• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perakaunan STPM 948/1 KERTAS 1. (Dua jam)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Perakaunan STPM 948/1 KERTAS 1. (Dua jam)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

STPM

948/1

Jawab empat soalan sahaja.

Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan anda mengikut tertib berangka.

Semua kerja hendaklah ditunjukkan.

Percukaian hendaklah diabaikan dalam semua soalan, kecuali yang sebaliknya dinyatakan.

KERTAS 1

(Dua jam)

Perakaunan

KERTAS MODEL SET 2

(2)

1 (a) Selain untuk mematuhi prinsip konservatisme, jelaskan mengapa peruntukan perlu dilakukan

bagi aset hartanah, loji dan peralatan. [2 markah]

(b) Perihalkan dengan contoh, dua perbezaan antara perbelanjaan modal dengan perbelanjaan hasil bagi perniagaan dalam industri perkhidmatan. [3 markah]

(c) Yang berikut ialah urus niaga bagi beberapa buah perniagaan:

(1) Syarikat Selamat Berhad menawarkan perlindungan insurans kepada pelanggan dengan insentif yang menarik. Pada 1 September 2017, pelanggannya, Syarikat Pex Berhad telah membayar premium insurans tahunan pekerja syarikat berjumlah RM102,000 secara tunai.

(2) Pada 1 Januari 2017, Pembinaan Zin menandatangani perjanjian kontrak bernilai RM10,000,000 dengan Pemaju PEMAM untuk membina zon perumahan mewah di bandar Bangi, Selangor bagi tempoh 4 tahun. Pada akhir tahun kewangan, hanya 20%

daripada nilai kontrak telah disahkan sempurna siap oleh arkitek yang dilantik.

(3) Kedai Man menjual perabot mewah mengikut tempahan pelanggan. Pada 30 November 2017, terdapat tempahan bernilai RM10,800 daripada kerabat diraja. Pelanggan sangat berharap tempahan ini dapat disiapkan pada awal Februari 2018. Semasa membuat tempahan, pelanggan membayar tunai sebagai pendahuluan berjumlah RM5,000.

Pemilik kedai memaklumkan kepada kerani akaun bahawa tunai yang diperoleh ini sebagai hasil pendapatan.

Dikehendaki:

Bagi setiap urus niaga di atas,

(i) perihalkan titik pengiktirafan hasil. [3 markah]

(ii) sediakan catatan jurnal pelarasan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

[4 markah]

(d) Pada 31 Disember 2017, Imbangan Duga Perniagaan Dian menunjukkan baki akaun lejar di sebelah kredit melebihi baki debit sebanyak RM1,410. Setelah diteliti, perkara yang berikut telah ditemui:

(1) Ambilan barang niaga RM4,200 tidak dicatatkan oleh kerani akaun.

(2) Bahagian debit Akaun Tunai telah terlebih nyata sebanyak RM2,050.

(3) Penerimaan tunai sebanyak RM5,000 daripada pelanggan telah didebitkan di dalam Lejar Penghutang dan dikreditkan di dalam Buku Tunai.

(4) Ambilan tunai RM800 oleh pemilik telah didebitkan di dalam Akaun Modal dan dikreditkan di dalam Akaun Tunai.

(5) Belanja Insurans terkurang catat sebanyak RM1,800, jumlah yang tepat telah dicatat di dalam Akaun Tunai.

(6) Belanja gaji berjumlah RM350 telah dicatatkan sebagai RM690, tetapi Akaun Tunai dicatat dengan tepat.

(7) Penerimaan tunai RM2,300 daripada Akaun Belum Terima telah dicatatkan sebagai RM300 sahaja, manakala catatan kreditnya adalah tepat.

Dikehendaki:

Bagi setiap urus niaga di atas,

(i) kenal pasti jenis kesilapan yang telah berlaku. [5 markah]

(ii) sediakan Akaun Tergantung untuk membetulkan kesilapan di atas. [3 markah]

(3)

2 (a) Perihalkan dua perbezaan antara Akaun Belum Terima dengan nota belum terima.

[2 markah]

(b) Maklumat yang dipetik daripada penyata bank Syarikat Din Berhad pada 31 Ogos 2017 adalah seperti yang berikut:

RM

Baki pada 1 Ogos 2017 12,650

Debit: Pindahan debit 2,100

Cek tak layan 1,375

Kredit: Nota belum terima 1,705

Dividen 850

Baki pada 31 Ogos 2017 14,280

Baki bank di dalam Buku Tunai Syarikat Din Berhad pada 31 Ogos 2017 ialah RM14,519.

