• Tidak ada hasil yang ditemukan

KATEDRAL ST. JOSEPH Notis Gereja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KATEDRAL ST. JOSEPH Notis Gereja"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KATEDRAL ST. JOSEPH

Notis Gereja

HARI MINGGU BIASA KETIGA HARI MINGGU FIRMAN ALLAH

~ 24 Januari 2021

Tel.: 082-423424 Laman Web Paroki: stjosephkuching.org E-mel: sjcoffice@yahoo.com.my PENANGGUHAN SEMENTARA MISA-MISA KUDUS UNTUK GEREJA-GEREJA KATOLIK DI ZON MERAH SEMASA PKPB - Semua misa dan servis (termasuk ‘Carpark Mass’ khas untuk warga tua, golongan mudah terdedah & mereka yang berkeperluan khas) di paroki-paroki bandar akan ditangguhkan buat sementara waktu. Pejabat-pejabat gereja akan tetap dibuka mengikut waktu pejabat untuk melayani para umat

.

SIARAN LANGSUNG MISA KUDUS (TANPA UMAT) pada setiap Hari Ahad:

Masa Bahasa Catatan

8:00 pagi Inggeris

Misa yang disiarkan secara langsung tidak terbuka untuk dihadiri umat paroki.

9:15 pagi Mandarin 10:30 pagi Malaysia

Sila layari https://www.facebook.com/arch.kuching

Anda juga boleh menyertai pautan untuk Misa dari mana-mana Keuskupan Katolik lain.

PENDAFTARAN UNTUK SEKOLAH AGAMA HARI MINGGU PAROKI PENGAMBILAN SESI 2021 (dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia & Bahasa Mandarin) - Sekolah Agama Hari

Minggu Tahun 2021 dijadualkan untuk bermula pada 21 Februari 2021 (tertakluk kepada situasi

COVID-19 di dalam negeri). Disebabkan bilangan pelajar yang dibenarkan di dalam sebuah kelas

adalah terhad, para pelajar yang sedia ada dan para pelajar baharu mesti membuat pendaftaran sebelum kelas bermula. Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur 7 hingga 17 tahun (terutamanya yang belajar di sekolah-sekolah tanpa kelas agama Katolik) adalah digalakkan untuk mendaftar anak-anak mereka untuk sesi ini. Tarikh penutupan untuk pendaftaran adalah 10

Februari 2021.

Ibu bapa dialu-alukan membuat pendaftaran secara atas talian melalui pautan-pautan berikut:

Bahasa Pautan

Inggeris https://forms.gle/x1qaewTGyC7EKBmT7 Malaysia https://forms.gle/kZvYcZay5uCNkyw87 Mandarin https://forms.gle/EjGGoEdeG5b8Qbct9

Pejabat Paroki dibuka mengikut waktu pejabat untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam membuat pendaftaran secara atas talian

.

▸ Baca selengkapnya: teks misa arwah 100 hari

(2)

KIT HARI MINGGU KATEKETIKAL TAHUN 2021 (Bertema: “Komuniti Paroki: Ejen Iman,

Harapan dan Kasih”) boleh didapati atas talian untuk para keluarga menyambut ‘Hari Minggu

Kateketikal’ pada tarikh 31 Januari 2021 dengan lebih mendalam.

Sebagai Katekis Utama kepada anak-anak anda, semua ibubapa Katolik mempunyai misi dalam menyampaikan iman Katolik kepada anak-anak mereka. Para ibubapa digalakkan untuk menggunakan Kit ini sebagai sumber kateketikal yang boleh didapati dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin di pautan berikut:

https://www.todayscatholic.com.my/2021/01/catechetical-sunday-kit/

Kami menyarankan semua ibubapa Katolik untuk membeli buku teks Siri Kateketikal

Malaysia (yang merupakan Sukatan Pelajaran Katekismus Malaysia yang rasmi dan digunakan

dalam Sekolah-sekolah Hari Minggu untuk semua kanak-kanak Katolik berusia 7 hingga 16 tahun). Dengan cara itu, sebagai ibubapa, anda lebih bersedia untuk menyampaikan iman anda

dan mendidik katekismus secara sederhana kepada anak-anak anda di rumah. Buku-buku

teks tersebut boleh didapati di Rosary Mart Katedral dan Rosarium Giftshop (terletak bersebelahan Gereja St. Mark, Batu Kawa).

Sempena sambutan ‘Hari Minggu Firman Allah’ pada Hari Minggu Biasa Ketiga ini, semua ibubapa juga digalakkan untuk membeli satu salinan Alkitab untuk anak-anak anda dan untuk keluarga anda, untuk memupuk sikap membaca Firman Allah dalam keluarga.

PENGAMBILAN SESI BAHARU I.K.D. / R.C.I.A. (YEAR 2021 - 2022) - Para calon yang

berminat boleh membuat pendaftaran di Pejabat Paroki pada waktu pejabat atau secara atas talian di https://forms.gle/iEzrM1xQGrV1QgyP6. Jadual tetap untuk sesi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin akan diumumkan selanjutnya.

