PENGENDALIAN BENGKEL
MENGAMALKAN
1.1 Pengenalan
• Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan selamat ataupun terhindar daripada bahaya serta bencana.
• Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational Safety and Health Act 1994),
keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1) Keselamatan diri sendiri
2) Keselamatan peralatan dan bahan 3) Keselamatan tempat kerja
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
• Penggunaan alat pelindung diri (
Personal Protective
Equipment
~ PPE) adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya yang mungkin dihadapinya.1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
• Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja:
lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
• Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah.
• Gunakan alat pelindung diri yang bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.
• Elakkan berambut panjang.
• Elakkan dari memakai perhiasan diri. [Contohnya: jam, rantai, loket , cincin.]
Rambut Pendek Baju Koperat / t-shirt lengan pendek
Seluar bengkel / Seluar kain cotton
Safety Shoes
Pakaian Bengkel Atau
I. PAKAIAN
Ia diperbuat daripada fabrik dan melindungi
badan pemakai daripada benda-benda tajam,
kasar dan berat.
2. SARUNG TANGAN
Ia diperbuat daripada kulit, fabrik, atau getah, digunakan untuk melindungi daripada haba, asid, benda-benda tajam, kasar dan berat.
3. GOGGLE
Digunakan untuk melindungi mata. Pemilihan jenis goggle berdasarkan keselesaan pemakai dan jenis kerja yang dilakukan.
4. PENUTUP TELINGA
Ia menutup
keseluruhan cuping atau lubang telinga. Ia bertujuan untuk
mencegah kehilangan pendengaran.
5. KASUT KESELAMATAN
melindungi bahagian kaki daripada benda tajam atau melindungi pemakai daripada tergelincir.
diperbuat daripada getah dan diperkukuhkan dengan logam
1.1.1
Keselamatan Diri Di Bengkel
Apakah kesalahan yang dilakukan oleh
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
• Sentiasa mematuhi peraturan bengkel.
• Jangan bermain atau bergurau semasa berada di dalam bengkel.
• Sentiasa bekerjasama sesama ahli kumpulan.
• Laporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah dengan segera.
1.1.2 Keselamatan Peralatan & Mesin
• Penggunaan sebarang alatan dan mesin perlu mendapat kebenaran pensyarah kursus.
• Tahu kaedah penggunaan peralatan dan mesin sebelum menggunakannya.
• Pastikan peralatan dan mesin dalam keadaan yang selamat sebelum menggunakannya.
• Peralatan dan mesin perlu dibersihkan dan diletakkan semula ke tempat asal selepas menggunakannya.
• Laporkan kepada pensyarah jika terdapat sebarang kerosakan atau kehilangan.
1.1.3 Aspek Keselamatan Tempat Kerja
• Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati-hati dalam setiap kerja yang dilakukan di bengkel.
• Jangan biarkan peralatan bersepah di kawasan kerja dan lantai.
• Semua suis elektrik perlu ditutup sebelum meninggalkan bengkel.
• Tempat kerja mestilah sentiasa bersih dan kemas, sama ada sebelum, semasa dan selepas kerja dilakukan.
1.1.3 Aspek Keselamatan Tempat Kerja
Pastikan tempat kerja adalah kemas.
1.2 Penggunaan Alat Pelindung Kenderaan
STEERING COVER FENDER COVER FRONT COVER SEAT COVER FLOOR MAT1.2 Penggunaan Alat Pelindung Kenderaan
Seat cover Melindungi tempat duduk pemandu daripada kotor
Floor mat Melindungi karpet daripada kotor/minyak yang berada pada kasut mekanik
Steering cover Melindungi bahagian steering daripada kotor semasa mekanik melakukan ujian pemanduan
Fender cover Melindungi bahagian fender/badan kenderaan daripada tercalar/kotor semasa proses kerja dilakukan
Front cover Melindungi bahagian bumper daripada tercalar/kotor semasa kerja dilakukan
1.3 ‘Material Handling’
Bezakan Postur badan semasa mengangkat
Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) ditubuhkan pada 1 Disember 1992 mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1970.
Pertubuhan ini ditubuhkan bagi melaksanakan tanggungjawab bagi mengendalikan penyelidikan dan membuat cadangan pencegahan pekerjaan berkaitan dengan kecederaan dan penyakit.
1.4
Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
Aktiviti – Aktiviti NIOSH
• Menyiasat potensi bahaya keadaan kerja yang diminta oleh pekerja atau majikan.
• Menilai bahaya di tempat kerja, bahan kimia, termasuklah kelengkapan mesin. • Membentuk dan melaksanakan
kaedah-kaedah untuk mencegah
kecederaan, penyakit dan kecacatan.
1.4
Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
Aktiviti – Aktiviti NIOSH
• Mengelola penyelidikan dan
menghasilkan cadangan yang sah untuk melindungi pekerja.
