• Tidak ada hasil yang ditemukan

USB-N14 Jalur Dual Wayarles-AC600 Penyesuai USB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "USB-N14 Jalur Dual Wayarles-AC600 Penyesuai USB"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

Panduan Pengguna

USB-N14

Jalur Dual Wayarles-AC600

Penyesuai USB

(2)

MY10123 Edisi Pertama Januari 2015

Hak cipta © 2015 ASUSTeK COMPUTER INC. Hak Cipta Terpelihara.

Tiada bahagian daripada manual ini, termasuk produk dan perisian yang diterangkan di dalamnya boleh dikeluarkan semula, dipindahkan, ditranskrip, disimpan dalam sistem pengambilan, atau diterjemah ke dalam sebarang bahasa dalam sebarang bentuk atau apa-apa kaedah, kecuali dokumentasi yang disimpan oleh pembeli untuk tujuan sandaran, tanpa kebenaran tersurat bertulis ASUSTeK COMPUTER INC. (“ASUS”).

Waranti atau perkhidmatan produk tidak akan dilanjutkan jika: (1) produk dibaiki, diubah suai atau diubah, melainkan pembaikian, pengubahsuaian atau pengubahan itu dibenarkan secara bertulis oleh ASUS; atau (2) nombor siri produk itu rosak atau hilang. ASUS MENYEDIAKAN MANUAL INI “SEPERTI SEBAGAIMANA ADA” TANPA SEBARANG JAMINAN DALAM SEBARANG BENTUK, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI YANG DIKENAKAN ATAU SYARAT KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. ASUS, PARA PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA ATAU AGENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN DI ATAS SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHUSUS, IRINGAN ATAU LANJUTAN (TERMASUK KEROSAKAN DI ATAS KERUGIAN HASIL, KERUGIAN PERNIAGAAN, KERUGIAN PENGGUNAAN ATAU DATA, GANGGUAN PERNIAGAAN DAN YANG SAMA DENGANNYA), WALAUPUN JIKA ASUS TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT YANG TIMBUL DARIPADA SEBARANG KEROSAKAN ATAU RALAT DI DALAM MANUAL ATAU PRODUK INI.

SPESIFIKASI DAN MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DI DALAM MANUAL INI DISEDIAKAN UNTUK PEMBERITAHUAN SAHAJA DAN TERTAKLUK PADA PERUBAHAN PADA BILA-BILA MASA TANPA NOTIS DAN TIDAK BOLEH DITAFSIRKAN SEBAGAI KOMITMEN OLEH ASUS. ASUS TIDAK AKAN MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB ATAU LIABILITI UNTUK SEBARANG RALAT ATAU KETIDAKTEPATAN YANG MUNGKIN MUNCUL DALAM MANUAL INI, TERMASUK PRODUK DAN PERISIAN YANG DIJELASKAN DI DALAMNYA.

(3)

Kandungan

1. Pengenalan ...4

Kandungan bungkusan ...4

Syarat-syarat sistem...4

Penunjuk status ...4

2. Memasang pemacu USB-N14 ...5

3. Menyambung ke rangkaian wayarles ...7

Menyambung ke rangkaian wayarles menggunakan WPS ...8

4. Menyelesaikan Masalah...9

5. Glosari ...10

Notis ...20

(4)

1. Pengenalan

Syarat-syarat sistem

Sebelum menggunakan penyesuai USB-N14, semak sama ada sistem anda memenuhi syarat-syarat berikut:

Jika mana-mana barang di atas rosak atau hilang, hubungi peruncit anda dengan segera.

LED Status Penerangan

Kandungan bungkusan

• Windows® XP / Vista / 7 / 8 / Mac OSX / Linux • Memori sistem 512 MB atau lebih besar • Port USB 2.0

• Pemacu cakera optik

Penunjuk status

Persekitaran pengendalian dan storan

1. Suhu pengendalian: suhu ambien antara 0˚C ~ 40˚C 2. Suhu storan: suhu ambien antara -10˚C ~ 70˚C 3. Kelembapan: 5% ~ 90% (tidak terkondensasi)

ASUS Penyesuai USB-N14 x1 Panduan Mula Cepat x1 CD Sokongan x1 Kad Waranti x1 Kabel USB x1

(5)

Bagi memasang pemacu untuk ASUS USB-N14 anda:

1. Letakkan CD Sokongan yang disertakan bersama dalam pemacu optik. Skrin Autojalan muncul jika fungsi Autojalan didayakan pada komputer anda.

Jika fungsi Autojalan tidak didayakan pada komputer anda, dwiklik SETUP.EXE daripada direktori akar untuk menjalankan CD Sokongan.

2. Memasang pemacu USB-N14

2. Skrin Bestari InstallShield muncul. Klik Next (Seterusnya) untuk meneruskannya.

Pasang pemacu daripada CD Sokongan yang disertakan bersama sebelum memasukkan USB-N14 ke dalam komputer anda.

3. Klik Install (Pasang) untuk memasang pemacu ke folder destinasi lalai.

(6)

4. Klik Finish (Selesai) untuk melengkapkan pemasangan.

Mesej akan muncul dalam kawasan pemberitahuan Windows® dan penunjuk LED pada USB-N14 berubah biru terang bagi menunjukkan bahawa pemacu peranti telah berjaya dipasang. 5. Sambungkan USB-N14 ke

port USB pada komputer anda menggunakan kabel USB yang disertakan bersama.

