• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tandas Awam Dalam Sejarah Islam.docx (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tandas Awam Dalam Sejarah Islam.docx (1)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP TANDAS MENURUT ISLAM

Oleh: AMIRUL HAFIZ BIN AHMAD LUTFI

mirul.islam91@gmail.com

Bismillahhirrahmanirahim.

Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan nikmat terbesar kepada kita semua, iaitu agama Islam yang menjadikan aspek kebersihan sebagai salah satu daripada kesempurnaan iman seseorang muslim, seperti mana kata-kata bangsa Arab yang masyhur:

ناطيشلا نم ةخاسولاو نامإيلا نم ةفاظنلا

Maksudnya: Kebersihan itu adalah sebahagian daripada (kesempurnaan) iman, dan kekotoran itu adalah sebahagian daripada (sifat) syaitan.

Seluruh selawat dan kesejahteraan dilimpahkan kepada junjungan besar kita, penghulu segala nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t., kekasih dan contoh teladan terbaik untuk kita, Rasulullah s.a.w., ahli-ahli keluarganya dan kepada para sahabat yang telah bertungkus-lumus siang dan malam, tanpa mengenal erti penat dan lelah, demi usaha mereka untuk menyebarkan agama Islam ini ke seluruh pelosok muka bumi ini, sehinggalah kita mendapat nikmat yang terbesar ini hasil tangan mereka itu.

PENDAHULUAN

(2)

menyucikan diri bagi hari-hari perayaan dalam Islam, seperti dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hari Jumaat dan lain-lain lagi.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muddathir, ayat ke-4:

ههط

رر

ط فط ك

ط بطايطثثوط

٤

Maksudnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah kamu bersihkan!”.

Di dalam sebuah hadis yang masyhur, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

ن

ن بببب دنببلثاخط انطثطددببحط َ:ل

ط اببقط ي

ي دثببقطعطلا ررمثاع

ط وبنأط انطثطددحط َ:ل

ط اقط رراش

د بط ن

ن بب دنمدح

ط من انطثطددحط

ن

ط بب دطيعثس

ط ت

ن عبمثس

ط َ:ل

ط اقط َ،ن

ط اس

د حط ِيبثأ

ط نثبب حثلثاصط نبعط َ،س

ر

اإيطإث ننببا لناقطإينوط َ،س

ط

ايطلبإث

م

م ببإيرثكط َ،ةطفطاظ

ط ندلا ب

ي ح

ث إين ف

م يظ

ث نط َ،ب

ط يهط

د لا ب

ي ح

ث إين ب

م يهط

ط هطلدلا ندإث» َ:لنوقنإيط َ،بثيهس

ط منلا

اوهنبدببش

ط تط لطوط مبببكنتطيطنثفبأط - لطاببقط هنارطأن - اوببفنظ

ه نطفط َ،دطوجنلا ب

ي ح

ث إين دماوطجط َ،مطرطك

ط لا ب

ي ح

ث إين

دثوهنيطلابث

1 .

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu Maha baik dan sukakan perkara yang baik, Maha bersih dan sukakan kebersihan, Maha mulia dan sukakan kemuliaan, Maha pemurah dan sukakan kemurahan, maka hendaklah kamu semua membersihkan –aku telah melihat Baginda s.a.w. bersabda- (iaitu) janggut-janggut kamu, dan janganlah kamu semua menyerupai kaum Yahudi (dalam hal tersebut)”.

SEJARAH TANDAS DALAM TAMADUN DUNIA

1 al-Tirmidhi, Muhammad Ibn Isa. Sunan al-Tirmidhi. 1395 H/ 1975. Hadis 2799. Jil. 5,Hlm. 111. Ulang Cetak. Mesirَ: Syarikat Maktabat Wa Matbaat Mustafa al-Babi al-Halabi. Ahmad Muhammad Syakir berkataَ: “Hadis ini adalah gharib dan Khalid Ibn Ilyas itu telah

(3)

Apabila kita melihat kepada sejarah tandas-tandas awam dalam tamadun dunia, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia telah wujud sejak daripada penaklukan kuasa-kuasa besar dunia terhadap negeri-negeri Arab dan umat Islam, sebelum kedatangan agama Islam itu sendiri. Hampir tidak ada satu pun daripada sejarah negeri-negeri Arab dan umat Islam yang disebutkan, melainkan pembinaan tandas-tandas di dalamnya pasti akan dinyatakan bersama-sama dengannya. Bahkan, di antara tujuan utama kedatangan pelancong-pelancong asing ke bandar-bandar yang dihuni oleh bangsa Arab ialah untuk melihat salah-satu tandas-tandas awam yang terdapat di Bandar tersebut, kerana di bandar-bandar Arab dan umat Islam, ia dianggap sebagai salah satu perkhidmatan awam yang sangat diperlukan2. Tandas tidaklah dianggap sebagai tempat untuk mandi dan membersihkan diri untuk tujuan keagamaan semata-mata, tetapi ia juga merupakan tempat bertukar-tukar pendapat bagi penduduk-penduduk di sesuatu kawasan itu, tempat menyembuhkan diri daripada pelbagai jenis penyakit, dan tempat melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti mandi bagi pengantin lelaki dan perempuan3.