Sila berikan dorongan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga saudara-saudari yang ingin menjadi umat Katolik ataupun yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang iman Katolik, untuk mendaftar. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 082-412650.

SIARAN RADIO KEAGAMAAN KATOLIK dalam Bahasa Inggeris oleh Fr. Alvin Ng, SJ akan

ke udara di RTM FM91.9 pada hari Ahad ini, 24 Januari, jam 9:15 malam.

KOTAK ‘LOVE-OFFERING’ BAGI ‘THE PONTIFICAL SOCIETY OF HOLY CHILDHOOD’ telah diedarkan kepada semua kanak-kanak di Paroki pada bulan Oktober tahun lepas. Ibu bapa diingatkan untuk mengembalikan kotak-kotak ‘Love-Offering’ anak anda ke Pejabat Paroki sebelum Hari Sabtu, 30Januari 2021.

KALENDAR LITURGI TAHUN 2021 (dicetak dalam 3 bahasa) kini dijual pada harga RM1

sehelai di Pejabat Paroki, Rosary Mart Katedral dan Rosarium Giftshop (terletak bersebelahan Gereja St. Mark, Batu Kawa).

(3)

GARIS PANDUAN UNTUK PELAWAT PEJABAT PAROKI KATEDRAL

Umat paroki yang perlu mengunjungi Pejabat Paroki adalah diwajibkan untuk:

 Memakai pelitup muka pada setiap masa.  Sentiasa menjaga jarak fizikal 1 meter.

 Pemeriksaan suhu oleh staf dengan menggunakan Termometer Dahi Inframerah.  Imbas kod QR MySejahtera / Qmunity atau

tuliskan maklumat secara manual untuk tujuan pengesanan kontak.  Bawa pembersih tangan anda sendiri.

 Gunakan pen anda sendiri untuk menulis.

 Membuat pembayaran elektronik melalui Sarawak Pay jika boleh. Untuk pembayaran tunai, sediakan jumlah yang tepat untuk kurangkan pengendalian.

Semana mungkin, kami menggalakkan umat paroki untuk MENELEFON, WHATSAPP atau E-MEL untuk sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan (bukannya datang sendiri ke

Pejabat Paroki.)

No. Tel.: 082-423424 / 423425

No. WhatsApp: 082-423424 (atau layari https://wa.me/6082423424) E-mel: sjcoffice@yahoo.com.my

Waktu Pembukaan

Hari Isnin - Hari Jumaat : 8:00 pagi - 12:00 tengah hari & 2:00 petang - 5:00 petang Hari Sabtu: 8:00 pagi - 12:00 tengah hari & 2:00 petang - 4:30 petang

PERKHIDMATAN TELEFON DAN E-KAUNSELING adalah tersedia seperti berikut:- Hari Isnin

hingga hari Jumaat:

8:00 pg hingga 12:00 tgh hri &

2:00 ptg hingga 5:00 ptg Sila telefon, whatsapp atau e-mel kepada: Pejabat Kaunseling Tel: 082-258046 E-mel: sjckch.counsellor@gmail.com

Kimberly - Hp: 018-3539799 Hari Sabtu: 8:00 pg hingga 12:00 tgh hri Nelly - Hp: 018-2529899

(4)

PEMBAPTISAN BAYI akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga pemberitahuan selanjutnya memandangkan situasi PKPB sekarang. Sementara itu, para ibu bapa yang ingin

membaptiskan bayi mereka masih boleh membuat pendaftaran secara atas talian di https://formfaca.de/sm/y2oT0Qf_P dan muat naikkan semua salinan dokumen yang disenaraikan

seperti berikut:

Ibu bapa Sponsor (Wali)

 Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat anak anda  MyKid (jika ada)  Buku Rekod Keluarga

 MyKad (atau Pasport)  Sijil Pembaptisan  Sijil Penguatan

 Buku Rekod Keluarga atau

Sijil Perkahwinan (dikeluarkan oleh Gereja Katolik)

Hanya Ibu bapa yang telah menghantar dokumen tersenarai seperti di atas dengan lengkap sahaja akan diterima dan Pejabat Paroki akan memberitahu anda masa dan tempat untuk menghadiri Perayaan Sakramen Pembaptisan. Anda kemudiannya diminta untuk menyerahkan

Buku Rekod Keluarga asal untuk tujuan pengemaskinian sebelum hari pembaptisan.

Menurut Kod Undang-undang Kanun Gereja Katolik # 874, seorang Sponsor (Wali) mesti telah menerima Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan pengamal Katolik. Jika sudah berkahwin, perkahwinannya telah diberkati di Gereja Katolik. (Ini tidak tertakluk kepada mereka yang bukan Katolik [kedua suami isteri] pada masa perkahwinan sivil).

PENDAFTARAN ATAS TALIAN UNTUK PERMOHONAN MISA (MO) & MISA ARWAH GABUNGAN (CRM) UNTUK BULAN JANUARI - Umat Paroki kini boleh menawarkan Misa secara atas talian melalui pautan berikut:

Jenis Pautan

Permohonan Misa (MO) https://formfaca.de/sm/9U-UOB9eg Misa Arwah Gabungan (CRM) https://formfaca.de/sm/Fvjl-IL08

Untuk menawarkan Misa, umat paroki boleh melayari laman web Paroki kita:

www.stjosephkuching.org. Jika anda menghadapi sebarang kesukaran dalam membuat

pendaftaran Ketika menggunakan pautan di atas, sila emel pertanyaan anda ke sjcoffice@yahoo.com.my dan kakitangan pentadbiran kami akan membantu anda dengan segera.

