• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAKROEKONOMI STPM 944/2 KERTAS 2. (Dua jam)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MAKROEKONOMI STPM 944/2 KERTAS 2. (Dua jam)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

STPM

944/2

Arahan kepada calon:

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan dalam Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C.

Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan buat bulatan pada jawapan anda pada kertas soalan.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ].

KERTAS 2

(Dua jam)

MAKROEKONOMI

KERTAS MODEL SET 1

(2)

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah isu makroekonomi sesebuah negara?

A Guna tenaga penuh tercapai B Tingkat harga umum yang stabil C Imbangan pembayaran kurangan D Pertumbuhan ekonomi yang pesat

2 Yang manakah bukan kegunaan data pendapatan negara?

A Menganalisis kualiti keluaran B Merancang kegiatan sektor ekonomi C Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi D Membandingkan taraf hidup antara negara

3 Data keluaran negara Malaysia dapat meng gambarkan perkara yang berikut, kecuali A perubahan KNK per kapita

B perubahan struktur ekonomi C perubahan prestasi sektor ekonomi D perubahan corak agihan pendapatan

4 Jadual di bawah ini menunjukkan data perakaunan pendapatan negara sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.

Butiran RM juta

Perbelanjaan kerajaan

Pendapatan faktor bersih ke luar negeri Perbelanjaan penggunaan

Pelaburan Eksport Import

Cukai tak langsung Subsidi

430 –320 230 450 670 780 340 120 Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran ialah

A RM1220 juta C RM780 juta

B RM1000 juta D RM680 juta

5 Yang manakah tidak benar tentang penggunaan dalam ekonomi dua sektor?

A Penggunaan adalah sama dengan penda patan ditolak tabungan B Penggunaan dan tabungan ditentukan oleh pendapatan boleh guna C Tabungan adalah sifar apabila penggunaan sama dengan pendapatan

D Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila penggunaan sama dengan pela buran 6 Jika guna tenaga penuh belum tercapai, tindakan kerajaan menambah perbelanjaan tanpa per­

ubahan cukai akan menyebabkan tingkat keluaran negara

(3)

7 Yang manakah kesan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah terhadap tingkat harga umum dan keluaran negara?

Tingkat Harga Umum Tingkat Keluaran Negara

A Meningkat Menurun

B Menurun Meningkat

C Meningkat Meningkat

D Menurun Menurun

8 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan fungsi perbelanjaan agregat (AE) bagi sebuah ekonomi tiga sektor.

AE1

Yf Ye Pendapatan

negara

0 45°

Perbelanjaan agregat

Y

AE = 200 + 0.8Y

Jika tingkat guna tenaga penuh (Yf) ialah RM600 juta, hitung jumlah perbelanjaan kerajaan yang perlu dikurangkan untuk mengatasi masalah lompang inflasi.

A RM1000 juta B RM400 juta C RM80 juta D RM60 juta

9 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS) bagi sebuah ekonomi.

Y1 Y0 0

AS

P0 P1

AD1 AD0 Harga umum

KNK benar

Peralihan keluk permintaan agregat dari AD0 ke AD1 akan menyebabkan A guna tenaga berkurangan dan inflasi tarikan permintaan

B guna tenaga berkurangan dan inflasi tolakan kos C guna tenaga bertambah dan inflasi tolakan kos D guna tenaga bertambah dan inflasi tarikan permintaan

(4)

10 Diberikan maklumat yang berikut bagi sebuah ekonomi terbuka:

C = 30 + 0.5Y I = RM100 juta G = RM20 juta (X – M) = RM50 juta

Kenaikan nilai eksport bersih daripada RM50 juta kepada RM100 juta akan meningkatkan pen­

dapatan negara daripada

A RM200 juta kepada RM250 juta B RM200 juta kepada RM300 juta C RM400 juta kepada RM450 juta D RM400 juta kepada RM500 juta

