• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perakaunan STPM 948/1 KERTAS 1. (Dua jam)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Perakaunan STPM 948/1 KERTAS 1. (Dua jam)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

STPM

948/1

Jawab empat soalan sahaja.

Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan anda mengikut tertib berangka.

Semua kerja hendaklah ditunjukkan.

Percukaian hendaklah diabaikan dalam semua soalan, kecuali yang sebaliknya dinyatakan.

KERTAS 1

(Dua jam)

Perakaunan

KERTAS MODEL SET 1

(2)

1 (a) Bagi setiap situasi yang berikut, nyatakan prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi selain prinsip kos sejarah. Sediakan catatan jurnal pembetulan bagi setiap urus niaga yang telah

dikenal pasti kesilapannya. [9 markah]

(1) Pemilik Faiz Enterprise menyewa sebuah rumah kedai dua tingkat pada kadar sewa RM6,000 sebulan. Tingkat atas telah digunakan sebagai kediaman keluarga beliau, manakala tingkat bawah dijadikan sebagai premis perniagaan Faiz Enterprise. Sekiranya tingkat bawah sahaja disewa, caj sewaan ialah RM4,000 sebulan. Kesemua belanja sewa ini telah direkodkan ke Akaun Belanja Sewa Faiz Enterprise.

(2) Syarikat Aria Sendirian Berhad baharu sahaja ditubuhkan pada awal tahun 2018.

Salah seorang ahli lembaga pengarah telah membeli alatan komputer dan perisian perakaunan yang dianggarkan mempunyai usia guna 5 tahun pada kos RM10,000 pada awal penubuhan. Beliau telah mengarahkan kerani akaun supaya tidak mengenakan belanja susut nilai pada tahun kewangan pertama penggunaan aset tersebut, kerana merasakan aset tersebut masih baharu dan tidak perlu dirosotkan nilainya.

(3) Kos insurans Perniagaan Maha bagi tempoh setahun bermula pada 1 Mac 2017 berjumlah RM6,000 telah direkodkan sebagai belanja insurans semasa. Tahun kewangan perniagaan berakhir pada 31 Disember 2017.

(4) Pada akhir tahun kewangan semasa, kos inventori akhir dinilai dengan jumlah RM12,800 mengikut pasaran semasa, manakala rekod kad stok menunjukkan nilai inventori ialah RM15,300. Pemilik Perniagaan KuKaya merekodkan nilai inventori akhir perniagaan sebagai RM15,300 dalam penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2017.

(5) Nadia Enterprise tidak mengeluarkan invois bagi serahan barang niaga kepada pelanggan berjumlah RM2,860 pada 12 Disember 2017. Urus niaga ini hanya dicatat sebagai hasil perolehan pada tarikh tunai diterima daripada pelanggan dan resit penerimaan tunai dikeluarkan kepada pelanggan sebulan selepas tarikh serahan berlaku.

(b) Pada 1 Januari 2017, Aiman memulakan Perniagaan Smarts yang menjual alat ganti kereta mewah secara dalam talian dengan modal permulaan RM40,000. Aiman menyimpan RM1,000 tunai di premis perniagaan dan bakinya dibankkan ke dalam Akaun Bank. Semua urus niaga yang terlibat dalam Perniagaan Smarts dalam bulan semasa yang berakhir pada 31 Januari 2017 adalah secara dalam talian.

Tarikh Urus Niaga

2 Jan Membuat pembayaran deposit RM500 untuk akses talian Internet dengan menggunakan tunai peribadi.

5 Jan Membeli peralatan komputer RM10,000 secara dalam talian bagi memudahkan urusan jualan beli alat ganti kereta.

6 Jan Membuat pesanan belian RM20,000, membayar deposit 20% bagi pengesahan pesanan.

9 Jan Menerima alat ganti yang dipesan pada 6 Januari, terdapat sebuah alat ganti berkos RM1,500 yang tidak menepati spesifikasi yang dipesan, Aiman mengembalikan alat tersebut dan menjelaskan baki pembayaran kepada pembekal.

15 Jan Menerima pesanan jualan RM15,000 daripada pelanggan yang telah dijelaskan sepenuhnya. Barang niaga akan dihantar kepada pelanggan dalam masa 2 hari penghantaran.

