Y A N G P E R T A M A
Sahabat Rasulullah s.a.w. merupakan generasi yang paling mulia kerana mereka menerima pendidikan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w di samping terdidik dalam suasana wahyu. Melalui mereka sunnah Rasulullah s.a.w. terpelihara dan dapat sampai kepada generasi kemudian. Allah s.w.t. telah memilih satu generasi yang paling mulia untuk mendampingi dan menemani Rasul -Nya. Demi memastikan Islam tetap tersebar ke seluruh alam, mereka sanggup mengorbankan jiwa dan harta mereka.
Dalam menentukan siapakah Sahabat, para ulama’ telah memberi beberapa definisi. Al -Imam al-Bukhari menyatakan: “Sesiapa dari kalangan orang-orang Islam yang mendampingi Rasulullah s.a.w. atau melihat Baginda maka dia adalah Sahabat”. (Sahih al-Bukhari, hal 697). Hafiz Ibn Hajar mendefinisikan Sahabat sebagai sesiapa yang menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan beriman dengan Baginda dan meninggal dunia sebagai Islam. Berdasarkan kepada definisi ini, walaupun seseorang yang bertemu Rasulullah dalam keadaan masih kafir kemudian memeluk Islam tetapi kemudiannya tidak sempat bertemu Baginda, tidak dikira seorang Sahabat.
Baligh tidak menjadi syarat kemestian dalam menentukan seseorang itu Sahabat atau tidak. S ekiranya syarat baligh dikenakan pasti sebilangan besar Sahabat tidak boleh dianggap Sahabat kerana mereka hanya baligh setelah kewafatan Baginda. Antara mereka ialah Abdullah bin al -Zubair, al-Hasan dan al- Husain.
Menurut Ibn Kathir, beberapa imam seperti al-Bukhari, Abu Zurah, Ibn Abd al-Barr, Ibn Mandah, Ibn al- Athir dan Abu Musa al-Madini menegaskan semata-mata bertemu Rasulullah s.a.w. sudah memadai dalam menentukan seseorang itu sebagai Sahabat. (Dirasat fi al-Jarh wa al-Tadil, hal 171)
Kedudukan Sahabat Yang Utama
Rasulullah s.a.w. menerangkan di dalam hadith-hadith tentang keutamaan Sahabat-sahabat Baginda.
نع دبع الله يضر الله
،هنع نع يبنلا ىلص الله هيلع ملسو : (لاق ريخ سانلا
،ينرق مث نيذلا
،مهنولي مث نيذلا مهنولي )
Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah kurunku, kemudian yang mengikuti mereka dan kemudian yang mengikuti mereka”.
نع يبأ ديعس يردخلا يضر الله هنع : لاق لاق يبنلا ىلص الله هيلع : (ملسو لا اوبست
،يباحصأ ولف نأ مكدحأ قفنأ لثم دحأ
،ابهذ ام غلب دم مهدحأ لاو هفيصن
) .
Daripada Abu Sa`id al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah anda memaki Sahabat- sahabatku, jika seseorang dari kalangan kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud pasti tidak akan menyamai sebanyak satu cupak mereka malah separuh cupak mereka”.
Tingkatan Generasi Sahabat
Pengelasan generasi Sahabat yang paling diakui ialah yang dibuat oleh al -Hakim. Beliau telah mengelaskan generasi Sahabat kepada 12 tingkatan.
1. Sahabat yang awal memeluk Islam di Mekah seperti Khulafa Rasyidin.
2. Sahabat yang memeluk Islam sebelum berlaku pemesyuaratan penduduk -penduduk Mekah di Dar al-Nadwah.
3. Sahabat yang berhijrah ke Habsyah.
4. Sahabat yang terlibat dengan perjanjian Aqabah yang pertama.
5. Sahabat yang terlibat dengan perjanjian Aqabah yang kedua dan kebanyakan mereka adalah golongan Ansar.
6. Muhajirin awal yang menemui Rasulullah s.a.w. di Quba sebelum Baginda tiba di Madinah.
7. Ahli Badar.
8. Sahabat yang berhijrah selepas peperangan Badar dan sebelum perjanjian Hudaibiyah.
9. Sahabat yang terlibat dengan baiah Ridwan di Hudaibiyah.
10. Sahabat yang berhijrah antara peristiwa Hudaibiyah dan sebelum pembukaan Mekah.
11. Sahabat yang memeluk Islam ketika pembukaan Mekah.
12. Kanak-kanak yang sempat melihat Rasulullah s.a.w, pembukaan Mekah, Haji Wida` dan lain - lain.
Ahli Sunnah juga sepakat mengatakan para Sahabat kesemuanya adalah adil berdasarkan kepada ta’dil Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. sendiri. Satu penilaian yang tidak dapat ditandingi dan dipertikaikan oleh sesiapapun.
