• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Isu Rekabentuk Antaramuka Dalam Sist

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Isu Rekabentuk Antaramuka Dalam Sist"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

ISSN 1996-9945

Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam

Isu-Isu Rekabentuk Antaramuka Dalam Sistem

Pembelajaran Kelas Maya

Zahari Hamidon*

Universiti Brunei Darussalam

zahari.hamidon@ubd.edu.bn

Raja Maznah Raja Hussain

Universiti Malaya

rmaznah@gmail.com

Abstrak

Sistem Penyampaian merupakan komponen yang penting bertindak sebagai penghubung antara kandungan dengan pelajar apatah lagi jika digunakan dalam pembelajaran secara maya. Aminatol dan Zahari (2006:11) menjelaskan dalam kajiannya terhadap peranan rekabentuk skrin menunjukkan bahawa pengguna yang kali pertama menggunakan sistem pembelajaran kelas maya menyatakan ia merupakan satu pengalaman yang menarik dan seronok, namun mempersoalkan tentang kesediaan guru dari aspek menentukan kaedah yang sesuai dalam menggunakan sistem penyampaian berkenaan. Kajian ini secara khususnya menyiasat aspek penggunaan sistem penyampaian dalam sistem pembelajaran kelas maya di dalam classnetwork.net oleh guru. Fokus kajian ini adalah untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh pengguna dari aspek penggunaan dan menjelaskan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam menyampaikan kandungan berkenaan kepada pelajarnya. Dua kaedah yang diterokai dalam kajian ini bagi menjelaskan isu-isu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru ialah constructivism dan active learning. Melalui perbandingan dari dua kaedah ini kajian ini diharapkan akan dapat menyenaraikan isu-isu penggunaan sistem penyampaian kandungan melalui rekabentuk skrin dalam sistem penyampaian kelas maya di classnetwork.net.

Pengenalan

Hobbes Internet Timeline (t.t)melaporkan bahawa terdapat 300,000 halaman dari web wujud dalam setiap 5 hari (sumber:Lycos) dan jumlah laman web dianggarkan akan tumbuh kepada 7 billion menjelang 2002 [sumber: International Data Corporation (IDC)]. Senario ini menjelaskan betapa tahun-tahun yang mendatang ini pertumbuhan laman web akan menjadi lebih drastik.

Bahan pengajaran merupakan satu kemudahan yang perlu disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelan Strategik 2007-2011, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam (2007:14)

(2)

menggariskan tiga perkara yang perlu dilaksanakan bagi mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang terbaik;

1. menerapkan stail pembelajaran baru, menggalakkan pembelajaran inkuiri dan koperatif

2. membina dan meningkatkan bahan pengajaran dan pembelajaran

3. menggunakan program pendidikan dan alat pedagogi yang sesuai bagi meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dalam pembelajarannya.

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, perkembangan yang agak drastik terhadap penggunaan teknologi internet semakin menyerlah. Awg Hj Ismail bin Hj Zainal, Pengerusi Inforama 2007, dalam ucapannya semasa Penyampaian Hadiah Inforama 2007 menjelaskan bahawa masakini pengajaran dan pembelajaran seharusnya lebih inovatif dan kreatif. Dalam masa yang sama Azaraimy, HH (2007) melaporkan bahawa pelajar di Brunei adalah digalakkan ‘klik dan surf’ ke internet sebagai tambahan kepada kaedah tradisional dalam bilik darjah bagi menambah pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi dunia sekarang yang lebih dinamik.

Di antara projek berkaitan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang sedang dalam perancangan ialah projek Mobile Teaching & Learning (Mobitel). Ia merupakan salah satu dari fokus dalam projek e-pendidikan yang merupakan sebahagian dari inisiatif e-kerajaan di Brunei Darussalam. Ianya merupakan satu lagi kemudahan pembelajaran kepada pelajar yang memberi peluang kepada pelajar memperolehi akses kepada teknologi dan maklumat yang lebih luas melalui internet.

Dyg Hjh Aishah binti Hj Md Husain, Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam menjelaskan 2,135 buah laptop termasuk perkakasan, perisian, latihan dan penyengaraan akan diedarkan ke sekolah yang menelan belanja sebanyak B$5.9 juta dalam masa yang terdekat ini.

Perbezaan yang nyata ialah pelajar menggunakan laptop dalam pembelajarannya. Dalam projek ini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara praktikal di mana-mana, bila-bila masa dalam kawasan sekolah. Mobitel memberikan peluang kepada pelajar untuk mengakses internet dalam kawasan sekolah melalui School Network Infrastructure (SNI)

Pembelajaran tidak terhad kepada bantuan komputer dalam makmal sahaja. Ciri-ciri yang menarik dalam projek ini ialah guru boleh memantau dan mengawal komputer pelajar melalui perisian Remote Desktop Management (Za’im Zaini, Borneo Bulletin 10 Ogos 2007).

