P E R A N A N I J T I H A D D A L A M I L M U S A B A B W U R U D A L - H A D I T H
Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin
Abstrak:
Ilmu “Sabab Wurud al-Hadith” adalah satu cabang ilmu yang penting dalam memahami matan hadith.
Artikel ini membahaskan bagaimana ijtihad yang biasanya dibahaskan dalam ilmu usul al -Fiqh berperanan dalam meletakkan “Sabab al-Wurud” bagi hadith-hadith yang tidak dinaskan sebabnya. Dalam ilmu
“Sabab al-Wurud” ijtihad memiliki makna dan keperluan yang lebih luas, sama ada berkaitan dengan hukum fiqh atau tidak. Namun artikel ini hanya akan menyebut keperluan fiqh dalam berijtihad menyingkap Sabab al-Wurud. Ini bagi menyingkap hukum dari nas-nas hadith yang kadang kala gagal difahami dengan betul tanpa memahami Sabab al-Wurud. Justeru kerana sesetengah Sabab al-Wurud sangat berkait dengan maksud hadith. Kegagalan memahaminya membawa kegagalan memahami hadith.
Jika hadith itu mengandungi hukum fiqh, maka akan membawa kepada kesalahan memahami nas fiqhi yang ada di dalamnya. Maka peranan ijtihad ini dinyatakan dalam artikel ini.
Takrif al-Hadith Dari Segi Istilah
Sebelum kita melangkah lebih jauh, patut diinga tkan bahawa perkataan hadith di sisi ulama’ hadith bermaksud: “Apa yang disandarkan kepada RasululLah s.a.w, sama ada perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan, atau sifat tubuh, atau sifat akhlak, sama ada sebelum diutuskan, atau selepas diutuskan”.
(Muhammad Abu Laith 2003: 21). Walaupun ia sesuatu yang dik etahui, namun mengingatinya membantu kita lebih memahami perkataan “Sabab al-Wurud” yang banyak disebut selepas ini yang merupakan singkatan kepada “Sabab Wurud al-Hadith”.
Takrif Sabab Wurud al-Hadith
Setelah meneliti dan menilai pentakrifan Sabab al-Wurud yang pernah dibuat oleh para ulama’ atau apa yang hampir mendekati takrif yang pernah mereka sebutkan, terutamanya maksud Sabab al -Wurud yang dinyatakan oleh al-Bulqini, al-Sayuti dan Ibn Hamzah al-Husaini, maka saya menyimpulkan satu takrif yang lebih merangkumi dan padat (lihat: Mohd Asri Zainul Abidin 2003:). Takrif yang saya simpulkan ialah:
ام اعد
َ ثيدحلا
َىلإ
،هدوجو مايأ هرودص
“Apa yang membawa kepada kewujudan hadith pada hari-hari kemunculannya”.
Maksudnya faktor yang menyebabkan sesebuah hadith itu terbit daripada Nabi s.a.w. Iaitu faktor-faktor yang menyebabkan Baginda mengucapkan sesuatu ucapan, atau melakukan sesuatu perbuatan, atau mengakui sesuatu tindakan. Faktor-faktor itu saya simpulkan kepada empat:
i. Faktor diri RasululLah s.a.w secara khusus. Kadang kala ternyata faktor ini memberi kesan kepada inti kandungan dan bentuk hadith. Ini seperti Baginda berbekam kerana sakit kepala, menggunakan tongkat dalam solat kerana keuzuran dan lain-lain. Ini saya namakan “Al-Bu’d al-Mukhatibi fi Sabab al-Wurud” دعبلا
َيبطاخمل
َيف ببس
دورولا .
(lihat: Mohd Asri Zainul Abidin 2003: 85-87)
ii. Faktor diri yang ditujukan kepadanya hadith. Ia juga boleh mempengaruhi gaya pembentukan hadith.
Ini seperti diri penyoal dan latarbelakangnya. Ia membabitkan diri yang ditujukan ucapan, merangkumi tahap iman, akhlak, kefahaman, kadar kemampuan dan lain-lain. Saya namakan “Al-Bu’d al-Mukhatabi fi Sabab al-Wurud” دورولاببسَيف َيب طاخملادعبلا . (lihat: ibid: 88-93)
iii. Faktor zaman atau masa sesuatu hadi th itu terbit. Masa dan zaman ternyata kadang-kala mempengaruhi hadith. Ia mempengaruhi lafaz dan tindakan agar bersesuaian dengan keadaan dan masa.
Ini dinamakan “al-Bu’d al-Zamani fi Sabab al-Wurud” ثيدحلا دورو ببس َي ف َينامزلا دعبلا. (lihat: ibid: 94- 9icon_cool.gif.
P E R A N A N I J T I H A D D A L A M I L M U S A B A B W U R U D A L - H A D I T H _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
iv. Faktor tempat yang hadith itu terbit. Ia kadang-kala mempengaruhi inti kandungan dan pendekatan hadith. Ini seperti keadaan Madinah dan persekitaran sesuatu hadith itu terbit. Ini dinamakan “al -Bu’d al- Makani fi Sabab al-Wurud” [i] ثيدحلادوروببس َيف َيناكملادعبلا. (lihat: ibid: 99-102).
Jadi, memahami sebab-sebab langsung atau tidak langsung yang menyebabkan terbitnya sesebuah hadith adalah sangat mustahak. Tujuannya bagi mengelakkan kita meletakkan hadith tidak kena pada tempatnya.
