaan jantina dalam berpolitik, kontrak buruh, saraan hidup serta kepimpinan. Oleh kerana

(2)

2

ketaksamaan gender dalam pelbagai aspek merupakan satu isu yang kompleks dan memerlukan pendekatan pelbagai dimensi, penghasilan jurnal oleh penulis merangkumi kesan nilai budaya ke atas semua sudut yang melibatkan wujudnya jurang di antara lelaki dan wanita. Hasilnya, penulisan ini amat penting dalam kajian sains sosial dari segi pengurusan dan organisasi, pendidikan, sains politik serta undang-undang antarabangsa secara teori mahupun praktikal. Di peringkat teori, penulis telah mengkaji kesan nilai budaya menggunakan pemboleh ubah ekonomi yang mendasari jurang gender. Sementara pada peringkat praktikal pula, penulis dapat membantu pembuat dasar untuk mengguna pakai strategi yang sesuai untuk memastikan kesaksamaan hak setiap gender.

Penulisan jurnal oleh Hamid Yenageh dan Diane May telah dihasilkan melalui klasifikasi terhadap jenis nilai budaya serta teori model Schwartz. Solomon (1996) berpendapat bahawa, budaya boleh dianggap sebagai sesuatu yang dikongsi bersama oleh sebuah masyarakat seperti ritual, norma dan tradisi yang membezakan masyarakat tersebut dengan masyarakat yang lain. Menurut Krober dan Kluckhohn (1952) pula mendefinisikan budaya secara komprehensif dimana ianya terdiri daripada corak, tersurat dan tersirat serta tingkah laku yang dijelmakan melalui simbol-simbol dalam penemuan artifak manusia yang juga menggambarkan pencapaian tersendiri kumpulan manusia tersebut. Sementara teori model Schwartz pula menekankan pembaharuan dalam membuat kajian dimana beliau telah membuat perbezaan analisis yang jelas antara peringkat individu dan budaya. Penulis iaitu Hamid Yenageh (2009) menegaskan bahawa teori model Schwartz bertepatan dan lebih sesuai dalam membuat penyelidikan secara empirikal terhadap sesuatu budaya. Dalam teori model Schwartz (2006) menerangkan bahawa, budaya boleh dibahagikan kepada tiga jenis pasangan iaitu (i) konservatif dan autonomi, (ii) hierarki dan egalitarianisme, serta (iii) penguasaan dan harmoni.

(3)

3

Menurut Schwartz (2006), nilai budaya konservatif dicirikan melalui peraturan berkenaan sosial, penghormatan terhadap tradisi, keselamatan keluarga dan kebijaksanaan. Nilai budaya ini menekankan status quo, kewajaran dan sekatan keatas tindakan atau kecenderungan yang mungkin mengganggu perpaduan sebuah masyarakat. Sebaliknya jenis nilai budaya autonomi menekankan keinginan seseorang individu serta menegaskan peranan gender yang berbeza. Bagi jenis nilai budaya hierarki dan egalitarianisme, pengagihan yang tidak sama rata sama ada kuasa, peranan dan sumber-sumber kekayaan diberi penekanan dalam budaya mengikut sudut hierarki, manakala egalitarianisme pula sejajar dengan ciri-ciri seperti kesaksamaan, keadilan sosial, kebebasan, tanggungjawab dan amanah. Dari sudut penguasaan dan harmoni pula, penguasaan dicirikan sebagai penglibatan aktif, cita-cita, kejayaan, keberanian dan kebolehan untuk bersaing seseorang individu. Manakala nilai budaya harmoni pula menekankan perpaduan dan keharmonian terhadap persekitaran.

Umum mengetahui konsep gender mengkhusus kepada perbezaan peranan jantina iaitu maskulin dan feminin. Perbezaan ini dapat dijelaskan mengikut perspektif dan teori-teori tertentu. Contohnya, Parsons dan Shilis (1951) yang berpendapat bahawa pembahagian tenaga pekerja berdasarkan jantina dilihat lebih selamat kerana mampu memberikan manfaat kepada sosial sesebuah masyarakat. Kesannya, wujud kestabilan sosial dalam masyarakat tersebut kerana lelaki memikul peranan sebagai pencari nafkah manakala wanita pula boleh menjalankan peranan untuk membesarkan anak-anak serta menguruskan hubungan dalam institusi keluarga. Namun begitu, O’Neil et al (1995) berpendapat bahawa konsep ini tidak memberikan faedah kepada masyarakat kerana golongan lelaki dilihat lebih berkuasa dan pada masa ini isu jurang di antara gender memerlukan kesaksamaan antara lelaki dan wanita.