Kepentingan Mengenali Sahabat
Menjadi kewajipan kepada pelajar-pelajar hadith untuk membezakan antara Sahabat dan tabiin kerana ia mengelakkannya dari tersilap dalam menentukan kedudukan hadith. Pelajar yang dapat mengenali Sahabat tidak akan melakukan kesilapan dalam menentukan hadith “mawsul” dan hadith “mursal”. Dalam hal ini, al-Hakim menyebutkan: Sesiapa yang memahami dengan mendalam tentang Sahabat adalah seorang hafiz yang sempurna hafalan kerana saya pernah melihat sekumpulan dari kalangan guru-guru kita meriwayatkan hadith mursal daripada tabiin daripada Rasulullah s.a.w dengan menyangkanya seorang Sahabat. Adakalanya mereka meriwayatkan hadith musnad (hadith yang bersambung sanadnya) daripada Sahabat yang disangkakan sebagai seorang tabiin. (Ulum al-Hadith, Asiluha wa Mu`asiruha, 99)
Bagaimana Sahabat Dapat Ditentukan?
Seseorang perawi itu dapat ditentukan sebagai Sahabat dengan melihat kepada salah satu tanda -tanda berikut.
Dengan riwayat yang mencapai taraf tawatur iaitu ramai yang mengakui tentang seseorang adalah Sahabat dan menukilkannya generasi demi generasi sehingga mustahil mereka berpakat untuk berdusta.
Contohnya seperti persahabatan Khulafa al-Rasyidin dan Sahabat-sahabat yang telah dijanjikan syurga.
Ini seperti pernyataan al-Qur’an tentang persahabatan Abu Bakar di dalam surah al-Tawbah, Ayat 40. Ahli tafsir sepakat mengatakan yang dimaksudkan dengan sahib itu ialah Abu Bakar.
Dengan riwayat yang mencapai taraf masyhur iaitu persaksian yang rendah sedikit daripada tawatur iaitu nama Sahabat itu disebutkan di dalam hadith yang masyhur seperti Dhimam bin Tha`labah, `Ukasyah bin Mihsan, Salmah bin al-Akwa’ dan lain-lain.
Apabila seorang Sahabat menyatakan bahawa seseorang itu adalah Sahabat seperti Hamamah bin Abi Hamamah al-Dusi yang meninggal dunia kerana sakit perut di Isfahan pada zaman Umar bin al -Khattab.
Abu Musa al-‘Asy’ari tampil memberi saksi bahawa beliau pernah mendengar daripada Rasulullah s.a.w.
Pengakuan Sahabat sendiri bahawa dia adalah Sahabat. Bagaimanapun disyaratkan orang yang mendakwa sebagai Sahabat itu mestilah seorang yang terkenal dengan keadilan dan dakwaannya itu mestilah berlaku sebelum berlalu seratus tahun dari kewafatan Rasulullah s.a.w. Jika dakwaan dibuat selepas seratus tahun kewafatan Baginda, dakwaan itu tidak diterima seperti yang didakwa oleh Abi Dunya al -Asyajj, Maklabah bin Malkan dan Waratan al-Hindi. Ulama’ hadith sepakat mengatakan mereka berbohong.