Latar Belakang Kajian

Kemudahan yang telah dirancang merupakan satu peluang kepada guru untuk meneroka sistem penyampaian secara maya. Infrastruktur yang semakin mantap dari segi akses ke internet lantaran dari kemudahan yang sedia ada di peringkat global ditambah pula dengan kemudahan di peringkat tempatan telah memberi peluang kepada guru untuk meneroka dan mencuba sistem penyampaian melalui dalam talian. Ally (2004:5) menjelaskan bagi pelajar, pembelajaran melalui dalam talian tidak mengenal zon masa, tempat atau jarak. Bagi guru pula latihan boleh dilaksanakan tanpa batasan masa dan tempat.

Dalam sesebuah sistem penyampaian, guru, pelajar dan kandungan mempunyai hubungan yang amat rapat. Kedua-dua guru dan pelajar dihubungkan kepada kandungan melalui

monitor komputer.

(3)

sebagai pengguna bertindak dengan antaramuka melalui peranti yang disediakan, Kemudahan untuknya bertindak bagi menghubungkannya dengan kandungan ialah rekabentuk antaramuka yang dipaparkan di skrin monitor. Setiap elemen rekabentuk antaramuka seperti warna, butang dan sebagainya memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan sistem penyampaian sesebuah kandungan.

Sallimah Hj Mohd Salleh (2007:57) yang membuat kesimpulan dalam kajiannya terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan guru dan pentadbir sekolah di Brunei Darussalam menjelaskan bahawa strategi peningkatan profesional perlu memasukkan elemen aktiviti amali (hands-on) atau bengkel yang boleh menggalakkan guru untuk memperolehi kemahiran dalam menyediakan bahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan mendemonstrasi strategi bagi menggunakan bahan yang telah sedia dihasilkan.

Keperluan bagi guru untuk memperolehi kemahiran perlu dilihat berdasarkan keperluannya. Dari konteks penggunaan bahan khususnya bahan di internet, guru bukan sahaja perlu pengetahuan asas tentang internet tetapi guru perlu juga memahami corak sistem penyampaian yang diterdapat di internet itu. Sistem penyampaian melalui rekabentuk antaramuka perlu mengambilkira tiga faktor ini agar apa-apa yang dipaparkan di laman web itu mudah dipelajari dan difahami. Ally (2004:9) menjelaskan bahawa strategi dalam talian seharusnya menggunakan strategi yang membolehkan pelajar memproses bahan dengan efisien.

Ally (2004:5) menambah apabila pelajar diberikan peluang untuk mengakses bahan melalui internet, maka mudahlah guru untuk mengarahkannya terus kepada maklumat berdasarkan keperluan pelajarnya. Jika direkabentuk dengan betul sistem pembelajaran dalam talian boleh digunakan untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan tahap kecekapannya. Guru juga boleh memilih bahan yang sesuai untuk kegunaan pelajarnya bagi mencapai objektif pembelajaran. Maka sebelum bahan dihasilkan seseorang guru seharusnya secara eksplisit tahu tentang prinsip-prinsip pembelajaran dan corak pembelajaran pelajarnya.

Constructivism Dan Active Learning

Dari konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi behaviourists boleh digunakan untuk mengajar fakta (APA), strategi kognitif digunakan untuk mengajar proses dan prinsip-prinsip (BAGAIMANA) dan constructivist digunakan untuk mengajar tahap pemikiran yang tinggi bagi menggalakkan pembelajaran kontekstual dan situated (MENGAPA) (Ally 2004:7)

Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan pembelajaran seseorang pelajar, melaluinya pelajar akan secara langsung terdedah kepada tugasan (task) yang telah dirancang oleh guru. Thorsen (2006:4) menjelaskan bahawa salah satu persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan penggunaan komputer ialah teori pembelajaran constructivist. Elemen lazim yang dilihat dari kacamata constructivist ialah:

1. kompleks, persekitaran pembelajaran yang mencabar dan tugasan yang tulin (authentic).

2. pertimbangan sosial (social negotiation) dan berkongsi tanggung-jawab sebagai sebahagian dari pembelajaran

3. pelbagai corak (multiple representation) dalam kandungan 4. memahami bahawa pengetahuan itu perlu dibina

(4)

meringkaskan apa yang keluar dari saraf optik, model-model ini yang mempengaruhi pengertian kita.

