STPM
940/1
Jawab empat soalan.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
KERTAS 1
(Dua jam)
seni visual
(apresiasi seni visual)
KERTAS MODEL SET 1
bahagian a [35 markah]
Jawab semua soalan.
1
Berdasarkan reka bentuk setem di atas jelaskan kesan bagaimana imej karya dapat menjelaskan:
(a) Nasionalisme
[4]
(b) Komunikasi
[4]
2 Berdasarkan elemen yang diberikan, jelaskan tiga elemen yang perlu difikirkan oleh pereka dalam mereka bentuk pembungkusan moden yang mempunyai ciri-ciri budaya.
(a) Ilustrasi
[3]
(b) Bentuk
[3]
(c) Jenama
[3]
3
Gambar di atas menunjukkan karya Van Gogh yang bertajuk Café Terrace at Night yang dihasilkan pada tahun 1888. Berdasarkan gambar tersebut:
(a) Jelaskan pengolahan ruang dalam karya tersebut
[3]
(b) Nyatakan kesan warna dalam menimbulkan kesan emosi
[3]
(c) Jelaskan kesan jalinan dalam menimbulkan sifat sesuatu objek
[3]
Vincent van Gogh Café Terrace At Night (1888)
4 Bagaimana imej visual dalam sesebuah karya dapat memberikan tiga kesan dalam bidang sosiologi.
(a) Nasionalisme
[3]
(b) Teknologi
[3]
(c) Kepercayaan
[3]
bahagian b [30 markah]
Jawab dua soalan sahaja.
5
Ihsan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam Karya pelajar KSSR, UiTM
Gambar di atas menunjukkan karya catan. Bincangkan aspek bentuk seni visual yang diberi
keutamaan oleh pengkarya. [15]
6
Hasil cetakan Karya pelajar KSSR, UiTM Ihsan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
UiTM Shah Alam
Berdasarkan karya di atas, jelaskan bagaimana pendekatan strategi kritikan seni digunakan
oleh pengkarya. [15]
7 Huraikan pemahaman anda berkaitan reka corak pada kraf tekat di bawah. [15]
8
Mohamad Hj Hassan Hadrah: Alunan dari Bendang
Media: Akrilik Tahun: 2015 Ihsan Galeri Shah Alam
Berdasarkan karya di atas, bincangkan jenis warisan dan bagaimana aspek warisan digunakan oleh pengkarya dalam menyampaikan mesej. [15]
bahagian C [15 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
9
Ihsan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam
Karya pelajar KSSR, UiTM
Berdasarkan imej arca yang ditunjukkan, jelaskan jenis arca dan bagaimanakah elemen formal diterjemahkan kepada bentuk arca. [15]
10
Arca awam
Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur (2015)
Gambar di atas menunjukkan karya arca. Berdasarkan imej di atas nyatakan bagaimana karya dapat dikaitkan dengan:
(a) gaya (b) aliran
(c) olahan reka bentuk
[15]
Jawapan Cadangan
Bahagian A
1 (a) Nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara. Ia diperjelaskan melalui:
• ilustrasi bunga tempatan. Meningkatkan perasaan cinta akan negara melalui keindahan alam semula jadi tempatan
• gambar imej Sultan sebagai pemerintah bagi negeri Johor. Imej Sultan memberi rasa penghormatan kepada pemimpin atau ketua dalam sesebuah negeri dan negara.
(b) Komunikasi ditunjukkan melalui:
• imej ilustrasi, iaitu menyampaikan mesej berkaitan bunga tempatan dan imej sultan sebagai ketua negeri dalam setem.
• tulisan/tipografi ‘Johor’, ‘Malaysia’ dan harga setem. Imej tipografi menyampaikan mesej Malaysia sebagai negara, Johor sebagai negeri sempena setem direka cipta serta harga setem yang menunjukkan nilai/fungsi.
• imej jata, iaitu lambang kebesaran negeri Johor
2 Budaya merujuk kepada cara hidup yang diguna pakai oleh individu atau masyarakat.
Pembungkusan yang mempunyai nilai budaya harus mempunyai beberapa ciri yang berkaitan budaya
(a) Ilustrasi yang digunakan mestilah menun jukkan imej budaya seperti motif songket dalam kraf tenunan. Tenunan songket ialah kraf tekstil tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia.
