• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sedikit latar belakang tentang sekularis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sedikit latar belakang tentang sekularis"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

SEKULARISME

(2)

Mukadimah

Sesungguhnya jarak masa yang jauh antara zaman Rasulullah saw dengan kita telah menjadikan manusia jauh daripada inti kandungan al Quran dan as Sunnah serta kefahaman yang betul mengenainya. Semakin jauh zaman itu daripada kita, semakin banyaklah ajaran yang menyimpang daripada dua sumber agung itu. Akhirnya, semakin ramai pulalah pencemar ketulenan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw itu. Sabda Rasulullah saw :

.ضو ا يلع ادري ح اقرفتي نلو . سو ها باتك ،امدعب اولضت نل ،نئيش مكيف تكرت دق يإ

Maksudnya : Sesungguhnya aku tinggalkan bagi kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selepas kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga menemuiku di haudh (telaga di syurga).1

Dunia Islam hari ini dibaluti dengan pelbagai penyakit. Semakin lama semakin banyak aliran ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam timbul dan cuba menyusup masuk dalam jiwa dan sanubari orang-orang Islam. Ini semua berpunca daripada sikap meninggalkan agama. Kelemahan aqidah ini mengundang kelemahan kelemahan lain. Dengan itu, kita tidak akan ke hadapan dalam agama, teknologi dan juga pembangunan. Barat yang telah kehilangan agama, mengisi roh tamadun mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara terpenting. Hasilnya, agama semakin diketepikan dan hanya tinggal sebagai amalan ritual semata-mata. Rasulullah saw bersabda :

نيده ا نيدشارلا ءافل ا ة سو سب مكيلعف ارثك افاتخا ىرسف ىدعب مك م شعي نم نإف

لك نإف رومأا تاثدحو مكايإو ذحاو لاب اهيلع اوضعو اه اوكسم

.ةلاض ةعدب لكو ةعدب ةثدح

Maksudnya : Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa ar Rasyidin al Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap yang bidaah itu sesat.2

1

Hadis ini diriwayatkan oleh al Hakim dalam Mustadrak (no.319), ad Daruqutni dalam as Sunan (no. 149) dan al Baihaqidalam as Sunan al Kubra (no.20124). Me u ut I A d al Ba ahawa hadis i i te peliha a, di aklu i da asyhu da ipada Na i saw, di sisi pa a ula a ia ya asyhu sehi gga ha pe tidak e e luka sa ad. Dr. Zulkifli bin Mohammad al Bakri. 2012. Manhaj Fiqah Wasathiy : Wasathiyah dalam Akidah. Konvensyen Fiqh Ummah. Hlm.10.

2

Hadis ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, at Tirmizi, Ibn Majah dan al Darimi dalam sunan mereka. At Tirmizi mengatakan bahawa ia adalah hasan sahih. Demikian juga Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al Hakim dalam Mustad ak de ga e yataka hadis i i sahih da dipe setujui oleh I a az )aha i. Mohd. As i i Zainal Abidin. 2006. Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Bhg 1: Ancaman Terhadap Agama.

(3)

Seterusnya, gerakan sekularisme khususnya serta ideologi -ideologi lain telah digerakkan oleh Barat serta musuh-musuh Islam. Antaranya, di India, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghapus amalan perundangan Islam secara beransur-ansur bermula sejak tahun 1791. Selain itu, rakyat di Algeria dipaksa supaya tidak beramal dengan undang-undang Islam apabila Perancis menjajahnya pada tahun 1830. Pada tahun 1883 pula, Khadiwi Ismail yang memerintah Mesir memasukkan undang-undang Perancis dalam undang-undang Mesir , kononnya kerana mahu mencapai kemajuan seperti Eropah. Pada tahun 1924, Kamal Atartuk telah Berjaya menggulingkan pemerintahan Turki Uthmaniah dan kemudiannya menjadikan sekular sebagai dasar dalam pemerintahan negara Turki. Manakala rantau ini, iaitu Malaysia, Indonesia dan lain-lain menerima pengaruh secular melalui kedatangan penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain.

Justeru, telah jelas disini bahawa penyebaran ideologi-ideologi ini , terutamanya sekularisme adalah antara usaha Barat serta musuh-musuh Islam dalam memastikan nilai-nilai agama khususnya Islam tidak menjadi asas dalam kehidupan manusia.

Definisi Sekularisme

Istilah sekula is e ula dipe ke alka oleh seo a g pe ulis e a a Geo ge Holyoake pada tahun 1846 di United Kingdom.3 Dalam mencari definisi yang tepat tentang makna sebenar sekularisme, saya telah memilih untuk melihat pengertian yang diberikan oleh Barat sendiri tentang makna sekularisme. Untuk itu, saya telah merujuk kepada kamus

Wo ld E glish Di tio a y . Kamus tersebut telah mendefinisikan sekularisme kepada beberapa pengertian, iaitu4

1. Satu falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat.

2. Satu pemikiran (sikap) yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam kehidupan bermasyarakat.

3. Satu keadaan untuk menjadi sekular.

4. Sistem politik atau falsafah sosial yang menolak semua bentuk kepercayaan dan agama.

5. Berpendapat bahawa pendidikan awam dan perkara dasar lain mesti dijalankan tanpa pengenalan kepada elemen atau unsur keagamaan.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pengertian di atas maka dapat disimpulkan bahawa Barat mendefinisikan sekularisme adalah satu pemisahan antara unsur-unsur agama dengan kehidupan, sama ada daripada segi masyarakat, politik, pendidikan dan lain-lain.