Kajian secara konsisten menunjukkan bahawa melalui kaedah kuliah tradisional seseorang profesor (guru dari konteks kajian ini) mendominasi bilik kuliah (darjah) melalui kuliahnya dan pelajar mendengar (Bonwell & Eison 2003:1). Situasi ini secara tidak langsung mengongkong pelajar dari segenap ruang untuk ia (pelajar) melaksanakan tugasan yang diberi di samping berfikir dan merumusnya berdasarkan keperluan masing-masing.

Dari segi kaedah pembelajaran berasaskan constructivist lazimnya bermula dengan soalan, kes atau masalah. Dalam sesi tipikal constructivist, semasa pelajar berada dalam sesi berkenaan, guru hanya campur tangan bila ada kehendak dan keperluan pelajar berdasarkan hala tuju yang bersesuaian. Secara asasnya guru akan menjelaskan masalah dan membiarkan pelajar dengan sendirinya meneroka pembelajarannya (Cooperstein & Kocvar-Weidinger 2004:142). Secara khususnya kaedah yang disarankan ini menjelaskan tugasan (task) yang bakal dilalui oleh pelajar itu ditentukan oleh guru namun pembelajaran sebenarnya tidak didominasi oleh guru. Tahap penglibatan pelajar bergantung pada strategi pembelajaran yang telah diaturkan oleh guru. Dari konteks pelaksanaan tugasan, penglibatan pelajar adalah paling utama.

Comets Workshop (2002:3) yang mendefinisikan active learning konteks pengajaran dan pembelajaran dilihat dari tahap penglibatan pelajar dalam sesi pembelajarannya. Di antara strateginya termasuklah pembelajaran inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif.

Pernyataan Masalah

Permasalahan yang menjadi fokus dalam kajian tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sepenuhnya dalam talian. Komponen yang dilihat ialah sistem penyampaiannya melalui rekabentuk antaramuka. Oleh kerana guru dan pelajar tidak mengenal zon masa dan tempat maka mereka terdedah kepada maklumat yang luas maka satu landasan perlu disediakan agar mereka lebih fokus kepada maklumat berdasarkan keperluannya sahaja. Batasan antara manusia dan teknologi itu bergantung kepada keupayaannya mengendalikan segala kemudahan melalui teknologi itu sendiri. Punca ketidakjelasan antaramuka antara manusia dan komputer sebagai medium perlu disiasat bagi menjamin kelancaran penerimaan maklumat yang maksima. Kandungan yang disampaikan melalui aktiviti pembelajaran dalam talian perlu dilihat bagi memenuhi keperluan objektif pembelajaran, maka sistem penyampaian yang disediakan seharusnya dapat memenuhi teori-teori pembelajaran selanjutnya menjelaskan corak pembelajaran seseorang pelajar.

Kriteria Bagi Rekabentuk Antaramuka Di Classnetwork.Net

Rekabentuk antaramuka di classnetwork direka berdasarkan kriteria yang disarankan dalam pembelajaran melalui constructivism dan active learning sebagaimana yang telah dibincangkan di atas. Di antara kemudahan dalam antaramuka adalah:

1. Kemudahan carian maklumat yang memfokus kepada keperluan objektif pembelajaran.

2. Task sheet yang boleh dimuat-turun oleh pelajar bagi keperluan pembelajaranya. 3. Perbincangan dalam talian melalui discussion board dalam Sistem pengurusan

pembelajaran (SPP) (Learning Management System di ExamBuddy.com) 4. Ujian dalam talian yang diletakkan di (SPP)

(5)

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menyiasat dan mengenalpasti keberkesanan teori pembelajaran memfokus kepada corak pembelajaran yang dilihat dari sistem penyampaian kandungan yang di hoskan di www.classnetwork.net. Kajian ini juga bertujuan untuk menyiasat kesediaan guru dalam menggunakan bahan yang telah dibina kemudian dikompil dan diintegrasikan untuk disampaikan melalui aktiviti pembelajaran dalam talian di classnetwork.net. Dari segi pembelajaran kajian ini bertujuan untuk menyiasat keberkesanan gabungan kedua-dua teori

constructivism dan active learning dalam menyampaikan kandungan bagi menjelaskan kelemahan yang terdapat pada sistem penyampaian kandungan di classnetwork.net.

Soalan Kajian

Kajian ini diharapkan akan dapat menjawab persoalan kajian di bawah:

1. Adakah elemen rekabentuk antaramuka berupaya menyampaikan kandungan dengan berkesan sehingga tercapainya objektif pembelajaran?

2. Adakah halangan-halangan yang menjejaskan keberkesanan sistem penyampaian di classnetwork.net dijelaskan oleh guru semasa menggunakannya?

