• Tidak ada hasil yang ditemukan

PETUNJUK GEOGRAFI MENURUT PERSPEKTIF UNDANG- UNDANG DI MALAYSIA. Ahmad Shamsul Abd Aziz* Nor Azlina Mohd Noor**

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PETUNJUK GEOGRAFI MENURUT PERSPEKTIF UNDANG- UNDANG DI MALAYSIA. Ahmad Shamsul Abd Aziz* Nor Azlina Mohd Noor**"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PETUNJUK GEOGRAFI MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

by

Ahmad Shamsul Abd Aziz* Nor Azlina Mohd Noor** Pengenalan

Petunjuk geografi ditafsirkan oleh undang-undang Malaysia sebagai mana yang diperuntukkan oleh seksyen 2 Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602) adalah petunjuk yang mengenalpasti di mana barangan atau produk itu berasal dari negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu pada produk itu adalah pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya. Secara amnya, petunjuk geografi boleh didefinisikan sebagai satu petunjuk yang memberitahu para pengguna bahawa sesuatu produk itu dihasilkan di sesuatu kawasan atau tempat tertentu dan mempunyai ciri yang tersendiri yang berkait rapat dengan tempat pengeluaran/geografinya serta dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti iklim dan tanah.[1]

Petunjuk geografi merupakan salah satu dari cabang harta intelek. Ia berbeza dengan cap dagangan. Cap dagangan merupakan suatu tanda untuk mengenalpasti sesuatu produk yang dikeluarkan oleh pengeluar dan tanda tersebut dapat membezakan produk tersebut dengan produk yang dikeluarkan oleh pengeluar yang lain.[2] Manakala petunjuk geografi pula merujuk kepada indikasi di mana produk tersebut dihasilkan dan mempunyai ciri-ciri yang berkait rapat dengan tempat pengeluarannya

(2)

atau kedudukan geografi. Dalam erti kata lain, cap dagangan dimiliki secara eksklusif oleh pemilik sesuatu tanda manakala petunjuk geograf i merepresentasi atau mewakili sesuatu keluaran oleh komuniti pengeluar dalam sesebuah wilayah.[3]

Dari segi sejarah, petunjuk geografi ini diiktiraf sebagai satu undang -undang dan ia telah wujud di Perancis sejak sekian lama menerusi The

Law of 1824. Peruntukan undang-undang berkaitan dengan appellation d’origine ini mengenakan kesalahan jenayah pada produk yang

menggunakan nama sesuatu asal usul sesuatu wilayah tetapi hakikatnya tidak berasal dari wilayah tersebut.[4] Walau bagaimanapun sistem

appellation d’origine ini disifatkan agak kompleks, antaranya perlu

mendapat pengiktirafan dari hakim menerusi perintah mahkamah.[5]

Undang-undang asal untuk petunjuk geografi ini lebih mengkhusus kepada pengeluaran wain dan spirit. Sebagai contoh, dalam kes Bollinger

(J) lwn. Costa Brava Wine Co Ltd [1959] 3 All ER 800, plaintif telah

mendakwa defendan bagi pihak dirinya dan kesemua pengeluar wain di wilayah Champagne di Perancis menuntut perintah injunksi ke atas defendan yang merupakan pengeluar Spanish Champagne iaitu wain yang dikeluarkan di Sepanyol atau dibuat dari anggur yang berasal dari Sepanyol. Mahkamah dalam kes ini telah memutuskan bahawa penggunaan nama ‘champagne’ tidak dibenarkan kerana ia merujuk kepada pengeluaran wain dari daerah Champagne sahaja. S elain Champagne, antara produk wain yang mengaplikasikan petunjuk geografi ini termasuklah Bordeaux, Burgundy dan Cognac.

Justeru itu, artikel ini akan membincangkan mengenai petunjuk geografi berkaitan dengan (i) keempunyaan hak petunjuk geografi (ii)

(3)

perlindungan petunjuk geografi di Malaysia dan (iii) produk petunjuk geografi di Malaysia.