Keadilan Sahabat
Menjadi ijmak di kalangan ulama’ bahawa semua Sahabat adalah adil. Keadilan bermaksud perawi adalah seorang muslim, baligh, waras, bersih daripada sebab-sebab kefasiqan dan perkara-perkara yang menjejaskan harga diri. Definisi ini menunjukkan adil itu lawan kepada fasiq. Iaitu jika seseorang itu fasiq maka keadilannya tidak ada lagi. Keadilan Sahabat bermaksud mereka tetap lurus dalam berpegang dengan agama, menjunjung perintah Allah, menjauhi larangan-Nya dan tidak dengan sengaja berdusta atas nama Rasulullah s.a.w. Keadilan Sahabat tidaklah bermaksud mereka itu terpelihara daripada melakukan maksiat, lupa dan tersilap. Dr Mahmud Tahhan menjelaskan keadilan Sahabat itu bermaksud menjauhkan diri dari sengaja berdusta dan menyeleweng dalam periway atan dengan melakukan dosa yang menyebabkan periwayatan mereka tidak diterima. Kesan dan natijah keadilan mereka ialah semua riwayat mereka diterima tanpa perlu bersusah payah mengkaji tentang keadilan mereka. Berkenaan Sahabat yang terlibat dalam fitnah pertelingkahan sesama mereka, itu dikira sebagai ijtihad yang mendapat ganjaran pahala sebagai baik sangka kepada mereka. Merekalah yang memikul amanah syariat dan mereka sebaik-baik kurun. (lihat Taysir Mustalah al-Hadith, hal. 199)
Sahabat Yang Paling Utama
Secara mutlak, Sahabat yang paling utama ialah Abu Bakar dan kemudian Umar. Kenyataan ini berdasarkan kepada ijmak Ahli Sunnah wal Jamaah. Dinukilkan juga dari Imam al -Syafie tentang ijmak para Sahabat dan Tabi`in. Bagaimanapun Syiah tidak bersetuju dalam hal ini kerana mereka berpendapat Ali adalah Sahabat yang paling mulia dan menjadi aqidah mereka semua Sahabat telah murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. kecuali beberapa orang sahaja. Oleh itu tiada yang lain yang tinggal melainkan Ali dengan itu mereka mengatakan Ali yang lebih mulia.
Sahabat yang paling akhir meninggal dunia ialah Abu Tufail `Amir bin Wathilah al -Laythi. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 100H. Tetapi ada pendapat mengatakan beliau hidup lebih lama dari itu.
Sementara yang paling akhir meninggal dunia sebelum beliau ialah Anas bin Malik yang meninggal dunia pada tahun 93H di Basrah.
Metode Sahabat Dalam Periwayatan Hadith
Kesungguhan Sahabat dalam meriwayatkan hadith ini dapat disaksikan dengan melihat kepada ketekunan mereka dalam mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w. Mereka benar -benar menginsafi bahawa ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. juga merupakan panduan hidup seperti al-Qur’an. Kita dapati mereka sentiasa mengintai peluang untuk sama-sama menyertai majlis-majlis Baginda. Dalam masa yang sama al-Qur’an memberi ancaman yang keras kepada sesiapa yang berpaling dari Rasulullah s.a.w. Sahabat seperti Abu Hurairah dan ahli suffah sentiasa mendampingi Baginda sehingga makan dan minum mereka bersama Baginda. Imam al-Bukhari menukilkan dalam Sahihnya:
* ُرُضْحَي َو ِهِنْطَب ِعَبشبالله َلوسر ُم ِزْلَي َناكَةَرْيَرُهابأ نإو ْمِهِلا َوْمأ ي ِفُلَمَعلا ُمُهُلَغْشَي َناك ِراَصْنَلأا َنِماَنَناَوْخإ نإو ِقاَوْسَلأاب ُقْف صلا ُمُهُلَغْشَي َناك َنيرِجاَهُملا َنِماَنَناَوْخإ نإ ام
لا َنو ُرُضْحَي ُظَفْحَيو ام لا َنوُظَفْحَي
Abu Hurairah menceritakan bahawa saudara-saudara dari kalangan Muhajirin sibuk dengan jual beli di pasar sementara saudara-saudara Ansar pula sibuk bekerja mengusahakan harta mereka. Sesungguhnya Abu Hurairah sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. dengan sepenuh perutnya, dia menyertai majlis yang tidak disertai mereka dan menghafal apa yang tidak diha fal oleh mereka. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-
`Ilm: Bab Hifz al-`Ilm, no: 117)
Para Sahabat juga sentiasa memastikan hadith Rasulullah s.a.w. dengan bertanya siapa dari kalangan mereka menyertai majlis Baginda. Jabir bin Samurah berkata: Saya mendengar Rasu lullah s.a.w bersabda: Dua belas orang tonggak dari Quraish tidak akan digugat oleh permusuhan orang yang memusuhi mereka. Kata Jabir, “Kemudian saya berpaling tiba -tiba saya dapati Umar al-Khattab dan bapa saya lalu mereka mengakui hadith itu sebagaimana yang saya dengar”. (al-Muhadith al-Fasil, 494)
Setelah mereka mendengar dan memastikan hadith, mereka akan menghafalnya dan menyampaikan kepada Sahabat-sahabat yang lain. Hal ini diberi penekanan yang tegas oleh Rasulullah s.a.w. bersabda:
مكيلع نآرقلاب سو نوعجرت ىلإ ماوقأ نوغلبيس ثيدحلا ينع نمف لقع ائيش ثدحيلف هب نمو لاق يلع ام مل لقأ أوبتيلف اتيب وأ هدعقم نم
منهج .
“Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur’an, nanti kamu akan kembali kepada kaum-kaum yang akan menyampaikan hadith daripadaku, oleh itu sesiapa yang memahami sesuatu hendaklah dia menyampaikannya, sesiapa yang dusta di atas aku maka hendaklah dia menyediakan rumah atau tempat tinggalnya di dalam neraka jahannam”. (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Kabir)
Oleh kerana itu kita dapati mereka sangat sedikit meriwayatkan hadith dan merasa sangat berat kerana walaupun telah menghafalnya kerana takut tersilap yang boleh membawa kepada berdusta sedangkan ada hadith menyatakan:
نع يبأ
؛ةريره : لاق لاق لوسر الله ىلص الله هيلع : ملسو
” ىفك ءرملاب ذك اب نأ ثدحي لكب ام
عمس “.
“Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar”. (Riwayat Muslim)
Demi untuk menjaga hadith dan menyampaikan dengan sebaik -baiknya mereka sentiasa bermuzakarah dan berbincang sesama mereka dan perkara ini diberi penekanan yang penting. Sayyidina Ali berkata:
Hendaklah anda saling menziarahi dan banyak menyebutkan hadith, sesungguhnya jika anda tidak berbuat demikian ia akan hilang. Abdullah bin Masud berkata: Bermuzakarahlah (berbincang) ten tang hadith, kerana hadith itu hidup dengan muzakarah. Abu Said al-Khudri berkata: Hendaklah anda bermuzakarah tentang hadith kerana hadith itu sebahagiannya akan membangkitkan sebahagian yang lain”. (Marifah
`Ulum al-Hadith, 140-141)
Para Sahabat sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadith. Mereka hanya mengambil daripada orang yang teliti dan kuat inga tan. Ini disebabkan kesilapan yang sering dilakukan oleh perawi yang tidak kemas.
Ibn Adi menyebutkan di dalam muqaddimah kitabnya al-Kamil beberapa orang Sahabat yang memperkatakan kedudukan para perawi antara mereka ialah Umar, Ali, Ibn Abbas, Abdullah bin Salam, Ubadah bin al-Samit, Aishah dan Anas. Mereka semua mendustakan setiap orang yang tidak benar dalam ucapannya. Justeru itu para Sahabat sangat ketat dan bersikap keras terhadap orang yang meriwayatkan hadith kepada mereka.
Al-Bara’ bin `Azib menceritakan tentang sikap mereka: “Bukan semua hadith kami dengar daripada Rasulullah s.a.w. Sahabat-sahabat kamilah yang menceritakan kepada kami kerana kami sibuk menjaga unta. Para Sahabat Rasulullah s.a.w. akan mendapatkan hadith yang tidak sempat mereka dengari dari Rasulullah s.a.w. melalui teman-teman mereka, dan orang yang paling kuat menghafal dari kalangan mereka. Dan para Sahabat amat keras dan ketat terhadap orang yang mereka dengari”.
Al-Hakim menyebutkan jika Ali terlepas dari mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w., beliau meminta perawi yang menyampaikan hadith kepadanya supaya bersumpah. (Marifah Ulum al -Hadith hal. 15) Ini bukanlah bermaksud Sahabat-sahabat menuduh orang lain berdusta bahkan ini adalah ketelitian mereka dan penyiasatan mereka terhadap para perawi. Mereka amat bimba ng jika berlaku kesilapan ketika hadith-hadith dinukilkan. Ada juga di kalangan Sahabat yang mencatat dan menulis hadith -hadith.
Sesetengah pihak mendakwa hadith tidak pernah ditulis pada awal sejarah Islam tetapi ditulis kemudiannya selepas beberapa abad. Dakwaan ini tidak benar kerana ada beberapa orang Sahabat telah menulis dan mencatat hadith-hadith pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Abu Hurairah berkata:
ام نم باحصأ يبنلا ىلص الله هيلع ملسو دحأ رثكأ اثيدح هنع
،ينم لاإ ام ناك نم دبع الله نب
،ورمع هنإف ك نا بتكي لاو بتكأ
“Tidak ada Sahabat Rasulullah s.a.w yang lebih banyak meriwayatkan hadith dari saya kecuali Abdullah bin
ع ن دبع ّالل نب ورمع : لاق تنك بتكأ لك ءىش هعمسأ نم لوسر ّالل ىلص ّالل هيلع ملسو ديرأ
،هظفح ينتهنف شيرق اولاقو بتكتأ: لك ءىش هعمست لوسرو ّالل ىلص
ّالل هيلع ملسو رَشَب ملكتي يف بضغلا
،اضرلاو تكسمأف نع
،باتكلا تركذف كلذ لوسرل ّالل ىلص ّالل هيلع
،ملسو أموأف هعبصاب ىلإ هيف : لاقف
” بتكا يذلاوف يسفن هديب
ام جرخي هنم لاإ
قح “.