Ini kerana kadang-kala sebab sesuatu hadith sangat mempengaruhi maksud hadith. Tidak memahami sebab atau kesalahan memahami sebab boleh membawa kepada kesalahan faham ke pada maksud hadith.
Sebagai contoh hadith:
َ ن ع
َ نْبا
َ ساَّب ع
َي ض ر
ََّاللّ
ا مهْن ع لا ق لا ق
ُلوُس ر َّاللّ
َىَّل ص
ََّاللّ
هْي ل ع مَّل س و
َ َ: ة رْج هَ ل دْع ب
َ حْت فْلا
َْن ك ل و
ٌدا ه ج
ٌَةَّي ن و ا ذ إ و
َْمُتْر فْنُتْسا او ُر فْنا ف
(Maksudnya) : Daripada Ibn ‘Abbas r.ahuma, katanya: sabda RasululLah s.a.w: “Tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah”.
(Hadith riwayat al-Bukhari 1986M: 3/1025)
Ada yang tersalah memahami hadith ini menyangka bahawa selepas pembukaan kota Mekah, perintah hijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain telah dibatalkan sama sekali. Maka menurut mereka, pada zaman sekarang tiada lagi tuntutan hijrah, sebaliknya yang tinggal ialah jihad dan n iat.
Hadith ini sebenarnya ada sabab wurudnya yang dipengaruhi oleh mereka yang ditujukan ucapan, tempat dan masa ia terbit. Ini dapat dilihat pada apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas juga, kata beliau:
لا ق
َ م ْو ي
َ حْت فْلا ة رْج هَ ل دْع ب
َ حْت فْلا
َْن ك ل و
ٌدا ه ج
ٌَةَّي ن و ا ذ إ و
َْمُتْر فْنُتْسا او ُر فْنا ف
“Sabda Nabi pada hari pembukaan (penawanan) Mekah: Tiada hijrah selepas Pembukaan Mekah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah”. (al -Bukhari 1986M:
3/1039)
Jadi hadith ini berkaitan dengan Pembukaan Mekah, maka sebab Baginda mengucapkan demikian kerana Mekah telah bertukar dari tanah air kufur kepada tanah air Islam. Maka tidak perlu lagi orang Mekah berhijrah ke Madinah seperti yang menjadi tuntutan sebelum itu. Bukan maksudnya hijrah dibatalkan untuk semua manusia. Sebaliknya hanya untuk sesiapa yang tanah airnya telah menjadi tanah air Islam seperti penduduk Mekah. Adapun bagi mereka tanah airnya adalah tanah air kufur, agamanya pula ditindas, maka perintah hijrah tetap terkena padanya. Justeru itu ‘Aisyah r.ha apabila ditanya mengenai hijrah, beliau menyatakan:
ة رْج هَ ل
َ م ْو يْلا
َ نا ك
َ نوُن مْؤُمْلا
َ ر ف ي
َْمُهُد ح أ ه ني د ب
َى ل إ َّاللّ
َى لا ع ت
َى ل إ و ه لوُس ر
َىَّل ص
ََّاللّ
هْي ل ع
َ مَّل س و
َ ة فا خ م
َْن أ
َ ن تْفُي هْي ل ع اَّم أ ف
َ م ْو يْلا
ْد ق ف
َ ر هْظ أ
ََُّاللّ
َ م لَْس ْلْا
َ م ْو يْلا و
ُدُبْع ي
ُهَّب ر
َُثْي ح
َ ءا ش
َْن ك ل و
ٌدا ه ج ةَّي ن و
(Maksudnya) “Tiada hijrah pada hari ini. Dahulunya seseorang mukmin melarikan di ri membawa agamanya kepada Allah dan RasululLah s.a.w, kerana takut dia difitnah (diganggu agamanya). Adapun hari ini, Allah telah memenangkan Islam. Hari ini seseorang mukmin menyembah tuhannya di mana sahaja yang dia mahu. Namun yang ada ialah jihad dan niat”. (Riwayat al-Bukhari 1986M: 4/1567)
Ertinya ucapan Nabi s.a.w itu adalah atas dasar kemenangan Islam di Mekah. Bagi negeri yang kaum muslimin ditindas agamanya, maka hadith tersebut tidak ditujukan kepada mereka. Hadith ini tidak bermaksud perintah hijrah sudah ditamatkan dengan Pembukaan Mekah seperti yang difahami oleh mereka yang tidak mempelajari ilmu ini. Kata al-Imam al-Nawawi (w. 676H): “Kata para ulama’: Hijrah daripada Dar al-Harb kepada Dar al-Islam kekal sehingga hari kiamat. Bagi hadith ini dua takwilan;
pertama: Tiada hijrah daripada Mekah selepas pembukaannya, kerana Mekah telah menjadi Dar al -Islam.
Adapun hijrah hanya daripada Dar al-Harb. Hadith ini mengandungi mukjizat RasululLah s.a.w bahawa Mekah akan kekal sebagai Dar al-Islam, yang tidak terbayang untuk berhijrah daripadanya. Kedua:
maksudnya tiada hijrah selepas Pembukaan Mekah yang kelebihannya seperti kelebihan sebelum pembukaannya” (al-Nawawi 1414H :3/481-482).
P E R A N A N I J T I H A D D A L A M I L M U S A B A B W U R U D A L - H A D I T H _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Kata al-Munawi (w. 1031) mengulas hadith ini: “Tiada hijrah wajib daripada Mekah ke Madinah selepas Pembukaan Mekah, seperti kewajipan sebelumnya. Ini kerana Mekah telah menjadi Dar al -Islam. Maka maksud tiada hijrah selepas Pembukaan Mekah ialah untuk orang Mekah yang belum berhijrah sebelum itu.
