• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM KEHAKIMAN DAN KEPEGUAMAN SYARIE (LAW637) SYARAHAN 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SISTEM KEHAKIMAN DAN KEPEGUAMAN SYARIE (LAW637) SYARAHAN 2"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SISTEM KEHAKIMAN DAN

KEPEGUAMAN SYARIE (LAW637)

SYARAHAN 2

NURULHUDA ADABIAH BINTI MUSTAFA

LLB (HONS) UITM, LLM IN ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW, IIUM

PENSYARAH KANAN

FAKULTI UNDANG-UNDANG, UITM SHAH ALAM, MALAYSIA

(2)

KEHAKIMAN PADA ZAMAN KHULAFA’

AR-RASYIDIN

Zaman Khulafa’ al-Rashidin bermula dengan

pelantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq yang

mengurus hal ehwal orang Islam pada tahun 11

Hijriyyah selepas wafatnya Rasulullah SAW dan

ia berakhir dengan khilafah Ali ibn Talib pada

tahun 40 hijriyyah.

(3)

KEHAKIMAN PADA ZAMAN KHULAFA’

AR-RASYIDIN

 Terdapat beberapa perkara berkenaan kehakiman pada zaman Saidina Abu

Bakar:

 Negara Islam masih lagi terbatas kepada semenanjung Arab,

masalah-masalah yang timbul hampir serupa dengan isu yang timbul pada zaman Rasulullah SAW. Adat dan kebiasaan juga hampir-hampir sama saja.

 Wahyu adalah sumber asal kepada syariat. Ia merupakan sumber bagi apa

yang timbul dari kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa. Zaman ini berakhir dengan wafatnya Rasulullah SAW (tiada wahyu diturunkan lagi)

 Kuasa kehakiman adalah sebahagian daripada kuasa-kuasa am yang lain

dan ia tidak dipisahkan sebagai sebuah penguasaan yang tersendiri.

(4)

KEHAKIMAN

ZAMAN

KHULAFA’

AL-RASHIDIN

SAIDINA ABU BAKAR

AL-SIDDIQ

(5)

Cara Saidina Abu Bakar mengadili sesuatu kes telah

diceritakan oleh al-Suyuti dengan apa yang dikeluarkan

oleh Abu al-Qasim al-Baghawi dari Maimun ibn Mahran

yang berkata:

 “Bahawasanya Abu Bakar jika datang kepada sesuatu pertikaian, maka dia

akan merujuk kepada al-Quran, jika didapati di dalamnya apa yang boleh diadili di antara mereka , maka ia akan menghukum dengannya. Jika tidak didapatinya di dalam al-Quran dan diketahuinya bahawa perkara itu ada disebut di dalam al-Sunnah, maka ia akan menghukum dengannya. Jika dia tidak berupaya, dia akan keluar dan bertanya orang-orang Islam dengan katanya, “Aku telah didatangi oleh sesuatu kes, tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW telah mengadilinya dengan suatu hukuman? Kemungkinan akan berhimpun segolongan orang yang menyebut tentang penghakiman yang dibuat oleh Rasulullah SAW, maka Abu Bakar akan berkata, “syukur kepada Allah terdapat di kalangan kita yang menghafaz daripada Nabi kita”. Jika dia tidak berupaya mendapatkan sesuatu mengenainya daripada Sunnah Rasulullah SAW, maka dia akan mengambil pandangan orang-orang yang terpilih dan jika mereka telah bersepakat terhadap sesuatu, maka dia akan menghukum dengannya.”

(6)

KEHAKIMAN PADA ZAMAN ABU BAKAR

R.A.

Menurut apa yang disampaikan oleh al-Suyuti

yang dinyatakan tadi, jelaslah bahawa ijma’

telah mula dilaksanakan dan menjadi sumber

kepada syariat selepas zaman rasulullah SAW.

(7)

‘Bahawa Abu Bakar ketika mana dilantik ‘Umar berkata

kepadanya, “Aku akan membantumu dalam pengadilan”. Maka

setelah ‘Umar berada selama setahun tidak ada pun pihak-pihak

bertikai yang menemuinya. Ini menjadi dalil bahawa Abu Bakar

tidak menjalankan tugas kehakiman secara sendiri, kerana ‘Umar

membantunya dalam urusan kehakiman ini. Bantuan ‘Umar ini

berlaku setelah terlalu banyak urusan yang dikendalikan oleh Abu

Bakar seperti memerangi ramai orang murtad,

penentang-penentang zakat, Musallamah Kazzab dan mengumpul

al-Quran.’