3

Awg Abu Zar Abdullah & Mohd Hilmy Baihaqy Yussof. Sekularisme Mendasari Tamadun Barat;Penilaian Pendidikan Islam. (http://www.slideshare.net/dr2200s/sekularisme). 26 Disember 2012.

4

(4)

Menurut Syed Muhammad Naquid al attas5, perkataan sekular berasal daripada bahasa Lati , saeculum ya g memberi makna (merujuk) kepada masa dan tempat. Masa merujuk kepada masa (kehidupan) sekarang, manakala tempat merujuk kepada dunia atau duniawi (kehidupan nyata).6

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang7 menyebut tentang sekularisme, ahawa te je aha ya dala ahasa A a ialah al ilmaniyyah. O a g A a

yang beragama Kristian cuba mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya ia da ipada pe kataa il u. Te je aha ya g se e a al ilmaniyyah ialah du iawi.

Alasannya, ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.8 Dr. Ugi Suharto11 mengatakan di dalam penulisan beliau bahawa apabila istilah sekularisme di terjemahkan ke dalam bahasa Arab, telah mendapat perhatian yang khusus daripada dua orang tokoh di dalam Islam iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas dan Prof. Dr. Yusuf al Qaradawi. Di kalangan orang Arab sendiri ada yang menterjemahkan sekularisme

5

Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas (Bogor, 5 September 1931) adalah seorang Cendekiawan Muslim , ahli falsafah Muslim dan Tokoh Melayu Terbilang 2011.Kini beliau menetap di Malaysia. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis berbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan Kesusasteraan Melayu Malaysia. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas). 2 Mac 2013.

6

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1993. Islam and Secularism. Cet.2. INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC THOUGHT CIVILIZATION (ISTAC). Hal.16.

7

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah lahir pada 20 Oktober 1947 dan merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975). (http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang). 2 Mac 2013.

8

Abdul Hadi Awang. Sejarah Kemunculan Sekularisme. (http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=57). 16 Disember 2012.

9 Syeikh Dr. Safar al Hawali atau nama penuhnya Safar bin Abdul Rahman al Hawali lahir pada tahun 1950. Beliau menerima PhD daripada Universiti Ummul Qura dalam bidang Usuluddin pada tahun 1986. (http://en.wikipedia.org/wiki/Safar_Al-Hawali). 2 Mac 2013.

10 Syeikh Dr. Safar bin Abdurrahman al Hawali.

al-’il a iah wa asaruha fi hayati al islamiyyah. Dar al Hijrah. Hal.21.

11

(5)

sebagai 'ilmaniyyah, iaitu dari akar kata al-'ilm (ilmu) yang mendapat akhiran 'alif' dan 'nun' se ta ya ya g e u jukka sifat kepada il u, sepe ti pada pe kataa uh ya g e jadi ruhaniyyah atau rabb yang menjadi rabbaniyyah, maka 'ilm menjadi 'ilmaniyyah. Sebagian yang lain menterjemahkannya sebagai 'almaniyyah yang berasal dari kata al-'alam (dunia), meskipun daripada akar kata ini lebih tepat menjadi kata 'alamaniyyah, namun yang umum digunakan ialah istilah 'almaniyyah. Al Qaradawi lebih cenderung kepada

'ilmaniyyah, sedangkan al Attas lebih kepada 'almaniyyah. Perbezaan ini menunjukkan bahawa istilah sekularisme yang cuba diterjemahkan ke dalam bahasa Arab memang tiada pegangannya di dalam Islam.12

Prof. Dr. Yusuf al Qaradawi di dalam kitabnya al isla wa al il a iah wajha li wajhi

(1987) telah menterjemahkan sekularisme sebagai il a iyyah adalah bukan saja satu terjemahan yang tidak teliti (ghayru daqiqah), tetapi juga satu terjemahan yang tidak betul (ghayru sahihah), kerana perkataan sekularisme itu tiada kaitan langsung dengan lafaz

al-il (ilmu). Mereka yang menterjemahkannya tidak memahami perkataan al-din dan al-il

melainkan hanya dengan ide Barat Kristian, yang memang bagi orang Barat (insan al-gharbi) agama dan ilmu mereka itu adalah saling bertentangan. Beliau menyimpulkan bahawa menterjemahkan sekularisme dengan il a iyyah dan mengaitkannya dengan ilmu adalah suatu usaha untuk menjadikannya satu makna dengan istilah il iyyah kerana, menurut beliau, penipuan tersebut patut dinyatakan (dijelaskan).13 Beliau menambah lagi bahawa pengertian sekularisme itu sinonim dengan konsep alladiniyyah (tidak ada agama) atau al duniawiyah (dunia tiada hubungan dengan agama).14

Ciri- Ciri Sekularisme

Sekularisme terbahagi kepada 3 ciri utama, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syed Muhammad Naquib al Attas di dalam bukunya, Isla a d“ecularis , iaitu15

1. Menghilangkan (melupuskan) makna spiritual (kepercayaan) daripada alam kehidupan.

2. Menghilangkan unsur-unsur keagamaan di dalam politik daripada hal ehwal manusia. 3. Menghilangkan unsur-unsur penyucian nilai (agama) daripada minda dan tingkah

laku manusia.