Terdapat beberapa pandangan daripada sejarawan dan pengkaji salasilah tokoh-tokoh yang terdahulu mengenai sejarah pembinaan tandas dan perluasannya, iaitu4:

1. Firaun merupakan orang pertama yang membina tandas. Pandangan ini disepakati oleh kebanyakan para sejarawan dan pengkaji salasilah tokoh yang terdahulu. Namun begitu, nama Firaun tersebut tidak dinyatakan oleh mereka.

2. Nabi Sulayman a.s. merupakan orang pertama yang membina tandas dengan bantuan daripada jin.

2 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html 3 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html

4 httpَ://www.nizwa.com/%D8%AA%D8%A7%D8%B1%D9%8A%D8%AE-

%D8%A7%D9%84%D8%AD%D9%85%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA-

(4)

Namun begitu, kebanyakan sumber-sumber sejarah yang dipercayai menyatakan bahawa pembinaan tandas telah bermula sejak daripada zaman empayar Rom lagi pada awal kurun ke-2 Masihi, di mana teknik pembinaannya sangat mudah. Ia merangkumi telaga-telaga kecil yang mengandungi air sejuk dan panas, serta tempat untuk urutan badan yang terbuka untuk masyarakat umum bagi semua peringkat umur. Terdapat juga tandas-tandas yang dikhususkan untuk golongan panglima Rom. Keluasan tandas pada zaman itu dikatakan sangat besar, sehingga terdapat perpustakaan, tempat permainan dan taman-taman yang tersergam indah dibina di sebelah tandas tersebut5. Walaupun sejarah tandas awam ini bukanlah baru dan sangat lama, penggunaannya pada zaman dahulu hanya berlegar-legar di kalangan golongan pemerintah dan hartawan. Kebanyakan daripada tandas-tandas tersebut dibina khusus untuk kegunaan mereka, ahli keluarga mereka, dan kadangkalanya digunakan oleh sahabat-sahabat mereka6.

SEJARAH TANDAS DALAM TAMADUN ISLAM

Namun begitu, penyebaran agama Islam secara besar-besaran telah mengembangkan penyebaran tandas-tandas awam di semua bandar, perkampungan dan negeri Islam, yang dahulunya dianggap eksklusif untuk kedua-dua kelompok ini sahaja7. Sejarah tandas awam pada zaman Islam bermula apabila Amru Ibn al-As, seorang gabenor Mesir yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibn al-Khattab, telah membina tandas awam yang pertama daripada bahan fustat (sejenis rumah yang dibina daripada bulu, atau juga bermaksud khemah) dan juga di Mesir pada ketika itu. Menurut seorang sejarawan bernama al-Maqrizi, khalifah al-Aziz Billah merupakan pemerintah pertama yang membina tandas-tandas awam secara besar-besaran di Mesir pada zaman kerajaan Fatimiyyah, dan ia terus berkembang serta tersebar, terutamanya pada zaman kerajaan Uthmaniyyah8.

(5)

httpَ://www.nizwa.com/%D8%AA%D8%A7%D8%B1%D9%8A%D8%AE-Di antara contoh tandas-tandas awam yang terkenal dalam sejarah tamadun Islam9 ialah:

1. Tandas-tandas awam di Halab (kini Aleppo, utara Syria): Merupakan di antara tandas awam yang paling masyhur dalam sejarah tamadun Islam. Sejarah pembinaannya bermula pada zaman kerajaan Ayyubiyyah, Mamlukiyyah dan Uthmaniyyah. Tandas-tandasnya mempunyai binaan yang sangat cantik dari segi binaannya, ukirannya dan hiasannya, serta pengagihan suhu airnya sama ada sejuk, sederhana atau panas dengan menggunakan saluran masuk paipnya yang terpecah-pecah, berdasarkan kepada teori pemanasan. Terdapat pandangan lain yang menyebutkan bahawa saluran keluarnya air daripada tandas-tandas awam terletak bersebelahan dengan masjid, yang pada hakikatnya menyerupai sistem kampung pada masa kini. Bekalan air akan masuk ke dalam tandas-tandas awam melalui saluran-saluran yang pelbagai di bawah bumi, bertujuan untuk memberikan perkhimatan air di dalam Bandar dan di luar Bandar. Tandas yang paling lama di Halab (Aleppo) terletak berdekatan dengan kubu Halab yang telah dibina pada tahun 300 S.M. dan dikenali sebagai Tandas al-Wasani.