7

Perlu ditekankan di sini bahawa

al-Tabari menyatakan dalam kitab

(8)

Suatu perkara besar yang berlaku pada zaman Abu Bakar adalah

pengumpulan al-Quran. Ia tidak berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Hikmahnya, selama mana Rasulullah SAW masih hidup, Baginda

mengharapkan wahyu diturunkan kepadanya. Apa yang ketara

bahawa seluruh al-Quran diturunkan sehinggalah Baginda wafat. Abu

Bakar telah mengumpul al-Quran dalam sebuah mushaf dari

tulisan-tulisan yang dibuat pada tulang-tulang, batu-batu, pelepah-pelepah

tamar dan yang dihafal dalam dada huffaz. Dengan ini, maka ia

memudahkan rujukan dibuat kepada al-Quran sebagai sumber

kehakiman.

8

KEHAKIMAN PADA AMAN ABU BAKAR

R.A.

(9)

KEHAKIMAN

ZAMAN

KHULAFA’

AL-RASHIDIN

SAIDINA ‘UMAR IBN

AL-KHATTAB

(10)

KEHAKIMAN ZAMAN SAIDINA ‘UMAR

AL-KHATTAB

Memandangkan kekhalifahan ‘Umar adalah yang

paling lama berbanding Abu Bakar iaitu selama 11

tahun, maka mudahlah baginya membuat perubahan

dalam bidang kehakiman. Salah satu perkara besar

yang dilakukannya ialah pemisahan antara kuasa

kehakiman dengan kuasa-kuasa lain. Justeru,

perbicaraan tentang kehakiman pada zaman ini

bolehlah ditumpukan kepada tida perkara pokok:

(11)

 Telah disebut bahawa ‘Umar biasa dilantik menjadi hakim pada zaman Abu

Bakar. Walaupun dia memegang jawatan selama setahun, namun tiada pihak bertikai yang datang menemuinya. Sebahagian ‘Ulama merujuk

kepada sikapnya yang keras dan menggerunkan. Namun, sebenarnya sikap keras ini adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai pemikiran yang tajam dan keilmuannya yang mendalam.

 Berkaitan ketokohan ‘Umar ini ‘ulama ada berkata, antaranya , Mujahid ,

“Bilamana orang ramai berselisih pendapat mengenai sesuatu, mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh ‘Umar, maka mereka akan mengambil daripadanya.” Ibn al-Musayyab, “Aku tidak mengetahui selepas Rasulullah SAW mana-mana pihak yang lebih mengetahui daripada ‘Umar al-Khattab.”

11

1. CARA ‘UMAR MENGENDALIKAN

PENGADILAN

(12)

Cara ‘Umar mengendalikan kehakiman samalah

seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar. Jika beliau tidak

berupaya menemui sesuatu hukum di dalam al-Quran

ataupun al-Sunnah, maka beliau akan merujuk kepada

Abu Bakar sama ada dia ada memutuskan sesuatu

kes yang dipertikaikan. Jika ada, maka beliau akan

mengambilnya dan jika tidak, beliau melakukan ijma’

daripada kalangan orang-orang Islam.

12

1. CARA ‘UMAR MENGENDALIKAN

PENGADILAN

(13)

 Pada zaman ‘Umar, terlalu banyak pembukaan banda-bandar serta

rancaknya pembangunan. Maka, sukarlah bagi khalifah untuk menghimpun urusan-urusan pentadbiran dengan kehakiman. Oleh hal yang demikian, ‘Umar memisahkan kehakiman daripada penguasaan pentadbiran dan diberi jawatan itu kepada mereka yang bukan penguasa pentadbiran.

Ibn Khaldun ada menyatakan bahawa, “’Umar telah melantik Abi Darda’

di Madinah, Syuraih di Basrah, Abu Musa al’Asy;ari di Kufah dan beliau telah menulis suatu risalah yang masyhur mengenai kehakiman kepada Abu Musa al’Asy’ari.”

13

2. PEMISAHAN KEHAKIMAN DARIPADA

KUASA-KUASA AM

(14)

 ‘Umar juga mejadikan kehakiman tunduk tersu kepadanya dan begitu

berhati-hati dalam melantik hakim-hakim. Beliau sendirilah yang membuat pemilihan dan melantik mereka atau mewakilkan kepada pemerintah

tempatan. Belaiu sentiasa mengutus surat kepada para hakim dan bertanya khabar dan meminta mereka menulis kepadanya, merujuk kepadanya dalam hal ehwal kehakiman tanpa campur tangan

daripada pemerintah (al-hakim) atau pemerintah tempatan (al-wali) dalam kerja-kerjamereka.

 Beliau juga merupakan orang yang pertama memberi gaji –gaji kepada

para hakim. Contohnya, beliau menggaji Salman ibn Rabi’ah al-Bahili sebanyak 500 dirham pada setiap bulan dan Syuraih sebanyak 100 dirham.