Windows akan memasang pemacu untuk peranti secara automatik.

(7)

Untuk menyambung penyesuai Wayarles USB-N14 ke stesen atau Titik Akses:

2. Pilih Titik Akses (AP) daripada senarai dan klik Connect (Sambung).

1. Klik ikon sambungan rangkaian dalam kawasan pemberitahuan Windows® untuk menunjukkan senarai rangkaian wayarles yang tersedia.

3. Menyambung ke rangkaian

wayarles

(8)

Menyambung ke rangkaian wayarles menggunakan

WPS

ASUS USB-N14 menyokong Persediaan Terlindung Wi-Fi (WPS) untuk sistem pengendalian Windows® bagi menjamin keselamatan sambungan wayarles.

Untuk menyambung penyesuai Wayarles USB-N14 ke AP didayakan WPS menggunakan butang WPS:

Pastikan bahawa AP yang anda sedang cuba sambungkan menyokong ciri WPS.

1. Dayakan fungsi WPS bagi AP wayarles.

2. Tekan kedua-dua butang WPS pada AP dan USB-N14 sehingga USB-N14 menyambung ke AP wayarles bagi mewujudkan sambungan selamat. 3. Jika Keselamatan didayakan pada

AP atau stesen, sediakan kata laluan atau kunci laluan yang diperlukan. Klik OK.

(9)

4. Menyelesaikan Masalah

Bab ini menyediakan penyelesaian untuk masalah yang anda mungkin hadapi semasa memasang atau menggunakan ASUS USB-N14. Hubungi juruteknik servis yang berkelayakan bagi mendapatkan bantuan jika masalah masih berterusan selepas anda telah melaksanakan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah.

Bagaimanakah saya boleh mengesahkan bahawa penyesuai

WLAN saya dipasang dengan betul?

1. Klik kanan My Computer (Komputer Saya) daripada menu Start (Mula), kemudian pilih Properties (Sifat-sifat).

2. Pilih tab Hardware (Perkakasan), kemudian klik Device Manager (Pengurus Peranti).

3. Dwiklik Network adapters (Penyesuai rangkaian).

4. Dwiklik Penyesuai Wayarles USB ASUS USB-N14. Tetingkap Penyesuai Wayarles USB ASUS USB-N14 muncul.

5. Semak Status peranti untuk melihat sama ada penyesuai WLAN berfungsi dengan betul.

Penyesuai WLAN saya tidak boleh bersambung ke mana-mana

Titik Akses.

• Semak sama ada Jenis Rangkaian ditetapkan kepada mod Infrastruktur. • Semak sama ada SSID penyesuai WLAN anda sama seperti SSID Titik Akses

yang anda ingin sambungkan.

• Semak sama ada tetapan Penyulitan penyesuai WLAN anda sama seperti Titik Akses yang anda ingin sambungkan.

Penyesuai WLAN saya tidak boleh bersambung ke stesen atau

penyesuai WLAN.

• Semak sama ada Jenis Rangkaian ditetapkan kepada mod Ad Hoc. • Semak sama ada SSID penyesuai WLAN anda sama seperti SSID stesen atau

penyesuai WLAN yang anda ingin sambungkan.

• Semak sama ada Saluran penyesuai WLAN anda sama seperti Saluran stesen atau penyesuai WLAN yang anda ingin sambungkan.

• Semak sama ada tetapan Penyulitan penyesuai WLAN anda sama seperti tetapan stesen atau penyesuai WLAN yang anda ingin sambungkan.

Kualiti sambungan teruk dan kekuatan isyarat lemah.

• Jauhkan penyesuai WLAN anda daripada ketuhar gelombang mikro dan objek logam yang besar bagi mengelak gangguan radio.

• Alihkan penyesuai WLAN anda lebih dekat dengan titik akses, stesen atau penyesuai WLAN yang anda ingin sambungkan.

(10)

5. Glosari

Titik Akses (AP)

Peranti perangkaian yang menyambung rangkaian berwayar dan wayarles dengan lancar. Titik Akses bergabung dengan sistem yang diagihkan

menyokong penciptaan berbilang sel radio yang mendayakan perayauan pada seluruh kemudahan.

Ad Hoc

Rangkaian wayarles terdiri semata-mata daripada stesen dalam julat komunikasi bersama antara satu sama lain (tiada Titik Akses).

Tetapan Kadar Asas

Pilihan ini membenarkan anda untuk menentukan kadar penghantaran data.

Kawasan Perkhidmatan Asas (BSS)

Satu set stesen yang dikawal oleh fungsi koordinasi tunggal.

Jalur Lebar

Sejenis penghantaran data dalam medium tunggal (seperti kabel) yang membawa beberapa data sekaligus.

Saluran

Satu contoh penggunaan medium bagi tujuan menyerahkan unit data protokol yang mungkin digunakan serentak, dalam jumlah ruang yang sama, dengan contoh penggunaan medium yang lain (pada saluran lain) oleh contoh lain bagi lapisan fizikal yang sama, dengan nisbah ralat bingkai rendah yang boleh diterima kerana gangguan bersama.