11 Jika indeks harga tahun semasa lebih tinggi daripada indeks harga tahun sebelumnya, ini menunjukkan bahawa

A nilai wang telah meningkat B nilai wang telah menurun C nilai wang tidak berubah

D nilai wang tidak dapat ditentukan 12 Bank perdagangan mencipta wang melalui

A pemberian pinjaman kepada orang ramai B pembelian saham di pasaran

C penjualan surat jaminan kerajaan D pembelian bon daripada bank pusat

13 Menurut Teori Kewangan Kecairan Keynes kejatuhan harga bon menggambarkan bahawa A kadar bunga pasaran naik

B kadar bunga pasaran turun C pilihan kecairan menurun D penawaran wang bertambah

14 Yang manakah menunjukkan kesan pertambahan bekalan wang mengikut analisis Keynes?

A Kejatuhan tingkat harga, pertambahan perbelanjaan agregat, pertambahan pelaburan dan peningkatan keluaran negara

B Kejatuhan kadar bunga, pertambahan pelaburan, pertambahan perbelanjaan agregat dan peningkatan keluaran negara

C Kejatuhan kadar bunga, pertambahan pelaburan, kenaikan tingkat harga umum dan peningkatan keluaran negara

D Kenaikan tingkat harga umum, pertambahan pelaburan dan peningkatan keluaran negara 15 Menurut Teori Kuantiti Wang Fisher, pertambahan bekalan wang dalam ekonomi akan

menyebabkan

A harga umum menurun B harga umum meningkat

C kadar bunga meningkat, pelaburan menurun, dan pendapatan negara menurun D kadar bunga menurun, pelaburan meningkat, dan pendapatan negara meningkat

(5)

16 Negara Wira mempunyai faedah berbanding daripada negara Waja dalam mengeluarkan sesuatu barang jika

A kadar syarat perdagangan lebih meng untungkan negara Wira

B imbangan perdagangan negara Wira lebih baik daripada negara Waja

C keluk kemungkinan pengeluaran negara Wira berada lebih jauh ke kanan daripada keluk kemungkinan pengeluaran negara Waja

D kos lepas bagi mengeluarkan barang ber kenaan di negara Wira secara relatif lebih rendah berbanding dengan negara Waja

17 Sekatan bukan tarif bermaksud

A cukai ke atas barang­barang import B cukai ke atas barang­barang eksport

C langkah kerajaan untuk tidak meng galak kan import

D langkah kerajaan untuk menggalakkan eksport barang­barang tempatan

18 Jadual di bawah ini menunjukkan nilai 1 Euro dalam Ringgit Malaysia bagi tempoh dari tahun 2000 hingga tahun 2002.

Tahun RM/Euro

2000 2001 2002

3.53 3.37 3.98

Nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Euro pada tahun 2001 berbanding dengan tahun 2000 telah

A meningkat 4.53%

B meningkat 4.75%

C menurun 4.53%

D menurun 4.75%

19 Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran negara Saga pada tahun 2012.

Butiran RM juta

Eksport barang Eksport perkhidmatan Import barang

Import perkhidmatan Pindahan bersih Modal dan pelaburan Ralat dan ketinggalan

100 40 125 35 –5 25 –25 Negara Saga mengalami

Imbangan dagangan Imbangan pembayaran

A lebihan kurangan

B kurangan lebihan

C lebihan lebihan

D kurangan kurangan

(6)

20 Kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Singapura (S$) berubah dari­

pada 0.75 kepada 0.5 Dolar per Ringgit. Hal ini bermakna A nilai Ringgit Malaysia telah meningkat

B import Malaysia akan bertambah

C imbangan dagangan Malaysia bertambah buruk D eksport Malaysia akan menjadi lebih murah

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Jelaskan maksud guna tenaga penuh dan kestabilan imbangan dagangan dan terangkan sebab matlamat tersebut ingin dicapai dalam sesebuah ekonomi. [6]

(b) Terangkan dua langkah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi. [4]

22 “Terdapat banyak kegiatan ekonomi yang produktif, tetapi tidak diambil kira dalam penghitungan keluaran negara”.