(i) Keempunyaan Hak Petunjuk Geografi

Perkara yang penting bagi petunjuk geografi adalah kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain yang unik dan tersendiri pada produk ters ebut berdasarkan kepada kedudukan geografi tempat produk itu dikeluarkan. Ia juga harus mempunyai reputasi yang baik untuk menjadi terkenal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 12(1)(e) Akta Petunjuk Geografi 2000. Tanpa kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain yang tertentu, maka sesuatu produk petunjuk geografi itu tidak mempunyai perbezaan berbanding produk yang tidak mempunyai petunjuk geografi. Justeru, petunjuk geografi ini penting khususnya bagi seorang pengusaha dalam mempromosikan perniagaannya yang mempamerkan ciri-ciri keistimewaan asal-usul sesuatu produk.

Bagi keempunyaan hak petunjuk geografi, seksyen 11(1) Akta Petunjuk Geografi 2000 memperuntukkan bahawa orang yang berikut adalah berhak untuk memfailkan permohonan untuk mendaftarkan s esuatu petunjuk geografi:

(a) seseorang yang menjalankan suatu aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam permohonan itu berkenaan dengan barang yang dinyatakan dalam permohonan itu, dan termasuklah suatu kumpulan atau kumpulan-kumpulan orang sedemikian;

(b) suatu pihak berkuasa yang berwibawa; atau (c) suatu organisasi atau persatuan perdagangan.

(4)

Manakala menurut seksyen 2 Akta Petunjuk Geografi 2000, pengeluar bagi maksud akta adalah mereka yang terdiri daripada pihak -pihak berikut:

(a) pengeluar keluaran pertanian;

(b) orang yang menggunakan keluaran semula jadi; (c) pengilang keluaran kraftangan atau industri; atau

(d) Pedagang yang berurus niaga keluaran yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c).

Dari peruntukan ini jelas memperlihatkan bahawa pendaftaran petunjuk geografi bukanlah merupakan suatu konsep pemilikan persendirian oleh seseorang individu tetapi ia merupakan konsep pemilikan bersama bagi pengeluar-pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam kawasan geografi yang dinyatakan. Oleh itu, adalah digalakkan supaya petunjuk geografi didaftarkan oleh suatu pihak yang berwibawa iaitu mana-mana badan kerajaan atau badan berkanun yang menjalankan fungsi yang dipunyai, bagi pihak, atau yang dibenarkan oleh kerajaan atau suatu organisasi dan persatuan perdagangan yang menjalankan aktiviti -aktiviti pengeluaran produk petunjuk geografi tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya hanya individu/pengeluar tersebut sahaja yang mengeluarkan produk petunjuk geografi di kawasan tersebut, maka individu/pengeluar tersebut berhak mendaftar petunjuk geografi tersebut secara pemilikan individu.

Sungguhpun begitu, Akta Petunjuk Geografi 2000 ini tidak menyatakan secara spesifik berkenaan dengan pihak yang berkelayakan jika sekiranya pelanggaran petunjuk geografi berlaku. Ini berbeza dengan peruntukan

(5)

undang-undang di Indonesia menerusi Artikel 57(1) Marks Law No 15 of

2001 secara jelas menyatakan bahawa pihak yang memegang hak berhak

mengambil tindakan sepertimana peruntukan berikut:

“The Right Holder to a Geographical Indication may file a lawsuit against an unlawful user to the Geographical Indication, in the form of claim for damages and an order for stopping the usage as well as disposal of labels of Geographical Indication concerned which have been unlawfully used.”

Antara produk petunjuk geografi yang terkenal di Indonesia termasuklah kopi Toroja, buah pala Banda, koko Jawa, vanilla Bali, batik Jawa dan lada putih Muntok.[6]

Manakala peruntukan di India menerusi seksyen 21(1)(a) Geographical

Indications of Goods (Registration and Protection) Act 1999 pula

menyatakan bahawa kedua-dua pihak sama ada peniaga atau pengguna dibenarkan untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran. Peruntukan itu menyebut:

“… to the registered proprietor of the geographical indication and the authorized user or users thereof the right to obtain relief in respect of infringement of the geographical indication in the manner provided by this Act.”

Antara produk petunjuk geografi yang terkenal di India termas uklah teh Darjeeling, sutera Mysore dan tektil Pochampalli Ikat.[7]

Harus diambil perhatian bahawa, peruntukan undang -undang di beberapa negara lain agak berbeza dengan peruntukan undang -undang tempatan

(6)

dengan membenarkan pengguna sendiri yang mendaftarkan petunjuk geografi, antaranya di Thailand, Indonesia dan India.[8]

(ii) Perlindungan petunjuk geografi

Pendaftaran petunjuk geografi tidak diwajibkan namum ianya digalakkan bagi melindungi pengeluar dan pengguna. Pemilik petunjuk geografi yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk mengekspoitasi produk petunjuk geografi bagi mendapatkan pengiktirafan tempatan dan antarabangsa.

