• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN TEKNIK SELTITU MENINGKATKAN K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN TEKNIK SELTITU MENINGKATKAN K"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENGGUNAAN TEKNIK SELTITU MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL

MURID TAHUN TIGA

Amir Asyraff bin Jamin

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

asyraffjamin@gmail.com

PENYELIA

Dr. Mashudi bin Bahari

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan teknik “SelTiTU” dalam mengatasi masalah menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul dalam kalangan murid Tahun tiga. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini melibatkan empat orang peserta kajian. Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan menggunakan model penyelidikan tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur. Hasil analisis mendapati telah berlaku peningkatan pencapaian antara 13% hingga 22% dalam kalangan peserta kajian. Seorang peserta kajian telah mendapat skor cemerlang sementara tiga orang lagi mendapat skor baik dalam ujian akhir selepas tindakan dijalankan. Hal ini menunjukkan berlakunya peningkatan daripada ujian awal. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa teknik “SelTiTU” dapat meningkatkan kemahiran menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola yang betul dalam kalangan murid Tahun tiga.

Kata kunci : ayat tunggal, Tahun Tiga, teknik “SelTiTu”

ABSTRACT

This research is conducted to study the use of “SelTiTu” technique in overcoming the writing problem and

to construct single sentence using the correct sentence structure among Year Three pupils. This research was conducted in one of the schools in Petaling Jaya District, Selangor Darul Ehsan. This research involved 4 participants. It is an action research that use Lewin (1946) Model and Laidlaw (1992) Model. The data collected were based on the pre-test and post-test, structured observation and structured interview. From the analysis result, the participants showed an achievement between 13% to 22%. One of the participants scored excellent, while the other three participants scored good result in the post-test after the research was conducted. This shows that there was an achievement compared to the pre-test. The research findings show

that the “SelTiTu” technique could improve the writing skills and single sentence construction using the correct word structure among Year Three pupils.

(2)

2

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Berdasarkan Sukatan Pendidikan Bahasa Melayu, kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Kemahiran ini berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan jelas, cantik dan kemas (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu:2003).

Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui (DSKP Bahasa Malaysia Tahap Satu, 2012). Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang paling tinggi dalam tata tingkat kemahiran-kemahiran bahasa yang lain yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca. Penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid akan melengkapkan diri mereka dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan setiap murid dapat menguasai kemahiran menulis seterusnya profisien dalam bahasa Melayu secara keseluruhannya. Maka, kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menulis murid terutamanya dalam kemahiran menulis ayat tunggal sebagai asas kepada penguasaan bahasa Melayu secara keseluruhannya.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengkaji telah menjalani sesi praktikum fasa 3 selama 12 minggu di Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Selangor, Petaling Jaya. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum di sekolah tersebut, pengkaji mendapati bahawa ada dalam kalangan murid yang diajar tidak mampu menulis ayat tunggal dengan betul dan gramatis. Masalah ini begitu ketara sekali terutamanya dalam kalangan murid-murid berbangsa India.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mendapati bahawa :

a) Murid masih kurang memahami struktur ayat tunggal. b) Tidak tahu bagaimana mahu memulakan ayat.

c) Tidak tahu cara yang betul untuk meletakkan subjek dan predikat dalam ayat. d) Murid kurang mendapat pendedahan dan penekanan yang sewajarnya terutama

(3)

3

2.1 Huraian Fokus Kajian

Kajian ini difokuskan kepada peningkatan kemahiran menulis ayat tunggal dalam kalangan murid tahun tiga melalui penggunaan teknik “SelTiTu”. Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid tahun tiga selaras dengan penyataan yang telah termaktub di dalam DSKP Bahasa Malaysia Tahun 3 (2012), iaitu :

Standard Pembelajaran

3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

Standard Kandungan

3.2.6 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas.

Ruang lingkup kajian ini terbatas setakat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal dengan betul sahaja. Ruang lingkup kajian ini dibatasi sedemikian kerana pengkaji beranggapan bahawa kemahiran menulis ayat tunggal merupakan asas kepada kemahiran menulis ayat-ayat yang lain yang jauh lebih sukar. Sekiranya pengkaji dapat membantu peserta kajian menguasai kemahiran ini, maka peserta kajian tidak akan menghadapi masalah untuk mempelajari kemahiran menulis ayat yang berikutnya.

