• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perlaksanaan Jihad Ekonomi Tinjauan dari

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perlaksanaan Jihad Ekonomi Tinjauan dari"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

“ Perlaksanaan Jihad Ekonomi: Tinjauan dari Sudut Sikap Menurut Perspektif Islam”

Oleh :

Khairul Hamimah Mohammad Jodi (hamimahm@unitar.edu.my) Fuadah Johari (adah@excite.com)

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

Abstrak

Jihad ekonomi perlu menjadi misi nasional menyatukan seluruh bangsa Melayu dalam satu muafakat menuju satu impian dan aspirasi ke arah menjadi bangsa maju dan berdikari. Orang Melayu perlu melakukan hijrah minda bagi memperbaiki kedudukan mereka sekarang kepada kedudukan lebih tinggi dan baik’, (Petikan kata-kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada ucaptama Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9) dan pelancaran penubuhan Gagasan Badan Ekonomi Melayu(Gabem) )

Jihad ekonomi mula dititik beratkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada pertengahan tahun 2006 untuk menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia kesembilan1. Untuk mencapai

matlamat tersebut, kertas kerja ini hanya mengupas ‘hijrah minda’ atau sikap yang akan

menentukan hala tuju konsep jihad tersebut. Diharapkan dengan ilmu yang dikongsi bersama ini dapat membantu semua usahawan yang akan melaksanakan misi IKS nanti.

Konsep jihad dalam al-Quran merupakan satu perkara penting yang perlu difahami oleh seluruh umat Islam secara mendalam. Pemahaman tentang jihad bakal mencorak serta menentukan status dan kredibiliti agama Islam dan penganut-penganutnya. Pemahaman ini juga bertujuan untuk menghapuskan segala keraguan golongan tertentu yang cuba memaparkan unsur negatif berhubung dengan persoalan ini.

1

(2)

Pengertian Jihad secara umum

Perkataan jihad berasal daripada perkataan Arab Jihadun. Kata dasarnya ialah jahada yang bererti berusaha keras atau bersungguh-sungguh. Daripada perkataan jihad ini, timbul beberapa perkataan lain dalam bahasa Arab, iaitu ajhada, bererti membebani lebih daripada kekuatannya dan ijtihad bermaksud bekerja dengan bersungguh-sungguh2.

Berhubung dengan definisi ini, Ibn Durayd berpendapat bahawa perkataan jihad membawa maksud bersungguh-sungguh, sementara Ibn Faris menegaskan maksudnya berusaha dengan tekun dan gigih. Al-Fairuzabadi berpendapat perkataan jihad sekiranya dibaca dengan juhd, bermaksud pengerahan. Dengan kata lain, jihad dilihat terarah kepada pengerahan tenaga oleh seseorang dengan segala daya usaha dan kekuatan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Jika dibaca dengan al-jahd maksudnya kesusahan, kepenatan dan kejerihan dalam erti kata kesanggupan seseorang menghadapi kesukaran dan kesusahan untuk mencapai suatu tujuan. Ibn Manzur pula berpendapat kata dasar jihad membawa erti al-thaqah atau kekuatan yang bermaksud penggembelingan tenaga untuk menempuh kesukaran. Al-Alusi mentakrifkan jihad dengan maksud bersungguh-sungguh dan berusaha keras melawan perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah3.

Oleh yang demikian, secara ringkas perkataan jihad bermaksud mengerah seluruh tenaga dan kekuatan untuk mencapai satu matlamat yang diharapkan sama ada baik atau buruk. Walau bagaimanapun, dalam konteks mengabdikan diri kepada Allah sesuatu yang baik dan positif perlu dilaksanakan oleh umat Islam adalah antara ciri jihad yang sebenar.

Sebelum dihuraikan lebih lanjut sikap yang perlu ada pada setiap usahawan, mereka sepatutnya perlu memahami konsep ekonomi Islam terlebih dahulu dan diaplikasikan dalam kegiatan ekonomi (perniagaan/pekerjaan) mereka. Penulis akan menghuraikan secara ringkas definisi, tujuan dan falsafah ekonomi Islam.

2

(3)

Definisi Ekonomi Islam

Ekonomi Islam ialah suatu ilmu yang berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam. Ekonomi Islam juga bertindak memenuhi keperluan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat keseluruhannnya. Manakala matlamat akhir segala aktivti manusia adalah untuk kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat4.

