• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBENTUKAN MALAYSIA BERTUJUAN UNTUK MEW

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMBENTUKAN MALAYSIA BERTUJUAN UNTUK MEW"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

SUBJEK : BUDAYA DAN MASYARAKAT DI SABAH KOD : AT 10703

SOALAN: PEMBENTUKAN MALAYSIA BERTUJUAN UNTUK MEWUJUDKAN KERJASAMA DALAM MENJAMIN KESELAMATAN SERANTAU. BINCANGKAN DALAM KONTEKS KESELAMATAN DI SABAH.

TAJUK : PEMBENTUKAN MALAYSIA MENJAMIN KESELAMATAN SERANTAU DI SABAH. NAMA AHLI KUMPULAN 5 NOMBOR

MATRIK

SEKSYEN Tanda Tangan

MUHAMMAD NUR FIRDAUS BIN MOHD ZIN

BA16110093 2

MUHAMMAD RIDZUAN BIN MUHAMMAD

BA16110046 2

MUHD JIVEAN JOHAN WIRA BIN AHMAD

BA16110128 2

MUHD SYAZREEN BIN SUHAILI BA16110099 2

NANCY EWIN BA16110170 2

NAT DAA A/P EH SENG BA16110067 2

NICHOLAS OWEN HENRY BA16110065 2

NIK NURUL AMIRAH BINTI SALLEH

BA16110181 2

NIRWANA BINTI ROMZI BA16110077 2

NIZARUL SHAH BIN ABDULLAH BA16110826 2

Laporan untuk Ahli Kumpulan NAMA AHLI KUMPULAN 5 NOMBOR

MATRIK

(2)

NAT DAA A/P EH SENG BA16110067 Ketua bahagian pengenalan dan penggabung untuk pengenalan.

NICHOLAS OWEN HENRY BA16110065 Bahagian Pengenalan

NANCY EWIN BA16110170 Bahagian Pengenalan.

MUHAMMAD RIDZUAN BIN MUHAMMAD

BA16110046 Ketua Bahagian Cabaran dan Masalah..

MUHD SYAZREEN BIN SUHAILI BA16110099 Bahagian Cabaran dan Masalah.

NIZARUL SHAH BIN ABDULLAH

BA16110826 Bahagian Cabaran dan Masalah.

NIRWANA BINTI ROMZI BA16110077 Bahagian Kepentingan penyertaan Sabah. NIK NURUL AMIRAH BINTI

SALLEH

BA16110181 Langkah- langkah diambil untuk mengatasi masalah MUHD JIVEAN JOHAN WIRA

BIN AHMAD

BA16110128 Langkah-Langkah diambil untuk Mengatasi Masalah MUHAMMAD NUR FIRDAUS

BIN MOHD ZIN

BA16110093 Bahagian menggabungkan semua bahagian dan penambah baikan isi dan huraian.

Secara keseluruhannya pembahagian tugas telah dilakukan selepas memperolehi tema tugasan. Kumpulan 5 telah melakukan tugasan dengan membahagikan kepada proses pembuatan tugas kepada 3 tahap iaitu sebelum, semasa dan selepas. Setiap proses tahap itu telah dilantik ketua bahagian. Pembahagian proses tahap ini telah menjadikan kerja lebih efektif dan pantas perlaksanaannya. Hasilnya, setiap ahli dalam kumpulan 5 telah menjalankan tugas dengan baik dan memberikan komitmen 100%.

Yang Benar

(Ketua Kumpulan)

Muhammad Nur Firdaus Bin Mohd Zin

Senarai Kandungan

(3)

a Sura t

1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Cabaran keselamatan yang dihadapi sabah.

