KATEDRAL ST. JOSEPH
Notis Gereja
HARI MINGGU BIASA KE-23 ~ 4 September 2022 ~
Tel.: 082-423424 Laman Web: stjosephkuching.org E-mel: [email protected]
KURSUS KONVALIDASI PERKAHWINAN dalam Bahasa Malaysia akan dianjurkan oleh paroki Katedral St. Joseph untuk para ibu bapa kepada pelajar-pelajar Sekolah Hari Minggu (Sunday School) kita & kepada para umat paroki yang perkahwinan mereka belum diberkati di Gereja.
Kelayakan untuk daftar:
Pasangan yang sudah berkahwin secara sivil lebih dari 3 tahun.
Pasangan yang sekurang-kurangnya salah satu dari pasangan adalah Katolik.
Kursus Konvalidasi Perkahwinan Upacara Konvalidasi Perkahwinan (Pemberkatan Perkahwinan) Tarikh 15 - 16 Oktober 2022 (Sabtu & Ahad) 14 Januari 2023 (Sabtu)
Masa 8:00 am - 5:00 pm 8:30 am
Tempat Dewan Persidangan Sts. John & Lucy,
Aras 2, A.C.C.P.C. Katedral St. Joseph
Pautan untuk pendaftaran dalam talian: https://forms.gle/mvxxBr2M4ujDg6mm7 atau imbas kod QR:
Yuran Pendaftaran: RM100 (termasuk makanan yang akan disediakan sepanjang kursus, yuran pentadbiran & Buku Rekod Keluarga). Jumlah penyertaan adalah terhad. Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 30 September atau apabila jumlah penyertaan sudah mencapai kapasiti maksimum, mana yang terlebih dahulu.
PESTA KELAHIRAN SANTA PERAWAN MARIA - Sempena pesta ini, Misa (dianjurkan oleh ‘SJC Chinese Lay Organisation - Lian Wei Hui’) akan dirayakan dalam Bahasa Mandarin pada Khamis, 8 September, 8:00 pm di Katedral. Semua dialu-alukan hadir!
PEMBENTUKAN PELAYANAN HOSPITALITI (PENGIRING DAN PENYAMBUT) Semua warden yang sedia ada diingatkan untuk menghadiri Sesi Pembentukan pada Jumaat, 16September dari 9:00 am hingga 12:00 tengah hari di Dewan Persidangan Sts. John & Lucy, Aras 2, A.C.C.P.C..
Pendaftaran bermula pada 8:30 am jadi sila datang lebih awal. Para umat yang berminat untuk menyertai Pelayanan Hospitaliti dijemput hadir.
Sesi Pembentukan ini akan dipimpin oleh Fr. Galvin Ngumbang dan pasukannya untuk mempersiapkan semua yang melayani sebagai warden serta sukarelawan baru untuk Upacara Pelantikan dan Pentauliahan pada semua Misa pada hujung minggu 17dan 18 September.
Lencana ministri yang baharu akan diberikan kepada semua yang telah menghadiri sesi tersebut.
Kehadiran adalah wajib bagi semua warden sedia ada yang berkhidmat di pelbagai Misa di Katedral dan Chapel Carmelite kecuali bagi mereka yang telah menghadiri Sesi Pembentukan yang dijalankan pada 21 Ogos.
CUTI UMUM - Pejabat Paroki, Pejabat Kaunseling, Perpustakaan dan Galeri Sejarah akan ditutup pada Jumaat, 16 September. Untuk panggilan sakit kecemasan pada cuti umum, hari suci wajib dan selepas waktu pejabat, sila hubungi 016-8922633. Pada waktu pejabat biasa, sila hubungi Pejabat Paroki Tel: 082-423424.
CERAMAH KESIHATAN MENTAL TENTANG ‘FAMILY TRAUMA AND UNFINISHED BUSINESS’ akan dianjurkan oleh Pusat Kaunseling SJC pada Jumaat, 16September dari 1:30 pm hingga 4:30 pm di Dewan Persidangan Sts. John & Lucy, Aras 2, A.C.C.P.C..
Berminat, sila daftar dengan menggunakan pautan ini https://forms.gle/YnkgF4sSvzdvq4Wk8 atau hubungi Nelly Tel: 082-258046 atau Hp: 018-2529899 selewat-lewatnya pada 15 September.
TERAPI KELUARGA DAN KUMPULAN SOKONGAN UNTUK IBU BAPA/ PENJAGA DALAM KESUKARAN adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kaunseling SJC. Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut sila hubungi atau WhatsApp Nelly (Tel: 082-258046 or Hp: 018- 2529899). KERAHSIAAN adalah terjamin.