Maklumat tambahan yang dibekalkan oleh kerani akaun adalah seperti yang berikut:

(1) Pindahan debit merupakan bayaran insurans pekerja syarikat kepada Syarikat Nyawa Emas.

(2) Deposit yang belum dikreditkan dan cek yang belum ditunaikan oleh pembekal bagi bulan Ogos, masing-masing berjumlah RM2,952 dan RM3,610.

(3) Memorandum debit menunjukkan Rujuk Penyuruh Bayar bagi cek tak layan yang diterima daripada pelanggan Zon Sendirian Berhad.

(4) Kutipan nota belum terima yang dijelaskan berjumlah RM1,700 bagi tempoh tiga bulan pada kadar faedah 12%. Pihak bank mengenakan caj perkhidmatan berjumlah RM46 bagi urus niaga ini.

(5) Terdapat sekeping cek berjumlah RM2,752 bertarikh 10 Ogos 2017 adalah untuk bayaran kepada pembekal Juni Berhad telah dijelaskan pada 26 Ogos 2017. Cek ini telah dijurnalkan sebagai RM1,525.

Dikehendaki sediakan:

(i) Penyata Penyesuaian Bank Syarikat Din Berhad pada 31 Ogos 2017. [6 markah]

(ii) catatan jurnal pelarasan bagi urus niaga yang berkaitan di atas, nyatakan tiada sekiranya

tiada catatan jurnal pelarasan. [6 markah]

(c) Maklumat Syarikat MEE Berhad tentang pembelian mesin dan kaedah susut nilai mesin adalah seperti yang berikut:

Mesin Tarikh Perolehan

Kos

(RM) Nilai Sisa Jangka Usia Guna

Kaedah Susut Nilai MX1 1 Jan 2016 160,000 25% atas kos 5 tahun Angka tahun MY2 1 Mac 2013 210,500 10% atas kos 6 tahun Jam mesin MZ3 1 Jul 2016 190,800 10% atas kos 8 tahun Baki berkurangan Maklumat tambahan:

(1) Tahun kewangan syarikat berakhir pada 31 Disember.

(2) Mesin MY2 dijangka dapat digunakan selama 1,700,000 jam dengan jangkaan jam mesin bekerja seperti yang berikut:

(4)

Tahun Jam mesin

2013 200,000

2014 280,000

2015 320,000

2016 325,000

2017 330,000

Dikehendaki hitung belanja susut nilai mesin bagi Syarikat MEE Berhad bagi tahun

kewangan 2017. [6 markah]

3 (a) Jelaskan maksud liabiliti yang dianggarkan dengan berserta contoh. [2 markah]

(b) Jelaskan dua perbezaan dalam perekodan antara kemudahan overdraf bank dengan

pembiayaan melalui pinjaman bank. [2 markah]

(c) Pada 1 Julai 2017, Perniagaan Lam telah membeli hartanah, loji dan peralatan berharga RM530,000. Sebanyak RM20,000 telah dijelaskan oleh pemilik Perniagaan Lam dengan menggunakan tunai yang diperoleh melalui pinjaman peribadi yang dibuat daripada institusi kewangan pada kadar 5% bagi tempoh setahun. Baki bayaran bagi pembelian hartanah, loji dan peralatan ini akan dibiayai oleh Perniagaan Lam melalui pinjaman sewa beli pada kadar 8% bagi tempoh 5 tahun. Pinjaman sewa beli telah diperoleh pada awal bulan Julai 2017 atas nama perniagaan. Ansuran pertama pinjaman sewa beli bermula pada awal bulan yang berikutnya. Perniagaan Lam membayar pinjaman sewa beli mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak institusi kewangan.

Sediakan:

(i) Catatan jurnal bagi merekodkan urus niaga pembelian hartanah, loji dan peralatan.

[2 markah]

(ii) Catatan jurnal bagi merekodkan pembayaran ansuran sewa beli sepanjang tahun 2017.

