• Tidak ada hasil yang ditemukan

perbandingan Akhlak Islam dengan Moral

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "perbandingan Akhlak Islam dengan Moral"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

Akhlak Islamiah Bahasa

Akhlak berasal daripada perkataan jama’ nya iaitu اقلخاق dan manakala perkataan mufradnya pula yaitu اقولللخyang memberi maksud perlakuan, perangai, tabiat, budi pekerti dan adab. Maksud akhlak ini terkandung didalam hadis riwayat Aisyah r.anha, ketika beliau ditanya oleh Abu Darda’ r.a berkenaan akhlak Rasulullah s.a.w, lalu Aisyah menjawab adalah akhlaknya (Rasulullah s.a.w) adalah al Quran (HR. Muslim). Akhlak Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan diatas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w. yang semuanya merupakan pelaksanaan mengikut ajaran al Quran.

Istilah

Menurut Syeikh Muhammad al Jawiyy didalam kitabnya “Murooqiyul ‘Ubudiyah” Akhlak adalah keadaan didalam jiwa seseorang yang mendorong perlakuan tanpa melalui pemikiran dan pertimbangan. Didalam kitab yang lain menjelaskan bahawasanya Akhlak menurut istilah yang diungkapkan oleh para ulama’ ialah gambaran batin seseorang manusia. Kerana pada dasarnya manusia mempunyai dua gambaran :

1. Gambaran zahir (luaran) : iaitu bentuk penciptaan yang telah Allah s.w.t ciptakan yakni tubuh dan anggota badan. Dan yang dikatakan gambaran zahir itu ialah diantaranya yang ada indah dan cantik, ada yang hodoh dan buruk dan ada pula yang berada pada pertengahan kedua-duanya atau dimaksudkan biasa-biasa sahaja.

2. Gambaran batin (dalaman) : yaitu sesuatu yang melekat kukuh pada jiwa, yang keluar daripadanya perbuatan-perbuatan yang baik dan terpuji mahupun yang buruk dan terkeji yang dapat dilakukan tanpa menggunakan otak dan berfikir.

Menurut Imam al Ghazali didalam bukunya yang bertajuk Ihya’ Ulumuddin , mengatakan “Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati manusia akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia”.

(2)

Abdul Karim Zaidan , Nilai dan sifat-sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang dengan pertimbangannya seseorang dapat menilai perbuatannya sama ada baik atau buruk dan kemudian memilih untuk melakukannya ataupun meninggalkannya.

Menurut Muhammad bin Ali Asy Syarif al-Jurjani dalam bukunya al-Ta’rifat, sebagaimana diambil oleh Ali Abdul Halim Mahmud (2004 : 32), mengatakan bahawa Akhlak adalah istilah bagi sesuatu sifat yang tertanam kuat dalam diri, yang darinya terlahir perbuatan-perbuatan dengan mudah dan ringan, tanpa perlu berpikir dan merenung.

Adapun menurut Muhammad bin Ali al-Faruqi at-Tahanawi sebagaimana diambil oleh Ali Abdul Halim Mahmud (2004 : 34), mengatakan bahawa Akhlak adalah keseluruhannya kebiasaan, bersifat alami, keagamaan dan harga diri.

Berkata Jabir r.a bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan dekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang yang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya, dan berlagak menunjukkan kepandaiannya.” (HR. al Tirmizi)

Moral dan Etika Bahasa

Etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Ethic yang bermaksud tingkah laku manusia yang bersumberkan falsafah semata mata bukannya bersumberkan wahyu, Etika didalam bahasa Greek pula iaitu Ethos yang bermaksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesebuah bangsa. Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah daripada bahasa Latin iaitu Mos dan dalam bentuk jamak’nya Mores yang bererti adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik dan menghindari daripada perkara-perkara dan tindakan yang buruk. Etika dan Moral dari segi pengertiannya lebih kurang sama, tetapi dalam kegiatan sehari-sehari terdapat perbezaannya, iaitu Moral atau Moralis adalah untuk penilaian keatas sesuatu perbuatan yang dilakukan, sedangkan Etika pula adalah ilmu untuk mengkaji sistem nilai-nilai murni .

Istilah

(3)

dan buruk manusia sejauh mana yang dapat dipahami oleh pemikiran manusia itu sendiri.