3. Apakah kelebihan dan kekurangan sistem penyampaian yang distrukturkan berdasarkan kriteria yang terdapat dalam constructivism dan active learning?

Kaedah Kajian

(6)

RAJAH 1 Kaedah Kajian: Perkaitan Tiga Komponen dalam mengukur keberkesanan sistem penyampaian melalui antaramuka antara pengguna dan teknologi

Analisis Data

Demografi

Jadual 1 menunjukkan taburan peratusan dan bilangan bagi subjek yang melaksanakan akiviti kajian kebolehgunaan terhadap antaramuka yang di paparkan dalam SPKM. Pada

keseluruhannya terdapat 32.5% lelaki (n=13) dan 67.5% (n=27) perempuan yang terlibat dalam kajian ini.

Jadual 1 Taburan peratusan dan bilangan subjek

n %

Lelaki 13 32.5

Perempuan 27 67.5

Jumlah 40 100.0

Jadual 2 menunjukkan taburan peratusan dan bilangan subjek mengikut bidang masing-masing berdasarkan umur. Pada keseluruhannya bilangan subjek yang paling ramai terdiri dari 22 orang dalam bidang pengajian islam yang terbahagi kepada 81.8% (n = 18) berumur kurang dari 29 tahun dan 18.2% (n = 4) berumur antara 30 – 35 tahun, di ikuti oleh seramai 14 orang dari bidang bahasa yang terbahagi kepada 64.3% (n = 9) berumur kurang dari 29 tahun, 28.6% (n = 4) berumur antara 30-35 tahun dan 7.1% (n = 1) berumur antara 36 – 40 tahun. Hanya satu orang dalam bidang Sejarah Pendidikan Seni dan Pengajian Brunei. 1 orang dalam kategori umur antara 30-35 tahun tiada mencatatkan bidangnya.

Kriteria antaramuka

Constructivism Active Learning

Pengguna Teknologi Teori Pembelajaran Murid

Guru

(7)

Jadual 2 Taburan bidang subjek berdasarkan kategori umur

Umur Bidang

< 29 tahun 30-35 thn 36-40 thn

Bahasa 9 4 1

(64.3%) (28.6%) (7.1%)

Pengajian Islam 18 4

(81.8%) (18.2%)

Sejarah 1

(100.0%)

Tiada catatan 1

(100.0%)

Pendidikan Seni 1

(100.0%)

Pengajian Brunei 1

(100.0%)

(8)

Jadual 3 Taburan Pekerjaan dan bidang sampel

Soalan kajian 1. Adakah elemen rekabentuk antaramuka berupaya menyampaikan kandungan dengan berkesan sehingga tercapainya objektif pembelajaran?

Sistem penyampaian yang direkabentuk berdasarkan kriteria constructivism dan active learning

bergantung kepada kemudahan dalam Learning Control Panel melalui elemen rekabentuk

antaramukanya seperti warna, teks, butang dan lain-lain. Bagi menjelaskan keberkesanan sistem penyampaian melalui elemen rekabentuk antaramuka, faktor masa belajar dijadikan sebagai petunjuk. Richey (1986:76) yang menjelaskan model Carrol menyimpulkan tahap pembelajaran berdasarkan di bawah:

Nota: Dari Carrol Model (1963) “The Theoretical and Conceptual Bases of Instructional Design,” oleh Richey, R., 1986, hlm. 76.

Masa sebenar yang digunakan sebenarnya berfungsi dari dua pembolehubah. Pertama, peluang untuk belajar, di mana masa disediakan untuk pembelajarannya. Kedua, kesediaan pelajar; masa yang mana pelajar bersedia untuk diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti pembelajarannya (penjelasan oleh Richey, 1986:76)

tahap masa sebenar yang digunakan pembelajaran = f ---

(9)

Dari konteks kajian ini masa dilihat sebagai penerimaan pengguna terhadap tahap kebolehgunaan rekabentuk antaramuka yang bertindak sebagai sistem penyampaian.

Jadual 4 menunjukkan taburan peratusan dan bilangan bagi maklumbalas pengguna dalam Atribut kebolehgunaan dengan masa pembelajaran.

Jadual 4 Taburan peratusan dan bilangan bagi maklumbalas pengguna dalam Atribut kebolehgunaan dengan masa pembelajaran.

Masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran

< 5 min 10 min 15 min 20 min 30 min > 30 min N/A

A1. Rekabentuk dalam SPKM mudah dipelajari dan difahami maksudnya

A2. Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan berkesan.

A3. Keseluruhan sistem dalam SPKM ini mudah diingati.

A4. Keseluruhan sistem dalam SPKM ini tiada ralat

A5. Saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan sistem penyampaian dalam SPKM ini.