(4)

4

Peranan antara lelaki dan wanita membawa kepada ketidaksaksamaan dalam pelbagai bidang termasuklah sosial, ekonomi, pendidikan, politik, suami isteri, kewangan, buruh dan lain-lain, Wirls (1986). Oleh yang demikian, penulis telah membuat penyelidikan yang mana menyentuh persoalan berasaskan gender daripada pelbagai dimensi. Indeks jurang antara gender global telah diperkenalkan ketika Forum Ekonomi Dunia 2006 dan telah dijadikan kayu pegukur yang paling sesuai oleh penulis untuk mengkaji ketidakseimbangan yang berasaskan gender khususnya dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan kesihatan. Dalam erti kata lain, indeks ini mengkaji jurang antara lelaki dan wanita melalui empat kategori asas iaitu (i) penyertaan dan peluang ekonomi, (ii) pencapaian pendidikan, (iii) Memperkasakan politik dan (iv) kesihatan dan kelansungan hidup. Kaedah indeks ini juga dilihat sebagai ukuran yang boleh dipercayai berbanding sumber lain yang sedia ada kerana ianya bertujuan untuk menilai jurang dalam akses kepada sumber-sumber yang terdapat di seluruh dunia. Dalam erti kata yang lain, indeks ini menilai jurang pencapaian antara lelaki dan wanita bukannya jurang pencapaian individu tersebut.

Selain itu, indeks ini juga menggunakan pembolehubah tertentu bukannya mana-mana input yang diambil daripada pemerhatian semata-mata. Pendekatan ini bersesuaian kerana tidak bergantung kepada perkara subjektif, negara yang spesifik serta budaya yang tidak terikat. Antara lain kelebihan indeks jurang antara gender global ini adalah ianya melibatkan negara yang mengambil pendekatan untuk mewujudkan kesaksamaan di antara gender dan bukannya mengutamakan golongan wanita semata-mata. Justeru, adalah penting untuk menekankan pembolehubah yang telah digunakan seperti ekonomi, pendidikan, politik dan kelansungan hidup dan bagi penulis indeks ini amat sesuai untuk menilai ketidakseimbangan yang melibatkan isu gender.

(5)

5

Dalam jurnal ini juga, penulis telah membuat hipotesis berdasarkan teori model Schwartz dimana nilai-nilai budaya yang dikatakan mempengaruhi jurang antara gender dikelaskan kepada tiga pasangan nilai budaya. Bagi jenis nilai konservatif dan autonomi, nilai budaya konservatif dilihat positif untuk dikaitkan dengan jurang gender berbanding nilai budaya autonomi. Manakala bagi pasangan nilai budaya hierarki dan egalitarianisme, nilai budaya disifatkan positif terhadap wujudnya jurang gender berbanding egalitarianisme. Dari sudut pasangan nilai budaya penguasaan dan harmoni pula, nilai budaya penguasaan disifatkan positif terhadap ketidaksaksamaan dalam isu gender berbanding harmoni yang disifatkan negatif.

Dalam mengkaji hubungan antara nilai budaya dan jurang gender, penulis telah membuat kajian dengan menggunakan pembolehubah pembangunan ekonomi sesebuah negara yang dikawal diperingkat makro. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) merupakan dua petunjuk pada peringkat makro yang sering digunakan untuk mengukur tahap pembangunan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, KDNK dan HDI dijadikan petunjuk untuk menilai kesan nilai budaya terhadap jurang gender. Menurut Inglehart et al, (2002) pembangunan ekonomi boleh mempengaruhi jurang antara gender. Hal demikian kerana, pembangunan membawa kepada pengagihan yang lebih luas dalam bidang pendidikan dan sumber pekerjaan yang sekali gus menyebabkan jurang antara gender berada pada tahap yang lebih rendah. Oleh itu, pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara tidak dikaitkan atau disifatkan negatif terhadap isu ketaksaksamaan antara gender.

