• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendekatan Humanistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas wujud dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut selesa atau tidak.

Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini, guru boleh memberikan peluang kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan murid itu mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri.

Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah keadaan bilik darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat murid-murid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi murid-murid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang. Guru juga penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar ketika mereka berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut. Contohnya tidak ada

(2)

gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan lain yang suka membuli atau sebagainya.

Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers menyatakan seorang guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009). Guru boleh memanfaatkan cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid perlu tahu apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam diri murid untuk belajar. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan mudah. Dalam pendekatan humanistik, guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru bukan sahaja bertindak sebagai menyampaikan ilmu semata-mata malahan guru juga bertindak untuk memberikan motivasi kepada murid-murid. Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat ( Choong Lean Keow, 2011). Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Motivasi mampu merangsang dan membantu seseorang murid untuk mencapai matlamat pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras rendah berkeyakinan untuk meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam pendekatan humanistik Rogers juga, guru haruslah berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid.Guru perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi yang baik antara guru dan murid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan memudahkan guru untuk memahami murid-muridnya. Guru juga mudah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan dengan masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga boleh mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak akan berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru mereka.Komunikasi yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer. Perkongsian perasaan membolehkan situasi bilik darjah

(3)

mudah dikawal oleh guru kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang murid tersebut. Hal ini memudahkan guru tersebut mengambil langkah mengawal dan menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan, namun kegagalan tidak bermaksud kekalahan. Guru haruslah membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa jemu.Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum memulakan sesi pembelajaran agar mereka dapat memberikan tumpuan yang baik. Motivasi juga boleh diberikan dalam bentuk lain contohnya dengan memberikan ganjaran. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya memperkembangkan potensi diri sendiri. Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak atau murid-murid terhadap dirinya sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri sendiri akan meningkatkan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu menyediakan soalan-soalan latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut agar mereka dapat menjawab soalan tersebut. Jika mereka mendapat soalan yang susah dan tidak dapat menjawab soalan tersebut, mereka akan menganggap bahawa diri mereka bodoh dan seterusnya menyebabkan keyakinan dalam diri mereka rendah. Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri dalam seseorang murid. Mereka akan sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam kelas. Sikap intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang kebolehan diri untuk meningkatkan pencapaian. Disamping itu, guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dalam pembelajaran dengan cara memberi perhatian kepada potensi diri setiap pelajar mereka khususnya melibatkan bakat dan kebolehan terpendam. Guru boleh menjalankan pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri murid-murid. Contohnya pertandingan melukis. Dengan mengajurkan pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid yang berbakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang mereka ada tu. Murid-murid yang mengikuti bidang yang mereka minati akan berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut. Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam erti kata lain perasaan ingin belajar dalam diri individu di dorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Dalam hal ini, murid-murid tersebut akan mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka masing-masing. Di sini guru memainkan peranan yang penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih berkonsepkan kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Sebagai fasilitator, guru perlu memainkan peranan dengan membimbing murid-murid agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak mengajar karangan di dalam kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar sebagai panduan kepada murid-murid tersebut. Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan

(4)

seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka sendiri berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru tersebut. Seorang guru juga perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru perlu menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih proaktif melalui komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan tanpa melibatkan kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini pelajar tidak akan berasa malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa rendah diri. Disamping ituguru juga perlu mengambil berat akan aspek perbezaan individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar belakang dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di hadapan murid-murid yang berbilang kaum agar tidak timbul masalah-masalah dalam kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan merasa rendah diri apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri rendah. Selain daripada itu, seorang guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dengan cara menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya dalam pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif. Sebagai contoh guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid akan berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Murid-murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar sebagai satu pasukan. Murid-murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain untuk menjawab soalan tersebut. Murid-murid juga dapat belajar untuk saling berkerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam kelas juga, guru perlu mengajar murid-murid dengan penuh kasih sayang. Dalam hirarki keperluan Maslow, keperluan kasih sayang berada pada aras ketiga ( Choong Lean Keow, 2011). Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang murid. Guru yang melayan murid-murid dengan sikap kasar menyebabkan murid akan berasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Guru juga perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dan memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.

(5)

IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH

 Guru perlulah cuba membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan tersebut.

 Guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

 Guru boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, seterusnya meningkatkan peluang dan memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

 Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

 Tambahan lagi, guru boleh membantu dan menggalakkkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.