Pengertian Moral menurut pandangan ahli falsafah Moral :

1. Prof Dr. Magnis Susino , mengatakan bahawa Moral selalu menunjuk kepada baik buruknya perbuatan dan kelakuan manusia sebagai manusia, sehingga bidang Moral menjadi bidang dalam kehidupan manusia dan dilihat dari segi kebaikan terhadap manusia itu sendiri. (Franz Magnis-Suseno, I. Wibowo, B. Herry-Priyono : 2006)

2. Roger , Moral adalah aspek keperibadian yang diperlukan seseorang didalam kaitannya dengan kehidupannya yang umum secara harmoni, seimbang dan adil. Perlakuan Moral ini diperlukan demi untuk mewujudkan kehidupan yang teratur, sejahtera dan berkeperibadian yang elok. (Immanuel Kant's Moral Theory :1989)

3. W.J.S Poerdarminta , menyatakan bahawa Moral merupakan ajaran tentang baik atau buruknya sesuatu perbuatan dan kelakuan.

4. Hurlock, Moral adalah tata cara, kebiasaan dan adat peraturan sosial atau berkait dengan hukum atau adat kebiasaan yang mengatur tingkah laku manusia.

Pengertian Etika menurut pandangan ahli falsafah Etika :

1. Drs. H. Burhanudin Salam, Etika adalah cabang falsafah yang menbicarakan tentang nilai dan norma moral yang menentukan perlakuan manusia didalam kehidupannya.

2. K. Bertens, Etika adalah nilai-nilai dan norma-norma Moral yang menjadi pegangan bagi individu atau suatu kelompok dan bangsa dalam mengatur tingkah lakunya. (Etika K. Bertens : 2007)

(4)

4. H. A. Mustafa, Etika adalah ilmu yang menyelidiki sesuatu perkara untuk mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk dengan memerhatikan perbuatan manusia mengikut sejauh yang dapat diketahui oleh akal pikiran.

Akhlak Islamiah

1. Kepentingan Akhlak.

a. Akhlak mencorakkan tingkah laku.

Setiap tingkah laku yang lahir daripada diri manusia sebenarnya adalah hasil daripada apa yang tersemat didalam dirinya. Akhlak memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Sebagaimana menurut Imam al Ghazali didalam kitabnya yang bertajuk Ihya ‘Ulumuddin, mengatakan “setiap yang ada yang ada didalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskann kepadanya” .(Imam al Ghazali : 2014).

b. Sikap dan Akhlak mempengaruhi pertimbangan.

Akhlak adalah perlakuan dan perbuatan seseorang didalam mengendalikan urusan kehidupan yang fitrah. Akhlak yang baik bermaksud, dikendalikan oleh anggota badan dengan baik, sama ada kepada dirinya atau orang lain untuk memenuhi keperluan yang asasi seperti makan, minum, bercakap dan berhubung. Akhlak yang baik bererti, setiap tingkah laku dibuat dengan penuh berhati-hati sehingga menyenangkan orang yang melihat dan orang yang berada di sekitarnya.

c. Akhlak mencerminkan keimanan.

Akhlak adalah merupakan asas kepada kesempurnaan iman seseorang hamba sebagaimana sabda Nabi s.a.w “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”. (HR al Tirmizi, dari Abu Hurairah r.a, diriwayatkan juga oleh Ahmad). Dari Abdillah bin Amr bin al ‘Ash r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya”.

d. Akhlak sebagai simbol sesebuah tamadun.

(5)

disebabkan keruntuhan nilai akhlak dikalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.

e. Akhlak sebagai tonggak permulaan kepada perubahan.

Bermula asas pembinaan tamadun Islam, setiap individu dan masyarakat umum adalah sangat dituntut supaya mengiltizamkan diri dengan budi pekerti yang luhur, kemudian barulah merealisasikan kepada individu yang lain supaya mampu untuk membentuk generasi yang akan datang dengan asas kekuatan ummah.

2. Ilmu Akhlak Islam.

Ilmu Akhlak Islam adalah ilmu yang membahas berkenaan Akhlak yang baik dan Akhlak yang buruk serta sifat yang terpuji dan tercela, ilmu Akhlak Islam mengajar manusia untuk berbuat baik dan bagaimana untuk melakukannya, dan juga agar manusia dapat menghindari daripada sifat-sifat yang tercela. Ilmu Akhlak Islam membahaskan tentang sifat-sifat yang harus diamalkan ataupun yang harus ditinggalkan seperti sifat pemurah dan kedekut, berani dan pengecut, pemaaf dan pemarah dan sebagainya. Secara ringkasnya adalah Ilmu Akhlak Islam adalah sebagai pengenalan terhadap kemuliaan Akhlak dan kecelaannya.

