SEJARAH PEKEMBANGAN PENULISAN KARYA-KARYA ISLAM-JAWI DI NUSANTARA
Rosni binti Wazir Jabatan al-Quran al-Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Penulisan karya-karya jawi di Nusantara telah melalui perjalanannya yang tersendiri dan unik. Bermula dengan perselisihan tentang tarikh sebenar kemasukan Islam ke situ, diteruskan dengan ketidaktentuan daerah mana yang pertama sekali menerima jejak Islam dan siapa yang bertanggungjawan mengislamkan penduduknya, ia membentuk sejarahnya sendiri. Apa sahaja teori yang lahir, Islam telah diterima dengan baik oleh penduduknya. Kawi mula diganti dengan jawi dan keperluan kepada ilmu-ilmu yang bertulis mula mendesak. Ini dirancakkan dengan pertumbuhan pusat-pusat pengajian seperti madrasah dan pondok yang menjadikan karya-karya jawi ini sebagai teksnya. Bermula dengan risalah-risalah kerdil, menjadi suatu catatan peribadi, membentuk “kitab kuning” dan akhirnya menjadi “kitab putih”. Bermula dengan hasilan yang tidak bernama dan tiada hak cipta, ia akhirnya menjulang nama penulis dan diulang cetak sehingga puluhan kali. Penulisan ini akan menyorot sejarah perkembangan dan perubahan bentuk karya-karya jawi ini bermula dari 12M hingga 21M.
PENGENALAN
Sejarah kemasukan Islam ke Nusantara1 atau Alam Melayu yang direkodkan oleh sejarawan adalah melalui dua tahap; tahap kedatangan dan tahap perkembangan2. Perbincangan tentangnya turut melibatkan beberapa persoalan yang sukar dicari titik noktahnya. Tiga perkara utama yang menjadi pendebatan ialah :
1. Tarikh sebenar kemasukan Islam ke Nusantara.
2. Daerah mana yang pertama sekali menerima kunjungan mubaligh Islam. 3. Daerah asal mubaligh yang membawa ajaran Islam.
1 Definisi Nusantara adalah merangkumi kawasan negeri sebelah Timur tanah besar Asia yang terdiri daripada Semenanjung Indo-China, Kepulauan Indonesia termasuk Tanah Melayu dan juga kepulauan Filipina. Namun skop perbincangan dikhususkan kepada kepulauan Melayu, terutama di daerah Sumetera dan Tanah Melayu. Sila lihat Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), Selangor : al-Rahmaniah (Badan Dakwah & Kebajikan Islam Malaysia), h.53.
Terdapat sedikit perbezaan tentang rangkuman wilayah Nusantara berdasarkan pendapat Haji Wan Mohd Saghir apabila beliau membincangkan tentang perkaitan antara istilah “Asia Tenggara”, “Alam Melayu”, “Nusantara” dan “Negeri Bawah Angin”. Bagi beliau, istilah-istilah ini sekiranya dilihat dengan teliti, ia adalah tidak sama. Kawasan yang diistilahkan sebagai “Alam Melayu” sebenarnya adalah lebih luas daripada kawasan “Asia Tenggara”, sedangkan istilah “Nusantara” pula hanyalah berupa “Kepulauan Indonesia”. Istilah “Tanah Jawi” pula hampir sama dengan “Asia Tenggara”. Oleh itu, “Nusantara” adalah lebih kecil daripada “Tanah Jawi” atau “Asia Tenggara”. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (2002),
Wawasan Pemikiran Ulama Asia Tenggara, j.5, Kuala Lumpur : Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dan Khazanah Fathaniyyah, h.1.
Tarikh sebenar kedatangan Islam ke Nusantara sememangnya sukar untuk ditentukan dan ini turut diakui sendiri oleh T.W.Arnold : “It is imposibble to fix the precise date of the first introduction of Islam into the Malay Archipelogo.”3
Menurut sejarawan tempatan, Islam datang ke Nusantara di sekitar ke 7 dan ke 8M, manakala sejarawan Barat memberikan tarikh di sekitar abad ke 13M. Tanah Melayu mula menerima Islam sekitar kurun ke 9M dan selewat-lewatnya pada kurun ke 12M, manakala sejarawan Barat pula berpendapat bahawa ia berlaku di sekitar kurun ke 15M dan ia bermula di Melaka.4
Terdapat beberapa teori yang digunapakai oleh para sejarawan dalam menetapkan tarikh Islam mula berkembang dan menapak dalam masyarakat Melayu, antaranya ialah :
1. Laporan pelayaran Marco Polo yang menemui Perlak pada 691H/1292M bahawa penduduk di situ sudah beragama Islam.
2. Penemuan Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh 702H/1303M mempunyai catatan berkenaan dengan pengamalan hukum hakam Islam di kawasan itu.5
3. Syiling “al-Julus Kelantan” bertarikh 575H/1180M.6
4. Kubur “Keramat Teluk Cik Munah” di Pekan, Pahang yang bertarikh 418H/1028M.
5. Penemuan batu nisan di Bud Dato’, Kepulauan Jolo di Sulu pada 710H/1310M menunjukkan orang Muslim kerap kali mengunjungi kawasan ini, mungkin disebabkan hubungan perdagangan mereka dengan China.7
Kebanyakan sejarawan bersetuju menamakan Sumatera atau Sumudra sebagai tempat pertama yang menerima kunjungan mubaligh Islam, tetapi masih bertingkah tentang ketentuan daerahnya pula. Ini mungkin berlaku kerana pegangan terhadap sumber yang pelbagai, antaranya :8
1. Perlak (Ferlec) : berdasarkan laporan dari Marco Polo 2. Aru atau Haru : berdasarkan tulisan oleh Tome Pires 3. Pasai : berdasarkan buku Hikayat Raja-Raja Pasai
4. Pangsir, Lamni, Aru dan Perlak : berdasarkan buku Sejarah Melayu. 5. Samudera : berdasarkan catatan China.
6. Acheh : berdasarkan buku Salasilah Acheh.
3 T.W.Arnold (1913), The Preaching of Islam : a History of the Propagation of The Muslim Faith, cet.2, London : Constable & Company Ltd., h.363.