Berdasarkan pembolehubah yang telah digunakan untuk mengawal kajian, kita dapat melihat bahawa indeks jurang antara gender global merupakan pembolehubah utama yang bebas serta berkemungkinan terjejas disebabkan pengaruh budaya dan ini dikawal melalui pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara.

(6)

6

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kita melihat pembolehubah bebas yang terdiri daripada nilai budaya konservatif dan pembangunan sosio-ekonomi yang diukur sebagai KDNK dan HDI mempunyai implikasi yang besar terhadap jurang ketaksaksamaan antara gender. Menurut Wilensky (2002), masyarakat maju yang terlibat dalam sektor perindustrian secara berterusan akan membawa perubahan terhadap sktruktur pekerjaan dan penguasaan pekerja sama ada mahir, profesional mahupun pengurus. Dalam masyarakat ini, kos ekonomi untuk memiliki kanak-kanak akan meingkat menyebabkan ekonomi yang dapat dimanfaatkan berkurangan. Kesannya, wanita-wanita di negara yang ekonominya membangun memiliki lebih banyak peluang untuk mengambil bahagian dalam pasaran buruh, bukannya tinggal di rumah dan menjaga anak-anak seperti yang dikatakan Bergh (2006). Pada masa yang sama juga, pekerjaan moden meningkatkan keperluan untuk pendidikan tinggi bagi kedua-dua gender. Ini dapat dibuktikan apabila kajian Wilensky (2002) menunjukkan kecenderungan ke arah kesaksamaan gender bagi golongan lelaki dan wanita.

Teori pemodenan yang dikemukakan oleh Inglehart (1997) juga menekankan penukaran pembangunan ekonomi kepada proses budaya pembangunan manusia yang dicerminkan melalui nilai diri yang menegaskan pilihan manusia. Antara tiga dimensi nilai budaya, kita dapati nilai budaya penguasaan dan harmoni tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan jurang ketaksaksamaan antara gender. Hal ini demikian, budaya ini mempunyai persamaan yang agak besar dengan sifat kelakian ataupun kewanitaan yang melibatkan nilai-nilai seperti penegasan cita-cita diri, kejayaan, keberanian dan kecekapan. Disini konsep jurang antara gender jelas tidak menunjukkan sejauh mana kuasa mutlak yang dimiliki oleh lelaki atau wanita dalam memanfaatkan peluang dan sumber yang ada. Oleh itu, sejauh mana penguasaan dan harmoni

(7)

7

atau kelakian dan kewanitaan dalam sesebuah masyarakat, ianya tidak memberi kesan terhadap jurang antara gender.

Salah satu keputusan yang penting hasil daripada kajian penulis ini adalah nilai budaya hierarki dan egalitarianisme mempunyai hubungan yang signifikan dengan jurang ketidakseimbangan antara gender. Namun begitu, apabila nilai budaya ini dan pembolehubah ekonomi dikawal, kesan perbezaan jurang antara gender ini akan terhapus. Penemuan ini membawa kita untuk mengaitkan hubungan antara hierarki atau egalitarianisme dan gender mungkin menjadi tidak relevan. Hal demikian kerana, terdapat hubungan yang kuat antara hierarki atau egalitarianisme dan pembangunan sosio-ekonomi kerana kesannya tertumpu kepada KDNK dan HDI.

Berbeza dengan jenis nilai budaya konservatif dan autonomi, penulis mendapati bahawa nilai budaya ini mempunyai implikasi yang besar terhadap jurang antara gender disebabkan mempunyai anggaran penting dalam semua teori model dan pembolehubah yang digunakan. Seperti yang kita tahu, konservatif dikaitkan dengan nilai-nilai tradisional yang menekankan hubungan sosial, kepentingan status quo dan masalah tindakan atau kecenderungan yang mungkin melanggar peraturan tradisional. Masyarakat konservatif lazimnya menolak penceraian, pengguguran anak, bunuh diri dan percaya bahawa lelaki mempunyai peranan sebagai pemimpin politik yang jauh lebih baik berbanding wanita serta lebih berhak untuk mendapatkan pekerjaan. Sebaliknya, masyarakat yang mengamalkan nilai budaya autonomi yang berorientasikan masyarakat moden lebih menghargai kebaikan terhadap seseorang individu, menikmati pembangunan ekonomi dan dilabel mempunyai kadar kelahiran yang rendah di mana masyarakatnya bertoleransi terhadap pengguguran, penceraian, bunuh diri dan keseimbangan antara gender. Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa jenis pasangan nilai budaya