Tujuan Ekonomi Islam

1. Kegiatan ekonomi sebagai ibadah (pengabdian kepada Allah)

2. Membentuk sikap kesederhanaan pemikiran dan perbuatan dalam mencari dan menggunakan harta kekayaan

3. Memenuhi keperluan individu dan masyarakat dengan aman damai, penuh keadilan dalam kehidupan di muka bumi ini.

Falsafah Ekonomi Islam

Falsafah menggariskan prinsip kawalan bagi sesuatu sistem. Falsafah juga akan membentuk kerangka dasar pandangan hidup dan membina corak pendekatan sesuatu organisasi. Ini akan mempengaruhi pembentukan nilai dan seterusnya melahirkan budaya masyarakat beretika yang menyokong semangat falsafah ke arah mencapai matlamat sesuatu perkara. Di dalam falsafah ini juga terdapatnya konsep tauhid, konsep rububiyyah, konsep tazkiyyah dan manusia sebagai khalifah sebagai teras kepada pembentukan akhlak manusia5.

Konsep Tauhid

4

(4)

Konsep Ekonomi Islam secara keseluruhannya berteraskan kepada falsafah tauhid (ketaqwaan dan keimanan) yang merangkumi hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya dan hubungan manusia dengan manusia. Tidak mempunyai perasaan takut kepada manusia lain sebab manusia adalah makhluk ciptaan Allah, sebaliknya manusia yang baik tidak menganiaya manusia lain kerana Allah merupakan pemelihara segala makhluk, termasuk manusia. Jelas di sini sesiapa yang mahu menjalankan perniagaan tidak akan menganiya orang lain seperti irihati, meletakkan harga yang terlalu tinggi, tidak berpuas hati dengan rakan niaga dan lain-lain.

Konsep Rububiyyah

Keyakinan yang mutlak kepada keesaan Allah sebagai Tuhan mencipta, menguasai dan pemilik alam ini. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Imran (30):189). Keyakinan terhadap perkara tersebut akan terbukti melalui amalan, segala tindakan seharian kita kepada sesiapa dan di mana jua kita berada. Penglibatan seseorang dalam aktiviti ekonomi yang bersandarkan kepada konsep ini bermaksud :

 matlamat berekonomi adalah mengabdikan diri kepada Allah dan bukannya menyaingi orang lain untuk kepentingan diri.

 Keperluan kebendaan dan kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang bersepadu iaitu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat

 Penentu sebenar rezeki ialah Allah walaupun manusia supaya berusaha keras. Ini akan melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya dan tidak berputus asa apabila gagal sehingga ingin membunuh diri atau dengki dan dendam kepada orang lain. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada

kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah

keras’ (Surah Ibrahim (14):7)

(5)

Konsep Tazkiyyah

Konsep tazkiyyah ialah membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Manakala pembersihan jiwa terbentuk dengan mengikis sifat bakhil, tamak, kedekut dan sebagainya. Selain dari itu kejiwaan yang suci juga akan dizahirkan dengan memakan makanan yang baik. Firman Allah

yang bermaksud: ‘Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik (al-Baqarah (2):168). Sebagai ganti, akan lahir sifat berpada dengan yang ada yang telah dikurniakan oleh Allah, tidak terlalu boros dan pemurah. Keluhuran tazkiyyah adalah natijah daripada pelaksanaan konsep rububiyyah.

Manusia Sebagai Khalifah

Sebagai khalifah yang sekaligus merupakan hamba Allah, manusia adalah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kehidupan di dunia adalah ujian Allah untuk melihat siapakah yang terbaik amalannya dan semua pemberian Allah adalah dalam bentuk amanah. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,

kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.

Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-An’am (6):165). Harta dan kekayaan yang diberi sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan kembali di hari akhirat kelak. Justeru segalanya adalah milik Allah, maka kita perlu menguruskannya mengikut apa yang ditetapkan oleh-Nya.

Justeru, untuk merealisasikan jhad ekonomi ini, setiap usahawan perlulah menerapkan falsafah ekonomi Islam di dalam hati mereka sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

Ciri-ciri jihad ekonomi

(6)

Memastikan keadaan kilang yang bersih dan tertatur, menggunakan barang-barang yang halal untuk produk pengeluaran, mempunyai pekerja yang cekap, amanah dan jujur. Kilang juga harus mempunyai sijil pengiktirafan daripada badan dan mereka yang bertauliah. Usahawan juga sebaik-baiknya menjadi pembekal @ supplies kepada industri kecil lain untuk meyokong mereka yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.

2. Qudwah Hasanah

Menjadi model kepada usahawan yang lain. Selain menjadi rujukan, usahawan yang berjaya juga wajar memberi sokongan dengan nasihat, panduan, galakan, menjauhkan unsur dengki khianat, berkongsi segala ilmu yang ada dengan menerbitkan buku-buku panduan dan memberi idea di seminar-seminar atau majlis-majlis yang dihadirinya.

