• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML 4103

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML 4103"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEMESTER: MEI 2012

TAJUK TUGASAN:

PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU MODEN

NAMA : NORHANIDA BINTI ALI

NO. MATIKULASI : 770821015850-002

NO. K/P :770821-01-5850

NO. TEL. :012-6906139

E-MEL :need@gmail.oum.edu.my

(2)

1.0 PENGENALAN

Kedatangan agama Hindu, Islam, dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan pada bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden mengalami perbezaan yang ketara. Penutur bahasa Melayu Moden tidak dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bahasa melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden. Setiap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri contohnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala, bahasa Melayu moden banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

Menurut Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ke-13 dan ke-17 dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat berdasarkan pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu yang dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya. Pengaruh kebudayaan orang Hindu, Islam, dan Barat telah menyebabkan perubahan dari segi tulisan. Tulisan Melayu Kuno telah diambil dari India, tulisan Arab, dan Latin. Pada zaman politik Srivijaya, masyarakat yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Sasteranya pula dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India. Bahasa Melayunya banyak menggunakan bahasa pinjaman daripada kata-kata Sanskrit.

(3)

Pada zaman bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu banyak dipelajari oleh orang-orang bukan Melayu seperti orang Cina, India, Arab, Parsi, dan juga orang-orang Barat seperti Portugis, Itali, Belanda, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan lain-lain untuk tujuan perniagaan, perhubungan antara negara-negara dan pengembangan agama terutama Islam dan Kristian. Pada zaman inilah lahir beberapa banyak buku dalam bentuk daftar kata (word-list) seperti Melayu-Cina, Melayu-Itali, Melayu-Belanda; buku kamus, buku tatabahasa dan hasil-hasil karya sastera Melayu. Ada antara buku-buku ini yang diterjemahkan ke dalam bahasa Barat seperti ke dalam bahasa Latin. Selain daripada itu, ada pula buku atau kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti kitab tafsir al-Quran (contohnya tafsir al-Baydawi), al-Hadith, kitab Fiqh, kitab Tasawwuf, dan Kitab Ilmu Tawhid dan sebagainya, dan juga terjemahan kitab The Old Testament danThe New Testament dari bahasa-bahasa Barat ke dalam bahasa Melayu menjadi Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru.

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek (2006 : 32), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke-19 apabila kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara. Bagi mengukuhkan kedudukannya di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajiannya, mereka telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera, dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan peninggalan sejarah, budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan - perpustakaan barat.

Perkataan-perkataan yang berasal daripada barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Kesannya, bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu telah menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum. Pada zaman bahasa Melayu Pramoden ini, banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al-Salatin, Hikayat Abdullah dan kitab-kitab agama di Asia Tenggara.

(4)

sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu moden. Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negeri terutamanya berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu, sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.

2.0 PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU MODEN DARI SUDUT PERKATAAN (MORFOLOGI)

Petikan 1 daripada Hikayat Inderaputera

BAB IV - DI NEGERI JIN ISLAM

Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan anak jin yang bernama Nobat Rom Syah dan nama ayahnya Maharaja Tahir Johan Syah, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera beristerikan saudara Nobat Rom Syah yang bernama Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Rakna, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera membunuh Tamar Jalis anak raja jin Tamar Bunga, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera berteguh-teguhan janji dengan Nobat Rom Syah.

(5)

suatu pendahan.

Petikan 2 daripada Hikayat Inderaputera

BAB III – MENCARI UBAT BERANAK

Hatta beberapa lamanya pada sehari-hari memukul mongmong itu maka katanya. “Siapa yang tahu hubaya- hubaya katakan ubat beranak atau hikmat beranak itu supaya aku persembahkan ke bawah duli Syah Alam nescaya kamu beroleh anugerah daripada baginda itu.”