3. Prinsip Akhlak Islam.

a. Menghambakan diri kepada Allah s.wt. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya :

(6)

b. Beriman dengan al Quran dan al Sunnah. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :

Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (al Ahzab : 71)

c. Beriman dengan hari kiamat. Firman Allah s.w.t :

ٌ۬ميِظَع ٌء ۡىَش ِةَعاّسلٱ َةَلَزۡلَز ّنِإ ۚ ۡمُڪّبَر ْاوُقّتٱ ُساّنلٱ اَهّيَأٰٓـَي

)

١

(

اّمَع ٍةَع ِض ۡرُم ّلُڪ ُلَه ۡذَت اَهَن ۡو َرَت َم ۡوَي

ِ ّلٱ َباَذَع ّنِكٰـَل َو ٰى َرٰـَكُسِب مُه اَم َو ٰىَرٰـَكُس َساّنلٱ ىَرَت َو اَهَل ۡمَح ٍل ۡمَح ِتاَذ ّلُڪ ُعَضَت َو ۡتَعَض ۡرَأ

ٌ۬ديِدَش

)

٢

(

Maksudnya :

Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu menyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk,tetapi azab Allah s.w.t amatlah berat (mengerikan) (al Hajj : 1-2)

d. Niat yang baik.

(7)

e. Mengambil berat perkara yang halal dan haram.

فسخ هقح ريغب ضررا نم اايش ذخأ نم - ملسو هيلع ه ىلص - يبنلا لاق : لاق رمع نبا نع

نيضرأ عبس ىلإ ةمايقلا موي هب

Maksudnya :

Sayyidina Abdullah bin Umar r.anhuma berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil sedikit tanah tanpa hak maka pada hari kiamat dia akan ditimbuskan kedalam tanah itu sehingga ke lapisan bumi yang ketujuh.

(HR. Bukhari) 4. Dasar-dasar Akhlak Islam.

Apabila disebutkan perkataan Akhlak ia sudah tentu saling berkait dengan Islam, maka sudah tentu panduannya bersumberkan al Quran dan al Sunnah. pengamal yang pertama dan utama adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri dan diikuti pula oleh para-para sahabat Nabi s.a.w, para-para tabiin, para-para alim ulama’ dan mereka yang mengikuti jejak langkah sejak daripada peringkat awal sehinggalah akhir zaman. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan dari Anas bin Malik, bersabda Nabi s.a.w “Telah aku tinggalkan atas kamu sekalian dua perkara bila mana kamu berpegang pada keduanya maka kamu tidak akan tersesat, yaitu al Quran dan Sunnahku.

(HR. Muslim)

5. Matlamat Akhlak Islamiah.

a. Mensucikan jiwa.

(8)

b. Berkelakuan baik.

Pendidikan tentang Akhlak adalah salah satu cara untu mencorak manusia menjadi seseorang yang benar-benar beriman. Iman adalah asas kepada Akhlak Islam. Tidak akan sempurna Akhlak seseorang jika tidak disertakan dengan Akhlak yang baik. Sebagai contohnya tujuan kita melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangannya adalah bertujuan untuk membersihkan diri sama ada zahir atau batin dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.

c. Untuk menguatkan lagi tauhid seseorang muslim.

Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah pernah ditanya tentang keimanan, apakah ianya boleh berkurang dan bertambah?, maka beliau menjawab “bahawa iman boleh bertambah sampai kepuncak langit yang ketujuh dan boleh berkurang hingga sampai kepada kerak bumi yang ketujuh.” beliau juga menyatakan bahawa, “Iman itu terdiri diatas percakapan dan amalan, ianya boleh bertambah dan berkurang, apabila engkau mengamalkan amal kebajikan (Akhlak mulia), maka iman akan bertambah dan apabila engkau mensia-siakannya maka iman pun akan berkurang.”

d. Menjauhkan diri daripada perkara yang menyesatkan.

Sesungguhnya ajaran Islam itu sempurna dan menyeluruh, dan orang yang paling benar akidahnya maka terpujilah Akhlaknya, dan apabila rosak akidah seseorang itu maka rosaklah akidahnya. Dan apabila sempurnanya iman dan Akhlak seseorang itu maka ia akan merasakan manisnya iman yang ada di hatinya, sehingga ia akan menghiasikan dirinya dengan hakikat-hakikat keimanan dan anggota badannya dengan perkara-perkara yang bermanfaat (yakni Akhlak yang terpuji).

6. Kedudukan Akhlak Islamiah.

a. Sebagai sebab diturunkannya risalah. Sabda Nabi s.a.w didalam hadis Nabawi :

اقلأخلا قمراكملا قممأتلل قتثعب ا قكمأsl

Maksudnya :

(9)

b. Diantara penyebab dimasukkan kedalam syurga.

Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat, “apakah perkara yang menyebabkan manusia masuk kedalam syurga? Rasulullah s.a.w bersabda, Akhlak yang baik. Rasulullah s.a.w ditanya lagi, apakah perkara yang paling banyak menyebabkan manusia masuk kedalam neraka? Rasulullah s.a.w bersabda, mulut dan kemaluan.”