3. Tekanan sosial masyarakat Islam

Usahawan perlu peka pada keadaan persekitaran. Contohnya dengan mengutamakan pekerja dari kawasan yang berdekatan dengan kilang atau tempat kerja terlebih dahulu. Memastikan Suasana kilang dalam keadaan yang baik, terhindar dari perkara-perkara negatif dengan mengambil tahu suasana yang berlaku. Sentiasa berfikiran positif dengan menjadikan segala halangan sebagai cabaran untuk memperbaiki lagi keadaan. Sekiranya berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga membawa kepada fitnah, disarankan diadakan pakej perkahwinan dan menggalakkan perkahwinan antara mereka. Ini bertujuan untuk menjadikan mereka lebih produktif dan proaktif.

4. Mujahadah6 dan Riyadah7

Jihad ekonomi perlukan sikap ini iaitu bersungguh-sungguh, tidak mudah putus asa, kreatif8, berinovasi, tidak takut mencuba sesuatu yang baru, tidak berputus asa sekiranya gagal

6 Mujahadah membawa maksud melakukan sesuatu perkara dengan bersunguh-sungguh bagaikan satu jihad 7

Riyadah membawa maksud berlatih 8‘K

(7)

dalam percubaan pertama dan kedua, sentiasa melakukan R&D dan sentiasa berfikiran positif.

Sekiranya perniagaan yang pertama itu tidak berjaya, tanamkan pemikiran bahawa ‘saya belum sampai masa untuk berjaya lagi’, bukannya berfikir negatif ‘saya telah gagal’ Ini secara tidak langsung golongan usahawan ini perlu memaksa diri dan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja yang mereka lakukan. Cara ini disokong oleh al-Ghazali dalam ihya’:

‘Adapun orang yang mahu dirinya menjadi seorang berakhlak pemurah, maka

caranya ialah membawa dia memaksakan dirinya melakukan perbuatan pemurah, iaitu perbuatan membelanjakan harta. Dia sentiasa perlu terus menggesa dirinya dan bersungguh-sungguh bertekum melakukannya secara paksaan dengan bermujahadah dengan dirinya dalam melakukan perkara-perkara tersebut (iaitu perbuatan membelanjakan harta), sehingga perkara tersebut menjadi tabiat dirinya serta mudah untuk dilakukan olehnya. Maka dengan itu, jadilah dia sebagai seorang yang pemurah. Demikian juga seorang yang mahu menjadikan dirinya seorang yang bertawaduk, sedangkan dia sentiasa dikuasai oleh sifat takbur. Maka caranya ialah bertekun melakukan perbuatan golongan orang yang bertawaduk dalam satu tempoh yang agak panjang. Dalam tempoh tersebut ia mestilah memaksa dan bermujahadah dengan dirinya, sehingga sifat tawaduk itu menjadi tabiat dan akhlak kepadanya, lalu menjadi mudah untuk dilakukannya. Semua akhlak yang terpuji dari segi syarak boleh dicapai menerusi cara ini, di mana matlamatnya adalah untuk menjadikan perbuatan yang muncul daripada seseorang itu merupakan satu perkara yang dirasakan lazat baginya. Maka itu, seorang yang pemurah ialah seorang yang merasa enggan perbelanjaan harta yang dilakukannya, bukan dia membelanjakan hartanya dalam keadaan dia berasa benci melakukan perbuatan tersebut9.

Selain itu, mereka juga digalakkan menjadikan zakat sebagai satu motivasi. Motivasi di sini ialah memupuk semangat berusaha untuk membantu orang lain untuk mendapatkan pahala. Jadikan zakat satu kepuasan sekiranya kita dapat membantu orang-orang yang memerlukan, bukannya sebagai bebanan. Kekuatan sebuah negara bangsa bergantung kepada kesucian agama, kekuatan ekonomi dan kesejahteraan sosial bagi semua golongan terjamin.

Zakat menjadi salah satu inti kekuatan perekonomian dan merapatkan jurang sosial dan mengelakkan timbulnya iri hati di kalangan rakyat. Jauh sekali merampas harta golongan kaya

bernas dan berbeza daripada orang lain. Idea kreatif yang dicetuskan lazimnya menjana pelbagai faedah termasuk menyegerakan penyelesaian sesuatu masalah, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan mengelak pembaziran

9

(8)

semata-mata untuk memberi kesejahteraan kepada miskin. Tetapi pada masa yang sama, umat Islam diwajibkan berusaha dan bertebaran ke seluruh muka bumi untuk mencari rezeki halal dan mereka wajib membantu saudara mereka yang tidak bernasib baik. Dalam surah An Nahl (16) ayat 71, Allah berfirman: ‘Allah melebihkan setengah kaum daripada yang lain tentang rezeki. Maka orang yang dilebihkan itu memberikan rezekinya kepada hamba sahayanya, maka

mereka itu bersama-sama pada rezekinya’.