Adapun hijrah daripada negeri kufur ia kekal sehingga kiamat” (Al-Munawi 1357H :6/438).
Takrif al-Ijtihad
Dari segi istilah طابنتسلا قيرطب ةيعرشلاماكحلأاب ملعلابلط َيف هعسو دهتجملا لذب (Mujtahid mencurahkan segala kemampuan dalam mendapatkan pengetahuan mengenai hukum-hukum syarak dengan cara istinbat) (Zaidan 1990M:
410)
Adapun ijtihad dalam menentukan “Sabab al-Wurud” adalah lebih luas daripada ijtihad yang difahami dalam Usul al-Fiqh yang sekadar untuk tertumpu dalam mengenai hukum -hakam amali. Ijtihad dalam Sabab al-Wurud bertujuan melihat Sabab al-Wurud yang tidak disebut dalam nas nabawi atau sahabi sedangkan keperluan mengetahuinya mendesak. Tujuannya luas, sebahagiannya untuk mengetahui hukum-hakam fiqh yang terkandung dalam nas-nas hadith.
Jalan Mengetahui Sabab al-Wurud (lihat: Mohd Asri Zainul Abidin 2003: 106-180)
Oleh kerana Sabab al-Wurud adalah sebahagian dari hadith, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka tidak boleh seseorang mendakwa sebab bagi sesebuah hadith dengan sewenang - wenangnya tanpa meneliti jalannya yang sah. Hasil dari kajian terhadap hadith -hadith Nabi s.a.w, maka didapati jalan untuk mengetahui Sabab Wurud al-Hadith itu tiga:
i. Melalui “al-Nas al-Nabawi” iaitu hadith Nabi s.a.w sendiri.
ii. Melalui “Aqwal al-Sahabat” iaitu perkataan atau kenyataan para Sahabat Nabi s.a.w. berkaitan sebab sesuatu hadith.
iii. Melalui al-Ijtihad yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini.
Mengetahui “Sabab al-Wurud” mesti mengikut jalan-jalan di atas secara tertibnya atau aturannya. “Sabab al-Wurud” hendaklah disemak menerusi al-Nas al-Nabawi, jika tiada dilihat pada “Aqwal al-Sahabat”, jika tiada barulah kepada al-Ijtihad. Di sini dihuraikan jalan-jalan di atas secara ringkas:
i. “Al-Nas al-Nabawi”. Ia terbahagi kepada dua bahagian; pertama: secara sarih iaitu terang, kedua:
secara ima` iaitu isyarat.
Secara “Sarih”: bermaksud dinaskan “Sabab al-Wurud” bagi sesebuah hadith secara terang dan jelas, yang tidak ada sebarang andaian bahawa itu bukan “sabab wurudnya”. Sebagai contoh hadith Abu Hurairah berikut:
نع
َيبنلا : لاق
“
َينإ بلقنلأ
َىلإ
،يلهأ
ُدجأف ةرمتلا ةطقاس
َىلع
،يشارف اهُعفرأف
،اهلكلآ مث
َىشخأ نأ نوكت ةقدص
اه ي قلأف ”
Daripada Nabi s.a.w., sabda Baginda: “Aku pulang kepada keluargaku, aku dapati sebiji tamar terjatuh di atas tempat tidurku. Aku mengambilnya untuk memakannya, kemudian aku takut ia tamar sadekah (zakat) maka aku pun mencampaknya”. (Hadith riwayat al-Bukhari 1986M: 2/857 dan Muslim t.t.: 2/751) Huruf “fa” (اه ي قلأف ) dalam hadith ini adalah “fa al-Sababiyyah” iaitu menunjukkan sebab. Maka sebab perbuatan “mencampaknya” adalah disebabkan bimbang ianya tamar sedekah. Ini adalah nas yang sarih mengenai sebab perbuatan Baginda tersebut.
Secara “ima’ ” : ia terbagai kepada dua; perkataan (“al-ima’ al-qawli”) dan perbuatan (“al-ima’ al-fi’li”).
Al-ima` al-qawli bermaksud apa yang menunjukkan Sabab al-Wurud dalam bentuk isyarat. Contohnya seperti hadith ‘Aisyah berikut:
ناك لوسر الله اعجطضم
َيف
َيتيب
،
َ افشاك نع هيذخف وأ هيقاس . نذأتساف وبأ
،ركب نذأف هل وهو
َىلع كلت
،لاحلا ثدحتف . مث نذأتسا
،رمع نذأف هل وهو
،كلذك ثدحتف . مث
نذأتسا
،نامثع سلجف لوسر الله
، ىوسو
،هبايث
،لخدف ثدحتف . املف جرخ تلاق ةشئاع :
“ لخد وبأ
،ركب ملف
َ شته ت
،هل ملو هلابت . مث لخد
،رمع ملف شتهت
،هل ملو هلابت .
مث لخد
،نامثع
،تسلجف تيوسو كبايث
” لاقف. لأ:
َيحتسأ نم لجر
َيحتست هنم ةكئلَملا
Pernah RasululLah s.a.w berbaring di rumahku dalam keadaan tersingkap peha atau betis Baginda. Abu Bakr meminta izin masuk. Baginda mengizinkan. Baginda masih dalam keadaan tersebut. Dia berbicara (dengan Baginda). Kemudian ‘Umar meminta izin masuk. Baginda izinkan. Baginda masih dalam keadaan demikian. Dia berbicara (dengan Baginda). Kemudian ‘Uthman meminta izin masuk. Baginda mengizinkan.
