• Tidak ada hasil yang ditemukan

kesan kemiskinan dan sosioekonomi rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "kesan kemiskinan dan sosioekonomi rendah"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

0 TAJUK

KESAN KEMISKINAN DAN SOSIOEKONOMI RENDAH TERHADAP PERKEMBANGAN KESIHATAN KANAK-KANAK

KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI

KOD KURSUS

KAF3013

NAMA PENSYARAH : DR ABDUL HALIM BIN MASNAN

▸ Baca selengkapnya: kesan terhadap negara sekiranya pengetahuan sejarah diabaikan

(2)

1

ISI KANDUNGAN

BIL BAHAGIAN HALAMAN

1.0

BAB SATU

1.1

PENDAHULUAN

1.2

LATAR BELAKANG MASALAH

2

2-3

2.0

BAB DUA

2.1 ISU PERMASALAHAN

2.2 KESAN-KESAN

2.3 PENYAKIT-PENYAKIT AKIBAT KEKURANGAN

VITAMIN DAN NUTRIEN

2.4 USAHA-USAHA MENANGANI

3-4

4

5-7

7-10

3.0

BAB TIGA

3.1 RUMUSAN

10-11

(3)

2 1.0 BAB SATU

1.1 PENDAHULUAN

Kanak-kanak merupakan golongan yang sedang berkembang baik dari segi fizikal dan kognitif. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan zat dan nutrient yang cukup bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan diri mereka. Perkembangan fizikal merupakan perkembangan motor yang merangkumi kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan perlakuan-perlakuan berbentuk fizikal. Antara aktiviti yang memerlukan koordinasi otot ialah berlari, berjalan, melompat dan sebagainya. Komponen sensori seperti pendengaran dan penglihatan juga merupakan salah satu aspek komponen fizikal . Pada peringkat perkembangan ini, pertambahan berat badan dan ketinggian adalah nyata. Perkembangan yang sihat memberi kanak-kanak peluang yang baik bagi menjalankan aktiviti berbentuk fizikal tanpa masalah. Kanak-kanak merupakan golongan yang aktif dalam membuat aktiviti fizikal saban hari. Mereka gemar bermain secara aktif dan meneroka persekitaran mereka. Justeru, perkembangan fizikal yang baik merupakan elemen yang sangat penting kepada kanak-kanak ini. Bagi perkembangan kognitif pula, turut memerlukan zat dan nutrient yang cukup. Perkembangn kognitif bermaksud kemampuan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, menhafal setiap perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Selain itu, perkembangan kognitif juga dikenali sebagai perkembangan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Perkembangan kognitif bagi kanak-kanak merupakan aspek yang sangat penting kerana ianya akan memberi kesan yang berpandangan kepada kelancaran kehidupan seharian dan masa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Antara teori perkembangan kognitif yang popular dan sering diperkatakan ialah Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Menurut Jean Piaget, kemahiran mental dibina berdasarkan pengalaman sejak kecil lagi. Hal ini membuktikan bahawa nutrient dan zat amat penting sejak kecil lagi.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

(4)

3

yang berada di bawah garis kemiskinan. Kemiskinan juga didapati apabila seseorang itu kekurangan wang dan tidak mampu memenuhi kehidupan seharian. Menurut Johanthan Houghton dan R. Kandker (2009, ) kemiskinan merupakan istilah yang berkait dengan kesejahteraan. Dari sudut pandangan konvensional, kesejahteraan boleh didapati pada asasnya apabila segala keperluan asas dapat dipenuhi; maka orang miskin ialah orang yang tidak mampu dan tidak mempunyai pendapatan yang cukup bagi memenuhi keperluan asas mereka sendiri secara minimum sekalipun. Pandangan ini adalah merujuk kepada kemiskinan dari segi kewangan. Terdapat juga kemiskinan yang dapat dilihat dari segi petempatan iaitu keadaan rumah dan persekitaran. Selain itu kemiskinan juga mampu diukur dari sudut pemakanan iaitu malnutrisi dan gizi yang didapati oleh isi rumah.

2.0 BAB DUA

2.1 ISU PERMASALAHAN

Masalah kemiskinan yang melanda negara dilihat memberikan impak yang nyata pada pola pemakanan sesebuah keluarga. Hal ini amat membimbangkan terutamanya kepada keluarga yang mempunyai ahli dalam kalangan kanak-kanak. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kanak-kanak merupakan golongan yang sedang berkembang pesat dari segi fizikal dan kognitif. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan makanan yang berkualiti, seimbang dan sihat bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan mereka. Pertumbahan kanak-kanak seperti ketinggian misalnya memerlukan kalsium diambil dalam jumlah yang mencukupi. Selain itu, malnutrisi juga boleh merencatkan perkembangan kognitif menyebabkan sebilangan kanak-kanak yang datang daripada golongan sosio-ekonomi rendah ini agak ketinggalan dari segi akademik apabila menghadapi peringkat persekolahan.