2.2 Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah menganalisis hasil ujian menulis ayat yang dijalankan ke atas peserta kajian. Seterusnya, pengkaji menjalankan temu bual bersama guru mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun tiga bagi mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis ayat. Akhir sekali, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid dan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid tahun 3 Wibawa masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis ayat tunggal. Hal ini dapat dijelaskan dalam rajah 1, iaitu sebanyak 21 peratus daripada 19 orang murid tahun 3 Wibawa hanya mencapai tahap minimum dengan mendapat skor 0 hingga 1 dalam ujian menulis ayat tunggal yang telah dijalankan oleh pengkaji. Sementara itu, 63 peratus daripada murid tahun 3 Wibawa hanya mencapai tahap memuaskan dengan mendapat skor 2 hingga 3 dalam ujian tersebut. Manakala hanya 16 peratus daripada mereka yang telah mencapai tahap maksimum dalam kemahiran ini.

Rajah 1 : Skor ujian menulis ayat yang dijalankan oleh pengkaji ke atas peserta kajian

21%

63% 16%

(4)

4

2.3 Tindakan

Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Pengkaji telah menggunakan Teknik “SelTiTu” sebagai tindakan bagi mengatasi masalah murid yang kurang mahir membina dan menulis ayat tunggal. Teknik “SelTiTu” ialah teknik pembelajaran yang diasaskan menggunakan teori pembelajaran sosial, iaitu Teori Peniruan oleh Albert Bandura (1963) dan Teori Pelaziman Operan oleh B.F. Skinner (1957).

“SelTiTu” adalah akronim daripada perkataan selak (Sel), tiru (Ti) dan tulis (Tu). Oleh yang demikian, teknik “SelTiTu” merupakan suatu teknik pengajaran yang melibatkan perlakuan menyelak, meniru dan kemudiannya menulis. Penggunaan teknik ini melibatkan alat kajian yang diberi nama Kalendar Struktur Ayat. Kalendar Struktur Ayat merupakan sebuah inovasi yang dilakukan oleh pengkaji dengan mengambil inspirasi daripada kaedah Salin dan Jalin oleh Noor Aainah (2011) dan Strategi Pembelajaran Jigsaw II yang diusahakan oleh Yusfaiza dan Mohd Isha (2012) yang seterusnya digabungkan dengan teknik peniruan seperti yang digunakan oleh Ahmad Fuad dan Ma’arof (2013) dalam kajian mereka.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal pelbagai pola menggunakan teknik “SelTiTu” dalam kalangan murid tahun tiga.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya pula, objektif kajian ini menjurus kepada standard pembelajaran 3.2.6, iaitu murid dapat menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas. Dalam kajian ini, pengkaji telah memfokuskan kemahiran menulis ayat tunggal sebagai kemahiran yang ingin ditingkatkan kepada murid tahun 3. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut :

i. Murid dapat menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul dengan menggunakan teknik “SelTiTu”.

ii. Murid dapat menjanakan idea untuk menulis ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul dengan menggunakan teknik “SelTiTu”.

3.3 Soalan Kajian

i. Dapatkah murid menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul dengan menggunakan teknik SelTiTu?

(5)

5

Peserta kajian untuk kajian ini adalah terdiri daripada empat orang murid kelas tahun 3 Wibawa di Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Selangor, Petaling Jaya. Mereka merupakan kumpulan murid yang paling lemah dalam menguasai kemahiran menulis ayat tunggal di dalam kelas tersebut. Pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan skor ujian yang dijalankan oleh pengkaji dan juga berdasarkan hasil temu bual bersama guru mata pelajaran Bahasa Malaysia serta pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji.

Jadual 1 : Maklumat peserta kajian

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah mengikut Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Pengkaji telah mengubah suai dan menyesuaikan kerangka teori Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dengan tindakan yang dijalankan.

Rajah 2 : Adaptasi Model dan Proses Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) ke dalam kajian ini.