(H.R Tirmizi)

c. Allah s.w.t mensifatkan Nabi s.a.w dengan gelaran Husnul Khuluk.

Sesungguhnya kemuliaan Akhlak adalah merupakan salah satu daripada sifat-sifat para Nabi, dengan sifat ini Allah s.w.t meninggikan darjat para-para Nabi. Sepertimana firman Allah s.w.t yang mensifatkan Nabi Muhammad s.a.w dengan Akhlak yang mulia. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :

“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung. (al Qalam : 4).

d. Diantara salah satu asas kepada agama Islam. Asal Islam itu bertunjangkan kepada tiga perkara :

1. Aqidah : Membicarakan soal hubungan hamba dengan tuhannya yakni Allah s.w.t.

2. Syariah : Membicarakan soal hubungan diantara individu dan masyarakat umum (yakni manusia sekeliling).

(10)

e. Diantara perkara yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. Sabda Nabi s.a.w :

ْنِم ّنِإ : َمّلَس َو ِهْيَلَع ُ ّه ىّلَص ِ ّه ُلوُسَر َلاَق : َلاَق ، ُهْنَع ُ ّه َي ِضَر ، ِ ّه ِدْبَع ِنْب ِرِباَج ْنَع

اًقق ْخَأ ْمُكُنَس ْحَأ ِةَماَيِقْلا َم ْوَي اًسِل ْجَم يّنِم ْمُكِبَرْقَأ َو ّيَلِإ ْمُكّبَحَأ

.

Sayyidina Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang yang paling aku kasihi dan paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang-orang yang paling baik Akhlaknya”.

(HR. Tirmizi)

7. Ciri-ciri Akhlak Islamiah.

a. Bersifat mutlak dan menyeluruh.

Akhlak Islam adalah bersifat mutlak dan menyeluruh, ianya tidak boleh ditukar ataupun diubah oleh sesiapa sahaja mengikut akal fikiran semata-mata, perlaksanaan adalah bersifat menyeluruh terhadap setiap individu, tidak mengira darjat keturunan, bangsa, warna kulit, pangkat, tempat dan masa.

b. Lengkap dan sempurna dalam tuntutan.

Jika kita lihat dari sudut kejadian manusia itu sendiri, ianya dibekalkan dengan pelbagai naluri insani, seperti naluri menyayangi diri, naluri mempertahankan keturunan dan juga naluri takut. Akhlak Islam adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan, sama ada dari segi rohani, jasmani dan a’kliah (akal), ia sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha untuk menjaga insan dari melakukan sifat-sifat yang tercela. Dan ianya untuk kesempurnaan setiap insan dan bukan untuk menghalang kebebasan peribadi seseorang.

c. Bersifat sederhana dan seimbang.

(11)

d. Menyeluruhi sama ada dari segi suruhan ataupun larangan.

Pada pandangan Akhlak Islamiah, diantara suruhan dan larangan kedua-duanya adalah amat penting, segala perkara yang disuruh untuk dilakukan oleh agama itu ada hikmah disebaliknya dan segala perkara yang dilarang oleh agama pun ada keburukannya jika dilakukan. Oleh sebab itulah, Akhlak Islam meliputi segala aspek sama ada dari segi suruhan ataupun larangan dan tidak mengutamakan dan mengabaikan mana-mana aspek.

e. Bersih didalam perlaksanaannya.

(12)

Tinjauan terhadap aliran-aliran Moral

1. Aliran Moral Kemasyarakatan Positif Pengenalan

Moral Kemasyarakatan adalah sebuah aliran yang menetapkan hukum Moral mereka bersumberkan kemasyarakatan. Ianya sebuah aliran yang cenderung kepada mementingkan kepentingan umum yang berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada hukum, tatasusila ataupun tatatertib sesebuah masyarakat. aliran ini juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi perintah daripada sesebuah masyarakat, ia juga mementingkan kepentingan dan faedah terhadap masyarakat dan bukan kepentingan untuk individu sahaja. Peraturan bagi Moral Masyarakat kebiasaanya merangkumi tradisi, nilai-nilai murni, kebiasaan atau adab, etika dan pantang larang, ia adalah bertujuan untuk menjaga kerukunan sosial (umum). Menurut aliran ini, wujudnya nilai moral didalam diri setiap individu itu adalah kerana seseorang itu hidup didalam lingkungan kemasyarakatan ataupun sesebuah kumpulan. Menurut aliran ini lagi, bahawa kebaikan yang dilakukan oleh setiap individu itulah adalah hasil daripada sesuatu perkara yang disuruh oleh akal kemasyarakatan, manakala kejahatan pula adalah hasil daripada perkara yang dilarang oleh akal kemasyarakatan (Akhlak Islamiah, ILHAM : 1996).

Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Kemasyarakatan.

Levy Bruhl (1857 - 1939) ahli falsafah Perancis, pendokong aliran ini berpendapat bahawa Moral mempunyai tiga kefahaman :

1. Perkataan moral ini merujuk kepada asas-asas pemikiran, hukum-hukum, persepsi dan kebiasaan yang saling berhubungkait dengan hak-hak dan kewajipan manusia antara satu sama lain yang telah diakui dan diamalkan oleh individu-individu secara menyeluruh pada sesuatu masa tertentu ataupun didalam sesebuah tamadun tertentu.

2. Moral juga merujuk kepada ilmu yang mengkaji tentang perkara (asas, pemikiran, hukum-hukum, persepsi dan kebiasaan yang saling berhubungkait dengan hak-hak dan kewajipan manusia antara satu sama lain), sebagaimana ilmu tabi’i (kebiasaan) yang mana mengkaji tentang fenomena tentang alam itu sendiri. Ilmu Moral ini berbeza sepertimana ilmu tabi’i kerana ianya berlainan dari segi bidang kajiannya, sedangkan ilmu Moral adalah ilmu yang menunjukkan ilmu itu sendiri dan juga bidang kajiannya.

(13)

Emile Durkheim (1858 – 1917) , sifat-sifat atau ciri-ciri terpenting bagi Moral adalah kewajipan dan kebaikan, iaitu jika kita lihat dari segi kewajipan ia merupakan suatu peraturan dan kaedah bagi sesebuah masyarakat, dan dari segi kebaikannya ia juga meletakkan matlamat yang baik bagi tingkah laku manusia dan mendorong kehendak manusia untuk melakukan kebaikan.

2. Aliran Naturalism. Pengenalan.

Naturalism adalah sebuah pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Manusia adalah secara tabi’i dan semulajadi rasional berbanding dengan haiwan, manusia jauh berbeza jauh berbeza kerana manusia mempunyai keupayaan sendiri untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal berbanding binatang yang tidak mempunyai akal tapi hanya mempunyai otak semata-mata. Walaupun begitu, jikalau kita lihat didalam hidup manusia ini terdapat persamaan dari segi perasaan diantara masyarakat umum dan haiwan. Setiap individu tidak mahu disakiti sama ada dari segi batin ataupun zahirnya, sama ada manusia ataupun binatang sekalipun tidak suka disakiti. Tapi bagi individu yang mempunyai Moral didalam dirinya, ia akan merasakan bahawa perbuatan menyakiti orang adalah tidak menjadi sebarang kesalahan. Jikalau binatang sendiri tidak suka disakiti, apatah lagi manusia yang mempunyai perasaan dan akal yang sempurna.

Menurut aliran ini, rasa Moral yang timbul dalam diri seseorang itu adalah oleh kerana kecenderungan semulajadi untuk merasa simpati terhadap orang lain yang dibina atas perasaan dan kehendak yang sama-sama wujud didalam diri setiap individu. Menurut aliran ini lagi, kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran “naturalis”. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai “falsafah naturalistik” iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.

Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Naturalism.

(14)

Adam Smith (1723 – 1790), ahli ekonomi dan falsafah moral berbangsa scot ini berpendapat bahawa dalam diri manusia ini wujud perasaan kasihan belas terhadap orang lain, bagi beliau, naluri tersebut ialah merupakan sumber bagi moral manusia.

Voltaire (1694 – 1778), falsafah Perancis yang dianggap sebagai salah seorang tokoh pemikir abad yang ke 18, ia menggangap undang-undang Moral itu adalah merujuk kepada tabiat manusia itu sendiri. Kata beliau undang-undang tabi’i ini adalah undang-undang Moral yang teah dikurniakan oleh Allah s.w.t kedalam naluri setiap insan yang bernama manusia. Seterusnya beliau mengatakan, manusia adalah bersifat menyayangi, terikat dengannya dan ingin menjaganya.

3. Aliran Utilitarism. Pengenalan.

Utilitarism berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud “berguna” ataupun “kegunaan” yang diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748 – 1832) dan John Stuart Mill (1806 – 1873). Utility juga berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud manfaat. Perkataan utilitarism ini boleh juga kita samakan dengan istilah Melayu iaitu Manfaatism. Utilitarism adalah aliran Moral yang berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan untuk memaksimumkan kebahagian dan keseronokkan kepada kebanyakkan semata-mata. Aliran ini bepegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan disini ialah keseronokkan dan ianya bukan sesuatu yang bersifat Moral. Menurut aliran ini lagi, utilitarism adalah satu aliran yang menilai dan melihat baik buruknya sesuatu perbuatan atau tindakan manusia itu dilihat dari segi sedikit atau banyak manfaat yang diperolehi apabila melakukan perkara tersebut. Pada pandangan ahli falsafah mereka utilitarism ini terbahagi kepada dua bahagian :

a. Utilitarisme Tindakan : setiap individu patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan yang maksimum kepada umum yang dipengaruhi oleh tindakan tersebut. Peraturan tidak diperlukan untuk sesebuah tindakan kerana setiap situasi dan individu adalah berlainan.

