• Tidak ada hasil yang ditemukan

MIKROEKONOMI STPM 944/1 KERTAS 1. (Dua jam)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MIKROEKONOMI STPM 944/1 KERTAS 1. (Dua jam)"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

STPM

944/1

KERTAS 1

(Dua jam)

MIKROEKONOMI

KERTAS MODEL SET 2

Arahan kepada calon:

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan dalam Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C.

Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan buat bulatan pada jawapan anda pada kertas soalan.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ].

(2)

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 “Pengeluaran sesuatu barang mestilah cekap dan menguntungkan.” Pernyataan ini merujuk kepada

A apa barang yang hendak dikeluarkan B berapa barang yang hendak dikeluarkan C bagaimana barang yang hendak dikeluarkan D untuk siapa barang yang hendak dikeluarkan

2 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan RS sebagai keluk kemungkinan pengeluaran bagi sesebuah ekonomi.

Barang modal

Barang pengguna

0 S

T Y R Z

Sumber ekonomi tidak mencukupi berlaku pada titik

A S C Y

B T D Z

3 Yang manakah akan meningkatkan harga getah asli?

A Harga getah tiruan menurun B Penawaran getah asli meningkat C Permintaan terhadap tayar meningkat D Kerajaan memberi subsidi kepada peneroka

4 Jadual di bawah ini menunjukkan kuantiti ditawarkan bagi sesuatu barang di pasaran.

Harga (RM) Kuantiti ditawar (Unit) 5.00

6.00

10 15 Fungsi penawaran barang tersebut ialah

A Qs = –15 + 5P B Qs = 5 + P C Qs = 15 – 5P D Qs = 20 – P

(3)

5 Gambar rajah di bawah berkaitan dengan keluk permintaan (D) dan keluk penawaran (S) bagi suatu barang.

Harga (RM)

Keluaran (unit)

D S

20 10

0 20 40 Q

Jika fungsi permintaan ialah Qd = 140 – 3P, dengan Qd ialah kuantiti diminta (unit) dan P ialah harga (RM), berapakah lebihan permintaan pada harga RM10.00?

A 60 unit B 70 unit C 80 unit D 110 unit

6 Yang berikut ialah fungsi penawaran bagi sesuatu barang.

Qs = 30 + 5P dengan

P = tingkat harga (RM)

Apakah keanjalan penawaran pada harga RM5.00?

A Anjal B Tak anjal C Anjal satu D Anjal sempurna

7 Jumlah hasil pengeluar akan meningkat jika pengeluar A menaikkan harga apabila permintaan anjal B menaikkan harga apabila permintaan tidak anjal C menurunkan harga apabila permintaan tidak anjal

D menurunkan harga apabila permintaan tidak anjal sempurna

8 Jika keanjalan permintaan pendapatan terhadap barang X ialah 0.25, apakah jenis barang X?

A Barang mesti B Barang normal C Barang mewah D Barang bawahan

9 Fungsi penawaran barang M ialah Qm = 10 + 0.5P, dengan Qm ialah kuantiti barang M yang ditawar. Jika harga barang M meningkat daripada RM6.00 kepada RM10.00, berapakah nilai keanjalan penawaran?

A 0.23 C 3.00

B 0.33 D 4.33

(4)

10 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran sebuah firma dengan titik E0 sebagai keseimbangan asal.

Harga (RM)

Kuantiti (unit) 0

6 9 15 20

50 70 90

D S1

S0 S2 E0

Sekiranya kerajaan mengenakan cukai, berapakah perubahan dalam lebihan pengguna?

A RM125 B RM245 C RM260 D RM630

11 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan kos purata jangka panjang (LAC) sesebuah firma.

Kos

Keluaran LAC1 LAC0

A B C

LAC2

0 Q0

Ekonomi bidangan luaran digambarkan oleh A pergerakan dari titik A ke titik B B pergerakan dari titik B ke titik C C peralihan keluk dari LAC0 ke LAC1 D peralihan keluk dari LAC0 ke LAC2

(5)

12 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kos sut (MC), kos purata (AC), dan kos tetap purata (AFC) sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Harga/Kos (RM)

Kuantiti (unit) 0

6 8 20 25

25 42 50

AFC MC

AC

Sekiranya harga jualan firma ini ialah RM20 per unit, berapakah jumlah keuntungan atau kerugian firma ini?

A RM0 C RM588

B RM288 D RM840

13 Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran apabila tingkat output berada pada harga

A melebihi kos purata B menyamai kos purata

C melebihi kos purata minimum D menyamai kos purata minimum

14 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan sebuah firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek.

