• Tidak ada hasil yang ditemukan

LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LIGA SUPER DST 2015 DST SUPER LEAGUE 2015 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P a g e

1. NAMA

1.1 Liga ini dipanggil sebagai “LIGA SUPER DST 2015” atau dalam bahasa Inggeris

“DST SUPER LEAGUE 2015”

2. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

2.1 Liga ini adalah dianjurkan dan diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara

Brunei Darussalam (NFABD)

3. PENYERTAAN

3.1 12 buah pasukan yang berada dalam Liga Super DST 2015 adalah pasukan-pasukan

yang bergabung dengan NFABD

4. YURAN PENDAFTARAN

4.1 Yuran Penyertaan adalah sebanyak BND$500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) dan

dibayar dengan tunai semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Pasukan yang gagal untuk menjelaskan yuran penyertaan berkenaan adalah dikira menarik diri dari penyertaan.

4.2 Pasukan yang telah mensahkan penyertaan mereka dan tanpa sebarang sebab menarik

diri akan diambil tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Penganjur dan denda sebanyak tidak kurang daripada $500.00 ( Ringgit BND : Lima Ratus Sahaja ). Pengurus dan pemain pemain dikenakan pengantungan daripada menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan persatuan yang diiktiraf oleh NFABD.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM LIGA SUPER DST 2015

(2)

2 | P a g e

5. PIALA DAN HADIAH

5.1 Juara Liga akan menerima :

5.1.1 Sabuah Piala Pusingan

5.1.2 Sebuah Piala Iringan berserta 32 biji pingat emas

5.1.3 Wang Tunai

5.2 Naib Juara Liga akan menerima :

5.2.1 Sebuah Piala Iringan beserta 32 biji Pingat Perak

5.2.2 Wang Tunai

5.3 Wang Tunai kepada tempat Ke-3 beserta 32 biji Pingat Gangsa

5.4 Sebuah piala bagi “Top Scorer” 5.5 Sebuah piala bagi “Best Player”

5.6 Sebuah piala “Fair Play” akan dianugerahkan kepada pasukan yang menunjukkan

semangat kesukanan yang tinggi dan akan dipilih oleh Jawatankuasa Disiplin

6 FAIR PLAY

6.1 Fair Play hendaklah sentiasa diberi keutamaan disetiap perlawanan

7 PENDAFTARAN PEMAIN

7.1 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar atau menyenaraikan tidak melebihi dua

puluh lima (25) pemain dengan salinan kad pengenalan pemain

7.2 Keutamaan adalah bagi pemain-pemain yang bertaraf warganegara atau penduduk

tetap Negara Brunei Darussalam

7.3 Pemain-pemain yang memegang Kad Pengenalan Hijau adalah dibenarkan untuk

didaftarkan untuk bermain. Pendaftaran adalah hanya untuk 1 orang pemain sahaja dan dibenarkan bermain

7.4 Setiap pasukan dimestikan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya seorang (1)

pemain yang berumur dua puluh satu (21) tahun ke bawah dalam senarai kesebelasan pasukan (first eleven). Jika sekiranya pemain tersebut diganti, maka pemain yang

menggantikannya hendaklah juga berumur 21 tahun ke bawah. Pasukan yang menyenaraikan lebih dari 1 orang pemain bawah 21 tahun adalah digalakan

7.5 Senarai terkini dan muktamad pemain-pemain yang berdaftar hendaklah diserahkan

(3)

3 | P a g e

7.6 Pasukan adalah tidak dibenarkan untuk menambah atau menukar pemain setelah liga

berjalan tidak kira pasukannya sudah atau belum bermain. Akan tetapi pasukan yang belum mencukupi koata 25 orang pemain adalah dibenarkan untuk mendaftar tetapi hendaklah menyerahkah borang pemain yang dimasukan 1 MINGGU sebelum jadual perlawanan pasukan berkenaan bermain. BORANG PENDAFTARAN MASUK (PEMAIN BARU) YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN

7.7 Seseorang pemain hanya dibenarkan untuk mewakili sebuah (1) pasukan sahaja

disepanjang musim liga

7.8 Senarai daftar pemain hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:-

7.8.1 Nama penuh pemain dan pegawai yang ditulis dengan huruf besar

7.8.2 Dua (2) keping gambar berukuran paspot setiap pemain dan pegawai yang diambil

pada tahun semasa 7.8.3 Tarikh lahir

7.8.4 Nombor kad pengenalan dan warna

7.8.5 Nombor jersi pemain

7.9 Pemain yang telah didaftarkan (warganegara dan penduduk tetap) untuk bermain

hendaklah bersedia untuk dipanggil untuk menjalani latihan dan sekiranya terpilih bagi mewakili pasukan kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa

7.10 Bilangan pemain yang mencukupi :

7.10.1 Setiap pasukan mestilah tidak kurang daripada 9 orang orang pemain sebelum dimulakan ( kick off )

7.10.2 Setelah permainan dimulakan ( kick off ), mana mana pasukan yang kurang daripada 7 orang pemain , perlawanan tidak akan diteruskan dan pasukan berkenaan dengan sendirinya dikira kalah.

8 PENGANTIAN PEMAIN (SUBSTITUTIONS)

8.1 Tidak lebih daripada 3 orang penganti daripada pemain simpanan yang diseneraikan

didalam borang pemain ( Start List ) pada setiap kali perlawanan.

8.2 Pemain yang telah diganti tidak boleh masuk semula untuk bermain.

9. INSURANS PEMAIN

9.1 Setiap pasukan adalah dikehendaki untuk mengambil INSURANS BERKELOMPOK untuk

(4)

4 | P a g e

9.2 Pemain-pemain dikehendaki untuk menghadapkan MEDICAL CERTIFICATE yang

dikeluarkan oleh hospital kerajaan

10. PEGAWAI PASUKAN

10.1 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar seramai maksimum tujuh (7) orang pegawai. Hanya lima (5) orang pegawai sahaja dari senarai berkenaan dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan pemain bersama tujuh (7) orang pemain simpanan (jumlah 12 orang sahaja). Senarai pegawai pasukan ialah:-

10.1.1 Pengurus Pasukan

10.1.2 Penolong Pengurus Pasukan 10.1.3 Ketua Jurulatih

10.1.4 Penolong Jurulatih I 10.1.5 Penolong Jurulatih II 10.1.6 Pegawai Perubatan

10.1.7 Pegawai Kelengkapan Pasukan

10.2 Pegawai pasukan hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan memakai kasut. Pemakaian selipar atau sandal adalah ditegah sama sekali

10.3 Jika didapati ada pegawai pasukan yang tidak mematuhi peraturan ini akan diarahkan untuk meninggalkan bangku simpanan pemain.

11. WARNA DAN NOMBOR JERSI PEMAIN

11.1 Setiap pasukan hendaklah menyatakan warna jersi utama dan kedua (warna jersi kedua hendaklah berlainan warna dengan jersi utama) dan pasukan adalah berhak untuk mengguakannya disepanjang liga. Untuk memastikan warna jersi kedua-dua pasukan yang akan berlawan tidak sama, Penyelaras Perlawanan akan mempastikannya sebelum setiap perlawanan berjalan

11.2 Setiap pasukan adalah dinasihatkan untuk membawa satu set jersi kedua di setiap perlawanan. Jika sekiranya pada pendapat pengadil warna kedua-dua pasukan adalah sama, maka pasukan yang disenaraikan sebagai pasukan pelawat adalah dikehendaki untuk menukar jersi pasukan mereka

11.3 Penjaga gol kedua-dua pasukan hendaklah memakai jersi yang berlainan warna dengan pasukan sendiri atau pihak lawan. Nombor penjaga gol hendaklah sama seperti yang didaftarkan sebelumnya