Klien

(11)

COFDM (untuk 802.11a atau 802.11g)

Kuasa isyarat sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan jarak seperti 802.11b dalam persekitaran 802.11a/g. Untuk menggantikannya, satu teknologi pengekodan lapisan fizikal baharu telah direka bentuk iaitu menyimpang daripada teknologi urutan langsung tradisional yang diguna pakai hari ini. Teknologi ini dipanggil COFDM (OFDM berkod). COFDM dibangunkan secara khusus untuk kegunaan wayarles dalam bangunan dan menawarkan prestasi yang jauh lebih baik untuk penyelesaian spektrum sebaran. COFDM berfungsi dengan memecahkan satu pembawa data berkelajuan tinggi kepada beberapa subpembawa berkelajuan lebih rendah, yang kemudiannya dihantar secara selari. Setiap pembawa berkelajuan tinggi mempunyai lebar 20 MHz dan dipecahkan kepada 52 subsaluran, dengan setiap saluran mempunyai lebar kira-kira 300 KHz. COFDM menggunakan 48 subsaluran ini untuk data, manakala baki empat subsaluran digunakan untuk pembetulan ralat. COFDM menyediakan kadar data yang lebih tinggi dan tahap tinggi pemulihan pantulan berbilang laluan kerana skim pengekodan dan pembetulan ralatnya. Setiap subsaluran dalam pelaksanaan COFDM mempunyai lebar kira-kira 300 KHz. Pada hujung rendah gradien kelajuan, BPSK (penguncian anjakan fasa perduaan) digunakan untuk mengekod 125 Kbps data per saluran, menghasilkan kadar data 6,000 Kbps atau 6 Mbps. Menggunakan penguncian anjakan fasa kuadratur, anda boleh menggandakan jumlah data yang dikodkan ke 250 Kbps per saluran, lalu menghasilkan kadar data 12 Mbps. Dengan menggunakan 16 peringkat pengekodan modulasi amplitud kuadratur 4 bit per hertz, anda boleh mencapai kadar data 24 Mbps. Standard 802.11a/g menyatakan bahawa semua produk patuh 802.11a/g mesti menyokong kadar data asas ini. Standard tersebut juga membenarkan vendor melanjutkan skim modulasi melangkaui 24 Mbps. Jangan lupa bahawa lebih banyak bit per kitar (hertz) yang dikodkan, isyarat akan lebih mudah terdedah kepada gangguan dan pemudaran serta semakin pendek julat, kecuali output kuasa ditingkatkan.

Kekunci Lalai

Pilihan ini membenarkan anda memilih kekunci WEP lalai. Pilihan ini membenarkan anda menggunakan kekunci WEP tanpa perlu mengingat atau menulisnya. Kekunci WEP dijana menggunakan Frasa Laluan yang serasi dengan produk WLAN lain. Pilihan Frasa Laluan adalah tidak selamat seperti tugasan manual.

Nama Peranti

Juga dikenali sebagai ID klien DHCP atau nama rangkaian. Kadang-kadang, ia disediakan oleh ISP semasa menggunakan DHCP bagi memberikan alamat.

DHCP (Protokol Konfigurasi Hos Dinamik)

Protokol ini membenarkan komputer (atau banyak komputer pada rangkaian anda) untuk diberikan alamat IP tunggal secara automatik daripada pelayan DHCP.

(12)

Alamat Pelayan DNS (Sistem Nama Domain)

DNS membenarkan komputer hos Internet untuk mempunyai nama domain dan satu atau lebih alamat IP. Pelayan DNS menyimpan pangkalan data bagi komputer hos serta nama domain dan alamat IP mereka masing-masing, supaya pengguna dihantar ke alamat IP yang betul apabila pengguna memasukkan nama domain ke dalam pelayar Internet. Alamat pelayan DNS digunakan oleh komputer pada rangkaian rumah anda ialah lokasi pelayan DNS yang telah diberikan oleh ISP anda.

Modem DSL (Talian Pelanggan Digital)

Modem DSL menggunakan talian telefon anda yang sedia ada untuk menghantar data pada kelajuan tinggi.

Spektrum Sebaran Urutan Langsung (untuk 802.11b)

Spektrum sebaran (jalur lebar) menggunakan isyarat jalur sempit untuk menyebarkan penghantaran menerusi segmen jalur atau spektrum frekuensi radio. Urutan langsung ialah teknik spektrum sebaran iaitu isyarat yang dihantar disebarkan menerusi julat frekuensi tertentu.

Sistem urutan langsung berkomunikasi dengan menghantar corak lewah bit secara berterusan yang dipanggil urutan penyerpihan. Setiap bit yang dihantar dipetakan ke dalam cip dan diatur semula ke dalam kod penyebaran pseudorawak bagi membentuk urutan penyerpihan. Urutan penyerpihan digabungkan dengan strim data yang dihantar bagi menghasilkan isyarat output.

Klien mudah alih wayarles menerima penghantaran urutan langsung menggunakan kod penyebaran bagi memetakan cip dalam urutan penyerpihan kembali ke dalam bit bagi mewujudkan semula data asal yang dihantar oleh peranti wayarles. Memintas dan menyahkod penghantaran urutan langsung memerlukan algoritma yang dipratakrifkan untuk

menggabungkan kod penyebaran yang digunakan oleh peranti wayarles yang menghantar ke klien mudah alih wayarles yang menerima.