(a) Pendaftaran petunjuk geografi

Pendaftaran petunjuk geografi bukanlah secara khusus merupakan konsep pemilikan persendirian oleh seseorang individu tetapi konsep bersama bagi pengeluar-pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam sesuatu kawasan geografi.

Seksyen 12(1) Akta Paten 2000 memperuntukkan perkara berikut:

“Sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah difailkan dengan Pendaftar (Pendaftar Petunjuk Geografi) mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah menyatakan:

(a) nama, alamat dan kerakyatan sebenar atau entiti undang -undang yang menfailkan permohonan itu, dan atas sifat apa pemohon membuat permohonan untuk pendaftaran itu;

(7)

(c) kawasan geografi yang baginya petunjuk geografi itu terpakai;

(d) barang yang petunjuk geografi itu terpakai;

(e) kualiti, reputasi atau ciri lain barang yang b aginya petunjuk geografi itu digunakan; dan

(f) apa-apa butir lain sebagaimana yang ditetapkan.

Pendaftar berhak mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi berdasarkan seksyen 19 Akta Petunjuk Geografi 2000 sekiranya beliau berpuashati dengan kehendak-kehendak di bawah Akta adalah memenuhi. Di Malaysia, sehingga Julai 2014, terdapat tiga puluh dua produk tempatan yang telah didaftarkan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000 sebagaimana yang dipaparkan dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Bilangan Pendaftaran Petunjuk Geografi Di Malaysia.

Tahun PERMOHONAN PENDAFTARAN

Malaysia Luar

Negara

Jumlah Malaysia Luar

Negara Jumlah 2003 1 - 1 - - - 2004 - - - 1 - 1 2005 - - - - 2006 5 - 5 - - - 2007 5 - 5 4 - 4

(8)

2008 3 1 4 1 - 1 2009 6 1 7 1 2 3 2010 3 2 5 3 - 3 2011 6 1 7 6 2 8 2012 7 - 7 1 1 2 2013 10 - 10 - - - JUL 2014 23 - 23 15 - 15 JUMLAH 69 5 74 32 5 37

Sumber: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (2014).

Pendaftaran petunjuk geografi secara kebiasaannya mengambil masa di antara 8 hingga 9 bulan sekiranya segala syarat dipenuhi dan mematuhi kehendak Akta seperti tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral. Ia juga perlu bebas dari bangkangan atau rayuan yang dibuat ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Pendaftar. Tempoh perlindungan bagi petunjuk geografi yang berdaftar adalah selama sepuluh tahun dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui. Fi bagi permohonan pendaftaran adalah sebanyak RM250.00 manakala fi untuk pewartaan dan sijil pula adalah RM450.00. Hanya pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam Daftar Petunjuk Geografi mempunyai hak untuk menggunakan suatu petunjuk geografi yang berdaftar dalam perjalanan perdagangan.

(9)

Perlindungan petunjuk geografi ini hendaklah di berikan kepada suatu petunjuk geografi sama ada ia didaftarkan atau tidak. Sekiranya pemilik petunjuk geografi ingin mendapat perlindungan di luar negara, maka pemilik tersebut perlu membuat permohonan secara berasingan di setiap negara di mana petunjuk geografi tersebut berkehendakkan dilindungi. Sesuatu produk petunjuk geografi yang tidak didaftarkan masih dilindungi di bawah undang-undang, salah satunya menerusi pengelirupaan atau passing off. Pengelirupaan merupakan kaedah

common law untuk melindungi hakmilik sesuatu nama baik yang mungkin

terjejas akibat sesuatu salahnyataan yang dibuat oleh peniaga lain.[9] Pengelirupaan merupakan salah satu dari perundangan tort dan perkembangan undang-undang Inggeris berkenaan petunjuk geografi ini telah wujud sejak sekian lama menerusi kes Dunnachie lwn. Young &

