• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERAKAUNAN STPM 948/2 KERTAS 2. (Dua jam)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERAKAUNAN STPM 948/2 KERTAS 2. (Dua jam)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

STPM

948/2

Jawab empat soalan sahaja.

Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan anda mengikut tertib berangka.

Semua kerja hendaklah ditunjukkan.

Percukaian hendaklah diabaikan dalam semua soalan, kecuali yang sebaliknya dinyatakan.

KERTAS 2

(Dua jam)

PERAKAUNAN

KERTAS MODEL SET 1

(2)

1 (a) Jelaskan tiga perbezaan antara perakaunan kos dengan perakaunan pengurusan.

[3 markah]

(b) Nyatakan dua tujuan sesebuah kilang menggunakan kadar overhed pratentu.

[2 markah]

(c) Syarikat Odie Sdn. Bhd. ialah pengedar sejenis permainan kanak-kanak yang dinamakan sebagai Cumi. Syarikat ini menggunakan model kuantiti pesanan ekonomi dalam pengurusan inventori barang niaganya.

Setiap tahun, syarikat membeli 27,000 unit Cumi dengan kos RM80.00 per unit. Syarikat telah menetapkan bahawa pulangan atas pelaburan yang dikehendaki adalah sebanyak 15% setahun. Kos penyimpanan ialah RM8.00 per unit setahun dan kos setiap pesanan belian berjumlah RM200.00. Masa menunggu pesanan pula adalah antara 8 hingga 12 hari. Andaikan syarikat ini beroperasi 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.

Dikehendaki:

(i) Hitung kuantiti pesanan ekonomi, bilangan pesanan, jumlah kos pada tahap kuantiti pesanan ekonomi dan titik pesanan semula. [11 markah]

(ii) Lakarkan graf dan labelkan kuantiti pesanan ekonomi bagi Cumi. [4 markah]

2 (a) Nyatakan tiga langkah yang digunakan untuk menentukan kos seunit perkhidmatan.

[3 markah]

(b) Syarikat Perkilangan Telekung Sulaman Sdn. Bhd. mengeluarkan telekung bersulam.

Syarikat membahagikan prosesnya kepada tiga buah jabatan, iaitu Jabatan Pemotongan, Jabatan Jahitan dan Jabatan Pembungkusan. Maklumat yang berkaitan dengan Jabatan Pemotongan bagi bulan Februari 2019 adalah seperti yang berikut:

Kerja dalam proses pada 1 Februari: Unit

Bahan langsung 100% siap dan kos penukaran 45% siap 9,000

Unit dimulakan dalam pengeluaran 66,000

Unit siap 60,000

Kerja dalam proses pada 28 Februari:

Bahan langsung 100% siap dan kos penukaran 30% siap 15,000

RM RM

Kos kerja dalam proses pada 1 Februari:

Bahan langsung 22,500

Kos penukaran 6,375 28,875

Kos bahan langsung ditambah 210,000

Kos penukaran ditambah 120,000

Jumlah kos diakaunkan 358,875

Dikehendaki:

Dengan menggunakan kaedah purata wajaran, hitung:

(i) Unit setara bahan langsung dan kos penukaran [5 markah]

(ii) Kos seunit setara bahan langsung dan kos penukaran [7 markah]

(iii) Kos inventori akhir kerja dalam proses dan kos unit siap [5 markah]

(3)

3 (a) Apakah perbezaan antara untung kasar dengan margin caruman? [2 markah]

(b) Mengapakah pendapatan bersih pengekosan marginal lebih besar daripada pendapatan bersih pengekosan serapan jika volum jualan lebih besar daripada volum pengeluaran?

[2 markah]

(c) Syarikat Perusahaan PK Bhd. mengeluarkan dompet kulit untuk lelaki dan wanita. Data terpilih untuk pengeluaran tahun lepas bagi kedua-dua produk adalah seperti yang berikut:

Item Dompet Lelaki Dompet Wanita

Pengeluaran 100,000 unit 50,000 unit

Jualan 85,000 unit 42,000 unit

Harga jualan seunit RM40 seunit RM48 seunit

Jam buruh langsung 80,000 jam 50,000 jam

Kos Perkilangan: RM RM

Bahan langsung 400,000 300,000

Buruh langsung 1,000,000 800,000

Overhed berubah 920,000 180,000

Overhed tetap:

Langsung 240,000 200,000

Bersama (berkongsi)* 80,000 80,000

Kos bukan perkilangan:

Kos berubah 240,000 120,000

Kos tetap langsung jualan 260,000 240,000

Kos tetap bersama jualan** 200,000 200,000

* Jumlah overhed sebanyak RM160,000 telah dibahagi secara sama rata antara kedua-dua produk.

