• Tidak ada hasil yang ditemukan

33415396 relevankah mahasiswa berpolitik. doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "33415396 relevankah mahasiswa berpolitik. doc"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan bagi membuka mata terutamanya mahasiswa yang sering kali memandang mudah tentang politik di kampus. Hal ini disebabkan mereka berpendapat politik kampus hanya membuang masa, wang dan tenaga. Perbahasan kepada pilihanraya kampus (PRK) bukanlah satu perkara yang boleh dianggap enteng, kerana ianya bakal memberikan imej dan mesej daripada umum terhadap apa yang berlaku kepada politik tanah air. Di Malaysia, terdapat sejarah yang begitu besar terhadap peranan mahasiswa membentuk politik negara.Namun demikian, menarik untuk melihat kepada fenomona hari ini. Secara tuntasnya, bermula pasca 1975, di mana ketika inilah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) seperti mana adanya sekarang dipinda dan dilaksanakan kepada mahasiswa dan universiti.Pindaan AUKU ini memberi ruang dan kebebasan kepada mahasiswa untuk aktif dalam arena politik. Justeru itu, timbullah persoalan adakah sesuai untuk mahasiswa berpolitik dan bukannya semata-mata belajar seperti mana yang diharapkan.

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesesuaian mahasiswa dalam arena politik kampus. Skop kajian akan meliputi aspek politik kampus, peranan mahasiswa dan isu-isu melibatkan politik kampus. Kajian juga akan melihat secara mendalam diantara gerakan mahasiswa dan politik kampus. Aspek ini dipilih kerana masih ramai mahasiswa yang memandang enteng dan tidak menyedari kepentingan politik kampus kerana merekalah penentu hala tuju pembangunan sesebuah institut pengajian tinggi.

3.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian hanya menggunakan sumber daripada resensi perpustakaan sahaja. Ianya tidak melibatkan proses menemuramah dan pengedaran soal selidik kepada responden luar.. Kajian ini hanya akan melihat kepada mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana politik kampus hanya melibatkan kelompok ini. Kelompok ini menjadi fokus utama kerana politik kampus memang berkait rapat dengan penglibatan mereka.

4.0 KAEDAH KAJIAN

(2)

kesuntukan masa untuk melakukan proses menemuramah dan pengedaran soal selidik kepada responden serta untuk menganalisis data yang diperoleh daripada sumber primer iaitu soal selidik Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan..

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Pendahuluan

(3)

5.2 Dapatan kajian daripada resensi perpustakaan

5.2.1 Definisi

5.2.1.1 Mustaffa Kamil Ayub, 1991

Secara jelasnya tiada perkataan yang sesuai untuk mendefinisikan secara tepat politik kampus. Pilihanraya kampus(PRK) sebenarnya merupakan medan politik kampus yang membolehkan mahasiswa menggunakan sepenuh kuasa untuk memilih pimpinan kampus. Selain itu, pilihanraya kampus juga dikatakan medan terbaik untuk menggilap bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Melaluinya,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dapat dibentuk semula selepas pembubaran yang diwartakan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) .

5.3 Politik kampus

5.3.1 Pro-aspirasi vs pro-mahasiswa

Pro-mahasiswa adalah golongan mahasiswa yang terlalu taksub memperjuangkan hak-hak mahasiswa sehingga tidak menghiraukan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pro-mahasiswa adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. Pro-mahasiswa bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Mahasiswa pro pembangkang seringkali menubuhkan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan universiti atau pendaftar pertubuhan (Shamran Sarahan,2010).

(4)

Jadi, secara umumnya kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada kelompok mahasiswa yang memperjuangkan hak-hak mahasiswa di dalam kampus. Tetapi idea,perjuangan dan pegangan mereka dalam parti adalah berbeza dan secara jelasnya adalah berlawanan sama sekali. Walaupun pro-aspirasi dan pro-mahasiswa berlainan pandangan dalam aspek politik kampus, tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk bertanggungjawab membawa suara mahasiswa, memperjuangkan kebebasan bersuara , mengangkat demokrasi di dalam kampus dan memastikan budaya politik di menara gading bergerak di atas landasan yang sihat.