[6 markah]

(iii) Petikan Penyata Kedudukan Kewangan bagi liabiliti Perniagaan Lam pada 31 Disember

2017. [4 markah]

(d) Rekod penggajian pekerja Bim Sendirian Berhad bagi bulan Disember 2017 adalah seperti yang berikut:

RM

Gaji pokok 113,000

Potongan cukai berjadual 11,070

Elaun perkhidmatan 29,760

Potongan pinjaman perumahan 16,900

Caruman KWSP bagi majikan dan pekerja masing-masing ialah 12% dan 11% daripada gaji kasar.

Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga penggajian Bim Sendirian Berhad

bagi bulan Disember 2017. [4 markah]

(5)

4 Maklumat Koperasi Semua Berhad pada 31 Disember 2017 ialah seperti yang berikut:

Debit Kredit

RM RM

Modal saham 150,000

Modal yuran 150,500

Kumpulan Wang Rizab Berkanun 89,200

Tabung Kebajikan Anggota 65,900

Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi 26,000

Pendapatan tertahan 64,660

Pinjaman pada kadar 8% 165,000

Bangunan 332,000

Kenderaan (kos RM165,000) 127,000

Peralatan pejabat (kos RM50,000) 41,200

Simpanan tetap 100,600

Jualan 568,040

Kos jualan 389,790

Belanja mesyuarat agung 8,100

Belanja operasi 74,550

Elaun mesyuarat lembaga anggota 22,650

Faedah pinjaman 10,600

Akaun Belum Bayar 87,400

Derma 9,320

Dividen pelaburan 76,470

Akaun Belum Terima 78,900

Bank 80,560

Pelaburan sekuriti boleh pasar 99,000

Inventori 68,900

1,443,170 1,443,170 Maklumat tambahan:

(1) Polisi susut nilai aset bukan semasa:

Kenderaan: Kaedah garis lurus pada kadar 12.5%

Peralatan pejabat: Kaedah baki berkurangan pada kadar 10%

(2) Faedah atas simpanan tetap setahun RM9,560 belum diambil kira. Pihak bank hanya akan mengkreditkan akaun semasa koperasi pada akhir 31 Disember 2017.

(3) Sebanyak 30% daripada pinjaman akan matang pada 30 September 2018.

(4) Pelaburan sekuriti boleh pasar merupakan pelaburan bagi tempoh lima tahun.

(5) Peruntukan daripada keuntungan koperasi bagi tahun semasa ialah seperti yang berikut:

(i) Kumpulan Wang Rizab Berkanun 12%

(ii) Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi 2%

(iii) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi 1%

(iv) Honorarium lembaga pengarah 10%

(v) Tabung Kebajikan Anggota koperasi ialah 5%

(vi) Dividen pada kadar 10% dan 4% dicadangkan ke atas modal saham dan modal yuran (6) Peruntukan zakat perniagaan bagi tahun berakhir 31hb Disember 2017 adalah sebanyak

RM10,409.

Dikehendaki bagi Koperasi Semua Berhad,

(i) sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Pembahagian Untung Rugi bagi

tahun berakhir 31 Disember 2017, [15 markah]

(ii) hitung aset semasa bersih pada 31 Disember 2017. [5 markah]

(6)

5 (a) Perihalkan empat prinsip kawalan dalaman yang diamalkan dalam proforma dokumen perniagaan bagi jualan kredit. Berikan satu contoh dokumen bagi menjelaskan prinsip

tersebut. [5 markah]

(b) Perihalkan unsur kawalan yang tidak diamalkan bagi setiap kes di bawah. Kemudian, cadangkan langkah yang patut dilaksanakan untuk mengatasi setiap masalah yang dinyatakan.

(i) Seorang pelanggan telah mencuri barang yang diletakkan di bahagian belakang dalam sebuah pasar raya.

(ii) Sebuah syarikat pemaju perumahan telah memberikan tugas kepada seorang kerani untuk menerima wang deposit perumahan, dan seterusnya merekodkan urusan tersebut dalam sistem rekod berkomputer. Kerani tersebut juga bertanggungjawab untuk menghantar bil kepada pelanggan yang telah selesai membayar wang deposit tersebut.

(iii) Kerani akaun telah mengeluarkan cek untuk membayar pembelian sebuah komputer tanpa menyertakan baucar dan invois sokongan.

(iv) Kakitangan yang telah berkhidmat lama di bahagian pengurusan stor syarikat sering mendapat bekalan secara percuma, iaitu lebihan stok daripada pembekal.