Sons,[10] di mana menerusi kes ini, defendan tidak dibenarkan

menggunakan nama Young Glenboig ke atas fire bricks nya kerana produk tersebut bukan menggunakan tanah liat dari Gleinboig seperti diiklankan sebaliknya menggunakan tanah liat yang berasal dari kawasan di mana kedudukan geografinya adalah 2 batu dari daerah Gleinborg . Seterusnya, perkembangan prinsip pengelirupaan petunjuk geografi ini dapat dilihat dalam kes-kes yang berkaitan dengan wain dan spirit seperti kes Bollinger (J) lwn. Costa Brava Wine Co Ltd,[11] Vine Products

Limited & Others lwn. Mackenzie & Company Limited & Others ,[12] John

Walker & Sons Ltd. lwn. Henry Ost & Company Ltd ,[13] William Grant

lwn. Cape Wine & Distellers[14] dan Long John International lwn.

Stellenbosch Wine Trust.[15] Kes yang agak terkini yang diputuskan oleh mahkamah Inggeris berhubung pengelirupaan petunjuk geografi adalah menerusi kes Taittinger lwn. Allberv.[16] Dalam kes ini, pengeluar

(10)

minuman ringan dihalang dari meneruskan penggunaan nama ‘Elderflower Champagne’ kerana selain dari mengelirukan masyarakat yang menganggap Champagne houses of France telah terbabit dalam mengeluarkan minuman ringan, ia juga membabitkan persoalan petunjuk geografi dengan penggunaan nama champagne tersebut.

Di Malaysia, sebelum kewujudan Akta Petunjuk Geografi 2000, tiada hak diberikan ke atas petunjuk geografi tetapi perlindungan hanya diberikan di bawah tort pengelirupaan.[17] Dalam kes Scotch Whisky Association &

Anor lwn. Ewein Winery (M) Sdn. Bhd,[18] plaintif pertama merupakan

ahli berdaftar dan menjalankan perniagaan sebagai penyuling, pencampur dan pengeksport ‘Scotch Wisky’ dan setiap ahli dikehendaki membayar yuran tahunan langganan kepada plaintif pertama. Plaintif kedua pula merupakan syarikat berdaftar dengan United Kingdom Companies Act

1948 dan memiliki pejabat berdaftar di Scotland. Manakala defendan pula

merupakan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan memiliki pejabat berdaftar di Butterworth, Pulau Pinang. Perniagaan defendan adalah sebagai memproses dan membotolkan arak. Plaintif mendakwa bahawa defendan telah merosakkan perniagaan dan nama baik (goodwill) kedua -dua plaintif kerana menjual arak yang dilabelkan sebagai ‘Scotch Whisky’, hakikatnya arak tersebut bukan disuling dan dibuat di Scotland. Mahkamah memutuskan bahawa defendan bersalah kerana melakukan pengelirupaan terhadap produk plaintif.

Penggunaan nama tempat semata-mata bukanlah alasan utama berlakunya pengelirupaan terhadap petunjuk geografi. Dalam kes Heublein Inc &

Anor lwn. Paterson Simmons & Co (S) Pte Ltd ,[19] Mahkamah Rayuan Singapura memutuskan bahawa penggunaan nama ‘Kentucky’ terhadap tepung berperasa pelbagai guna tidak terjumlah kepada pengelirupaan.

(11)

Ianya dapat dibezakan dengan nama baik produk yang diketahui secara meluas iaitu ‘Kentucy Fried Chicken’s Mark.’ Mahkamah antara lain menyatakan bahawa tidak ada pihak yang boleh mendakwa secara eksklusif terhadap perkataan ‘Kentucky’. Pendaftaran makanan segera itu adalah terhadap gambar Colonel Sanders dengan perkataan ‘Kentucky

Fried Chicken-It’s Finger Lickin’ Good’ dan bukannya terhadap tepung

berperasa tersebut. Tambahan pula, tepung berperasa defendan adalah berbeza dengan produk restoran segera tersebut.

Bagi negara-negara yang tidak mengamalkan prinsip common law, pada kebiasaanya, perlindungan berkaitan petunjuk geografi dimasukkan ke dalam sebahagian peruntukan di dalam Unfair Competition Laws.[20] Sebagai contoh, di German, peruntukan yang berkaitan dengan petunjuk geografi ini boleh dilihat menerusi German Unfair Competition Act.[21]

Artikel 3 Akta ini menyatakan:

“…prohibits any person, in the course of business activity, for the purposes of competition, making deceptive statements concerning the origin of particular goods.”