Tandas yang paling masyhur di Halab ialah tandas Yalbugha al-Nasiri yang memperlihatkan contoh yang baik terhadap ketelitian seni pembinaannya dan pembangunannya pada dua zaman, iaitu pada zaman kerajaan Ayyubiyyah dan Mamlukiyyah, di mana pemerintah Halab pada ketika itu, al-Zahir Ghazi Ibn Salah al-Din telah membinanya pada tahun 1211 M. Namun begitu, tandas ini telah dihancurkan oleh tentera Moghul melalui ketua tenteranya, Hulagu Khan yang telah menakluki Bandar ini pada tahun 1259 M. Kemudian, pemerintah Halab yang seterusnya pada zaman pemerintahan kerajaan Mamlukiyyah dan pemerintahan

Barquq telah memperbaharui binaannya untuk kali yang kedua dengan ukiran dan hiasan yang lebih cantik dan indah, serta telah memperkukuhkan binaannya dengan air. Malangnya, tandas ini telah dirobohkan sekali lagi oleh tentera Mongol dan hampir-hampir dibiarkan begitu sahaja,

9 httpَ://www.arrafid.ae/arrafid/p22_7-2010.html; httpَ://www.nizwa.com/%D8%AA %D8%A7%D8%B1%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D8%AD

%D9%85%D8%A7%D9%85%D8%A7%D8%AA-

(6)

sehinggalah kementerian pelancongan Syria telah membinanya kembali sama seperti mana yang telah dibina pada zaman Yalbugha al-Nasiri.

Di antara tandas-tandas awam lain yang masih kekal sehingga kini di Halab ialah:

i. Tandas al-Dhahabi. Tandas ini dinamakan sebagai al-Dhahabi kerana berdekatan dengan tempat Imam al-Dhahabi rahimahullah, salah seorang sejarawan Islam dimakamkan.

ii. Tandas al-Bayadah, yang terletak di Bandar Bayadah yang masih lagi dipelihara sehingga kini. Ia terletak bertentangan dengan masjid al-Sirwi dan dibina oleh Jamal al-Din Ibn al-Nafis, salah seorang pemerintah pada zaman kerajaan Mamlukiyyah pada tahun 1450 M.

iii. Tandas al-Nuhhasin, yang terletak di kawasan pasar Halab yang lama, selatan masjid Umayyah. Ia merupakan di antara tandas-tandas yang terbesar di Halab dan mempunyai di antara bentuk-bentuk binaan yang sangat cantik selepas tandas Yalbugha al-Nasiri.

iv. Tandas al-Jawhari: Tandas ini dibina oleh pengganti kerajaan Mamalik di Halab, Alaa’ al-Din Aqbugha al-Jawhari.

v. Tandas Burham: Tandas ini dibina oleh Bahram Basya al-Uthmani (nisbah kepada kerajaan Uthmaniyyah) yang telah membina masjid al-Bahramiyyah pada tahun 1580 M, dan mempunyai sudut kesenian yang sangat cantik.

(7)

2. Tandas-tandas awam di Sanaa’ (Yaman). Menurut Imam al-Razi, terdapat dua belas tandas di Sanaa’ seperti di kawasan Bi’r al-Azb dan al-Qa’10 (dahulunya disebut sebagai al-Qa’ al-Yahud, kini dipanggil sebagai al-Qa’ al-‘Alafi). Bagi pembahagian bagi tandas-tandas awam di seluruh perkampungan di Sanaa, maka Imam al-Razi telah menyatakan bahawa ia dibahagikan kepada 14 tandas, iaitu:

- Tandas-tandas awam di kawasan Sanaa’ yang lama, iaitu:

i. Tandas al-Sultan.

ii. Tandas al-Syukr.

iii. Tandas al-Qazali.

iv. Tandas Saba’.

v. Tandas al-Abhur.

vi. Tandas al-Tusyi.

vii. Tandas Yasir. Tandas ini dinisbahkan kepada salah satu raja Himyar, iaitu Yasir Yahan’um.

viii. Tandas al-Maydan.

ix. Tandas al-Qaw’ah.

-Tandas-tandas awam yang terdapat di kawasan Bi’r al-Azb, iaitu tandas al-Buniyyah dan tandas

Ali. Kedua-dua tandas ini dipercayai dibina pada kurun ke-16 Masihi, iaitu tarikh yang sama di mana kawasan itu dibangunkan oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tempoh pertama mereka memerintah Yaman.