(10)

Atribut A1: Rekabentuk dalam SPKM mudah dipelajari dan difahami maksudnya

Kesimpulan 29 orang dari 11 orang yang menyatakan setuju dan sangat setuju terhadap item ini 1. Taburan maklumbalas pengguna menjelaskan hampir kebanyakan pengguna

menggunakan masa lebih dari 20 minit bagi pengguna mencapai objektif pembelajarannya jika dilihat dari faktor kejelasan rekabentuk dalam SPKM.

2. Rekabentuknya lebih cenderung kepada mudah untuk digunakan. Namun ada juga segelintir dari pengguna memberikan maklumbalas tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju yang menggambarkan bahawa ada elemen yang masih tidak jelas pada mereka, di mana terdapat halangan yang menghadkan kefahaman mereka dari aspek kebolehgunaan.

Atribut A2: Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan berkesan.

Bagi Atribut A2 ”Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan berkesan”, 30 orang yang menyatakan sangat setuju dan setuju dengan item ini dengan kategori masa masing-masing

1. Dengan jumlah 30 orang yang menyatakan sangat setuju dan setuju terhadap item ini menjelaskan bahawa Keseluruhan sistem dalam SPKM ini boleh digunakan dengan berkesan melalui kategori masa pembelajaran masing-masing.

2. Namun tujuh orang dalam kategori masa masing-masing menyatakan tidak pasti menjelaskan ada di antara sistem penyampaian dalam SPKM ini tidak jelas. Tiga orang pula menyatakan sangat tidak setuju (n = 1) dan tidak setuju (n = 2).

Atribut A3: Keseluruhan sistem dalam SPKM ini mudah diingati.

Bagi item ini 24 dari 16 orang menyatakan sangat setuju dan setuju dalam kategori masa masing-masing.

1. 19 orang mengambil masa lebih dari 15 minit menggunakan sistem penyampaian menyatakan setuju terhadap item ini menjelaskan bahawa dalam tempoh

pembelajaran berkenaan pengguna boleh mengingati segala tugasan (task) yang telah dilaluinya. Tiga darinya pula menyatakan sangat setuju yang mengambil masa lebih dari 5 minit dalam mencapai objektif pembelajaran. Situasi ini menjelaskan bahawa keseluruhan sistem penyampaian mempunyai ciri-ciri antaramuka yang mudah diingati.

2. 12 orang menyatakan sangat tidak setuju,tidak setuju dan tidak pasti terdahap item ini. Situasi ini menjelaskan bahawa terdapat beberapa bahagian dalam sistem penyampaian ini sukar difahami, lantaran itu pengguna lupa menjelaskan tugasan yang telah dilaluinya. Empat orang menyatakan tidak pasti terhadap item ini.

Atribut A4: Keseluruhan sistem dalam SPKM ini tiada ralat

1. Hanya tiga orang menyatakan setuju terhadap item ini dalam kategori masa masing-masing. Pengguna mengambil masa lebih dari 20 minit pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran.

2. 37 orang menyatakan sangat tidak setuju (n = 5), tidak setuju (n = 13) dan tidak pasti (n = 17). Dapatan ini menjelaskan bahawa sistem yang tidak mempunyai ralat tidak semestinya mempunyai sistem penyampaian yang berkesan.

Atribut A5: Saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan sistem penyampaian dalam SPKM ini.

(11)

(n = 1(<5 min., 15 min dan > 30 min) dan 30 orang menyatakan setuju dalam kategori masa masing-masing (n = 1(<5 min dan 10 min), n = 3(15 min dan 30 min), n = 4( 20 min), n = 12 ( > 30 min) dan n = 6 (N/A)).Pada keseluruhannya 33 dari 7 orang

menyatakan persetujuannya terhadap item ini menjelaskan bahawa keseluruhan sistem ini dapat memenuhi kepuasan hati pengguna.

Soalan Kajian 2. Adakah halangan-halangan yang menjejaskan keberkesanan sistem penyampaian di classnetwork.net dijelaskan oleh guru semasa menggunakannya?

(12)

Jadual 5 Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi kemahiran asas

n Min SP

Melalui Sistem Pembelajaran Kelas Maya(SPKM) saya berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi, melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai

pendapat.