(v) Pegawai akaun sebuah syarikat perabot sering datang lewat dan pulang awal pada setiap hari Jumaat. Kehadiran beliau hanya perlu dicatat dalam buku kedatangan yang disemak oleh kerani syarikat.

[10 markah]

(c) Yang berikut ialah situasi yang berkaitan dengan kawalan dalaman bagi perniagaan yang berbeza.

(1) Juruwang di pasar raya mengurus jualan tunai dengan menggunakan sebuah mesin pendaftaran tunai yang sama tanpa melakukan semakan setiap kali tamat syif bekerja.

(2) Pengurus pengeluaran membuat pesanan belian daripada pembekal tanpa mendapat pengesahan daripada pengurus belian dan pengurus stor.

(3) Sebahagian penerimaan tunai tidak direkodkan kerana tiada nombor siri bagi bil tunai yang diguna pakai dalam urus niaga jualan tunai.

(4) Kerani sebuah bank tempatan telah bertugas selama 20 tahun di cawangan yang sama.

(5) Polisi syarikat ialah memasukkan semua tunai ke dalam bank pada setiap hari, namun penyelia akaun sering menangguhkan hal tersebut. Kadangkala dia memasukkan tunai seminggu sekali sahaja untuk menjimatkan masa dan kos parkir kenderaan syarikat.

Dikehendaki nyatakan kelemahan prinsip kawalan dalaman dan implikasi negatif kesan

daripada amalan di atas. [5 markah]

(7)

Soalan 1

(a) Selain untuk mematuhi prinsip konservatisme, suatu peruntukan, iaitu susut nilai juga perlu dilakukan bagi aset hartanah, loji dan peralatan bagi mematuhi prinsip pemadanan. Susut nilai ialah agihan kos perolehan hartanah, loji dan peralatan secara sistematik sepanjang usia guna, yang menggambarkan sumbangan aset dalam menjanakan hasil pendapatan atau pemberian perkhidmatan kepada perniagaan.

(b) Contoh perbelanjaan modal ialah belian hartanah, loji dan peralatan, seperti belian lori bagi perniagaan yang menawarkan khidmat pengangkutan. Lori akan digunakan melebihi satu tempoh perakaunan dan akan direkodkan sebagai aset bukan semasa di dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

Contoh perbelanjaan hasil ialah belian minyak petrol untuk menjalankan operasi lori. Petrol merupakan belanja kendalian bagi satu tempoh sahaja. Oleh itu, belian ini akan dicatatkan sebagai belanja di dalam Penyata Pendapatan Komprehensif.

(c) (i) (1) Titik pengiktirafan hasil yang digunakan ialah titik kutipan jualan, iaitu hasil diiktiraf dalam tempoh apabila kutipan tunai dibuat dan bukan dalam tempoh jualan berlaku.

(2) Titik pengiktirafan hasil yang digunakan ialah titik peratusan siap, iaitu hasil diiktiraf secara berperingkat atau mengikut peratusan pembinaan yang telah disiapkan.

(3) Titik pengiktirafan hasil yang digunakan ialah titik jualan, iaitu hasil diktiraf apabila barang telah diserahkan kepada pelanggan.

(ii) Catatan jurnal pelarasan:

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

(1) Dt. Hasil belum terperoleh Kt. Hasil pendapatan

(102,000 × 4/12 bulan = RM34,000)

RM

34,000 RM

34,000 (2) Dt. Akaun Belum Terima: Pemaju PEMAM

Kt. Hasil pendapatan

(10,000,000 × 20% = RM2,000,000)

2,000,000

2,000,000 (3) Dt. Hasil pendapatan

Kt. Hasil belum terperoleh 5,000

5,000 (d) (i) Jenis kesilapan:

(1) Kesilapan tidak ketara – ketinggalan catatan urus niaga (2) Kesilapan ketara

(3) Kesilapan tidak ketara – Kesilapan songsang (4) Kesilapan tidak ketara – Kesilapan songsang (5) Kesilapan ketara

(6) Kesilapan ketara (7) Kesilapan ketara

Jawapan Cadangan

(8)

(ii)

Akaun Tergantung Baki b/b

Tunai Belanja gaji

RM 1,410 2,050 340

Belanja insurans Akaun Belum Terima

RM 1,800 2,000

3,800 3,800

Soalan 2

(a) Perbezaan antara Akaun Belum Terima dengan nota belum terima:

Akaun Belum Terima Nota Belum Terima

Merupakan pelanggan yang berhutang atau berurus niaga secara kredit dan mempunyai rekod hubungan perniagaan atau akaun dengan penjual.