5. Bersikap ihsan dalam perniagaan

Salah satu prinsip terpenting yang mendasari aktiviti bermuamalah dalam Islam ialah sikap ihsan atau berbuat kebajikan dalam perniagaan. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, ihsan dalam budaya perniagaan membawa pengertian sikap peniaga yang tidak terlalu haloba dalam mencari keuntungan berlebihan dengan meletakkan harga yang tinggi dan tidak wajar hingga membebankan pembeli10. Ini jelas dinukilkan dalam sebuah hadis sebagaimana disebut oleh Ma'qal ibn Yassar: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda lebih dua kali, Allah s.w.t telah bersumpah untuk mencampakkan manusia ke dalam api neraka pada hari kiamat kelak bagi sesiapa yang berniaga dengan menaikkan harga secara melampau hingga membebankan orang Islam. (Riwayat Ahmad, At-Tabrani dan Al-Hakim)

Sebab itulah usaha penjernihan harus dilakukan terhadap budaya perniagaan masa kini. Perniagaan harus disemangati oleh nilai-nilai kasih sayang kemanusiaan berteraskan ihsan agar iklim dunia perniagaan yang diwarnai nilai-nilai materialistik dan individualistik mampu dijernihkan kembali. Apatah lagi dalam suasana masyarakat sedang berpolemik mengenai harga pelbagai jenis barangan keperluan harian kini yang kian melambung tinggi. Ihsan atau berbuat kebajikan dalam perniagaan sememangnya menjadi tuntutan dalam Islam. Malah, menurut Imam Al-Ghazali, ihsan merupakan satu prinsip yang menempati status yang lebih tinggi berbanding prinsip-prinsip lain seperti adil dan jujur yang turut menjadi sebahagian kewajipan bagi setiap peniaga. Dalam konteks ini ada baiknya kita menyusuri keperibadian salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya di zaman baginda. Beliau yang dimaksudkan ialah Abdul Rahman Ibn Auf.

10 Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Bersikap Ihsan Dalam Berniaga’, laman web Utusan Malaysia

(9)

Pada satu hari pernah seseorang bertanya kepada Abdul Rahman Ibn 'Auf: “Apakah sebabnya maka tuan menjadi kaya?” Jawab beliau: “Kerana tiga perkara: Pertama, aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit. Kedua, aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan keperluan daripada orang yang memintanya daripadaku. Dan ketiga, aku tidak menjual secara tangguhan pembayaran.” Dalam satu riwayat dikatakan bahawa Abdul Rahman ibn 'Auf menjual seribu ekor unta dalam satu hari. Dari perniagaannya itu, beliau hanya mengambil keuntungan dari tali pengikatnya sahaja. Lalu dijualnya setiap tali itu dengan harga satu dirham, maka beliau pun memperoleh keuntungan satu dirham bagi seekor unta atau seribu dirham untuk seluruh hasil jualan untanya dalam tempoh sehari11.

Begitulah nilai seorang peniaga yang harus dicontohi. Sikap ihsan dalam berniaga yang dimanifestasikan melalui nilai kesederhanaan dalam penentuan harga barangan jualan sememangnya masih mampu mendatangkan keuntungan kepada peniaga. Malah keuntungan perniagaan yang berasaskan nilai ihsan adalah lebih berkat dan mampu menjelmakan kesenangan dan kebahagian yang sejati

Penghijrahan Sikap

Menurut Muhammad Ali Hashim12, penghijrahan sikap, minda dan persepsi dalam kalangan ahli bisnes, usahawan dan kepimpinan perlu dilakukan di beberapa peringkat. Antara lainnya, hijrah ini perlu digerakkan dalam lima dimensi:

1. Menyingkap minda pemikiran Melayu-Muslim 2. Hijrah sikap dan pandangan individu

3. Mencorak semula alam Melayu-Muslim dan suasana kerja

4. Hijrah dari budaya selesa kepada budaya mementingkan prestasi dan menuntut penghasilan usaha

5. Memperbaharui persepsi kerajaan terhadap usahawan dan bisnes Melayu-Muslim serta menyesuaikan corak organisasi kerajaan

1. Menyingkap minda pemikiran Melayu-Muslim

Terdapat segelintir usahawan berfikiran ‘rezeki di tangan Tuhan’ yang akan

mencetuskan pemahaman bahawa kemiskinan adalah fitrah alam tanpa boleh diubah.