2.1 Kegiatan lanun di kawasan perairan sekitar borneo. 3-4

2.2 Menyekat fahaman komunis. 4

2.3 Tuntutan kerajaan filipina. 5-6

3.0 Kepentingan penyertaan sabah bergabung dengan tiga wilayah yang lain membentuk sebuah negara.

3.1 Mempercepatkan kemerdekaan. 7

3.2 Membela masyarakat bumiputera di sabah dan sarawak 8

3.3 Memudahkan kerjasama keselamatan 8-9

4.0 Langkah yang diambil untuk mengatasi masalah.

4.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Mscc) 10-11

4.2 Suruhanjaya Cobbold

11-12

4.4 Jawatankuasa Antara Kerajaan

12-13

4.4 Perkara ke 6 dalam tuntutan 20 perkara. 13

4.5 Perbincangan antarabangsa. 14

5.0 Kesimpulan. 15

6.0 Rujukan 16

7.0 Lampiran 17

1.0 PENGENALAN

(4)

Filipina dan Singapura. Asal-usul nama negara kita yang tercinta Malaysia bukan berasal daripada istilah kosa kata bahasa Melayu tetapi berasal daripada dua cantuman isitilah iaitu MALAY dan SIA. 1

Perkataan Malay berasal daripada Bahasa Inggeris yang bermakna Melayu manakala SIA berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud Tanah. Ibu Negara Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala pusat kerajaan pula terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Malaysia diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong berdasarkan pemilihan oleh Majlis Raja-Raja mengikut giliran daripada 9 raja Melayu di Malaysia. Ketua kerajaan pula diketuai oleh Perdana Menteri dan dipilih melalui proses pilihan raya. Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan parlimen Westminster.

Sejarah pembentukan Malaysia bermula dengan idea Perdana Menteri Pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di persidangan persekutuan wartawan luar negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 mei 1961 telah mengagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Singapura ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.2

Pembentukan Malaysia ini telah memberi banyak manfaat kepada wilayah-wilayah yang terbabit termasuklah sabah. Meskipun pelbagai masalah dan cabaran keselamatan yang dihadapi oleh Sabah ketika itu hingga ke hari ini, segalanya dapat dilaksanakan secara bersama. Pembentukan Malaysia ini telah membuka kepada lembaran baharu pensejarahan bagi sesebuah wilayah yang merdeka. Dalam konteks ini, sejarah kemerdekaan negeri di Bawah Bayu itu bermula secara rasmi pada tanggal 16 September 1963.

Negeri Sabah mempunyai tidak kurang daripada 30 etnik suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Murut dan Bajau. Antara contoh etnik lain adalah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus , Kimarang, Bisaya, Lundayeh

1 Dipetik daripada pendefinisian oleh Ibnu hasyim (2009). Malaysia, siapa beri nama? Sempena 31 ogos.

(5)

Tatana dan sebagainya. Wilayah ini juga terletak diantara beberapa wilayah Asia Tenggara lain yang turut merebutkan Sabah terutama kerajaan Sulu dari Filipina yang menganggap Sabah sebagai hak miliknya juga turut menyebabkan cabaran keselamatan di Sabah seandainya tidak bergabung dengan wilayah lain membentuk Malaysia.

Penyertaan negeri Sabah dalam pembentukan Malaysia memberikan banyak manfaat khususnya dalam aspek keselamatan negeri Sabah. Kepelbagaian budaya dan etnik di Sabah ini meskipun demikian masih mampu bersatu hati menerima dengan hati yang terbuka meskipun mengenakan syarat-syarat bergabung dengan 3 wilayah lain membentuk Malaysia. Hal ini mungkin kerana khuatir akan ancaman luar yang bakal dihadapi Sabah seandainya syarat-syarat itu tidak ditunaikan oleh Perdana Menteri yang akhirnya termaktub dalam Akta Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

2.0 CABARAN KESELAMATAN YANG DIHADAPI SABAH.

(6)

Lanun merupakan kelompok masyarkat yang tinggal di laut dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang melanggar hak asasi kemanusiaan. Kepakaran kelompok masyarakat ini dilaut menyukarkan segala aktiviti membanteras kelompok masyarakat ini diatasi. Disamping itu, perkara ini sukar diatasi juga disebabkan oleh kehadiran lanun pada di Borneo sudah bertapak dari Lautan India sehingga ke Lautan China Selatan sejak berabad lagi. Kawasan perairan di sekitar India dan Borneo seringkali menjadi tempat buruan berjuta lanun berasal dari Illanun iaitu dari Pulau Mindanao dan Balanini dari Sulu.