Harga/Kos (RM)

Keluaran (unit) 0

20 36 50

10

MR = AR AC

MC

AVC

(6)

Berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh firma jika firma tersebut menutup operasinya?

A RM140 B RM160 C RM300 D RM500

15 Yang manakah tidak benar tentang bentuk persaingan bukan harga yang diamalkan oleh firma pasaran bermonopoli untuk meningkatkan jualan?

A Penjenamaan B Diskaun niaga C Hadiah percuma D Reka bentuk produk

16 Yang manakah tindakan yang akan membolehkan kesatuan sekerja berjaya dalam meningkatkan upah dan menambahkan pengambilan buruh?

A Mengadakan pendamaian B Menyelaraskan penawaran buruh C Mengenakan tingkat upah minimum D Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh

17 Seorang majikan yang menghadapi situasi keluaran hasil sut buruh kurang daripada kos sut buruh akan cuba untuk memaksimumkan untungnya dengan cara

A menambahkan penggunaan buruh B mengurangkan penggunaan buruh C meningkatkan kuantiti keluaran barang D mengurangkan kuantiti keluaran barang

18 Jadual di bawah ini menunjukkan hubungan antara bilangan buruh yang digunakan dengan jumlah keluaran dalam sesebuah firma.

Bilangan Buruh (orang) Jumlah Keluaran (unit) 1

2 3 4 5 6

150 375 570 720 840 900

Berapakah jumlah hasil firma tersebut jika harga per unit keluaran ialah RM4 dan kadar upah seorang buruh ialah RM600?

A RM1 710 B RM2 880 C RM4 200 D RM5 400

(7)

19 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran sesuatu faktor.

Sewa (RM)

Kuantiti tanah (unit)

0 D

D E0

A B

C S

Saiz sewa ekonomi diwakili oleh kawasan A BCE0

B ABE0 C 0BE0D D 0AE0D

20 Kejayaan perundingan kolektif untuk menuntut kenaikan upah akan berjaya jika A bilangan ahli adalah sedikit

B kadar pengangguran melebihi 4 peratus C kedudukan kewangan adalah tidak kukuh D bahagian upah adalah kecil daripada jumlah kos Bahagian B

[40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 Terangkan masalah asas ekonomi dalam pengeluaran baju berjenama X di sesebuah negara.

[10]

22 Ketidakstabilan dalam ekonomi menyebabkan kerajaan campur tangan dalam ekonomi.

Bincangkan pernyataan ini. [10]

23 Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara perubahan kuantiti

diminta dengan perubahan permintaan. [10]

24 Dengan memberikan gambar rajah berangka, terangkan kesan terhadap jumlah hasil pengeluar kereta tempatan sekiranya

(a) harga kereta tempatan turun [5]

(b) cukai import terhadap kereta import meningkat [5]

25 Dengan menggunakan gambar rajah, bandingkan konsep kecekapan peruntukan dan kecekapan pengeluaran yang berlaku dalam firma pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli

pada tingkat keseimbangan. [10]

(8)

26 Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan antara

(a) kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar [4]

(b) untung ekonomi dengan untung perakaunan [3]

(c) upah wang dengan upah benar [3]

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah ini menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y bagi sesebuah negara.

Kombinasi A B C D E F

Barang X (unit) 0 10 20 30 40 50

Barang Y (unit) 75 60 45 30 15 0

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran. [2]

(b) Nyatakan jenis kos lepas tersebut dan hitung jumlah kos lepas sekiranya pengeluaran barang X bertambah daripada 20 unit kepada 40 unit. [2]

(c) (i) Bolehkah kombinasi 40 unit barang X dan 30 unit barang Y dikeluarkan?

Jelaskan. [2]

(ii) Apakah yang berlaku jika negara ini mengeluarkan kombinasi 20 unit barang X dan

30 unit barang Y? [1]

(d) Bencana alam menyebabkan pengeluaran barang X dan barang Y berubah sebanyak 40%.

Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran. Jelaskan keadaan

ini. [3]

28 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan dan penawaran bagi suatu barang dengan titik keseimbangan asal ialah E0.