4 Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.70.
5 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the
Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka, h.12.
6 Amnah Saayah binti Ismail & Farid Mat Zain (2004), Perspektif Islam di Tanah Melayu abad ke-19 : Analisis Terhadap Pemikiran Abdullah Munshi Melalui Karya “Kisah Pelayaran Abdullah””, (Kertas Kerja International Seminar of Islamic Thought, anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 7-9 Disember 2004), h. 342. 7 Syed Naquib al-Attas (1969), op.cit., h.12.
Teori tentang mubaligh atau pengembang ajaran Islam di rantau sini juga berpecah kepada tiga teori:9 1. Islam dibawa oleh mubaligh dari Tanah Arab.10
2. Islam dibawa oleh mubaligh dari India.11
3. Islam dibawa oleh mubaligh dari China dan Champa.12
Menurut teori Hamka dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, golongan yang pertama menyebarkan Islam ke Nusantara adalah orang Arab itu sendiri dan Islam datang secara langsung dari Tanah Arab. Teori ini boleh diterima kerana kepulauan Nusantara mempunyai hubungan dengan orang Arab semenjak abad ke 5M lagi. Malahan, kepulauan Nusantara menjadi tempat persinggahan pedagang Arab sebelum tiba di negara China. Teori ini turut dipersetujui oleh T.W.Arnold dan S.Q. Fatimi.
Berdasarkan perkembangan Islam yang pesat di rantau ini, Dr. Haji Abdullah Ishak telah merumuskan beberapa faktor pendorongnya dan ia saling berkaitan serta menjadi sokongan kepada yang lain. Faktor-faktor yang dimaksudkan adalah :13
1. Faktor perlumbaan dalam penyebaran agama. 2. Faktor perkahwinan.14
3. Faktor perdagangan.
4. Faktor penguasaan syahbandar. 5. Faktor politik dan penaklukan.15
6. Faktor keperibadian golongan dakwah dan sufi.16 7. Faktor penulisan dan kesusasteraan.
8. Faktor kemurnian ajaran agama Islam.
Salah satu faktor terpenting penyebaran Islam pada kurun ke 15 dan 16M adalah faktor penulisan, kesusasteraan dan pendidikan. Hasilnya, beberapa tempat yang menjadi titik mula kemasukan Islam ke
9Ibid.,h.55-70.
10 Sila lihat Hamka (2006), Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd, h.670-676. Lihat juga Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), op.cit., h.11. Lihat juga S.Q. Fatimi (1963), Islam Comes To Malaysia, Singapura : Malaya Publishing House Ltd., h.4. Lihat juga T.W. Arnold (1975), op.cit., h. 363.
Teori ini juga disokong oleh kecenderungan penduduk Nusantara kepada tarikat yang berasal dari Tanah Arab seperti Tarikat Naqshabandi, Tarikat Syatariyyah, Tarikat Sammaniyah, Tarikat Rifa’iyyah dan Tarikat Qadiriyyah. Sila lihat
http://kdhlib.gov.my/diaspora/sesi1 (sejarah) / Perkembangan Islam Di Nusantara Dan Hubungannya Dengan Golongan Arab (Dr Fadhlullah).doc. 5 April 2012, h. 2.
11 Antara pelopor bagi teori ini adalah Snouck Hurgronje pada tahun 1883M, sila lihat Hamka (2004), op.cit., h.680. Menurut pendapat S.Q.Fatimi : “Professor Snouck Hurgronje salah seorang pelopor yang amat penting di dalam mengemukakan bahan-bahan bahawa pengaruh Persia atau India (Malabar-Koromandel) yang lebih benar di dalam pertumbuhan dan perkembangan Islam di negeri Melayu ini, beliau pun tidak dapat mengelak pengakuan bahawasanya pengaruh Arab atau Makkah atas kehidupan di pulau-pulau ini sangatlah kuatnya. Lebih kuat daripada di Turki atau Hindustan ataupun Bukhara sendiri.” Sila lihat S.Q. Fatimi (1963), op.cit., h.4.
12 Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Godinho Eredia, seorang saintis berbangsa Sepanyol dan sumber catatan dari negeri China semasa Dinasti Sung. Sila lihat S.Q. Fatimi (1963), ibid., h.67.
Namun begitu, sumber dari China ini turut mengaku bahawa Islam telah sampai ke negara mereka sejak abad pertama Hijrah. Sila lihat Hamka (1994), op.cit., h.670. Lihat juga Mahayuddin Haji Yahya (2001), op.cit., h.13.
13 Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.71.
14 S.Q.Fatimi memetik pendapat Prof. Brian Harrisson. : “Prof. Brian Harrisson’s variation emphasizes the influence of the
monarchs and the marital alliances. The spread of Islam along marriages between members of royal pr merchant families.” Sila lihat S.Q.Fatimi (1963), op.cit.,h.71.
Nusantara mula menjelma sebagai pusat pendidikan Islam dan keilmuan yang pesat17. Bidang keilmuan yang berkembang ini tidak sahaja melibatkan bidang-bidang ilmu-ilmu keagamaan tetapi juga bidang kesusateraan, kesenian, bahasa, ilmu perubatan, ilmu bumi, matematik, astronomi, ilmu polituk dan sebagainya.18 Kesan daripada fenomena inilah yang menzahirkan ilmu secara bertulis dan bercatat serta melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmu dan cendikiawan Melayu seperti Hamzah Fansuri, Shams al-Din al-Sumatrani, Sheikh Nur al-Din al-Raniri, ‘Abd al-Rauf Fansuri @ Singkel, Sheikh ‘Abd al-Samad al-Palembani, Sheikh Arshad al-Banjari, Raja Ali Haji, Sheikh Daud bin ‘Abd Allah al-Fatani, Abdul Malik bin ‘Abd Allah, Munsyi ‘Abd Allah dan ramai lagi.
PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM-JAWI DI NUSANTARA SECARA UMUMNYA.
Islam dilihat terus berkembang dan semakin diterima oleh masyarakat, tetapi terdapat beberapa pendapat daripada sejarawan Barat menyatakan bahawa Islam diterima dalam bentuk yang minimal sahaja oleh masyarakat. Dr. Azyumardi Azra memetik pendapat Lanson,Van Leur, Winstedt dan Gullick yang mengatakan bahawa Islam sekadar perkara kecil yang berlaku pada perkembangan tamadun manusia. Pengamal Islam juga amat terhad dan bercampur dengan kepercayaan Hindu-Buddha serta tidak signifikan sebagai agama bagi sesebuah negeri kerana tiada undang-undang Islam yang dilaksanakan, tiada kadi yang dilantik dan negeri-negeri ini masih berada di bawah perlindungan British.19
Pandangan-pandangan ini telah disanggah dengan keras oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, sekaligus menolak teori tersebut sepenuhnya. Bagi beliau, Islam telah memberi impak yang besar dengan menukar struktur masyarakat, budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu.20 Pendapat ini telah disokong oleh sejarawan lain seperti C.A.O Van Niewenhuijze, C.A Majul serta ramai lagi.21
Apa sahaja pendapat yang diberikan oleh para sejarawan Barat, Islam pada waktu itu terus berkembang sehingga muncul pusat kekuasaan Melayu-Islam seperti Terengganu Lama, Kedah, Perak, Patani, Melaka, Johor-Riau, Pasai, Acheh, Banten, Demak, Champa, Brunei, Sulu, Magindanao, Tidore dan Maluku yang menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehingga akhirnya ia dinamakan Kepulauan Melayu22.
17 Pusat perkembangan pendidikan Islam ini dilihat berbeza berdasarkan tempat : a. Institusi pendidikan di Melaka : Istana, rumah guru dan masjid.
b. Institusi pendidikan di Acheh : Meunasah (Madrasah/Rendah), Rangkang (Menengah), Dayah (Akademi/Menengah Atas), Jami‘ah (Universiti).
c. Institusi pendidikan di Pasai : Masjid dan Halqah. d. Institusi pendidikan di Minangkabau : Surau e. Institusi pendidikan di Jawa : Pondok Pesantren
f. Institusi pendidikan di Tanah Melayu : Pondok, Madrasah dan Rumah Tuan Guru.
Sila lihat Mohd. Koharuddin b. Mohd Balwi (2004), Tradisi Keilmuan dan Pendidikan Dalam Tamadun Melayu di Nusantara, Jurnal Kemanusiaan, Bil.3/Jun 2004, Universiti Teknologi Malaysia, h.49-56.
18Ibid., h.49.
19 Azyumardi Azra (1997), “Education, Law, Mysticism : Constructing Social Realities”, dalam Mohd Taib Osman (ed.),
Islamic Civilization in the Malay World, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.146-147. 20 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), op.cit.,h.4-7.
21 Azyumardi Azra (1997), op.cit., h.147.
Bersama kepesatan ini, keperluan kepada karya-kara Islam mula mendesak dan akhirnya melahirkan kepelbagaian bentuknya seperti: 23
1. Sastera kitab (bersifat bukan cerita : prosa dan pusi) :
Kumpulan ini mewakili kitab-kitab yang menerangkan sesuatu pengajaran tentang agama Islam. Ia meliputi kitab-kitab yang ditulis oleh ilmu fekah seperti sembahyang jumaat, kitab sembahyang, ilmu tauhid seperti Nazam Tauhid.
2. Sastera kenabian (bersifat cerita : prosa dan puisi) :
Kelompok ini terdiri daripada cerita-cerita tentang Nabi Muhammad seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Nabi Wafat dan lain-lain.
3. Sastera tokoh-tokoh Islam (bersifat cerita : prosa dan puisi) :
Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam kisah-kisah ini termasuklah mereka daripada keluarga Nabi Muhammad seperti hikayat cucunda baginda, Hasan dan Hussain dalam Hikayat Hassan dan Hussain dan Hikayat Tamin al-Diri.
4. Sastera kepahlawanan Islam (bersifat cerita : prosa dan puisi) :
Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam hikayat-hikayat jenis ini merupakan orang yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad dan pernah berjuang bersama baginda. Ada juga di antara mereka yang tidak ada kena mengena dengan Nabi Muhammad tetapi wataknya dilukis berdasarkan kepahlawanan tokoh yang pernah wujud. Contohnya adalah Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Amir Hamzah.
Kepelbagaian bentuk ini, khususnya karya jawi seakan-akan menyatu dengan ciri-ciri yang hampir sama seperti : 24
1. Sebahagian besarnya merupakan terjemahan daripada karya berbahasa Arab.
2. Penggunaan terminologi dalam bahasa Arab adalah sangat banyak, terutama perkataan yang tiada terjemahannya dalam bahasa Melayu.
3. Gaya bahasa dan penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab.
4. Buku-buku yang kecil digabungkan dengan yang besar, dan selalunya yang lebih kecil berada di margin karya yang lebih besar.
5. Tajuk-tajuk karya sebahagian besarnya dalam bahasa Arab walaupun isi kandungannya dalam bahasa Melayu.
6. Berlaku pengulangan cetak tanpa mendapat mendapat kebenaran penulis atau meminta kebenaran beliau kerana pada waktu ini kebanyakan karya tidak mempunyai hak cipta terpelihara.
7. Kadangkala tidak mempunyai nama pengarang apatahlagi tarikh dan nama penerbit.25
Karya-karya terawal yang dikenali sebagai “Kitab Kuning” ini biasanya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, atau disebut oleh Martin Van Bruinessen sebagai “format biasa”. Beliau telah membincangkan tentang format-format ini berdasarkan kepada kitab kuning yang digunakan di pesantren-pesantren serata wilayah di Indonesia :26
1. Ia selalunya melibatkan 3 format utama; sharh, hashiah dan matn.
23 Siti Hawa Salleh (1997), Kesusasteraan Melayu Abad ke 19, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.223-226. 24 Abdul-Rahman Mohamed Amin et all (2011), “Historical Review of Classical Hadith Literature in Malay Peninsula”,
International Journal of Basic and Applied Sciences, Vol.2, Issue 2, Department of Management and Humanities, Universiti Teknologi Petronas, h.1.