17 Jan Menghantar pesanan jualan pada 15 Januari, tokokan jualan ialah 25%. Caj penghantaran yang dibayar secara tunai kepada syarikat kurier ialah RM500.

31 Jan Menerima bil utiliti berjumlah RM600 bagi bulan Januari 2017.

(3)

Dikehendaki:

(i) Tunjukkan kesan kepada ekuiti, aset dan liabiliti bagi setiap urus niaga Perniagaan Smarts. Jawapan anda mesti disertakan dengan nilai yang terlibat. [8 markah]

(ii) Sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif Perniagaan Smarts bagi operasi bulan

Januari 2017. [3 markah]

2 (a) Jelaskan dua alasan yang wajar dipertimbangkan oleh sesebuah perniagaan dalam menentukan kaedah susut nilai hartanah, loji dan peralatan. [2 markah]

(b) Perniagaan Aman telah menjalankan operasi melupuskan sisa toksik selama lima tahun. Yang berikut ialah maklumat yang berkaitan dengan peralatan loji dan mesin bagi Perniagaan Aman pada awal tahun kewangan 31 Disember 2017.

Kos peralatan loji dan mesin RM240,000 Susut nilai terkumpul RM105,000

Sepanjang tahun 2017, urus niaga yang berkaitan dengan peralatan loji dan mesin seperti yang berikut telah berlaku:

(1) Pada awal bulan Januari 2017, Perniagaan Aman telah membeli sebuah mesin baharu berharga RM100,000. Sejumlah RM19,000 telah dijelaskan secara pindahan tunai, manakala bakinya dibayar melalui pinjaman dalam tempoh 5 tahun dengan kadar faedah 4% setahun. Bayaran ansuran pertama akan bermula pada awal bulan Februari. Semua bayaran ansuran telah dijelaskan mengikut perjanjian pinjaman yang telah dimeterai dengan pihak bank.

(2) Pada akhir bulan Mac 2017, sebuah mesin lama telah dijual pada harga RM20,500 secara tunai. Mesin ini telah dibeli pada 1 Januari 2010 pada harga RM75,000 dengan anggaran nilai sisa sebanyak RM5,000.

(3) Pada 30 Jun 2017, sebuah mesin baharu telah dibeli pada harga RM123,000 melalui terbitan nota belum bayar 6% setahun. Nota belum bayar ini akan matang pada 1 Jun 2019.

(4) Pada 1 Oktober 2017, sebuah mesin lama yang dibeli pada 1 Januari 2013 dengan harga RM56,000 telah ditukar niaga dengan sebuah mesin baharu yang sama jenis yang berharga RM80,000. Elaun tukar niaga yang dipersetujui oleh syarikat pembekal mesin dan loji ialah RM35,000. Bayaran baki mesin baharu telah dibuat secara tunai.

(5) Polisi Perniagaan Aman telah menetapkan susut nilai satu tahun penuh dalam tempoh perolehan aset, manakala tiada susut nilai dikenakan pada tahun pelupusan aset.

Perniagaan mengamalkan kaedah garis lurus dengan kadar susut nilai 10% setahun bagi mengira susut nilai mesin dan loji.

Dikehendaki:

(i) Hitung keuntungan atau kerugian atas pelupusan bagi urus niaga jualan mesin terpakai

di (2) di atas. [2 markah]

(ii) Hitung keuntungan atau kerugian atas pelupusan bagi urus niaga tukar beli mesin di

(4) di atas. [2 markah]

(iii) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan semua urus niaga yang berkaitan dengan peralatan, loji dan mesin di atas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

[14 markah]

3 (a) Perihalkan perbezaan antara liabiliti bukan semasa dengan ekuiti. [2 markah]

(b) Nyatakan dua ciri liabiliti sesebuah organisasi perniagaan. [2 markah]

(4)

(c) Syarikat Bex Sendirian Berhad menjalankan perniagaan jual beli penyaman udara telah beroperasi selama 3 tahun. Syarikat menjalankan perniagaan di premis kedai tiga tingkat yang disewa pada kadar RM5,000 sebulan. Oleh sebab syarikat tersebut hanya menggunakan sebahagian daripada premis untuk menjalankan perniagaan, maka tingkat atas premis ini telah disewakan kepada perniagaan lain pada kadar RM2,500 sebulan mulai bulan Disember 2017. Syarikat tersebut mengamalkan kaedah berterusan bagi mengendalikan inventorinya.