(b) Bentuk sesuatu pembungkusan mestilah bersesuaian dengan produk yang digunakan di dalamnya. Contohnya jika pembungkusan dodol, bentuk pembungkusan yang berse suaian adalah seperti bentuk bakul yang diperbuat daripada anyaman.
(c) Jenama yang digunakan haruslah mempunyai nilai budaya seperti nama yang berkaitan dengan watak atau panggilan dalam sastera lama. Contohnya seperti ‘Sri Keropok’, ‘Dodol Ayahanda’
dan ‘Tempe Chempaka Sari’. Reka bentuk tipografi juga mestilah mempunyai reka bentuk serif yang mudah dibaca dan mempunyai nilai klasik seperti ‘Harrington’ dan ‘Algerian’.
3 (a) Ruang jelas kelihatan melalui:
• Bentuk objek yang diolah mempunyai bentuk tiga dimensi. Contohnya pada meja, bangunan dan saiz figura manusia yang digambar secara perspektif.
• Pengolahan warna lebih jelas dan terang berada di paling hadapan dan warna gelap dan warna sejuk berada di ruang belakang.
(b) Kesan warna kuning di bahagian dalam kedai menimbulkan kesan emosi iaitu ceria dan suasana yang sibuk dengan aktiviti manusia, manakala warna gelap di bahagian belakang menimbulkan emosi yang agak suram, sunyi dan agak menakutkan.
(c) Nilai jalinan terdapat hampir keseluruhan objek yang dilukis. Kesan jalinan tampak yang jelas terdapat pada batu jalan yang tidak rata yang berada di bahagian paling hadapan dan sapuan berus teknik impasto memberikan kesan jalinan sentuh terdapat yang jelas pada bumbung kedai/
kafe.
4 (a) Nasionalisme dapat diterapkan melalui bentuk imej yang mempunyai ciri-ciri cinta akan negara seperti pemandangan indah di Malaysia dan imej budaya di Malaysia seperti kraf tradisional.
(b) Teknologi boleh ditunjukkan dengan imej atau gambar yang berkaitan dengan aktiviti penghasilan manusia yang mempunyai ke mahiran tertentu seperti teknologi digital serta imej bangunan moden.
(c) Kepercayaan melibatkan sesuatu yang diyakini pada sesuatu kebenaran atau benda. Imej imej simbol dapat menimbulkan kesan kepercayaan dalam beragama contohnya masjid atau kuil.
Bahagian B
5 • Antara bentuk seni visual yang diberi keutamaan dalam karya ialah penggunaan warna. Warna kuning diberi keutamaan/penegasan pada objek paling hadapan manakala warna biru di warnakan sebagai latar belakang karya. Penegasan terdapat pada objek berwarna kuning kerana ia digambarkan dengan saiz paling besar dan berada di bahagian paling hadapan.
• Gaya yang diutamakan dalam karya ialah catan separa abstrak. Imej yang digambarkan adalah imej yang telah dipermudahkan bentuknya tetapi masih di kenali. Imej utama digambarkan ialah patung atau permainan catur berkepala lembu.
• Karya ini menonjolkan aliran surealisme. Aliran ini menggambarkan alam khayalan, iaitu gambaran imej yang tidak terdapat dalam dunia realiti.
• Pengolahan komposisi karya ini menggunakan imbangan tidak simetri. Ini adalah kerana objek di bahagian kiri dan kanan adalah tidak sama besar dan berbeza saiz dan bentuk.
• Imej dalam karya mempunyai ilusi tiga dimensi yang ditonjolkan melalui ruang perspektif. Ruang perspektif wujud apabila terdapat ilusi yang menunjukkan objek paling hadapan kelihatan paling besar manakala imej yang semakin ke belakang seolah-olah kelihatan semakin mengecil.
• Oleh yang demikian karya ini mempunyai unsur seni, prinsip rekaan, komposisi dan gaya yang diutamakan dan berjaya menjadikan karya ini kelihatan lebih menarik.
6 Kritikan seni memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan seni visual. Kritikan seni terdiri daripada deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan.
• Deskripsi. Karya menunjukkan bahan penim bang yang menimbang suatu imej. Imej yang ditimbang seolah-olah seperti organ dalaman. Organ dalaman berwarna merah dan terdapat tiga jenis simbol berada di bahagian paling atas, iaitu simbol ‘X’, ‘STOP’ dan ‘$’ yang dipalang.