25 Professor E.U. Kratz menyebut : “…however that most Malay texs are anonymous and that we do not know who is
2. Ia selalunya mempunyai komentar atau karya lain yang berkaitan dengannya yang diletakkan sebagai “hashiah”. Hashiah ini dicetak dalam margin yang lebih kecil mengelilingi karya yang lebih utama atau lebih besar ditengahnya. Ia selalunya akan dirujuk-silang atau dibaca secara bersama-sama, mungkin kerana konflik yang berlaku antara kedua-dua teks dan sebagainya.
3. Nama “taqrib” diberikan kepada karya yang lebih ringkas dan pendeknya bentuknya.
4. Matn selalunya berbentuk “manzum”, iaitu berbentuk puisi yang pendek dan ringkas serta berima untuk memudahkan ia dihafaz. Penerangan kepada manzum ini selalunya diletakkan bersama-sama dengannya di dalam satu margin berbanding menjadikannya dalam bentuk
hashiah.
5. Saiz biasa bagi kitab kuning ini adalah 26 cm dan tidak dijilid dan mudah diceraikan supaya pembaca boleh mengasingkan halaman yang ingin dibaca atau dihafaznya. Ini berbeza dengan karya-karya di kurun-kurun terkini yang dijilid dengan sempurna memandangkan itu adalah tanggungjawab pencetak untuk menyempurnakannya.
Perkembangan yang berlaku ini, boleh dilihat khususnya berdasarkan kurun-kurun yang berbeza.
PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM-JAWI PADA KURUN KE 12-14 MASIHI.27
Sejarawan mengakui bahawa antara tanda penerimaan agama Islam oleh penduduk Nusantara adalah apabila tulisan jawi28 yang diadaptasi daripada tulisan Arab menjadi rasmi menggantikan tulisan kawi29. Tulisan jawi yang ditemui di artifak-artifak30 serata daerah di Nusantara ini adalah bentuk awal karya-karya Islam sebelum ia terhasil dalam bentuk manuskrip, bercetak dan sebagainya.
Di peringkat awal, karya-karya ini adalah dalam jumlah yang sangat kecil dan sederhana serta dalam bentuk risalah-risalah agama secara ringkas.
26 Martin Van Bruinessen (1990), Kitab Kuning : Books in Arabic Script Used in The Pesantren Milieu, KITLV Juournal, no. 2/3, h.234-235.
27 Haji Wan Mohd Saghir meletakkan tempoh ini sebagai Period Pertama. Selama tempoh ini (300 tahun), setelah ditemui
al-Bahr al-Lahut, dianggap bahawa penulisan masih berterusan tetapi tiada karya bahasa Melayu yang ditemui. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (1995), “Manuskrip Islam Dunia Melayu Ditinjau Dari Pelbagai Peringkat”, (Kertas Kerja Forum Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, pada 27 September 1995), h.2.
28 Jawi merupakan sistem penulisan berdasarkan tulisan Arab yang mewakili bahasa Melayu. Ia melibatkan kesemua 30
huruf Arab dan ditambah dengan 6 huruf lagi,
و،ج،غ،ف ،ـك،ن
. Sila lihat Hashim bin Haji Musa (2009), Early Jawi Materials and the Creation of a Network of Malay Islamic Centres, The Journal of Sophia Asian Studies, vol.27, Sophia Universty Repository for Academic Resources, h.10.29 Kawi merupakan tulisan yang diadaptasi dari pengaruh Hindu. Sila lihat ibid., h.10 30 Artifak-artifak yang ditemui terukir dengan tulisan jawi adalah :
a. Batu nisan Permatang Pasir, Pahang yang ditulis dalam bahasa Arab sepenuhnya bertarikh 419H/1028M.
b. Batu nisan Champa yang ditemui di Selatan Vietnam yang ditulis dalam bahasa Arab dengan khat kufi yang cantik bertarikh 431H/1039M.
c. Batu nisan Bandar Sri Begawan, Brunei bertarikh 440H/1048M.
d. Batu nisan Leran Surabaya, Jawa Timur juga ditulis dalam bahasa Arab bertarikh 495H/1082M. e. Batu nisan Malik al-Salleh yang ditemui di Pasai, Utara Sumatera bertarikh 696H/1297M.
f. Batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu merupakan teks pertama berbahasa Melayu yang ditemui pada 702H/1303M.
g. Batu nisan Pengkalah Kempas, Negeri Sembilan yang mempunyai tulisan jawi dan kawi di kedua mukanya bertarikh 872H/1463M.