Algoritma ini diwujudkan oleh spesifikasi IEEE 802.11b. Lewahan bit dalam urutan penyerpihan membolehkan klien mudah alih wayarles yang menerima untuk mencipta semula corak data asal, walaupun bit dalam urutan penyerpihan dirosakkan oleh gangguan. Nisbah cip per bit dipanggil nisbah penyebaran. Nisbah penyebaran tinggi meningkatkan rintangan isyarat untuk mengganggu. Nisbah penyebaran rendah meningkatkan lebar jalur yang tersedia kepada pengguna. Peranti wayarles menggunakan kadar cip tetap

(13)

Penyulitan

Ini menyediakan penghantaran data wayarles dengan tahap keselamatan. Pilihan ini membenarkan anda untuk menentukan kekunci WEP 64-bit atau 128-bit. Penyulitan 64-bit mengandungi 10 digit perenambelasan atau 5 aksara ASCII. Penyulitan 128-bit mengandungi 26 digit perenambelasan atau 13 aksara ASCII.

Kekunci WEP 64-bit dan 40-bit menggunakan kaedah penyulitan yang sama dan boleh saling beroperasi pada rangkaian wayarles. Tahap penyulitan WEP lebih rendah ini menggunakan 40-bit kekunci rahsia (10 digit perenambelasan yang diberikan oleh pengguna) dan Vektor Pengawalan 24-bit yang diberikan oleh peranti. Kekunci WEP 104-bit dan 128-bit menggunakan kaedah penyulitan yang sama.

Semua klien wayarles dalam rangkaian mesti mempunyai kekunci WEP yang sama dengan titik akses untuk mewujudkan sambungan. Simpan rekod kekunci penyulitan WEP.

Set Perkhidmatan Lanjutan (ESS)

Satu set perkhidmatan asas saling bersambung (BSS) atau lebih dan gabungan rangkaian kawasan setempat (LAN) boleh dikonfigurasikan sebagai Set Perkhidmatan Lanjutan.

ESSID (Pengecam Set Perkhidmatan Lanjutan)

Anda mesti memasukkan ESSID yang sama ke dalam get laluan dan setiap klien wayarlesnya. ESSID ialah pengecam unik untuk rangkaian wayarles anda.

Ethernet

Kaedah akses LAN digunakan secara paling meluas, iaitu ditakrifkan oleh standard IEEE 802.3. Ethernet biasanya LAN media dikongsi yang bermaksud semua peranti pada segmen rangkaian berkongsi jumlah lebar jalur. Rangkaian Ethernet beroperasi pada 10 Mbps menggunakan CSMA/CD untuk berfungsi menerusi kabel 10-BaseT.

Tembok Api

Tembok api menentukan maklumat yang boleh masuk dan keluar daripada rangkaian. NAT boleh mencipta tembok api semula jadi dengan menyembunyikan alamat IP rangkaian setempat daripada Internet. Tembok api menghalang sesiapa di luar rangkaian anda daripada mengakses komputer anda dan berkemungkinan melihat atau merosakkan fail-fail anda.

Get laluan

Titik rangkaian yang mengurus semua trafik data bagi rangkaian anda, serta ke Internet dan menyambung satu rangkaian ke rangkaian lain.

ICS

ICS digunakan untuk berkongsi satu sambungan Internet komputer dengan baki komputer pada rangkaian anda. Apabila komputer ini disambungkan ke Internet, semua komunikasi masuk dan keluar Internet pada rangkaian anda dihantar melalui komputer ini yang dipanggil komputer hos. Baki komputer lain boleh menghantar dan menerima mesej e-mel dan mengakses web

(14)

IEEE

Institut Jurutera Elektrikal dan Elektronik. IEEE menetapkan standard untuk perangkaian, termasuk LAN Ethernet. Standard IEEE memastikan saling boleh beroperasi antara sistem yang sama jenis.

IEEE 802.11

IEEE 802.xx ialah set spesifikasi untuk LAN daripada Institut Jurutera Elektrikal dan Elektronik (IEEE). Kebanyakan rangkaian berwayar menepati 802.3, spesifikasi untuk CSMA/CD berasaskan rangkaian Ethernet atau 802.5, spesifikasi untuk rangkaian gelang token. 802.11 mentakrifkan standard untuk LAN wayarles merangkumi tiga teknologi tidak serasi (saling tidak boleh beroperasi): Spektrum Sebaran Loncat Frekuensi (FHSS) dan Spektrum Sebaran Urutan Langsung (DSSS) dan Inframerah. 802.11 menentukan kawalan akses media deria pembawa dan spesifikasi lapisan fizikal untuk LAN wayarles 1 dan 2 Mbps.

IEEE 802.11a (54 Mbit/saat)

Dibandingkan dengan 802.11b: Standard 802.11b direka bentuk untuk beroperasi dalam jalur ISM (Industri, Saintifik dan Perubatan) 2.4 GHz menggunakan teknologi spektrum sebaran urutan langsung. Sebaliknya, standard 802.11a telah direka bentuk untuk beroperasi dalam jalur UNII (Infrastruktur Maklumat Kebangsaan Tidak Berlesen) 5 GHz yang paling terbaru diperuntukkan. Dan berbeza dengan 802.11b, standard 802.11a terpisah daripada teknologi spektrum sebaran tradisional, sebaliknya menggunakan skim pemultipleksan bahagian frekuensi yang cenderung lebih mesra dengan persekitaran pejabat.