Kesimpulan Definisi

12

Dr. Ugi Suharto,Istilah Sekularisme menurut al Attas dan al Qaradawi. Institut Pemikiran & Peradaban Islam (InPas online). (http://www.inpasonline.com/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=99). 18 Disember 2012.

13 Ibid 14

Dr. Ugi Suharto. al Attas dan al Qardhawy : Tentang Islam dan Sekularisme.

(http://www.khairaummah.com/v3/?p=1465). 18 Disember 2012. 15

(6)

Selepas melihat kepada pelbagai pengertian yang diberikan serta ciri-cirinya, dapat disimpulkan bahawa sekularisme ialah ideologi falsafah yang memisahkan antara kehidupan dunia dengan nilai-nilai keagamaan. Dalam erti kata lain menolak semua agama dan tetap dengan pendirian bahawa agama tiada tempatnya di dalam kehidupan masyarakat. Setiap pandangan adalah berdasarkan kepada akal semata-mata dan bebas pengaruh agama serta yang bertentangan dengan logik akal. Dan terjemahan yang lebih tepat kepada istilah sekularisme di dalam bahasa Arab ialah :

1. Al ladiniyyah (tiada agama) 2. Ad duniawiyah (keduniaan)

Sejarah Kemunculan Sekularisme

Suatu masa dahulu Eropah pernah mengalami satu zaman kemunduran setelah kejatuhan Rom Barat pada tahun 476 Masihi. Dan zaman ini, benua Eropah dikenali sebagai zaman gelap. Zaman ini berlangsung lebih kurang 1000 tahun iaitu dari abad ke-5 Masihi hingga abad ke-15 Masihi. Pada zaman ini, Eropah telah ketinggalan dalam pelbagai aspek. Satu daripadanya ialah kemerosotan dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan dan perbandaran. Apa yang berlaku di Eropah tidak berlaku di Timur (khususnya Islam) kerana ketika itu, dunia Islam sedang berkembang dengan pesatnya. Dalam dunia Islam, muncul kerajaan-kerajaan yang agung seperti Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.16 Pada masa yang sama, ada orang Barat yang belajar di Timur sama ada di Cordova, Sepanyol, Andalusia dan lain-lain. Mereka mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada sarjana-sarjana Islam seperti ilmu sains, perubatan, geografi dan lain-lain. Contohnya, Roger Bacon (1241-1294) pada mula-mula lagi telah mempelajari bahasa Arab dan Sains Arab. Roger Bacon dan Francis Bacon (1561-1629), kedua-duanya boleh dikatakan telah memperkenalkan kaedah percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak lain dari seseorang yang memperjuangkan sains dan metologi sains yang dibina oleh Tamadun Islam ke Eropah. Walaupun beragama Kristian, beliau tidak penat mengisytiharkan kepada rakan-rakannya bahawa untuk menuntut ilmu yang sebenar, jalannya hanya melalui bahasa Arab dan sains yang dibina oleh Arab.17 Justeru, orang-orang Barat yamg mempelajari ilmu sains daripada Barat membawa pulang pengetahuan tersebut ke Benua mereka.

Selain daripada itu, satu lagi ciri Zaman Gelap ialah kekuasaan kuasa Gereja Katolik. Pada Zaman Kegelapan Eropah, gereja Katolik merupakan satu kuasa yang berpengaruh dan amat kaya. Namun, pihak gereja hanya menekankan ilmu yang berkaitan dengan keagaman ilmu keakhiratan sahaja. Pengaruh agama ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuklah menyediakan kemudahan pendidikan. Dengan itu, pihak gereja telah mengongkong rakyat jelata. Kesan pengaruh agama Kristian yang ketara apabila masyarakat menerima apa yang disuruh tanpa usul periksa. Selain itu, manusia dibunuh hanya kerana

16

Perkembangan di Eropah.

(http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_pengenalan.htm). 2 Mac 2013. 17

(7)

mempelajari dan kepercayaan mereka kepada ilmu sains. Para paderi mengatakan bahawa ilmu sains itu adalah ilmu Islam. Oleh sebab itu, haram kepada penganut kristian mempelajarinya dan mengamalkannya. Biarpun begitu, dikalangan pihak gereja, sikap pentingkan diri berlaku dalam bentuk kemewahan hidup. Amalan rasuah dikalangan mereka juga berlaku.18

Kemudian, berlakulah pula satu zaman dikenali sebagai Zaman Renaissance. Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17. Kemunculan Sepanyol sebagai sebuah negara Islam telah menyebabkan ramai orang Eropah terutamanya jirannya, Itali, datang menuntut ilmu di sana. Umpamanya, Christopher Colombus dari bandar pelabuhan kapal Genoe, Italy, tahu kewujudan benua di barat Eropah melalui rujukan kepada tulisan-tulisan kitab geografi yang dikarang oleh tokoh Islam yang terkenal, Ibn Rusyd. Selain itu, pihak gereja juga memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan lagi proses rennaissance. Pihak gereja amat berkuasa pada masa itu sehingga melampaui batas dan menindas kebebasan aliran agama. Ia juga menindas kebebasan individu, ekonomi dan pelajaran. Oleh itu, rakyat telah bosan dengan konkongan itu dan inginkan perubahan.19