Satu-satunya karya yang dianggap sebagai terawal31 pernah disebut adalah berkaitan dengan tasawuf yang bertajuk Bahr al-Lahut32 yang dihasilkan oleh Sheikh ‘Abd Allah Arif. pada kurun ke 12M.33 Karya ini dikatakan telah menimbulkan kontroversi fahaman tasawuf dan falsafah ketuhanan yang diperdebatkan sebelum ini.34 Ini adalah tidak memeranjatkan memandangkan masyarakat Muslim pada waktu itu lebih berminat dengan aspek Islam-mistik-falsafah berbanding hukum hakam.35
Sebuah lagi karya yang disebut adalah Dur al-Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi telah dibawa ke Melaka oleh muridnya Maulana Abu Bakar tetapi ia dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan beberapa buah karya yang lain seperti al-‘Aqa’id oleh Najm al-Din Abu Hafs ‘Umar bin Muhammad al-Nasafi (m.1142H/1729M) dan Umm al-Barahin oleh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi. Al-‘Aqa’id
merupakan karya yang terkenal dan banyak dihuraikan oleh ilmuwan Islam termasuk S‘ad al-Din bin Mas‘ud al-Taftazani yang dikatakan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi masih belum dapat dikesan.36
PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM PADA KURUN KE 15 - 17 MASIHI.37
Teori Syed Naquib al-Attas mengatakan bahawa kurun ke 16 dan 17M merupakan masa penting dalam keilmuan orang Melayu. Pada masa ini menyaksikan kesuburan dalam penulisan sastera fasafah, metafizika dan teologi rasional yang tiada tolok bandingnya di mana-mana zaman atau kawasan Asia Tenggara. Penterjemahan al-Quran pertama di Alam Melayu diselenggarakan beserta syarahnya yang berdasarkan al-Baidawi, serta terjemahan-terjemahan lain serta syarah-syarah dan karya asli dalam bidang falsafah, tasawuf dan ilmu kalam, semuanya telah diselenggara pada zaman ini. Zaman inilah pembangunan rasionalisme dan intelektualisme yang tiada pernah berlaku dimana-manapun di Asia Tenggara.38
31 Menurut Prof. Dr Mahayudin terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kitab Bahr al-Lahut telah mendahului
al-‘Aqa’id al-Nasafi dari segi kemunculannya di Nusantara. Sila lihat Mahayuddin Haji Yahya (2001), op.cit., h.44.
32 Pernyataan ini turut disinggung oleh Haji Wan Mohd Saghir dalam penulisannya. Karya ini dikatakan masih dalam bentuk manuskrip dan ada dalam penjagaan beliau. Karya dalam bahasa Arab ini dihasilkan oleh Sheikh ‘Abd Allah Arif ini berasal dari peninggalan Sheikh Yusuf Tajul Mankatsi (Tajul Khalwati) yang berasal dari Makasar. Manuskrip ini dipercayai merupakan salinan beliau yang berasal dari Bugis dan meninggal dunia di Afrika Selatan. Manuskrip ini tidak bertarikh tetapi berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Haji Wan Mohd Saghir, ia dihasilkan oleh Sheikh ‘Abd Allah Ariff dalam lingkungan 1177M. Bahr al-Lahut adalah dalam bahasa Arab, namun terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu yang dilakukan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ia menggunakan nama Bahr al-Dahut. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (1995), op.cit., h.1.
33 Fauzi bin Deraman et.al (2011), op.cit., h.190.
34 Prof. Dr. Mahayuddin juga ada membicarakan tentang karya ini dengan panjang lebar. Sila lihat Mahayuddin Haji Yahya (2001), op.cit., h.43-44.
35 Azyumardi Azra (1997), op.cit., h.190.
36 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1988), The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation of The al-‘Aqa’id of al-Nasafi, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h.8.
Setelah penemuan al-Bahr al-Lahut pada 12M, terdapat dua buah lagi karya yang ditemui antara kurun ke 15 dan 16M iaitu Sia-Sia Berguna dan Tarikh Patani yang dikarang oleh Sheikh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-Fatani.
Sia-Sia Berguna membicarakan tentang ilmu perubatan dan ditulis dalam bahasa Melayu manakala
Tarikh Patani dalam bahasa Arab dan membicarakan sejarah kerajaan Melayu, bermula dengan kerajaan Langkasuka. Malangnya, kedua-dua karya ini tidak dapat ditemui sehingga sekarang.
Pada kurun ke 16 dan 17M, ditemui manuskrip ulama Pattani seperti Tarikh Pattani oleh Sheikh Faqih Ali bin Wan Muhammad al-Abbasi al-Fatani. Tokoh ini merupakan cucu kepada Sheikh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-Fatani, pengarang Tarikh Pattani dalam bahasa Arab sebelum ini. Menurut catatan oleh Sheikh Faqih Ali, walaupun karyanya merupakan terjemahan kepada karya datuknya, beliau telah membuat banyak penambahan. Malangnya, manuskrip aslinya belum ditemui dan hanya terdapat salinan terhadapnya yang dibuat oleh Sheikh Daud al-Fatani pada tahun 1228H/1813M.39
Dua buah lagi karya yang ditemui pada period ini adalah Ilmu Mantiq dan Ilmu Saraf40 yang ditulis oleh Faqih Wan Musa al-Fatani pada 1002H/1593M. Kedua-dua karya ini ditulis dalam bahasa Arab tetapi terdapat beberapa halaman yang mempunyai catatan dalam bahasa Melayu. Sebuah lagi karya yang ditemui pada 1032H/1629M adalah Ilmu Tauhid, karangan Ahmad bin Amin al-Din al-Qadi, seorang ulama yang berasal dari Kedah.
Hanya pada pertengahan kurun ke 17M, karya hadis pertama sekali dihasilkan iaitu Fawa’id al-Bahiyyah oleh Sheikh Nur al-Din al-Raniri (m.1069H/1658M)41 dan diikuti oleh Sharh al-Latif oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri. Karya Sharh al-Latif ini juga dianggap sebagai karya sharh atau huraian bagi al-Arba‘in al-Nawawiyyah dalam bahasa Melayu yang pertama sekali dihasilkan. Kedua-dua karya ini walaupun menjurus kepada hadis namun kecenderungan tasawwufnya membuktikan bahawa Muslim pada waktu ini masih terkesan dengan idea sufi dan akidah42.
Antara karya-karya lain yang dihasilkan pada kurun ini ialah43 : 1. Hidayah al-‘Awwam (1719M) : Sheikh Jalal al-Din.
2. Sabil al-Muhtadin (1778M) : Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari. 3. Sirat al-Mustaqim : Sheikh Nur al-Din al-Raniri.44
39 Haji Wan Mohd Saghir (1995), op.cit., h.2. Lihat juga Haji Wan Mohd Saghir (1998), “Peranan dan Sumbangan Syikh Daud bin Abdullah al-Fatani Dalam Kesusateraan Melayu Klasik”, (Kertas Kerja Seminar Kesusateraan Melayu Tradisional, di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 2-3 September 1998), h.3.