Peserta Kajian

Jantina

Bangsa

PK1

Perempuan

India

PK2

Perempuan

India

PK3

Perempuan

Melayu

(6)

6

5.1.1 Mengenal Pasti Amalan

Masalah peserta kajian dikenal pasti melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

5.1.2 Merancang Tindakan

Pengkaji mula merancang teknik yang sesuai bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran menulis ayat tunggal dengan betul.

5.1.3 Melaksanakan Tindakan

Pengkaji menjalankan ujian pra ke atas peserta kajian untuk melihat sejauh manakah tahap penguasaan peserta kajian dalam kemahiran menulis ayat tunggal sebelum tindakan dijalankan. Seterusnya, pengkaji memperkenalkan Teknik “SelTiTu” dan alat kajian, iaitu Kalendar Struktur Ayat kepada peserta kajian. Peserta kajian menggunakan teknik “SelTiTu” dan alat kajian dalam pembelajaran menulis ayat di dalam bilik darjah. Satu ujian pos seterusnya dijalankan selepas peserta kajian menggunakan tenik “SelTiTu” dan alat kajian untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan.

5.1.4 Mengumpul Data

Pengkaji memperoleh data dengan melakukan analisis terhadap skor ujian pra dan pos yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Selain itu, pengkaji juga menjalankan temu bual separa berstruktur bersama peserta kajian dan akhir sekali pengkaji telah melakukan pemerhatian bagi mengetahui sejauh mana peserta kajian dapat menjana idea sendiri dalam kemahiran menulis ayat tunggal. Pengumpulan data ini adalah bertujuan untuk menjawab kesemua soalan kajian.

5.1.5 Membuat Refleksi

Pengkaji membuat refleksi sebelum, semasa dan selepas tindakan bagi mengenal pasti sama ada tindakan atau intervensi yang dilaksanakan telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi atau masih memerlukan penambahbaikan. Jika masih memerlukan penambahbaikan, maka pengkaji akan merancang untuk ke kitaran kedua.

5.2 Kaedah Mengumpul Data

5.2.1 Ujian

Pengkaji telah menganalisis tahap penguasaan peserta kajian dalam menulis ayat tunggal dengan melihat skor ujian yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Ujian ini dijalankan secara bertulis dan juga secara lisan. Terdapat dua jenis skor ujian yang dianalisis oleh pengkaji, iaitu skor ujian pra dan skor ujian pos.

5.2.2 Pemerhatian

(7)

7

seperti berikut :

Jadual 2 : Item-item pemerhatian berstruktur

Bil Item

1 Tidak meniru contoh-contoh ayat yang terdapat di dalam buku teks. 2 Melengkapkan tugasan secara sambil lewa sahaja.

3 Menulis ayat tanpa membuat apa-apa rujukan.

4 Bertanya kepada rakan semasa melengkapkan tugasan yang diberikan oleh pengkaji

5.2.3 Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual separa berstruktur terhadap kesemua peserta kajian. Temu bual ini dijalankan bagi mengetahui sejauh manakah keberkesanan tindakan intervensi yang telah dijalankan serta untuk melihat perubahan mereka setelah menggunakan teknik “SelTiTu”. Temu bual ini juga dijalankan untuk menyokong dapatan data ujian awal dan akhir yang telah diperoleh.

5.3 Cara Menganalisis Data

5.3.1 Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pos, iaitu ujian pra dilakukan sebelum tindakan intervensi dilakukan manakala ujian pos dijalankan selepas tindakan intervensi dilaksanakan ke atas peserta kajian. Data yang diperoleh daripada ujian pra dan pos kemudiannya akan dibandingkan untuk melihat peningkatan yang berlaku ke atas peserta kajian selepas mereka menggunakan teknik “SelTiTu” dalam proses menulis ayat tunggal dengan betul.

5.3.2 Pemerhatian

Pengkaji menggunakan catatan lapangan menggunakan borang senarai semak yang telah disediakan terlebih dahulu. Analisis yang dilakukan adalah dalam bentuk kekerapan.