5.3.2 Mahasiswa tidak boleh berpolitik di kampus?

Tatkala keterbukaan kerajaan dalam pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1971 sememangnya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak, yang mana selama ini menilai pelaksanaannya sebagai tidak menghormati semangat demokrasi. Malah, kebanyakan mahasiswa juga telah melepasi taraf umur yang melayakkan mereka untuk mengundi ,justeru pengaruh politik di sebalik tembok universiti sedikit sebanyak akan menyusup masuk dan mempengaruhi penilaian undi mereka. Di sinilah perlunya untuk AUKU dipinda supaya lebih diberi kebebasan kepada mahasiswa dan kuasa autonomi kepada universiti selain kelonggaran menganjurkan perdebatan yang melibatkan pihak luar (Mohd Shuhaimi Al Maniri,1995).

Sebagai contoh mengambil pilihan raya kampus, mahasiswa sewajarnya menggunakan kesempatan tersebut untuk membina semangat politik yang betul dengan mengangkat demokrasi sebagai cara hidup masyarakat bertamadun. Anuar Ahmad, pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada menyatakan `politik dan pelajaran bagi mahasiswa adalah salah satu komponen yang selari yang harus dibangunkan untuk menjadi pelajar dan modal insan yang cemerlang` (Utusan Malaysia, 2007). Tambahan, beliau tidak menafikan semangat berpolitik yang menebal dalam diri mahasiswa merupakan mekanisme yang baik ke arah demokrasi dan ciri-ciri kepimpinan yang cuba ditonjolkan itu bagaimanapun sewajarnya disalurkan menerusi medium yang betul. Di samping itu, kesedaran politik di kalangan mahasiswa amat diperlukan untuk menggerakkan gerakan mahasiswa supaya aktif dan peka dengan persekitaran mereka.

(5)

mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Dilihat sebagai ruang yang adil kepada kelompok mahasiswa untuk memahami dengan jelas konsep demokrasi, pindaan AUKU tersebut juga secara jangka masa panjang dapat melahirkan pemimpin pelapis yang berkualiti yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kebebasan berpolitik yang diberikan kepada mahasiswa haruslah dihormati oleh semua pihak tanpa ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terutamanya campur tangan politik luar.

5.4 Peranan mahasiswa

5.4.1 Berpolitik vs belajar

Negara ini diakui mempunyai kepelbagaian kaum yang cukup berbeza dengan diakui keunikan dan keindahan kerana kekuatan perpaduan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, pegangan agama, kebudayaan dan lain-lain yang menjadikan antara negara unik di dunia ini. Dalam sedar ataupun tidak, golongan belia (mahasiswa) kini merupakan kelompok terbesar dalam populasi masyarakat di Malaysia dan ia informasi baik untuk masa depan negara kerana mempunyai banyak tenaga, idea serta penggerak muda yang akan meneruskan agenda pembangunan negara (Shamran Sarahan,2010).

Namun, sejak akhir-akhir ini sering kedengaran seruan agar mahasiswa tidak terlibat dengan politik. Tujuan datang ke universiti ialah untuk belajar bukannya berpolitik. Dalam perkembangan dunia sekeliling, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna (Zaini Ujang,1993). Justeru generasi mahasiswa tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman yang mendalam mengenainya.

(6)

penyelidikan (Zaini Ujang,1993). Mahasiswa dicorak dan diwarnakan oleh suasana universiti yang didokongi oleh ahli-ahli akademik. Jika murni dan betul suasana yang dicorakkan itu, maka baiklah mahasiswa yang dihasilkan dan begitulah sebaliknya.