• Menyediakan pendidikan dan latihan kepada individu dalam bidang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
1.4
Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
1.4
Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
Akta 514 mewajibkan setiap majikan :
- Menyediakan saluran komunikasi kepada pekerjanya membuat aduan mengenai perkara yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
- Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan melaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
1.5 Punca-punca Kebakaran
Punca kemalangan Faktor Fizikal Faktor Pentadbiran Faktor Manusia1.5 Punca-punca Kebakaran
1. Faktor Manusia
a. Kecuaian - kurang tumpuan kepada kerja
b. Kurang kemampuan - memaksa diri melakukan kerja c. Kurang pengetahuan - tiada latihan
d. Disiplin - bergurau sambil bekerja/belajar
e. Kesihatan - gangguan kesihatan ketika bekerja seperti mengantuk, sakit, letih dan sebagainya.
1.5 Punca-punca Kebakaran
2. Faktor Fizikal
a. Pendawaian elektrik - pendawaian mengalami kecacatan pendawaian
b. Persekitaran – cth : tumpahan minyak tidak dibersihkan. c. Kebisingan - persekitaran yang mempunyai gangguan tahap kebisingan yang tinggi
d. Peralatan dan mesin - susun atur yang tidak sesuai / keadaan mesin yang lama dan tidak diservis.
1.5 Punca-punca Kebakaran
3. Faktor Pentadbiran
a. Peraturan - pentadbir yang tidak menguatkuasakan peraturan yang telah sedia ada.
b. Latihan - tidak ada latihan yang berkaitan dengan pencegahan kemalangan.
1.5 Punca-punca Kebakaran
Kelas A Berpunca daripada bahan-bahan biasa yang mudah terbakar seperti kayu , kertas , perabot dan lain-lain.
Kelas B Berpunca daripada bahan-bahan cecair.
Kelas C Berpunca daripada peralatan elektrik.
Kelas D Berpunca daripada gas yang melibatkan kebakaran.
:-1.5 Punca-punca Kebakaran
Haba Bahan Pembakaran Oksigen API UNSUR-UNSUR API1.7 Latih tubi Kebakaran
1. Mengenali bunyi tanda amaran kebakaran, biasanya bunyi loceng berterusan.
2. Berkumpul di kawasan lapang yang selamat (mengikut pelan laluan kecemasan).
3. Sepanjang perjalanan, pastikan pintu-pintu jangan dikunci atau dihalang, menghubungi pihak bomba,
memberitahu rakan lain agar keluar daripada bangunan. 4. Menggunakan alat pemadam kebakaran (jika tahu
menggunakan alat pemadam api dan keadaan api yang masih boleh dikawal).
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
i. Pancuran air ( paip hos )
• Alat ini adalah sesuai untuk pencegahan api dari kelas A.
• Alat ini mengandungi 25-40 meter salur getah bagi membekalkan
tekanan air untuk meredakan kebakaran.
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
ii. Pemadam Soda-Asid ( Soda-Asid Extinguisher) Kegunaan : Kelas A / B
iii. Pemadam Jenis Halon Kegunaan : Kelas B / C
* Wap atau bau dari semburan pemadam ini adalah merbahaya terutama pada ruang yang tertutup.
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
iv. Pemadam Karbon Dioksida ( Carbon Dioxide ) Kegunaan : Kelas B
v. Pemadam Kering ( Dry Powder Extinguisher ) Kegunaan : Kelas A / B
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
Vi . Pemadam Buih
( Bubble Fire Extinguisher ) Kegunaan : Kelas B
*Jika menggunakan pemadam jenis ini , maka pancutannya janganlah di tuju terus pada kebakaran itu tetapi di tujukan pada tepi dinding tangki itu supaya buih itu akan mengalirke bawah dan bertaburan di permukaan cecair yang terbakar itu.
1.9 Langkah-langkah Kendalikan
Alat Pemadam Api
1.10 Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit)
Pengetahuan pertolongan cemas penting untuk menyelamatkan rakan sewaktu kecemasan, dan sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan yang lebih lanjut. Peti Pertolongan Cemas diletakkan di tempat yang mudah diperolehi
1.11 Pertolongan Cemas :
Kecederaan Ringan
Bersihkan luka dengan antiseptik. Sapukan dengan iodin. Balutkan luka dengan kain kasa1.12 Pertolongan Cemas :
Kejutan Elektrik
1. Tutup suis bekalan utama.
2. Gunakan bahan penebat (diperbuat daripada kayu) untuk menarik /
menolak badan mangsa daripada sumber elektrik.
3. Jika mangsa tidak sedarkan diri, gunakan rawatan pemulihan
pernafasan (CPR).
4. Bawa mangsa ke hospital untuk bantuan perubatan seterusnya.
1.13 Kaedah Pertolongan Cemas :
Mulut ke Mulut
1. Baringkan mangsa. Bukakan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala
mangsa
2. Buka mulut anda seluas-luas yang boleh, ambil nafas panjang, picit hidung mangsa dengan jari anda dan rapatkan bibir anda dengan bibirnya.