Standard 802.11a, yang menyokong kadar data sehingga 54 Mbps, ialah analog Ethernet Laju ke 802.11b, yang menyokong kadar data sehingga 11 Mbps. Seperti Ethernet dan Ethernet Laju, 802.11b dan 802.11a menggunakan MAC (Kawalan Akses Media) yang sama. Walau bagaimanapun, sementara Ethernet Laju menggunakan skim pengekodan lapisan fizikal yang sama seperti Ethernet (hanya labih laju), 802.11a menggunakan skim pengekodan yang sama sekali berbeza, dipanggil OFDM (pemultipleksan bahagian frekuensi ortogonal). Spektrum 802.11b dibelenggu oleh ketepuan daripada telefon wayarles, ketuhar gelombang mikro dan teknologi wayarles lain yang muncul, seperti Bluetooth. Sebaliknya, spketrum 802.11a secara relatifnya bebas daripada gangguan.

(15)

Dibandingkan dengan 802.11g

802.11a ialah standard untuk titik akses dan NIC radio yang mendahului 802.11g berada di pasaran kira-kira enam bulan. 802.11a beroperasi dalam jalur frekuensi 5 GHz dengan dua belas saluran tidak bertindih yang berasingan. Hasilnya, anda boleh mempunyai sehingga dua belas titik akses yang ditetapkan ke saluran berbeza dalam kawasan sama tanpa ia mengganggu antara satu sama lain. Ini menjadikan tugasan saluran titik akses jauh lebih mudah dan meningkatkan dengan ketara daya pemprosesan yang LAN wayarles boleh sediakan dalam kawasan yang diberikan. Selain itu, gangguan RF agak kurang mungkin kerana jalur 5 GHz yang kurang sesak.

IEEE 802.11b (11 Mbit/saat)

Pada tahun 1997, Institut Jurutera Elektrikal dan Elektronik (IEEE) mengamalkan standard 802.11 untuk peranti wayarles yang beroperasi dalam jalur frekuensi 2.4 GHz. Standard ini meliputi peruntukan untuk tiga teknologi radio: spektrum sebaran urutan langsung, spektrum sebaran loncat frekuensi dan inframerah. Peranti yang mematuhi standard 802.11 beroperasi pada kadar data sama ada 1 atau 2 Mbps.

Pada tahun 1999, IEEE telah mencipta standard 802.11b. 802.11b pada dasarnya serupa dengan standard 802.11 kecuali 802.11b menyediakan kadar data sehingga 11 Mbps untuk peranti spektrum sebaran urutan langsung. Di bawah 802.11b, peranti urutan langsung boleh beroperasi pada 11 Mbps, 5.5 Mbps, 2 Mbps atau 1 Mbps. Ini menyediakan saling boleh beroperasi dengan peranti urutan langsung 802.11 sedia ada yang beroperasi hanya pada 2 Mbps. Peranti spektrum sebaran urutan langsung menyebarkan isyarat radio menerusi satu julat frekuensi. Spesifikasi IEEE 802.11b memperuntukkan jalur frekuensi 2.4 GHz ke dalam 14 Saluran beroperasi yang bertindih. Setiap Saluran sepadan dengan set frekuensi yang berbeza.

IEEE 802.11g

802.11g ialah sambungan baru ke 802.11b (digunakan dalam majoriti LAN wayarles hari ini) yang meluaskan kadar data 802.11b kepada 54 Mbps dalam jalur 2.4 GHz menggunakan teknologi OFDM (pemultipleksan bahagian frekuensi ortogonal). 802.11g membenarkan keserasian ke belakang dengan peranti 802.11b tetapi hanya pada 11 Mbps atau lebih rendah, bergantung pada julat dan kehadiran halangan.

Infrastruktur

Rangkaian wayarles berpusat tentang titik akses. Dalam persekitaran ini, titik akses bukan sahaja menyediakan komunikasi dengan rangkaian berwayar tetapi juga menjadi pengantara trafik rangkaian wayarles dalam kawasan berdekatan.

(16)

IP (Protokol Internet)

Protokol standard TCP/IP yang mentakrifkan datagram IP sebagai unit maklumat yang melepasi menerusi Internet dan menyediakan asas untuk perkhidmatan penghantaran paket tanpa sambungan. IP termasuk kawalan ICMP dan protokol mesej ralat sebagai bahagian penting. Ia menyediakan fungsi yang sama dengan Perkhidmatan Rangkaian ISO OSI.

Alamat IP

Alamat IP ialah nombor 32-bit yang mengenal pasti setiap penghantar atau penerima maklumat yang dihantar menerusi Internet. Alamat IP mempunyai dua bahagian: pengecam rangkaian tertentu di Internet dan pengecam peranti tertentu (iaitu mungkin pelayan atau stesen kerja) dalam rangkaian tersebut.

Jalur ISM (Jalur Industri, Saintifik dan Perubatan)

Jalur frekuensi radio yang Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) telah benarkan untuk LAN wayarles. Jalur ISM diletakkan pada 902 MHz, 2.400 GHz dan 5.7 GHz.

ISP (Pembekal Perkhidmatan Internet)

Organisasi yang menyediakan akses ke Internet. ISP kecil menyediakan perkhidmatan melalui modem dan ISDN manakala ISP besar juga menawarkan penyangkuk talian persendirian (T1, T1 kecil, dsb.).

LAN (Rangkaian Kawasan Setempat)

Rangkaian komunikasi yang melayan pengguna dalam kawasan geografi tertentu. Manfaatnya termasuk perkongsian akses Internet, fail dan peralatan seperti pencetak dan peranti storan. Pengkabelan rangkaian khas (10 Base-T) kerap digunakan untuk menyambung PC bersama.