Senarai liabiliti yang berikut dipetik daripada Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Bex Sendirian Berhad pada 31 Disember 2017.

RM

Akaun Belum Bayar 24,700

Overdraf bank 15,240

Gaji belum bayar 12,300

Pinjaman Bank 139,500

Nota belum bayar 5% 20,000

Terdapat beberapa urus niaga yang berkaitan dengan liabiliti syarikat yang belum diambil kira pada akhir tahun kewangan 31 Disember 2017, iaitu:

(1) Penyata bank yang diterima pada 5 Januari 2018 menunjukkan faedah overdraf bank berjumlah RM960.

(2) Seorang pelanggan telah membuat bayaran tunai RM3,500 pada 27 Disember 2017 bagi belian sebuah penyaman udara untuk kediamannya, dan bayaran itu telah direkodkan dalam akaun hasil terperoleh. Namun penyaman udara tersebut tidak dapat dipasang di kediaman pelanggan kerana pelanggan terpaksa berada di luar kawasan kediaman atas sebab tugas secara mengejut selama 10 hari. Penyaman udara tersebut hanya dapat dipasang di rumah kediaman pelanggan pada awal bulan Januari 2018.

(3) Terdapat invois berjumlah RM5,400 bagi bekalan penyaman udara yang telah diterima pada 28 Disember 2017.

(4) Syarikat telah menerima deposit 2 bulan sewa premis tingkat atas. Selain itu, bayaran bagi bulan Disember 2017 sehingga Januari 2018 juga telah dijelaskan pada awal bulan Disember 2017. Kesemua tunai yang diterima telah digunakan oleh Syarikat Bex Sendirian Berhad bagi bayaran dua bulan sewa premis perniagaannya.

(5) Syarikat membayar gaji pekerja pada minggu pertama bulan yang berikutnya. Masih terdapat RM2,000 gaji jurujual yang belum dijelaskan.

(6) Pinjaman bank RM150,000 telah diperoleh pada awal bulan September 2017. Tempoh pinjaman ialah 5 tahun pada kadar faedah tetap 8% setahun. Bayaran ansuran pinjaman termasuk faedah pinjaman ialah RM3,500 sebulan. Bayaran ansuran bulanan pertama dijadualkan pada awal bulan Oktober 2017. Rekod menunjukkan bahawa syarikat membayar ansuran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak bank.

(7) Nota belum bayar 5% telah diperoleh pada 1 Januari 2017, tempoh matang ialah setahun.

Nota ini telah dijelaskan pada 31 Disember 2017 melalui perkhidmatan pemasangan penyaman udara kepada syarikat yang menerbitkan nota tersebut.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan pelarasan yang diperlukan pada 31 Disember 2017 bagi setiap urus niaga yang di atas. [10 markah]

(ii) Sediakan bahagian liabiliti di Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Bex Sendirian

Berhad pada 31 Disember 2017. [6 markah]

(5)

4 (a) Perihalkan dua masalah yang mungkin wujud kesan daripada mengamalkan sistem tunggal

dalam rekod perakaunan. [2 markah]

(b) Bain Enterprise mula menjalankan perniagaan kedai runcit pada awal Januari 2017.

Pemiliknya, Encik Kelvin telah mengupah dua orang pekerja dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,500 seorang. Encik Kelvin juga mengeluarkan RM2,000 setiap bulan sebagai ganjaran upahnya. Semua urusan bayaran upah dibuat pada minggu ketiga setiap bulan dengan menggunakan tunai daripada kutipan jualan. Selain itu, Encik Kelvin juga membuat ambilan barang bernilai RM5,000 dari kedai runcit bagi keperluan kediamannya.