Tidak cukup dengan itu muncul pula Gerakan Reformation. Gerakan ini bermula dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik sejak ke-10 Masihi lagi. Namun, penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam terhadap Gereja Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Usaha ini membawa kepada kekayaan pihak Gereja dengan menyelitkan unsur rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku. Ramai rakyat yang telah mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang bertentangan dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan keagamaan. Selain itu, pihak Gereja turut melakukan banyak penyelewengan terutamanya dalam penjualan sijil Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah. Gerakan Reformation bermula di Jerman. Kejayaan gerakan ini telah dibantu oleh mesin cetak yang telah dicipta oleh Johann Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan kitab Bible dengan harga yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab Bible dengan lengkap. Martin Luther, seorang profesor teknologi daripada Universiti Wittenburg di Jerman mula menentang amalan Indulgences. Beliau percaya bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya. Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences iaitu penjualan surat pengampunan dosa yang dilakukan oleh pihak Gereja oleh penganut Kristian yang ingin bertaubat daripada melakukan perkara yang mungkar. Pendirian Luther ini telah mengancam kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini di kenali sebagai mazhab Protestan. Protestan berasal daripada perkataan "protesting" iaitu membantah. Tindakan Luther menandakan bermulanya Zaman

18 Ibid 19

(8)

Reformation yang didapati berterusan sehingga pertengahan abad ke-16. Mazhab baru ini telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.20

Selain daripada itu, seterusnya muncul pula Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan revolusi-revolusi yang lain. Revolusi Perancis merupakan satu revolusi politik dan sosial di Perancis iaitu daripada sistem monarki mutlak kepada sistem republik demokrasi.21 Justeru, secara ringkasnya perubahan-perubahan yang telah berlaku ini akhirnya telah dibuat oleh Barat atau orang Kristian bahawa untuk maju perlu singkirkan agama.

Sebab-sebab Kemunculan Sekularisme

1. Agama menjadi ekslusif untuk golongan tertentu sahaja.

Berlaku pada Zaman Kegelapan Eropah,iaitu paderi-paderi Gereja Katolik mendakwa mempunyai hubungan batin dengan tuhan & mempunyai kuasa rohani terhadap manusia kerana menjadi perantara antara manusia biasa dengan tuhan. Sebagai contoh, Anak kecil tidak dikira sah menjadi Kristian sekiranya belum dibaptis paderi. Selain daripada itu, penjualan sijil Indulgences iaitu sesiapa yang mahu mendapat keampunan daripada tuhan perlu membeli sijil ini daripada pihak gereja. Di samping itu, Kitab Bible hanya dijadikan khusus buat paderi sahaja. Orang biasa tidak boleh membaca dan memahaminya. Penjualan Indulgences dan larangan membaca orang awam membaca kitab Bible telah ditentang oleh Martin Luther. Hasilnya berlaku Gerakan Reformation yang mana akhirnya muncul mazhab Protestan dalam agama Kristian.

Perkara ini juga menular dalam kalangan sebahagian golongan agamawan yang mengatakan bahawa agama hanya boleh difahami oleh golongan ustaz atau Tuan Guru sahaja. Orang awam tidak berhak mempersoalkan apa-apa, hanya perlu mengikuti sahaja apa yang diperkatakan tanpa bantahan. Hasilnya, muncul golongan yang fanatik mazhab dan golongan yang bertaqlid secara buta tuli. Malah antara kesan yang lebih parah, muncul aliran Liberalisme hasil daripada pemberontakan pemikiran mereka daripada kongkongan atau kejumudan. Kesannya, manusia semakin jauh daripada memahami Islam yang sebenar, sebaliknya mengatakan Islam hanya amalan ritual semata-mata.

2. Keangkuhan ilmiah

Lebih buruk lagi, apabila pandangan ilmiah yang berbeza itu diharamkan atas nama agama. Lalu pihak yang menguasai urusan agama itu menghukum orang yang

20 Ibid 21

(9)

berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh agama ataupun musuh Tuhan. Padahal pendapat yang diberikan itu, memenuhi piawaian ilmu dan tidak bertujuan menderhakai Tuhan.