Pada setiap tahun beribu lelaki dan wanita yang tinggal di kawasan perkampungan dilaporkan hilang oleh masyarakat tempatan kerana diserang oleh lanun. Hasil buruan tersebut akan dijual sebagai hamba kepada kerajaan sesebuah negara tertentu yang memerintah atau kepada ketua-ketua besar seperti ahli koperat. Aktiviti perdagagan ini dijalankan di pulau yang disediakan khas untuk perdagang manusia. Pelbagai barang hasil rampasan laut juga dijual di pulau tersebut.3

Selain menjalankan aktiviti atau pekerjaan menculik, merompak dan berdagang, lanun-lanun ini juga bijak mencipta barangan keperluan untuk pertahanan diri seperti barangan untuk buruan. Lanun ini juga mempunyai kepakaran membuat kapal dan perahu untuk mereka berlayar mencari mangsa buruan sama ada di laut atau kawasan perkampungan di persisiran pantai. Aktiviti lanun ini turut berlaku pada zaman Syarikat Borneo Utara British (SBUB) .

Sehinggakan kerajaan Brunei ketika itu mengiktiraf Overbeck sebagai “Maharaja Sabah dan Raja Gaya serta Sandakan” di mana kekuasaan ini diberikan untuk overbeck melindungi masyarakat tempatan. Meskipun begitu, bahagian Timur Laut Sabah yang dikatakan milik Sultan Sulu tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Brunei. Namun, atas dasar rasa hormat terhadap kesultanan Sulu, Overbeck telah melawat Sultan Sulu pada 22 Januari 1878 dan menjadikan beliau sebagai pemerintah paling berkuasa yang merdeka di Sabah.4

Namun, setelah zaman pemerintahan Jepun, SBUB merasakan bahawa dirinya sudah tidak mampu untuk memerintah Sabah dan mengawal

3 Harry Miller 2007, Malaysian Heritage: The Story of Malaysia, Republished by S.A. Majeed & Co Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

(7)

keselamatan di Sabah kerana bebanan hutang yang bakal dihadapi terlalu tinggi hingga terpaksa menyerahkan pemarintahan tersebut kepada British.

2.2 MENYEKAT FAHAMAN KOMUNIS.

Fahaman komunis bukanlah fahaman yang diasaskan oleh masyarakat tempatan termasuklah masyarakat yang berhijrah ke Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Fahaman ini merupakan fahaman yang diasaskan oleh seorang ahli cendekiawan Jerman iaitu Karl Marx dalam bukunya yang bertajuk ‘The Communist Manifesto’ yang diterbitkan pada 21 Februari 1948. Salah satu sebab mengapa komunis ini sangat ditentang di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura ialah kerana penganut kepercayaan komunis bertentangan dengan ajaran agama yang dianuti oleh masyarakat Setempat.

Penularan fahaman ini berlaku di Asia Tenggara berpaksikan kepada kerajaan China ketika itu. Pengaruh Komunis pada zaman 1950-an ketika itu sangat meruncingkan terutama di Asia Tenggara. Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.

Fahaman ini cuba menyerap masuk di pelbagai sudut aktiviti kemasyarakatan supaya ideologi mereka diterima oleh penduduk tempatan. Meskipun Sabah tidaklah menghadapi masalah pengaruh komunis yang ketara namun, perkara ini dibimbangi akan turut berlaku di Sabah seandainya negara sekitar sepenuhnya berpaksi kepada ideologi Komunis. Hal ini perlu untuk menyekat pengaruh Komunis yang semakin berleluasa yang akhirnya bakal mampu mengugat kestabilan politik serantau.5

(8)

2.3 TUNTUTAN KERAJAAN FILIPINA.

Antara masalah keselamatan yang berlaku di Sabah pada sebelum pembentukan Malaysia ialah wujudnya reaksi negatif daripada kerajaan Filpina. Reaksi ini dilihat wujud setelah Tun Abdul Rahman Putra al- Haj mencadangkan idea penubuhan gagasan Malaysia ini. Filipina bertindak menentang sekeras-kerasnya idea ini kerana mendakwa Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu .

Kerajaan Filipina di bawah pemerintahan Presiden Macapagal pada ketika itu telah menuntut ketuanan Filipina ke atas Sabah yang dikatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu pada bulan Jun 1962.

Tuntutan ini dilakukan oleh kerajaan Filipina adalah disebabkan mereka merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 18786 antara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck berkaitan hak pentadbiran di Sabah yang kemudiannya berlaku pertikaian di mana Sabah akhirnya dikatakan dijual oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB). SBUB ini pula telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan British pada 1946 sekali gus menandakan hilangnya hak Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Kerajaan Filipina dalam pada itu terus cuba untuk menimbulkan isu ini sebagai satu faktor penentangan mereka terhadap penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia dengan mengatakan bahawa Sabah bukanlah dijual kepada SBUB tetapi hanyalah dipajak.7 Presiden Macapagal bertindak agresif dengan menuntut kepada pihak British supaya mengembalikan Sabah kepada mereka pada 22 Jun 1962 namun tuntutan ini tidak dilayan oleh kerajaan British. Bertindak atas keadaan ini, Kerajaan Filipina membuat kecaman secara terbuka terhadap pembentukan Malaysia selain turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.

6 Barbara Watson and Leonard Y. Andaya, 1982, “A History of Malaysia”, Macmillan Press LTD : London. hlm 274.

(9)

Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengancam keselamatan Sabah apabila bertindak bekerjasama dengan Indonesia dalam menggandingkan tenaga untuk menggagalkan usaha pembentukan Malaysia ini. Kedua- dua buah negara tersebut mengancam untuk sedaya upaya memastikan usaha itu tidak berjaya dengan mengadakan pelbagai kempen seperti Ganyang Malaysia8 oleh Indonesia dan Filipina pada ketika itu pula mengancam untuk sentiasa mengadakan operasi tuntutan hak ke atas Sabah sehingga menyebabkan timbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Sabah meskipun masyarakat Sabah sudah terang lagikan bersuluh menyokong idea penyertaan Sabah dalam gagasan Malaysia.

Tuntutan oleh kerajaan Filipina pimpinan para pemimpin mereka sendiri ini pada akhirnya tamat setelah kerajaan Filipina pada akhirnya mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966 setelah sedar akan kenyataan sebenar bahawa masyarakat Sabah sendiri mahukan penyertaan Sabah ke dalam Malaysia yang seterusnya memperbaiki hubungan diplomatik antara kedua- dua buah negara tersebut. 9

(10)

3.0 KEPENTINGAN PENYERTAAN SABAH BERGABUNG DENGAN TIGA WILAYAH YANG LAIN MEMBENTUK SEBUAH NEGARA.

3.1 Mempercepatkan Kemerdekaan.

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan. 10

Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun.

Oleh itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya. Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. 11

10 Ruslan Zainudin.2005.Kenegaraan Malaysia.Sham Alam:Fajar Bakti Sdn. Bhd.hal 165.

(11)

3.2 MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.12

Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit.13

3.4 MEMUDAHKAN KERJASAMA KESELAMATAN.

Pengabungan Sabah dalam satu bumbung sebuah negara membolehkan kerjasama keselamatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Hal ini disebabkan oleh pada ketika itu Tanah melayu telah mempunyai pasukan ketenteraan yang dianggotai oleh penduduk Tanah Melayu itu sendiri. Hal ini akan menyebabkan segala urusan ketenteraan yang berpusat di Tanah Melayu dapat dilaksanakan di Sabah tanpa sebarang birokrasi yang melambatkan bantuan keselamatan dapat dilaksanakan di Sabah.