Baginda duduk dan membetulkan pakaian Baginda. ‘Uthman masuk dan berbicara. Apabila ‘Uthman keluar,
‘Aisyah berkata: “Abu Bakr masuk, engkau tidak memperlihatkan wajah gembira dan memperdulikannya.
‘Umar masuk, engkau tidak memperlihatkan wajah gembira dan mempe rdulikannya. Kemudian ‘Uthman masuk, engkau duduk dan membetulkan pakaianmu”. Sabda baginda: “Tidakkah aku malu terhadap lelaki yang para malaikat malu terhadapnya”. (Hadith riwayat Muslim t.t : 4/1866).
Kenyataan Baginda ةكئلَملاهنمَيحتست لجرنمَيحتسأ لأ
“Tidakkah aku malu terhadap lelaki yang para malaikat malu terhadapnya” adalah nas nabawi dalam bentuk isyarat mengenai sebab perbuatan Baginda. Jika itu tidak dianggap sebagai sebab perbuatan Baginda maka tentu jauh dari maksud Baginda.
“Al-Ima’ al-Fi’li”: bermaksud perbuatan Nabi s.a.w yang menunjukkan “Sabab al-Wurud” secara isyarat.
Sebagai contoh hadith Abu Hurairah r.a berikut:
َىلص
َيبنلا رهظلا
،نيتعكر : ليقف
“ تيلص نيتعكر
” .
َىلصف نيتعكر مث
،ملس مث دجس نيتدجس
Nabi s.a.w. bersolat zohor dua rakaat, maka dikatakan: “Engkau bersolat dua rakaat”. Maka Baginda pun bersolat dua rakaat dan memberi salam, kemudian sujud dua kali. (Hadith riwayat al -Bukhari 1986M:
1/252)
Tindakan Baginda sujud sebanyak dua kali adalah nas secara isyarat perbuatan bagi menunjukkan bahawa sesiapa yang terlupa dalam solat maka hendaklah dia sujud sebanyak dua kali. Kata Muhammad Sulaiman al-Asyqar: “Sesungguhnya sujud Baginda dua kali pa da akhir solat tiada dalam solat. Maka kaitan kedua sujud tersebut dengan kekurangan solat secara lupa adalah suatu yang jelas. Jika tidak, maka kedua sujud itu adalah sia-sia. Ini tidak layak dengan Baginda s.a.w”. (Al-Asyqar 1978M: 435)
ii. “Aqwal al-Sahabat”. Ini kerana mereka adalah golongan yang paling hampir dengan al -Rasul, mendengar ucapan-ucapan Baginda dan menyaksikan perlaksanaan terhadap hadith-hadith Baginda dalam bentuk tindakan.
Namun, jika Sahabah menyebut “Sabab al-Wurud” bagi sesebuah hadith yang tidak dianggap sebagai marfu’ , maka sebelum menerimanya wajib dipastikan bahawa ia benar -benar ucapan Sabahat berkenaan.
Ia bukan ucapan orang lain yang bukan seorang Sahabah Nabi s.a.w, atau didusta dan direka lalu disandarkan kepada Sahabah. Untuk memastikan hal itu maka di sana ada dua “dabit” yang mesti dipatuhi:
Pertama: Thabit (pasti) riwayat berkenaan.
Kedua: Thabit bahawa perkataan itu “mauquf” kepada Sahabat Nabi s.a.w.
Maksudnya bukan perkataan orang lain yang disalah sandarkan kepada Sah abah. Ini seperti ucapan orang lain yang mudraj (diselitkan) kepada ucapan Sahabah.
P E R A N A N I J T I H A D D A L A M I L M U S A B A B W U R U D A L - H A D I T H _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Pendapat Sahabah dalam Sabab al-Wurud yang memenuhi dua dabit di atas, sebelum diterima mestilah memenuhi dua syarat:
Pertama: Tidak menyanggahi hadith lain yang thabit daripada Nabi s.a.w. Ini seperti kata ‘Abd al-Haiyy al- Laknawi (w. 1304H): “Kadang-kala berlakunya khilaf Sahabi kerana tidak sampai kepadanya hadith yang sahih, dan perkara seperti ini sangat banyak. Atau sampai kepadanya, lalu dia mentafsirkan maksudnya apa yang menyanggahi zahir hadith disebabkan adanya kaitan yang dilihatnya. Namun ini tidak menyebabkan terbatalnya zahir hadith. Atau dia faham secara zahir, namun dia meninggalkannya disebabkan hadith yang menyanggah hadith tersebut, yang setaraf dengannya atau yang pada pandangannya lebih “rajih”. Atau yang seumpamanya yang terdiri dari berbagai andaian yang mungkin.
Sekalipun dengan segala andaian-andaian itu, namun tidak ditinggalkan hadith yang sahih hanya disebabkan ucapan Sahabi”. (Al-Laknawi 1984M: 225-226).
Kedua: Tidak ada riwayat yang Sahabat lain menyanggahi. Jika tidak, maka kembali kepada “tarjih” atau
“taufiq”. Ini apabila kita dapati para Sahabat sendiri berbeza dalam menetapkan “Sabab al -Wurud” bagi sesuatu hadith.
iii. Al-Ijtihad. Ini jika tidak dapat temui “Sabab al-Wurud” melalui dua jalan di atas sedangnya diperlukan.