11.4 Pemain yang berdaftar hendaklah memakai nombor pada jersi mereka (di hadapan dan di belakang) dan seluar. Nombor hendaklah berlainan warna dan jelas dan hendaklah setinggi 25cm di belakang dan 10cm tinggi di hadapan, manakala nombor di seluar pula pula hgendaklah 10cm tinggi di hadapan sebelah kanan bawah. Jika sekiranya didapati pemain memakai nombor yang berlainan selain daripada nombor yang telah didaftarkan akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk denda

(5)

5 | P a g e

11.5 Nombor jersi hendaklah dari angka 1 hingga 25 sahaja

11.6 Logo pasukan adalah dibenarkan untuk dipakai pada jersi pemain. Jika sekiranya pasukan ditaja oleh sesebuah syarikat, logo syarikat tersebut bolehlah dipakai

11.7 Jenis kain jersi hendaklah mengikut piawaian yang dibenarkan

12. UNDANG-UNDANG PERMAINAN (LAWS OF THE GAME)

12.1 Setiap permainan adalah mengikut Undang-Undang Permainan (Laws of the Game) yang disediakan oleh International Football Association Board (IFAB) dan diwartakan oleh FIFA

13. BENTUK / FORMAT LIGA

13.1 Liga ini akan dijalankan secara liga dua (2) pusingan 13.2 Pemberian mata adalah seperti berikut:-

13.2.1 Menang = 3 mata

13.2.2 Seri = 1 mata

13.2.3 kalah = 0 mata

13.3 Kedudukan pasukan dalam carta adalah mengikut pungutan mata keseluruhan

13.4 Jika dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah pungutan mata keseluruhan yang sama, maka kedudukan pasukan dalam carta akan ditentukan melalui kaedah:-

13.4.1 Perbezaan jumlah gol keseluruhan perlawanan 13.4.2 Jumlah jaringan keseluruhan

13.4.3 Keputusan perlawanan antara pasukan yang terlibat

13.4.5 Jika masih seri, maka Jawatankuasa tertinggi penganjur akan menentukan cara lain yang difikirkan sesuai untuk membuat keputusan dan semua keputusan yang dibuat adalah muktamat

13.5 Tidak ada masa tambahan permainan semasa pusingan liga

14. MASA PERMAINAN

14.1 Masa permainan adalah selama sembilan puluh (90) minit, terbahagi kepada dua (2) separuh masa, di mana setiap separuh masa adalah selama empat puluh lima (45) minit dengan masa rehat selama limabelas (15 minit). Masa rehat boleh dilanjutkan atas budi bicara Pengadil

(6)

6 | P a g e

15.1 Semua Pengadil, Pembantu Pengadil dan Pegawai Ke-4 akan dilantik oleh NFABD atas cadangan Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darussalam

16. LAPORAN PENGADIL

16.1 Laporan pengadil hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan dan laporan tersebut hendaklah sampai kepada Setiausaha Perlawanan atau wakil tidak lewat daripada tiga (3) jam setelah selesai setiap perlawanan

17. PEMAIN-PEMAIN YANG DIBERIKAN AMARAN ATAU DIBUANG PADANG

17.1 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang berlainan akan secara otomatik digantung sebanyak satu (1) perlawanan berikutnya

17.2 Mana mana pemain yang diperintah keluar padang ( red card ) oleh pengadil dengan sendirinya digantung daripada bermain bagi 2 perlawanan berikutnya. Kesnya juga akan dihadapkan kepada Ahli Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya. 17.3 Mana mana pemain yang diperintah keluar padang ( red card ) kerana menerima

amaran bertulis ( yellow card ) kali kedua oleh pengadil perlawanan dalam perlawanan yang sama, dengan sendirinya digantung 1 perlawanan pada perlawanan berikutnya. 17.4 Tindakan-tindakan disiplin juga dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin jika sekiranya

pemain menerima lebih daripada satu (1) kad merah

17.5 Penggantungan pemain adalah juga digunapakai jika pemain tersebut bermain dalam Kejohanan Piala FA NFABD 2015

18. JAWATANKUASA DISIPLIN

18.1 Jawatankuasa Disiplin hendaklah terdiri daripada seorang (1) Pengerusi dan empat (4) orang ahli

18.2 Pengerusi hendaklah terdiri Ahli jawatankuasa penganjur dan 4 orang ahli terdiri daripada pengurus pengurus pasukan yang mengambil bahagian.