(1) Modal permulaan yang dikeluarkan oleh pemilik pada 1 Januari 2017 telah digunakan untuk membeli keperluan perniagaan seperti yang berikut:

RM Inventori barang niaga 72,500

Kelengkapan kedai 35,000

Mesin daftar tunai 1,000

Deposit utiliti 2,100

Deposit sewa kedai (dua bulan) 4,000

Tunai dibankkan 5,200

(2) Semua urus niaga jualan dibuat secara tunai dan dibankkan pada keesokan pagi setelah kedai mula beroperasi.

(3) Kutipan hasil jualan sepanjang tahun 2017 yang telah dibankkan berjumlah RM48,305.

(4) Pada hari terakhir tahun kewangan semasa, masih terdapat tunai yang disimpan di dalam peti keselamatan kedai, bertujuan untuk membayar sewa kedai bagi bulan Disember 2017. Di samping itu, masih terdapat juga jualan hari terakhir tahun kewangan yang disimpan berjumlah RM2,060.

(5) Terdapat hasil jualan tunai sepanjang tahun yang digunakan bagi membayar perbelanjaan yang berikut:

RM

Sewa kedai 22,000

Insurans kedai 2,800

Utiliti 3,450

Derma 500

Lesen perniagaan 800

Belanja promosi 500

30,050

(6) Encik Kelvin telah mengeluarkan cek berjumlah RM9,840 sepanjang tahun bagi menjelaskan bayaran kepada pembekal barang niaga.

(7) Semua belian barang niaga dibuat secara kredit sepanjang tahun. Encik Kelvin telah menyimpan nota kredit daripada pembekal berjumlah RM1,450.

(8) Kelengkapan kedai dianggarkan mempunyai usia guna 12 tahun dengan nilai sisa RM5,000. Mesin daftar tunai dianggarkan boleh digunakan bagi tempoh empat tahun.

(9) Baki sebahagian aset dan liabiliti pada 31 Disember 2017:

RM Akaun Belum Bayar 3,150 Inventori barang niaga 15,680 Utiliti belum bayar 698

(6)

Dikehendaki:

(i) Sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif Bain Enterprise bagi tahun berakhir 31

Disember 2017. [13 markah]

(ii) Tunjukkan aset semasa bersih di Penyata Kedudukan Kewangan Bain Enterprise pada

31 Disember 2017. [5 markah]

5 (a) Syarikat Deem Sendirian Berhad menjalankan perniagaan membekal makanan basah kepada restoran dan kafeteria di sekitar bandar Shah Alam. Perniagaannya mempunyai lima orang pekerja dan tiga buah kenderaan untuk membuat penghantaran bekalan makanan basah kepada pelanggan. Perniagaan ini menyewa rumah kedai dua tingkat bagi menjalankan operasinya.

Dikehendaki:

Jelaskan secara ringkas empat pertimbangan yang perlu diambil kira oleh Syarikat Deem Sendirian Berhad sekiranya syarikat ingin melaksanakan kawalan dalaman untuk

meningkatkan kecekapan operasi syarikat. [8 markah]

(b) Kaji kes di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(1) Azmil seorang penyelia di Jabatan Pengeluaran. Azmil mengenal pasti pembekal melalui laman sesawang. Beliau tertarik dengan promosi yang diiklankan kerana berpendapat bahawa pembekal telah menawarkan harga yang difikirkan munasabah. Oleh itu, beliau segera membuat pesanan melalui alamat e-mel syarikat tersebut. Beliau merasakan lebih cepat membuat pesanan belian dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian, dan ini seterusnya dapat mengurangkan penggunaan borang dan masa. Pesanan belian tersebut telah dilakukan tanpa merujuk kepada Pengurus Jabatan.

(2) Encik Kim menjalankan perniagaan membekal bahan binaan kepada kontraktor kelas F yang berdaftar dengan perniagaan beliau. Semua jualan dibuat secara kredit dengan terma kredit satu bulan kepada pelanggan yang telah mendaftar. Setiap urus niaga jualan dicatat dalam buku rekod jualan oleh keraninya, Cik Mawar. Pada akhir bulan, Cik Mawar akan mengeluarkan invois mengikut buku rekod jualan yang buat olehnya.

