KATEDRAL ST. JOSEPH
Notis Gereja
HARI MINGGU BIASA KEEMPAT
HARI MINGGU KATEKETIKAL~ 31 Januari 2021
Tel.: 082-423424 Laman Web Paroki: stjosephkuching.org E-mel: [email protected]
PENANGGUHAN SEMENTARA MISA-MISA KUDUS UNTUK GEREJA-GEREJA KATOLIK DI
ZON MERAH SEMASA PKPB - Semua misa dan servis (termasuk ‘Carpark Mass’ khas untuk
warga tua, golongan mudah terdedah & mereka yang berkeperluan khas) di paroki-paroki bandar akan ditangguhkan buat sementara waktu. Pejabat-pejabat gereja akan tetap dibuka mengikut
waktu pejabat untuk melayani para umat
.
SIARAN LANGSUNG MISA KUDUS (TANPA UMAT) pada setiap Hari Ahad:
Masa Bahasa Catatan
8:00 pagi Inggeris
Misa yang disiarkan secara langsung tidak terbuka untuk dihadiri umat paroki.
9:15 pagi Mandarin
10:30 pagi Malaysia
Sila layari https://www.facebook.com/arch.kuching
Anda juga boleh menyertai pautan untuk Misa dari mana-mana Keuskupan Katolik lain.
KIT HARI MINGGU KATEKETIKAL TAHUN 2021 (Bertema: “Komuniti Paroki: Ejen Iman,
Harapan dan Kasih”) boleh didapati atas talian untuk para keluarga menyambut ‘Hari Minggu
Kateketikal’ hujung minggu ini dengan lebih mendalam.
Sebagai Katekis Utama kepada anak-anak anda, semua ibubapa Katolik mempunyai misi dalam menyampaikan iman Katolik kepada anak-anak mereka. Para ibubapa digalakkan untuk menggunakan Kit ini sebagai sumber kateketikal yang boleh didapati dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin di pautan berikut:
https://www.todayscatholic.com.my/2021/01/catechetical-sunday-kit/
Kami menyarankan semua ibubapa Katolik untuk membeli buku teks Siri Kateketikal Malaysia
(yang merupakan Sukatan Pelajaran Katekismus Malaysia yang rasmi dan digunakan dalam Sekolah-sekolah Hari Minggu untuk semua kanak-kanak Katolik berusia 7 hingga 16 tahun).
Dengan cara itu, sebagai ibubapa, anda lebih bersedia untuk menyampaikan iman anda dan mendidik katekismus secara sederhana kepada anak-anak anda di rumah. Buku-buku teks tersebut boleh didapati di Rosary Mart Katedral dan Rosarium Giftshop (terletak bersebelahan Gereja St. Mark, Batu Kawa).
PENGAMBILAN SESI BAHARU I.K.D. / R.C.I.A. (YEAR 2021 - 2022) - Para calon yang berminat boleh membuat pendaftaran di Pejabat Paroki pada waktu pejabat atau secara atas talian di https://forms.gle/iEzrM1xQGrV1QgyP6. Jadual tetap untuk sesi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin akan diumumkan selanjutnya.
Sila berikan dorongan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga saudara-saudari yang ingin menjadi umat Katolik ataupun yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang iman Katolik, untuk mendaftar. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 082-412650.
PENDAFTARAN UNTUK SEKOLAH AGAMA HARI MINGGU PAROKI PENGAMBILAN SESI 2021 (dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia & Bahasa Mandarin) - Sekolah Agama Hari Minggu Tahun 2021 dijadualkan untuk bermula pada 21 Februari 2021 (tertakluk kepada situasi
COVID-19 di dalam negeri). Disebabkan bilangan pelajar yang dibenarkan di dalam sebuah kelas
adalah terhad, para pelajar yang sedia ada dan para pelajar baharu mesti membuat pendaftaran sebelum kelas bermula. Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur 7 hingga 17 tahun (terutamanya yang belajar di sekolah-sekolah tanpa kelas agama Katolik) adalah digalakkan untuk mendaftar anak-anak mereka untuk sesi ini. Tarikh penutupan untuk pendaftaran adalah 10 Februari 2021.
Ibu bapa dialu-alukan membuat pendaftaran secara atas talian melalui pautan-pautan berikut:
Bahasa Pautan
Inggeris https://forms.gle/x1qaewTGyC7EKBmT7
Malaysia https://forms.gle/kZvYcZay5uCNkyw87
Mandarin https://forms.gle/EjGGoEdeG5b8Qbct9
Pejabat Paroki dibuka mengikut waktu pejabat untuk membantu mereka yang menghadapi
kesukaran dalam membuat pendaftaran secara atas talian
.