11

Ibid

(10)

Pemikiran ini sepatutnya diubah kepada ‘rezeki itu pemberian Tuhan’ dengan berusaha mencarinya dan kemiskinan itu sebenarnya boleh dibasmi dan ditangani. Firman Allah yang bermaksud "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang

mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan

benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada

sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya" (al-Imran (3):27). Jelas di sini menunjukkan bahawa Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya lebih-lebih lagi apabila melaksanakan konsep jihad dalam pekerjaannya.

Fahaman lain yang melemahkan ialah bisnes ini urusan keduniaan dan kebendaan, tiada kena mengena dengan amalan kebajikan dan hari akhirat. Fahaman ini sewajarnya diubah kepada perniagaan itu berpotensi dijadikan cabang amal soleh untuk hidup di dunia dengan bersedekah dan berzakat yang turut memangkinkan ahlinya mendapat kedudukan yang tinggi di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud ‘(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut

serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat…’ (al-Nur (24) :37). Dengan jelas ayat tersebut memberitahu bahawa sesiapa yang berniaga dengan cara yang betul, pasti tidak lalai dengan urusan bisnesnya malah akan menjana amal salihnya melalui zakat dan sedekah. Bukankah melalui zakat akan memperkasakan ummah?

Selain itu sesetengah minda yang memandang serong terhadap usaha mencari kekayaan dan tiada kemahuan untuk bekerja keras menambah nilai harta13 antara punca Melayu-Muslim terkesamping dari arus utama pembangunan. Sikap itu wajar ditukar kepada ‘takutkan

kepapaan’ kerana kepapaan akan membawa kepada maksiat dan kejahatan. Oleh sebab kepapaan akan merendahkan akhlak dan akal, musuh Islam mudah menjajah dan menindas mereka. Rasulullah s.a.w berdoa memohon perlindungan daripada keburukan fitnah dan kemiskinan yang bermaksudnya: ‘dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kekayaan

dan keburukan fitnah kemiskinan’ (Riwayat Bukhari). Ini dikuatkan lagi dengan riwayat Abu

Naim yang bermaksud: ‘Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’

(11)

dan qadar”14

. Kemiskinan boleh memerangkap manusia dalam keburukan dan kemaksiatan yang tidak disukainya. Seperti cerita seorang gadis yang terpaksa menyerahkan kegadisannya kepada sepupunya sendiri akibat daripada kemiskinan dan kelaparan15. Al-Quran turut mengisahkan bagaimana sebahagian orang tua membunuh anak-anak mereka kerana takut terhadap kemiskinan yang akan menimpa atau yang sedang melanda. Allah berfirman yang

bermaksud ‘janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan’ (al-An’am (6):151) Jelas di sini bahawa kemiskinan merupakan salah satu punca jenayah.

Allah menuntut manusia mencari pekerjaan , menjelajah seluruh penjuru bumi dan mengambil rezeki kurniaan Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ‘Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata -rata ceruk

rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah’ (al-Mulk (67) :15)

Apa yang dimaksudkan dengan kerja itu ialah daya usaha yang dilakukan oleh manusia dalam keadaan sedar, sama ada bersendirian atau bersama orang lain untuk mengeluarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

2. Hijrah sikap dan pandangan individu

Sikap suka menyalahkan orang lain atas kelemahan, kegagalan dan lambat mendapat pulangan yang dicapai ditukar kepada muhasabah diri dan mengenal pasti kelemahan diri yang berkemungkinan berpunca daripada kecelaruan pemikiran, kejahilan ilmu, kekurangan usaha, tiada kreatif dan terleka. Firman Allah bermaksud ‘Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka

sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri (al-Zumar (39):34) ‘….dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri..’ (al-Nisa (4):79). Lambat atau cepat mendapat pulangan telah dijelaskan melalui hadis ini: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah

14

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=208. Laman Web JAKIM pada 30/10/2006 15

(12)

S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan. (Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)