Terangkan pernyataan ini dengan memberikan contoh yang sesuai. [10]

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan faktor yang menentukan saiz pengganda dalam sebuah ekonomi dua sektor. [4]

(b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila pelaburan meningkat sebanyak RM500 juta dan MPS ialah 0.8. [6]

24 Bagaimanakah kenaikan tingkat harga umum boleh menjejaskan fungsi wang? [10]

25 (a) ‘Semakin tinggi penawaran wang, semakin rendah kadar bunga dan sebaliknya, semakin rendah penawaran wang, semakin tinggi kadar bunga’. Dengan memberi kan gambar rajah Teori Kewangan Kecairan Keynes, terangkan penyataan ini. [6]

(b) Apakah hubungan antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga?

[4]

26 (a) Huraikan empat jenis sekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan import.

[6]

(b) Terangkan sebab kerajaan mengenakan tarif terhadap suatu barang import dan

memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan. [4]

(7)

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga negara A dari tahun 2009 hingga tahun 2012.

Tahun Jumlah Tenaga Buruh (juta orang)

Jumlah Guna Tenaga (juta orang)

2009 10.45 9.73

2010 10.74 9.92

2011 11.26 10.48

2012 11.42 10.80

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengangguran? [2]

(b) Hitung:

(i) Kadar pertumbuhan tenaga buruh pada tahun 2010 hingga tahun 2012 (ii) Kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2010 hingga tahun 2012

(iii) Kadar pengangguran antara tahun 2009 hingga tahun 2012 [6]

(c) Berdasarkan data di atas, adakah negara A mencapai guna tenaga penuh dalam tempoh

2009 hingga tahun 2012? Jelaskan. [2]

28 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sesebuah ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan (dalam nilai RM juta).

C = 400 + 0.75Yd T = G = 400 I = 300 dengan

C sebagai perbelanjaan penggunaan, Yd sebagai pendapatan boleh guna, T sebagai cukai,

G sebagai perbelanjaan kerajaan, dan I sebagai pelaburan.

(a) Nyatakan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan dalam sebutan pendapatan negara. [2]

(b) Lakarkan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan apabila kerajaan tidak mengenakan cukai dan selepas cukai dikenakan. Berikan penerangan tentang fungsi penggunaan dan

fungsi tabungan yang dilakarkan. [3]

(c) Pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta. Hitung (i) penggunaan isi rumah

(ii) tabungan isi rumah

(iii) perbelanjaan agregat [3]

(d) Berdasarkan jawapan pada (c), mengapakah ekonomi tidak mencapai keseimbangan pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta? Berapakah tingkat keseimbangan

pendapatan negara? [2]

(8)

29 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara Aman dan negara Damai. Kedua­dua negara diandaikan mempunyai jumlah faktor pengeluaran yang sama.

Barang Y

(juta unit) Barang Y

(juta unit)

Barang X

(juta unit) Barang X

(juta unit) 8

0 20

6

0 6

Negara Aman Negara Damai

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan faedah berbanding? [2]

(b) Negara manakah menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang X dan barang

Y masing­masing? [2]

(c) Jika semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan satu jenis barang sahaja selepas pengkhususan, tentukan tingkat pengeluaran di negara Aman dan negara Damai masing­masing. [3]

(d) Andaikan negara Aman dan negara Damai bersetuju untuk berdagang pada kadar pertukaran yang berikut:

1 juta unit barang X = 0.5 juta unit barang Y

Jika negara Damai mengimport 6 juta unit barang X, tentukan tingkat penggunaan barang X dan barang Y bagi negara Aman dan negara Damai selepas pengkhususan dan perdagangan. [3]

(9)