(8)

-Tandas-tandas awam yang terletak di kawasan Qa’ al-Alafi, iaitu tandas al-Sultan, al-Mutawakkil dan al-Faisy. Tandas-tandas ini dibina pada permulaan kurun ke-18 Masihi, ketika mana pemerintah al-Mutawakkil telah mula mendirikan bangunan-bangunan perkhidmatan, termasuklah tandas-tandas awam.

3. Tandas-tandas awam di Mesir, seperti:

i. Tandas al-Malatini, yang terletak di lorong Bab al-Syi’riyyah. Tandas ini dikatakan berumur lebih daripada 580 tahun.

ii. Tandas Qalawun.

iii. Tandas sultan Aynal.

iv. Tandas Bab al-Bahr.

4. Tandas-tandas awam di al-Andalus (kini Sepanyol), terutamanya di bandar Cordoba. Bilangan tandas awam di sana dianggarkan berjumlah 900 buah.

Ini hanyalah sebahagian tandas-tandas awam yang terdapat dalam tamadun Islam yang membuktikan betapa prihatinnya pemerintah Islam pada zaman kegemilangan Islam terhadap kebersihan, melalui pembinaan tandas. Malangnya, apabila runtuhnya institusi Khilafah Islamiyyah, yang memayungi umat Islam dan kegemilangan tamadunnya pada tahun 1924 M, umat Islam turut mengalami kemunduran yang serius dalam hampir semua aspek, termasuklah dalam isu kebersihan. Umat Islam dipandang rendah oleh bukan Islam kerana mereka telah meninggalkan ideologi yang menjadi sebab kepada kemuliaan mereka, iaitu Islam. Statistik kajian menunjukkan bahawa 15 kawasan yang paling kotor di dunia terletak di negara umat Islam11, dan Malaysia sendiri menduduki tangga ke-75 dari segi kebersihan12, satu kedudukan

11 httpَ://www.theactivetimes.com/content/15-dirtiest-cities-world/slide-6

(9)

yang sama sekali tidak boleh dibanggakan sebagai negara Islam. Ironinya, di negara-negara maju di dunia, seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan lain-lain lagi, mereka sangat menekankan pendidikan mengenai kebersihan sejak daripada zaman persekolahan kanak-kanak lagi secara teori dan amali, serta mengenakan denda yang sangat berat bagi sesiapa yang didapati membuang sampah merata-rata. Singapura, sebagai contohnya, mengenakan denda dari $ 500 sehingga $ 1000 bagi kesalahan pertama yang dilakukan, manakala denda sehingga $ 5000 dan hukuman penjara menanti mereka yang melakukan kesalahan tersebut untuk kali ketiga13, manakala di Jepun, tidak ada sebarang tong sampah disediakan14. Benarlah kata-kata seorang tokoh mujaddid, Muhammad Abduh, apabila dia kembali daripada Eropah: “Aku pergi ke Barat dan melihat Islam, tetapi tidak berjumpa Muslim; aku pulang ke Timur berjumpa ramai Muslim, tetapi tidak melihat Islam”.

KESIMPULAN

(10)

Referensi

Dokumen terkait

PENERAPAN NILAI-NILAI KETELADANAN KHALIFAH UMAR BIN KHATTAB DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH KEBUDAYAAN ISLAM KELAS VII (STUDI KASUS DI MTs NEGERI 2 SURAKARTA). Skrispi,

Jadi, kodifikasi hadis adalah penulisan, peng- himpunan, dan pembukuan hadis Nabi Mu- hammad SAW yang dilakukan atas perintah resmi dari khalifah Umar ibn Abd al-Aziz,

Adapun kemajuan yang dicapai umat Islam pada masa Dinasti Abbasiyah dalam bidang ilmu Pengetahuan, sains dan teknologi adalah a).. Astronomi, Muhammad Ibn Ibrahim al-Farazi (w. 777

[1]Ketika itu Jawhar al-Siqili menyebut Mesir dengan sebutan al-Qahirah, sebuah kota yang bermula dari kota Fustat, yang selanjutnya pada tahun 973 M atas perintah Khalifah al-

peradilan (Risalah qada Umar ibn Khattab). Para qadhi pada masa itu juga digaji dengan tetap. Dasar-dasar landasan hukum Umar adalah al-Qur’an, Sunnah, Ijma’

Pada enam tahun pertama masa pemerintahannya, khalifah Utsman ibn Affan melakukan penataan baru dengan mengikuti kebijakan Umar ibn Khatab.. Dalam rangka

Dinasti Abbasiyah terutama pada fase pertama yang dipimpin oleh Khalifah Abu Ja’far al-Mansyur, Harun al-Rasyid dan Abdullah al-Makmun, merupakan khalifah-khalifah yang sangat

Di pelabuhan al-jar, khalifah umar juga memerintahkan untuk membangun gudang yang digunakan untuk menyimpan makanan dan hal-hal lain yang dating dari mesir yang disebut dengan Dar al