5.3.3 Temu Bual

Pengkaji melaksanakan temu bual separa berstruktur terhadap kesemua peserta kajian. Temu bual dijalankan berdasarkan soalan-soalan terbuka dan tertutup. Setiap interaksi yang berlaku semasa proses temu bual telah dirakamkan oleh pengkaji sebagai data mentah untuk dianalisis. Pengkaji seterusnya mengalihkan hasil rakaman temu bual ke dalam bentuk transkripsi.

5.4 Cara Menyemak Data

(8)

8

dengan cara menilai dapatan kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh semasa proses mengumpul data. Sekiranya hubung kait dan keputusan akhir adalah selari, maka data yang diperolehi dapat disahkan kredibiliti dan kesahihannya.

DAPATAN KAJIAN

6.1 Dapatan Data Ujian

Berdasarkan dapatan data ujian pra dan pos yang dijalankan, penggunaan teknik “SelTiTu” dalam pengajaran kemahiran menulis ayat tunggal telah menunjukkan berlakunya peningkatan penguasaan dalam kalangan peserta kajian. Dapatan pencapaian ujian pra dan pos kemahiran menulis ayat tunggal ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah:

Rajah 3 : Perbezaan skor ujian pra dan pos

Rajah 3 di atas menunjukkan peningkatan skor bagi kesemua peserta kajian. Peserta kajian PK1 telah mencatatkan peningkatan skor sebanyak 20 peratus dalam ujian pos. Manakala peserta kajian PK2 pula telah mempamerkan peningkatan sebanyak 13 peratus daripada skor ujian pra. Sementara itu, peserta kajian PK3 pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 21 peratus dan peserta kajian PK4 mencatat peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 22 peratus berbanding skor yang diperoleh dalam ujian pra. Dengan ini, soalan kajian yang pertama telah pun dapat dijawab, iaitu murid dapat menulis dan membina ayat tunggal dengan betul dengan menggunakan teknik “SelTiTu”.

6.2 Dapatan Pemerhatian

Berdasarkan dapatan data pemerhatian yang diperoleh semasa ujian pra dan pos terhadap kesemua peserta kajian, dapat dijelaskan bahawa telah berlaku perubahan yang positif ke atas peserta kajian semasa melakukan aktiviti kemahiran menulis ayat selepas mereka menggunakan teknik “SelTiTu”. Perbandingan perubahan tingkah laku peserta kajian semasa menjalani ujian pra dan pos boleh dilihat dengan lebih jelas melalui Rajah 4 yang berikut :

Perbezaan skor ujian pra dan ujian pos

(9)

9

Rajah 4 : Perbezaan tingkah laku peserta kajian

semasa menjalani ujian pra dan pos

Dapatan pemerhatian ini dapat telah menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu peserta kajian sudah dapat menulis dan membina ayat tunggal dengan betul tanpa meniru, merujuk dan bertanya kepada kawan setelah menggunakan teknik “SelTiTu”. Ini bermakna, peserta kajian sudah mampu menjanakan idea untuk menulis ayat tunggal dengan betul.

6.3 Dapatan Temu Bual

Berdasarkan dapatan temu bual yang dijalankan, pengkaji telah dapat membuat beberapa refleksi. Refleksi yang pertama ialah pengkaji mendapati bahawa teknik “SelTiTu” dapat membantu peserta kajian untuk menulis ayat dengan lebih mudah. Seterusnya pengkaji mendapati bahawa peserta kajian telah dapat mengurangkan kesalahan dalam aktiviti membina dan menulis ayat tunggal. Di samping itu, pengkaji turut mendapati bahawa peserta kajian berasa seronok menggunakan teknik “SelTiTu” dalam aktiviti menulis ayat tunggal. Kesimpulannya, penggunaan teknik “SelTiTu” dalam pengajaran kemahiran menulis ayat tunggal telah memberikan impak yang positif kepada kesemua peserta kajian. Dapatan temu bual ini juga telah dapat menjawab kedua-dua soalan kajian.