Permohonan Misa (MO) akan dirayakan oleh paderi di paroki secara peribadi setiap hari kecuali

pada hari Ahad. Apa-apa permintaan untuk misa bagi doa permohonan anda pada tarikh

yang 'tertentu' hendaklah dihantar kepada Pejabat Paroki sekurang-kurangnya satu minggu lebih awal. Jika tidak, doa permohonan anda akan dirayakan pada bila-bila masa (mengikut budi bicara paderi kami).

Permohonan untuk Misa Arwah Gabungan (CRM) untuk Januari akan dirayakan pada hari Jumaat, 28 Januari. Sila hantarkan borang CRM anda berserta bukti pembayaran selewat-lewatnya pada hari Khamis, 28 Januari, jam 12:00 tengah hari.

[Pemberitahuan: Pembayaran (wang ringgit) yang diberikan oleh umat Kristian untuk Misa yang akan ditawarkan bagi tujuan yang khusus bukannya yuran tetapi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan sumbangan kita kepada Gereja. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Pejabat Paroki sewajarnya.]

(5)

KUTIPAN MINGGUAN MISA DAN DERMA

Umat paroki adalah digalakkan untuk menyumbang kepada kutipan mingguan Misa. Sila berikan sumbangan anda melalui Sarawak

Pay dengan mengimbas kod QR ini. Sahkan bahawa penerima ialah ‘St. Joseph’s Cathedral’ sebelum pemindahan dilakukan. Umat paroki juga boleh melakukan pemindahan dalam talian atau

deposit tunai kepada Akaun Bank Katedral St. Joseph seperti

berikut:

Archbishop of Kuching Saint Joseph’s Cathedral Nombor Akaun Maybank Bhd: 511038613081

PENGGUNAAN ‘PARLOUR’ KATEDRAL ST. JOSEPH UNTUK IBADAT PENGEBUMIAN Untuk memastikan penjarakan fizikal dan kepatuhan lain sepanjang tempoh COVID-19 ini, hanya

‘Catholic Mutual Benefit Society’ telah diberi kuasa untuk pengurusan pengebumian di ‘parlour’ gereja kita. Sila hubungi Christopher Chin Hp: 019-8563438 atau Mary Goh Tel:

082-244493.

PENAMBAHBAIKAN KATEDRAL ST. JOSEPH - Kerja-kerja penambahbaikan telah dimulakan dan kawasan-kawasan berikut telah disekat / ditutup sementara untuk projek ini: kedua-dua pintu tepi ke Katedral (sayap sebelah tanah perkuburan dan sayap St. Teresa), tempat letak kereta di hadapan pintu masuk utama Katedral dan di sebelah ‘parlour’ pengebumian. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.

RAYUAN DERMA DARAH HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) - Umat paroki digalakkan untuk

menderma darah di Tabung Darah HUS, bila-bila masa dari hari Isnin hingga hari Jumaat, jam

7:30 pagi hingga jam 4:00 petang. Untuk pertanyaan, sila hubungi Tabung Darah HUS, No. Tel.:

Referensi

Dokumen terkait

Para umat digalakkan hadir untuk sesi doa 1 jam dalam talian ini setiap hari (atau pada mana-mana hari yang bersesuaian mengikut anda) dengan menggunakan pautan zoom di

Umat Katolik (pengurus gereja) melakukan kebaktian pada Misa Jumat Agung yang didokumentasikan secara tayangan langsung (live streaming) di Gereja Katolik Kristus

Sijil Perkahwinan (dikeluarkan oleh Gereja Katolik) Hanya Ibu bapa yang telah menghantar dokumen tersenarai seperti di atas dengan lengkap sahaja akan diterima dan Pejabat Paroki

Sijil Perkahwinan (dikeluarkan oleh Gereja Katolik) Hanya Ibu bapa yang telah menghantar dokumen tersenarai seperti di atas dengan lengkap sahaja akan diterima dan Pejabat Paroki

Peningkatan nilai kete- rampilan menulis narasi ini dapat dilihat pa- da setiap siklusnya, yaitu pada kondisi awal nilai rata-rata keterampilan menulis narasi si- swa adalah 66

Tabel 5.3 : Analisis Hambatan Operasionalisasi LAM-PTKes Daerah / Wilayah Hambatan Hambatan & Spesifikasi nya Kemung kinan timbul Sebab Tindakan Pencegahan

Maka dari itu para wanita dalam iklan tersebut sadar bahwa dengan mengencani pria yang memiliki pengamanan ganda (maksudnya yang pakai kondom) akan sangat

Sejalan dengan fenomena yang terjadi di atas, peneliti sebagai seorang mahasiswa di Program Studi Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan yang dipersiapkan untuk