** Jumlah kos tetap jualan sebanyak RM400,000 telah dibahagi secara sama rata antara kedua-dua produk.

Overhed tetap dibelanjawankan untuk tahun lepas ialah RM130,000, iaitu bersamaan dengan overhed tetap sebenar.

Overhed tetap yang diperuntukkan kepada produk adalah dengan menggunakan kadar keseluruhan berasaskan jam buruh langsung berjumlah 130,000 jam. Syarikat tersebut mempunyai 15,000 buah dompet lelaki dalam inventori awal tahun lepas. Kos seunit dompet ini pada tahun sebelumnya adalah sama dengan kos seunit dompet tahun lepas.

Dikehendaki:

(i) Hitung kos produk seunit bagi dompet lelaki dan dompet wanita dengan menggunakan kaedah pengekosan marginal dan kaedah pengekosan serapan. [8 markah]

(ii) Sediakan Penyata Pendapatan dengan menggunakan kaedah pengekosan serapan.

[4 markah]

(iii) Sediakan Penyata Pendapatan dengan menggunakan kaedah pengekosan marginal.

[4 markah]

(4)

4 (a) Jelaskan mengapa margin sumbangan seunit menjadi untung seunit selepas titik pulang modal. [2 markah]

(b) Perihalkan nisbah kos berubah dan nisbah margin sumbangan. Bagaimanakah kedua-dua

nisbah ini berhubung kait? [2 markah]

(c) Syarikat Seroja Sdn. Bhd. mengeluarkan sejenis periuk pengukus yang dikenali sebagai PP. Pendapatan bersih operasi bagi tahun 2018 adalah seperti yang berikut:

RM Jumlah (22,750 unit @ RM40.00 seunit) 910,000

Tolak: Kos berubah 550,500

Margin caruman 359,500

Tolak: Kos tetap 290,400

Pendapatan bersih operasi 69,100 Dikehendaki:

(i) Hitung:

(1) Margin sumbangan seunit dan nisbah margin sumbangan bagi PP. [2 markah]

(2) Titik pulang modal, dalam unit dan Ringgit (RM), dengan menggunakan kaedah

nisbah margin sumbangan. [3 markah]

(3) Margin keselamatan dalam unit. [1 markah]

(ii) Pengurusan Pengeluaran PP mencadangkan supaya bahan mentah yang lebih berkualiti diperoleh untuk membuat PP. Hal ini akan mengakibatkan kenaikan kos bahan mentah langsung sebanyak RM6.00 seunit. Oleh itu, harga jualan akan dinaikkan kepada RM50.00 seunit. Sekiranya cadangan ini diterima, hitung titik pulang modal dalam

unit. [4 markah]

(iii) Di Jabatan Jualan, Pengurus Jualan memberikan satu cadangan supaya mengadakan langkah promosi yang lebih agresif dengan harga promosi RM37.00 seunit PP. Tindakan ini akan menyebabkan pertambahan kos pengeluaran sebanyak RM38,000. Beliau menjangkakan unit jualan akan meningkat sebanyak 30%. Jika cadangan ini diterima, hitung titik pulang modal dalam Ringgit (RM). [5 markah]

(iv) Cadangan yang manakah antara (ii) dengan (iii) di atas wajar diterima? Nyatakan

alasan anda. [1 markah]

5 (a) Perihalkan lima kepentingan pengekosan piawai. [5 markah]

(b) Syarikat PSKA Lea mengeluarkan kertas untuk fotokopi. Syarikat tersebut membentuk kadar overhed piawai berasaskan kapasiti bulanan 90,000 jam buruh langsung seperti yang berikut:

Kos piawai per unit (1 kotak kertas):

Overhed berubah (2 jam @ RM3) RM 6

Overhed tetap (2 jam @ RM6) RM 12

Jumlah RM 18

Pada bulan Jun, sebanyak 45,000 unit telah dijadualkan untuk pengeluaran, tetapi hanya 40,000 unit yang sebenarnya dikeluarkan.

(5)

Data yang berkaitan untuk bulan Jun adalah seperti yang berikut:

(1) Kos buruh langsung sebenar dilibatkan ialah RM783,750 untuk 82,500 jam sebenar bekerja.