Pihak Gereja beranggapan bahawa kejahilan merupakan petua untuk iman. Ilmu pengetahuan selain daripada mereka adalah sesat. Mereka mengatakan bahawa ilmu sains, geografi, perubatan dan sebagainya ada unsur-unsur Islam. Pihak gereja menuduh bahawa ilmu sains itu adalah ilmu Islam dan sesiapa menganutnya adalah murtad. Malah, ada yang dibunuh hanya kerana kepercayaan mereka terhadap ilmu sains. Kejahilan mereka membawa kepada kepada penentangan masyarakat Eropah terhadap kuasa agama yang akhirnya mencetuskan Revolusi Industri atau Revolusi Perancis pada 1789. Agama dihadkan pengaruhnya supaya tidak masuk campur secara langsung dalam pentadbiran dan persoalan kehidupan yang lain. Maka hari ini, dalam seni, hiburan, politik, perindustrian, sains dan sebagainya, agama tidak menjadi teras utama. Jika ada pun, ia hanya kesedaran individu bukan dasar umum. Maka tidak hairan jika mereka (penganut Kristian) boleh menggantungkan salib di dada ketika beraksi bogel di hadapan kamera. Agama dipersendakan. Demikian juga filem dan novel yang mempertikaikan agama mereka sendiri seperti Da Vinci Code. Malah, tidak hairan kartun-kartun yang mereka lukis kadang-kadang mempersendakan Jesus yang mereka anggap sebagai anak tuhan mereka. Dan tidak hairan juga, apabila para sarjana mereka mempertikaikan kebenaran Bible, malah sehingga meragui kewujudan Jesus. Inilah natijah yang harus dibayar oleh Barat, hasil kejumudan golongan agama mereka pada zaman yang lepas.22

Pada hari ini juga, akibat kejumudan sesetengah golongan agama dalam Islam juga telah menyebabkan pengaruh ini terserap masuk ke dalam sesetengah pemikiran masyarakat Islam. Buktinya pada tahun 2006, Yasmin Ahmad telah menerbitkan se uah file ya g e judul, Gubra . File i i e upaka satu pe ghi aa da

sendaan terhadap agama Islam kerana di dalamnya jelas membawa pengaruh sekularisme dan lain-lain ideologi yang bertentangan dengan Islam. Filem ini dimulai de ga papa a lafaz Bis illahi ah a i ahi . Ke udia ya dito jolka watak seorang lelaki (Bilal) yang baru memeluk Islam, kemudian memegang anjing dalam perjalanan menuju ke surau, aksi seks diiringi laungan azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, perbicaraan di atas katil dijadikan perbualan biasa, kempen murtad secara halus antara wanita Islam dan lelaki Cina dan diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi,23 menunjukkan konsep plularisme, liberalism dan sekularisme secara halus. Di Indonesia juga tidak terkecuali, sebuah filem yang e judul, Perempuan Berkalung Serban , jelas e u jukka atau e gga a ka

22P of Madya Dato D

. Mohd Asri Zainal Abidin. 2012. Travelog Minda Tajdid ; Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat. PTS Islamika Sdn Bhd. Hlm.24-26.

23

(10)

Islam itu sangat sempit, keras dan tidak terbuka. Dan file mini telah ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pe tu uha Isla da Majlis Ula a I do esia MUI kerana jelas penyelewengannya.24

Saya katakan bahawa munculnya golongan-golongan ini adalah hasil daripada kejumudan kita sendiri dalam melihat Islam itu sendiri. Sepatutnya kita melihat kepada keluasan Islam (fiqh) itu sendiri, bukannya kita menyempitnya. Dan lebih parah lagi, kita menambah (berlebih-lebih) pula dengan cerita-cerita kewalian yang melampau sehinggakan hilang peranan agama. Agama dilihat seperti cerita kartun, ortodoks dan tahyul dan bukan lagi berdasarkan (ditegakkan) atas hujah dan fakta. Kita harus ingat Islam bukan satu perkara yang manusia tidak mampu berfikir keran Islam itu adalah fitrah setiap manusia.

3. Kesan daripada penjajahan Barat

Keutuhan pendidikan Islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan kehadiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Proses sekularisasi penjajah telah memperkenalkan dasar pelajaran yang amat menghadkan kurikulum pendidikan Islam dan mengawal ketat pengajaran al-Quran. Kedatangan Inggeris sesungguhnya telah memperkenalkan pendidikan sekular kepada orang Melayu. Tegasnya, pada zaman penjajahan ini menurut Rosnani Hashim (2001) (Kurikulum Pendidikan Daripada Perspektif Islam Dalam Konteks Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam, November, 9(4).), sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh pihak penjajah untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri, termasuk menyebarluaskan fahaman sekular dan meminggirkan agama.25

Resolusi : Peranan Kita Pada Hari Ini

1. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Islam mewajibkan bagi setiap orang Muslim dan Muslimat untuk menuntut ilmu, sebagaimana daripada Anas bin Malik ra, sabda Rasulullah saw :

،ملسم لك ىلع ةضيرف ملعلا بلط

ي ناتي ا ح ءيش لك ل رفغتسي ملعلا بلاط نإو

رحبلا

24

Halaqah.net. (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7027.0). 2 Mac 2013. 25

(11)

Maksud ya: Me u tut il u adalah fa dhu atas setiap o a g Isla , da pe u tut ilmu akan didoa keampunan oleh semua termasuk ikan-ika di lauta .26

Dengan kata lain, Islam mengajar bahawa Allah swt tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai kaum itu mengubahnya sendiri27 , dan antara cara untuk mengubahnya adalah dengan ilmu.

