• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA MASTER OF IS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA MASTER OF IS"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA MASTER OF ISLAMIC STUDIES

(MIST)

AMSS5103

KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH

TAJUK TUGASAN:

Doktrin pengasingan kuasa dan analisa doktrin pengasingan kuasa dalam Islam serta perbezaanya dengan doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan

dalam sistem pemerintahan di Malaysia

SEMESTER : SEMESTER 1 /2016

NAMA PENSYARAH : DR.SARIP BIN ADUL

FAKULTI : FAKULTI SAINS SOSIAL

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 KONSEP PENGASINGAN KUASA 2

3 KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA PADA HARI INI

5

4 ANALISA PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN ANTARA DOKTRIN PENGASINGAN KUASA ISLAM DAN PEMERINTAHAN DI MALAYSIA HARI INI.

8

5 KESIMPULAN 10

(3)

1.0 PENGENALAN.

Menurut Kamus Komprehensif Bahasa melayu (2010), doktrin merupakan ajaran ( berkenaan agama, sesuatu ilmu) yang dijadikan pegangan. Ini bermaksud doktrin adalah prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima. Manakala pengasingan bermaksud perbuatan mengasingkan sesuatu.

Menurut sarjana barat, konsep dan teori pengasingan kuasa mula dipelopori oleh seorang ahli falsafah pokitik Perancis terkenal, iaitu Charles Secondat de Monstesquieu. Beliau menegaskan kebebasan tidak akan wujud jika seseorang atau sesuatu badan itu memiliki semua kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Ini ekoran Revolusi Perancis (1789-1799) yang mana merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi golongan autokrat dan paderi kotalik, berubah kepada prinsip kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat.

Konsep pengasingan kuasa memberi kefahaman kuasa pemerintahan sesebuah negara dibahagikan dan diasingkan kepada tiga buah badan yang bebas terdiri daripada badan perundangan (legislative power), badan pentadbiran (executive power) dan badan kehakiman (judiciary power)

Pengasingan fungsi dan kuasa kerajaan ini mempunyai tujuan tersendiri. Antaranya untuk mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih dari satu kuasa. Ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya ketidakadilan dalam pemerintahan kerana kuasa dibahagikan kepada tiga badan utama dan akhirnya dirujuk kepada kuasa utama iaitu ketua negara. Selain itu pengasingan kuasa juga mengelakkan berlakunya pemusatan dalam pemerintahan yang akan melahirkan pentadbiran secara diktator.

(4)

2.0 KONSEP PENGASINGAN KUASA.

Menurut teori Monstesquieu, dalam sesebuah pemerintahan terdapat tiga sumber kuasa yang perlu diasingkan untuk mencapai kebebasan politik. Pengasinagn kuasa perlu untuk mengelakkan kezaliman dengan memberi kebebasan kepada badan-badan yang ada supaya tidak dipengaruhi oleh badan lain.

Konsep pengasingan kuasa banyak dibincangkan menurut perspektif barat. Namun begitu, dalam sistem pemerintahan Islam juga konsep ini diterima pakai sejak sekian lama. Cuma tiada perbincangan secara mendalam.

Pengasingan kuasa menurut Islam mestilah bersesuaian dengan Islam dengan syarat tidak terdapat padanyan amalan-amalan yang bercanggah dengan prinsip Islam. Pentadbiran islam meletakkan keadilan dan penghormatan kepada semua manusia sebagai prinsip Islam sebagai rahmat seluruh alam. Ini kerana apabila wujudnya pengasingan kuasa, tugas pemerintahan akan dibahagikan kepada badan tertentu dan memberi kebebasan kepada badan tersebut tanpa dipengaruhi oleh kuasa lain.

Dalam sebuah negara Islam, terdapat pelbagai badan yang mengendalikan pelbagai urusan secara berasingan, yang mana kuasa bukannya berpusat kepada khalifah semata-mata. Badan-badan induk ini walaupun berasingan, tetapi masih berada di bawah naungan khalifah atau ketua negara.

Konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan Islam dikenali dengan istilah al-sultah al tasyri’iyyah (kuasa perundangan), al-sultah at-tanfidhiyyah (kuasa pemerintahan) dana al-sultah al-qada’iyyah (kuasa kehakiman). Badan-badan yang berkuasa tersebut hendaklah bertindak berlandaskan hukum syarak dan ijtihad para ulama’. Tiga badan utama dalam pemerintahan Islam dihuraikan seperti berikut:

a) Badan Perundangan (al-sultah al tasyri’iyyah)

Menurut Al Mawdudi negara Islam bererti sesebuah negara yang hanya boleh bertindak menurut rangka had yang telah digariskan oleh Allah dan tidak diberi kuasa untuk melanggar atau melampaui batasan tersebut. Firman Allah:

(5)

Maksudnya : “Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim”. (al-baqarah :229)

Dalam menggubal undang-undang mestilah tidak boleh bertentangan dengan al-Quran dan as Sunnah bukannya berdasarkan akal fikiran semata-mata. Jika sudah termaktub sesuatu hukum secara qat’i di dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka hukum tersebut wajib diisytiharkan oleh badan perundangan Islam sebagai undang-undang. Maka hukum tersebut tidak boleh dipertikaikan lagi. Contoh hukum mencuri secara jelas telah ditetapkan oleh Al-Quran. Firman Allah :





























Maksudnya : Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( al-maidah : 38)

Manakala bagi undang-undang yang tidak dijelaskan secara terperinci dalam al-Quran dan as-Sunnah, terdapat pelbagai kaedah yang dibenarkan oleh siasah syariah. Contohnya kaedah

masalih al mursalah dan sad al dharo’i.

b) Badan Eksekutif (al-sultah al tasyri’iyyah)

Melibatkan tanggungjawab ketua negara (Ulu al-Amr). Tujuan utama badan eksekutif adalah untuk melaksanakan perintah Allah yang disampaikan menerusi al-Quran dan as-Sunnah serta melaksanakan polisi dan peraturan yang diluluskan badan perundangan. Ia juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang sedia menerima semua perintah-perintah ini untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

(6)

mewujudkan hukum Islam. Daripada bantuan dan kerjasama ini, terbentuklah badan eksekutif.

Al Mawardi telah membahagikan kementerian (wizarah) kepada dua iaitu:

1) Wizarah al- tafwid : kementerian atau menteri yang berkuasa penuh. Dalam keadaan yang memerlukan beliau layak menggantikan ketua negara.

2) Wizarah al- tanfiz : kementerian eksekutif yang mana tigasnya ialah melaksankan segala arahan ketua negara.

Dalam perbincangan kuasa eksekutif, para sarjana politik Islam menjelaskan istilah khalifah sebagai ketua negara.

Contoh pengamalan kuasa eksekutif semasa awal Islam ialah semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar. Dalam melantik pegawai awam, beliau tidak memilih ahli keluarganya tetapi memberi peluang kepada yang betul-betul layak dan beliau akan menasihati dan menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab.

c) Badan kehakiman (al-sultah al-qada’iyyah)

Menurut istilah fiqh Islam, perbincangan badan kehakiman dikenali sebagai al-qada’. Badan kehakiman sesebuah negara Islam adalah sepenuhnya bebas daripada badan ekselusif. Di mana hakim bebas bertindak dalam penghakimannya. Namun begitu, mereka tertakluk kepada undang-undang dan peruntukan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah:

























Maksudnya : “ maka hukumlah antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah sekali-kali mengikuti kemahuan mereka daripada apa yang telah dating kepadamu daripada kebenaran” ( al-Maidah : 48)

(7)

Contoh pada zaman pemerintahan Abu Bakar. Beliau bertindak sebagai ketua eksekutif manakala Umar sebagai ketua kehakiman. Tugas kehakiman dalam Islam dibuktikan dengan penulisan surat oleh khalifah Umar kepada hakim-hakim yang dilantik yang mengandungi peraturan dan tatacara bagi mahkamah dan etika bagi hakim.

3.0 KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep negara persekutuan. Daripada konsep ini, telah mengabungkan negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Antara ciri politik negara persekutuan adalah pemisahan kerajaan antara kerajaan pusat dengan kerjaan negeri dari segi institusi politik seperti badan perundangan.

Dalam konteks Malaysia sebagai negara demokrasi ( demokrasi berasal dari Bahasa Yunani bererti pemerintahan rakyat) pengamalan doktirn pengasingan kuasa penting bagi mentadbir urus negara dengan sistem yang betul. Perlembagaan persekutuan Malaysia telah mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman. Manakala Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan ketua negara yang berkuasa dalam ketiga-tiga badan tersebut.

Pengasingan kuasa ini menjadikan badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh menjalankan kuasa-kuasa badan lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Badan kehakiman hanya dibenarkan melaksanakan kuasa hakim dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.