(15)

adalah akan membawa kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti umum dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan adalah tidak harus dilakukan sama sekali kecuali individu tersebut didalam situasi dan keadaan yang tertentu yang memboleh ia membunuh dengan sebab untuk mempertahankan diri.

Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Utilitarisme.

Hobbes (1588 – 1679), mengikut pendapatnya, tabiat semulajadi manusia adalah tabiat keegoaan yang bertindak hanya unutk kepentingan diri sendiri. Moral itulah yang menampilkan yang menampilkan suatu peranataraan untuk mencapai manfaat dan bukan tabiat didalam diri.

Aristippus (435 – 356) murid kepada Socrates (470 – 400) yang menafsirkan Moral sebagai satu kebahagiaan, yang dikatakan oleh Socrates itu sebagai kelazatan. Seterusnya dia menyeru kepada kelazatan yang zahir ataupun lahiriah individu yang tersebut. Beliau menyatakan, seseorang itu hendaklah menyegerakan perlaksanaan terhadap sesuatu perkara kerana jika melengah-lengahkannya akan timbul didalam diri seseorang perasaan yang menderita, rasa celaka, dan rasa tertekan. Tingkah laku yang keluar daripada rasa kebahagiaan itulah yang dinamakan Moral. Bagi beliau prinsip-prinsip Moral yang dibentuk daripada keadaan yang tersebut itu adalah merupakan prinsip-prinsip Moral itu sendiri.

J.S Mill, menurutnya, aliran Moral utiitarisme ini dapat mendorong seseorang untuk mencapai keadaan-keadaan yang bermutu tinggi dan cemerlang, bagi golongan ini, yang menjadi ukuran dalam sesuatu perbuatan dan tindakan ialah memberi kebahagiaan dan rasa kesenangan kepada orang lain sebanyak yang mungkin. Ini boleh menolong individu tersebut berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh yang demikian, jika terdapat dua keadaan diantara kesenangan persendirian dan kesenangan masyarakat umum, maka kesenangan masyarakat umumlah yang harus didahulukan kerana pengorbanan adalah merupakan perbuatan yang amat baik untuk tujuan Moral utilitarisme itu sendiri.

4. Aliran Moral Idealism. Pengenalan

(16)

Besar Bahasa Indonesia, 2007 : 416). Falsafah didalam aliran ini berteraskan kepada kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk mengenal pasti perkara yang benar dan perkara yang salah. Logik adalah alat untuk menentukan apakah perkara yang harus dilakukan dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta dalam semua situasi. Falsafah ini lebih bersifat statik, stabil dan sukar untuk diubah. Ia juga kurang berminat terhadap inovasi, seperti mana fesyen pakaian yang sentiasa berubah-ubah. Sebagai contoh, orang yang berbuat baik, menolong orang yang susah umpamanya, tujuan beliau berbuat demikian bukanlah kerana ingin dipuji dan bukanlah juga kerana inginkan sesuatu balasan atau penghormatan, akan tetapi semata-mata atas kemahuan dirinya sendiri dan rasa tanggungjawab dan kewajipannya terhadap individu yang lain.

Pandangan ahli-ahli Moral mengenai Moral Idealisme.

J. G. Fichthe (1762-1914 M), Johann Gottlieb Fichte adalah ahli filsafat Jerman Menurutnya, filsafatnya disebut “Wissenschaftslehre” (ajaran ilmu pengetahuan). Dengan melalui metode education, fichte cuba untuk menerangkan hubungan aku (Ego) dengan adanya benda-benda (non-Ego). Karena Ego adalah pemikiran, mengiakan diri maka terlahirlah non-Ego (benda-benda). Fichter menganjurkan supaya individu hendaklah memenuhi segala tugas yang diberikan kerana tugaslah yang menjadi pendorong kepada moral. Isi hukum moral ialah membuat sesuatu perkara menurut kata hati. Bagi seorang idealisme, hukum moral ialah setiap tindakan harus berupa langkah menuju kesempurnaan spiritual.