RUMUSAN PETIKAN

BIL Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

1 Peri 1. hal, keadaan, sifat

2. berkata, berucap

3. jin (menyerupai perempuan yang cantik)

4. percuma (tidak dikenakan bayaran) 2 Tatkala ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu) 3 Berteguh-teguhan janji saling menyatakan setia kepada janji

4 Diceterakan cerita, ceritera

5 Empunya pemiliknya, tuannya

6 Busar busur; gergaji

7 Pendahan Lembing pendek (pisau) utk dilemparkan

8 Panji-panjinya panji-panji bendera (biasanya yg bersegi tiga panjang)

9 Sebermula 1. pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb)

2. awal atau asal

10 Mongmong 1. bunyi canang (gong); 2. gong; mungmung. 11 hubaya- hubaya 1. kata utk memperteguh nasihat (tegahan,

(6)

3. lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi (pula)

12 Nescaya tidak boleh tidak, sudah tentu

Maksud perkataan di dalam bahasa Melayu moden di atas adalah diambil daripada Kamus Dewan edisi empat. Awang Sariyan berpendapat bahawa perlambangan bunyi vocal di dalam bahasa Melayu klasik terbatas kepada tiga iaitu ‘i’, ‘a’, dan ‘u’ (daripada vokal bahasa Arab alif, ya dan wau) seperti contoh perkataan yang terdapat di atas iaitu ‘peri’ dan ‘panji-panjinya’.

Namun, dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu moden iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’, dan ‘u’ seperti contoh di atas iaitu ‘mongmong, busar dan empunya’. Dari segi bunyi konsonan pula, diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar ‘r’ yang jelas menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik contoh perkataannya adalah seperti busar, diceterakan dan sebermula. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.

Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden iaitu pengandaan menggunakan simbul ‘ – ‘ contohnya ialah “hubaya-hubaya dan berteguh-teguhan”. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi kosa kata pula ia amat berbeza dengan bahasa melayu moden. Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, dan masyghul. Dalam bahasa Melayu moden pula kosa katanya banyak menggunakan bahasa pinjaman dan dipengaruhi oleh perkembangan teknologi seperti komputer, televisyen, dan variasi. Menurut kajian Asmah haji Omar tentang kitab Aqai’id al-Nasafi (teks tertua Bahasa Melayu) menunjukkan hampir 82 peratus kosa kata bahasa Melayu klasik merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli.

(7)

seperti syahadan, maka, alkisah, hatta, arakian, kata sahibul hikayat, maka, tatkala dan adapun. Kata-kata pangkal itu digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian sebaliknya menggunakan penanda wacana bagi memberi kesinambungan isi di antara ayat, perenggan, dan bab. Contohnya seperti justeru, walaupun, dan namun.

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah”. Contohnya perkataan yang digandingkan dengan partikel ‘pun’ dan ‘lah’ ialah seperti “adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit yang bertapak kukuh dissebabkan aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam contohnya penggunaan bahasa Arab seperti “Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa, pahala, dan raja” .Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’ contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya contohnya ialah seperti ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.”. Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.

(8)

Syahadan gerseknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.

Jika dibandingkan dengan bahasa Melayu moden, perbandingan yang dinyatakan tidaklah terlalu berlebih-lebihan contohnya cantik seperti bidadari dan besar seperti gajah. Perkataannya lebih mudah dan ringkas.

Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan. Di dalam bahasa Melayu Moden, golongan kata terbahagi kepada 4 iaitu kata nama, kata kerja , kata adjektif, dan kata tugas. Di dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan imbuhan di dalam perkataan sama seperti bahasa Melayu moden. Begitu juga dengan kata ganda. Antara contoh di dalam Hikayat inderaputera ialah “ berteguh-teguhan dan diceterakan”.