14

2. PEMISAHAN KEHAKIMAN DARIPADA

KUASA-KUASA AM

(15)

3. RISALAHNYA DALAM KEHAKIMAN

 Umar telah menulis sebuah risalah kepada Abu Musa al’Asy’ari , hakim

yang dilantiknya di Kufah. Antara kandungan risalahnya

ialah:- 1. Hendaklah hakim menghadirkan kefahamannya dan mengosongkan

pemikirannya (hanya untuk menumpukan perhatian kepada kes yang diadilinya) jika pihak-pihak bertikai membawa kes tersebut ke muka pengadilan dan setiap pihak telah mengemukakan keterangan dan hujan mereka untuk didengarkan oleh hakim danhakim mebuat

penghakiman secara benar. Ini bermakna, jika hakim tidak memberi penumpuan, masa sudh pasti meskipun pihak-pihak bertikai bercakap benar, namun hasil atau keputusannya tidak boleh dilaksanakan.

(16)

 2. Keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan sumpahan ke atas

orang yang mengingkarinya

 3. Sulh itu harus di antara orang-orang Islam melainkan sulh yang menghalalkan

sesuatu yang diharamkan dan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan.

 4. Hendaklah disamaratakan antara kedua-dua pihak bertikai daripada segi

melihat kepada mereka dan memalingkan muka daripada mereka. Ini

disebabkan, jikalebih tumpuan diberikan oleh hakim kepada mana-mana pihak, maka akibatnya ia akan membuatkan hati mana-mana pihak menjadi lemah (untuk mempertahankan atau menyanggahi kesnya). Begitu juga, hakim

hendaklah menyamatarakan letak duduk pihak-pihak yang bertikai dalam

majlis pengadilan dan samarata juga daripada segi keadilan. Ini dilakukan agar orang yang mulia (berkedudukan, kaya dan berpengaruh) tidak akan berasa tamak kerana lebih perhatian diberikan kepadanya dan tidak pula orang yang

16

(17)

 5. Merujuk semula kepada hak dan kebenaran adalah lebih baik daripada terus

berada dalam kebatilan. Ini disebabkan, ‘Umar ibn al-Khattab sendiri biasa menyanggah beberapa keputusan yang dibuat olehnya sendiri apabila didapati nass yang bercanggah dengan keputusan tersebut.

 6. fahamilah betul-betul apa yang menimbulkan keraguan dalam diri dan yang

berkecamuk dalam dada hakim agar pengadilan dibuat dengan penuh prihatin (basirah-mata hati) tanpa keraguan dan gangguan.

 7. Buatlah perbandingan dalam penghakiman dan tetaplah kepada sesuatu

yang dirasakan paling hampir dengan kehendak Allah SWT dan hampir selari dengan hak dan kebenaran.

 8. Jauhkanlah daripada perasaan marah, gusar, meluat , menyakitkan hati

orang dan buat-buat kurang faham dalam sesuatu pertikaian yang diadili.

17

(18)

Sekian, terima kasih

Referensi

Dokumen terkait

Penyusunan perencanaan yang baik dalam sebuah media (porta berita online) adalah perencanaan yang senantiasa memperhatikan dan mempertimbangkan masukan (kritik dan

Kebutuhan system pencahayaan alami (matahari) dan buatan pada suatu ruangan harus di pertimbangkan karena berkaitan erat dengan kegiatan yang di

şirketlerde yaşadıkları olumsuzlukları gördükçe, bu kitapları okuyan insanları uyarmanın gerekli olduğuna karar verdim. Örneğin, Sayın Ulaş Bıçakçı'nın deyimiyle,

Peelotnau PcrrLrlisen Kur\ll Ilm[th l, PI ]t)l-l.. analisis data berupa laporan secara rinci tahaptahap analisis data, serta teknik yang dipakai dalam analisis data itu

Penelitian Donri Toni (2006) tentang Persepsi Auditor yang Bekerja Di Kantor Akuntan Publik yang Berafiliasi dan Non – Afiliasi terhadap Efektivitas Metode – Metode

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui karakteristik jenis mesin, exhaust type, jenis bahan bakar, distribusi umur kendaraan, jarak tempuh kendaraan (VKT),

Menurut Manuaba (2008; h.389) disebutkan perdarahan terjadi karena gangguan hormon, gangguan kehamilan, gangguan KB, penyakit kandungan dan keganasan genetalia. 55)

Proses dan prosedur perwakafan tanah yang terjadi di kecamatan Meuraxa pada dasarnya telah sesuai seperti yang diinginkan oleh undang-undang, namun pada praktiknya