Kepentingan-Kepentingan Fiqhi Dalam Ijtihad Sabab al-Wurud
Di sana banyak sebab yang mendesak ijtihad untuk menyingkap “Sabab al -Wurud”. Ia merangkumi faktor- faktor fiqhi dan tidak, yang mendesak ke arah ijtihad. Namun di sini hanya disentuh apa yang ada kaitan dengan hukum-hakam fiqh sahaja.
i. Mengelakkan pertembungan hukum antara al-Quran dan Hadith.
Apabila didapati ada hukum dalam al-Quran dan al-Hadith yang bercanggahan, maka ijtihad menyingkap Sabab al-Wurud kadang-kala membantu ke arah penyelarasan nas. Umpamanya hadith Ibn ‘Umar:
َىهن
َيبنلا نع
،رذنلا : لاقو
“ هنإ ل دري
، ائيش امنإو جرختسي هب نم ليخبلا
Nabi s.a.w melarang nazar dan bersabda: “Sesungguhnya ia tidak dapat menolak apa-apa, hanya ia mengeluarkan harta orang bakhil” (Riwayat al-Bukhari 1986H :6/2463 dan Muslim t.t :3/1261).
Pada zahir hadith ini nazar adalah sesuatu yang dibenci syarak. Ini menyanggahi al -Quran yang memuji mereka yang menunaikan nazar. Firman Allah dalam Surah Al-Insan, Ayat 7:
َ نوُفوُي
َ رْذَّنلا ب
َ نوُفا خ ي و ا م ْو ي
َ نا ك
ُه ر ش ا ري ط تْسُم
Maksudnya: “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menunaikan nazarnya, serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini”.
Ayat ini memuji mereka yang menunaikan nazar. Pujian kepada perbuatan menunaikan nazar secara tidak langsung memuji perbuatan nazar. Namun berdasarkan hadith di atas, di kalangan ulama’ ada yang mengharamkan nazar seperti al-Imam al-San‘ani (1182H) yang menyatakan: “Pendapat yang mengharamkan itulah yang dibuktikan oleh hadith tersebut”. (al-San‘ani 1997M : 4/169).
Bagaimanakah mungkin menerima pendapat ini? Al-Quran memuji mereka yang menunaikan nazar, sedangkan ahli pelaku sesuatu haram tidak wajar dipuji.
Dalam hal ini ijtihad patut dilakukan mengenai sebab larangan Nabi s.a.w terhadap nazar demi menyelaraskan hukum yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Maka kita katakan nazar yang dilarang dalam hadith di atas ialah berkaitan dengan mereka yang memudah -mudahkan nazar atau kepada mereka yang beriktikad nazar itu sendiri mampu menghalang qadar. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Tibi (wafat 743H) ketika mensyarahkan hadith ini (lihat: al-Tibi 2000M : 1/10). Atau saya katakan ia ditujukan khas kepada mereka yang seakan-akan cuba melakukan tawar-menawar dengan Allah dalam ibadah.
Seakan jika Allah memberikan sesuatu barulah dia akan melakukan ib adah tertentu. Adapun mereka yang bernazar dengan ibadah tertentu tanpa dikait dengan sebarang kurniaan Allah, maka itu sesuatu yang terpuji. Dalam kata lain, kaitan itu sesuatu yang tidak disukai kerana ia seolah -olah tawar-menawar dengan Allah. Maka faktor “mukhatab” mempengaruhi hadith.
Melalui ijtihad ini kita dapati bahawa bukan nazar yang dibenci tetapi kaitan -kaitan yang ada pada diri yang bernazar membawa Baginda mengucapkan hadith di atas. Ijtihad dalam Sabab al -Wurud membantu menyimpulkan hukum fiqh yang kelihatan bercangggah dalam kedua sumber agung tersebut.
ii. Mengelakkan Percanggahan Hukum Fiqh Antara Hadith.
Tanpa mengetahui Sabab al-Wurud kadang-kala membawa sesetengah hadith seakan bercanggahan antara satu sama lain. Ini seperti hadith berikut:
َْن ع
َ س ن أ
َ نْبا
َ ك لا م
َي ض ر
ََّاللّ
هْن ع :لا ق
َ َ لا ق
ُلوُس ر َّاللّ
َىَّل ص
ََّاللّ
هْي ل ع
َ مَّل س و ا م:
َْن م
َ م لْسُم
َُس رْغ ي ا سْر غ
َْو أ
ُع رْز ي ا عْر ز
ُلُكْأ ي ف
ُهْن م
ٌَرْي ط
َْو أ
ٌَنا سْن إ
َْو أ
ٌَة مي ه ب
ََّل إ
َ نا ك
ُه ل
ه ب
ٌَة ق د ص Daripada Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda RasululLah s.a.w: “Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau bina tang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”(Hadith riwayat al-Bukhari 2/817 dan Muslim 3/1188)
Hadith di atas merupakan satu galakan untuk bercucuk tanam, secara tidak langsung menggalakkan atau mengizinkan memiliki ladang atau kebun yang membolehkan kita bercucuk tanam padanya. Namun hadith ini pada zahirnya nampak seakan bertentangan dengan hadith berikut yang melarang memiliki kebun dan perniagaan :
َْن ع دْب ع َّاللّ
َ نْب دوُعْس م لا ق لا ق
ُلوُس ر َّاللّ
َىَّل ص
ََّاللّ
هْي ل ع
َ مَّل س و
َ ل اوُذ خَّت ت
َ ة عْيَّضلا اوُب غْر ت ف
َي ف ا يْن دلا
(Maksudnya) Daripada ‘Abd Allah bin Mas‘ud, katanya: Sabda RasululLah s.a.w: “Jangan kamu memiliki al - daiy‘ah (kebun atau ladang atau perniagaan), nanti kamu akan sukakan dunia”. Hadith ini riwayat al - Tirmidhi, beliau menilai hadith ini sebagai hasan (Al-Tirmidhi 4/565) Al-Hakim dalam Al-Mustadrak mensahihkannya. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Dhahabi (Al-Hakim Al-Naisaburi 5/458).