REFLEKSI

Pengkaji berasa amat puas hati kerana dapat melihat keberkesanan teknik “SelTiTu” dalam membantu murid untuk menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola yang betul. Hasil dapatan daripada ujian pra dan pos, pemerhatian berstruktur dan temu bual separa berstruktur yang dilakukan dalam kajian ini, pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa proses intervensi menggunakan teknik “SelTiTu” telah berjaya menjawab kedua-dua soalan kajian.

Namun begitu, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan pelaksanaan tindakan ini memberi impak kepada semua peserta kajian. Kajian ini menghadapi masalah kekurangan masa yang menyebabkan teknik “SelTiTu” tidak dapat memberi kesan yang menyeluruh kepada semua peserta kajian.

(10)

10

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Selepas kajian ini dijalankan, tidak semua peserta kajian dapat mencapai tahap penulisan ayat yang cemerlang. Meskipun begitu, pengkaji telah dapat meningkatkan kualiti penulisan peserta kajian kepada yang lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan skor dan gred oleh peserta kajian.

Oleh yang demikian, kajian terperinci berkaitan dengan teknik ini boleh dilakukan dengan lebih baik lagi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pencapaian murid menulis dan membina ayat tunggal kepada tahap yang lebih baik.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas kajian ini, ialah dengan memanjangkan tempoh pelaksanaan teknik ini. Faktor tempoh masa tindakan merupakan faktor yang mempengaruhi keberkesanan teknik ini. Semakin lama tempoh tindakan, semakin mantap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis ayat tunggal. Seterusnya, Penggunaan teknik latih tubi yang lebih kerap juga dapat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam kemahiran menulis dan membina ayat tunggal. Akhir sekali ialah dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi ke dalam teknik ini. Alat kajian, iaitu Kalendar Struktur Ayat yang digunakan dalam kajian ini mungkin boleh ditambah baik dan disediakan dalam bentuk digital.

RUJUKAN

Ahmad Fuad Mohamad Amin & Ma'arof Redzuan. (2013). Kesan Teknik Peniruan Terhadap Pencapaian Murid Dalam Menulis Karangan Bahasa Melayu. Seminar

Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013), 540-546.

Gilinah Gitom. (2013, Mac 22). Model Penyelidikan Tindakan. Retrieved from Just Gyna: http://gynappg.blogspot.my/2013/03/model-kajian-tindakan.html

Halim Ahmad. (2013). Teori Pembelajaran Sosial Albert bandura. Retrieved from Green Lantern Room: http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert-bandura.html

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. (2012). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar. (2011). Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Retrieved from

https://jabatanbahasastar.files.wordpress.com/2011/08/meningkatkan-keupayaan-menulis-karangan-salin-dan-jalin.pdf

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Putrajaya: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Yusfaiza yusuff & Mohd Isha Awang. (2012). Aplikasi Pembelajaran Jigsaw II Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM

Referensi

Dokumen terkait

Dari data tersebut dapat diketahui bahwa Kraton Kerto merupakan bangunan istana yang pembangunannya telah terencana oleh pembuatnya. Hal ini dapat kita lihat dari

Demikian daftar riwayat hidup ini dibuat dengan sesungguhnya untuk dapat digunakan sebagai bukti pemenuhan persyaratan bakal calon Anggota DPRD Kabupaten sebagaimana

Ds merupakan diameter minimum poros untuk diameter ringfeeder, dari gambar poros yag tertera pada hasil perhitungan pemilihan roda gigi reduksi dari katalog Flender Ø105,

[r]

Para ahli berpendapat bahwa bila ansietas pada anak dapat ditangani dengan baik, maka akan memberikan dampak yang penting terhadap kesehatan masyarakat.. Gangguan

TRADING BUY : Posisi beli untuk jangka pendek / trading , yang menitikberatkan pada analisa teknikal dan isu-isu yang beredar. NEUTRAL : Tidak mengambil posisi pada saham

Menurut IMF, tingkat pendapatan per kapita Indonesia pada 2015 baru mencapai USD 11.126, sedangkan Korea Selatan yang pendapatan per kapitanya hampir sama dengan

Sehubungan dengan tujuan utama perusahaan yakni memperoleh pendapatan dan keuntungan, maka diperlukan adanya suatu perencanaan penjualan yang dapat dipergunakan