Pentingnya untuk kita menuntut ilmu adalah supaya kita tahu, dapat membezakan di antara yang hak dan batil. Oleh sebab itu, Islam mewajibkannya tidak kira sesiapa

Maksud ya: Barangsiapa yang menempuh satu jalan yang di dalamnya untuk pergi e u tut il u, Allah aka udahka agi ya jala u tuk ke syu ga (Riwayat Muslim)28

Dr. Mustafa as Sibaie29 pernah menyebut di dalam bukunya, Sirah Nabawiyyah : Pengajaran dan Pedoman iaitu Me eka ya g e ta lid uta tuli tetap jahil walau setinggi mana mereka belajar. Mereka tetap kanak-kanak walau sedewasa mana umur mereka. Mereka akan terus dianggap sebagai keanak-anakan dan jahil sehinggalah mereka memerdekaka di i da ipada ta lid. 30

2. Menggerakkan semula Gerakkan Islamisasi

Pada sekitar tahun 1980-an dan 1990an, diskusi tentang Menjayakan Islamisasi

sangat rancak dan segar sekali. Menjayakan Islamisasi bermaksud mengusahakan satu proses pengislaman masyarakat secara menyeluruh. Perubahan ke arah pengislaman masyarakat secara bermakna hanya akan terjelma apabila segenap

26Hadith i i di iwayatka oleh I A d al

-Ba dala Ja i Baya al-Ilm wa Fadhluh 1/7. Hadith ini hukumnya hasan dengan jumlah jalan dan syawahidnya. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2007. Himpunan Hadith Modal Insan. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd. Hlm.55.

27

Dr. Mustafa as Sibaie telah dilahirkan pada tahun 1915M di bandar Hims, Syria dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mulia dan beragama. Setelah tamat sekolah rendah dengan cemerlang, beliau dimasukkan ke Ma ahad “ya ie di Hi s pada tahu 9 . Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah pada tahun 1933 dalam bidang Syariah, kemudian Usuluddin. Pada tahun 1949, dalam kesibukan berjihad dan berjemaah, beliau berjaya e yiapka tesis Ph.D e tajuk As-Sunnah dan Kedudukannya Dalam Pe u da ga Isla . (http://ibnurrahmat.blogspot.com/2008/08/dr-mustafa-sibaie.html). 2 Mac 2013.

30

(12)

unsur dan dimensi dalam kehidupannya dapat digerakkan secara sepadu dan menyeluruh. Ia bermaksud, seluruh dimensi kemasyarakatan berada di dalam keadaan saling berkait dan berhubungan di antara satu dengan yang lain. Tidak ada satu unsur pun yang mampu tumbuh dan berkembang menuju perubahan secara sendirian.31

Dr. Noor Hisham Md Nawi pula menyebut cadangan beliau dalam Isla isasi

Kurikulu Pe didika Isla di I stitusi Pe didika Guru iaitu Krisis dualisme dan sekularisme masih mengancam sistem pendidikan di Malaysia. Akibatnya pelajar gagal untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berjaya menyepadukan hati dan pemikiran serta iman dan daya intelektual. Justeru, struktur kurikulum pendidikan guru yang sedia ada perlu diteliti semula secara kritikal. Untuk menghasilkan seorang guru yang berupaya menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran bersepadu berdasarkan gagasan Islamisasi ilmu moden, kurikulum latihan perguruan yang diikutinya seharusnya terlebih dahulu mengalami proses tersebut.32

Saya katakan proses Islamisasi perlu dilakukan dan digerakkan semula secara menyeluruh merangkumi aspek kehidupan manusia seperti politik, ilmu, masyarakat dan lain-lain, supaya kita kembali semula kepada Islam yang sebenar. Contohnya, apabila kita belajar tentang ilmu sains kita dapat kenal Allah, apabila kita belajar geografi, kita dapat melihat kebesaran Allah, begitu juga dengan politik dan juga lain-lain. Setiap perkara yang kita lakukan, maka kita akan nampak ada nilai Islam disitu. Inilah proses Islamisasi sebagaimana Eropah suatu masa dahulu pernah merasai tempias Islamisasi pada zaman kegelapan mereka. Di saat, dimana kegemilangan ilmu Islam sangat gilang gemilang, sehinggakan orang bukan Islam pun menuntut ilmu dengan sarjana Islam untuk dibawa pulang ke negara mereka. Kesannya, sedikit sebanyak nilai-nilai Islam ada terserap di dalam negara-negara mereka. Inilah juga antara usaha yang dilakukan oleh beberapa sarjana Islam seperti Syed Muhammad Naquid al Attas dan Prof Dato Dr. Sidek Baba.

3. Ukhuwwah Islamiyyah

Apabila kita berbicara tentang ukhuwwah maka ianya perlu merentasi parti, aliran, bangsa, negara dan lain-lain kerana mulianya seseorang itu adalah kerana Islam dan hinanya seseorang itu apabila dibuang keislaman daripada diri mereka. Kita jangan lupa bahawa antara faktor kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah ialah apabila

31

Muhamad Razak Idris. Menjayakan Islamisasi (Tersiar di Berita Harian, 18 Januari 2011, Selasa). (http://razak.wordpress.com/2011/01/18/menjayakan-islamisasi/). 6 Januari 2013.

