• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMPLIKASI PENTADBIRAN INGGERIS KE ATAS P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "IMPLIKASI PENTADBIRAN INGGERIS KE ATAS P"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

IMPLIKASI PENTADBIRAN INGGERIS KE ATAS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Semasa pentadbiran Inggeris, sekolah - sekolah aliran Inggeris mengajarkan mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal demikian memberi cabaran dan halangan terhadap bangsa Melayu ketika itu kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini pula ditambah dengan dasar yang dibuat oleh pihak British untuk menyekat kemasukan pelajar - pelajar Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang - orang Melayu belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat. (Sufean Hussin, 2002:129). Hanya pelajar - pelajar Melayu yang terdiri dari kelas atasan sahaja yang diberi peluang untuk belajar di sekolah Inggeris.

Pada zaman penjajahan tersebut, dasar pendidikan terutama sistem persekolahan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan kerana British hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja (Ibrahim Saad, 1986).

Kewujudan sekolah vernakular menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan; dan menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk kaum tertentu, iaitu sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.

(2)

Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan – laporan.

Laporan Barnes 1951 telah menjadi penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu kerana telah bangkit kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun 1946. Mengikut laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang ke arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah sekolah - sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan.

Tetapi masyarakat Cina merasa kedudukan mereka tergugat dan atas desakan kaum mereka sendiri, juga kerana terhasilnya Laporan Fenn-Wu 1951, berusaha dan bertujuan untuk mempertahankan kedudukan pendidikan masyarakat Cina.

Perubahan pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara Ordinan Pelajaran 1952 telah ditubuhkan, impak daripada hala tuju Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang berlainan matlamat untuk dicapai. Maka, singkat kata, kesan daripada sistem pendidikan penjajahan British itu adalah wujudnya :

(1) Sekolah Pondok dan Madrasah,

(2) Sekolah Vernakular Melayu,

(3) Sekolah Vernakular Cina,

(4) Sekolah Vernakular Tamil, dan

(5) Sekolah Inggeris.

(3)

semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Selepas merdeka 1957, Malaysia merupakan negara baru dan memulakan

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964.

Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

(4)

untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.

Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar.

Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain - lain.

(5)

1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;

3. Menaiktarafkan kelayakan guru - guru daripada sijil kepada diploma;

4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan

5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya:

 Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002);

 Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002);

 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002).

 Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003;

 Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun

2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

(6)

Referensi

Dokumen terkait

2 Rasio likuiditas diproksikan dengan Current Ratio, rasio profitabilitas diproksikan dengan Return On Assets, rasio solvabilitas diproksikan dengan Debt to Equity Ratio, rasio

kepuasan wisatawan terhadap atraksi wisata di Floating Market Lembang. Data sekunder adalah data yang diperoleh dari beberapa sumber data. dan literature yang dapat mendukung

Seleksi pada tahap kalus, regenerasi, dan tahap embrio menunjukkan hasil yang sama, yaitu makin meningkat konsentrasi Al, makin menurun daya regenerasi eksplan.. Pada tahap embrio

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Aspek-aspek yang mempengaruhi kepuasan kerja yang diungkapkan oleh Luthans (2006) meliputi aspek kepuasan terhadap pekerjaan itu sendiri, yakni dimana persyaratan

Manajemen risiko lingkungan diPuskesmas adalah penerapan manajemen risiko untuk meminimalkan dampak yang ditimbulkan oleh aktifitas atau kegiatan di Puskesmas pada