40 3.8250 .78078

Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan kritis dalam:

a. menyelesaikan masalah 40 3.7250 .71567

b. membuat kesimpulan 40 3.8250 .59431

c. menilai secara kritikal 40 3.8250 .67511

d.memberi sokongan 40 3.7750 .76753

e. mengkritik pemikiran orang lain 40 3.5750 .87376

Melalui SPKM, saya berupaya berinteraksi dengan individu lain dan dalam kumpulan secara integriti dan

kesedaran dari individu lain. 40 3.8000 .79097

Melalui SPKM saya berupaya:

a. membina rasa tanggung jawab diri

40 3.8750 .72280

b. membina kewibawaan kendiri

40 3.9250 .82858

c. menghormati pelbagai pihak dan budaya

(13)

Soalan kajian 3. Apakah kelebihan dan kekurangan sistem penyampaian yang distrukturkan berdasarkan kriteria yang terdapat dalam constructivism dan active learning?

Jadual 6 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan bagi masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran oleh pengguna dalam classnetwork.net. Pada keseluruhannya 40% (n = 16) dari pengguna mengambil masa lebih dari 30 minit untuk belajar. 12.5% (n = 5) dengan masa 30 minit pembelajaran, 10% (n = 4) masing-masing dari kategori masa 15 dan 20 minit, 5% (n = 2) dengan kategori masa kurang dari 5 minit dan 2.5% (n=1) dengan kategori masa 10 minit. 20% (n=8) tidak menyatakan masa pembelajarannya.

Jadual 6: Taburan bilangan dan peratusan bagi masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran oleh pengguna

Masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran n %

< 5 min 2 5.0%

Pelaksanaan korelasi Spearman rho terhadap pembolehubah masa yang disusun dalam bentuk kategori dengan kesepuluh pembolehubah dalam kemahiran asas yang mengambilkira kriteria constructivism dan active learning menunjukkan sama ada terdapat perhubungan yang lemah atau hampir tiada perhubungan. Perhubungan yang kuat menjelaskan bahawa rekabentuk antaramuka mempunyai perkaitan dengan masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran oleh pengguna.

Berdasarkan Jadual 7, kekuatan hubungan diperolehi pada item 2 Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan kritis dalam dalam menyelesaikan masalah menunjukkan tiada perhubungan yang jelas kerana ia tidak signifikan dengan masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran (Spearman rs = -.149, n = 40, p < 0.01 2-hujung).Korelasi negatif

menjelaskan bahawa lebih banyak masa yang digunakan keupayaan berfikir secara logik dan kritis dalam menyelesaikan masalah akan berkurangan.

Perhubungan antara item 1- Melalui Sistem Pembelajaran Kelas Maya(SPKM) saya berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi, melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai pendapat, menunjukkan perkaitan yang amat lemah dengan Masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran (Spearman rs = -.044, n = 40, p < 0.01

2-hujung). Korelasi negatif yang amat lemah ini menjelaskan bahawa lebih banyak masa digunakan akan mengurangkan keupayaan komunikasi antara pengguna.

Item 4, 5, 7, dan 10 menunujukkan dapatan tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan masa pembelajaran kerana ia tidak signifikan. Situasi ini menjelaskan bahawa:

1. Keupayaan berfikir secara logik pula menunjukkan perhubungan yang agak kuat tetapi tidak signifikan dengan masa belajar (Spearman rs = -.159, n = 40, p < 0.01

(14)

dalam menilai.

2. Keupayaan berfikir secara logik dan kritis dalam memberi sokongan juga menunjukkan perhubungan negatif yang kuat tetapi tak signifikan dengan masa belajar (Spearman rs = -.310, n = 40, p < 0.01 2-hujung). Dapatan ini menunjukkan

lebih banyak masa digunakan untuk belajar tidak akan menjejaskan keupayaan secara logik dan kritis dalam memberi sokongan.

3. Keupayaan berinteraksi dengan individu lain dan dalam kumpulan secara integriti dan kesedaran dari individu lain menunjukkan hubungan yang kuat dengan masa pembelajaran tetapi tidak signifikan (Spearman rs = .240, n = 40, p < 0.01 2-hujung).

Dapatan menjelaskan lebih banyak masa digunakan dalam pembelajaran tidak mempunyai hubungan yang jelas dalam meningkatkan keupayaan interaksi dengan individu lain dalam kumpulan secara integriti dan kesedaran dari individu lain.

4. Keupayaan pengguna menghormati pelbagai pihak dan budaya juga mempunyai hubungan yang kuat dengan masa pembelajaran (Spearman rs = -.201, n = 40, p <

0.01 2-hujung). Dapatan menunjukkan bahawa lebih banyak masa digunakan dalam pembelajaran tidak mempunyai hubungan dengan kcenderungan untuk mengurangkan keupayaan menghormati pelbagai pihak dan budaya.

Item 1, 3, 8 dan 9 mempunyai sama ada hubungan yang amat lemah atau tiada hubungan langsung. Situasi ini menjelaskan bahawa faktor masa belajar:

1. tidak mempunyai hubungan dengan keupayaan berkomunikasi (Spearman rs = -.044, n = 40, p < 0.01 2-hujung).