Percanggahan yang nampak pada zahir hadith ini diselesaikan dengan berijtihad kepada siapa ucapan Nabi s.a.w itu ditujukan ketika menyebut hadith yang kedua, iaitu Baginda tidak mengizinkan memiliki ladang atau kebun tanaman kepada sesiapa yang dengan memilikinya akan meninggalkan urusan agama. Kata Ibn Hajar (wafat 852H) ketika mensyarahkan hadith pertama: “Dalam hadith tersebut kelebihan menanam dan menyemai pokok juga galakan memakmurkan bumi . Daripadanya dapat difahami galakan memiliki kebun dan menguruskannya. Hadith ini juga membuktikan kesalahan pendapat kalangan golongan zuhud yang membantah perkara ini. Adapun hadith yang menyuruh menghindari perkara ini ialah apabila ia melalaikan urusan agama. Antara hadith Ibn Mas‘ud –beliau menyebut hadith di atas tadi”. (Ibn Hajar al-
‘Asqalani 5/267).
Contoh yang lain hadith berikut:
نع ةمقلع دوسلأاو نأ لَجر لزن
،ةشئاعب حبصأف لسغي
،هبوث تلاقف ع : ةشئا امنإ“ ناك كئزجي نإ هتيأر نأ لسغت
،هناكم نإف مل رت تحضن
،هلوح دقلو
َينتيأر هكرفأ
نم بوث لوسر الله
َ اكرف
َيلصيف
هيف ”
Daripada ‘Alqamah dan al-Aswad: Bahawa seorang lelaki datang kepada ‘Aisyah. Pada paginya dia membasuh bajunya. Kata ‘Aisyah: “Hanya memadai jika engkau melihatnya (mani) engkau membasuh tempatnya, itu jika engkau tidak merenjisnya. Sesungguhnya aku mengikisnya dari baju RasululLah s.a.w.
dan Baginda bersolat dengannya. (Hadith riwayat Muslim, 1/238).
P E R A N A N I J T I H A D D A L A M I L M U S A B A B W U R U D A L - H A D I T H _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Hadith di atas seakan bertentangan dengan hadith berikut:
نع ورمع نب نوميم : لاق تلأس ناميلس نب راسي نع
َينملا بيصي بوث
،لجرلا هلسغيأ مأ لسغي
؟بوثلا : لاقف
َينتربخأ ةشئاع نأ لوسر
َالله ناك لسغي
،ينملا
َمث
جرخي
َىلإ ةلَصلا
َيف كلذ
؛بوثلا انأو رظنأ
َىلإ رثأ لسغلا هيف
Daripada ‘Amr bin Maimun katanya: Aku bertanya Sulaiman bin Yasar mengenai mani yang terkena baju lelaki, apakah dia perlu membasuhnya atau membasuh baju tersebut? Katanya: ‘Aisyah telah memberitahu kepadaku: “Bahawa RasululLah s.a.w membasuh (tempat) mani dan keluar bersolat dengan baju tersebut. Aku melihat kepada kesan basuhan padanya”. (al-Bukhari:1/91 dan Muslim: 1/239. Lafaz di atas adalah lafaz Muslim).
Hadith yang pertama menunjukkan bahawa ‘Aisyah hanya mengikis mani tanpa membasuhnya. Hadith yang kedua menunjukkan ia dibasuh. Mengikis dan membasuh adalah sesuatu yang berbeza. Membasuh menghilangkan kesemuanya, sementara mengikis akan terus meninggalkan kesan -kesannya. Bagi mazhab yang berpegang mani itu najis, maka hadith-hadith ini memperlihatkan percanggahan. Namun dengan berijtihad mengenali Sabab al-Wurud, ia dapat diselesaikan. Ijtihadnya iaitu mengikis yang dilakukan
‘Aisyah ialah untuk mani yang sudah kering. Adapun me mbasuh ialah untuk mani yang masih basah. Kata Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H): “Tiada antara hadith basuh dan hadith kikis pertentangan. Ini kerana kemungkinan menghimpunkan keduanya itu jelas berdasarkan pandangan yang menganggap mani tidak najis. Ini dengan mengandaikan membasuh untuk membersihkan bukan suatu kewajipan. Ini jalan yang diambil oleh al-Syafi‘i, Ahmad dan Ahli Hadith. Demikian juga menghimpunkan keduanya mungkin jika berdasarkan pendapat ia najis, iaitu dengan mengandaikan membasuh untuk m ani yang basah dan mengikis untuk mani yang kering. Ini jalan ulama’ mazhab Hanafi”. (Ibn Hajar 1993: 1/332)
Kata Abu Bakr al-Baqilani (wafat 403H): “Setiap dua hadith yang diketahui Nabi s.a.w mengucapkan keduanya, tidak mungkin terdapat padanya percangga han dalam semua sudut. Sekalipun pada zahir keduanya (nampak) bercanggahan”. (Al-Khatib al-Baghdadi : 433). Kata Ibn Khuzaimah (wafat. 311H) pula: “Tidak ada di sana dua hadith yang bertentangan dari semua sudut. Sesiapa yang mendapati perkara yang seperti itu, maka datanglah kepadaku untuk aku serasikannya”. (Ibn Kathir t.t: 170)
iii. Meluaskan Ruangan Hukum Fiqh Dalam Hadith
Di sana ada hadith-hadith Nabi s.a.w. yang jika kita tidak berijtihad menyingkap “sabab wurud”nya maka ruangan hukum yang sepatutnya luas akan menjadi begitu sempit. Sebagai contohnya hadith:
نع
َيبأ ةريره : لاق لاق لوسر : الله رمخلا“ نم نيتاه
؛نيترجشلا ةلخنلا
ةبنعلاو ”
Daripada Abu Hurairah, katanya: Sabda RasululLah s.a.w: “Khamar (arak) itu dari dua pokok ini iaitu tamar dan anggur”. (Hadith riwayat Muslim, 3/1573).