Jawapan Cadangan

Bahagian A

1 C 2 A 3 D 4 D 5 D 6 B 7 C 8 C 9 D 10 D 11 B 12 A 13 A 14 B 15 B 16 D 17 C 18 A 19 D 20 D

Bahagian B

21 (a) Guna tenaga penuh

Guna tenaga penuh ialah keadaan ekonomi yang mengalami kadar pengangguran tidak melebihi 4%. Apabila ekonomi mengalami guna tenaga penuh, tingkat keluaran negara mencapai tingkat yang maksimum. Maka sesebuah negara dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Guna tenaga penuh yang dicapai juga dapat meningkatkan taraf kebajikan rakyat negara tersebut. Semakin tinggi keluaran negara, semakin banyak jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dinikmati oleh setiap rakyat.

Kestabilan imbangan dagangan

Kestabilan imbangan perdagangan ialah keadaaan ekonomi yang mengalami imbangan dagangan lebihan, iaitu jumlah nilai eksport melebihi jumlah nilai import. Kedudukan imbangan dagangan lebihan akan menambahkan aliran masuk mata wang asing. Maka nilai mata wang akan meningkat. Kestabilan imbangan perdagangan akan meningkatkan guna tenaga dalam sesebuah negara akibat pertambahan dalam eksport. Oleh itu, masalah pengangguran dapat dikurangkan.

(b) Dua langkah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi ialah:

Menyediakan kemudahan infrastruktur

Banyak kemudahan infrastruktur disediakan untuk memudahkan dan menggalakkan pengeluar menambah tingkat output. Antaranya ialah sistem jalan raya yang baik, menambah pelaburan dan menyediakan sistem pengangkutan serta telekomunikasi yang moden. Semua kemudahan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Menggalakkan pelaburan asing

Kerajaan telah menyediakan banyak insentif untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing.

Antaranya ialah pemberian taraf perintis, iaitu pengecualian cukai dan penubuhan kawasan perindustrian serta kawasan perdagangan bebas. Kemasukan pelaburan asing menyebabkan kemasukan aliran modal, menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan pemindahan teknologi. Semua faktor ini akan mempercepat pertumbuhan ekonomi.

22 Kegiatan ekonomi yang produktif, tetapi tidak diambil kira dalam penghitungan keluaran negara:

Kegiatan produktif yang haram

Dalam sesebuah negara, terdapat banyak kegiatan produktif yang dijalankan dan menghasilkan pendapatan atau keuntungan kepada firma. Walau bagaimanapun, terdapat kegiatan yang tidak dihitung dalam keluaran negara kerana kegiatan tersebut menyalahi undang­undang negara tersebut.

Contohnya, aktiviti penyeludupan, cetak rompak, dan perjudian merupakan aktiviti haram.

Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang

Banyak kegiatan produktif yang dijalankan dalam sesebuah negara tidak dihitung dalam sebagai keluaran negara kerana kegiatan tersebut dilakukan tanpa bayaran atau upah. Contohnya, perkhidmatan suri rumah tangga dan aktiviti sukarela. Jika kegiatan tersebut dilakukan oleh pekerja yang dibayar upah, maka kegiatan produktif tersebut akan dihitung dalam keluaran negara.

(10)

Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan

Di negara sedang membangun, terdapat banyak keluaran yang tidak dipasarkan, iaitu tidak dijual kepada orang ramai. Contohnya, hasil pertanian sara diri, iaitu keluaran pertanian yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri dan keluarga tidak diambil kira dalam penghitungan keluaran negara.

Sebaliknya, sekiranya hasil keluaran ini dipasarkan, maka hasilnya akan diambil kira dalam penghitungan keluaran negara.

Kegiatan produktif yang sah tetapi tiada maklumat atau rekod

Terdapat banyak kegiatan produktif yang dijalankan oleh firma tetapi tidak dihitung dalam keluaran negara disebabkan oleh kesukaran untuk memperoleh maklumat. Contohnya, perniagaan kecil­

kecilan seperti perniagaan menjual makanan dan barangan harian dengan cara berjaja atau bergerai.