40 Selain daripada kedua-dua karya ini terdapat sebuah lagi karya Faqih Wan Musa yang tidak bertarikh, dan tidak dapat ditemui manuskripnya iaitu al-Sawa fi al-Bayan. Karya ini dikatakan telah disempurnakan oleh anak beliau iaitu Sheikh ‘Abd al-Rahman Pauh Bok al-Fatani.
41 Dr. Mohiden Abd. Rahman memperakui bahawa al-Raniri merupakan perintis kepada penghasilan karya hadis di Nusantara. Sila lihat Dr. Mohiden Abd. Rahman (2006), Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian al-Hadith, Jurnal al-Bayan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.58.
42 Abdul-Rahman Mohamed Amin et all (2011), op.cit., h.3.
43 Terdapat banyak lagi karya-karya lain yang dihasilkan pada period ini terutama oleh penulis-penulis dari Bugis, Jawa dan Sunda dan antara yang paling terkenal adalah karya-karya oleh Tok Pulau Manis, seorang ulama yang berasal dari Terengganu. Karya-karya ini sangat banyak dan tidak mampu disenaraikan secara penuh di sini.
4. Bab al-Nikah : Sheikh Nur al-Din al-Raniri45. 5. Mir’at al-Tullab : Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri. 6. Kifayah al-Muhtajin : Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri.46 7. Tafsir Tarjuman al-Mustafid : Sheikh Rauf al-Fansuri.47
8. Kitab al-Hadith al-Musamma bi Shifa’ al-Qulub : Sheikh ‘Abd Allah.48
PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM PADA KURUN KE 18 MASIHI.
Pada tempoh ini ditemui banyak karya-karya ulama yang berasal dari Acheh, Patani, Palembang dan Banjar. Tokoh dan karya yang paling menonjol pada period ini adalah seperti berikut49 :
1. Hidayah al-‘Awam (1140H/1727M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din Acheh.
2. Manzar al-Ajla ila Martabat al-A‘la (1152H/1739M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din Acheh 3. Bidayah al-Hidayah (1170H/1757M): Muhammad Zain Jalal al-Din Acheh.
4. Al-Qawl al-Mukhtasar fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar (1196H/1782M): Muhammad Arsyad al-Banjar.
5. Tanbih al-Ghafilin (1184H/1770M) : Sheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Mubin Pauh Bok al-Fatani.
a. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 19 Masehi.
Pada kurun-kurun terawal ini, buku bercetak adalah sesuatu yang baru dan menarik di pesantren atau pondok-pondok dan madrasah seluruh Nusantara. Bahan-bahan bacaan pada waktu itu masih berbentuk manuskrip dan dalam tulisan tangan pemiliknya. Kemasukan bahan bacaan bercetak ke Nusantara sedikit sebanyak tercetus kerana meningkatnya jumlah para jamaah Haji dengan penggunaan kapal laut berwap.50
Penerbitan manuskrip Melayu/Jawi ini hanya bermula pada kurun ke 19M dan pada tempoh inilah teknologi penerbitan sudah mula berkembang dan memfokuskan kepada penghasilan karya Jawi untuk kegunaan pengajian Islam di serata dunia Melayu. Karya bercetak yang dikenali sebagai “Kitab
45 Karya ini juga dikatakan telah dihantar oleh Sultan Aceh ke Kedah untuk dipelajari. Sila lihat ibid.
46 Ia dikenali juga sebagai Tafsir Baidawi Melayu. Menurut Haji Wan Mohd Saghir, karya ini tidak sempat disempurnakan oleh Sheikh ‘Abd al-Rauf tetapi diambil-alih oleh muridnya iaitu Baba Daud bin Agha Ismail al-Jawi bin Mustafa al-Rumi. Ulama’ Pattani yang telah mempopularkannya adalah Sheikh Ahmad al-Fatani apabila beliau melakukan tashih keatasnya. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (2001), “Tokoh dan Karya Ulama-Ulama Pattani Sebagai Rujukan Nusantara”, (Kertas Kerja Seminar Bahan Rujukan Islam Nusantara di Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam pada 20-23 Ogos 2001), h.21
47 Ia dianggap sebagai karya tafsir pertama di Nusantara. Telah beberapa kali dicetak dan cetakan pertama adalah pada tahun 1884M di Konstantinople. Saudara Salman Harun dari IAIN telah menulis disertasi tentangnya pada tahun 1988 yang bertajuk “Hakekat Tarjuman al-Mustafid Karya Syaikh Abdurrauf Singkel”. Sila lihat Dr. H.Ramli Abdul Wahid (2006), Perkembangan Kajian Hadis di Indonesia : Studi Tokoh Dan Organisasi Masyarakat Islam, al-Bayan, Vol.4, Mei 2006, Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.64.
48 Ini bukanlah kitab hadis sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.H.Ramli :“Namun ternyata kitab ini tidak membahas hadis-hadisnya dari aspek hadis dan tidak pula membahas ilmu hadis. Hadisnya ditulis tanpa sanad, tanpa rujukan asli hadis, dan orientasinya adalah tasawuf.” Sila lihat ibid., h.65.
Kuning”51 ini akhirnya digunapakai secara meluas oleh masyarakat sehinggalah pada kurun-kurun berikutnya.