Sikap yang suka ‘tangkap muat’ dan membuat kerja ‘seperti melepaskan batuk ditangga’ tanpa berfikir mengenai manfaat yang berpanjangan ditukar kepada melakukan

tindakan dengan teratur, penuh tanggungjawab dan menyusun strategi dengan memandang jauh kehadapan yang memberi kesan jangka masa panjang. Penghijrahan ini bukan sahaja untuk kebaikan pengguna, malah untuk diri sendiri yang akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Peniaga amat digalakkan menghasilkan suatu produk yang memuaskan hati pengguna. Ini akan mengekalkan kepercayaan pengguna kepada barangan yang hendak dibelinya dan mereka juga secara tidak langsung akan menjadi ‘promoter’ produk peniaga tersebut. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ‘Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar’ (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Sikap yang mengutamakan kepentingan indivu dan keluarga seharusnya diubah kepada memperjuangkan kepentingan masyarakat, bangsa, agama dan negara. Usahawan semestinya sedar dengan perniagaan yang diusahakannya secara tidak langsung akan memperjuangkan agamanya dengan membantu mereka yang memerlukan seterusnya menaikkan martabat bangsa dan negara kerana perniagaannya dapat memacu ekonomi negara keperingkat global. Firman

Allah bermaksud ‘Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari

akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya

seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak

yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada

orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi, dan mengerjanya

seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang

(13)

3. Mencorak semula alam Melayu-Muslim dan suasana kerja

Usahawan mesti ‘berhijrah’ suasana kerja yang mempunyai ruang lingkup kecil atau hanya memasarkan produk di kawasan yang terhad kepada pasaran keperingkat global (antarabangsa). Pasaran bukan sahaja hanya di dalam negara tetapi juga di luar Negara. Mereka

sepatutnya menanamkan minda daripada bermula dengan ‘jaguh kampung’ yang akhirnya berjaya menjadi ‘jaguh global’. Allah sangat menggalakkan manusia sentiasa berhijrah untuk membawa kebaikan kepada agama melalui firman-Nya bermaksud: ‘Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di

muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur(al-Nisak (4):100)

Memandang serong terhadap pesaing dan tidak menyenanginya sepatutnya ditukar kepada ‘fastabiqul khairat’(membawa kebaikan). Allah berfirman yang bermaksud ‘Dan bagi tiap-tiapnya itu satu tujuan yang dia hadapi. Sebab itu berlumba-lumbalah kamu pada serba

kebaikan’ (al-Baqarah (2):148). Setiap usahawan perlu sedar bahawa bersaing dan berlumba di dalam perniagaan merupakan satu fitrah sebagaimana manusia sering berlumba mencari kebaikan di dunia dan akhirat. Mengapa tidak diubah persepsi itu untuk kebaikan kepada diri sendiri? Kerana melalui persainganlah kita akan berusaha membuat yang terbaik untuk menambat hati pembeli yang mana akhirnya akan membezakan usahawan yang berjaya dengan usahawan yang tidak berjaya. Perkara asas persaingan urusniaga ialah keupayaan menambat hati pembeli supaya mereka terus membeli dan menggunakan produk/khidmat yang disampaikan tanpa bertukar arah kepada pesaing lain. Minat pembeli ini pula berdasarkan kepada kualiti produk dan khidmat yang diberikan. Dengan demikian, asas kejayaan dalam persaingan ialah kelebihan kebaikan dan manfaat yang disampaikan oleh usahawan.

(14)

4. Bertukar dari budaya selesa kepada budaya yang mementingkan prestasi dan berusaha

Usahawan mesti membuang tanggapan sentiasa mengharapkan bantuan, sokongan, bermewah, pangkat dan kedudukan kepada budaya mengutamakan penghasilan kerja dan usaha sebagai teras kejayaan dalam kehidupan. Selagi bisnes belum lagi menampakkan banyak

hasil, tidak perlu ‘menunjuk’ dan terlalu menjaga ‘martabat’ dengan terlalu banyak

pembaziran. Malah berniaga di atas landasan yang sihat, adil, saksama, bekerja kuat dan gigih sehingga membentuk jati diri perlu di dahulukan berbanding perkara-perkara lain. Firman-Nya

bermaksud ‘Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak

diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan’ (Yunus (10):26) Melalui ayat ini, Allah bukan sahaja memberi kemulian kepada individu itu, malah wajahnya sentiasa tenang sekiranya menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam perniagaan.

Selain itu, usahawan juga disarankan agar sentiasa berlumba dan bersaing dalam usaha, bukan dalam harta semata-mata sebagaimana Rasulullah bersabda yang bermaksud

‘Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk rupa kamu dan harta kamu akan tetapi Dia melihat

hati dan amal kamu’ (riwayat Muslim). Amal yang dimaksudkan di sini bukanlah semata-mata

duduk beribadah di dalam masjid/surau semata-mata tetapi memberi tafsiran yang cukup luas iaitu amalan yang membawa manfaat kebaikan kepada semua orang. Pastinya melalui perniagaan, perkhidmatan dan sumbangan usahawan kepada penggunanya.