Peniaga biasanya tidak menyimpan rekod urus niaga dan pendapatan yang dilaporkan kepada pihak berkuasa mungkin juga kurang tepat.

23 (a) Pengganda mengukur berapa kali ganda perubahan pendapatan negara akibat perubahan perbelanjaan agregat. Contohi

Faktor yang menentukan saiz pengganda ialah nilai kecenderungan mengguna sut (MPC).

Semakin tinggi nilai MPC, semakin tinggi nilai pengganda.

(i) MPC = 0.75 Pengganda = 1

1 – 0.75

= 1

0.25

= 4

(ii) MPC = 0.8 Pengganda = 1

1 – 0.8

= 1

0.2

= 5

(b) Andaikan pelaburan meningkat sebanyak RM500 juta dan MPC ialah 0.8.

Peringkat Perubahan pendapatan negara

(RM juta)

Perubahan penggunaan

(RM juta)

Perubahan tabungan (RM juta)

I 500 400 100

II 400 320 80

III 320 256 64

Lain­lain 1 280 1 024 256

Jumlah 2 500 2 000 500

Pelaburan sebanyak RM500 juta mewujudkan pendapatan negara sebanyak RM500 juta di mana 80% daripada dibelanjakan, iaitu tambahan penggunaan sebanyak RM400 juta dan bakinya RM100 juta ditabungkan. Tambahan penggunaan sebanyak RM400 juta akan mewujudkan pendapatan negara RM400 juta kepada pihak lain. Sebanyak RM320 juta akan dibelanjakan (iaitu 80% daripada RM400 juta) dan RM80 juta ditabungkan.

Proses ini akan berterusan sehingga pendapatan bertambah menjadi RM2 500 juta, penggunaan menjadi RM2 000 juta dan tabungan RM500 juta. Oleh itu, peningkatan pelaburan sebanyak RM500 juta akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak 5 kali ganda, iaitu RM2 500 juta apabila MPC = 0.8.

(11)

24 Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan kemerosotan nilai wang. Maka kemerosotan nilai wang akan menjejaskan fungsi wang seperti yang berikut:

Alat perantaraan pertukaran

Apabila nilai wang merosot, wang mungkin tidak diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran.

Orang ramai mungkin lebih suka menerima atau menyimpan barang atau harta di mana nilainya tidak akan merosot. Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan sistem barter, fungsi wang ini tidak akan terjejas, iaitu wang masih akan diterima sebagai alat pertukaran barang.

Alat pengukur nilai

Wang akan gagal mengukur nilai barang dengan tepat kerana kenaikan harga barang berpunca daripada kemerosotan nilai wang, bukannya kenaikan nilai barang.

Alat penyimpan nilai

Wang tidak akan disimpan sebagai harta kekayaan untuk kegunaan masa hadapan apabila nilai wang merosot. Sebaliknya, orang ramai akan beralih kepada penyimpanan bentuk kekayaan lain seperti harta tetap (tanah dan rumah) kerana nilai harta tetap cenderung meningkat pada masa hadapan.

Alat ukuran bayaran tertunda

Pembayaran secara ansuran atau berhubung tidak akan digalakkan kerana penjual atau pemiutang akan mengalami kerugian. Jika wang masih digunakan, kadar bunga yang tinggi akan dikenakan untuk menampung kerugian yang dialami akibat kemerosotan nilai wang.

25 (a) Menurut Teori Keynes, kadar bunga ditentukan oleh permintaan wang dan penawaran wang.

r2 r0 r1

S1 S0 S2 D

D M1

M0 M2

S2 S0 S1 e0 e2

e1

0

Kuantiti wang Kadar bunga

Keseimbangan asal dicapai pada titik e0, dengan DD = S0S0 pada kadar bunga 0r0 dan kuantiti wang 0M0.