Mewakili tuntutan yang dibuktikan melalui pengeluaran instrumen kredit rasmi.

Tiada faedah dikenakan terhadap hutang. Memerlukan penghutang untuk membayar faedah.

Hutang ini secara amnya dijangka akan dikutip

balik dalam masa 30 hingga 60 hari. Tempoh masa kutip balik hutang adalah antara 60 hingga 90 hari atau lebih lama.

(b) (i)

Syarikat Din Berhad

Penyata Penyesuaian Bank pada 31 0gos 2017

RM RM

Baki kredit tunai di penyata bank 14,280

Tambah: Deposit belum dikreditkan 2,952

17,232

Tolak: Cek belum dikemukakan 3,610

Baki kredit seperti dalam penyata bank terlaras 13,622

Baki debit seperti dalam Buku Tunai 15,769

Tambah: Nota belum terima 1,705

Komisen diterima 850 2,555

18,324 Tolak: Zon Sendirian Berhad (Cek tak layan) 1,375

Juni Berhad (Kesilapan buku tunai) 1,227

Insurans 2,100 4,702

Baki debit seperti dalam Buku Tunai Terlaras 13,622 Kerja pengiraan:

Nota belum terima

= RM1,700 + RM51 – RM46

= RM1,705

(9)

(ii)

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

(1) Dt. Belanja insurans Kt. Bank

(Bayaran insurans pekerja kepada Syarikat Nyawa Emas)

RM

2,100 RM

2,100 (2) Tiada catatan jurnal

(3) Dt. Akaun Belum Terima: Zon Sdn. Bhd.

Kt. Bank

(Cek diterima tak layan)

1,375

1,375 (4) Dt. Nota belum terima

Caj bank

Kt. Faedah diterima Bank

(Kutipan nota belum terima dan dikenakan caj perkhidmatan)

1,700 45

51 1,705

(5) Dt. Juni Berhad Kt. Bank

(Membetulkan kesilapan kerana terkurang catat)

1,227

1,227

(c) Mesin MX1

Belanja susut nilai pada tahun kewangan 2017

= (RM160,000 × 75%) × 4

= RM32,000 15

Mesin MY2

Belanja susut nilai pada tahun kewangan 2017

= (RM210,500 × 90%) × 330,000 1,700,000

= RM36,776 Mesin Z3

Belanja susut nilai pada tahun kewangan 2016

= (RM190,800 × 12.5%) × 6

= RM11,925 12

Belanja susut nilai pada tahun kewangan 2017

= (RM190,800 – RM11,925) × 12.5%

= RM22,360

Jumlah belanja susut nilai mesin

= RM32,000 + RM36,776 + RM22,360

= RM91,136 Soalan 3

(a) Liabiliti yang dianggarkan seperti waranti ditentukan berdasarkan pengalaman masa lepas. Liabiliti yang dianggarkan merupakan liabiliti yang kewujudannya adalah pasti melalui jaminan ganti rugi sekiranya barangan niaga yang dijual kepada pelanggan rosak dalam tempoh jaminan, tetapi jumlah tuntutan yang akan berlaku tidak dapat ditentukan dengan pasti.

(10)

(b) Perbezaan dalam perekodan antara kemudahan overdraf bank dengan pembiayaan melalui pinjaman bank:

Overdraf Pinjaman

Direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan sebagai liabiliti semasa dengan jumlah pinjaman yang belum dibayar.

Direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan sebagai liabiliti jangka panjang.

Akaun overdraf merupakan baki kredit

Akaun Bank di Buku Tunai. Akaun Pinjaman perlu dibuka dalam lejar.

Penentuan faedah atas overdraf lebih sukar.

Biasanya faedah direkodkan selepas penyata bank diterima pada bulan yang berikutnya.

Kadar faedah yang dikenakan adalah tetap. Oleh itu, perniagaan dapat mengetahui jumlah faedah yang sebenarnya yang perlu direkodkan dan dijelaskan sepanjang tempoh pinjaman.