Selain itu, pada tahun 1956, Tunku telah ke London untuk menghadiri persidangan bagi menuntut kemerdekaan yang antara isu-isu penting ialah berkaitan usaha mengambilalih kuasa dan tanggungjawab bagi

(12)

mempertahankan negara.14 Harold Parker melaporkan bahawa sikap pemimpin Tanah Melayu tentang pertahanan telah mula untuk mengeras, sejak mereka mula menyedari implikasi politik daripada perjanjian pertahanan.

Dengan erti kata lain, Tunku tidak mahu menyelesaikan perjanjian pertahanan itu sehingga dia yakin hasil keputusan tentang kemerdekaan.15 Hasil daripadanya menyebabkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menandatangani satu perjanjian pertahanan dan akan menerima bantuan dan kerjasama daripada United Kingdom (UK) Satu jawatankuasa yang dihadiri oleh pemerhati dari Australia dan New Zealand telah diwujudkan dan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Besar Britain di Asia Tenggara, bertujuan untuk menyediakan perjanjian tersebut.

Di bawah perjanjian itu, Persekutuan Tanah Melayu bertanggungjawab untuk menyediakan asas dan kemudahan bagi UK dan pasukan Simpanan Strategik Komanwel atau Commonwealth Strategic Reserve (CSR), yang telah berpangkalan di Persekutuan Tanah Melayu selepas kemerdekaan untuk membantu dalam pertahanan luar serta untuk mempertahankan anggota komanwel dan menjalankan kewajipan antarabangsanya.

Hal ini secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada Sabah kerana bergabung dengan Tanah Melayu kerana segala urusan ketenteraan berbentuk balasan untuk latihan dan perkembangan pasukan bersenjata Persekutuan, asas latihan serta kemudahan-kemudahan dapat dinikmati oleh Sabah segala manfaatnya.

14 Federation of Malaya, Legislative Council Paper No. 6 of 1956 (Kuala Lumpur: Government Printer, 1956).

(13)

4.0 LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH. 4.1 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Pada 21 Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Tun Stephen selaku wakil pemimpin Sabah hadir dalam mesyuarat yang diadakan tersebut. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir16

Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Sehinggakan Tun Stephen mengeluarkan kenyataan bahawa , orang-orang Borneo tidak menolak lamaran pembentukan Malaysia itu sendiri. Hal ini menujukkan bahawa kesediaan Sabah itu bergabung dengan Tanah Melayu dan 2 wilayah lain membentuk Malaysia selepas mendengar penjelasan daripada Tunku sendiri mengenai konsep pembentukan Malaysia. 17

Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.18

16 Jeffrey G. Kitingan & Maximus J. Ongkili, Sabah : 25 Years Later (1963-1988), Institute For Development Studies Sabah: Kota Kinabalu, hlm 5.

(14)

Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukan Malaysia ini.

Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.19

Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.

4.2 SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961. Nama suruhanjaya ini dipanggil sebagai Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas20 Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan

19 Ibid.

(15)

itu, banyak faedah diperoleh rakyat Negara-negara yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. 21

Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin agama mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.22

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

a.1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat

b.1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.

(16)

c. 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja. 23

4.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Jawatankuasa Antara Kerjaan yang dipengerusikan oleh oleh Lord Landsdowne dan timbalannya Tun abduk Razak dan wakil daripada setiap wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini telah menggunapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Daripada 20 perkara yang diminta oleh Sabah , berikut merupakan antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :

1) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.

2) Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.

3) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.

4) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.

5) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi. 24

4.4 PERKARA KE 6 DALAM TUNTUTAN 20 PERKARA.

(17)

Dalam tuntutan Sabah bergabung dengan Tanah Melayu, terdapat 20 perkara yang dituntut.25 20 Perkara tersebut akhirnya dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan 1963. Namun aspek yang kini ingin dibincangkan ialah dalam 20 tuntutan yang dibuat oleh Sabah. Perkara ke 6 yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan imigresen.26

Melalui Perkara ke 6 iaitu berkaitan dengan Imigresen, Sabah menginginkan imigresen di wilayahnya dikawal oleh pemimpin Sabah sendiri. Hal ini disebabkan oleh mereka bimbang akan kedatangan warganegara daripada Singapura dan Tanah Melayu yang membawa ideologi yang bahaya datang ke Sabah. Oleh itu, pemimpin Sabah menginginkan Sabah boleh mengawal imigresen di wilayahnya sendiri supaya dapat membendung perkara tersebut terjadi di Sabah. Pemimpin Sabah juga pada ketika itu menyatakan bahawa mereka menginginkan layanan yang “adil” dalam wajah Malaysia yang baharu.27

Permintaan Sabah ini dipenuhi dan dipersetujui oleh Tanah Melayu dengan hasilnya Tanah Melayu menyediakan kertas Imigresen sebagai tanda persetujuan. Kertas Imigresen ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian pertama Imigresen ke dalam Sabah dan Sarawak daripada luar Malaysia, Imigresen ke dalam Sabah dan Sarawak daripada bahagian-bahagian lain dari Malaysia dan bahagian ketiga ialah ringkasan proposal dan keselamatan. 28

4.5 PERBINCANGAN ANTARABANGSA.

Atas dasar toleransi dan hubungan baik antara negara, Tanah Melayu pada ketika itu telah mengambil langkah mengadakan rundingan dengan kerajaan Indonesia dan Filipina berkenaan dengan tuntutan yang diminta oleh kedua-dua buah negara tersebut. Perbincangan ini berlaku di Manila pada Julai hingga Ogos 1963.29 Namun perbincangan ini menemui kegagalan meskipun intipati perbincangan yang telah dipersetujui oleh Tanah Melayu ketika itu berjaya memenuhi kehendak kedua-dua buah negara terbabit yang inginkan pungutan suara dilakukan semula oleh badan yang bekecuali.

Hal ini telah menyebabkan Indonesia dan Filipina pada ketika membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Indonesia mengadakan kempen “Ganyang Malaysia” dan menyerang Sabah dan Sarawak

25 Jeffrey G. Kitingan & Maximus J. Ongkili, Sabah : 25 Years Later (1963-1988), hlm 12. 26 Ibid. Hlm 12-13.

27 Ibid. hlm 23. 28 Ibid. hlm 24-25.

(18)

melalui Borneo Indonesia ( Kalimantan ). Namun perkara tersebut berjaya di atasi dengan bantuan tentera komanwel menyebabkan keadaan Malaysia ketika itu tidak berada pada keadaan bahaya. Hubungan Malaysia dan Indonesia kembali pulih pada tahun 1965 selepas pertukaran tampuk kepimpinan di Indonesia. Pada Ogos 1966 satu perjanjian perdamaian telah dijalankan di antara Malaysia dan Indonesia dan mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai milik Malaysia.

Perebutan Filipina terhadap Sabah dikendalikan di tahap diplomatik. Filipina tidak mengiktiraf Sabah itu milik Malaysia. Perebutan ini akhirnya membawa kepada sesi temuramah dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia untuk mencari cara merapatkan hubungan antara negara di rantau Asia Tenggara. Akhirnya pada Ogos 1967 , ASEAN (The Association of Southeast Asian Nations) ditubuhkan yang melibatkan Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand sebagai ahlinya diperingkat awal penubuhan.30 Keadaan ini akhirnya telah merapatkan hubungan antara negara di samping tuntutan kedua-dua buah negara tersebut berjaya diatasi dengan sebaiknya.

5.0 KESIMPULAN.

Membina sebuah negara yang yang baharu dan merdeka bukanlah sesuatu yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat. Ia memerlukan masa yang lama dan persetujuan sesebuah kawasan untuk memastikan pembinaan sesebuah negara itu mendapat persetujuan bersama dengan masyarakat di wilayah terbabit. Namun, pengabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu membentuk sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia tidak sampai 3 tahun cadangannya merupakan satu kejayaan yang sukar dicapai oleh pemerintah dimana-mana sekalipun di dunia ini.