 Guru juga perlu berusaha dalam mengimbangkan komponen intelek dan emosi menerusi aktiviti-aktiviti yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

 Guru mesti menunjukkan contoh yang terbaik dari segi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.

 Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.  Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala.

(6)

Teori pembelajaran Humanis turut memainkan peranan yang penting di dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Pendekatan humanis yang dilihat sebagai kuasa ketiga dalam bidang psikologi adalah sangat sangat menarik untuk diaplikasikan oleh guru. Namun, sejauh manakah keberkesanannya?

Seorang guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya yang mempunyai pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan dengan teori humanis bagi menjadikan pembelajaran menjadi lebih efektif. Sebagai contoh, ada pelajar yang belum bersarapan atau mengantuk didalam kelas. Apabila guru boleh menghidu situasi murid yang sebegini, guru tersebut perlu memberi ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk murid yang mengantuk untuk tidur sekejap. Hal ini bukan sahaja akan meningkatkan mood untuk murid belajar. Malah, ia akan menjadikan murid lebih menumpukan kepada aktiviti pembelajaran yang berlangsung didalam kelas. Disamping itu, guru perlulah mengajar dengan berfokuskan kepada pelajar, bukannya mengajar subjek yang diajar semata-mata. Dalam hal ini, keperluan pelajar haruslah diutamakan. Jika hal ini dilakukan, pastinya proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Guru bertanggungjawab supaya memberikan kefahaman kepada pelajar sebaik mungkin. Sebagai contoh, guru sains mengajar mengenai planet di alam semesta. Guru harus mengenalkan murid kepada planet supaya murid tahu, bukannya menyampaikan apa yang guru tahu mengenai planet sehingga murid tidak faham apa yang diajar oleh guru. Perkara ini haruslah disedari oleh semua guru supaya murid boleh menerima pengajaran guru dan seterusnya supaya keberkesanan murid untuk belajar topik yang akan datang akan menjadi lebih mudah.

Akhir sekali, teori humanis dapat dilihat keberkesanannya melalui tindakan guru yang sentiasa menjadi contoh teladan yang baik kepada muridnya. Sebagai contoh, setiap pagi akan ada kelas yang bertugas untuk memungut sampah. Guru yang bertugas untuk memantau para pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik dengan turut sama bersama para pelajar memungut sampah. Hal ini bukan sahaja menimbulkan rasa percaya pelajar terhadap guru. Malah, ianya dapat memupuk tabiat suka menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar dan guru. Haruslah diingatkan bahawa, seorang guru bukanlah mengajar akademik dan kokurikulum sahaja. Guru juga turut sama bertanggungjawab membentuk sahsiah, akhlak dan peribadi pelajar agar boleh berketrampilan mulia di dalam kehidupan seharian.

(7)

Implikasi Teori Pembelajaran Carl Rogers Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Suasana bilik darjah yang kondusif perlu disediakan supaya murid dapat belajar dengan selamat dan tenang. Guru juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid berasa seronok ketika berada di dalam bilik darjah tanpa sebarang tekanan ketika belajar. Oleh itu, guru perlu memastikan murid berasa selesa dengan persekitaran yang disediakan.

Guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Dengan adanya minat dan perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara, murid-murid akan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru Pendidikan Seni mengajar di dalam kelas. Dengan ini, murid tersebut mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya.

2.2.5 Teori Pembelajaran Humanism Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan pengajarannya pada pembangunan kemampuan yang positif. Kemampuan positif tersebut erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi merupakan karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik beraliran humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses yang dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi diri,

pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal. Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu

bagaimana dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan 20

pengajarannya pada pembangunan kemampuan yang positif. Kemampuan positif tersebut erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi merupakan karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik beraliran humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses yang dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal. Pendekatan humanisme dalam pendidikan menekankan pada perkembangan positif. Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan kemampuan yang mereka punya dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini mencakupi kemampuan

interpersonal sosial dan cara untuk pengembangan diri yang ditujukan untuk memperkaya diri, menikmati keberadaan hidup dan juga masyarakat. Ketrampilan atau kemampuan membangun diri secara positif ini menjadi sangat penting dalam pendidikan kerana keterkaitannya dengan

keberhasilan akademik. Dalam teori belajar humanistic, belajar dianggap berhasil jika siswa

memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Siswa dalam proses belajarnya harus berusaha agar ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami

(8)

perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya. Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Salah satu idea penting dalam teori belajar humanisme iaitu pelajar harus mampu untuk mengarahkan dirinya sendiri dalam kegiatan belajar mengajar, sehingga pelajar mengetahui apa yang dipelajarinya serta tahu betapa besar pelajar tersebut dapat memahaminya. Dan juga pelajar dapat mengetahui mana bagaimana mereka akan belajar. Dengan demikian maka pelajar di harapkan mendapat manfaat dan kegunaan dari hasil belajar bagi dirinya sendiri. Aliran humanisme memandang belajar sebagai sebuah proses yang terjadi dalam individu yang meliputi bagian/domain yang ada iaitu dapat meliputi domain kognitif, afektif, dan psikomotorik. 21 Dengan kata lain, pendekatan humanisme menekankan pentingnya emosi atau perasaan, komunikasi terbuka, dan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap pelajar. Untuk itu, cara pembelajaran humanistik mengarah pada supaya untuk mengasah nilai-nilai kemanusiaan pelajar. Sehingga para pendidik/guru diharapkan dalam pembelajaran lebih menekankan nilai-nilai kerjasama, saling membantu, dan menguntungkan, kejujuran dan kreativiti untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran sehingga menghasilkan suatu proses pembelajaran yang diharapkan sesuai dengan tujuan dan hasil belajar yang dicapai siswa.

(9)

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang. Pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai

pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Guru berpeluang melihat pelajar mereka mempelajari sesuatu yang baru setiap hari; berpeluang melihat kepuasan di wajah pelajarnya bila mereka mendapat ilmu yang mereka tidak pernah ketahui atau alami sebelum ini. Walau apapun pelajar kita tidak mudah melupakan guru yang baik, tetapi apakah sebenarnya maksud menjadi seorang “guru yang baik?” Salah satu ciri yang asas untuk menjadi guru yang baik adalah

kemampuan mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Kemampuan mengawal tingkah laku pelajar menjadi sangat penting sekiranya seseorang guru mengajar di sekolah yang menghadapi masalah tingkah laku yang serius. Fungsi utama anda sebagai seorang guru, adalah berusaha untuk memotivasi pelajar untuk belajar. Ini boleh berlaku sekiranya anda boleh membuat pelajar itu memberi sepenuh perhatian, berdisiplin dan bertingkah laku baik semasa sesi pengajaran anda. Setiap pelajar di sekolah memerlukan pendidikan yang baik yang boleh guru tawarkan. Menjadi tanggungjawab guru mencari jalan untuk mencapai matlamat ini. Di sesetengah sekolah mengurus dan mengawal tingkah laku para pelajarnya merupakan satu cabaran hebat yang perlu guru harungi bagi menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih kondusif di bilik darjah. Guru-guru boleh mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Mereka perlu menjadi seorang yang pakar dalam subjek yang mereka ajar, dan juga mesti mempunyai kemahiran mengawal tingkah laku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di bilik darjah.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti komitmen terhadap perlaksanaan penerapan PAS dalam pengajaran di bilik darjah dalam kalangan guru pelatih yang mengikuti

Jelaslah untuk mengurus bilik darjah dengan baik, guru pelatih perlu menetapkan peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak

Kejadian ini juga menunjukkan bahawa dalam bilik darjah sains sekolah rendah, selain daripada percakapan guru atau pelajar, aktiviti P&P yang lain juga turut menyumbang

(i) Penceramah bukan dari guru-guru yang mengajar mereka tetapi guru- guru agama yang mengajar darjah lain bagi menambah sambutan murid-murid (jika guru sekolah sendiri). (ii)

Melihat peri pentingnya terapi kepada murid-murid pendidikan khas maka pihak PPKI SK Kampong Lalang merancang untuk mengadakan pembelajaran luar bilik darjah

Selain daripada mengajar topik yang berkaitan, guru juga akan menjelaskan kepada murid yang mengikuti PdP secara bersemuka tentang persediaan yang perlu dibuat sewaktu mereka berada

Dia tidak pernah lelah mengajar murid-muridnya Meskipun dalam keadaan pandemi guru tetap mengajar murid-muridnya tanpa mengenal lelah Guru memberikan kita ilmu dengan segenap

BM_Sepadu ini memberi kesan yang positif terhadap aktlVIU penbualde~~~i pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah tingkatan 4. Data temU n Jllodu ~ guru dan pelajar menunjukkan