(2) Overhed sebenar dilibatkan berjumlah RM685,750 dengan RM255,750 overhed berubah dan RM430,000 overhed tetap.

Dikehendaki:

(i) Hitung dan tandakan sama ada varian di bawah memuaskan (M) atau tidak memuaskan (TM):

(1) Varians perbelanjaan overhed berubah [3 markah]

(2) Varians kecekapan overhed berubah [3 markah]

(3) Varians volum overhed tetap [3 markah]

(4) Varians perbelanjaan overhed tetap [2 markah]

(ii) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan:

(1) Varians overhed berubah [2 markah]

(2) Varians overhed tetap [2 markah]

(6)

Jawapan Cadangan

Soalan 1

(a) Aspek Perakaunan Kos Perakaunan Pengurusan

Aktiviti Mengumpulkan maklumat kos Menganalisis dan mentafsir maklumat kos Fokus Fokus pada data kos semata-mata

(kuantitatif) Fokus pada maklumat kos yang telah dianalisis dan mengambil kira faktor-faktor kualitatif

Output Keputusan hasil daripada pemprosesan data dengan

menggunakan berbagai-bagai teknik yang berkaitan

Rumusan daripada output perakaunan kos digunakan untuk membuat perancangan, pembuatan keputusan dan kawalan (kos dan bukan kos)

Pengguna Pengguna dalaman syarikat Pengguna dalaman dan luaran syarikat Nota: Mana-mana tiga jawapan di atas.

(b) Tujuan menggunakan kadar overhed pratentu:

(i) Kos perlu dianggarkan (dipratentukan) terlebih dahulu untuk tujuan mengira harga yang akan dicajkan

(ii) Untuk menormalkan kos overhed yang diambil kira dalam unit produk.

(iii) Untuk menjamin bahawa kos produk yang ditentukan itu mengikut aliran masa (terkini) Nota: Mana-mana dua jawapan di atas.

(c) (i) Permintaan D = 27,000 unit Kos pesanan P = RM200

Kos pemegangan C = (0.15 × RM80) + RM8

= RM20

KPE =

= 734.85 unit ≈ 735 unit (dibundarkan) Bilangan pesanan setahun

= 27,000

= 36.7 ≈ 37 pesanan (dibundarkan)735

Jumlah kos pada KPE

= (37 × RM200) +

7352 × RM20

= RM7,400 + RM7,350 = RM14,750

Permintaan sehari = 27 000

= 75 unit sehari360

2 × 27,000 × RM200 RM20

(7)

Masa menunggu = 8 + 12

2

= 10 hari atau 1/3 bulan

∴ Titik pesanan semula = 75 × 10 hari = 750 unit (ii)

Soalan 2

(a) Langkah yang digunakan untuk menentukan kos seunit perkhidmatan:

(i) Mengenal pasti unit kos dan pusat kos (ii) Mengumpulkan dan menganalisis kos

(iii) Menghitung kos seunit perkhidmatan, iaitu jumlah kos dibahagi dengan jumlah unit perkhidmatan

(b) (i)

Jabatan Pemotongan

Laporan Pengeluaran bagi bulan berakhir 28 Februari 2019

Aliran Pengeluaran Unit

Fizikal

Unit Setara Bahan

Mentah Kos Penukaran Kerja dalam proses, 1 Februari 9,000

Mulai bulan Februari 66,000

Unit akan diakaunkan 75,000

Siap & dipindah keluar dalam tempoh semasa 60,000 60,000 60,000 Kerja dalam proses, 28 Februari 15,000 15,000 4,500 (30%)

Unit telah diakaunkan 75,000 – –

Kerja disiapkan tahap ini 75,000 64,500

Kos (RM)

14,750

KPE = 735 0

Jumlah Kos Kos pemegangan

Kos pesanan

Unit pesanan

(8)

(ii) Jumlah Bahan

Mentah Kos

Pertukaran

RM RM RM

Kerja dalam proses, 1 Februari 28,875 22,500 6,375

Kos semasa ditambah 330,000 210,000 120,000

Jumlah kos untuk diakaun 358,875 232,500 126,375

Unit Setara (pembahagi) ÷ 75,000 ÷ 64,500

Kos seunit setara (RM) 5.06 3.10 1.96

(iii) RM Pengiraan

Siap dan dipindahkan (60,000 unit) = [60,000 × 3.10] + [60,000 × 1.96]

Kos unit siap 303,600 = RM186,000 + RM117,600

Kerja dalam proses, 28 Februari:

Bahan mentah 46,500 = 15,000 × RM3.10

Kos penukaran 8,820 = 4,500 × RM1.96

Jumlah kos kerja dalam proses 55,320 Soalan 3

(a) Untung kasar ialah amaun yang diperoleh selepas hasil ditolak dengan jumlah kos barang yang dijual. Margin caruman pula ialah amaun yang diperoleh selepas hasil ditolak dengan kos berubah barang dijual dan belanja berubah jualan.