Antara produk yang menggunakan peruntukan ini dalam tindakan mahkamah termasuklah Dresdner Stollen, Lübecker Marzipan dan

Elsässer Nudeln.[22] Selain dari Unfair Competition Laws, terdapat juga beberapa jenis undang-undang lain yang dipakai di beberapa negara dalam melindungi petunjuk geografi, antaranya menerusi undang -undang

Anglo-American Trademarks Statutes, Appellations of Origin dan Certification Marks. Di Australia pula, perlindungan terhadap petunjuk

geografi khususnya yang melibatkan wain dan spirit terkandung dal am undang-undang tempatan. Pindaan 1993 terhadap Australian Wine and

(12)

Brandy Corporation Act 1980 adalah bagi membolehkan Australia

memenuhi obligasi di bawah Agreement between Australia and the

European Community on Trade in Wine and Protocol atau dikenali

sebagai Trade in Wine Treaty yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1994.[23]

Artikel 6(4) Treat in Wine Treaty memperuntukkan bahawa:

“The registration of a trade mark for wines which contains or consists of a geographical indication or a traditional expression identifying a wine as referred to in Article 7 (those that are protected by virtue of the operation of the Trade in Wine Treaty) shall be refused, or if domestic legislation so permits and at the request of an interested party be invalidated, with respect to such wines not originating

(a) in the place indicated by the geographical indication, or

(b) in the place where the traditional expression has been traditionally used.”

Antara masalah yang di bawa di bawah peruntukan Trade in Wine Treaty ini adalah petunjuk geografi German ‘Wolf’ dan ‘Bereich Kaiserstulh’ serta produk Australia ‘Wolf Blass’ iaitu cap dagangan yang dimiliki oleh Berringer Blass Wine Estates Limited dan Southcorp yang memiliki cap dagangan ‘Kaiser Stulh.’ Australian Register of Geographical Indications memutuskan dengan memberi syarat bahawa perlindungan petunjuk geografi ‘Wolf’ dan ‘Bereisch Kaiserstuhl’ tertakluk kepada cap dagangan yang telah wujud yang dimiliki oleh Berringer Blass Wine Estates Limited dan Southcorp.

(13)

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, sehingga Julai 2014, terdapat 32 produk tempatan dan 5 produk luar negara yang telah didaftarkan di bawah Petunjuk Geografi di Malaysia.

Bil Pemohon Produk Petunjuk Geografi No Permohonan Tarikh Pendaftaran Tarikh Warta 1 Pepper Board Marketing Sarawak Pepper GI03-00001 04-11-03 20-05-04 2 Desa Tea Sdn. Bhd.

Sabah Tea GI06-00001 10-10-06 15-02-07

3 Spark Prestige Sdn. Bhd.

Borneo Virgin Coconut Oil

GI06-00002 13-10-06 15-02-07

4 Yit Foh Coffee Factory Sdn. Bhd.

Tenom Coffee GI06-00005 01-11-06 15-02-07

5 Tacara Sdn. Bhd. Sabah Seaweed GI07-00004 09-04-07 25-10-07 6 Jabatan Pertanian Sarawak

Bario Rice GI08-00001 10-03-08 29-10-08

7 Johan Limau Bali Chuan Buah Limau Bali Sungai Gedung GI08-00003 13-11-08 12-02-09 8 The Republic of Peru Pisco GI08-00004 03-12-08 30-07-09

(14)

Whisky Association Whisky 10 Sarawak Information Technology and Resources Council (SITRC) Sarawak Beras Biris GI09-00001 17-02-09 04-03-10 11 Sarawak Information Technology and Resources Council (SITRC) Sarawak Beras Bajong GI09-00002 17-02-09 04-03-10 12 Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Berundong Papar Kuih Lidah Kampung Berundong Papar GI09-00006 23-07-09 04-03-10 13 Pemborong Mangkab Enterprise Tambunan Ginger GI09-00003 20-02-09 20-01-10 14 Sarawak Information Technology and Resources Council (SITRC) Sarawak Sour Eggplant GI2010-00002 03-10-11 14-04-11

(15)