Berpandukan hadith ini, apa yang dinamakan arak itu terlalu sempit jenisnya iaitu yang hanya dibuat dari tamar dan anggur sahaja. Ini seperti yang difahami oleh sesetengah pendapat Ahli Kufah dahulunya. Kata Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Ahli Kufah dalam bab minuman menyanggahi Ahli Madinah dan orang ramai.
Bukan arak bagi mereka kecuali anggur. Mereka tidak mengharamkan arak yang sedikit kecuali jika ia arak dari anggur, atau tuak tamar atau anggur kering mentah ata u yang dimasak dari perahan anggur”.
(Ibn Taimiyyah, 1399H: 2).
Pandangan ini adalah sempit disebabkan tidak memahami pengaruh tempat dalam pembentukan “Sabab al-Wurud” atau disebut “al-bu’d al-makani fi sabab wurud al-hadith”. Ucapan Nabi s.a.w dalam hadith dipengaruhi atau diikat dengan suasana tempat ia diucapkan iaitu Madinah yang penduduknya membuat arak dari dua jenis pokok tersebut. Ia satu perkhabaran bukan suatu hukum untuk semua. Kata al -Qadi Abu Bakr Ibn al-‘Arabi (w 543H): “Ini adalah penerangan untuk penduduk Madinah kerana tiada bagi mereka minuman (memabukkan) melainkan dari dua pokok ini”. (al-Munawi 1357H: 3/508).
Contoh yang lain ialah hadith:
نع نبا رمع
َيضر الله
،امهنع : لاق
“ ضرف لوسر الله ةاكز رطفلا اعاص نم
،رمت وأ اعاص نم
،ريعش
َىلع دبعلا
،رحلاو ركذلاو
،ىثنلأاو ريغصلاو
،ريبكلاو نم
،نيملسملا رمأو اهب نأ ىدؤت لبق جورخ سانلا
َىلإ ةلَصلا
Daripada Ibn ‘Umar r.ahuma, katanya: “RasululLah s.a.w telah menfardhukan zakat fitrah segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar daripada kalangan muslimin. Baginda memerintahkan agar ditunaikan sebelum orang ramai keluar bersolat”. (Sahih al-Bukhari,2/547 dan Sahih Muslim, 2/677).
Sebutan kurma dan barli dalam hadith di atas adalah pengaruh tem pat atau faktor tempat yang memainkan peranan dalam pembentukan perkataan-perkataan dalam hadith. Iaitu makanan asasi penduduk Madinah yang hadith itu ketika diucapkan mereka menjadi pendengarnya. Sebutan tamar dan gandum bukanlah bermaksud bahawa zakat fitrah terbatas kepada dua jenis makanan ini sahaja, bahkan ia merangkumi semua makanan asasi penduduk bagi sesebuah negeri. Kata Ibn Daqiq al -‘Iid (wafat 702H): “Di kalangan ulama’ menyebut: Tidak dikeluarkan zakat fitrah melainkan makanan asasi penduduk negeri. Adapun hadith menyebut perkara-perkara berkenaan kerana ia adalah makanan asasi penduduk Madinah ketika itu. Dengan itu tidak dibolehkan di bumi Mesir melainkan meng eluarkan gandum, kerana ia makanan asasi utama”. (Ibn Daqiq al-‘Iid 2000: 4/154).
Maka ijtihad dalam menilai faktor-faktor yang membentuk sesuatu hadith adalah penting dalam memahami keluasan hukum dan mengelakkan kejumudan nas. Maka demikianlah hadith al -Bukhari dan Muslim yang melarang menghampiri masjid sesiapa yang memakan bawang putih, hendaklah diluaskan maksudnya merangkumi segala bauan yang mengganggu orang lain seperti durian, petai dan seumpamanya. Ini kerana sebab hadith menuju kepada maksud itu. Ijtihad dalam menyingkap sebab meluaskan hukum dari kejumudannya.
iv. Mengelakkan Pertembungan Antara Hukum Dan Realiti
Kadang-kala ijtihad menentukan “Sabab al-Wurud” bagi hadith-hadith yang tidak dinaskan “Sabab al- Wurud” di dalamnya sangat penting demi mengelakkan pertembungan antara inti kandungan hadith – yang sebahagiannya mengandungi hukum-hakam fiqh – dengan realiti. Sebagai contohnya hadith:
نع
َيبأ بويأ يراصنلأا : لاق
لاق لوسر : الله
“ اذإ
َىتأ مكدحأ طئاغلا لَف لبقتسي
،ةلبقلا اه ل وُيلو
،هرهظ اوق رش
اوب رغوأ ”.