Tambahan pula, apabila merenung kembali persoalan yang perlu dijawab bersama, mengapa ingin menjadi mahasiswa? Persoalan ini mungkin pernah ditanya ketika di bangku sekolah lagi. Tetapi pernahkah soalan ditanya apabila sudah bergelar mahasiswa? Apabila soalan ini dilontarkan, ramai yang menjawab dengan spontan, kerana ingin menjadi orang yang berjaya. Apabila disingkap kewujudan mahasiswa di Malaysia, apakah tujuan Malaysia melahirkan begitu ramai graduan universiti adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan seramainya tenaga mahir dalam sektor-sektor pekerjaan, baik dari segi kakitangan awam mahupun swasta. Akhirnya, secara tidak langsung, telah terbina dalam minda mahasiswa dan dalam jiwa-jiwa mereka berhala-hala besar, yang apabila, menjadi mahasiswa, yang memenuhi mereka ialah gaji besar, rumah besar, kereta besar serta kehidupan yang mewah (Zaini Ujang,1993).

Jadi untuk bergelar sebagai seseorang yang berjaya, mahasiswa perlulah belajar kerana itulah tujuan mereka menjejakkan kaki di menara gading.Tambahan pula, tujuan belajar ialah untuk mengeluarkan diri dari keadaan jahil, bodoh atau tidak tahu. Maka, di mana sahaja apabila mendengar, melihat, memamahi, mahupun mempelajari, kalau ia baru dan kita baru mengetahuinya, maka itulah ertinya belajar. Ia juga berkaitan dengan pembudayaan ilmu dan sangat penting. Cintakan ilmu bermakna sentiasa dan berkeinginan untuk belajar, belajar dan belajar. Jika boleh dan berkemampuan, setiap ruang waktu yang ada akan diisikan dengan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, mahasiswa cintakan ilmu sahaja tidak mencukupi kerana setiap ilmu yang diperolehi, perlu diamalkan,diajarkan dan disebarkan.Maka barulah keberkatan pada ilmu itu akan diperolehi. Perlu diingatkan ilmu tidak akan berkurangan apabila dicurahkan kepada orang lain, sebaliknya ia semakin bertambah dan terus bertambah.

(7)

untuk mahasiswa menimba ilmu dan pengalaman? Tatkala menjawab persoalan sebegini, mesti ramai yang berlainan pendapat, tentu sahaja terdapat golongan yang mengatakan sesuai dan ada juga yang menyatakan sebaliknya. Tapi yang menjadi kepastian mahasiswa perlu melibatkan dalam politik sekurang-kurangnya untuk mengetahui politik semasa dan mereka sebenarnya tidak terlepas kerana pilihanraya kampus yang diadakan di institut pengajian tinggi turut melibatkan mereka sama ada secara langsung atau tidak.

Sehubungan dengan itu, menurut Muhammad Ilyas Zambri, Timbalan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), politik kampus bukan semata-mata percaturan dan pergolakan mengenai aspek kepemimpinan serta kuasa siswa di peringkat universiti (Harian Metro,2010). Hal ini kerana beliau berpendapat pengalaman menyertai pilihanraya kampus sungguh bermakna. Walaupun hanya dalam skop yang kecil, setidak-tidaknya ia memberi pendedahan yang baik untuk mengetahui dunia politik. Tambah beliau lagi, walaupun meminati bidang politik tetapi pelajaran tetap menjadi keutamaan. Oleh yang demikian, adalah tidak salah untuk mahasiswa terlibat dalam arena politik di kampus, tetapi mestilah pandai dalam pembahagian masa diantara belajar dan berpolitik. Lagipun pilihananraya kampus diantara secara berkala. Jadi tumpuan untuk berpolitik juga adalah berkala dan bukannya sepanjang masa (Shamran Sarahan,2010). Malah dalam kebanyakkan masa, mahasiswa perlu menumpukan perhatian kepada pengajian mereka yang mana berperanan sebagai penentu masa hadapan yang cemerlang sama ada dalam kerjaya atau arena politik.