5. Memperbaharui persepsi kerajaan terhadap usahawan dan bisnes Melayu-Muslim serta menyesuaikan corak organisasi kerajaan

(15)

Cabaran Dalam Merealisasikan Jihad Ekonomi

1. Persekitaran.

Urusan perniagaan melibatkan hubungan antara pelbagai bangsa, agama, citarasa, budaya, taraf sosioekonomi, permintaan dan penawaran. Cabaran jihad yang dihadapi dari aspek persekitaran meliputi jihad menghindari amalan rasuah, penipuan, penindasan, cetak rompak dan amalan khurafat. Dalam Islam persekitaran perniagaan hendaklah berasaskan bersih, suci dan halal dalam semua urusniaga. Persekitaran ini juga perlu diwujudkan oleh semua individu tidak kira samada sebagai peniaga mahupun pembeli. Jika budaya mewujudkan persekitaran yang sihat bersih dan halal dapat diwujudkan oleh setiap individu, maka akan terbentuklah masyarakat dan negara yang makmur dan produktif.

2. Mudah Selesa dan Berpuas Hati.

Cabaran yang paling berat untuk ditangani oleh sikap peniaga itu sendiri adalah sikap mudah selesa dan cepat berpuas hati. Islam menekankan satu garis panduan dengan meletakan sasaran zakat itu sebagai satu tahap minimum yang perlu dicapai oleh para peniaga. Penguasaan keuntungan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya lebih daripada penetapan nisab zakat perniagaan yang ditetapkan dalam Islam dan keuntungan perlulah boleh mencapai sekurang-kurangnya 2.5% setahun. Garis panduan zakat ini perlulah di ambil sebagai suatu motivasi untuk meningkatkan tahap pencapaian syarikat. Jika cabaran ini dapat dicapai, jihad yang di lakukan mempunyai nilai keuntungan yang tinggi dan sumbangan yang dilakukan tidak hanya terhenti di dunia malah menyumbang kepada saham akhirat.

3. Kurang Daya Kreativiti Dan Inovasi.

(16)

tarikan terhadap barangan yang dijual. Jihad mempelbagaikan barangan dalam satu sumber perlu di lakukan bersungguh-sungguh agar pembeli disajikan dengan pelbagai pilihan.

4. Tidak faham maksud jihad.

Jihad sering disalah ertikan sebagai suatu usaha mempertahankan agama melalui peperangan. Jihad sebagaimana yang dikupas meliputi usaha yang bersungguh-sungguh tanpa jemu. Sejarah telah membuktikan bahawa para usahawan Islam yang terkenal hebat pada masa dahulu seperti Abd. Rahman bin Auf, Abu Bakar al-Sidiq, Uthman bin al-Affan telah dapat memberi sumbangan yang besar kepada tamadun Islam atas sumbangan jihad ekonomi mereka. Malahan sumbangan jihad ekonomi mereka telah dapat membawa misi dakwah dan menyebarkan keunikan dan keindahan dunia perniagaan itu sendiri yang bebas daripada unsur-unsur penipuan. Malahan mereka disegani dengan kehebatan dan kekayaan mereka dan dalam masa yang sama mereka adalah hamba Allah yang sangat komited memperjuangkan agama Islam. Usaha mereka selaras dengan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud 9/10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.

5. Takut Bersaing dan Rendah Diri.

Peniaga juga takut untuk keluar daripada kepompong sikap rendah diri dan takut untuk bersaing. Sikap yang mengharapkan semata-mata kepada nasib dan menyalahkan takdir adalah cabaran yang perlu ditangani dengan serius. Konsep qada’ dan qadar dalam Islam perlu difahami dengan sedalam dalamnya kerana Allah sentiasa mengingatkan hambanya dalam firmannya yang bermaksud: ‘Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri’ ( al-Ra’ad (13):11)

6. Sikap Prejudis Terhadap Peniaga Muslim

(17)

daripada kalangan peniaga muslim. Untuk merapatkan jurang prejudis ini peniaga muslim itu sendiri hendaklah berusaha meyakinkan masyarakat sekeliling bahawa prejudis dan salah sangka masyarakat terhadap mereka itu tidak benar sama sekali. Jihad yang perlu dilakukan adalah para peniaga perlu memberi perkhidmatan dan barangan yang bersifat kompetatif dan setanding dengan barangan antarabangsa. Jihad ini melingkungi dalam segala aspek termasuk mutu barangan, penghantaran dan segala yang melibatkan hubungan antara peniaga dan pembeli perlu dijaga dengan baik dan tepat. Jika cabaran ini dapat ditangani dengan berkesan nilai permintaan dan penawaran akan bertambah baik dan mewujudkan suasana ekonomi yang lebih murni dan lebih diredhai.