Cik Mawar juga akan menyemak jumlah invois yang disediakan untuk memastikan jumlah yang perlu dituntut adalah bertepatan dengan rekodnya, sebelum mengepos invois kepada pelanggan.

(3) Peniagaan Sis mengupah seorang kerani am yang ditugaskan untuk membuat deposit atau memasukkan cek perniagaan pada setiap hari. Kebiasaannya kutipan jualan tunai dihitung dan dibuat verifikasi oleh penyelia pada pukul 4.00 petang setiap hari.

Kerani am ini akan memasukkan cek dan tunai pada pukul 4.30 petang di bank yang berdekatan dengan premis perniagaan. Kebiasaannya kerani am ini akan terus pulang ke rumah beliau selepas memasukkan cek dan tunai ke bank. Deposit slip bank hanya akan diserahkan pada hujung hari akhir setiap minggu bekerja. Kerani am ini seorang yang sangat jujur dan telah lama berkhidmat dengan perniagaan, beliau bekerja tanpa pengawasan pihak penyelia.

Bagi setiap kes di bawah, anda dikehendaki:

(i) Jelaskan satu kelemahan kawalan dalaman dalam perniagaan-perniagaan tersebut.

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua kesan terhadap perniagaan akibat kelemahan kawalan dalaman yang

telah dikenal pasti di (b)(i). [6 markah]

(iii) Berikan satu tatacara kawalan dalaman yang patut dilaksanakan untuk mengatasi

kelemahan di (b)(i) yang dinyatakan. [3 markah]

(7)

Jawapan Cadangan

Soalan 1

(a) (1) Prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi: Entiti berasingan Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

Dt. Ambilan Kt. Belanja sewa

RM

2,000 RM

2,000

(2) Prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi: Prinsip pemadanan Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

Dt. Belanja susut nilai Kt. Susut nilai terkumpul

RM

2,000 RM

2,000

(3) Prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi: Asas akruan Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

Dt. Insurans prabayar Kt. Belanja insurans

RM

1,000 RM

1,000

(4) Prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi: Konservatisme Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

Dt. Penyata Pendapatan Kt. Inventori akhir

RM

2,500 RM

2,500

(5) Prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi: Realisasi Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

Dt. Akaun Belum Terima Kt. Hasil jualan

RM

2,860 RM

2,860

(8)

(b)

Aset = Liabiliti E. Pemilik

Bank Tunai Alatan

Perniagaan Inventori Deposit

dibayar Hasil Belum

Terperoleh Utiliti

Terakru Modal

Jan. RM RM RM RM RM RM RM RM

1 49,000 1,000 50,000

2 500 500

5 (10,000) 10,000

6 (4,000) 4,000

9 (14,500) 18,500 (4,000)

15 15,000 15,000

17 (500) (12,000) (15,000) 3,000

(500)

31 600 (600)

35,500 500 10,000 6,500 500 = – 600 52,400

53,000 = 53,000

(c)

Perniagaan Smarts

Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Januari 2018

RM RM

Hasil jualan 15,000

Tolak: Kos jualan

Belian 18,500

Inventori akhir 6,500 12,000

Untung kasar 3,000

Tolak: Belanja

Belanja utiliti 600

Angkutan keluar 500 1,100

Untung bersih 1,900

Kerja pengiraan:

Hasil jualan RM15,000, tokokan 25%.

Kos jualan = RM15,000 × 100

= RM12,000 125

Soalan 2

(a) Alasan yang wajar dipertimbangkan oleh sesebuah perniagaan dalam menentukan kaedah susut nilai hartanah, loji dan peralatan:

(i) Tempoh usia guna sesebuah hartanah, loji dan peralatan (ii) Nilai sisa hartanah, loji dan peralatan

(iii) Kos perolehan hartanah, loji dan peralatan

(9)

(b) (i)

RM

Kos peralatan, loji dan mesin 75,000

Susut nilai terkumpul

(RM75,000 – RM5,000) ×10% × 7 tahun 49,000

Nilai buku bersih 26,000

Harga jualan mesin 20,500

Rugi atas pelupusan 5,500

(ii)