PUSAT KAUNSELING SJC menyediakan servis kaunseling untuk individu, pasangan suami isteri, keluarga dan kumpulan sokongan.
Isnin -
Jumaat: 8:00 am - 12:00 tgh hri, 2:00 pm - 5:00 pm
Sila telefon, WhatsApp atau e-mel kepada:
Pejabat Kaunseling Tel: 082-258046 E-mel: [email protected] Kimberly - Hp: 018-3539799
Nelly - Hp: 018-2529899 Sabtu: 8:00 am - 12:00 tgh hri
‘Love-offering’ untuk Gereja akan dikutip daripada klien kaunseling.
PUSAT ‘HOLY CROSS’ (bertempat di No. 681, Lorong 1, Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, 93350 Kuching. Tel.: 082 363945) dibuka setiap Isnin, Selasa dan Rabu dari 9:30 am hingga 12:30 pm. Pemakaian pelitup muka adalah wajib. ‘Pray over’ dan konsultasi akan diadakan di kawasan anjung. (Pusat ditutup pada hari kelepasan am, hari perayaan gereja utama atau bila dimaklumkan.) ‘Fellowship’ mingguan Ministri ‘Holy Cross’ diadakan setiap Selasa dari 7:30 pm hingga 9:00 pm di Dewan Persidangan Sts. John & Lucy, Aras 2, A.C.C.P.C. (kecuali hari kelepasan am).
‘CHOICE ENGLISH 37 WEEKEND’ untuk orang dewasa bekerja yang bujang sahaja (berumur antara 21 - 45 tahun) akan diadakan dari 16 hingga 18 September di ‘Greccio Retreat House’, Siburan. Tarikh tutup pendaftaran adalah 4 September. Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut sila klik https://forms.gle/VCcAGttjJTcHC97r8 atau hubungi Amelia di [email protected].
‘ALPHA PAN MALAYSIA DALAM KONTEKS KATOLIK DALAM TALIAN 4’ (PAMACCOL 4) ‘Is there more to life than this?’ ( Ada lagikah kehidupan yang lebih daripada ini? ) Kita telah merasakan hasil Alpha apabila mengikuti IKD dan memeluk keimanan Katolik. Dengan bantuan anda, kita telah dapat mendekati lebih ramai orang. Jemput seorang dan mengharungi perjalanan rohani bersama- sama. Dianjurkan bersama oleh Keuskupan Agung KL & Pasukan Alpha Pan Malaysia Kuching, kursus Alpha berikutnya bermula dari 14 Oktober hingga 2 Disember, setiap Jumaat dari 8:00 pm hingga 10:00 pm. Untuk pendaftaran, sila klik https://forms.gle/budNCobHGywjLtbi6.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi: Joyce Ting (Kuching) 014-3923410, Helen Scott (KL) 012- 3291726, atau Martina Ngui (KL) 019-3566983.
JADUAL MISA HARIAN & SAAT TEDUH (HOLY HOUR)
Tempat Misa harian Saat Teduh (Holy Hour)
Chapel Carmelite Isnin - Sabtu, 7:00 am (Inggeris) Jumaat, 7:30pm (Inggeris) Katedral Isnin - Jumaat, 5:30 pm (Inggeris)
JADUAL MISA HUJUNG MINGGU
Tempat Hari Masa Bahasa Catatan
Katedral St. Joseph
Sabtu 6:00 pm Inggeris • Sila patuhi arahan para warden, sentiasa memakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal pada setiap masa.
• Tempat letak kereta di hadapan Katedral DIKHUSUSKAN untuk kereta yang membawa penumpang warga tua, khususnya mereka yang memerlukan bantuan khas dan mempunyai kesukaran untuk berjalan.
• Para umat diingatkan supaya tidak datang lewat untuk Misa dan berada di tempat duduk sekurang-kurangnya 10 minit sebelum Misa bermula untuk mengelakkan sebarang gangguan.
• Selepas Misa tamat, pagar belakang menghala ke ‘Sarawak Club’ akan dibuka untuk kereta keluar dari perkarangan Katedral.
Ahad
7:00 am Inggeris*
9:00 am Mandarin*
11:00 am Malaysia*
5:00 pm Inggeris
Chapel
Carmelite Ahad 8:00 am Inggeris
*Misa Siaran Langsung dengan umat.