2.0 PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU MODEN DARI SUDUT AYAT (SINTAKSIS)

(9)

Petikan daripada Hikayat Inderapura

BAB V : DUA GELIGA HIKMAT

Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik membesar seperti laut rupanya. Maka fikir Inderaputera, “Laut apakah lni gerangannya ?” Maka lalu dihampirinya akan tasik itu. Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan gerseknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. Maka Inderaputera melihat berbagai-bagai temasya. Maka Inderaputera pun berjalan di tepi tasik itu dan berbunyi suatu suara itu demikianlah bunyinya, “Hai Inderaputera, ingat-ingat tuan hamba.” Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara itu.Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka lalu diusir. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu. Maka dilihat oleh Jnderaputera itu mayat banyak terhantar di bawah pohon kayu itu. Maka berkatalah Inderaputera, “Hai mayat, tuan hambakah yang berseru-seru kan hamba ini.” Maka sahut mayat itu, “Bahkan. Adapun sebab hamba berserukan tuan hamba itu oleh seorang raksaksa di sini. Maka apabila ia keluar maka ombaklah tasik ini dan ia datang ke sisi hamba. Maka ditindih kepalanya hamba. Maka hamba pun tidurlah, antara tidur dengan jaga. Setelah itu maka tiadalah sedarkan diri.

(10)

BIL Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

2 Maka fikir Inderaputera, “Laut apakah lni gerangannya ?”

Inderapura berkata ‘ laut apakah ini? 3 Maka lalu dihampirinya akan tasik itu Lalu, dia menghampiri tasik itu. 4 Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya

itu daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah

Inderapura melihat pasirnya yang halus dan batunya yang berkilauan. 5 Maka dilihat oleh Jnderaputera itu mayat

banyak terhantar di bawah pohon kayu itu

Inderapura melihat banyak mayat terlantar di bawah pokok.

6 Maka lalu diusir. Lalu, dihalaunya.

7 Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara itu

Inderapura mendengar bunyi suara itu.

8 Maka berkatalah Inderaputera, “Hai mayat, tuan hambakah yang berseru-seru kan hamba ini.”

Inderapura berkata “ Hai mayat, kamukah yang memanggil hamba”. 9 Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang

pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka lalu diusir. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu.

Inderapura melihat ke kiri dan ke kanan tetapi tiada seorang pun manusia. Kemudian, dia ternampak sepohon pokok di tepi tasik.

10 Maka ditindih kepalanya hamba Kemudian, kepala saya ditindih. 11 Maka hamba pun tidurlah, antara tidur

dengan jaga

Maka, saya pun tidur-tidur ayam. 12 Setelah itu maka tiadalah sedarkan diri. Kemudian, dia tidak sedarkan diri.

(11)

:-Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka lalu diusir. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu.

Dalam bahasa Melayu Klasik, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contohnya

:-Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah” contohnya perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun, bertitahlah, dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut :-

Maka hamba pun tidurlah, antara tidur dengan jaga.

Di dalam bahasa Melayu Moden pula, setiap ayat mesti mengandungi subjek dan predikat contohnya “Inderapura mendengar bunyi suara itu “. Ayat dalam bahasa Melayu Moden juga terbahagi kepada 4 iaitu ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Jenis ayat yang selalu digunakan di dalam pengucapan dan penulisan adalah ayat penyata. Penggunaan dialog masih digunakan sehingga hari ini sama seperti bahasa Melayu klasik iaitu contohnya “Maka berkatalah Inderaputera, “Hai mayat, tuan hambakah yang berseru-seru kan hamba ini.”

3.0 RUMUSAN / KESIMULAN

(12)

mempunyai aksara sendiri. Masyarakat melayu pada zaman dahulu dan moden dikatakan telah mengenali huruf kerana mereka mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. Walaupun ayat-ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu Klasik panjang dan bersifat meleret-leret ia mampu menyedarkan pembaca kerana kebanyakkan penulisan mengandungi kata-kata bermakna.