Tetapi memang tidak dinafikan bahawa dengan berjinak-jinak dalam bidang politik seawal mungkin adalah satu pendedahan yang baik. Mahasiswa yang masih lagi baru dan boleh dilentur perlu dididik dalam dunia politik dalam keadaan terpandu supaya pimpinan masa depan bukannya pimpinan yang kaku dan kelu serta tidak berani. Mahasiswa wajar menentukan sendiri iklim politik bagaimana yang mereka inginkan. Mahasiswa mempunyai pilihan untuk berbuat demikian. Pandangan pelajar yang mungkin betul dan mungkin silap ini akan mematangkan mahasiswa menyonsong masa hadapan negara.

(8)

bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat” (Utusan Malaysia, 2007).

5.5 Isu-isu politik kampus

5.5.1 Budaya label-melabel

Persoalannya, adakah hujah PRK sebagai medan mencungkil pewaris pemimpin pada masa akan datang masih lagi relevan? Bermula sesi 2001/2002 lagi, penyeragaman dalam PRK telah dilaksanakan bagi memastikan budaya politik di menara gading bergerak atas landasan yang sihat (Saifuddin Abdullah, 2006). Dikatakan juga proses PRK yang diseragamkan ini selari dengan konsep demokrasi kampus terpimpin. Tradisi demam PRK di universiti-universiti tua seperti Universiti Malaya (UM) juga tidak semeriah dahulu (Saifuddin Abdullah,2006). Hanya sebahagian kecil pelajar yang celik politik telah dan akan mengambil peranan dalam proses demokrasi di kampus sama ada sebagai calon, wakil calon dan tentunya pengundi. Pada masa sama, budaya label-melabel begitu ketara dan sukar dikikis walaupun penyeragaman PRK telah menjangkau lebih lima tahun pelaksanaannya.

Hal ini bertepatan dengan tanggapan popular ialah dengan wujudnya apa yang dikatakan golongan proaspirasi kerajaan dan propembangkang. Contoh mudah bagi membuktikan budaya suka melabel ini masih wujud dapat dilihat daripada beberapa tindakan kebanyakan kolej-kolej kediaman di universiti semasa musim PRK. Secara tiba-tiba sahaja ‘kawalan keselamatan’ di kawasan kolej kediaman diperketat untuk dua atau tiga minggu sebelum dan semasa PRK (Saifuddin Abdullah,2006). Persoalannya, adakah benar campur tangan politik luar masih wujud dan tidak dapat dielakkan walaupun calon yang bertanding adalah atas tiket individu bukannya parti?

(9)

institusi universiti dihormati (Utusan Malaysia, 2007). Sepatutnya warga universiti dibenarkan bebas menyampaikan idea. Oleh sebab sesuatu idea itu bersifat kebenaran yang tentatif maka ruang untuk perbincangan selanjutnya perlu dibenarkan bukannya terus sahaja dipersetujui tanpa dibuka ruang perdebatan terlebih dahulu.

Menurut beliau lagi, institusi Dewan Senat perlu dihormati dengan tidak terlalu banyak campur tangan daripada pihak ‘luar’. Ini termasuklah kuasa autonomi universiti yang perlu diperluas bukannya disempitkan. Kenyataan Tan Sri Nordin ini tentunya relevan apabila memperkatakan tentang PRK. Pihak universiti tidak perlu bimbang tidak bertempat terhadap ideologi atau gerakan mahasiswa yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Tambahan pula, kebebasan bersuara jelas adalah hak semua yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan (Saifuddin Abdullah,2006).

Hakikatnya, budaya politik turut serta hanya akan wujud apabila berlakunya penglibatan aktif seluruh pelajar dalam politik kampus. Namun, tentunya keadaan yang ideal tersebut sukar dicapai sekiranya pelajar sendiri masih cetek tentang keseluruhan sistem dan proses politik kampus. Keadaan ini diburukkan lagi dengan terhadnya pemahaman mereka terhadap perkembangan isu-isu semasa yang menyentuh perspektif politik, ekonomi dan sosial dalam negara apatah lagi luar negara. Pendapat-pendapat yang sehala sahaja tidak banyak memajukan idealisme pelajar apatah lagi mencabar kemampuan intelektual pelajar (Shamran Sarahan,2010). Pandangan dan suara yang kritis kesan daripada pengamatan yang menyeluruh dari pelbagai sudut amatlah digalakkan.