Sila layari https://www.facebook.com/arch.kuching
PERINGATAN PENTING
Dimohon agar tidak menghadiri Misa Kudus di Gereja sekiranya anda tidak sihat dengan gejala demam, batuk, sakit tekak atau selsema.
Sebaliknya, tinggal di rumah dan sertai Misa siaran langsung.
PERINGATAN AM
Umat paroki diingatkan untuk menunjukkan rasa hormat kepada Tuhan dan memberi pertimbangan terhadap orang lain seperti berikut:
• Sila datang awal dan berada di tempat duduk sekurang-kurangnya 10 minit sebelum Misa bermula untuk mengelakkan sebarang gangguan.
• Tanda ‘jarak fizikal satu meter’ telah ditanggalkan untuk menambahkan tempat duduk di setiap bangku. Namun demikian, ini tidak bermakna kita tidak perlu patuhi penjarakan fizikal.
• Sila duduk dengan selesa tanpa bersentuhan dengan umat paroki yang lain.
• Ahli keluarga dari isi rumah yang sama dibenarkan untuk duduk bersama tanpa penjarakan fizikal.
• Semasa dalam Gereja, sentiasa pakai pelitup muka, kurangkan titik sentuhan dan amalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa.
• Untuk mengurangkan titik sentuhan, sila elak daripada melutut untuk doa peribadi kecuali semasa Doa Ekaristi di mana semua umat berlutut pada masa yang sama.
• Walaupun kami galakkan umat paroki untuk kembali ke Gereja dan hadiri Misa fizikal, ia juga merupakan satu cabaran untuk menampung semua yang datang disebabkan penjarakan fizikal yang kami perlu kekalkan antara orang yang bukan dari isi rumah yang sama.
• Kami mohon kerjasama dan persefahaman anda supaya kita semua dapat beribadat dengan selesa sebagai sebuah Gereja.
“MARK, THE GOSPEL OF SERVICE” OLEH DR JEFFREY GOH kini dijual di Pejabat Paroki dan di luar gereja pada setiap misa hujung minggu pada harga RM20 senaskah. Semua hasil jualan didermakan kepada Yayasan Lasallian untuk membantu mendidik pelajar miskin dan kurang bernasib baik. Marilah kita bersama membantu tujuan baik ini dan beli salinan.
‘THRIFT SHOP’ SSVP dibuka setiap Ahad dari 11:30 am hingga 12:30 pm.
Semua hasil penjualan akan diberikan kepada mereka yang miskin dan memerlukan.
Sila berikan sokongan!
MISA ‘CAR PARK’ akan dirayakan pada setiap Sabtu, 7:00 am, khusus untuk mereka yang benar-benar sakit dan yang mudah terdedah disebabkan sistem imunisasi yang lemah. Untuk sebarang pertanyaan dan pra-pendaftaran, sila hubungi Nelly di Tel: 082-258046 / 018-2529899 pada waktu pejabat.
KUTIPAN MINGGUAN MISA DAN DERMA Umat paroki digalakkan menyumbang setiap minggu untuk
membantu membiayai kos operasi dan penyelenggaraan Katedral.
Sila berikan sumbangan anda melalui S Pay Global dengan mengimbas kod QR ini. Sahkan bahawa penerima ialah ‘St.
Joseph’s Cathedral’ sebelum pemindahan dilakukan.
Umat paroki juga boleh masukkan sumbangan mingguan mereka ke dalam Kotak Kutipan kayu besar yang diletakkan di pintu masuk Katedral ATAU lakukan pindahan dalam talian atau deposit tunai kepada Akaun Bank Katedral St. Joseph seperti berikut:
Archbishop of Kuching Saint Josephs Cathedral Nombor Akaun Maybank Bhd: 511038613081
PENGAKUAN DOSA - Paderi akan berada di Chapel Blessed Sacrament setengah jam sebelum Misa-misa Senja dan Hari Minggu untuk mendengar pengakuan dosa. Sila kekalkan penjarakan fizikal dan jangan berkumpul di kawasan sekeliling sambil menunggu giliran anda untuk membuat pengakuan dosa.
Sila patuhi SOP berikut dan patuhi arahan pihak warden.
Peniten dikehendaki untuk:
 Pakai pelitup muka pada setiap masa.
 Sedia membuat pengakuan dosa tanpa berlengah-lengah.
 Buat penitensi selepas kembali ke tempat duduk di dalam Gereja.
 Bawa pembersih tangan dan pembersih permukaan sendiri untuk membersihkan tempat duduk yang telah digunakan.