Harga (RM)

Kuantiti (unit) 0

4.50 7.50 9.00 10.00 12.00 20.00

10 12.5 25

D E1

E0

S1 S0

(a) Hitung jumlah lebihan pengguna dan lebihan pengeluar pada tingkat harga

keseimbangan. [3]

(b) Hitung perubahan jumlah hasil yang diterima oleh pengeluar jika harga naik kepada

RM12. [3]

(9)

(c) Hitung beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar apabila cukai

RM3 per unit dikenakan. [2]

(d) Berdasarkan (d) di atas, nyatakan perkaitan antara beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar dengan keanjalan penawaran. [2]

29 Jadual di bawah ini menunjukkan bilangan buruh dan jumlah keluaran fizikal (TPP) bagi sesebuah firma.

Buruh (unit)

Jumlah Keluaran Fizikal (unit)

0 0

1 50

2 120

3 240

4 320

5 350

(a) Hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut pada setiap tingkat buruh jika

harga jualan ialah RM2 per unit. [2]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil purata dan keluk keluaran

hasil sut. [3]

(c) Jika tingkat upah ialah RM60, hitung tingkat penggunaan buruh. [2]

(d) Jika upah dinaikkan kepada RM140, hitung penggunaan buruh baharu. [2]

(e) Berdasarkan (d) di atas, nyatakan kesan kenaikan upah tersebut terhadap

pasaran buruh. [1]

(10)

Jawapan Cadangan

Bahagian A

1 C 2 D 3 C 4 A 5 B 6 B 7 B 8 B 9 A 10 C 11 C 12 A 13 D 14 C 15 B 16 D 17 B 18 B 19 B 20 D

Bahagian B

21 Masalah asas ekonomi dalam pengeluaran baju berjenama X:

Apa dan berapa jumlah baju jenama X yang hendak dikeluarkan

Masalah ini bergantung pada permintaan dan kehendak pengguna supaya dapat memberikan kepuasan maksimum. Pengeluar perlu mengetahui jumlah permintaan dalam masyarakat dan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki. Barang yang dikeluarkan perlu seimbang supaya tidak wujud lebihan atau kurangan barang di pasaran.

Bagaimana baju berjenama X hendak dikeluarkan

Masalah ini merujuk kepada teknik-teknik pengeluaran. Teknik pengeluaran yang dipilih sama ada intensif modal atau buruh mestilah teknik yang paling cekap, iaitu dapat meminimumkan kos dan memaksimumkan untung.

Untuk siapa baju berjenama X hendak dikeluarkan

Masalah ini merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan. Pengagihan barang dan perkhidmatan ini bergantung pada kuasa beli dan agihan pendapatan pengguna. Individu yang berpendapatan tinggi akan mendapat lebih banyak baju jenama X berbanding dengan individu yang berpendapatan rendah.

22 Ketidakstabilan ekonomi merujuk kepada keadaan ekonomi berlaku kemelesetan ekonomi atau inflasi yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan akan melaksanakan dasar kewangan/

fiskal mengembang ketika berlaku kemelesetan ekonomi dan melaksanakan dasar kewangan/fiskal menguncup semasa ekonomi mengalami inflasi.

Selain unutk mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi, kerajaan juga perlu campur tangan dalam ekonomi untuk:

Menyediakan barang awam

Kerajaan menyediakan barang awam seperti jambatan dan jalan raya yang tidak mahu disediakan oleh pihak swasta kerana tidak menguntungkan.

Mengawal kesan eksternaliti negatif

Kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal kesan luaran negatif dan mengenakan hukuman denda atau penjara terhadap pengusaha yang mengakibatkan kesan luaran negatif.

Memastikan agihan pendapatan lebih saksama/seimbang

Kerajaan mengenakan cukai progresif terhadap golongan kaya dan memberikan subsidi kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memastikan agihan pendapatan lebih seimbang.

Mengurangkan kuasa monopoli

Kerajaan mengawal kuasa monopoli melalui dasar harga maksimum untuk menjaga kebajikan masyarakat daripada dibebani harga yang tinggi dan dasar harga minimum untuk menjaga kebajikan golongan petani.

(11)

23 Perubahan kuantiti diminta

Harga

Kuantiti diminta Penguncupan

permintaan

Pengembangan permintaan

0 Q2 Q0 Q1

D D

B A C

P0

P1 P2

Perubahan kuantiti diminta merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama.

Perubahan kuantiti diminta berpunca daripada perubahan pada harga barang itu sendiri. Perubahan kuantiti diminta terdiri daripada penguncupan permintaan dan pengembangan permintaan.

Berdasarkan gambar rajah di atas, harga asal ialah P0 dan kuantiti diminta asal ialah Q0 (titik A).

Penguncupan permintaan ditunjukkan oleh pergerakan dari titik A ke titik C, iaitu apabila harga meningkat daripada P0 kepada P2, kuantiti diminta turun daripada Q0 kepada Q2. Sebaliknya, pengembangan permintaan ditunjukkan oleh pergerakan dari titik A ke titik B, iaitu apabila harga turun daripada P0 kepada P1, kuantiti diminta naik daripada Q0 kepada Q1.