(b) Keadaan ini terjadi kerana dalam pengekosan serapan, overhed tetap dari tempoh yang lepas diiktiraf sebagai sebahagian daripada overhed tetap tempoh semasa.

(c) (i) Kos seunit dompet lelaki: RM

Bahan mentah (RM400,000/100,000) 4.00 Buruh langsung (RM1,000,000/100,000) 10.00 Overhed berubah (RM920,000/100,000) 9,20

Kos berubah (marginal) seunit 23.20

Overhed tetap (80,000 @ RM2*/100,000) 1.60

Kos serapan seunit 24.80

Kos seunit dompet wanita: RM

Bahan mentah (RM300,000/50,000) 6.00

Buruh langsung (RM800,000/50,000) 16.00 Overhed tetap (RM180,000/50,000) 3.60

Kos berubah (marginal) seunit) 25.60

Overhed tetap (50,000 @ RM2*/50,000) 2.00

Kos serapan seunit 27.60

* RM260,000/130,000 = RM2

(9)

(ii) Syarikat Perusahaan PK Bhd.

Penyata Pendapatan (Serapan) bagi tahun berakhir...

RM

Jualan 5,416,000

Tolak: Kos barang dijual (3,267,200)

Margin kasar 2,148,800

Tolak: Belanja jualan (1,260,000)

Pendapatan bersih 888,800

Kerja pengiraan:

Jualan

= (RM40 × 85,000) + (RM48 × 42,000) = RM5,416,000

Kos barang dijual

= (RM24.80 × 85,000) + (RM27.60 × 42,000) = RM3,267,200

Belanja jualan

= RM240,000 + RM260,000 + RM200,000 + RM120,000 + RM240,000 + RM200,000 = RM1,260,000

(iii) Syarikat Perusahaan PK Bhd.

Penyata Pendapatan (Marginal) bagi tahun berakhir...

RM

Jualan 5,416,000

Tolak:

Kos barang dijual berubah (3,047,200)

Belanja jualan berubah (360,000)

Margin caruman (sumbangan) 2,008,800

Tolak:

Overhed perkilangan tetap (600,000)

Overhed jualan tetap (900,000)

Pendapatan bersih 508,800

Kerja pengiraan:

Jualan

= (RM40 × 85,000) + (RM48 × 42,000) = RM5,416,000

Kos barang dijual berubah

= (RM23.20 × 85,000) + (RM25.60 × 42,000) = RM3,047,200

Belanja jualan berubah = RM240,000 + RM120,000 = RM360,000

(10)

Overhed jualan tetap

= RM260,000 + RM200,000 + RM240,000 + RM200,000 = RM900,000

Soalan 4

(a) Pada titik pulang modal, semua kos tetap diperoleh semula (covered). Selepas titik pulang modal, hanya kos berubah perlu diliputi. Dengan itu, margin caruman seunit juga merupakan untung seunit, dengan syarat harga jualan seunit adalah lebih tinggi daripada kos berubah seunit.

(b) Nisbah kos berubah ialah kos berubah dibahagi dengan hasil jualan. Nisbah margin caruman pula ialah margin caruman dibahagi dengan hasil jualan. Hubungan antara kedua-dua nisbah ini ialah:

Nisbah margin caruman = 1 – Nisbah kos berubah atau

Nisbah margin caruman + Nisbah kos berubah = 1 atau 100%

(c) (i) (1) Margin sumbangan seunit = RM359,500

22,750 unit = RM15.80

Nisbah margin caruman = RM359,500

RM910,000 = 0.395

(2) Titik pulang modal (RM) = RM290,400

0.395

= RM735,190 (dibundarkan)

Titik pulang modal (unit) = RM735,190

RM40

= 18,380 unit (dibundarkan)