Daripada Abu Ayyub al-Ansari r.a., katanya: Sabda RasululLah s.a.w.: Apabila seseorang kamu membuang air besar, maka jangan ia mengadapkan ke arah kiblat atau membelakanginya. Sebaliknya hadaplah ke arah timur atau barat”. (Hadith Riwayat al-Bukhari 1986M: 1/66 dan Muslim t.t: 1/224)
Dalam hadith ini, arahan mengadap ke arah timur atau barat mungkin bertentangan dengan perintah jangan mengadap ke arah kiblat bagi sesetengah negeri atau tempat. Ini kerana terdapat ne geri atau tempat yang timurnya atau baratnya itu adalah arah kiblat. Dengan itu ijtihad menganggap bahawa hadith dipengaruhi oleh faktor tempat ia diucapkan iaitu Madinah. Maka lafaz yang akhir itu terikat dengan kedudukan Madinah atau yang kita namakan “al-bu’d al-makani fi sabab wurud al-hadith”. Kata al- Khattabi (wafat 388H): “Hadaplah ke arah timur atau barat”, ini ditujukan untuk penduduk Madinah dan sesiapa yang kedudukan kiblatnya seperti Madinah. Adapun sesiapa yang kiblatnya pada arah barat atau timur, maka dia jangan mengadap “ke timur atau barat”. (al-Khattabi 2001: 1/154). Kata al-Mubarakfuri (wafat 1353H): Sabda Baginda “Hadaplah ke arah timur atau barat” bukannya umum untuk semua penduduk bumi. Bahkan khas untuk penduduk Madinah dan sesiapa yan g kedudukannya sama dengannya”. (al-Mubarakfuri 1995M:6/199).
Demikian juga hadith:
نع
َيبأ ةريره : لاق لاق
َيبنلا :
“ نإ دوهيلا ىراصنلاو ل نوغبصي
مهوفلاخف ”.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mewarnai rambut, maka berbezalah dengan mereka”. (Riwayat al-Bukhari 1986M: 3/1275 dan Muslim t.t 5/2210).
P E R A N A N I J T I H A D D A L A M I L M U S A B A B W U R U D A L - H A D I T H _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Perintah dalam hadith dipengaruhi oleh faktor zaman ia dilafazkan yang dinamakan “al -bu’d al-zamani fi sabab wurud al-hadith”. Pada zaman ini dengan mewarnai rambut tidak lagi membezakan kita dengan mereka. Bahkan merekalah yang mendahului dalam mewarnai rambut pada zaman kini. Maka maksud dari perintah berkenaan sudah hilang.
Penutup
Ternyata bahawa mengetahui Sabab al-Wurud membantu mujtahid mengenal pasti sebahagian hukum- hukum fiqh yang terdapat dalam hadith-hadith. Jika ia tidak diketahuinya dengan secara nas nabawi, atau ungkapan sahabah, maka ijtihad menentukan Sabab al-Wurud memainkan peranan dalam menyingkap sebab atau faktor yang mendorongkan kemunculan sesuatu hadith dan seterus mampu menentukan hukum-hakam fiqhi yang ada dalamnya.
Rujukan:
– Muhammad Asri Zain al-‘Abidin. 2003M. Sabab Wurud al-Hadith, Dirasat Tahliliyyah bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma‘ayir. Malaysia: Tesis Ph.D IIUM.
– Muhammad Abu Laith 2003. ‘Ulum al-Hadith Asiluh wa Mu‘asiruh. Malaysia: Dar al-Syakir.
– Al-Nawawi, Muhyi al-Din bin Zakariya. 1414H Syarh Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Khair.
– Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1986M. Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Kathir.
– Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. t.t. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi..
– Al-Munawi, Muhammad bin ‘Abd al-Rauf. 1357H. Faid al-Qadir. Mesir: Al-Ma ktabah al-Tijariyyah al-Kubra.
– Al-Asyqar, Muhammad bin Sulaiman. 1978M. Af‘al al-Rasul Wa Dilatuha ‘ala al-Ahkam al-Syar‘iyyah.
‘Amman: Maktabah al-Manar al-Islamiyyah.
– Al-Laknawi., Muhammad ‘Abd al-Haiyy. 1984M. Al-Ajwibat al-Fadilat li al-Asilat al-Asyarat al-Kamilat.
Halab: Maktab al-Makbu‘at al-Islamiyyat.
– Zaidan, ‘Abd Karim. 1990M/ 1411H. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. ‘Amman: Maktabah al-Basyair.
– Al-San‘ani, Muhammad bin Ismail. 1997M. Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram. Beirut: Dar al- Ma’rifat.
– Al-Tibi, Al-Hussain bin Muhammad. 2000M. Syarh al-Tibi ‘ala Miskat al-Masabih. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyat.
– Al-Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa. t.t. Al-Sunan. Beirut: Dar al-Turath al-‘Arabi.
– Al-Hakim Al-Naisaburi, Muhammad bin ‘Abd Allah. 1998M. Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain. Beirut: Dar al- Ma’rifat.
– Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali. 1993M. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari.. Beirut: Dar al-Fikr.
– Al-Khatib al-Baghdadi, ‘Ali bin ‘Ali. t.t. Al-Kifayat fi ‘Ilm al-Riwayat. Madinah: Al-Maktabat al-‘Ilmiyyat.
– Ibn Kathir, Ismail bin ‘Umar. t.t. Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat.
– Ibn Daqiq al-‘Iid, Taqiy al-Din Abi Fath. 2000M. Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdat al-Ahkam. Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyat.
– Al-Khattabi, Abu Sulaiman Hamd bin Muhammad. 2001M. Ma‘alim al-Sunan. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyat.
-Al-Mubarakfuri, ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Rahim, Tuhfat al-Ahwadhi.. Beirut: Dar al-Fikr.