Dalam hal ini, apa gunanya lagi PRK jika pilihan raya yang dibuat tidak mencerminkan semangat demokrasi sebenar? Keterbukaan pentadbir universiti membuktikan sikap yang tidak takut akan bayang-bayang sendiri. Sudah tidak relevan rasanya untuk bersikap terlalu kaku dan ketat serta dalam beberapa keadaan bersifat mengongkong gerakan mahasiswa. Kepercayaan yang diberi tentunya akan dimanfaatkan oleh pelajar memandangkan mereka adalah kelompok yang sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana sebaliknya. Hal ini selaras dengan matlamat pelan strategik bagi transformasi pengajian tinggi yang mahu melahirkan modal insan berdaya saing di peringkat antarabangsa (Saifuddin Abdullah,2006).

(10)

medan demokrasi yang benar-benar telus jika tiada atau paling minimum campur tangan daripada pihak luar.

5.5.2 Kampus politik patut elak kebencian

Pada pilihan raya kampus sesi 2000/2001, dikatakan ada mahasiswa dibantu pihak luar menggunakan taktik berkempen dikatakan tidak sihat. Frasa ‘dikatakan’ digunakan kerana premis keputusan itu tidak dibincangkan dengan mendalam. Antaranya siapa pihak luar dimaksudkan itu? Bagi yang memahami politik kampus, lazimnya pihak luar itu ditujukan kepada pembangkang. Bagaimana jika pihak luar itu turut membabitkan orang kerajaan? Serentak dengan penyeragaman tarikh itu, beberapa peraturan pilihan raya mula dilaksanakan (Saifuddin Abdullah,2006).

Tetapi, peraturan itu tidak pula seragam bagi semua universiti. Namun, persoalannya tetap sama ada paradoks dalam pendekatan, konsep dan kandungan sebahagian daripada peraturan itu.Pilihan raya kampus memerlukan peraturan. Tetapi, peraturan tidak perlulah terlalu banyak. Kini, peraturan begitu banyak hingga satu-satunya peraturan yang belum dilaksanakan seperti calon dikehendaki memakai pakaian seragam. Jika peraturan ini diadakan, maka lengkaplah percubaan pihak tertentu untuk menjadikan mahasiswa saling tidak tumpah seperti pelajar sekolah menengah. Semua ingin melihat mahasiswa dewasa, tetapi secara tidak langsung memperbudakkan mereka . Semua mahu mahasiswa berfikir di luar kotak, tetapi memperkotakkan mereka dengan peraturan-peraturan yang terlampau banyak. Pihak universiti ingin meningkatkan penyertaan mahasiswa dalam pilihan raya kampus, tetapi mengenakan syarat supaya calon mesti mempunyai Purata Gred Kumulatif Terkumpul (CGPA) yang tinggi. Syarat mempunyai CGPA tertentu adalah wajar kerana mahasiswa gagal peperiksaan atau lulus dengan markah rendah tidak sesuai menjadi pemimpin, kerana pemimpin adalah model (Saifuddin Abdullah,2006). Soal calon lemah akademik akan menanggung risiko jika menang MPP mungkin tidak timbul.

(11)

yang tidak diminatinya. Ada kalanya tidak ada premis kukuh dalam membuat penilaian dalam hubungan antara prestasi akademik dan kokurikulum.