(3) Margin keselamatan (unit) = 22,750 unit – 18,380 unit = 4,370 unit

(ii) Kos berubah seunit = RM550,500

22,750 unit + RM6.00 = RM24.20 + RM6.00 = RM30.20

Margin caruman seunit = RM50.00 – RM30.20 = RM19.80

(11)

Titik pulang modal (unit) = RM290,400

RM19,80

= 14,667 unit (dibundarkan) (iii) Margin caruman seunit

= RM37.00 – RM550,500 22,750 unit = RM37.00 – RM24.20 = RM12.80

Kos tetap

= RM290,400 + RM38,000 = RM328,400

Titik pulang modal (unit) = RM328,400

RM12.80

= 25,656 unit (dibundarkan)

(iv) Cadangan Pengurus Pengeluaran patut diterima kerana titik pulang modalnya lebih rendah daripada cadangan Pengurus Jualan.

Soalan 5

(a) Kepentingan pengekosan piawai:

(i) Pengekosan piawai bertindak sebagai alat kawalan dengan menyediakan asas untuk perbandingan kos yang munasabah.

(ii) Varians yang diperoleh daripada pengekosan piawai dapat berfungsi sebagai alat penilaian prestasi yang berkesan. Kos piawai yang ditetapkan dapat memotivasikan pekerja agar berusaha untuk mencapai piawai yang telah ditetapkan.

(iii) Penggunaan kos piawai memudahkan proses penyimpanan rekod kerana syarikat tidak perlu menunggu sehingga sesuatu aktiviti atau urus niaga sebenar berlaku.

(iv) Penggunaan kos piawai membolehkan penentuan kos produk yang lebih stabil berbanding dengan penggunaan kos sebenar bagi digunakan sebagai asas penentuan harga.

(v) Pengamalan sistem pengekosan piawai lebih murah berbanding dengan sistem pengekosan sebenar.

(vi) Pengekosan piawai dapat memudahkan pihak pengurusan membuat perancangan dari segi ramalan jualan, keluaran, aktiviti pengeluaran, dan kos-kos yang terlibat.

Nota: Mana-mana lima jawapan di atas.

(b) (i) (1) Varians perbelanjaan overhed berubah =

RM255,75082,500 jam – RM3

× 82,500 jam

= RM8,250 (TM)

(2) Varians kecekapan overhed berubah

= [RM82,500 – (40,000 unit × RM2)] × RM3 = RM7,500 (TM)

(12)

(3) Varians volum overhed tetap

= [(40,000 unit × 2) × RM6] – (90,000 jam × RM6) = RM480,000 – RM540,000

= RM60,000 (TM)

(4) Varians perbelanjaan overhed tetap = RM540,000 – RM430,000 = RM110,000 (M)

(ii) Catatan jurnal:

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

(1) Dt. Overhed berubah diagihkan

Varians perbelanjaan overhed berubah Varians kecekapan overhed berubah Kt. Kawalan overhed

RM 240,000*

8,250 7,500

RM

255,750 (2) Dt. Overhed tetap diagihkan

Varians volum overhed tetap

Kt. Varians perbelanjaan overhed tetap Kawalan overhed

480,000 60,000

110,000 430,000 Kerja pengiraan:

* Overhed perkilangan berubah diagihkan = (40,000 unit × 2) × RM3

= RM240,000

Referensi

Dokumen terkait

[4 markah] (d) Berikut adalah maklumat mengenai perubahan dalam kuantiti diminta dan perubahan permintaan. Selain perbezaan di atas, jelaskan dua lagi perbezaan

(iv) Pinjaman bernilai RM10 000 yang diterima telah digunakan untuk membeli komputer perniagaan sebanyak RM3 000 dan bakinya digunakan untuk membeli barang niaga.

5(b) Puan Zizi ialah pemilik Butik Pengantin Z&Y, sebuah perniagaan membekalkan peralatan perkahwinan di Bandar Batu Pahat, Johor. Beliau dibantu oleh dua

Ini selaras dengan transformasi sistem pentaksiran baharu STPM dalam menerapkan kemahiran insaniah dalam kurikulum kepada pelajar tingkatan enam bagi melahirkan modal insan yang

Antara berikut butiran manakah tidak direkod dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi. A Faedah atas modal B Faedah atas pinjaman C Faedah atas ambilan D

[Lihat halaman sebelah 1103/2 ©2020 Hak Cipta Unit Bahasa Melayu MRSM Sungai Besar SULIT (ii) Pengantin perempuan itu tidak redha apabila kahwin oleh bapanya dengan

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Mak Timah terperanjat mendengar