4. Alihkan mulut anda daripada mangsa dan
hembuskan baki udara yang tinggal. Lihat dada mangsa turun lalu ambil nafas semula dan ulangi langkah 2 dan 3.
3. Dengan melihat selari ke arah dada mangsa hembuskan udara keparu-paru mangsa. Anda
boleh lihat dadanya naik ketakat maksimum.
1.13 Kaedah Pertolongan Cemas :
Mulut ke Mulut
5. Periksa denyutan nadi untuk memastikan jantung kembali normal. Jika belum normal
ulang beberapa kali langkah 2, 3 dan 4.
1.13 Kaedah Pertolongan Cemas :
Mulut ke Mulut
1.14 Kaedah Pertolongan Cemas :
Pemulihan Jantung
1. Baringkan mangsa. Melutut di sebelahnya
dengan menghadap ke dada dan sebaris dengan jantung manusia.
2. Cari bahagian bawah tulang selangka. Letakkan
genggaman seperti seperti ditempat yang ditunjukkan.
1.14 Kaedah Pertolongan Cemas :
Pemulihan Jantung
3. Letakkan genggaman tangan anda di bahagian tengah tulang selangka bawah. Genggaman anda mestilah kuat.
4. Dengan meluruskan tangan
anda, gerakkan badan anda ke hadapan, selepas itu undur
kebelakang semula.
Lakukan sebanyak 15 kali ( 8 kali seminit ).
5. Periksa denyutan nadi setiap 3 minit. Sebaik sahaja denyutan nadi bermula, hentikan tekanan dan lakukan
pemulihan mulut ke mulut sehingga pernafasannya normal kembali.
1.14 Kaedah Pertolongan Cemas :
Pemulihan Jantung
1.15 Kaedah Pertolongan Cemas :
Melecur
1. Jangan memberi sebarang rawatan kecuali melindunginya dari terkena udara.
2. Tutup bahagian melecur menggunakan kain atau kertas yang bersih. (Sekiranya terkena bahan kimia atau asid, bersihkan dengan air).
1.16 Kaedah Pertolongan Cemas :
Kecederaan Mata
1. Jangan sesekali menggosok mata yang tercedera. 2. Beritahu mangsa jangan menggerak-gerakkan mata. 3. Jangan menyentuh permukaan mata . Jika kecederaan
mata yang disebabkan oleh percikan kimia, mencuci mata dengan jumlah air yang banyak.
4. Balut mata tetapi jangan terlalu kuat.
5. Bawa mangsa ke tempat di mana mangsa boleh diperiksa oleh ahli perubatan.
1.17
RUMUSAN
:-1.17
RUMUSAN
:-1.17
RUMUSAN
- Pakaian yang sesuai, disiplin diri dan mematuhi peraturan merupakan perkara penting mencegah kemalangan.
- Sentiasa menggunakan alat yang baik dan betul untuk menjamin keselamatan.
- Latih tubi merupakan amalan yang baik untuk memperolehi tabiat kerja yang baik.
1.17
RUMUSAN
:-Pilih padanan yang betul.
A. air – memadamkan api kelas C B. air – memadamkan api kelas B
C. debu logam kuprum – memadamkan api kelas A D. karbon dioksida . memadamkan api kelas B dan C
SOALAN PENGUKUHAN 1 :
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kehilangan alatan tangan di bengkel ?
A. melaporkan kepada guru
B. menyiasat orang yang mengambil barang C. membeli alatan tangan yang baru
D. menggantikan alatan tangan yang hilang dengan yang baru
SOALAN PENGUKUHAN 2 :
Kemalangan di bengkel TIDAK akan berlaku jika : A. tempat kerja terlalu sempit
B. menggunakan alatan tangan yang salah
C. peralatan disimpan di tempat khas yang sesuai.
D. pelajar mematuhi peraturan bengkel dan berhati-hati dalam bengkel.
SOALAN PENGUKUHAN 3 :
Apakah jenis kesalahan aspek keselamatan diri yang telah dilakukan oleh pelajar berikut ?
A. bertali leher B. berkaki ayam C. memakai apron
D. berlengan panjang dan dilipat
SOALAN PENGUKUHAN 4 :
Aplikasi pengendalian alat pemadam api yang tepat ialah? A. I,II dan III
B. I,III dan II C. II,I dan III D. III,II dan I
SOALAN PENGUKUHAN 5 :
AMALI
Laporan Kerja amali
1. Kaedah penggunaan alat pemadam api. 2. Lakarkan pelan bengkel automotif
• Mengenalpasti kedudukan dan bilangan alat pemadam api di bengkel automotif
• Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas (
first aid
kit
) di bengkel automotif• Lampirkan pakaian keselamatan di bengkel automotif. • Lakarkan laluan kecemasan semasa berlaku kebakaran.