2. didapati tidak mempunyai hubungan langsung dengan keupayaan berfikir secara logik dan kritis dalam menjelaskan kesimpulan. (Spearman rs = -.006, n = 40, p <

0.01 2-hujung).

3. didapati tidak mempunyai hubungan dengan keupayaan membina rasa tanggung jawab diri(Spearman rs = -.012, n = 40, p < 0.01 2-hujung).

4. tidak mempunyai hubungan langsung dengan keupayaan membina kewibawaan kendiri (Spearman rs = -.043, n = 40, p < 0.01 2-hujung).

Jadual 7 Analisis korelasi Spearman Rho terhadap perhubungan kemahiran asas dengan masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran.

Masa yang diambil bagi mencapai objektif pembelajaran

rs -.044

1 Melalui Sistem Pembelajaran Kelas Maya(SPKM) saya berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi, melibatkan pelbagai pihak dengan pelbagai

pendapat.

Sig.

(2-hujung) .787

rs -.149

2

Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan

kritis dalam dalam menyelesaikan masalah Sig.

(2-hujung) .358

rs -.006

3 Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan

(15)

hujung)

rs -.159

4

Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan

kritis dalam menilai Sig.

(2-hujung) .326

rs -.310

5 Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan

kritis dalam memberi sokongan Sig.

(2-hujung) .052

rs .131

6 Melalui SPKM, saya berupaya berfikir secara logik dan

kritis dalam mengkritik pemikiran orang lain Sig.

(2-hujung) .421

rs .240

7 Melalui SPKM, saya berupaya berinteraksi dengan individu lain dan dalam kumpulan secara integriti dan kesedaran dari individu lain.

Sig.

(2-hujung) .135

rs -.012

8

Melalui SPKM saya berupaya membina rasa tanggung

jawab diri Sig.

(2-hujung) .941

rs -.043

9

Melalui SPKM saya berupaya membina kewibawaan kendiri Sig.

(2-hujung) .794

rs -.201

10 Melalui SPKM saya berupaya menghormati pelbagai pihak

dan budaya Sig.

(2-hujung) .214

* Siginifikan pada aras 0.05 (2-hujung). ** Siginifikan pada aras 0.01(2-hujung).

Kesimpulan

Pada keseluruhannya rekabentuk antaramuka yang digunakan berupaya memenuhi keperluan pengguna dari konteks pembelajaran berasaskan constructivist dan active learning. Namun analisis yang dibuat berdasarkan atribut kebolehgunaan dan perkaitan masa belajar dengan kemahiran asas menghasilkan dapatan yang menjadi isu-isu yang perlu dipertimbangkan bagi tujuan permurnian terhadap rekabentuk antaramuka berkaitan.

Berdasarkan analisis dari atribut kebolehgunaan,

a. Dalam atribut A1- Rekabentuk dalam SPKM mudah dipelajari dan difahami maksudnya

menjelaskan ada di antara elemen rekabentuk antaramuka yang masih kurang jelas yang menghadkan kefahaman pengguna terhadap fungsi elemen rekabentuk itu sendiri.

b. Dapatan ini ditekankan lagi oleh atribut A3 keseluruhan sistem dalam SPKM mudah diingati , yang menjelaskan bahawa terdapat pengguna yang tidak memahami beberapa bahagian dalam sistem penyampaian ini.

(16)

a. Perhubungan yang kuat yang tidak signifikan terhadap kesan masa belajar dengan item kemahiran asas menjelaskan lebih banyak masa digunakan tidak akan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir secara logik dan kritis untuk menilai, memberi sokongan dan mengurangkan keupayaan untuk menghormati pelbagai pihak dan budaya. Maka rekabentuk antaramuka bukanlah satu faktor yang boleh menimbulkan masalah keupayaan berfikir.

b. Namun masa yang banyak digunakan juga tidak menjejaskan interaksi dengan individu lain dalam kumpulan, menjelaskan bahawa terdapat komponen rekabentuk antaramuka bukanlah penyebab kepada kurangnya interaksi antara individu dalam kumpulan ketika menggunakan Classnetwork.net.

Penerapan elemen constuctivist dan active learning terhadap rekabentuk antaramuka pada

keseluruhannya berupaya membantu pengguna meneroka pengetahuannya sendiri tertakluk pada kejelasan antaramuka itu sendiri.