(5)

4

Seramai lebih 200 juta kanak-kanak didapati mengalami malnutrisi dan kekurangan zat. Satu juta daripada jumlah ini didapati mengalami penyakit kronik berkaitan pemakanan seperti kwashiorkor dan marasmus. Angka kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik ini seterusnya membawa kepada angka kematian yang tinggi setiap tahun iaitu berjumlah 10 juta kanak-kanak setiap tahun secara puratanya.

2.2 KESAN-KESAN

Masalah pemakanan kanak memberi pelbagai impak negatif kepada diri kanak-kanak tersebut. Antara kesan yang akan dihidapi oleh kanak-kanak-kanak-kanak sekiranya mengalami kekurangan nutrisi dan zat ialah terencat dari segi kesihatan dan tumbesaran. Contoh paling ketara ialah dalam aspek pengambilan kalsium. Kanak-kanak yang kekurangan kalsium akan mengalami masalah dalam tumbesaran mereka dari segi ketinggian dan tumbesaran gigi. Kalsium haruslah diambil dalam kuantiti yang cukup kerana pada lingkungan umur kanak-kanak, pembentukkan gigi kekal sedang berlaku.

Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah dari segi pemakanan juga cenderung untuk lemah dalam pembelajaran secara berpanjangan. Hal ini kerana, pengambilan makanan yang seimbang dan sihat amat mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai kognitif yang kukuh memerlukan keseimbangan dari segi asid omega dalam diet harian mereka. Selain itu, kanak-kanak juga memerlukan vitamin-vitamin penting bagi merangsang saraf-saraf dan neuron otak mereka.

Di samping itu, kanak-kanak yang mengalami masalah pemakanan juga selalunya mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. Kanak-kanak yang sihat mampu memperkukuhkan sistem imun mereka dengan kerap mencuci tangan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman berlaku. Kanak-kanak yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti mendapat tidur yang cukup, pemeriksaan kesihatan yang rutin dan aktiviti fizikal yang kerap cenderung untuk mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih kukuh.

(6)

lain-5

lain. Apabila kanak-kanak ini kekurangan vitamin-vitamin tertentu, mereka berpotensi untuk menghidapi pelbagai penyakit kronik.

2.3 PENYAKIT-PENYAKIT AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN DAN NUTRIEN

I) RICKET

Penyakit Ricket ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak berusia 6-18 bulan. Penyakit ini adalah berpunca daripada kurangnya Vitamin D, fosforus dan zat kapur. Antara gejala bagi penyakit ini ialah perpeluhan yang melampau di bahagian dahi seseorang kanak-kanak tersebut, sensitif, gelisah dan berlaku pembengkakan di bahagian sendi dan terdapat dua lingkaran yang keras pada tulang rawan yang menghubungkan sendi-sendi tersebut.Simptom-simptom ini biasanya lebih jelas kelihatan pada kanak-kanak yang bertubuh kurus dan kecil kerana ianya melibatkan bengkakan pada tulang rawan dan sendi. Antara perubahan fizikal yang akan berlaku kepada kanak-kanak yang menghidapi masalah ini ialah kepala kanak-kanak tersebut akan berbentuk segi empat secara perlahan-lahan. Seterusnya, ubun-ubun kanak-kanak tersebut akan kekal terbuka dalam jangkamasa yang lama. Selain itu, sendi pada pergelangan tangan juga kelihatan lebih besar daripada saiz normal kanak-kanak lain. Kaki kanak-kanak yang menghidap Ricket pula akan berbentuk cengkung atau cembung di samping perut yang membonjol. Mereka juga sering mengalami sembelit.

II) KWASHIORKOR

(7)

6

kelihatan gelisah. Di samping itu, kanak-kanak yang menghidap Kwarshiorkor juga sering menolak makanan dan menyebabkan mereka menghidapi masalah kesihatan lain iaitu anoreksia. Rambut kanak-kanak yang menghidap Kwarshiorkor pula akan berwarna kusam dan mudah dicabut. Kulit mereka pula akan menjadi berkeruping dan kemerah-merahan seterusnya menggelupas dan menjadi kehitaman. Akhir sekali, anak mata kanak-kanak yang menhidap penyakit Kwarshiorkor ini juga akan kelihatan sayu.