RM

Kos peralatan, loji dan mesin 56,000

Susut nilai terkumpul

(RM56,000 ×10% × 4 tahun) 22,400

Nilai buku bersih 33,600

Elaun tukar beli mesin 35,000

Untung atas pelupusan 1,400

(iii)

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

(1) Dt. Peralatan, loji dan mesin Kt. Tunai

Pinjaman

(Merekodkan pembelian hartanah, loji dan mesin)

RM

100,000 RM

19,000 81,000 Dt. Faedah pinjaman (81,000 × 4%)

Pinjaman (81,000/60 × 11 bulan) Kt. Bank

Faedah belum bayar

(Merekodkan bayaran ansuran pinjaman dan faedah pinjaman)

3,240 14,850

17,820 270

(2) Dt. Susut nilai terkumpul

Kt. Pelupusan peralatan, loji dan mesin (Merekodkan susut nilai terkumpul)

49,000

49,000 Dt. Pelupusan peralatan, loji dan mesin

Kt. Peralatan, loji dan mesin

(Merekodkan pelupusan peralatan mesin dan loji)

75,000

75,000 Dt. Bank

Kt. Rugi atas pelupusan

Pelupusan peralatan, loji dan mesin (Merekodkan rugi atas pelupusan mesin)

20,500

5,500 26,000 (3) Dt. Peralatan loji dan mesin

Kt. Nota belum bayar 6%

(Merekodkan belian peralatan melalui terbitan nota)

123,000

123,000 Dt. Belanja faedah

Kt. Faedah belum bayar

(Merekodkan belanja faedah nota belum bayar)

3,290

3,290 (4) Susut nilai terkumpul

Pelupusan peralatan, loji dan mesin (Merekodkan susut nilai terkumpul)

22,400

22,400

(10)

Tarikh Butir Debit Kredit Dt. Pelupusan peralatan, loji dan mesin

Kt. Peralatan, loji dan mesin

(Merekodkan pelupusan peralatan mesin dan loji)

56,000

56,000 Dt. Peralatan, loji dan mesin

Kt. Untung atas pelupusan

Pelupusan peralatan, loji dan mesin Tunai

(Merekodkan untung atas pelupusan mesin)

80,000

1,400 33,600 45,000 (5) Dt. Belanja susut nilai peralatan loji

Kt. Susut nilai terkumpul

(Merekodkan belanja susut nilai tahun 2017)

41,200

41,200

Kerja pengiraan:

Kos Peralatan, loji dan mesin

= RM240,000 + RM100,000 – RM75,000 + RM123,000 – RM56,000 + RM80,000

= RM412,000 Belanja susut nilai

= 412,000 × 10%

= RM41,200 Soalan 3

(a) Liabiliti bukan semasa merupakan obligasi atau tanggungan perniagaan yang wujud disebabkan oleh peristiwa masa yang lepas, yang mana penyelesaian kepadanya dijangka akan melibatkan pengaliran keluar dana perniagaan dalam tempoh melebihi satu tempoh perakaunan. Ekuiti merupakan obligasi atau tuntutan pemilik perniagaan ke atas baki aset selepas tuntutan yang dibuat oleh liabiliti.

(b) Ciri-ciri liabiliti sesebuah organisasi perniagaan:

(i) Mesti wujud dalam keadaan semasa

(ii) Mesti melibatkan perbelanjaan pada masa hadapan (iii) Mesti dapat menentukan kewujudannya

(iv) Mesti dapat ditentukan jumlahnya

(v) Tempoh matang perlu diketahui atau dapat dianggarkan (c) (i)

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

(1) Dt. Belanja faedah overdraf Kt. Bank

RM

960 RM

960 (2) Dt. Hasil terperoleh

Kt. Hasil belum terperoleh 3,500

3,500 (3) Dt. Inventori

Kt. Akaun Belum Bayar 5,400

5,400 (4) Dt. Belanja sewa

Kt. Deposit sewa diterima Hasil sewa

Hasil belum terperoleh

10,000

5,000 2,500 2,500 (5) Dt. Belanja gaji

Kt. Gaji belum bayar 2,000

2,000

(11)