Perubahan permintaan

Harga

Kuantiti diminta

0 Q2 Q0 Q1

D D2 D

D2 D1

D1 P0

Perubahan permintaan merujuk kepada peralihan atau perpindahan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri. Perubahan permintaan berpunca daripada perubahan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan selain harga barang itu sendiri seperti perubahan harga barang lain, perubahan cita rasa pengguna, dan perubahan pendapatan pengguna. Berdasarkan gambar rajah di atas, keluk DD merupakan keluk permintaan asal dengan harga P0 dan kuantiti permintaan Q0. Pertambahan permintaan berlaku apabila keluk permintaan berpindah ke kanan dari keluk DD ke keluk D1D1; pada harga yang sama (P0), kuantiti permintaan bertambah daripada Q0 kepada Q1. Pengurangan permintaan pula berlaku apabila keluk permintaan berpindah ke kiri dari keluk DD ke keluk D2D2; pada harga yang sama (P0), kuantiti permintaan berkurang daripada Q0 kepada Q2.

(12)

24 (a) Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan kereta tempatan dalam pasaran.

Permintaan kereta adalah anjal kerana terdapat banyak pengganti dalam pasaran kereta.

Harga (RM ribu)

D

D

Kuantiti (unit) 0

50 60

240 150

Apabila harga kereta tempatan diturunkan, misalnya daripada RM60 000 kepada RM50 000, jumlah hasil pengeluar akan bertambah. Pada harga asal kereta, jumlah hasil pengeluar ialah RM60 000  150 unit = RM9 juta. Apabila harga turun kepada RM50 000, maka jumlah hasil pengeluar ialah RM50 000  240 unit = RM12 juta. Oleh sebab permintaan terhadap kereta adalah bersifat anjal, maka kejatuhan harga mengakibatkan jumlah hasil pengeluar bertambah daripada RM9 juta kepada RM12 juta.

(b) Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan kereta tempatan dalam pasaran.

Permintaan kereta adalah anjal kerana terdapat banyak pengganti dalam pasaran kereta.

Harga (RM ribu)

D1 D0

D1 D0

Kuantiti (unit) 0

60

240 150

Apabila cukai import kereta dinaikkan, harga kereta import akan meningkat, maka permintaan kereta import berkurang dan permintaan kereta tempatan meningkat. Katakan harga kereta tempatan ialah RM60 000, jumlah hasil pengeluar ialah RM60 000  150 unit = RM9.0 juta.

Pada harga kereta tempatan kekal RM60 000, permintaan terhadap kereta tempatan meningkat kepada 240 unit, maka jumlah hasil pengeluar kereta tempatan meningkat daripada RM9.0 juta kepada RM14.4 juta.

(13)

25 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk hasil dan kos bagi firma pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli dengan mengandaikan kedua-dua pasaran mempunyai struktur kos yang sama.

Harga/Kos

AC MC

EM

ES B A

Kuantiti 0

PS PM

QM MRM

ARM

QS

ARS = MRS

Keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dicapai pada titik ES dengan harga keseimbangan PS dan output keseimbangan QS. Firma pasaran persaingan sempurna mendapat untung normal kerana hasil purata menyamai kos purata (ARS = AC). Pasaran monopoli pula mencapai keseimbangan pada EM dengan harga PM dan output QM. Pasaran monopoli mendapat untung lebih normal kerana hasil purata melebihi kos purata (ARM > AC).

Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan peruntukan kerana mengeluarkan output (QS) pada harga menyamai kos sut (PS = MC), iaitu pada titik ES. Pasaran monopoli pula  tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana mengeluarkan output (QM) pada harga melebihi kos sut (PM > MC) dengan harga ditunjukkan oleh titik B dan kos sut ditunjukkan oleh titik EM.

Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana mengeluarkan output (QS) pada kos purata minimum dengan hasil sut menyamai kos sut pada titik paling rendah  keluk kos purata, iaitu pada titik ES. Pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana mengeluarkan output (QM) pada kos purata yang sedang menurun, iaitu pada titik A.

26 (a) Kadar bunga nominal merupakan kadar bunga yang dibayar kepada sejumlah modal yang dipinjamkan; manakala kadar bunga benar ialah kadar bunga yang telah diselaraskan atau ditolak dengan kadar inflasi.

