JAWATANKUASA LFX
BAB 2 – TADBIR URUS
Jawatankuasa LFX
1. Sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 138 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010, hal ehwal LFX hendaklah diuruskan oleh Jawatankuasa LFX.
Hal ehwal LFX
2. Apabila mereka dilantik, anggota Jawatankuasa LFX hendaklah menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsinya mengikut, dan adalah terikat dengan, peruntukan Kaedah-kaedah ini dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Terikat dengan Kaedah-kaedah
3. Melainkan jika ditentukan sebaliknya dalam instrumen pelantikan, pelantikan seorang anggota Jawatankuasa LFX adalah tertakluk kepada terma-terma berikut:
(a) tertakluk kepada perenggan (b), (c) dan (d) di bawah, anggota tersebut hendaklah memegang jawatan untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun.
Walau bagaimanapun, apabila tamatnya tempoh tiga (3) tahun tersebut, anggota tersebut berkelayakan untuk dilantik semula;
(b) lembaga pelantikan anggota tersebut boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan itu tanpa memberikan apa-apa sebab baginya;
(c) anggota tersebut boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis satu (1) bulan kepada lembaga pelantikan; dan
(d) jawatan anggota tersebut hendaklah dikosongkan jika dia:
(i) mati;
(ii) disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang- undang;
(iii) menjadi bankrap;
(iv) tidak sempurna akal atau tidak berupaya menunaikan kewajipannya atau tidak layak untuk mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa LFX; atau
(v) tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa LFX tiga (3) kali berturut- turut tanpa kebenaran Pengerusi Jawatankuasa LFX.
Terma am pelantikan
4. Melainkan bagi kuasa untuk mendengar rayuan di bawah Kaedah 1 Bab 8, Jawatankuasa LFX boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya kepada:
(a) mana-mana anggota Jawatankuasa LFX;
(b) mana-mana Jawatankuasa Spesifik;
Perwakilan
JAWATANKUASA LFX
(c) mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa LFX;
(d) Ketua Pegawai Eksekutif; atau (e) mana-mana pegawai lain LFX,
dengan syarat bahawa perwakilan tersebut tidak menghalang Jawatankuasa LFX daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana- mana kuasa atau fungsinya yang diwakilkan sedemikian.
5. Jawatankuasa LFX hendaklah menentukan peraturan dan tatacaranya sendiri dalam menjalankan suatu mesyuarat Jawatankuasa LFX. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah berikut hendaklah dipatuhi:
(a) kuorum yang perlu bagi suatu mesyuarat Jawatankuasa LFX hendaklah merupakan tiga (3) orang anggota;
(b) Pengerusi Jawatankuasa LFX hendaklah menjadi pengerusi bagi mesyuarat Jawatankuasa LFX. Jika Pengerusi Jawatankuasa LFX tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik salah satu (1) daripada anggota yang hadir untuk menjadi pengerusi bagi mesyuarat itu;
(c) semua perkara yang berbangkit pada mesyuarat Jawatankuasa LFX hendaklah diputuskan mengikut undi majoriti. Dalam hal bilangan undi yang sama banyak, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai suatu undi kedua dan undi pemutus; dan
(d) seorang anggota Jawatankuasa LFX boleh menyertai suatu mesyuarat Jawatankuasa LFX secara telefon persidangan dan penyertaan tersebut hendaklah disifatkan sebagai kehadiran anggota tersebut di mesyuarat Jawatankuasa LFX tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa LFX
6. Jawatankuasa LFX hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat dan pertimbangtelitiannya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Minit mesyuarat
7. Jika Ketua Pegawai Eksekutif bukan Pengerusi Jawatankuasa LFX, Ketua Pegawai Eksekutif boleh menghadiri dan bersuara pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa LFX, dengan syarat bahawa Ketua Pegawai Eksekutif tidak mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif boleh menghadiri mesyuarat Jawatankuasa LFX
8. Jawatankuasa LFX boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa LFX bagi tujuan menasihati Jawatankuasa LFX mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, dengan syarat bahawa orang tersebut tidaklah mempunyai hak mengundi di mesyuarat tersebut.
Penasihat
9. Semua anggota Jawatankuasa LFX atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa LFX yang disebut dalam Kaedah 8 Bab ini boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah.
Saraan
JAWATANKUASA SPESIFIK
Jawatankuasa Spesifik
10. Jawatankuasa Spesifik seperti berikut hendaklan ditubuhkan di bawah Kaedah- kedah ini:
(a) Jawatankuasa Pelesenan, yang kuasa dan fungsinya adalah untuk mentadbir perkara yang berkaitan dengan pelesenan Penganjur Penyenaraian dan Ejen Perdagangan oleh LFX sebagaimana yang dinyatakan dalam Bab 3 dan perkara lain yang bersampingan dengannya;
(b) Jawatankuasa Penyenaraian, yang kuasa dan fungsinya adalah untuk mentadbir perkara yang berkaitan dengan penyenaraian instrumen kewangan di LFX sebagaimana yang dinyatakan dalam Bab 4 dan perkara lain yang bersampingan dengannya; dan
(c) Jawatankuasa Tatatertib, yang kuasa dan fungsinya adalah untuk mentadbir perkara yang berkaitan dengan penguatkuasaan prosedur dan tindakan tatatertib terhadap Penganjur Penyenaraian dan Ejen Perdagangan oleh LFX sebagaimana yang dinyatakan dalam Bab 7 dan perkara lain yang bersampingan dengannya.