Tarikh Butir Debit Kredit (6) Dt. Faedah pinjaman

(RM150,000 × 8%/12 bln × 4 bln) Kt. Pinjaman bank

Faedah pinjaman belum bayar

4,000

3,000 1,000 (7) Dt. Nota belum bayar 5%

Faedah nota belum bayar Kt. Hasil terperoleh

20,000 1,000

21,000 (ii)

Syarikat Bex Sendirian Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

RM RM

Liabiliti Semasa

Akaun Belum Bayar 30,100

Overdraf bank 16,200

Gaji belum bayar 14,300

Hasil belum terperoleh 6,000

Deposit sewa diterima 5,000

Faedah belum bayar 1,000

Pinjaman bank 30,000 102,300

Liabiliti bukan semasa

Pinjaman bank 110,000

Kerja pengiraan:

Pinjaman bank

= RM150,000 – RM10,000 – RM30,000

= RM110,000

Soalan 4

(a) Masalah yang mungkin wujud akibat mengamalkan sistem tunggal dalam rekod perakaunan:

(i) Kesilapan dan penyelewengan tidak dapat dikesan

(ii) Imbangan Duga dan perbandingan prestasi dalam penyata kewangan tidak dapat dilakukan (iii) Kesahihan rekod diragui

(b) (i)

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

RM RM RM

Jualan 142,415

Tolak: Kos jualan

Belian 81,940

(–) Pulangan belian 1,450

80,490

(–) Inventori akhir 15,680

64,810

Untung kasar 77,605

(12)

Tolak: Belanja operasi

Upah 36,000

Utiliti 4,148

Belanja susut nilai kelengkapan 2,500

Belanja susut nilai mesin daftar 250

Sewa kedai 24,000

Derma 500

Insurans kedai 2,800

Lesen perniagaan 800

Promosi 500

71,498

Untung bersih 6,107

Kerja pengiraan:

Jualan

= (RM5,000 × 12) + RM48,305 + RM2,000 + RM2,060 + RM30,050

= RM142,415

Akaun Belum Bayar

Bank

Pulangan belian Baki h/b

RM 9,840 1,450 3,150

Belian RM

14,440

14,440 14,440

Belian

= RM72,500 + RM14,440 – RM5,000

= RM81,940 Upah

= RM3,000 × 12

= RM36,000 Utiliti

= RM3,450 + RM698

= RM4,148

Belanja susut nilai kelengkapan

= (RM35,000 – RM5,000)/12

= RM2,500

Belanja susut nilai mesin daftar

= RM1,000/4

= RM250 Sewa kedai

= RM22,000 + RM2,000

= RM24,000

(13)

(ii)

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

RM RM RM

Aset Semasa

Bank 43,665

Tunai 4,060

Deposit sewa 4,000

Deposit utiliti 2,100

Inventori 15,680

69,505 Liabiliti Semasa

Akaun Belum Bayar 3,150

Utiliti belum bayar 698

Sewa belum bayar 2,000 5,848

Aset Semasa Bersih 63,657

Kerja pengiraan:

Bank

= RM5,000 + RM48,305 – RM9,840

= RM43,665 Tunai

= RM2,000 + RM2,060

= RM4,060

Soalan 5

(a) Pertimbangan yang perlu diambil kira oleh Syarikat Deem Sendirian Berhad sekiranya syarikat ingin melaksanakan kawalan dalaman untuk meningkatkan kecekapan operasi syarikat:

Bilangan pekerja dan saiz organisasi

Saiz organisasi Syarikat Deem Sendirian Berhad adalah kecil dan mempunyai bilangan pekerja yang sedikit, maka pengasingan tugas dan pusingan tugas mungkin tidak dapat dilakukan. Biasanya seorang pekerja mungkin akan melakukan pelbagai tugas.

Konspirasi/subahat

Saiz Syarikat Deem Sendirian Berhad adalah kecil, walaupun sesuatu kawalan dalaman dilaksanakan, ini masih mempunyai peluang besar berlaku konspirasi antara pekerja dalaman ataupun antara pekerja dalaman dengan orang luar. Konspirasi bermaksud dua orang atau lebih bersubahat dan bekerjasama untuk melakukan sesuatu jenayah.