Warna imej organ mempunyai saiz yang paling besar. Karya mempunyai imbangan tidak simetri.
• Analisis. Olahan imej mempunyai penegasan yang ditonjolkan melalui imej organ dalaman yang diolah paling besar antara imej yang lain. Terdapat warna kontra yang digunakan untuk imej dan latar belakang. Ia boleh dilihat pada objek penimbang yang berwarna kelabu dan warna coklat cerah/perang cerah. Pelbagai kesan garisan digambarkan melalui imej urat yang terdapat pada organ dalaman. Rupa dilihat melalui imej simbol di bahagian paling atas karya.
• Interpretasi. Karya menunjukkan imej organ dalaman yang ditimbang. Ia memberi mesej berkaitan jenayah pemerdagangan organ ma nusia yang berlaku dalam sosial. Imej simbol
‘ X’, “STOP’ dan ‘$’ menunjukkan pemerdagangan merupakan kegiatan yang salah di sisi undang-undang. Isu pemerdagangan organ manusia diperjelaskan lagi melalui tulisan ‘pem…
agangan’ yang berada di belakang imej organ berwarna merah yang ditimbang. Karya berjaya menimbulkan kesan protes pengkarya terhadap jenayah yang berlaku.
• Karya berjaya menampilkan gaya separa abstrak melalui imej objek yang dipermudahkan, iaitu bentuk organ dan bentuk penimbang. Ilustrasi organ yang ditampilkan melalui teknik cetakan berjaya menimbulkan kesan penegasan dan keutamaan mesej dalam karya. Olahan warna yang kontra juga berjaya menonjolkan imej dengan jelas dan olahan imej tiga dimensi pada objek utama.
• Kesimpulannya, imej yang ditonjolkan dapat menyampaikan mesej tersirat dengan mudah kepada khalayak. Gaya separa abstrak serta simbol yang ditonjolkan dalam karya memudahkan maksud tersirat disampaikan kepada khalayak.
7 Reka corak bermaksud rekaan motif yang digunakan pada sesuatu karya seperti seni tekat dan batik.
Reka corak yang digunakan mengaplikasikan olahan motif flora yang disusun dengan prinsip rekaan yang teratur serta mengaplikasikan teknik reka corak dalam kraf tradisional.
• Olahan motif pada kraf tekat di atas mempunyai imej motif atau reka corak yang dipermudahkan daripada motif flora. Reka corak baru dihasilkan berdasarkan sumber idea/objek asal. Reka corak yang menggunakan rupa organik.
• Terdapat imbangan simetri pada reka corak yang ditunjukkan. Imbangan simetri ialah imej yang sama pada dua belah bahagian. Ia juga mengaplikasikan imej cerminan, iaitu terdapat imej yang sama pada bahagian atas dan bawah. Reka corak yang dihasilkan dengan teknik perulangan, iaitu penghasilan imej yang sama berulang kali.
• Olahan reka corak dalam kraf di atas menggunakan olahan motif dalam kraf tradisional. Kraf tradisional menggunakan motif yang sama sejak turun-temurun. Susunan motif adalah mengikut disiplin dalam aliran tradisional, iaitu tetap dan tidak berubah serta mementingkan kesan keteraturan.
• Oleh yang demikian reka corak yang digunakan berjaya mengaplikasikan nilai keteraturan dalam olahan motif yang seimbang dan mempunyai kesatuan.
8 Warisan ialah sesuatu yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu dan dapat dilihat oleh generasi kini. Warisan dapat menggambarkan rakaman keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa yang melambangkan tamadun yang dimiliki.
• Warisan diklasifikasikan kepada dua kategori utama, iaitu warisan ketara dan warisan tidak ketara. Warisan ketara ialah sesuatu yang kekal, boleh dilihat dan disentuh. Contohnya seperti alat muzik dan monumen. Ia juga dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu warisan statik merujuk kepada sesuatu yang tidak dapat dipindahkan seperti bangunan manakala warisan mudah alih ialah sesuatu objek yang boleh dialih seperti alat muzik dan senjata. Warisan tidak ketara ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat dan tidak nyata seperti tarian dan persembahan muzik. Warisan tidak ketara dapat dinikmati ketika ia dilakukan dan tamat setelah ia tiada atau tidak berlaku.