Kuasa dan fungsi
11. Setiap Jawatankuasa Spesifik hendaklah terdiri daripada anggota berikut yang dilantik oleh Jawatankuasa LFX:
(a) seorang pengerusi Jawatankuasa Spesifik tersebut; dan
(b) tidak kurang daripada dua (2) orang lain, yang mana sekurang-kurangnya seorang (1) daripadanya hendaklah dilantik daripada kalangan anggota Jawatankuasa LFX.
Setiap anggota dari setiap Jawatankuasa Spesifik mestilah seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai pengalaman yang berkenaaan dalam perkara kewangan, komersial atau undang-undang.
Pelantikan
12. Apabila mereka dilantik, anggota Jawatankuasa Spesifik hendaklah menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsinya mengikut, dan adalah terikat dengan, peruntukan Kaedah-kaedah ini dan arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Terikat dengan Kaedah-kaedah
13. Melainkan jika ditentukan sebaliknya dalam instrumen pelantikan, pelantikan seorang anggota mana-mana Jawatankuasa Spesifik hendaklah tertakluk kepada terma-terma berikut:
(a) tertakluk kepada perenggan (b), (c) dan (d) di bawah, anggota tersebut hendaklah memegang jawatan untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun.
Walau bagaimanapun, apabila tamatnya tempoh tiga (3) tahun tersebut, anggota tersebut berkelayakan untuk dilantik semula;
(b) Jawatankuasa LFX boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan anggota tersebut tanpa memberikan apa-apa sebab baginya;
Terma pelantikan
JAWATANKUASA SPESIFIK
(c) anggota tersebut boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis satu (1) bulan kepada Jawatankuasa LFX;
(d) jawatan anggota tersebut hendaklah dikosongkan jika dia:
(i) mati;
(ii) disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang- undang;
(iii) menjadi bankrap;
(iv) tidak sempurna akal atau tidak berupaya menunaikan kewajipannya atau tidak layak untuk mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa Spesifik; atau
(v) tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Spesifik tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi Jawatankuasa Spesifik tersebut atau, dalam hal pengerusi Jawatankuasa Spesifik tersebut, tanpa kebenaran Pengerusi Jawatankuasa LFX.
14. Setiap Jawatankuasa Spesifik boleh menentukan peraturan dan tatacaranya sendiri dalam menjalankan mesyuaratnya. Walau bagaimanapun, kaedah- kaedah berikut hendaklah dipatuhi:
(a) kuorum yang perlu bagi mesyuarat tersebut hendaklah merupakan tiga (3) orang anggota;
(b) pengerusi Jawatankuasa Spesifik hendaklah menjadi pengerusi bagi mesyuarat tersebut. Jika pengerusi Jawatankuasa Spesifik tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik salah satu daripada mereka untuk menjadi pengerusi mesyuarat itu;
(c) semua perkara yang berbangkit pada mesyuarat tersebut hendaklah diputuskan mengikut undi majoriti. Dalam hal bilangan undi yang sama banyak, pengerusi mesyuarat tersebut hendaklah mempunyai suatu undi kedua dan undi pemutus; dan
(d) seorang anggota Jawatankuasa Spesifik boleh menyertai mesyuarat tersebut secara telefon persidangan dan penyertaan tersebut hendaklah disifatkan sebagai kehadiran anggota tersebut di mesyuarat tersebut.
Mesyuarat
15. Setiap Jawatankuasa Spesifik hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat dan pertimbangtelitiannya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Minit mesyuarat
16. Setiap Jawatankuasa Spesifik boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi tujuan menasihati Jawatankuasa Spesifik mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, dengan syarat bahawa orang tersebut tidaklah mempunyai hak mengundi di mesyuarat tersebut.
Penasihat
17. Semua anggota dari setiap Jawatankuasa Spesifik dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuaratnya yang disebut dalam Kaedah 16 Bab ini boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Lembaga
Saraan
LEMBAGA PENGARAH
Lembaga Pengarah
18. Adalah diperakui bahawa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Memorandum dan Perkara Persatuan, Lembaga Pengarah hendaklah menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsinya mengikut, dan adalah terikat dengan, peruntukan Kaedah-kaedah ini.
Terikat dengan Kaedah-kaedah
19. Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Kaedah-kaedah ini, selain daripada kuasa Lembaga Pengarah yang diperuntukkan secara khusus dalam Kaedah- kaedah ini atau Memorandum dan Perkara Persatuan, Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan:
(a) mengenai dasar LFX yang berkaitan dengan perlakuan kewangan am atau yang mempengaruhi kepentingan pemegang syer LFX; dan
(b) dengan kelulusan Lembaga, mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan struktur pemegangan syer LFX.
Kuasa utama Lembaga Pengarah
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Ketua Pegawai Eksekutif
20. Adalah diperakui bahawa, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Memorandum dan Perkara Persatuan, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah:
(a) dilantik oleh Lembaga Pengarah bagi tujuan untuk mengurus operasi harian LFX; dan
(b) menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsinya mengikut, dan adalah terikat dengan, peruntukan Kaedah-kaedah ini.
Terikat dengan Kaedah-kaedah
21. Melainkan jika ditentukan sebaliknya dalam instrumen pelantikan, pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah tertakluk kepada terma berikut:
(a) tertakluk kepada perenggan (b) dan (c) di bawah, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memegang jawatan untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun.
Walau bagaimanapun, apabila tamatnya tempoh tiga (3) tahun tersebut, dia berkelayakan untuk dilantik semula;
(b) Lembaga Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif tanpa memberikan apa-apa sebab baginya; dan (c) jawatan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dikosongkan jika dia:
(i) mati;
(ii) disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang- undang;
(iii) menjadi bankrap; atau
(iv) tidak sempurna akal atau tidak berupaya menunaikan kewajipannya atau tidak layak untuk mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Terma pelantikan