PENGENALAN
Dalam kajian ini, kami yang terdiri daripada 5 orang anggota kumppulan telah diberi tugasan untuk menyiapkan E-Folio mengenai Patriotisme Sebelum dan Selepas Kemerdekaan dalam Pendidikan.
Pendidikan merupakan elemen utama bagi sesebuah Negara dalam usaha menuju kearah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Patriotisme dalam Pendidikan juga sangat penting kerana ia dapat mencetuskan perubahan rakyat dan masyarakat. Keupayaan patriotism dalam pendidikan setiap masyarakat bagi sesebuah Negara dapat mempengaruhi pembangunan sesebuah Negara itu juga. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata malah ia merupakan saluran untuk menyampaikan waadah perjuangan Negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum untuk mencapai perpaduan. Di Malaysia, pendidikan sering menjadi agenda utama kerajaan sebelum dan selepas merdeka. Pelbagai program telah dirangka dan dilakukan oleh kerajaan bagi melahirkan warga Negara yang berilmu pengetahuan dan berpatriotisme seterusnya diharap dapat memajukan Negara setanding dengan Negara-negara maju yang lain.
Patriotisme dalam pendidikan juga dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi diantara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti. Apabila keadaan ini tercapai, kestabila ekonomi, politik, dan sosial akan berkembang maju. Pada zaman penjajahan British, punca kaum melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini menjadi penyebab utama patriotisme dalam pendidikan dan perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang berbeza antara kaum-kaum yang ada di Tanah melayu ketika itu.
Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa semasa sebelum berlakunya merdeka pihak British tidak berminat untuk membangunkan rakyat di Tanah Melayu pada ketika itu, mereka hanya berminat untuk memilik hasil bumi di Tanah melayu. Selain itu, pihak British juga membiarkan sahaja sekolah-sekolah ditubuhkan berdasarkan kurikulum yang pelbagai jenis dan membiarkan wujudkan perbezaan perkauman. Pihak British juga tidak pernah berusaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan tuggal yang boleh memupuk perpaduan kaum dan patriotism dalam pendidikan di kalangan rakyat Tanah Melayu.