18.3 Jawatankuasa Disiplin hendaklah bersidang dalam masa empat puluh lapan (48) jam sebaik baik sahaja laporan diterima.

18.4 Jawatankuasa Disiplin adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:- 18.4.1 Kes-kes pemain yang diperintah keluar padang

18.4.2 Sebarang salah laku oleh mana mana pegawai atau pemain yang telah dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Tatatertib

18.4.3 Mana-mana aduan atau bantahan secara bertulis yang dihadapkan oleh pengurus atau pegawai pasukan yang mengambil bahagian

(7)

7 | P a g e

18.4.4 Bertanggungjawab untuk menggantung sementara atau seterusnya pemain berkenaan daripada mengambil bahagian dalam liga

18.4.5 Kes-kes disiplin dan tatatertib yang memerlukan tindakan

18.4.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dalam persoalan fakta adalah muktamad dan tidak boleh dirayu, dicabar secara perundangan atau sebagainya

19. JAWATANKUASA PENGANJUR

19.1 Jawatankuasa Penganjur hendaklah terdiri daripada seorang (1) Pengerusi dan ahli Jawatakuasa Kerja yang lain

19.2 Semua keputusan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad 19.3 Jawatankuasa Penganjur adalah bertanggungjawab terhadap:-

19.3.1 Jadual perlawanan, termasuk tarikh, padang dan masa perlawanan

19.3.2 Memastikan semua perlawanan adalah dimainkan mengikut Undang-Undang Permainan (Laws of the Game) dan pasukan-pasukan msetilah mematuhinya 19.3.3 Mengambil tindakan tatatertib melalui Jawatankuasa Disiplin, termasuk

mengenakan denda dan/atau penalti, mengikut peraturan liga dan Article 57 (Disiplinary Measures) Perlembagaan FIFA, melainkan perkara yang dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin mengikut peraturan ini

20. JAWATANKUASA RAYUAN

20.1 Jawatankuasa Penganjur akan melantik Jawatankuasa Rayuan yang mengandungi seorang (1) Pengerusi dan dua (2) oprang ahli. Jawatankuasa Rayuan mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin, dan juga terhadap rayuan dan bantahan dan lain-lain yang melibatkan liga 20.2 Setiap ahli Jawatankuasa Rayuan hendaklahlahi daripada Jawatankuasa Penganjur atau Jawatankuasa Disiplin

21. REFEREE ASSESSOR

21.1 Referee assessor akan dilantik oleh NFABD bagi setiap perlawanan 22. PERPINDAHAN PEMAIN ( TRANFER WINDOW )

(8)

8 | P a g e

hingga 23 Januari 2015.Pemain pemain adalah dibukakan untuk mendaftar dimana mana kelab Liga Super dan Liga Perdana dengan mengisikan borang borang

perpindahan yang disediakan oleh NFABD.

22.2 Perpindahan pemain pemain ( Tranfer Window ) akan dibukakan pada 1 April 2015 hingga 14 April 2015.Pihak NFABD akan menyediakan borang borang untuk

ditandatangani oleh Pengurus Pasukan/Kelab dan Pemain yang terlibat.