15 Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak Sarawak Layered Cake GI2010-00003 10-11-10 06-06-11 16 Sarawak Information Technology and Resources Council (SITRC) Sarawak Dabai GI2010-00001 09-03-10 06-06-11 17 Bureau National Interprofession nel du Cognac Cognac GI2010-00005 24-12-10 06-06-11 18 Consorzio del Formaggio “Parmigiano-Reggiano” Parmigiano Reggiano GI2010-00004 17-12-10 23-06-11 19 Friendly Farms Sdn. Bhd. Langkawi Cheese GI2011-00002 03-03-11 21-07-11 20 The Government of the State of Sarawak Sarawak Litsea GI2011-00001 28-01-11 17-10-11 21 Jabatan Pertanian Negeri Perlis Perlis Harumanis Mango GI2011-00004 02-08-11 16-02-12

(16)

interprofession nel du Vin de Champagne 23 Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu Belacan Bintulu GI2011-00005 04-08-11 05-12-13 24 Persatuan Nelayan Kawasan Belawai Sarawak Sesar Unjur GI2012-00001 29-05-12 05-12-13 25 Persatuan Nelayan Kawasan Belawai

Sarawak Umai GI2012-00002 29-05-12 05-12-13

26 Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almutawakkil ‘alallah Sultan Iskandar ; Badan Penasihat Tenun Pahang Diraja Tenun Pahang Diraja GI2012-00006 30-11-12 24-02-14 27 Chew Kok Leong Biskut Dan San Sungai GI2012-00007 20-12-12 24-02-14

(17)

Lembing

28 Kebun Sea Loy Kacang Goring Sempalit & General Trading Kacang Goreng Sempalit GI2013-00004 28-01-13 24-02-14 29 Envirotech Management Sdn Bhd Gaharu Gopeng GI2013-00005 12-04-13 24-02-14 30 Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu Songket Terengganu GI2013-00007 31-07-13 24-02-14 31 Institut Seni Malaysia Melaka Kain Songket Melaka GI2011-00007 24-10-11 04-03-14 32 Sarawak Information Technology and Resources Council (SITRC)

Isau Sarawak GI2013-00001 22-01-13 10-03-14

33 Sarawak Information Technology and Resources Council (SITRC) Durian Nyekak Sarawak GI2013-00002 22-01-13 10-03-14

(18)

34 Sarawak Information Technology and Resources Council (SITRC) Ikan Terubuk Mulut Besar Sarawak GI2013-00003 22-01-13 10-03-14 35 Pejabat Pertanian Daerah Bentong

Halia Bentong GI2013-00010 30-09-13 28-03-14

36 Isah Enterprise Kayu Manis Keningau GI2012-00004 02-04-12 07-04-14 37 Nurkasih Enterprise Tuhau Tambunan GI2012-00005 02-05-12 07-04-14

Sumber: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (2014)

Pendaftaran ini berdasarkan kelas-kelas yang dimaktub di bawah Akta Petunjuk Geografi 2001. Menurut Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Petunjuk Geografi 2001 melalui Jadual Ketiga, Pengkelasan Barang Bagi Maksud Pendaftaran Petunjuk Geografi, terdapat empat kelas produk yang boleh didaftarkan iaitu:

a) Kelas satu: wain dan spirit,

b) Kelas dua: barang yang dikilangkan seperti kraftangan dan makanan,

c) Kelas tiga: keluaran semula jadi seperti galian dan pertanian, dan

(19)

d) Kelas empat: pelbagai iaitu lain-lain yang tidak termasuk dalam kelas satu hingga tiga.

Daripada 32 produk tempatan yang telah didaftarkan 12 produk telah didaftarkan di bawah Kelas dua iaitu barang yang dikilangkan seperti kraftangan dan makanan dan 20 lagi didaftarkan dibawah k elas tiga iaitu keluaran semulajadi seperti galian dan pertanian.

Kesimpulan

Petunjuk geografi ini amat penting kepada seorang pengeluar dan pengguna. Dalam dunia perniagaan, pengeluar akan berganding bahu dalam menghasilkan produk petunjuk geografi yang bermutu. Di samping itu juga, petunjuk geografi boleh menjadi salah satu medium strategi alternatif bagi mempromosikan produk pengeluar dan menarik minat pengguna. Kepada pengguna pula, mereka akan berasa yakin dengan produk yang mempunyai perlindungan petunjuk geografi kerana secara umumnya ia mempunyai kawalan kualiti dan mutu yang dijamin dalam penghasilannya dalam menjaga reputasi sesuatu produk.