• Imej dalam catan menunjukkan sekumpulan masyarakat yang sedang membuat persembahan muzik yang dinamakan Hadrah. Persembahan muzik Hadrah ialah warisan tidak ketara. Aktiviti ini merupakan aktiviti budaya turun-temurun yang semakin ditinggalkan. Pada masa dahulu ia berfungsi sebagai aktiviti ritual dan keagamaan tetapi kini ia berfungsi sebagai hiburan.
Ia merupakan aktiviti yang di kategorikan sebagai warisan negara. Persembahan muzik dikategorikan sebagai warisan tidak ketara kerana ia merupakan perbuatan atau gerak geri yang boleh dinikmati ketika ia dilakukan dan tidak akan dinikmati setelah ia berakhir atau tamat.
• Imej juga menunjukkan masyarakat yang sedang bermain alat muzik. Alat muzik merupakan warisan ketara. Warisan ketara bermaksud warisan yang kekal dan dapat dilihat. Ia dikategorikan sebagai warisan ketara mudah alih kerana alat muzik merupakan objek yang kelihatan dan boleh beralih tempat.
• Oleh yang demikian karya tersebut berjaya menyampaikan mesej berkaitan warisan ketara dan tidak ketara.
Bahagian C
9 Arca ialah karya berbentuk tiga dimensi. Ia wujud dalam bentuk konkrit dan ruang sebenar. Contoh elemen formal terdiri daripada unsur seni, prinsip rekaan, media dan teknik.
• Imej menunjukkan jenis arca estetik. Arca estetik ialah arca yang menekankan nilai keindahan.
Arca ini merupakan arca stabail. Arca stabail ialah arca yang mempunyai tapak.
Karya menggunakan elemen garisan sebagai elemen utama. Ia ditunjukkan melalui imej garisan.
Elemen garisan diolah mengikut susunan per ulangan yang menimbulkan kesan harmoni dan irama dan pergerakan. Warna yang digunakan oleh pengkarya pada arca ini ialah warna natural atau warna asal arca, iaitu warna besi. Arca ini mempunyai nilai kesatuan yang ditunjukkan melalui bentuk keseluruhan yang bersesuaian dengan kadar banding keseluruhan
• Media untuk menghasilkan arca ini ialah besi dengan teknik kimpalan yang kemas. Kombinasi media dan teknik yang digunakan adalah bersesuaian dengan olahan secara keseluruhan.
• Secara keseluruhan arca ini mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan yang bersesuaian dengan penggunaan media dan teknik yang digunakan. Kombinasi pelbagai elemen formal menjadikan karya lebih menarik.
10 Karya yang ditunjukkan ialah arca awam yang ditempatkan di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur.
Arca ini dihasilkan menggunakan media logam.
• Gaya ialah cara sesebuah karya ditampilkan. Gaya penampilan yang ditunjukkan dalam penghasilan arca di atas ialah gaya abstrak. Ia digambarkan melalui olahan bentuk imej arca secara keseluruhan yang sukar dinyatakan motif asal yang digunakan.
• Aliran merujuk kepada haluan atau gerakan seni yang wujud dalam peredaran masa yang berperingkat. Arca ini dihasilkan dalam aliran pasca moden. Ia adalah berdasarkan kombinasi media baru dan teknik moden, iaitu logam yang diolah menjadi arca serta penggunaan motif songket tradisional sebagai motif utama. Karya menyampaikan mesej berkaitan budaya dan nilai tradisional dalam penghasilan arca moden.
• Karya mengaplikasikan imbangan simetri dalam pengolahan karya. Imbangan simetri dapat dikesan dengan persamaan reka bentuk yang sama pada kedua belah bahagian arca. Arca ini juga menampilkan ciri-ciri harmoni yang dapat diperjelaskan melalui pengulangan motif songket yang konsisten pada keseluruhan badan arca. Olahan reka bentuk secara keseluruhan arca menimbulkan nilai kesatuan kerana keseluruhan reka bentuk diolah secara bersesuaian.
• Oleh yang demikian jelaslah bahawa karya ini menggunakan gaya abstrak dalam penghasilan karya dan aliran yang digunakan ialah pasca moden. Ia juga mempunyai reka bentuk baik melalui olahan yang seimbang dan mempunyai kesatuan.