(8)

Pengasingan kuasa di Malaysia tidak diamalkan sepenuhnya mengikut apa yang dilaksanakan dibarat. Ia berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa yang asal. Tidak diamalkan secara mutlak tetapi pengasingan kuasa di Malaysia besifat relatif. Ini untuk memberi rauang supaya badan- badan ini bergerak bebas beradasarkan peranannya yang tersendiri.

a) Badan Perundangan.

Melalui perundangan, kuasa legislatif persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Contoh pengasingan kuasa dapat dilihat melalui pentabiran perundangan peringkat persekutuan di bawah tanggungjawab Perdana Menteri, ahli kabinet dan ahli-ahli parlimen yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Manakala pentadbiran peringkat negeri pula menjadi tanggungjawab Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menurut Aziz Bari (2001), secara umum dewan perundangan mempunyai empat fungsi utama. Yang pertama ialah membuat undang-undang, kedua meletakkan dewan perundangan sebgai institusi yang memantau pihak eksekutif, ketiga mengawal perbelanjaan (rakyat membayar cukai dan mereka berhak memastikan bahawa wang awam yang dibelanjakan mengikut undang-undang, dan fungsi keempat ialah menyediakan kesempatan bagi pendapat umum( peranan dewan perundangan sebagai perantara rasmi antara pihak berkuasa dan rakyat terbanyak).

b) Badan eksekutif

(9)

Pengasingan kuasa berlaku di mana, di peringkat persekutuan kuasa tertinggi terletak pada YDPA. Makakala diperingkat negeri pula pada Sultan (raja) atau Yang di-Pertuan Negeri sebagai pemilik kuasa eksekutif tertinggi.

Badan eksekutif hendaklah mentadbir negara berlandaskan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Jika terdapat percanggahan, mahkamah berkuasa mengisytiharkannya sebagai tidak sah. Jika undang-undang yang diluluskan oekh parlimen pula di anggap ultra views atau melampaui had kuasa yang dibenarkan oleh perlembagaan negara, mahkamah juga berhak mengisytiharkan undang-undang tersebut tidak sah dan terbatal kerana bertentangan dengan perlembagaan.

c) Badan kehakiman

Badan kehakiman di asingkan daripada badan politik untuk menghindarkan dari penyalahgunaan kuasa. Kebebasan kehakiman ini menjadi garis pemisah yang membezakan kerajaan bercorak demokrasi dengan kerajaan bercorak totalitarian.

Hakim-hakim tidak boleh dilantik dari kalangan ahli politik. Tugas hakim hanya mentafsir undang-undang. Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa menentukan dasar-dasar kerajaan kerana hakim-hakim mahkamah tidak boleh campur tangan dalam hal-hal politik.

Di Malaysia ketua badan kehakiman ialah ketua hakim negara. Kemudian di bawah beliau ada beberapa orang hakim kanan. Para hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Badan kehakiman menurut perlembagaan merujuk kepada mahkamah-mahkamah sivil. Manakala perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah diletakkan di bawah bidang kuasa negeri, iaitu mahkamah syariah. Menurut Aziz Bari (2001), secara umum mahkamah sivil terbahagi kepada dua : mahkamah tinggi (mahkahamh persekutuan, mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi) dan mahkamah rendah (mahkamah sesyen, majisteret dan penghulu.

(10)

Malaysia mengamalkan pengasingan kuasa yang realtif iaitu kebergantungan antara ketiga-tiga badan bebas ini, badan perundangan dan badan pemerintahan digabungkan. Contohnya seorang menteri kabinet Malaysia biasanya juga berperanan sebagai ahli parlimen sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Pihak yang membuat undang-undang dan pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia hari ini, terdapat beberapa perbandinagn yang boleh dibincangkan antaraya dari sudut asas pelaksanaan undang-undang, pengasingan badan kehakiman, sistem khalifah, sumber rujukan utama.

Antara perbandingan di lihat dari aspek asas dalam melaksanakan undang-undang. Doktrin pengasingan Islam semua perundangan dan peraturan hendaklah berlandaskan syariat yang bersumberkan Al-Quran dan As Sunnah. Manakala doktirn pengasingan kuasa di Malaysia, sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen Malaysia. Ini kerana Malaysia merupaka negara common law, sebuah tradisi perundangan yang berasal dari England. Undang-undang Malaysia adalah berkait dengan parlimen melalui kuasa Yang di Pertuan Agong dan ahli-ahli parlimen serta dewan negara dan dewan negeri.