G. W. F. Hegel (1770-1031), beliau adalah merupakan salah seorang filsafah barat yang terkenal semasa zamannya. Inti filsafat Hegel adalah konsep Geists ( yakni roh ataupun spirit), ia berusaha menghubungkan diantara yang mutlak dengan yang tidak mutlak, yang dikatakan mutlak itu adalah roh (jiwa), menjelma pada alam dan dengan sebab demikian itu tahulah ia akan dirinya yang sebenar.

(17)

Perbezaan dan persamaan diantara Akhlak Islamiah, Moral dan Etika

Akhlak Islamiah

Akhlak adalah perbahasan mengenai perbuatan-perbuatan manusia, kemudian menetapkannya sama ada perbuatan tersebut termasuk didalam perbuatan yang baik ataupun perbuatan yang buruk dan pengisian pembahasan dalam Akhlak berupaya mengenal tingkahlaku manusia, kemudian memberikan hukum kepada perbuatan tersebut sama ada perbuatan tersebut tergolong perbuatan yang baik atau buruk.

Didalam perbuatan Akhlak terdapat lima ciri asasnya iaitu :

1. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang telah tertanam kuat dalam diri seseorang individu, sehingga telah menjadi keperibadiannya.

2. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang dilakukan dengan mudah dengan menggunakan anggota tanpa pemikiran.

3. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang timbul dari dalam diri orang yang mengerjakannya, tanpa ada paksaan atau tekanan dari luar (atas dasar dan keinginan diri sendiri) tanpa paksaan.

4. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang di lakukan dengan bersesungguh-sungguh bukan kerana bermain-main atau kerana suka-suka.

5. Perbuatan akhlak (khususnya anak yang baik) adalah perbuatan yang dilakukan kerana ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t, bukan kerana ingin di puji orang atau kerana ingin mendapat pujian semata-mata.

Moral

Moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari kehendak, pendapat atau perbuatan yang dapat diputuskan sama ada betul atau salah baik atau buruk sesuatu perkara.

(18)

Etika

Etika adalah merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya yang menentukan perbuatan yang di lakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk, dengan kata lain aturan atau sistem tingkah laku yang di hasilkan oleh akal manusia. Dengan adanya Etika, pergaulan dalam sesebuah masyarakat akan terlihat baik dan buruknya, etika bersifat “relative” yakni dengan makna dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah Moral dan Etika ini dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada segi bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti. Islam adalah sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. Ilmu akhlak didalam berusaha untk membina dan memupuk rohaniah manusia, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan membawa individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping menjauhi daripada bahaya keburukan dan kejahatan supaya setiap individu berusaha menjauhkan diri daripada pengaruh-pengaruh yang bersifat negatif.

Perbezaan diantara sumber Akhlak Islamiah dan sumber Moral dan

Etika.

Sumber Akhlak Islamiah

Akhlak dalam Islam mempunyai sumber yang lebih tinggi daripada pemikiran manusia iaitu wahyu daripada Allah s.w.t yang disampaikan oleh Rasulnya berupa kitab suci al-Quran. Selain itu hadis yang disampaikan oleh rasul-Nya juga menjadi sumber akhlak yang tertinggi selepas al-Quran berdasarkan firman Allah s.w.t didalam al Quran:

Maksudnya :

Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (al Ahzab : 71)

(19)

dan hadis adalah muktamad sehingga akhir zaman dengan perutusan Nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. al-Quran dan al Hadis turut menjadi sumber dalam menerangkan akhlak-akhlak Nabi Muhammad yang mulia kepada seluruh umat manusia. Walau bagaimanapun terdapat juga ketetapan umum yang membuka ruang ijtihad oleh akal fikiran manusia (yakni ulama’) dalam lingkungan dan garis panduan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al Sunnah.

Akhlak Islam yakni yang bersumberkan wahyu Allah s.w.t tidak melihat akhlak yang diterapkan dan diamalkan hanya bagi menjaga keharmonian hidup sesama manusia di dunia sahaja, ianya menekankan konsep pembalasan yang mengandungi unsur peribadatan kepada Allah s.w.t yang mencipta setiap makhluknya serta elemen dosa dan pahala yang akan menentukan bentuk pembalasan di akhirat yang boleh memandu manusia supaya berkelakuan baik dan sepatutnya sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam.