Terdapat rekod yang mencatatkan bahawa gerak kerja mengedit dan mencetak sebanyak 5000 manuskrip Melayu telah bermula pada awal kurun ke 19M ini. Manuskrip-manuskrip ini meliputi 800 tajuk, setiap tajuk meliputi 6 manuskrip.52 Pada tahun 1846M terdapat 11 teks yang telah dicetak dan seratus tahun selepas itu iaitu pada 1937M bilangan ini bertambah sehingga 87 edisi dalam pelbagai bidang dan material utamanya adalah daripada manuskrip-manuskrip bertulis tangan.53
Hakikatnya, sedekad lebih awal, sudah wujud penerbit atau pencetak buku yang berpusat di Mekah, tetapi hanya pada 1884M mereka mula mencetak buku-buku dalam bahasa Melayu. Percetakan seperti ini selalunya dikendalikan oleh tokoh ilmuwan Nusantara sendiri seperti Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fatani dan Zain al-Din al-Sambawi.54 Ia juga melibatkan pencetak-pencetak dari luar daerah seperti Kaherah55, Istanbul dan Bombay, sekaligus menjadikan mereka antara yang terawal menerbitkan karya-karya Melayu-Jawi ini. Hanya pada akhir kurun barulah lahir beberapa penerbit di Kepulauan Melayu yang diinisiatifkan oleh Pentadbiran Kolonial (British dan Belanda), mubaligh Kristian dan beberapa orang penerbit Muslim di Riau, Singapura, Palembang dan Surabaya.56 Tokoh terawal yang mengambil inisiatif mencetak karya-karya sebegini adalah seperti Sayyid Usman dari Batavia yang mencetak versi pertama kepada al-Qawanin al-Shar‘iyyah pada 1881M dan pada 1886M sekurang-kurangnya 4 buah karya telah beliau cetak. Tokoh yang kedua adalah Kemas Haji Muhammad Azhari dari Palembang pada tahun 1854M yang mencetak al-Quran hasil dari mesin cetak yang dibelinya serta dikendalikan sendiri setelah pulang dari mengerjakan Haji. Seterusnya pada 1894M, pemerintah muda Riau, Muhammad Yusuf mengasaskan Matba‘at al-Ahmadiyyah di Kepulauan Penyengat yang menghasilkan karya-karya berkaitan tarikat Naqsyabandi oleh Sheikh Muhammad Salleh al-Zawawi.57
Kegiatan penerbitan karya-karya sebegini menjadi bertambah rancak kerana ia menjadi sumber utama teks dan rujukan di pondok, pesantren, madrasah, masjid, surau dan menasah. Ia juga mencakupi pelbagai bidang pengajian seperti akidah, tasawwuf, feqah dan hukum-hakam, tasawwuf dan akhlak, al-Quran dan tafsir serta hadis. Ia juga menggambarkan tiga pegangan utama Kepulauan Melayu iaitu akidah ‘Asyariyyah atau aliran sunni, fiqh Shafi‘i dan tasawwuf Imam al-Ghazali.
Antara karya-karya yang dihasilkan pada kurun ini adalah :
1. Al-Durr al-Thamin (1231H/1816M) : Sheikh Daud al-Fatani. 2. Jam’ al-Fawa’id (1238H/1823M) : Sheikh Daud al-Fatani. 3. Furu’ al-Masa’il (1253H/1838M) : Sheikh Daud al-Fatani 4. Munabbih al-Ghafilin (1284H/1868M) : Tuan Tabal.
51 Istlah “kitab” yang dipakai berbanding “buku” membawa maksud ia adalah karya bertulisan jawi atau dalam bahasa Arab. Manakala istilah “buku” adalah untuk bahan bacaan dalam tulisan rumi. Ia di panggil “Kitab Kuning” berkemungkinan kerana material kertasnya yang berwarna kuning. Ia merupakan material kertas bercetak yang dibawa masuk dari Timur Tengah pada awal kurun ke 20M. Manakala “Buku Putih” pula merujuk kepada karya-karya yang ditulis dalam tulisan rumi. Sila ibid., h.227.
52 Ismail Hussein (1974), The Study of Traditional Malay Literature with A Selected Bibliography, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.12.
53 E.U. Kratz (1979 op.cit., h.229.
54 Hashim bin Haji Musa (2009), op.cit., h.15. Sila lihat juga Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.230.
55 Penerbitan Mustafa al-Babi al-Halabi di Kaherah adalah di antara yang banyak mencetak karya-karya Jawi-Melayu ini. 56 Martin Wan Bruinessen (1995), Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat : Tradisi-Tradisi Islam di Indonesia, Bandung : Mizan, h.135-137.
5. Jala’ al-Qulub (1286H/1870M) : Tuan Tabal.
6. Fath al-‘Arifin (1294H/1878M) : Sheikh Ahmad Khatib al-Sambawi.
7. Al-Mawahib al-Makiyyah (1296H/1879M)58 : Sheikh ‘Abd al-Qadir bin ‘Abd al-Rahman al-Fatani.
8. Kashf al-Ghaibiyyah (1300H/1883M) : Sheikh Zain al-‘Abidin bin Muhammad al-Fatani. 9. Matla’ al-Badrayn (1302H/1885M) : Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani. 10. Siraj al-Huda (1303H/1886M) : Sheikh Muhammad Zain al-Din al-Sambawi. 11. Taj al-‘Arus (1303H/1886M) : Sheikh Uthman Shihab al-Din al-Funtiyani.
12. Kitab Sifat Dua Puluh (1303H/1886M) : Sheikh Uthman bin ‘Abd ‘Allah al-Betawi. 13. Jawhar al-Mauhub (1305H/1888M) : Sheikh ‘Ali bin ‘Abd al-Rahman al-Kalantani. 14. Aqidah al-Najin (1307H/1890M) : Sheikh Zain al-‘Abidin al-Fatani.
15. Siraj al-Qari (1308H/1891M)59 : Sheikh Muhammad Salih bin Sheikh Zain al-‘Abidin al-Fatani.
16. Mawrid al-Zaman (1315H/1898M)60 : Sheikh ‘Abd Allah bin Qasim al-Sanquri. 17. Munniyah al-Musalli : Sheikh Daud al-Fatani
18. Hikam : terjemahan oleh individu yang tidak dapat dikenalpasti. 19. Tafsir Jamal : Sheikh Mashum bin Jamal al-Fatani.
20.Al-Risalah al-Fataniyyah dan Tashil al-Nayl al-Amani61 : Sheikh Ahmad al-Fatani.
Selain daripada karya-karya yang disenaraikan, terdapat beratus-ratus lagi karya dari pelbagai bidang yang dihasilkan pada kurun ini.
b. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 20 dan 21 Masehi.