Alamat MAC (Kawalan Akses Media)

Alamat MAC ialah alamat perkakasan peranti yang bersambung dengan rangkaian.

NAT (Terjemahan Alamat Rangkaian)

NAT menyembunyikan kumpulan alamat IP rangkaian setempat daripada rangkaian luar, membenarkan rangkaian komputer setempat untuk berkongsi akaun ISP tunggal. Proses ini membenarkan semua komputer pada rangkaian rumah anda menggunakan satu alamat IP. Ini akan mendayakan akses ke

(17)

NIC (Kad Antara Muka Rangkaian)

Penyesuai rangkaian dimasukkan ke dalam komputer supaya komputer boleh disambungkan ke rangkaian. Ia bertanggungjawab untuk menukar data daripada disimpan dalam komputer kepada bentuk data yang dihantar atau diterima.

Paket

Unit mesej asas untuk komunikasi ke seluruh rangkaian. Paket biasanya termasuk maklumat penghalaan, data dan kadang-kadang maklumat pengesanan ralat.

Frasa Laluan

Utiliti Tetapan Wayarles menggunakan algoritma untuk menjana empat kekunci WEP berdasarkan kombinasi yang ditaip.

PCMCIA (Persatuan Antarabangsa Kad Memori Komputer

Peribadi)

Persatuan Antarabangsa Kad Memori Komputer Peribadi (PCMCIA), membangunkan standard untuk kad PC, sebelum ini dikenali sebagai kad PCMCIA. Kad-kad ini tersedia dalam tiga jenis dan mempunyai panjang dan lebar yang lebih kurang sama seperti kad kredit. Walau bagaimanapun, julat lebar kad berbeza dari segi ketebalan iaitu daripada 3.3 mm (Jenis I) hingga 5.0 mm (Jenis II) hingga 10.5 mm (Jenis III). Kad-kad ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, termasuk storan memori, modem talian tetap dan modem wayarles.

PPP (Protokol Titik ke Titik)

PPP ialah protokol untuk komunikasi antara komputer menggunakan antara muka bersiri, biasanya komputer peribadi yang bersambung dengan talian telefon ke pelayan.

PPPoE (Protokol Titik ke Titik melalui Ethernet)

Protokol Titik ke Titik ialah kaedah penghantaran data yang selamat. PPP menggunakan Ethernet untuk menyambung ke ISP.

Mukadimah

Membenarkan anda untuk menetapkan mod mukadimah untuk rangkaian kepada Panjang, Pendek atau Auto. Mod mukadimah lalai ialah Panjang.

Istilah-istilah Frekuensi Radio (RF): GHz, MHz, Hz

Unit antarabangsa untuk mengukur frekuensi ialah Hertz (Hz), setara dengan unit lama iaitu kitaran per saat. Satu megahertz (MHz) ialah satu juta Hertz. Satu gigahertz (GHz) ialah satu bilion Hertz. Frekuensi kuasa elektrikal AS standard ialah 60 Hz, jalur frekuensi radio siaran AM ialah 0.55-1.6 MHz, jalur frekuensi radio siaran FM ialah 88-108 MHz dan LAN 802.11 wayarles beroperasi pada 2.4 GHz.

(18)

SSID (Pengecam Set Perkhidmatan)

SSID ialah nama kumpulan yang dikongsikan oleh setiap ahli rangkaian wayarles. Hanya PC klien dengan SSID yang sama dibenarkan untuk mewujudkan sambungan. Mendayakan pilihan Respons permintaan SSID Siaran membenarkan peranti untuk menyiarkan SSIDnya dalam rangkaian wayarles. Ini membenarkan peranti wayarles lain untuk mengimbas dan mewujudkan komunikasi dengan peranti. Menyahsemak pilihan ini menyembunyikan SSID bagi menghalang peranti wayarles lain daripada mengecam dan menyambung ke peranti.

Stesen

Sebarang peranti yang mengandungi pematuhan akses medium wayarles IEEE 802.11.

Topeng Subnet

Topeng subnet ialah satu set empat nombor yang dikonfigurasikan seperti alamat IP. Ia digunakan untuk mencipta nombor alamat IP yang digunakan hanya dalam rangkaian tertentu.

TCP (Protokol Kawalan Penghantaran)

Protokol tahap pengangkutan standard yang menyediakan perkhidmatan strim, dupleks penuh bergantung pada banyak protokol aplikasi. TCP membenarkan proses atau satu mesin untuk menghantar strim data ke proses lain. Perisian yang melaksanakan TCP biasanya berada dalam sistem pengendalian dan menggunakan IP untuk menghantar maklumat ke seluruh rangkaian.

WAN (Rangkaian Kawasan Luas)

Satu sistem LAN, bersambung bersama. Rangkaian yang menyambung komputer yang terletak di kawasan berasingan, (cth., bangunan, bandar, negara yang berbeza). Internet ialah rangkaian kawasan luas.

WECA (Perikatan Keserasian Ethernet Wayarles)

Kumpulan industri yang memperakui saling boleh operasi seluruh vendor dan keserasian WPA (Akses Terlindung Wi-Fi) pengeluaran perangkaian wayarles IEEE 802.11b.