32

(13)

sentimen perkauman atau nasionalisme di suntik masuk ke dalam pemikiran bangsa-bangsa yang bernaung di bawah kerajaan Uthmaniah. Kesannya mereka bangkit memberontak meminta kebebasan dan sebagainya. Islam mengiktiraf perasaan kasih pada bangsa dan tanah airnya berdasarkan kepada firman Allah kepada nabi Muhammad saw di dala su ah as syu a ak ayat . Walau agai a apu , Isla melarang kasih pada sesuatu yang melebihi Allah, Rasulullah saw dan Islam. Lebih membimbangkan apabila seseorang bertindak melulu dan merendahkan kasih Allah dengan meletakkan kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dan melampaui batas-batas Allah.

Saidina Umar bin al Khattab pernah berkata bahawa kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita, kita akan dihina oleh Allah.33

Terlalu banyak hadis Rasulullah saw yang sangat menekankan tentang pentingnya ukhuwwah Islamiyyah ini, namun kadang-kadang kita terlupa kerana boleh jadi mata kita telah tertutup (dibutakan) dengan kefanatikan sesuatu pegangan atau aliran atau ke a a pe usuha kita de ga seseo a g. Na uzu illah..

Rasulullah saw pernah bersabda bahawa akan ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di padang mahsyar kelak. Salah seorangnya adalah dua orang lelaki bersahabat kerana Allah dan mereka bertemu dan berpisah kerana Allah taala sahaja. Sabda Rasulullah saw :

لجرو ، ها ةدابع ي أشن باشو لداع مامإ ، لظ اإ لظ ا موي لظ ي ها مهلظي ةعبس

يلع اعمتجا ها ي اباح ناجرو ، دجاس اب قلعم بلق

تاذ ةأرما تعد لجرو ، يلع اقرفتو

ام لام ملعت ا ح ا افخأف ةقدصب قدصت لجرو . ها فاخأ يإ لاقف لامو بص م

ا يع تضافف ًايلاخ ها ركذ لجرو ، يم قف ت

Maksud ya : Tujuh golo ga ya g aka e dapat au ga Allah di a a pada ha i tersebut tiada naungan lain selain daripada naungan-Nya : Imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid, dua orang lelaki yang berkasih saying (bersahabat) kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang digoda oleh seorang wanita cantik

33

Riwayat ini sanadnya telah disahihkan oleh al Hakim an disokong oleh az Zahabi. Lihat Mohd. Asri bin Zainal Abidin. 2006. Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Bhg 1: Ancaman Terhadap Agama. Karya Bestari. Hlm.70.

(14)

se ta kaya tetapi lelaki itu e kata, sesu gguh ya aku ha ya takut kepada Allah , dan lelaki yang bersedeqah secara diam-diam sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedeqahkan dan lelaki yang bersendirian

e gi gati Allah sehi gga e gali ai ata ya. 34

Sabda Rasulullah saw lagi :

اقرفتي نأ لبق ام رفغ اإ ناحفاصتيف نايقتلي نملسم نم ام

Maksudnya : Apa ila dua o a g usli e te u, ke udia e eka e ja at tangan, maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka selagimana mereka belum

e pisah. 35

Rasulullah saw juga pernah bersabda :

ِ ِسْفا ِل ُبُُِ اام ِيِخاِأ ىبُُِ ىاح ْمُكُداحاأ ُنِمْؤُ ي اا

Maksud ya : Tidak e i a di a ta a ka u sehi ggalah ka u e yaya gi sauda a ka u se agai a a ka u e yaya gi di i se di i. 36

Kesimpulan

Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman ataupun ideologi dan teori yang bertentangan dan melampaui batas-batas Allah. Ia merangkumi semua fahaman yang dicipta pada zaman dahulu, kini dan akan datang. Sesungguhnya Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan. Kita hendaklah beramal dengan Islam secara keseluruhan37 dan bukannya secara memilih sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

34

Riwayat Bukhari dan Muslim. Usuluddin Tingkatan 3. Kurikulum Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). silibus Mata Pelajaran Khas Sekolah Kiblah (MKSK). Hlm.28.

35

Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Ibn Majah. Disahihkan oleh Syeikh al Bani di dalam al Silsilah al sahihah. (http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=12177). 6 Januari 2013.

36

Riwayat Bukhari dan Muslim. Dr. Amin bin Abdullah al Shaqawi telah mensyarahkan hadis ini di dalam laman web beliau alukah. (http://www.alukah.net/Sharia/0/20791/). 6 Januari 2013.

37

(15)

Bibliografi

Kitab-kitab dan buku-buku

1. Kitab suci al Quran

2. Dr. Zulkifli bin Mohammad al Bakri & Mohd. Aiza i Mas od. 2012. Manhaj Fiqah Wasathiy : Wasathiyah dalam Akidah. Konvensyen Fiqh Ummah.

3. Mohd. Asri bin Zainal Abidin. 2006. Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Bhg 1 : Ancaman Terhadap Agama. Karya Bestari.

4. Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1993. Islam and Secularism. Cet.2. INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC THOUGHT CIVILIZATION (ISTAC).

5. Syeikh Dr. Safar bin Abdurrahman al Hawali. al-’il a iah wa asaruha fi hayati al isla iyyah. Dar al Hijrah.

6. P of Madya Dato D . Mohd As i )ai al A idi . . Travelog Minda Tajdid ; Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat. PTS Islamika Sdn Bhd.

7. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2007. Himpunan Hadith Modal Insan. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

8. Dr. Mustafa as Sibaie. 2010. Sirah Nabawiyyah : Pengajaran dan Pedoman. Pustaka Salam Sdn. Bhd.

9. Usuluddin Tingkatan 3. Kurikulum Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). silibus Mata Pelajaran Khas Sekolah Kiblah (MKSK).

10. Mohd. Faisal bin Mohamed. 2012. Pengajian Islam. Jabatan Peradaban dan Pemikiran Islam, Akademi Islam. KUIS

Kertas Kerja

1. Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad. 2012. MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : SATU KAJIAN TERHADAP PEMBENTUKAN AKHLAQ PELAJAR SMKA MAAHAD MUAR, JOHOR.

Latihan Ilmiah Diploma Tahfiz wal Qiraat, Syukbah Qiraat, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Laman Web

1. Awg Abu Zar Abdullah & Mohd Hilmy Baihaqy Yussof. Sekularisme Mendasari Tamadun Barat ; Penilaian Pendidikan Islam. (http://www.slideshare.net/dr2200s/sekularisme). 26 Disember 2012.

2. World English Dictionary. (http://dictionary.reference.com/browse/secularism). 26 Disember 2012.

3. Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas). 2 Mac 2013.

4. Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang). 2 Mac 2013.

5. Abdul Hadi Awang. Sejarah Kemunculan Sekularisme. (http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=57). 16 Disember 2012.

6. Syeikh Dr. Safar al Hawali. (http://en.wikipedia.org/wiki/Safar_Al-Hawali). 2 Mac 2013. 7. Dr. Ugi Suharto. (http://inpasonline.com/new/drugi-suharto-mengajar-di-inggris/). 2 Mac

(16)

8. Dr. Ugi Suharto,Istilah Sekularisme menurut al Attas dan al Qaradawi. Institut Pemikiran &

Peradaban Islam (InPas online).

(http://www.inpasonline.com/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=9 9). 18 Disember 2012.

9. Dr. Ugi Suharto. al Attas dan al Qardhawy : Tentang Islam dan Sekularisme. (http://www.khairaummah.com/v3/?p=1465). 18 Disember 2012.

10. Perkembangan di Eropah.

(http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_pengenalan.htm). 2 Mac 2013.

11. Minda Pencerahan, Revolusi Perancis 1789-1799.

(http://syeikhsifu.blogspot.com/2012/03/revolusi-perancis-1789-1799.html). 2 Mac 2013. 12. Suara Anak Muda.

(http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/gubra-malaysia-perempuan-berkalung.html). 2 Mac 2013.

13. Halaqah.net. (http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7027.0). 2 Mac 2013.

14. Muwatto I a Malik. Kita al il . (http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=3913&idto=3914&bk_no= 77&ID=761). 6 Januari 2013.

15. Dr. Mustafa as Sibaie. (http://ibnurrahmat.blogspot.com/2008/08/dr-mustafa-sibaie.html). 2 Mac 2013.

16. Muhamad Razak Idris. Menjayakan Islamisasi (Tersiar di Berita Harian, 18 Januari 2011, Selasa). (http://razak.wordpress.com/2011/01/18/menjayakan-islamisasi/). 6 Januari 2013. 17. Dr. Noor Hisham Md Nawi. Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah. Universiti

Malaysia Kelantan (hisham@umk.edu.my).

(http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/65/ISLAMISASI-KURIKULUM-PENDIDIKAN-ISLAM-DI-INSTITUSI-PENDIDIKAN-GURU-TRIBULASI-DAN-CADANGAN). 6

Januari 2013.

18. D . A i i A dullah al “ha awi di dala la a we eliau Alukah . (http://www.alukah.net/Sharia/0/20791/). 6 Januari 2013.

19. Multaqa ahli al hadith. (http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=12177). 6 Januari 2013.

Referensi

Dokumen terkait

Kesan lain yang kemudian muncul adalah bahwa masyarakat ini tampak tak pernah di dengar aspirasi mereka sebagai warga negara, karena ketika wawancara yang

Guna meningkatkan kenyamanan dan kemudahan penggunaan ashitaba maka diformulasikan granul effervescent, dengan tujuan penelitian untuk mengetahui pengaruh variasi

Dari hasil analisis briket yang telah dilakukan untuk ketiga sampel ternyata kuat tekan yang diperoleh rendah yaitu di bawah standar mutu briket, karena pada briket

Penelitian deskriptif dilakukan untuk memperoleh gambaran dari inovasi produk, promosi penjualan serta minat beli sepeda motor Suzuki Satria F150 yang dilakukan pada anggota

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana- mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian

Pada document flow barang keluar proses yang terjadi adalah mitra melakukan permintaan material serta menyerahkan surat permohonan dan Berita Acara Penerimaan dan

Klausula eksonerasi yang dicantumkan oleh pengembang dalam perjanjian jual-beli rumah yang berisi ketentuan pengalihan tanggung jawab, tindakan berupa pembatalan

Kesimpulan dari penelitian ini adalah pengembangan teknik kultur mikrospora dengan perlakuan stres berupa perendaman dalam mannitol 0.3 M selama waktu penyimpanan yang