Kajian Lanjutan

Kajian ini memfokus kepada keberkesanan sistem penyampaian berlandaskan constructivist dan active learning. Kriteria yang dibina berdasarkan kedua-dua teori ini

kemudiannya analisis berlandaskan masa yang digunakan oleh pengguna bagi mencapai objektif pembelajaran dan atribut kebolehgunaan. Hasil dapatan yang diperolehi bersifat holistik tidak memfokus pada setiap perincian elemen rekabentuk antaramuka. Kajian selanjutnya perlu tertumpu pada keberkesanan elemen rekabentuk antaramuka (butang,warna dan lain-lain) terhadap pencapaian objektif pelajar. Kajian selanjutnya juga harus menumpukan pada kesan rekabentuk antaramuka terhadap corak pemikiran (cognitive load) seseorang pelajar.

Bibliografi

_____________ (tiada tarikh) Internet Growth Data, diperolehi di world wide

web pada September 20, 2007 http://www2.sims.berkeley.edu/research/projects/how-much-info/internet/rawdata.html

Ally, M. (2004). Foundations of Educational Theory For Online Learning

dalam Anderson, T. & Elloumi, F. (Ed.) Theory and Practice of Online Learning. Athabasca, Canada:Athabasca University

Azaraimy HH (2006). Students told to 'Click & Surf' instead of 'Chalk & Talk'

(ihsan Borneo Bulletin) diperolehi di world wide web pada September 22, 2007

http://www.aiti.gov.bn/news/2007/08aug/06-11%20Students%20told%20to%20'Click%20&%20Surf'%20instead%20of%20'Chalk%20& %20Talk'.htm

Bonwell, C.C.& Eison,J.A. (2003). Active Learning: Creating Excitement in the Classroom. diperolehi di world wide web pada September 25, 2007 http://www.ntlf.com/html/lib/bib/91-9dig.htm

Comets Workshop (2002). Active Learning – Comets Workshop. diperolehi di world wide web pada September 25, 2007

http://www.rit.edu/~comets/pages/workshops/activelearningwkshop.html Cooperstein, S.E. & Kocevar-Weidinger, E.(2004). Beyond active learning: a

constructivist approach to learning. Emerald Group Publishing Ltd., 32(2), pp. 141-148. Dix, A., Finlay, J., Abowd. G.D & Beale, R.(2004). Human-Computer

Interaction (3rd ed.). Essex, England : Pearson Education Ltd.

(17)

Strategic Plan 2007-2011. Brunei Darussalam.

Richey, R. (1986). The Theoritical and Conceptual Bases of Instructional Design. London:Kogan Page Ltd.

Sallimah Hj Mohd Salleh (2007). Perceived Personal, Social and Control Factors Influencing Bruneian Secondary Teachers’ Use of Information and Communiaction technology in Teaching. Monograph No.15, 2007. Universiti Brunei Darussalam.

Thorsen, C. (2006). TechTactics – Technology For Teachers. Boston:Pearson Education Inc.

Za'im Zaini (2007) Mobile Teaching & Learning project initiated (ihsan

Borneo Bulletin, 10 Ogos 2007) diperolehi di world wide web pada September 22, 2007

http://www.aiti.gov.bn/news/2007/08aug/04-10%20Mobile%20Teaching%20&%20Learning%20project%20initiated.htm Za'im Zaini (2007) Brunei Schools To Go Wireless (ihsan Borneo Bulletin,10

Ogos 2007) diperolehi di world wide web pada September 22, 2007

Referensi

Dokumen terkait

At invocation, a SAS session inherits the file permissions from the parent shell. Any file that you create will inherit these permissions. If you want to change the file

To get Started utilizing this Node.js module, you first need to install from the npm registry, ‘npm install websocket.’ Once you have this installed, you are able to use it as shown

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi orang tua siswa Happy Bear Preschool Yogyakarta Tahun Ajaran 2006/2007 terhadap aspek-aspek dalam perkembangan

Maka dari itu, sesuai dengan penjelasan latar belakang diatas, dengan menggunakan Information System Success Model yang memiliki enam dimensi terintegrasi, penelitian ini

Penambahan luas ini sebagai bagian dari komitmen pemerintah kabupaten terutama DKP yang terus melakukan pembangunan dan optimalisasi TPST untuk dapat memenuhi Sidoarjo Zero

yang menjadi objek Jaminan Fidusia dapat dilakukan dengan cara :.. pelaksanaan titel eksekutorial oleh

Biaya'operasional sebagaimana dimaksud dalam Pasal 1 digunakan untuk pembayaran honorarium, pengadaan bahan, alat tulis kantor, cetak/stensil, fotocopy/penggandaan,

Selain itu, dapat kami sampaikan pula bahwa dalam melaksanakan tugasnya, Komite Remunerasi dan Nominasi mengacu kepada regulasi yang berlaku, diantaranya adalah