(c) (i)

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

2017

Julai 1 Dt. Hartanah, loji dan peralatan Kt. Modal

Pinjaman sewa beli

RM

530,000 RM

20,000 510,000 (ii)

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

2017

Dt. Pinjaman sewa beli (RM8,500 × 5 bln) Faedah sewa beli (RM3,400 × 6 bln) Kt. Faedah sewa beli terakru

Bank/Tunai (RM11,900 × 5 bln)

RM 42,500 20,400

RM

3,400 59,500 Kerja pengiraan:

Modal peribadi pemilik = RM20,000 Ansuran pokok pinjaman sewa beli

= RM510,000/(5 tahun × 12 bilan)

= RM8,500 sebulan Faedah sewa beli sebulan

= (RM510,000 × 8%)/12 bulan

= RM3,400 sebulan Ansuran sewa beli sebulan

= RM8,500 + RM3,400

= RM11,900

(11)

(iii)

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

Liabiliti Semasa RM

Faedah sewa beli 3,400

Pinjaman sewa beli 102,000

Liabiliti Bukan Semasa

Pinjaman sewa beli 365,500

(d)

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

2017

Dos. 31 Dt. Belanja gaji Caruman KWSP

Kt. Potongan pinjaman perumahan Caruman KWSP belum bayar Lembaga Hasil Dalam Negeri Gaji belum bayar

(Merekodkan belanja penggajian yang dilibatkan)

RM 142,760.00 17,131.20

RM

16,900.00 32,834.80 11,070.00 99,086.40

Kerja pengiraan:

Gaji bersih

= (Gaji pokok + Elaun perkhidmatan) – Caruman KWSP – Potongan cukai berjadual – Potongan pinjaman perumahan

= (RM113,000 + RM29,760) – (RM142,760 × 11%) – RM11,070 – RM16,900

= RM99,086.40

Belanja caruman KWSP majikan

= RM142,760 × 12%

= RM17,131.20  Soalan 4

(i)

Koperasi Semua Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Pembahagian Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

RM RM

Jualan 568,040

Tolak: Kos Jualan 389,790

Untung kasar 178,250

Tambah: Hasil

Dividen pelaburan 76,470

Faedah simpanan tetap 9,560 86,030

264,280 Tolak: Belanja

Susut nilai kenderaan 20,625

Susut nilai peralatan 4,120

Faedah pinjaman 13,200

Belanja mesyuarat agung 8,100

Belanja operasi 74,550

(12)

Elaun mesyuarat lembaga anggota 22,650

Derma 9,320 152,565

Untung bersih 111,715

Tolak: Pembahagian berkanun

Kumpulan Wang Rizab Berkanun 11,429

Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi 2,453

Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi 1,226 15,108 96,607 Tolak: Pembahagian lain

Dividen modal saham 15,000

Dividen modal yuran 6,020

Honorarium lembaga pengarah 10,754

Tabung Kebajikan Anggota 5,377 37,151

59,456

Tolak: Zakat 10,409

49,047 Tambah: Pendapatan tertahan awal tahun 64,660

Pendapatan tertahan akhir tahun 113,707

(ii) Aset semasa bersih pada 31 Disember 2017

RM RM

Aset Semasa

Akaun Belum Terima 78,900

Bank 90,120

Inventori 68,900

Simpanan tetap 100,600

338,520 Liabiliti semasa

Akaun Belum Bayar 87,400

Faedah pinjaman 2,600

Pinjaman 49,500

Dividen dicadangkan (modal dan yuran) 21,020 Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi 28,453 Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi 1,226

Zakat 10,409

Honorarium lembaga pengarah 10,754

211,362

Aset semasa bersih pada 31 Disember 2017 127,158

(13)

Soalan 5

(a) Dokumen yang digunakan ialah invois jualan.

• Invois bersalinan pendua – Invois mesti mempunyai lebih daripada satu salinan.

• Prinsip pengasingan tugas – Kerani yang menyediakan invois dan pegawai yang menyemak invois perlulah dua individu yang berbeza.

• Kelulusan – Setiap invois yang disediakan dan disemak mesti mendapat kelulusan daripada pihak atasan.

• Penetapan tanggungjawab – Penyediaan invois di bawah tanggungjawab kerani akaun dan invois hanya boleh disediakan setelah mendapat salinan nota serahan daripada bahagian penerimaan stok.