Sumber Moral dan Etika

Moral dan Etika melibatkan sumber yang terhad iaitu berasaskan pemikiran manusia semata-mata. Namun moral ini mempunyai elemennya yang tersendiri seperti adat, budaya dan pandangan hidup (worldview) yang diamalkan oleh sesetengah kelompok-kelompok masyarakat yang kebiasaanya diwarisi oleh turun-temurun. Elemen-elemen ini jelas menjadikan sistem Moral yang diamalkan berbeza antara satu sama lain, kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perbezaan ini bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor agama dan perbezaan kaum, malah latar tempat dan masa yang berbeza turut mempengaruhi perbezaan ini. Manakala Etika pula untuk menentukan nilai perbuatan seseorang manusia sama ada baik ataupun buruk perlakuan individu tersebut adalah dengan menggunakan tolak ukur akal pikiran atau rasional, sedangkan dalam Moral ia mempunyai elemennya yang tersendiri seperti adat, budaya dan pandangan dunia (worldview) yang diamalkan oleh sesetengah kelompok-kelompok masyarakat yang kebiasaanya diwarisi turun-temurun, dan manakala dalam Akhlak Islam pula menggunakan ukuran al Qur’an dan al Hadis untuk menentukan baik atau buruknya sesuatu perkara.

(20)

Perbezaan diantara Akhlak Islamiah dan Moral dapatlah disimpulkan seperti rajah dibawah, :

Akhlak Islamiah Moral

Akhlak bersumberkan daripada al Quran dan al Sunnah yakni daripada Allah s.w.t

Berdasarkan pengalaman,sikap dan tingkah laku manusia (ciptaan manusia)

Bersifat tetap dan tidak berubah-ubah mengikut masa dan tempat ( bersifat

mutlak )

Bersifat tidak tetap dan berubah-ubah mengikut tempat , masa dan keadaan

( bersifat relatif )

Bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t

Bertujuan untuk mendapat keredhaan manusia sahaja.

Bersifat universal dan boleh diterima oleh umum

Bersifat khusus dan hanya boleh diterima oleh masyarakat setempat sahaja.

Persamaan diantara manfaat Akhlak Islamiah, manfaat Moral dan

Etika

(21)
(22)

i. al Tanzil, Terjemahan al Quran al Karim (Rasm Uthmani dalam bahasa melayu) : 2012, Al hidayah House of Quran SDN BHD.

ii. Al Syeikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi Ad Dimasqi, Mutiara Ihya Ulumuddin (Imam al Ghazali) : 2014, PT Mizan Pustaka.

iii. Ainusysyam, Fadlil Yani, Pendidikan Akhlak : 2007, Ilmu dan Aplikasi Pendidikan Bagian III: Pendidikan Disiplin Ilmu. Tanpa Kota: PT. Imtima.

iv. Ahmad amin, Farid ma’rif, Bulan Bintang, Jakarta, 1993.

v.

Ali Abdul Halim Mahmud, Karakteristik Umat Terbaik : 2004, Gema Insani.

vi. Alwi Hasan, dkk : 2003, Kamus Besar Bahasa Indonesia, Jakarta, Balai Pustaka.

vii. Syeikh Muhammad Yusuf Kandlawi, Muntakhab Ahadis (hadis-hadis pilihan) : 2012, Maktabah Ilmiah.

viii. Franz Magnis-Suseno, I. Wibowo, B. Herry-Priyono, Franz Magnis-Suseno, I. Wibowo, B. Herry-Priyono : 2006, Kanisius.

ix. Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM), Akhlak Islamiah : 1996, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan.

x. Roger J. Sullivan, Immanuel Kant's Moral Theory, : 1989, Cambridge University Press.

Referensi

Dokumen terkait

PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA setuju dan sepakat satu sama lain bahwa apabila dalam masa evaluasi pelaksanaan pekerjaan perawatan taman dan kebersihan lingkungan di Sentul City, PIHAK

Optimasi dengan metode ekspansi deret Taylor dipilih karena mampu, menentukan nilai optimum noncondensable-gas (NCG) yang dapat dihisap steam ejector dalam batas

dan merasakan ada kelucuan. Tujuannya tidak lain adalah untuk kesenangan atau sekedar hiburan. Namun, untuk menjadikan tertawa menjadi berkualitas dan bernilai baik

a. Jika tidak terjadi jeda antara proses inspirasi dan ekspirasi maka inspirasi diasumsikan berakhir pada puncak siklus. Jika terdapat banyak puncak sinyal pada satu

Kapsul adalah sediaan padat yang t  sediaan padat yang terdiri dari obat dalam erdiri dari obat dalam cangka cangkang ng keras atau lunak yang dapat larut.. Cangkang umumnya

Kompetensi Dasar : 3.6 Menerapkan fungsi sosial, struktur teks, dan unsur kebahasaan teks interaksi transaksional lisan dan tulis yang melibatkan tindakan memberi

memilih pilihan akademik yang disebut program peminatan, yang dilaksanakan oleh guru BK (Konselor) sekolah/ madrasah. Peminatan yang dilaksanakan di sekolah dilakukan

Perubahan nilai fluks pada proses nano- filtrasi menggunakan membran selulosa asetat dengan gaya sentrifugal yang berbeda dalam peningkatan kadar patchouli alkohol dari minyak