III) HIPOGLIKEMIA

Hipoglikemia merupakan penyakit yang berpunca daripada kekurangan karbohidrat dan gula dalam darah. Penyakit ini biasanya menjangkiti golongan bayi dan orang tua. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang menghidapi penyakit Hipoglikemia ialah tubuh kanak-kanak tersebut akan sentiasa berpeluh dingin. Mereka juga akan merasa lemas dan sesak pada tubuh mereka. Selain itu, kanak-kanak yang menghidap penyakit Hipoglikemia ini juga mempunyai kadar denyutan nadi yang sangat pantas dan tinggi. Mereka juga sering berdebar, cemas dan panik secara tiba-tiba. Kanak-kanak ini juga sering merasa lapar pada setiap masa. Antara gejala penyakit ini di peringkat awal ialah tubuh terasa gementar, kulit basah, detak jantung menjadi pantas, cemas, sering berpeluh, kelaparan dan cepat marah. Bagi golongan yang menghidapi Hipoglikemia secara kritikal mereka akan mengalami gejala-gejala seperti susah untuk berfikir, bingung, sakit kepala, kejang dan akhirnya koma. Kematian juga boleh terjadi sekiranya penyakit tersebut berterusan dan kritikal.

IV) BERI-BERI

(8)

7

gerakan mata yang tidak terkawal juga boleh dilihat dengan jelas. Mereka yang menghidap beri-beri juga mudah berasa kebas pada tubuh badan mereka.

V) ANAEMIA

Anaemia merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan haemoglobin dalam darah.Haemoglobin merupakan elemen yang sangat penting dalam darah sebagai pengangkut oksigen ke seluruh badan.Oksigen merupakan gas yang sangat penting dalam sistem badan manusia. Tanpa oksigen sistem dan fungsi tubuh akan terganggu. Anaemia sering terjadi kepada golongan kanak-kanak terutamanya di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Antara tanda-tanda kanak-kanak yang menghidap anaemia ialah kepucatan, keletihan, penyakit kulit dan hilang selera makan. Penyakit ini terbahagi kepada peringkat umur kanak-kanak yang terlibat. Contohnya ialah peringkat neonat iaitu bayi berumur kosong hingga satu bulan. Pada peringkat ini anaemia sering terjadi berpunca daripada kekurangan zat besi. Ianya selalunya berlaku pada bayi yang lahir tidak cukup bulan.

2.4 USAHA-USAHA MENANGANI

A) BADAN KERAJAAN

(9)

8

tepung ialah bapanya haruslah warganegara Malaysia dan pendapatan di bawah garis kemiskinan, Kanak-kanak ini akan mendapat bantuan satu kilogram susu tepung penuh krim dan multivitamin selama tiga bulan berturut-turut. Sekiranya keadaan kanak-kanak tersebut masih berada dalam kategori membimbangkan, bantuan susu tepung penuh krim dan multivitamin ini akan dilanjutkan kepada tiga bulan seterusnya.

Seterusnya kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menawarkan Skim Bantuan Kebajikan bagi membela nasib golongan miskin. Bantuan ini adalah bersifat sementara waktu sehingga mereka mampu berdikari dan melepasi garis kemiskinan. Bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini mempunyai dua matlamat utama iaitu sebagai elaun perangsang untuk menggalakkan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya minat untuk bekerja dan hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga. Apila taraf hidup sesebuah keluarga itu meningkat, ianya menurunkan risiko kanak-kanak kekurangan nutrient dan vitamin. Hal ini kerana setiap keluarga akan mempunyai pendapatan yang cukup bagi menyediakan keperluan asas dan makanan yang seimbang kepada setiap ahli keluarga mereka terutamanya golongan kanak-kanak. Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi mendapat bantuan Skim Bantuan Kebajikan ialah individu tersebut merupakan warganegara Malaysia, bermaustautin di Malaysia, pendapatan kurang dari 700 ringgit setiap bulan dan tidak berkemampuan mendapatkan keperluan asas.

(10)

9

tahun 1980 an. Sejak tahun 1990 pulak, taraf sosioekonomi keluarga menjadi kriteria paling utama dalam menapis murid yang layak menerima bantuan ini. Antara syarat lain bagi seseorang murid dipilih mendapat bantuan ini ialah pendapatan bulanan isi rumah kurang dari 400 ringgit sebulan dan juga murid sekolah luar bandar lebih diutamakan.