Daripada Abdullah bin `Amr, katanya: Saya sering mencatat setiap yang saya dengar daripada Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba kaum Quraish melarangku dan berkata: Adakah kamu menulis setiap yang kamu dengari sedangkan Rasulullah s.a.w itu manusia, bercakap dalam keadaan marah dan senang? Lalu saya pun berhenti dari menulis. Saya menyebutkan hal ini kepada Baginda lalu Baginda mengisyaratkan dengan jarinya ke mulutnya dan bersabda: “Tuliskanlah! Demi diriku yang berada di TanganNya, tidak keluar darinya kecuali kebenaran”.
Berikut ini beberapa sahifah atau catatan yang diusahakan oleh para Sahabat:
Al-Sahifah al-Sadiqah:
Iaitu catatan hadith yang diusahakan oleh Abdullah bin Amr bin al-As. Beliau pernah menceritakan tentang hal dirinya: “Saya telah menghafaz daripada Rasulullah s.a.w. seribu mithal”. Beliau amat berbangga dengan catatannya itu. Al-Darimi menyebutkan dalam Sunannya bahawa Abdullah bin Amr berkata: Tidak ada yang menyenangkan diriku di dunia ini melainkan al-Sadiqah dan al-Wahat. Al-Wahat ialah tanah yang diwakafkan oleh bapanya di Taif dan beliau menjaganya. (Sunan al-Darimi, jil.1 hal. 127). Sahifah ini kemudiannya diwariskan oleh cucu beliau iaitu Amar bin Syuaib. Imam Ahmad di dalam al -Musnad pada musnad Abdullah bin Amr telah mengeluarkan sebahagian besar hadith dari sahifah ini, melalui hadith Amar bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya.
Sahifah `Ali bin Abi Talib:
Catatan yang ringkas merangkumi masalah aql iaitu kadar diyat dan hukum -hukum membebaskan tawanan. Al-Bukhari menyebutkan di dalam sahihnya daripada Abu Juhaifah berkata: “Saya bertanya kepada Ali: Adakah di sisi kamu ada kitab?”. Beliau menjawab: “Tidak ada melainkan kitab Allah atau pemahaman yang diberikan kepada lelaki muslim atau apa -apa yang ada dalam sahifah ini”. Saya bertanya lagi: “Apa yang ada dalam sahifah ini?”. Beliau menjawab: “Aql, pembebasan tawanan dan tidak boleh orang Islam dibunuh kerana orang kafir”. (Sahih al-Bukhari, no: 111)
Sahifah Sa’d bin Ubadah:
al-Tirmizi menyebutkan di dalam Sunannya daripada Ibn Sa’d bin Ubadah bahawa kami telah mendapati di dalam kitab Sa`d bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memutuskan hukum berdasarkan sumpah dan saksi. (Sunan al-Tirmizi, no: 1358)
Sahabat-sahabat seperti Umar dan anaknya Abdullah menggesa orang-orang supaya mencatat ilmu dan tentunya ilmu yang paling mulia ialah ilmu hadith. (Sunan al-Darimi, jil.1 hal. 127)
Bagi menjamin kualiti hafalan, para Sahabat meminimumkan periwayatan hadith daripada Rasulullah. Jika diriwayat dengan terlalu banyak akan berlaku kesilapan dalam menerima atau menyampaikan hadith.
Para Sahabat Bertaburan Di Pelosok Negara Untuk Menyampaikan Hadith
Di kalangan Sahabat ada yang menetap di Kufah seperti Ali dan Ibn Masud, di Madinah seperti Umar, Ibn Umar dan Zaid bin Thabit, di Basrah Abu Musa al-Asy’ari, di Syam Muaz bin Jabal dan Muawiyah bin Abu Sufyan, di Mekah Ibn Abbas dan di Mesir Abdullah bin Amar bin al-As. Dari bandar-bandar inilah tersebar hadith-hadith Rasulullah s.a.w. (Ibn al-Qayyim, Ilam al-Muwaqqiin, jld. 1 hal. 61)
iin, jld. 1 hal. 61)