Apabila penawaran wang bertambah dari S0S0 ke S1S1, keseimbangan baharu dicapai pada titik e1, dengan DD = S1S1 pada kadar bunga 0r1 dan kuantiti wang 0M1. Jadi, kadar bunga turun daripada 0r0 kepada 0r1

Sebaliknya, apabila penawaran wang berkurangan daripada S0S0 kepada S2S2, keseimbangan baharu dicapai pada titik e2, dengan DD = S2S2 pada kadar bunga 0r2 dan kuantiti wang 0M2. Jadi, kadar bunga naik daripada 0r0 kepada 0r2 apabila penawaran wang berkurangan.

Oleh itu, pertambahan penawaran wang akan merendahkan kadar bunga, manakala pengurangan penawaran wang akan meningkatkan kadar bunga.

(b) Permintaan wang untuk tujuan spekulasi mempunyai hubungan songsang dengan kadar bunga.

Wang diminta berkaitan dengan pembelian bon atau surat jaminan bagi tujuan memperoleh keuntungan.

Apabila kadar bunga naik, harga bon akan turun. Maka permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurangan. Sebaliknya, apabila kadar bunga turun, harga bon akan naik.

Maka permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan bertambah.

(12)

26 (a) Empat jenis sekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan import:

Tarif

Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barang import. Tarif menyebabkan harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan harga barang tempatan. Maka, permintaan terhadap barang import akan berkurangan.

Kuota

Kuota ialah tindakan menetapkan kuantiti maksimum yang boleh diimport oleh kerajaan. Dengan mengehadkan kuantiti yang diimport, permintaan terhadap barang import turut dihadkan.

Embargo

Embargo bermaksud larangan mengimport barang ke pasaran tempatan. Biasanya, bentuk sekatan ini dijalankan berdasarkan faktor politik dan keselamatan.

Kawalan pertukaran asing

Bank pusat boleh mengehadkan jualan mata wang asing kepada bank perdagangan. Seterusnya, jualan mata wang asing kepada pengimport turut dihadkan. Jadi, jumlah barangan yang boleh diimport akan berkurangan.

(b) Kerajaan mengenakan tarif terhadap sesuatu barang import untuk melindungi industri muda tempatan. Akibat tarif, harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan harga barang tempatan. Maka, permintaan terhadap barang import akan berkurangan. Oleh itu, pengeluar tempatan dapat meningkatkan output dan mempunyai daya saing yang tinggi dengan harga barang tempatan yang lebih murah.

Kerajaan memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan untuk mengurangkan kos pengeluaran dan menggalakkan firma tempatan menambah tingkat output. Maka, harga barang tempatan menjadi lebih murah dan mempunyai daya saing di pasaran antarabangsa.

Bahagian C

27 (a) Pengangguran ialah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang pekerjaan produktif tetapi aktif mencari pekerjaan.

(b) (i) (ii) (iii)

Tahun Kadar pertumbuhan

tenaga buruh (%) Kadar pertumbuhan

guna tenaga (%) Kadar pengangguran (%)

2009 – – 10.45 – 9.73

10.45 × 100 = 6.89 2010 10.74 – 10.45

10.45 × 100 = 2.78 9.92 – 9.73

9.73 × 100 = 1.95 7.64

2011 4.84 5.65 6.93

2012 1.42 3.05 5.43

(c) Tidak, kerana kadar pengangguran dalam tempoh 2009 hingga 2012 melebihi 4%.

28 (a) Fungsi penggunaan C = 400 + 0.75Yd C = 400 + 0.75(Y – T ) C = 400 + 0.75(Y – 400) C = 400 + 0.75Y – 300

(13)

Fungsi tabungan S = –400 + 0.25Yd S = –400 + 0.25(Y – T ) S = –400 + 0.25(Y – 400) S = –400 + 0.25Y – 100 S = –500 + 0.25Y (b)

Pendapatan negara

Pendapatan negara Penggunaan (RM juta)

Tabungan (RM juta) 100

1600

1600 400

0 –400 –500 0

C0 = 400 + 0.35 Yd Y = C

C1 = 100 + 0.35 Y

S0 = 400 + 0.25 Yd S1 = 500 + 0.25 Y 45°

Fungsi penggunaan menurun secara selari dari C0 ke C1. Fungsi tabungan menurun secara selari dari S0 ke S1.