7. Kekurangan Ilmu dan Maklumat Terkini.

Jihad ekonomi dan jihad ilmu merupakan dua isu yang begitu signifikan kepada orang Melayu-Muslim di Malaysia. Kedua-dua isu ini amat penting bagi meningkatkan keadaan ekonomi mereka. Jihad ekonomi bermatlamatkan supaya generasi pada hari ini sanggup berkorban dari segi kewangan, masa dan tenaga untuk generasi akan datang. Masalahnya pada hari ini generasi sekarang tidak ramai yang mempunyai modal untuk memulakan perniagaan dan kebanyakan orang Melayu-Muslim adalah golongan makan gaji terutamanya di sektor awam mahupun sektor swasta.

(18)

Kesimpulan

Jihad ekonomi perlukan semangat, usaha, berani menghadapi risiko dan apa juga bentuk cabaran. Apa yang penting di sini ialah minda atau sikap memainkan peranan penting untuk mengubah corak perniagaan/perkhidmatan usahawan. Adalah diharapkan dengan perbincangan di atas dapat membantu serba sedikit usahawan yang akan mempraktikkan jihad ekonomi dalam perniagaan mereka.

Bibliografi Buku

Ahmad Fauzi Hj Morad (Hj), Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia

al-Imam A’bi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (1967), I’hya Ulum al-Din, Juzuk 3, Kaherah: Muassasah al-Halabi wa Syarakahu li al-Nasyri wa al-Tauzi‘

Ann Wan Seng (2006), Rahsia Bisnes Orang Cina, PTS Professional

Muhammad Ali Haji Hashim (2003), Bisnes satu Cabang Jihad, Utusan Publications

Mustaffa Abdullah (2005), Jihad dalam al-Quran, KL: Universiti Malaya

Surtahman Kastin Hasan (1995), Ekonomi Islam Dasar Dan Amalan, KL: Dewan Bahasa dan Putaka

Yusuf al-Qaradhawiy (Dr.)(1998), Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam, Cet. Pertama, ABIM

Yusuf el-Qardhawi (Dr.) (1988), Ismail bin Mohd Hassan (Terj.), Wabak Kemiskinan dan Cara-Cara Islam Merawatnya, Yayasan Islam Terengganu

Zakaria Stapa (1999), Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd

Akhbar

Mustafa Kamal Basri dan Fauzi Jaafar, ‘Jihad ekonomi Melayu Perlu dijadikan misi nasional ke arah

memajukan bangsa –PM’, Utusan Malaysia, 7/6/2006

Laman Web

(19)

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=173, 30/10/06

Laman web Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_ Hadapan&pg=mh_01.htm 7/6/2006

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_ Agama&pg=ba_01.htm, 1/10/06

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencan a&pg=re_08.htm, 10/10/2006

Referensi

Dokumen terkait

Perhitungan indeks RCA bertujuan untuk menjelaskan kekuatan dayasaing komoditas nenas dan pisang Indonesia secara relatif terhadap produk sejenis dari negara lain (dunia) yang juga

bahwa untuk melaksanakan Peraturan Daerah Kota Tegal Nomor 4 Tahun 2007 tentang perubahan atas Peraturan Daerah Kota Tegal Nomor 2 Tahun 2006 tentang Kedudukan Protokoler

akan disesuaikan dengan kondisi yang sebenarnya di suatu lembaga, oleh karena itu ada kegiatan belajar yang menggunakan proses daring dan luring. Dalam kegiatan PPL-SDR ini,

Peralatan kaca yang terdapat di laboratorium memiliki berbagai fungsi, antara lain mengukur volume cairan, menyimpan sampel atau bahan kimia, tempat mencampur atau

Table matrik ini untuk !etiap pa!angan kriteria-kriteria, ukuran Table matrik ini untuk !etiap pa!angan kriteria-kriteria, ukuran kuantitati dan kualitati dari eek yang

Naskah kirim ulang sudah kami terima hari ini, untuk melengkapi naskah yang pernah dikirimkan ke kami sekitar Pebruari 2012.. Naskah tsb masih menunggu giliran untuk direview oleh

Kegiatan pelatihan ini mendapat respon positif dari peserta pelatihan, adapun manfaat yang didapat oleh peserta pelatihan adalah menumbuhkan minat guru dalam

Dengan adanya sistem e-grocery maka konsumen yang akan membeli barang dalam jumlah tertentu dapat memanfaatkan jaringan internet yang terhubung ke website untuk