(19)

Keperluan

(1) Titik Akses atau penghala Wayarles yang serasi WPA, (2) Kemas kini sistem pengendalian yang menyokong WPA. Dalam XP, perkhidmatan Windows Zero Config yang dikemas kini diperlukan. Pengguna boleh memuat turun tampalan WPA Windows XP di sini:

http://microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyId=009D8425-CE2B-47A4-ABEC-274845DC9E91&displaylang=en

Sila ambil perhatian bahawa tampalan ini memerlukan pemasangan Pek Khidmat 1 Windows XP, yang tersedia di sini: http://www.microsoft.com/ WindowsXP/pro/downloads/servicepacks/sp1/default.asp

Untuk sistem Pengendalian Windows lama, perayu mampu WPA diperlukan seperti Odyssey Client daripada Funk Software.

WLAN (Rangkaian Kawasan Setempat Wayarles)

Ini ialah kumpulan komputer dan peranti lain yang bersambung secara wayarles dalam kawasan kecil. Rangkaian wayarles dirujuk sebagai LAN atau WLAN.

(20)

WARNING: Any changes or modifications not expressly approved by the party responsible for compliance could void the user’s authority to operate the equipment.

Notis

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan

This device complies with FCC Rules Part 15. Operation is subject to the following two conditions:

• This device may not cause harmful interference, and

• This device must accept any interference received, including interference that may cause undesired operation.

This equipment has been tested and found to comply with the limits for a class B digital device pursuant to part 15 of the FCC Rules. These limits are designed to provide reasonable protection against harmful interference in a residential installation. This equipment generates, uses and can radiate radio frequency energy and, if not installed and used in accordance with the instructions, may cause harmful interference to radio communications. However, there is no guarantee that interference will not occur in a particular installation. If this equipment does cause harmful interference to radio or television reception, which can be determined by turning the equipment off and on, the user is encouraged to try to correct the interference by one or more of the following measures:

• Reorient or relocate the receiving antenna.

• Increase the separation between the equipment and receiver.

• Connect the equipment into an outlet on a circuit different from that to which the receiver is connected.

• Consult the dealer or an experienced radio/TV technician for help.

(21)

FCC Radiation Exposure Statement

This equipment complies with RFCC radiation exposure limits set forth for an uncontrolled environment .

This equipment should be installed and operated with minimum 20cm between the radiator and your body.

CE Mark Warning

This is a Class B product, in a domestic environment, this product may cause radio interference, in which case the user may be required to take adequate measures.

Operation Channels: Ch1~11 for N. America, Ch1~14 Japan, Ch1~ 13 Europe (ETSI)

DGT Warning Statement

Article 12

Without permission, any company, firm or user shall not alter the frequency, increase the power, or change the characteristics and functions of the original design of the certified lower power frequency electric machinery.

Article 14

The application of low power frequency electric machineries shall not affect the navigation safety nor interfere a legal communication, if an interference is found, the service will be suspended until improvement is made and the interference no longer exists.

低功率電波輻射性電機管理辦法 (1)「經型式認證合格之低功率射頻電機,非經許可,公司、商號或使用者均不得擅自變更頻率、加 大功率或變更原設計之特性及功能」以及(2)「低功率射頻電機之使用不得影響飛航安全及干擾 合法通信;經發現有干擾現象時,應立即停用,並改善至無干擾時方得繼續使用。前項合法通信, 指依電信法規定作業之無線電通信。低功率射頻電機須忍受合法通信或工業、科學及醫療用電波 輻射性電機設備之干擾」。

(22)

This Class [B] digital apparatus complies with Canadian ICES-003.

Cet appareil numérique de la classe [B] est conforme à la norme NMB-003 du Canada. For product available in the USA/Canada market, only channel 1~11 can be operated. Selection of other channels is not possible.

IC Radiation Exposure Statement:

This equipment complies with IC RSS-102 radiation exposure limits set forth for an uncontrolled environment. This equipment should be installed and operated with minimum distance 20cm between the radiator & your body.

Operation is subject to the following two conditions: (1) this device may not cause interference, and (2) this device must accept any interference, including interference that may cause undesired operation of the device.

IC Warning Statement

Under Industry Canada regulations, this radio transmitter may only operate using an antenna of a type and maximum (or lesser) gain approved for the transmitter by Industry Canada. To reduce potential radio interference to other users, the antenna type and its gain should be so chosen that the equivalent isotropically radiated power (e.i.r.p.) is not more than that necessary for successful communication.

This radio transmitter(IC: 3568A-USBAC51) has been approved by Industry Canada to operate with the antenna types listed below with the maximum permissible gain and required antenna impedance for each antenna type indicated. Antenna types not included in this list, having a gain greater than the maximum gain indicated for that type, are strictly prohibited for use with this device.

(23)

Canada, avis d’Industry Canada (IC)

Cet appareil numérique de classe B est conforme aux normes canadiennes ICES-003 et RSS-210.

Son fonctionnement est soumis aux deux conditions suivantes : (1) cet appareil ne doit pas causer d’interférence et (2) cet appareil doit accepter toute interférence, notamment les interférences qui peuvent affecter son fonctionnement.

Informations concernant l’exposition aux fréquences radio (RF) La puissance de sortie émise par l’appareil de sans fil Dell est inférieure à la limite d’exposition aux fréquences radio d’Industry Canada (IC). Utilisez l’appareil de sans fil Dell de façon à minimiser les contacts humains lors du fonctionnement normal.