SIARAN LANGSUNG MISA UNTUK ‘HARI ORANG SAKIT SEDUNIA’ (TANPA UMAT) pada hari
Khamis, 11 Februari, jam 9:00 pagi akan dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh dengan Adorasi Sakramen Maha Kudus dan diikuti dengan Pemberkatan. Marilah kita bersama-sama menyertai Misa ini untuk berdoa khususnya bagi warga tua, mereka yang sakit dan golongan yang mempunyai keperluan khas.
SIARAN LANGSUNG MISA ‘TAHUN BAHARU CINA 2021’ (TANPA UMAT) akan dirayakan oleh
Uskup Agung Simon Poh pada hari Jumaat, 12 Februari, jam 9:00 pagi. Marilah kita sertai Misa Kesyukuran ini dan memohon pemberkatan dan pelindungan Allah untuk semua orang.
PENGECUALIAN DARIPADA BERPANTANG -Sambutan Tahun Baharu Cina bermula daripada
Hari Jumaat, 12February hingga Hari Jumaat, 26 Februari (Chap Goh Meh). Pengecualian daripada Berpantang pada semua Hari Jumaat dalam musim perayaan ini telah di beri oleh Persidangan Uskup-Uskup Katolik Malaysia-Singapura-Brunei kepada semua umat Katolik yang menyambut Tahun Baharu Cina.
PEMBATALAN PROGRAM-PROGRAM TAHUN BAHARU CINA 2021 - Disebabkan pelanjutan PKPB hingga 14 Febuari, Program-Program Tahun Baharu Cina yang disenaraikan di bawah telah dibatalkan untuk tahun ini:
Tidak ada Misa Kesyukuran Tahun Baharu Cina dengan Umat.
Tidak ada kutipan Buah Limau.
Tidak ada pengagihan Buah Limau dan ‘Ang-Pow Tahun Baharu Cina’ untuk Warga Tua dan
Kanak-Kanak.
Tidak ada Perhimpunan Tahun Baharu Cina (sekali dengan Rumah Terbuka) yang biasa
dianjurkan oleh Majlis Apostolat Cina Keuskupan Agung Kuching.
CUTI UMUM - Pejabat Paroki, Pejabat Kauunseling, Perpustakaan dan Galeri Sejarah akan ditutup
pada tarikh 12hb & 13hb Februari (Hari Jumaat & Sabtu) sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Untuk panggilan sakit kecemasan pada cuti umum dan selepas waktu pejabat, sila hubungi 016-8922633. Pada waktu pejabat biasa, sila hubungi Pejabat Paroki di 082-423424.
GARIS PANDUAN UNTUK PELAWAT PEJABAT PAROKI KATEDRAL
Umat paroki yang perlu mengunjungi Pejabat Paroki adalah diwajibkan untuk:
Memakai pelitup muka pada setiap masa.
Sentiasa menjaga jarak fizikal 1 meter.
Pemeriksaan suhu oleh staf dengan menggunakan Termometer Dahi Inframerah.
Imbas kod QR MySejahtera / Qmunity atau
tuliskan maklumat secara manual untuk tujuan pengesanan kontak.
Bawa pembersih tangan anda sendiri.
Gunakan pen anda sendiri untuk menulis.
Membuat pembayaran elektronik melalui Sarawak Pay jika boleh.
Untuk pembayaran tunai, sediakan jumlah yang tepat untuk kurangkan pengendalian.
Semana mungkin, kami menggalakkan umat paroki untuk MENELEFON, WHATSAPP atau E-MEL untuk sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan (bukannya datang sendiri ke Pejabat Paroki.)
No. Tel.: 082-423424 / 423425
No. WhatsApp: 082-423424 (atau layari https://wa.me/6082423424) E-mel: [email protected]
Waktu Pembukaan
Hari Isnin - Hari Jumaat : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari & 2:00 petang - 5:00 petang
Hari Sabtu: 8:00 pagi - 12:00 tengah hari & 2:00 petang - 4:30 petang
KALENDAR LITURGI TAHUN 2021 (dicetak dalam 3 bahasa) kini dijual pada harga RM1 sehelai
di Pejabat Paroki, Rosary Mart Katedral dan Rosarium Giftshop (terletak bersebelahan Gereja St. Mark, Batu Kawa).
PEMBAPTISAN BAYI akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga pemberitahuan selanjutnya memandangkan situasi PKPB sekarang. Sementara itu, para ibu bapa yang ingin membaptiskan bayi mereka masih boleh membuat pendaftaran secara atas talian di https://formfaca.de/sm/y2oT0Qf_P dan muat naikkan semua salinan dokumen yang disenaraikan seperti berikut:
Ibu bapa Sponsor (Wali)
Sijil Kelahiran atau Sijil
Anak Angkat anak anda
MyKid (jika ada)
Buku Rekod Keluarga
MyKad (atau Pasport)
Sijil Pembaptisan
Sijil Penguatan
Buku Rekod Keluarga atau
Sijil Perkahwinan (dikeluarkan oleh Gereja Katolik) Hanya Ibu bapa yang telah menghantar dokumen tersenarai seperti di atas dengan lengkap sahaja akan diterima dan Pejabat Paroki akan memberitahu anda masa dan tempat untuk menghadiri Perayaan Sakramen Pembaptisan. Anda kemudiannya diminta untuk menyerahkan Buku Rekod Keluarga asal untuk tujuan pengemaskinian sebelum hari pembaptisan.