Kos melebihi manfaat

Oleh sebab saiz Syarikat Deem Sendirian Berhad adalah kecil, mempunyai pekerja yang sedikit dan urus niaga yang tidak banyak, maka pengaplikasian kawalan dalaman akan melibatkan kos yang banyak. Hal ini mungkin mengakibatkan kos melebihi manfaatnya.

Kesilapan, salah faham, keletihan dan tekanan boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku tanpa disengajakan. Walau bagaimanapun, kawalan dalaman yang baik mungkin mampu mengesan sesuatu kesilapan yang berlaku.

Campur tangan pengurusan

Campur tangan Ahli Lembaga Pengarah dalam mengendalikan maklumat kewangan dan membuat keputusan mungkin bertentangan dengan polisi kawalan dalaman. Pihak pengurusan mungkin beranggapan bahawa mereka boleh beroperasi di luar skop kawalan dalaman, walaupun sebenarnya tidak.

(14)

(b) (1) (i) Kelemahan kawalan dalaman:

• Kelulusan – Pembelian tidak mendapat kelulusan daripada Pengurus Jabatan

• Dokumentasi – Penghantaran borang pesanan belian tidak diluluskan oleh pihak atasan (ii) Kesan terhadap perniagaan:

• Mungkin berlaku lebihan inventori di stor • Tiada sebut harga yang dipersetujui • Kredibiliti pembekal tidak dipastikan • Mungkin berlaku masalah penghantaran

(iii) Tatacara kawalan dalaman yang patut dilaksanakan:

• Sediakan borang pesanan belian

• Pesanan belian perlu dirujuk kepada Pengurus Jabatan Pengeluaran (2) (i) Kelemahan kawalan dalaman:

• Tiada pengasingan tugas atau penetapan tanggungjawab (ii) Kesan terhadap perniagaan:

• Kemungkinan berlaku penyelewengan apabila orang yang sama melakukan sesuatu kerja dari awal hingga ke akhir

• Kesilapan mencatat boleh berlaku kerana tiada semakan daripada pihak atasan atau pekerja lain

(iii) Tatacara kawalan dalaman yang patut dilaksanakan:

• Invois bersalinan yang disediakan untuk pelanggan perlu disemak dan disahkan ketepatannya oleh pihak atasan

(3) (i) Kelemahan kawalan dalaman: Tiada kawalan mekanikal (ii) Kesan terhadap perniagaan:

• Kerani am mungkin akan membuat kesilapan semasa memasukkan tunai atau cek perniagaan

• Kerani am mungkin bersubahat dengan pekerja lain untuk menyeleweng tunai perniagaan

(iii) Tatacara kawalan dalaman yang patut dilaksanakan:

• Penyelia sepatutnya membuat verifikasi agar tunai yang dimasukkan ke dalam akaun perniagaan adalah tepat dan tiada kesilapan

Referensi

Dokumen terkait

(iv) Pinjaman bernilai RM10 000 yang diterima telah digunakan untuk membeli komputer perniagaan sebanyak RM3 000 dan bakinya digunakan untuk membeli barang niaga.

Jelaskan tujuan penggunaan peralatan tersebut dalam perniagaan. Hazama menyedari potensi yang cukup besar dalam industri menjual basikal pada masa kini. Beliau berhasrat membuka

Bilangan peserta bagi kursus Pengurusan ialah x orang dan bilangan peserta bagi kursus Kewangan ialah y orang. An institution offers two business courses, Management

Buku Tunai Perniagaan Bidadari Berhad menunjukkan baki yang berbeza dengan Penyata Bank pada 31 Julai 2009. Berikut ialah Buku Tunai dan Penyata Bank Perniagaan Bidadari pada

Berikut adalah maklumat yang dipetik daripada perniagaan Kilang Elektronik Max pada 30 April 2010. (iii) Alat tulis kilang belum digunakan

Pada harga kereta tempatan kekal RM60 000, permintaan terhadap kereta tempatan meningkat kepada 240 unit, maka jumlah hasil pengeluar kereta tempatan meningkat daripada RM9.0 juta

Maklumat yang berikut adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh sebuah keluarga.. Ayah Jian Hin baru menerima panggilan telefon daripada guru tingkatan Jian Hin,

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas. A