NOVENA KEPADA BONDA PENOLONG ABADI diadakan pada setiap Sabtu, 5:00 pm sebelum Misa Bahasa Inggeris pada 6:00 pm di Katedral St. Joseph. Semua dialu-alukan hadir. Bagi umat yang hanya menghadiri Novena, dikehendaki untuk duduk di loteng bertentangan dengan Koir.
Para umat boleh menghantarkan permohonan atau doa kesyukuran secara dalam talian melalui borang google di https://forms.gle/oTqtZMQsr1hC5PDr6.
St. Joseph’s Cathedral
‘ONLINE CALVARY HOUR OF MERCY’ - Sesi doa dalam talian “1-Hour-A-Day You Are Not Alone” dianjurkan pada 3:00 pm setiap hari oleh Keuskupan Agung Kuching melalui Zoom. Para
‘Legionaries’ dan kumpulan-kumpulan sembahyang dari Keuskupan Agung akan memimpin setiap sesi yang dijadualkan. Para umat digalakkan hadir untuk sesi doa 1 jam dalam talian ini setiap hari (atau pada mana-mana hari yang bersesuaian mengikut anda) dengan menggunakan pautan zoom di bawah:
https://us02web.zoom.us/j/86178307498?pwd=UVZ6MTdJSmRyeDZwUTMweC95UFBDdz09 Meeting ID: 861 7830 7498
Passcode: prayhour
Umat paroki juga boleh menghantar doa permohonan dengan mengisi borang Doa Permohonan dalam talian atau WhatsApp: 011-10612097.
Bahasa Hari Pautan borang permohonan dalam talian
Inggeris Rabu, Khamis, Jumaat & Ahad https://forms.gle/Yy1jcXKSBhPmPYNg8
Malaysia Sabtu https://forms.gle/JHhV2to3wR73om7z6
Mandarin Isnin & Selasa https://forms.gle/GL8e7DTbsswoMM639 SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB
BAIK - Sila teruskan untuk membantu ‘Catholic Welfare Services’
secara kewangan dalam pelayanan kita kepada golongan miskin dan yang memerlukan di dalam masyarakat kita tanpa mengira bangsa atau kepercayaan. Umat boleh membuat sumbangan melalui S Pay Global dengan mengimbas QR kod di sini. Sahkan bahawa penerima ialah ‘Catholic Welfare Services’ sebelum pemindahan dilakukan. Umat paroki juga boleh melakukan pemindahan dalam talian atau deposit tunai kepada akaun berikut:
Catholic Welfare Services Council Sarawak Nombor Akaun Maybank Bhd: 511234019806
Sila hubungi Pn. Cecilia Hp: 019-8199708 / 082-241407 setelah anda membuat sumbangan.
Resit Pengecualian Cukai akan dikeluarkan dengan sewajarnya.
WAKTU PEMBUKAAN UNTUK PERPUSTAKAAN & GALERI SEJARAH KEUSKUPAN AGUNG (di Tingkat 1 ‘Archdiocesan Curia and Cathedral Pastoral Centre’ (ACCPC)
No. Tel.: 082-420802)
Isnin - Jumaat: 9:00 am - 12:00 tgh hari, 1:30 pm - 5:30 pm Sabtu: 2:00 pm - 6:00 pm
(Tutup pada Ahad, Cuti Umum & Hari Kewajipan Suci Gereja)
Catholic Welfare Services
GARIS PANDUAN UNTUK PELAWAT PEJABAT PAROKI KATEDRAL
Umat paroki yang perlu mengunjungi Pejabat Paroki adalah diwajibkan untuk:
 Pakai pelitup muka pada setiap masa.
 Sentiasa jaga penjarakan fizikal.
 Bawa pembersih tangan sendiri.
 Guna pen sendiri untuk menulis.
 Buat pembayaran elektronik melalui S Pay Global jika boleh.
Jika boleh, kami menggalakkan umat paroki untuk MENELEFON, WHATSAPP atau E-MEL untuk sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan (daripada datang ke Pejabat Paroki.) Tel.: 082-423424 / 082-423425
WhatsApp: 082-423424 (atau layari https://wa.me/6082423424) E-mel: [email protected]
Waktu Pembukaan
Isnin - Jumaat : 8:00 am - 12:00 tengah hari, 2:00 pm - 5:00 pm Sabtu: 8:00 am - 12:00 tengah hari, 2:00 pm - 4:30 pm
PENDAFTARAN DALAM TALIAN UNTUK PERMOHONAN MISA (MO) & MISA ARWAH GABUNGAN (CRM) - Umat Paroki kini boleh menawarkan Misa dalam talian melalui pautan berikut:
Jenis Pautan
Permohonan Misa (MO) https://forms.gle/APkbscLMAG2Bcd7F9 Misa Arwah Gabungan (CRM) https://forms.gle/yNixf4JrhMN61Z9h9
Untuk menawarkan Misa, umat paroki juga boleh melayari laman web Paroki kita:
https://stjosephkuching.org. Jika anda menghadapi sebarang kesukaran dalam membuat pendaftaran Ketika menggunakan pautan di atas, sila emel pertanyaan anda ke [email protected] dan staf pentadbiran kami akan membantu anda dengan segera.