Menurut Kod Undang-undang Kanun Gereja Katolik # 874, seorang Sponsor (Wali) mesti telah menerima Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan pengamal Katolik. Jika sudah berkahwin, perkahwinannya telah diberkati di Gereja Katolik. (Ini tidak tertakluk kepada mereka yang bukan Katolik [kedua suami isteri] pada masa perkahwinan sivil).
PENDAFTARAN ATAS TALIAN UNTUK PERMOHONAN MISA (MO) & MISA ARWAH
GABUNGAN (CRM) - Umat Paroki kini boleh menawarkan Misa atas talian melalui pautan berikut:
Jenis Pautan
Permohonan Misa (MO) https://formfaca.de/sm/9U-UOB9eg
Misa Arwah Gabungan (CRM) https://formfaca.de/sm/Fvjl-IL08
Untuk menawarkan Misa, umat paroki boleh melayari laman web Paroki kita: www.stjosephkuching.org. Jika anda menghadapi sebarang kesukaran dalam membuat pendaftaran Ketika menggunakan pautan di atas, sila emel pertanyaan anda ke [email protected] dan kakitangan pentadbiran kami akan membantu anda dengan segera. Permohonan Misa (MO) akan dirayakan oleh paderi di paroki secara peribadi setiap hari kecuali pada hari Ahad. Apa-apa permintaan untuk misa bagi doa permohonan anda pada tarikh yang 'tertentu' hendaklah dihantar kepada Pejabat Paroki sekurang-kurangnya satu minggu lebih awal. Jika tidak, doa permohonan anda akan dirayakan pada bila-bila masa (mengikut budi bicara paderi kami).
[Pemberitahuan: Pembayaran (wang ringgit) yang diberikan oleh umat Kristian untuk Misa yang akan ditawarkan bagi tujuan yang khusus bukannya yuran tetapi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan sumbangan kita kepada Gereja. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Pejabat Paroki sewajarnya.]
PERKHIDMATAN TELEFON DAN E-KAUNSELING adalah tersedia seperti berikut: Hari Isnin
hingga hari Jumaat:
8:00 pg hingga 12:00 tgh hri &
2:00 ptg hingga 5:00 ptg Sila telefon, whatsapp atau e-mel kepada: Pejabat Kaunseling Tel: 082-258046
E-mel: [email protected]
Kimberly - Hp: 018-3539799
Hari Sabtu: 8:00 pg hingga 12:00 tgh hri Nelly - Hp: 018-2529899
KUTIPAN MINGGUAN MISA DAN DERMA
Umat paroki adalah digalakkan untuk menyumbang kepada kutipan mingguan Misa. Sila berikan sumbangan anda melalui Sarawak Pay dengan mengimbas kod QR ini.Sahkan bahawa penerima ialah ‘St. Joseph’s Cathedral’ sebelum pemindahan dilakukan. Umat paroki juga boleh melakukan pemindahan dalam talian atau deposit tunai kepada Akaun Bank Katedral St. Joseph seperti berikut:
Archbishop of Kuching Saint Joseph’s Cathedral Nombor Akaun Maybank Bhd: 511038613081
PENGGUNAAN ‘PARLOUR’ KATEDRAL ST. JOSEPH UNTUK IBADAT PENGEBUMIAN Untuk
memastikan penjarakan fizikal dan kepatuhan lain sepanjang tempoh COVID-19 ini, hanya ‘Catholic Mutual Benefit Society’ telah diberi kuasa untuk pengurusan pengebumian di ‘parlour’ gereja kita. Sila hubungi Christopher Chin Hp: 019-8563438 atau Mary Goh Tel: 082-244493.
PENAMBAHBAIKAN KATEDRAL ST. JOSEPH - Kerja-kerja penambahbaikan telah dimulakan
dan kawasan-kawasan berikut telah disekat / ditutup sementara untuk projek ini: kedua-dua pintu tepi ke Katedral (sayap sebelah tanah perkuburan dan sayap St. Teresa), tempat letak kereta di hadapan pintu masuk utama Katedral dan di sebelah ‘parlour’ pengebumian. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.
RAYUAN DERMA DARAH HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) - Umat paroki digalakkan untuk
menderma darah di Tabung Darah HUS, bila-bila masa dari hari Isnin hingga hari Jumaat, jam 7:30 pagi hingga jam 4:00 petang. Untuk pertanyaan, sila hubungi Tabung Darah HUS, No. Tel.: 082-276797 atau 010-8578909 (En. Borhan).