____________________________________________________________ * Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

** Pensyarah di Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

Nota Hujung:

(20)

[2] Khadijah, M., & Ahmad Shamsul, A.A. 2005. Undang-undang harta intelek di

Malaysia. Penerbit UUM: Sintok.

[3] Wadehra, B.L. 2004. Law relating to patents, trade marks, copyright, design and

geographical indications. Universal Law Publishing: New Delhi.

[4] Gopalakrishnan, N.S., Prabha, S.N., & Aravind K.B. 2007. Exploring the

relationship between geographical indications and traditional knowledge.: An analysis of the legal tools for the protection of geographical indications in Asia,

ICTSD Programme on Intellectual Property Rights and Sustainable Development, International Centre for Trade and Sustainable Development, Geneva, Switzerland.

[5] Blakeney, M. T.Th. Geographical indications and TRIPS. Occasional Paper 8,

Quaker United Nations Office: Geneva.

[6] Surip Mawardi. 2005. Geographical indication application in Indonesia:

Opportunities and challenges. Kertas kerja dibentangkan di Seminar on

Geographical Indications; A land of opportunities , Hanoi, 15-16 November 2005.

[7] Sumita Singh. Geographical indications in India: Practice and procedure . Atas

talian: www.asialaw.com (5 Jun 2008).

[8] Gopalakrishnan, N.S., Prabha, S.N., & Aravind K.B. 2007. Exploring the

relationship between geographical indications and traditional knowledge.: An analysis of the legal tools for the protection of geographical indications in Asia,

ICTSD Programme on Intellectual Property Rights and Sustainable Development, International Centre for Trade and Sustainable Development, Geneva, Switzerland.

[9] Ahmad Shamsul, A.A. 2005. Perlindungan undang-undang harta intelek mengenai

cap dagangan di Malaysia dan Indonesia: Satu tinjauan. Jurnal Undang-Undang dan

Masyarakat, (9):19-31.

[10] (1883), 10 R. (Ct. of Sess.) 874

[11] (1959) 3 All ER 800

(21)

[13] (1970) 2 ALL ER 106

[14] (1990) 3 S.A. 897

[15] [1990] 4 S.A. 36

[16] [1994] All ER 75 CA

[17] Ida Madieha. 2005. Trade marks law in Malaysia: Cases and commentary.

Thompson Sweet Maxwell Asia: Kuala Lumpur.

[18] [1994] 3 CLJ 509

[19] [1985] 1 MLJ 177

[20] International Bureau. 2001. Standing committee on the law of trademarks,

industrial designs and geographical indications. Sixth Session. WIPO: Geneva.

[21] Blakeney, M. T.Th. Geographical indications and TRIPS. Occasional Paper 8,

Quaker United Nations Office: Geneva.

[22] Blakeney, M. T.Th. Geographical indications and TRIPS. Occasional Paper 8,

Quaker United Nations Office: Geneva.

[23] Stephen Stern. 2001. The overlap between geographical indications and trade

Referensi

Dokumen terkait

(DAR), Debt to Equity Ratio (DER), Current Ratio (CR) , dan Total Assets Turnover (TATO) sebagai variabel bebas dan Pertumbuhan Labasebagai variabel terikat. Hasil peneitian

(NONE) muhzulfajri@gmail.com maharaniayulestari@gmail.com muhammad.yusran.y@gmail.com ninyomanwirati@ymail.com tryanaputri_jumianti@yahoo.com yusriadixray@gmail.com

Dari data di atas, dapat ditafsirkan bahwa Ho diterima, dengan nilai Ho adalah tidak terdapat perbedaan hasil belajar yang signi ¿ kan antara penerapan model STAD dan TGT..

Puri Wisata Nusantara dalam divisi tiket, maka perusahaan membutuhkan suatu sistem informasi yang dapat membantu dalam melakukan kegiatan manajemen tiket.. Solusi

Hasil uji hubungan pada penelitian ini membuktikan bahwa tidak terdapat hubungan yang signifikan (p < 0,05) antara kebiasaan tidur menurut ajaran Islam dan

Empat ratus dan lima ratus tahun yang lalu, Machiavelli pernah berkata, “Tidak ada yang lebih sukar untuk dilakukan, lebih membahayakan untuk dilakukan atau lebih tidak pasti

Dari hasil penelitian yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa pembelajaran menyusun teks laporan percobaan membuat akun telegram dengan model experiental