(c) (i) Penggunaan isi rumah pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta:

C = 100 + 0.75(3 000) C = 100 + 2 250 C = RM2 350 juta

(ii) Tabungan isi rumah pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta:

S = –500 + 0.25(3 000) S = –500 + 750

S = RM250 juta

(iii) Perbelanjaan agregat pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta:

AE = C + I + G

AE = 2 350 + 300 + 400 AE = RM3 050 juta

(d) Ekonomi tidak mencapai keseimbangan pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta kerana perbelanjaan agregat (AE ) tidak sama dengan pendapatan negara (Y ), iaitu AE melebihi Y.

Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara,

Y = AE

Y = C + I + G

Y = 100 + 0.75Y + 300 + 400 Y = 800 + 0.75Y

Y – 0.75Y = 800 0.25Y = 800 Y = 8000.25

Y = RM3 200 juta

(14)

29 (a) Faedah berbanding ialah faedah yang diperoleh sesebuah negara apabila mengkhusus dalam pengeluaran barang yang mempunyai kos lepas atau harga relatifnya yang lebih rendah berbanding dengan negara lain.

(b) Negara Kos lepas bagi seunit barang

X Y

Aman 8

20 = 0.4 unit 20

8 = 2.5 unit X

Damai 6

6 = 1 unit Y 6

6 = 1 unit X

Negara Aman mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran barang X kerana kos lepasnya lebih rendah, iaitu 0.4 unit barang Y berbanding dengan 1 unit barang Y di negara Damai.

Negara Damai pula mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran barang Y kerana kos lepasnya lebih rendah, iaitu 1 unit barang X berbanding dengan 2.5 unit barang X di negara Aman.

(c) Negara Barang X

(juta unit) Barang Y (juta unit)

Aman 20 –

Damai – 6

(d) Untuk mengimport 6 juta unit barang X, negara Damai harus mengeksport 3 juta unit barang Y (0.5 juta × 6 juta).

Negara

Tingkat Penggunaan Barang X

(juta unit) Barang Y (juta unit)

Aman 20 – 6 = 14 3

Damai 6 6 – 3 = 3

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan khusus dari penelitian ini adalah untuk mengidentifikasikan dan memetakan bentuk-bentuk kemitraan yang telah ada antara pemerintah, dunia usaha, dan masyarakat

 Melalui penjelasan guru siswa mampu mengidentifikasi kalimat yang menggunakan kosakata tentang kegiatan malam hari dengan tepat..  Setelah mengidentifikasi siswa mampu

Di bawah ini adalah software aplikasi yang dapat digunakan untuk membuat animasi 2D yaitu ..... Tool di bawah ini, yang termasuk dalam tools macromedia flash

Mengingat biaya investasi pembangunan jalan tol yang sangat besar dengan harapan tinggi bahwa keberadaannya dapat menjadi solusi dari permasalahan transportasi dan menjadi

Wahidahwati, S.E., M.Si., Ak., CA., selaku Ketua Program Studi Akuntansi Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Indonesia (STIESIA) Surabaya dan sebagai dosen pembimbing penulisan

Pada karya tulis ini, dibahas aplikasi spesifik bluetooth, antara lain servis-servis apa saja yang disediakan oleh teknologi bluetooth; cara kerja bluetooth

Penelitian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui : (1) Asal – usul upacara Larung Sesaji telaga Sarangan, (2) tujuan diadakannya upacara Larung Sesaji telaga Sarangan,

4. Mempermudah guru atau siswa untuk menyelidiki atau menunjukkan sifat-sifat yang berlaku pada suatu objek geometri. Berikut adalah tampilan dari software Geogebra