Permohonan Misa (MO) akan dirayakan oleh paderi di paroki secara peribadi setiap hari kecuali Ahad. Apa-apa permintaan untuk misa bagi doa permohonan anda pada tarikh yang 'tertentu' hendaklah dihantar kepada Pejabat Paroki sekurang-kurangnya satu minggu lebih awal. Jika tidak, doa permohonan anda akan dirayakan pada bila-bila masa (mengikut budi bicara paderi kami).
Permohonan Misa Arwah Gabungan (CRM) untuk September akan dirayakan pada Jumaat, 30 September. Sila hantarkan borang CRM anda berserta bukti pembayaran selewat-lewatnya pada Khamis, 29 September sebelum 12:00 tengah hari.
[Pemberitahuan: Pembayaran (wang) yang diberikan oleh umat Kristian untuk Misa yang akan ditawarkan bagi tujuan yang khusus bukannya yuran tetapi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan sumbangan kita kepada Gereja. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Pejabat Paroki sewajarnya.]
PEMBAPTISAN BAYI dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia telah diteruskan semula di Paroki Katedral. Para ibu bapa yang ingin membaptiskan bayi mereka perlu membuat pendaftaran secara dalam talian di https://formfaca.de/sm/y2oT0Qf_P dan muat naikkan semua salinan dokumen yang disenaraikan seperti berikut:
Ibu bapa Sponsor (Wali)
✓ Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat anak anda
✓ MyKid (jika ada)
✓ Buku Rekod Keluarga
✓ MyKad (atau Pasport)
✓ Sijil Pembaptisan
✓ Sijil Penguatan
✓ Buku Rekod Keluarga atau
Sijil Perkahwinan (dikeluarkan oleh Gereja Katolik) Hanya Ibu bapa yang telah menghantar dokumen tersenarai seperti di atas dengan lengkap sahaja akan diterima dan Pejabat Paroki akan memberitahu anda masa dan tempat untuk menghadiri Perayaan Sakramen Pembaptisan. Anda kemudiannya diminta untuk menyerahkan Buku Rekod Keluarga asal untuk tujuan pengemaskinian sebelum hari pembaptisan.
Menurut Kod Undang-undang Kanun Gereja Katolik # 874, seorang Sponsor (Wali) mesti telah menerima Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan pengamal Katolik. Jika sudah berkahwin, perkahwinannya telah diberkati di Gereja Katolik. (Ini tidak tertakluk kepada mereka yang bukan Katolik [kedua suami isteri] pada masa perkahwinan sivil).
PROGRAM ‘KUCHING CAR FREE MORNING’ dianjurkan Ahad pertama setiap bulan dari 6:00 am hinggga 9:30 am. Penutupan jalan untuk acara tersebut membabitkan Jalan Reservoir dan Bulatan Kampung Budaya. Para umat dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif pada hari tersebut.
RAYUAN DERMA DARAH HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) - Umat paroki digalakkan untuk menderma darah di Tabung Darah HUS, Isnin hingga Jumaat, 7:30 am hingga 4:00 pm. Untuk pertanyaan, sila hubungi Tabung Darah HUS, No. Tel.: 082-276797 atau 010-8578909 (En.
Borhan).
FORMED: SUMBER IMAN KATOLIK DALAM TALIAN PERCUMA - Sila rujuk ke atas untuk cara- cara mendaftar secara percuma di FORMED.org/signup dan muat turun Aplikasi FORMED ke telefon anda di mana anda boleh mendapat akses kepada ceramah audio Katolik terbaik, filem Kristian, e-buku dan program pengajian di hujung jari anda untuk membantu anda pertingkatkan iman anda, dalam hubungan kekeluargaan, mencari kedamaian yang lebih mendalam dengan Tuhan dan berkongsi kepercayaan anda dengan orang lain.
Zip kod: 93000
Paroki: Archdiocesan Curia and Cathedral Pastoral Centre