• Invois perlu mempunyai nombor siri – Untuk mengelakkan penyelewengan.

(b) (i) Unsur kawalan yang tidak diamalkan: Kawalan fizikal – Tiada langkah untuk menjaga keselamatan aset daripada kehilangan.

Cadangan langkah: Pasar raya tersebut harus meletakkan CCTV atau pengawal keselamatan di bahagian belakang pasar raya.

(ii) Unsur kawalan yang tidak diamalkan: Pengasingan tugas – Sesuatu kerja dari awal hingga akhir dilakukan oleh pegawai yang sama.

Cadangan langkah: Kerani tersebut sepatutnya bertanggungjawab untuk menerima wang sahaja dan organisasi tersebut seharusnya mewujudkan jawatan baharu untuk menghantar bil kepada pelanggan yang telah selesai membayar wang deposit tersebut.

(iii) Unsur kawalan yang tidak diamalkan: Dokumentasi – Urus niaga tidak disokong oleh dokumen yang bersalinan.

Cadangan langkah: Kerani akaun sepatutnya mengeluarkan cek untuk membayar setelah menerima baucar dan invois yang telah disahkan.

(iv) Unsur kawalan yang tidak diamalkan: Pusingan tugas – Kakitangan di bahagian pengurusan stor telah berkhidmat lama dan mengendalikan tugas yang sama.

Cadangan langkah: Kakitangan yang berkhidmat di sesuatu bahagian perlu ditukarkan ke bahagian lain atau ditukar tugasannya dalam tempoh yang munasabah.

(v) Unsur kawalan yang tidak diamalkan: Kawalan mekanikal dan elektronik – Tiada mekanisme untuk mengawal kehadiran pekerja dan disahkan oleh pihak atasan.

Cadangan langkah: Syarikat sepatutnya menggunakan kad perakam waktu serta disahkan kehadirannya oleh pihak atasan pada setiap hari.

(c) Prinsip kawalan dalaman

(1) Kelemahan: Tiada penetapan tanggungjawab

Implikasi: Boleh menyebabkan berlakunya kesilapan atau penyelewengan apabila berlaku pertukaran syif.

(2) Kelemahan: Tiada langkah kelulusan

Implikasi: Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya lebihan atau lambakan stok.

(3) Kelemahan: Pendokumenan yang tidak lengkap

Implikasi: Resit tidak bernombor siri boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan.

(4) Kelemahan: Tiada pusingan tugas

Implikasi: Kemungkinan besar boleh berlaku penyelewengan kerana pekerja terlalu lama bertugas di tempat yang sama.

(5) Kelemahan: Tiada kawalan fizikal

Implikasi: Kemungkinan besar berlaku kecurian atau penyelewengan.

Referensi

Dokumen terkait

20 Sekeping memo telah dijumpai yang memaklumkan bahawa pemilik telah membawa masuk van peribadi bernilai RM9 300 serta wang tunai RM5 000 ke dalam akaun bank perniagaan

3756/1 SULIT 23 Petikan Penyata bank dan Buku tunai berikut diperoleh daripada Kedai Runcit Zammil. Apakah catatan yang perlu dibuat untuk mengemaskini

• Oleh yang demikian reka corak yang digunakan berjaya mengaplikasikan nilai keteraturan dalam olahan motif yang seimbang dan mempunyai kesatuan.. 8 Warisan ialah sesuatu yang

[4 markah] (c) Menentukan keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran 1 500 unit.[2 markah] (d) Mencari jumlah keluaran untuk mendapat untung RM5 000. [2 markah] b) Maklumat

8. Akaun Kawalan Belum Terima berikut diperoleh daripada buku perniagaan Helmi Enterprise pada bulan Mac 2019. Pasar Mini Erin membayar hutang kepada syarikat Suria

Antara berikut butiran manakah tidak direkod dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi. A Faedah atas modal B Faedah atas pinjaman C Faedah atas ambilan D

11 Urus niaga di bawah diperoleh daripada buku Perniagaan Kukuh. 21 April 2013 : Menghantar nota debit kepada Kedai Gagah berjumlah RM210 kerana harga terkurang caj

6 Pemilik Perniagaan Adam ingin mendapatkan pinjaman bank dan beliau telah diminta mengemukakan satu belanjawan tunai untuk tempoh tiga bulan, bermula 1 Oktober hingga