23. JURULATIH

Setiap pasukan yang menyertai liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Sumbangsih 2015 ada dikehendaki mempunyai Jurulatih yang memiliki lisen ‘ C “ yang diiktiraf oleh AFC dan NFABD

24. KESELAMATAN

24.1 Jawatankuasa Penganjur akan memastikan bahawa aspek-aspek keselamatan akan sentiasa dipantau di dalam dan luar padang permainan

24.2 Setiap pasukan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan disiplin setiap pemain, pegawai dan penyokong pasukan mereka

25. KEJOHANAN LUAR NEGARA

Juara Liga Super akan mewakili Negara Brunei Darussalam dalam kejohanan kelab AFC ianya tertakluk kepada Syarat Syarat yang dikeluarkan oleh AFC. Hanya Juara Liga Super akan mewakili Negara ini ke kejohanan tersebut jika Juara Liga Super tidak dapat mewakili Negara ini maka Naib Juara akan menjadi wakil Negara jika Naib Juara tidak mewakili maka pasukan tempat yang ketiga akan menjadi wakil Negara ini.

26. BANTAHAN

26.1 Setiap bantahan mestilah dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam Jawatankuasa Penganjur tidak lewat daripada duabelas (12) jam selepas selesai perlawanan dengan disertakan dengan wang cagaran sebanyak BND$700.00 (Ringgit: Tujuh Ratus Sahaja). Bantahan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

26.2 Bantahan tidak boleh dibuat keatas keputusan –keputusan yang dibuat oleh pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan ( Point of facts of the game ).

Keputusan pegawai perlawanan adalah muktamad

30. PENARIKAN DIRI, WALKOVERS DAN PEMBERHENTIAN PERLAWANAN

31.1 Setiap pasukan dikehendaki untuk bermain dan menghabiskan setiap perlawanan seperti dalam jadual

31.2 Jika, disebabkan oleh kesalahan salah satu pasukan, sesuatu perlawanan tidak dapat dijalankan atau dimainkan secara keseluruhan, Jawatankuasa Penganjur akan

(9)

9 | P a g e

memutuskan perlawanan tersebut batal dengan memberikan kemenangan kepada pasukan lawannya dan diberikan tiga (3) mata bersama jaringan 3 – 0, atau lebih, jika pasukan lawannya telah menjaringkan lebih gol

32. INTERPRETASI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

32.1 Interpretasi peraturan dan undang-undang dan juga semua perkara yang tidak terkandung dalam peraturan ini akan ditetapkan oleh Pihak Penganjur dengan merujuk kepada NFABD di mana keputusannya adalah muktamad

33. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK TERKANDUNG

33.1 Dalam perkara ketidak setujuan dalam interpretasi peraturan dan undang-undang ini, Jawatankuasa Penganjur akan menjadi badan pemutus dalam semua aspek peraturan teknikal

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari angket yang dibagikan kesiswa tentang pengembangan produk bahan ajar yaitu : (1) Pembelajaran yang digunakan oleh guru di sekolah yaitu berupa

Dalam hal terdapat perbedaan data antara DIPA Petikan dengan database RKA-K/L-DIPA Kementerian Keuangan maka yang berlaku adalah data yang terdapat di dalam database

Suap menyuap sangat berbahaya bagi kehidupan masyarakat karena akan merusak berbagai tatanan atas sistem yang ada di dalam masyarakat,dan menyebabkan terjadinya

1) Importir baru adalah orang atau perusahaan yang memasukkan barang-barang dari luar negeri atau mengimpor barang untuk pertama kalinya. 2) Importir yang termasuk dalam

Hasil Uji Daya Beda Butir Soal Pilihan Ganda Kepada Seluruh Siswa Kelas X di SMA Negeri 1 Amlapura... Hasil Uji Daya Beda Butir Soal Pilihan Ganda Kepada Seluruh Siswa Kelas X di

Penelitian ini menggabungkan pendekatan ACO dalam deteksi tepi dengan teori Neutrosophy, suatu cabang dari teori filosofi, yang telah banyak digunakan dalam

Hal ini tidak terlepas dari peran serta dari yayasan yang juga terus bertekad untuk mengembangkan madrasah, sebagaimana yang diutarakan oleh pihak yayasan, “… peranan

Sleman yang dilakukan oleh pejabat pengelola sesuai dengan ketentuan peraturan perundang-undanganf. (2) Dewan Pengawas