Gaya Bahasa Melayu Klasik juga memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan menggunakan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan gaya bahasanya jelas kelihatan berunsur kearab-araban. Selain daripada itu, bahasanya juga

menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman dahulu. Kita boleh menggambarkan bagaimana keadaan yang pernah terjadi pada waktu dahulu. Bahasa Melayu Klasik juga bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini digunakan untuk penyebaran bahasa persuratan di Alam Melayu. Sistem tulisan ini mempunyai bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa yang digunakan ketika itu. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang iaitu bidang agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mempunyai pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Bahasa Melayu Moden adalah rentetan yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik. Ada yang menerima perubahan dan ada yang masih kekal sehingga ke hari ini. Antara cirri yang tidak digunakan di dalam penulisan bahasa Melayu Moden ialah bahasa istana, ayat songsang dan meleret-leret, dan penggunaan kata hadapan seperti al-kisah, hatta, dan arakian. Penggunaan kata hubung, kata sendi, kata tugas masih dikekalkan sehingga hari ini. Bahasa Melayu Moden mat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul. Ayat mesti mengandungi subjek dan predikat.Jika bahasa Melayu Klasik banyak pengaruh bahasa Arab dan Parsi, bahasa Melayu moden pula banyak pengaruh bahasa Inggeris kerana negara kita pernah dijajah oleh Inggeris sebelum merdeka dulu. Kini, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi di dalam pentadbiran, sistem perundangan dan sistem perundangan.

(13)

1. Sejarah Bahasa Melayu : fosee.mmu.edu.my/.../Sejarah_Bahasa_Melayu.doc

2. Mohd Rosli Mohd Salleh. Kumpulan PGSR Bahasa Melayu IPGM KKB : Bahasa Melayu Klasik (2012)

3. Cikgu Fadhil ;Bahasa Melayu Klasik (2011) :

http://cikgumuhammadfadhil.blogspot.com/2011/10/bahasa-melayu-klasik.html

4. Hikayat Ideraputra

mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/.../DHikayat.dir/doc.doc

5. Ellyieda. Bahasa Jiwa Bangsa: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu(2009)

6. Fariza Nurbaya (2008) dunia bahasa kita…SEjarah Perkembangan daan Asal Usul Bahasa Melayu (http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html

7. Kassim Ahmad (2008) Perkembangan bahasa Melayu Moden : http://jalantelawi.com/2010/05/perkembangan-bahasa-melayu-moden/

8. Cikgu Noor SGI (2010) Bahasa Melayu Moden 2 :

http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/bahasa-melayu-moden_08.html

9.Bahasa Jiwa Bangsa : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (2012)

http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html

10. Nik Safiah Karim et al. (2004). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan

bahasa dan Pustaka.

11. Hajah Noresah bt. Baharom. 2010. Kamus Dewan Edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pusaka.

Referensi

Dokumen terkait

Perumahan yang sehat tidak lepas dari ketersediaan prasarana dan sarana yang terkait, sepertipenyediaan air bersih, sanitasi pembuangan sampah, transportasi, dan

Fatwa ini sudah lama dibahas oleh DSN-MUI atas permintaan dari perbankan sebelum ada pergeseran tugas pengawasan perbankan dari Bank Indonesia kepada Otoritas Jasa Keuangan

India telah men-emban-kan proses bisnis outsour>in- (0,5! industri dan kompetensi masin-=masin-1 In&rastruktur teknolo-i dan kuali&ikasi serta motiasi

Setelah terjadinya kematian, tubuh akan mengalami perubahan –   perubahan, antara lain  perubahan kulit muka sebagai akibat dari berhentinya sirkulasi darah, relaksasi

Tujuan dari analisis kelayakan sistem adalah untuk mengetahui apakah sistem baru yang telah dibuat sudah layak atau belum.. Hal tersebut dimaksudkan agar sistem yang

Manajemen risiko lingkungan diPuskesmas adalah penerapan manajemen risiko untuk meminimalkan dampak yang ditimbulkan oleh aktifitas atau kegiatan di Puskesmas pada

Asbestosis adalah gangguan pernapasan disebabkan oleh menghirup serat asbes dalam jangka waktu yang lama, ditandai dengan pernafasan pendek yang diakibatkan oleh terbentuknya

Diharapkan kepada Pembaca yang melakukan proses enkripsi dan dekripsi file ataupun teks untuk menggunakan kunci yang lebih panjang dan lebih variatif antara huruf dan angka