(8)

8

konservatif dan autonomi mempunyai kesan negatif dan positif terhadap kesaksamaan antara gender. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pegangan secara berterusan terhadap faktor sosio-ekonomi menjadikan sesebuah negara mempunyai nilai budaya konservatif yang tinggi dan cenderung untuk mewujudkan ketidakseimbangan antara jurang gender. Sementara itu, pembangunan ekonomi adalah antara sebab penting dalam isu kesaksamaan antara jurang gender di mana ianya tidak mengabaikan nilai-nilai budaya.

Kesimpulannya, jurnal nilai-nilai budaya dan jurang gender: analisis rentas-negara oleh Hamid Yenageh dan Diane May ini, mengkaji sajauh mana nilai-nilai budaya tersebut memberikan kesan terhadap kesaksamaan antara gender. Kita juga dapat mentakrifkan bahawa jurang gender berasaskan kepada empat ciri utama iaitu penyertaan dalam peluang ekonomi, pencapaian pendidikan, memperkasakan politik serta kesihatan dan kelansungan hidup. Budaya yang ditakrifkan sebagai ritual, norma dan tradisi yang membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain dan rangka kerja yang dilakukan oleh Schwartz dilihat boleh diguna pakai untuk mengukur nilai-nilai budaya. Analisis emprikal yang dilakukan juga jelas menunjukkan bahawa dengan mengawal pembolehubah sosio-ekonomi, budaya mempunyai implikasi penting dalam jurang gender. Secara khususnya lagi, nilai-nilai budaya konservatif dikaitkan dengan nilai yang menyebabkan jurang antara gender semakin tinggi berbanding autonomi yang boleh membawa kepada kesaksamaan dalam kalangan gender. Hubungan antara dimensi nilai budaya dan jurang gender amat berkait rapat dengan pembangunan sosio-ekonomi. Secara praktikalnya pula, dengan mengambil kira implikasi nilai budaya, pembuat dasar atau pemimpin perniagaan boleh menerima pakai strategi yang berkesan untuk memastikan keseimbangan jurang gender di peringkat masyarakat dan organisasi. Dalam erti kata lain,bagi memastikan kesaksamaan gender, nilai-nilai budaya konservatif dan tradisional perlu dijauhi seperti keagamaan, status sosial,

(9)

9

autotarian dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya terhad kepada tiga pasang jenis nilai budaya seperti yang dicadangkan oleh Schwartz (1994).

Ahmad Fahmi Bin Abd Karal, ISMP. Fakulti Sains Kemanusiaan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim,

Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Segala puji dan syukur kehadirat Allah SWT atas berkah, rahmat dan hidayah-Nya yang senantiasa dilimpahkan kepada penulis, sehingga bisa menyelesaikan penelitian

Hal ini dapat dijelaskan sebagai berikut: pada indikator bergiliran/berbagi dalam simulasi masih tampak siswa sungkan terhadap teman lainnya hal ini disebabkan keraguan

Perlindungan dari ekploitasi, meliputi: (1) perlindungan dari gangguan kehidupan pribadi; (2) perlindungan dari keterlibatan dalam pekerjaan yang mengancam

Cyber counseling atau konseling maya merupakan penerapan teknologi ”jalan raya informasi” dengan memanfaatkan jasa teknologi itu seoptimal mungkin dengan tetap

imbalan bunga maka dari itu penulis ingin mengetahui factor dari dana pihak ketiga yang merupakan salah satu hal pokok yang terdapat pada lembaga keuangan khususnya

Gedung H, Kampus Sekaran-Gunungpati, Semarang 50229 Telepon: (024)

Elaboration Likehood Theory merupakan teori persuasi yang populer dan dikemukakan oleh Richard Petty & John Cacioppo (1986) yang berasumsi bahwa orang