(11)

Doktrin pengasingan kuasa islam menghuraikan sistem khalifah. Yang mana semua badan tersbut hendaklah dirujuk kepada khalifah. Manakala dalam doktrin pengasingan kuasa di Malaysia mengamalkan sistem beraja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber rujukan utama doktrin pengasingan kuasa islam adalah sepenuhnya beradsarkan Al-Quran dan as Sunnah. Manakala doktrin pengasingan kuasa Malaysia merujuk kepada perlembagaan Malaysia.

(12)

Doktrin pengasingan kuasa secara tidak formal telah dipelopori oleh Islam. Ini dapat dilihat semasa pemerintahan islam semakin berkembang seperti pada zaman khalifah Umar. Pengasingan kuasa menurut perspektif Islam juga terbahagi kepada tiga badan utama yang mana badan atau kuasa tersebut hendaklah bertindak berlandaskan hukum syarak dan ijtihad para ulama. Asas utama pengasingan kuasa dalam Islam mestilah menepati prinsip Islam yang mengikut al-Quran dan as Sunnah.

Manakala dalam pemerintahan Malaysia pada hari ini, doktrin pengasingan kausa diterima pakai kuasa boleh diterima pakai asalkan ia tidak digunakan untuk mengubah prinsip-prinsip asas agama yag telah ditetapkan oleh al-Quran dan as-Suunah.. Pengasinagn kuasa di Malaysia tidak di amalkan secara mutlak mengikut pandangan barat. Malaysia membahagikan kuasa pemerintahan kepada tiga badan utama tetapi saling bergantung anatara satu sama lain. Namun begitu, secara kasarnya, badan kehakiman dipisahkan manakala badan perundangan di gabungkan dengan badan pemerintahan. Ini bertujuan mengelakkan berlaku ketidakadilan dalam pemerintahan. Tetapi pada akhirnya, semua dirujuk kepada Yang di Pertuan agong sebagai ketua negara.

Oleh itu, dokrin pengasingan kuasa diterima wajar dilaksanakan di Malaysia selagi mana ia tidak menyalahi syarak jika ianya bermatlamatkan untuk mengegak keadilan dan mencegah berlakunya kezaliman.

Sebagai kesimpulan, pada asalnya dalam sistem pemerintahan islam kuasa dirujuk kepada Rasulullah sepenuhnya. Tetapi berlaku sedikit penyerahan tugas apabila perluasan wilayah Islam. Namun pemegang kuasa atau hak akhirnya merujuk kepada khalifah yang bersumberkan Al-Quran dan as Sunnah.

(13)

Abdul Aziz Bari (2001) Perlembagaan Malaysia Asas-Asas dan Masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor.

Al-Quran

Affendi Awang (Prof Madya Dr). Kaedah Pengajian Syariah (2011). Open Universiti Malaysia.

Arbak Othman (2010) Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

Bharuddin Che Pa, Farizah Zulkiflin, Lukman Thalib (2014) Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat Dan Islam: Amalan Di Malaysia. Jurnal syariah. Jil 22. Bil 1.

Rujukan internet : norsurieanie.blogspot.my/2010/08/bab-4-konsep-pengasingan-kuasa.html? m=1

Rujukan internet :dr shamrahayu aziz. www.bharian.com.my/node/34356?m=1

Referensi

Dokumen terkait

Pengendalian terbaik penyakit bercak daun kelapa sawit adalah dengan menerapkan kultur teknis pembibitan yang baik dan apabila terjadi epidemi penyakit sebaiknya dilakukan

Dalam rangka pengembangan alat peraga/media pembelajaran matematika, maka Ketua Jurusan Matematika FMIPA Universitas Negeri Semarang memberikan tugas kepada Dosen

bahwa setiap struktur dalam sistem sosial, adalah fungsional terhadap yang

Pejabat yang ditunjuk adalah Pejabat di Lingkungan Pemerintah Kota Banjarbaru yang mendapat pendelegasi wewenang atau yang ditunjuk oleh Walikota untuk melaksanakan

ám a jelentkező– ajánló párok ezenkívül arról is hírt adnak, hogy adott típusú jelentkező esetén milyen foglalkozási csoportban dolgozó ismeretségek alkotják egy

Complete the following table with the expressions of congratulations and the responses you find in the preceding dialogs.. The first row is done

meyakini bahwa struktur masyarakat hanya dapat dirubah melalui penolakan atas pengakuan hak milik pribadi karena dianggap sebagai akar dari persoalan kesenjangan sosial

Dari data hasil belajar selanjutnya dilakukan analisis data uji ketuntasan klasikal menggunakan One Sample Test dan diperoleh hasil seperti yang dapat dilihat pada