Pada pertengahan pertama kurun ke 20M, lebih banyak buku yang dicetak tetapi melibatkan karya dalam tulisan rumi, berbanding karya-karya jawi pada kurun sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pertegangan urat antara kaum muda dan kaum tua yang berlaku pada waktu itu. Kaum muda yang lebih dekat dengan modenisasi dan nasionalis sekular serta agresif telah menghasilkan banyak karya-karya agama dalam tulisan rumi yang berbeza bentuk dan pengisiannya berbanding kitab tradisional.62
Sekiranya menjadikan Indonesia sebagai kayu ukurnya, hanya setelah negara ini merdeka, kitab melayu-jawi mula dicetak dalam skala yang lebih besar. Pada masa ini juga wujudnya penerbit-penerbit yang berbangsa Melayu-Jawi yang sebelum ini dikuasai oleh mereka yang berketurunan Arab, antaranya adalah Toha Putra dari Semarang dan Menara Kudus63. Manakala di Malaysia pula, penerbit yang aktif pada waktu ini adalah Dar al-Ma‘arif wa al-Nahdi dan Pustaka Aman Press. Patani Press pula bertempat di Pattani yang mencetak karya-karya pada lewat 1930M. Salah satu karya terkenal yang dihasilkan pada waktu itu adalah terjemahan Tafsir al-Jalalayn yang dihasilkan oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri iaitu pada 1950M. 64
58 Ini adalah kitab tajwid. 59 Ini adalah kitab tajwid. 60 Ini adalah kitab tajwid.
61 Kedua-duanya merupakan karya nahw yang dihasilkan oleh Sheikh Ahmad al-Fatani, ratusan kali sudah dicetak dan menjadi hafalan pelajar-pelajar pondok di Kedah, Kelantan, Pattani, Bangkok, Jambi dan Riau dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga menghasilkan tiga risalah nahw yang bertajuk Manzumah al-Shimari al-Shahiyyah (1294H/1877M),
Manzumah ‘Unqd al-La’ali dan Manzumah al-‘Awamil yang ditulis pada 1296H/1878M. Ketiga-tiganya dalam bentuk syair. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (2001), op.cit., h.25
3.1. KESIMPULAN
Nusantara atau Alam Melayu atau Asia Tenggara merupakan satu kawasan yang mempunyai sejarah dan keistimewaannya sendiri. Ia bermula dengan pendebatan tentang tarikh sebenar ia menerima Islam dan sehingga kini masih belum ditemui kata putusnya. Perkara yang sama berlaku apabila melibatkan daerah mana yang pertama sekali menerima Islam. Ia juga masih belum mempunyai kata putusnya, apatalagi melibatkan asas teori dari sumber yang pelbagai. Pendebatan tentang siapa yang membawa Islam ke sini juga masih berterusan, namun kecenderungan lebih kepada para mubaligh dari Tanah Arab berbanding mubaligh dari China dan dan India. Teori ini dikemukan oleh ramai sejarawan Barat dan disokong sendiri oleh penulis-penulis Melayu sendiri seperti Prof. Hamka dan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Kemasukan Islam ke Nusantara telah mengubah banyak struktur, budaya dan cara kehidupan masyarakatnya. Islam telah diterima dengan baik sehingga menggantikan kepercayaan Hindu-Buddha yang sekian lama menapak di sini. Paling ketara, hukum Islam dilaksanakan dan tulisan jawi diangkat sebagai tulisan rasmi menggantikan tulisan kawi.
Perkembangan yang pesat ini dapat disaksikan dengan kemunculan pusat-pusat perkembangan Islam seperti Patani, Kedah, Acheh, Melaka dan banyak lagi. Seiring dengannya adalah kemunculan karya-karya Islam yang variasi, namun masih dalam bentuk yang mudah dan ringkas serta dikenali sebagai “Kitab Kuning”.
Satu-satunya karya terawal yang pernah disebut adalah Bahr al-Lahut yang dihasilkan oleh Sheikh ‘Abd Allah Arif pada kurun ke 12M berkaitan dengan tasawuf dan falsafah ketuhanan. Karya seterusnya ditemui adalah pada kurun 15 dan 16M iaitu Sia-Sia Berguna dan Tarikh Patani yang dihasilkan oleh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-Fatani.
Kurun ke 16 dan 17M menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penulisan di Alam Melayu. Tempoh ini dianggap sebagai langkah mula penghasilan karya-karya besar oleh penulis-penulis yang hebat. Namun, hanya pada pertengahan kurun ke 17M, karya hadis yang pertama sekali dihasilkan iaitu
al-Fawa’id al-Bahiyyah oleh Sheikh Nur al-Din al-Raniri dan diikuti oleh Sharh al-Latif oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri. Karya ini pula dinobatkan sebagai karya sharh al-Arba‘in al-Nawawiyyah dalam bahasa Melayu yang pertama sekali dihasilkan.
Langkah pertama itu telah membuahkan banyak sekali karya-karya Islam-Melayu sehingga tidak mampu dinyatakan jumlahnya secara jelas. Ia muncul dengan pelbagai bentuk seperti terjemahan, karya asli, ringkasan, ta‘liq, takhrij dan sebagainya.
Pada kurun ke 19M pula, berlaku satu langkah besar dalam dunia penulisan karya Islam-Jawi apabila teknologi penerbitan mula berkembang dan melahirkan syarikat-syarikat penerbitan berpusat di Alam Melayu sendiri, bukan lagi di Mekah, Kaherah, Istanbul, Bombay sebagaimana sebelumnya.
Title of the paper : SEJARAH PEKEMBANGAN PENULISAN KARYA-KARYA ISLAM-JAWI DI NUSANTARA
Name of the author : Rosni binti Wazir
Research Field : Hadis / Nusantara
Level of Studies : Phd
Department(s) and affiliation(s) : Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, KUIS.
Mailing address : No.20, Jalan 6/4, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
E-mail address : [email protected]
Phone numbers : 017 3473450