Contoh: Ali meminjam RM10 ribu dari bank dengan kadar bunga 10%. Kadar bunga sebanyak 10% tersebut merupakan kadar bunga nominal. Jika kadar inflasi adalah sebanyak 4%, maka kadar bunga benar ialah 10% – 4% = 6%.

(b) Untung ekonomi ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos eksplisit dan kos implisit; manakala untung perakaunan ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eksplisit sahaja.

Contoh:

Jumlah hasil = RM10 000 Kos eksplisit = RM3 000 Kos implisit = RM4 000

(14)

Untung ekonomi = Jumlah hasil – (Kos eksplisit + Kos implisit)

= RM10 000 – RM7 000

= RM3 000

Untung perakaunan = Jumlah hasil – Kos eksplisit

= RM10 000 – RM3 000

= RM7 000

Didapati untung perakaunan lebih besar daripada untung ekonomi.

(c) Upah wang merupakan pendapatan yang diterima oleh seseorang setelah memberikan sumbangan dari segi fizikal dan mental dalam proses pengeluaran; manakala upah benar ialah kuasa beli upah wang, iaitu yang diukur daripada jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli oleh seseorang dengan jumlah upah yang dimilikinya.

Contoh: Ali bekerja sebagai doktor dengan gaji bulanannya RM5 000. Upah yang diterimanya itu ialah upah wang. Jika indeks harga pengguna tahun semasa ialah 120, maka upah benar yang diterima oleh Ali ialah RM4 166.67.

Upah benar = IH0

IH1  Upah wang

= 100

120  RM5 000 = RM4 166.67

Bahagian C 27 (a)

80 70 60 50 40 30 20 10

0 10 20 30 40 50 60 Barang X (unit)

(d)

Keluk kemungkinan pengeluaran A

F E D C B Barang Y (unit)

(b) Kos lepas malar. Kos lepas = 45 – 15

= 30 unit barang Y.

(c) (i) Tidak boleh kerana sumber ekonomi tidak mencukupi.

(ii) Berlaku pembaziran sumber.

(d) Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kiri. Apabila berlaku bencana alam, sumber ekonomi akan berkurangan, maka jumlah barang yang dapat dikeluarkan juga akan berkurang.

(15)

28 (a) Jumlah lebihan pengguna

= 12  (RM20 – RM10)  (12.5 unit – 0)

= RM62.50

Jumlah lebihan pengeluar

= 12  (RM10 – RM4.50)  (12.5 unit – 0)

= RM34.38

(b) Jumlah hasil pada harga RM10 ialah RM10  12.5 unit = RM125.00.

Jumlah hasil pada harga RM12 ialah RM12  10 unit = RM120.00.

Perubahan jumlah hasil = Jumlah hasil berkurang sebanyak RM5.00, iaitu RM120 – RM125.

(c) Beban cukai pengguna

= (RM12 – RM10)  10 unit

= RM20

Beban cukai pengeluar

= (RM10 – RM9)  10 unit

= RM10

(d) Apabila beban cukai yang ditanggung oleh pengguna adalah lebih besar daripada beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar, maka penawaran bagi barang tersebut adalah anjal.

29 (a)

Kuantiti Buruh

(unit)

Jumlah Keluaran Fizikal

(TPP) (unit)

Jumlah Keluaran Hasil

(TRP) (RM)

Keluaran Hasil Purata (ARP)

(RM)

Keluaran Hasil Sut (MRP)

(RM) 0

1 2 3 4 5

0 50 120 240 320 350

0 100 240 480 640 700

0 100 120 160 160 140

– 100 140 240 160 60 (b)

280 240 200 160 120 80 40

0 1 2 3 4 5 Kuantiti buruh

(unit) ARP

MRP Hasil/Kos/Upah (RM)

(16)

(c) Keseimbangan pasaran buruh ialah MRP = MCF = W, maka kuantiti buruh yang akan memaksimumkan untung ialah 4.5 unit buruh (atau 5 unit buruh).

(d) Keseimbangan pasaran buruh ialah MRP = MCF = W, maka kuantiti buruh yang akan memaksimumkan untung ialah 1.5 unit buruh (atau 2 unit buruh).

(e) Upah meningkat daripada RM60 kepada RM140 menyebabkan permintaan buruh berkurang daripada 5 unit kepada 2 unit. Ini menunjukkan berlakunya pengangguran sebanyak 3 unit buruh.

Referensi

Dokumen terkait

menentukan samada disk yang dibekalkan tersebut adalah dalam keadaan baik, 10 disk telah dipilih secara rawak dan diuji.. Sekiranya tiada atau satu daripada disk

(iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan... SULIT 1103/2 Soalan