Pembentukan sebuah negara ini dibentuk dengan kerjasama daripada pemerintah tempatan dan toleransi yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman

(19)

dalam memenuhi segala syarat-syarat yang dikenakan oleh Sabah keatas Tanah Melayu yang kini termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Meskipun mendapat pelbagai penentangan semasa proses pembentukan negara Malaysia, namun cabaran itu mampu berjaya diatasi kerana Sabah bukanlah secara paksaan mempersetujui bergabung dengan Tanah Melayu membentuk sebuah negara, tetapi masyarakat dan pemimpin tempatan mereka yang bersetuju dengan gagasan Malaysia tersebut. Akhirnya Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu telah membentuk sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia iaitu pada 16 September 2016 secara rasminya.

Langkah yang diambil oleh Sabah ini merupakan satu langkah yang baik dalam memastikan masalah yang dihadapi daripada konteks keselamatan pada ketika itu sehingga ke hari ini mampu diatasi secara bersama. Kepentingan bersama yang lain juga turut dapat diperolehi melalui toleransi kedua-dua belah pihak dalam memastikan segala urusan pembentukan berjalan dengan lancar.

6.0 RUJUKAN

Barbara Watson and Leonard Y. Andaya, 1982, “A History of Malaysia”, Macmillan Press

LTD:London

DEFE 7/495. from Headquarters Malaya Command to Ministry of Defence, London, Exclusive

for Powell from Parker, 23 May 1956.

Federation of Malaya, Legislative Council Paper No. 6 of 1956 (Kuala Lumpur:

(20)

Printer, 1956.

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd., 2000

Harry Miller 2007, Malaysian Heritage: The Story of Malaysia, Republished by S.A. Majeed &

Co Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Jeffrey G. Kitingan & Maximus J. Ongkili, Sabah : 25 Years Later (1963-1988), Institute For

Development Studies Sabah: Kota Kinabalu.

Mardiana Nordin Dan Hasnah Hussiin 2004.Pengajian Malaysia.Shah Alam:Fajar Bakti Sdn.

Bhd.hal 65-67.

Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Penerbit Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Malaysia, 1991.

Ruslan Zainudin.2005.Kenegaraan Malaysia.Sham Alam:Fajar Bakti Sdn. Bhd.hal 165.

(21)

Referensi

Dokumen terkait

Keempat tentang alur proses pengiriman / rujukan pecandu narkoba dari Kabupaten Bulungan ke Balai Besar Rehabilitasi LIDO Badan Narkotika Nasional dan ke Kabupaten Bulungan

Berdasarkan latar belakang tersebut, yang menjadi permasalahan dalam penelitian ini adalah bagaimanakah pengaruh parameter pental (s), energi partikel datang (E) terhadap

Peralatan-peralatan yang dikontrol secara elektronik lebih banyak memberi kemudahan-kemudahan dalam penggunaanya.Seperti dapat melakukan pengontrolan secara

Waktu yang diperlukan untuk menjalankan program ini relatif singkat, tergantung dari besarnya aktivitas yang terlepas dari cerobong clanbesarnya harga laju dosis pacta kurva

Sebagai pusat pelayanan, P2TP2A diharapkan dapat memberikan 5 (lima) jenis pelayanan yaitu pelayanan pengaduan, pelayanan kesehatan, pelayanan rehabilitasi sosial, pelayanan

Dari sisi sektoral, kinerja sektor pertanian dan sektor jasa-jasa mengalami peningkatan pada triwulan laporan dengan andil terhadap pembentukan laju pertumbuhan

Dengan ini menyatakan bahwa saya sebagai penerima hibah berupa uang yang bersumber dari APBD Kabupaten Pandeglang Tahun Anggaran 2018 melalui DAK Non Fisik untuk Biaya

Nomor Tanggal Tentang. Instansi :