Tidak syak lagi bahawa kajian menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan keputusan akademik mahasiswa. Sebaliknya ia jelas meningkatkan sikap mereka. Jika mahasiswa tidak seronok dengan pelajarannya, adalah menjadi tanggungjawab universiti memperbaikinya, bukan dengan cara mengehadkan kehidupan kokurikulumnya (Saifuddin Abdullah,2006). Menyekat perkara diminati mahasiswa bukanlah cara untuk membuat mereka lebih meminati perkara lain. Yang menjadi persoalan ialah pihak universiti ingin mahasiswa bersuara, tetapi dihadkan pula tempoh masa berkempen. Mengehadkannya kepada seminggu adalah wajar kerana kampus dan jumlah pemilih tidak terlalu besar. Tetapi mengehadkannya kepada tiga hari adalah keterlaluan. Semua ingin mahasiswa kreatif, tetapi ada universiti mengehadkan poster pilihan raya kepada warna hitam dan putih. Alasannya bimbang digunakan warna tertentu yang dianggap meniru warna parti politik tertentu (Saifuddin Abdullah,2006). Usahlah sampai alergik dengan warna tertentu. Ada ketikanya pihak bertanggungjawab tidak adil dalam membuat peraturan. Contohnya, mahasiswa kampus tempatan tidak boleh didekati parti politik. Tetapi, mereka memahami politik kampus, termasuk pilihan raya kampus tahu apa sebenarnya berlaku. Malah, mereka menyoal mengapa mahasiswa di luar negara digalakkan menyertai parti politik tertentu dan diundang berucap pada mesyuarat agung tahunan parti tersebut (Mustaffa Kamil Ayub,1991). Sebahagian peraturan dikenakan ini membayangkan seolah-olah ada pihak tertentu yang seperti takut berhadapan dengan pilihan raya kampus. Adakah kerana takut ada mahasiswa propembangkang?

(12)

bijaksana berdepan dengan mereka. Mesti rajin mendampingi mereka dengan ikhlas dan tulen. Mesti berbahas dengan artikulatif dan persuasif. Kebimbangan mungkin wujud jika terlalu mengongkong, ada mahasiswa mengambil keputusan untuk aktif di kampus, tetapi menerusi persatuan lain dan bukannya MPP. Apabila ini berlaku, yang rugi ialah kita semua. Pilihan raya kampus adalah gelanggang latihan kepemimpinan. Berilah mereka ruang untuk menyuarakan idealisme mahasiswa. Sekiranya ada melampaui batas, ambil tindakan perundangan berasaskan kebenaran dan keadilan. Tetapi, sebelum kesalahan berlaku, berilah kebebasan.Yang penting bukan keputusan pilihan raya kampus, sebaliknya memastikan pilihan raya dan politik kampus berperanan secara efektif dalam mencapai salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu mempunyai demokrasi matang. Pilihan raya dan politik kampus adalah proses pendidikan demokrasi.

6.0 RUMUSAN

Secara tuntasnya, berdasarkan kajian ini dapatlah dilihat kesesuaian mahasiswa untuk terlibat dalam arena politik sebenarnya terletak pada tangan mereka sendiri. Hal ini kerana mereka lebih tahu yang mana lebih baik untuk diri mereka. Kajian ini juga telah meliputi aspek politik kampus itu sendiri, peranan mahasiswa dan isu-isu yang melibatkan politik kampus. Memang tidak dinafikan peranan mahasiswa ialah untuk belajar dan bukannya berpolitik. Tetapi ini tidak bermakna mahasiswa dan politik dapat dipisahkan kerana masa depan politik negara dicorakkan oleh golongan ini. Apatah lagi ketika politik negara ini banyak dikaitkan dengan perubahan selera generasi muda, menyekat kebebasan mahasiswa untuk menilai perkembangan politik semasa dari kaca mata mereka boleh memberikan tanggapan negatif yang berterusan kepada kerajaan.

(13)

yang tidak wajar kerana boleh mengganggu pelajaran mereka Jadikanlah politik kampus itu sebagai proses pendidikan untuk mengangkat demokrasi di dalam kampus.

Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa kesesuaian untuk mahasiswa berpolitik terutamanya di kampus ialah langkah yang bijak untuk menggilap bakal pemimpin negara pada masa hadapan, tetapi pelajaran yang menjadi tunjang utama perlulah diutamakan agar tidak disisihkan.

7.0 PENUTUP

Sebagai penutup, penyelidikan yang telah dijalankan daripada resensi perpustakaan mencapai matlamat dan tujuan kajian ini dijalankan. Hal ini kerana melalui kajian ini dapat disimpulkan bahawa mahasiswa dan politik kampus sebenarnya berkait dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Jadi persoalan, adakah relevan mahasiswa berpolitik sebenarnya tidak sepatutnya dibahaskan selagi mana akademik masih menjadi keutamaan mereka. Hal ini kerana mahasiswa mempunyai hak untuk menyatakan suara mereka dan mengetahui isu-isu politik semasa. Di samping itu, melalui penulisan ini diharapkan mahasiswa dapat membuka mata mereka agar tidak melihat politik kampus sebagai sesuatu yang enteng kerana ianya memberi imej yang besar kepada arus politik tanah air pada masa hadapan.

Dalam konteks ini, peranan mahasiswa pada masa sekarang sangat penting dalam membina mesej kepada umum tentang politik tanah air bermulanya dari peranan meraka dalam politik di kampus. Jadi, bermulanya pasca 1975 tatkala AUKU dipinda dan dilaksanakan kepada mahasiswa dan universiti, kebebasan yang diberikan kepada mahasiswa oleh pihak kerajaan untuk bergiat aktif dalam arena politik seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengangkat demokrasi dan sebagai medium untuk menyuarakan pendapat dan suara mereka.

(14)

8.0 RUJUKAN

Mohd Shuhaimi Al Maniri. 1995. Politik kampus di Sebalik Tabir:Pustaka Generasi.

Mustaffa Kamil Ayub. 1991.Gerakan Pelajar-Mahasiswa,Misi dan Visi. Petaling

Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd.

Saifuddin Abdullah. 2006. Kampus patut elak politik kebencian.Berita Harian, 22 September.

Shamran Sarahan. 2010. Politik kampus matangkan Ilyas.Harian Metro,14 Februari.

Utusan Malaysia. 2007. 18 September.

Zaini Ujang. 1993.Universiti:Mendukung Tradisi Intelektual.Kuala Lumpur: Institut Kajian

Referensi

Dokumen terkait

Pelaksanaan evaluasi dalam praktek tindakan keperawatan ditujukkan Pelaksanaan evaluasi dalam praktek tindakan keperawatan ditujukkan untuk menilai kemampuan siswa dan siswi

Penetapan sektor pariwisata sebagai sektor unggulan dilakukan dengan melihat adanya potensi alam yang masih dapat dikembangkan sebagai objek dan daya tarik wisata

Asuransi Jiwa Syariah Jasa Mitra Abadi Tbk tidak menjelaskan di akun Beban Penyisihan Teknis, yang mana pada Laporan Surplis Defisit Underwriting Dana Tabarru’

Lahan tidak mempunyai pembatas yang berat untuk suatu penggunaan tertentu secara lestari, atau hanya pembatas yang kurang berarti dan tidak mempengaruhi secara nyata

Universitas Sumatera Utara adalah lulusan yang mempunyai kualitas yang baik dan.. mampu bersaing di lapangan

Dilaporkan bahwa penyakit diare neonatal yang disebabkan oleh infeksi enterotoksigenik Escherichia coli (ETEC) yang dapat terjadi beberapa saat setelah anak sapi dilahirkan

Berlakunya kembali Undang-undang Dasar 1945 setelah Dekrit Presiden 5 Juli 1959 dan adanya Ketetapan-ketetapan MPRS Nomor I dan II tahun 1960 menghendaki diadakannya Undang-

Dalam keuangan, Monte Carlo metode yang digunakan untuk mensimulasikan berbagai sumber ketidak pastian yang mempengaruhi nilai instrumen, portofolio atau investasi