Ce périphérique a été évalué et démontré conforme aux limites SAR (Specific Absorption Rate – Taux d’absorption spécifique) d’IC lorsqu’il est installé dans des produits hôtes particuliers qui fonctionnent dans des conditions d’exposition à des appareils portables (les antennes se situent à moins de 20 centimètres du corps d’une personne). Ce périphérique est homologué pour l’utilisation au Canada. Pour consulter l’entrée correspondant à l’appareil dans la liste d’équipement radio (REL - Radio Equipment List) d’Industry Canada rendez-vous sur:

http://www.ic.gc.ca/app/sitt/reltel/srch/nwRdSrch.do?lang=eng

Pour des informations supplémentaires concernant l’exposition aux RF au Canada rendezvous sur : http://www.ic.gc.ca/eic/site/smt-gst.nsf/eng/sf08792. html

ASUS Recycling/Takeback Services

ASUS recycling and takeback programs come from our commitment to the highest standards for protecting our environment. We believe in providing solutions for you to be able to responsibly recycle our products, batteries, other components as well as the packaging materials. Please go to http://csr.asus. com/english/Takeback.htm for the detailed recycling information in different regions.

REACH

Complying with the REACH (Registration, Evaluation, Authorisation, and Restriction of Chemicals) regulatory framework, we published the chemical substances in our products at ASUS REACH website at http://csr.asus.com/ english/REACH.htm.

(24)

Maklumat untuk menghubungi ASUS

ASUSTeK COMPUTER INC. (Asia Pasifik)

Alamat 15 Li-Te Road, Peitou, Taipei, Taiwan 11259

Laman web www.asus.com.tw

Sokongan Teknikal

Telephone +886228943447

Faks Sokongan +886228907698

Sokongan dalam talian support.asus.com

ASUS COMPUTER INTERNATIONAL (Amerika)

Alamat 800 Corporate Way, Fremont, CA 94539, USA

Telefon +15107393777

Fax +15106084555

Laman web usa.asus.com

Sokongan dalam talian support.asus.com

ASUS COMPUTER GmbH (Jerman dan Austria)

Alamat Harkort Str. 21-23, D-40880 Ratingen, Germany

Fax +49-2102-959931

Laman web asus.com/de

Hubungi dalam talian eu-rma.asus.com/sales

Sokongan Teknikal

Telefon Komponen +49-2102-5789555*

Sistem/Komputer buku/Eee/LCD Telefon(Jerman) +49-2102-5789557*

Sistem/Komputer buku/Eee/LCD Telefon(Austria) +43-820-240513*

Fax +49-2102-9599-11

(25)

AEEE Yönetmeliğine Uygundur.

Manufacturer ASUSTeK Computer Inc. Tel: +886-2-2894-3447

Address: 4F., No. 150, LI-TE RD., PEITOU, TAIPEI 112, TAIWAN

Authorised representative in Europe

ASUS Computer GmbH

Address: HARKORT STR. 21-23, 40880 RATINGEN, GERMANY

Authorised distributors in Turkey

BOGAZICI BIL GISAYAR SAN. VE TIC. A.S. Tel: +90 212 3311000

Address: AYAZAGA MAH. KEMERBURGAZ CAD. NO.10 AYAZAGA/ ISTANBUL

CIZGI Elektronik San. Tic. Ltd. Sti. Tel: +90 212 3567070

Address: CEMAL SURURI CD. HALIM MERIC IS MERKEZI No: 15/C D:5-6 34394 MECIDIYEKOY/ ISTANBUL

KOYUNCU ELEKTRONiK BiLGi iSLEM SiST. SAN. VE DIS TIC. A.S. Tel: +90 216 5288888

Address: EMEK MAH.ORDU CAD. NO:18, SARIGAZi, SANCAKTEPE ISTANBUL

(26)

Referensi

Dokumen terkait

Data yang diambil dari eksplorasi buku setelah publikasi dilakukan antara lain database informasi jumlah OT yang diproduksi oleh industri OT, jumlah kemunculan jenis tanaman

melakukan serangan melalui komputer yang terkoneksi di dalam

Pembekalan PPL merupakan salah satu kegiata n yang dilakukan oleh pihak LPPM sebagai lembaga yang menangani program PPL di Universitas Negeri Yogyakarta. Pembekalan

Percobaan II dengan menggunakan media adsorben yaitu zeolit granular terjadi penurunan, dapat dilihat dari hasil analisis pada tabel 4.2 dari menit ke-0 sampai dengan menit

Jaringan granulasi pada dasar ulkus merupakan komponen jaringan ikat yang terdiri dari fibroblas, makrofag, dan sel endotel yang berproliferasi membentuk pembuluh darah

Menimbang : bahwa dalam rangka melaksanakan ketentuan Lampiran Keputusan Menteri Dalam Negeri Nomor 061– 5449 Tahun 2019 tentang Tata Cara Persetujuan Menteri Dalam Negeri

dan Prih Sasonodai S.Pd selaku Guru Matematika Kelas VIII dan kepala sekolah SMP Negeri 22 Surakarta yang telah memberikan ijin dan kesempatan serta membantu dalam

Dengan kamera diletakkan di depan suatu kendaraan yang bertujuan untuk mempermudah dalam scanning jalan raya untuk dilakukan pengolahan citra, serta GPS yang akan