Di samping itu, Program Susu Sekolah juga turut dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani masalah pemakanan dalam kalangan kanak-kanak akibat kemiskinan keluarga. Program Susu Sekolah (PSS) ini telah dijalankan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program Susu Sekolah ini dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah bagi mendapatkan makanan yang seimbang dan khasiat yang diperlukan. Hal ini demikian kerana seperti yang sudah kita sedia maklum, keluarga yang dibelenggu kemiskinan sememangnya menghadapi kesukaran dalam menyediakan makanan asas apatah lagi makanan tambahan bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan anak-anak mereka. Oleh itu, Program Susu Sekolah ini merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu kanak-kanak dari golongan ini mendapat protein, kalsium dan vitamin-vitamin yang cukup melalui susu yang diberikan. Program ini juga sebagai suatu galakan dan latihan kepada kanak-kanak ini bagi mula meminum susu pada peringkat awal umur mereka. Program Susu Sekolah ini ternyata mampu memastikan perkembangan dan pertumbahan fizikal, kognitif dan mental kanak-kanak di sekolah umum ini berkembang dengan baik dan lancar. Hal ini seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam kurikulum dan kokorikulum. Syarat bagi melayakkan murid menerima bantuan ini ialah pendapatan bulanan keluarga yang kurang dari 400 ringgit.

(11)

10

pemakanan yang akan membawa kepada penyakit-penyakit kronik seperti beri-beri, anaemia dan ricket. Antara kriteria yang melayakkan seseorang kanak-kanak menerima bantuan ini ialah murid yang berwarganegara Malaysia, darjah satu hingga enam dan bersekolah di sekolah kerajaan.

Seterusnya ialah Program Pengawasan Makanan dan Program Pemulihan Kanak-kanak kekurangan zat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini telah bermula sejak tahun 1980 lagi. Satu sistem pengawasan pemakanan telah dibangunkan pada waktu tersebut bagi mengesan masalah kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak yang berusia bawah enam tahun. Justeru, selepas dikesan, Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat telah diadakan bagi mengatasi isu ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, objektif yang ditetapkan bagi program ini adalah untuk mewujudkan satu sistem pengawasan makanan yang mantap dan berkesan dalam mengawasi taraf pemakanan penduduk bagi membantu pembentukan dan penilaian semula dasar pemakanan kebangsaan serta perancangan dan penilaian program-program pemakanan.

3.0 BAB TIGA

3.1 RUMUSAN

(12)

11

(13)

12 RUJUKAN

Nurul Liyana Zainuddin. (2009). Penilaian Program Makanan Tambahan Bagi Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan Di Kawasan Penampang, Sabah, 1-68

Nurul Husna Mohd Shukri. (2007). Tabiat Pengambilan Sarapan Pagi di Kalangan Remaja di Daerah Kulim, Kedah

Haslinah Abdullah. (2009). Faktor Isi Rumah, Status Pemakanan dan Kesihatan yang Mempengaruhi Keupayaan Kognitif Am Kanak-Kanak Orang Asli

Referensi

Dokumen terkait

Saat ini di Bekasi sedang marak seputar program walikota terpilih yaitu program wajib belajar 12 tahun artinya seluruh pelajar di Bekasi bebas biaya pendidikan

Proses-proses metabolisme dari halofita biasanya dapat toleran terhadap garam. Kemampuan mengatur konsentrasi garam dalam sitoplasma melalui transpor membran dan

Dalam konteks penelitian ini, keyakinan mahasiswa perokok di Universitas Padjadjaran, Jatinangor mengenai kehadiran atau ketidakhadiran faktor-faktor yang

Boleh juga sekali-kali shalat empat rakaat dengan satu kali salam. Disunnahkan mempunyai jumlah rakaat tertentu, jika ia tertidur dan tidak shalat maka diqadha’

Salah satu hipotesis yang signifikan yakni secara signifikan hasil belajar matematika untuk siswa yang diajar dengan kombinasi model pembelajaran kooperatif tipe

15 menit merancang simulasi/memodelkan bagaimana teknik pra-observasi dan pemberian feedback pada pos-observasi serta tindak lanjut. Secara acak Master trainer akan meminta

Budidaya eceng gondok dapat memberi beberapa manfaat, yaitu: (1) dapat menyerap kandungan logam Pb dan Cd; (2) sebagai bahan biogas untuk menghasilkan 3.425 MW

Ketika Salman sampai ke Syam, beliau menjadi pengikut seorang paderi di gereja. Walaupun penduduk di Syam mengatakan bahawa paderi itu adalah paderi yang paling tinggi ilmunya,