• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan Minda Kelas Pertama Menurut

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembangunan Minda Kelas Pertama Menurut"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Abstrak

Minda kelas pertama bukan dinilai berdasarkan oleh banyak idealisme yang diberikan oleh

seseorang individu, tetapi meliputi peribadi dan sahsiah diri yang ditonjolkan oleh individu

tersebut kepada masyarakat awam. Minda kelas pertama juga tidak semestinya

berlatarbelakangkan prasarana yang dimiliki tetapi wajar memiliki ciri-ciri modal insan yang

mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan dunia. Justeru,

kejayaan negara sebenar bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki bukan sahaja dari

segi intelek, ilmu pengetahuan bahkan juga keperibadian kepimpinan.

Masalah jenayah kolar putih, pertelingkahan antara pemimpin semakin menimbulkan perasaan

kurang senang dalam kalangan masyarakat hari ini. Isu rasuah, menuding kesalahan antara satu

sama lain antara beberapa contoh senario pemimpin hari ini yang juga di dapati antara mereka itu

ialah beragama Islam. Justeru, pemikiran minda kelas pertama itu perlu wujud dalam kalangan

mereka terutamanya pemimpin memandangkan mereka peneraju negara untuk masa hadapan.

Teras kedua daripada lima misi nasional seperti yang digariskan kerajaan adalah untuk

meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas

pertama dalam kalangan rakyat bagi semua golongan. Apa yang akan dibincangkan di sini ialah

apakah ciri-ciri yang perlu untuk pemimpin untuk mempunyai pemikiran minda kelas pertama.

Oleh:

Sofia Elias ([email protected])

Khairul Hamimah M. Jodi ([email protected])

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Center For Languages & General Studies 16-5, Jln SS6/12

47301 Kelana Jaya

(2)

Pembangunan Minda Kelas Pertama Menurut Perspektif Islam. Satu Tinjauan dari Sudut Pemimpin

Oleh: Sofia Elias ([email protected]) & Khairul Hamimah M.Jodi ([email protected])

Abstrak

“Wise in thinking, Clear in talking, Calm in discussing, Skillful in persuading, Powerful in carrying out his duties”(Dr. Muhammad Al Buraey, 1991)

Malaysia hari ini banyak berdiskusi membincangkan tentang Pemikiran Kelas Pertama. Isu ini kembali hangat dibincangkan apabila Perdana Menteri Malaysia Kelima, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan suatu modul kepada rakyat iaitu Modal Insan. Menyedari bahawa modal insan adalah elemen terpenting di era ekonomi yang berlandaskan pengetahuan, kerajaan telah meletakkan modal insan sebagai teras kedua terpenting di dalam Misi Nasional 2006-2020. Kriteria modal insan yang diharapkan untuk mencapai Misi Nasional adalah insan yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Ini sejajar dengan perkembangan dan kemajuan Malaysia yang ingin bersaing di peringkat global dan perlu mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan produktif. Oleh itu, peralihan minda kelas ketiga kepada minda kelas pertama merupakan salah satu langkah untuk mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan yang bermutu tinggi. Maka proses pemupukan minda kelas pertama ini disasarkan kepada peringkat pendidikan awal hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu para pelajar, para pendidik, ibu bapa, pentadbir bahkan para pemimpin sendiri.

Perbincangan kertas kerja ini adalah berkenaan dengan kriteria seorang pemimpin yang memiliki atau boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang mempunyai pemikiran kelas pertama. Dalam era globalisasi ini yang berpaksikan pengetahuan yang meluas dari pelbagai aspek, kerajaan menyedari bahawa uasaha berterusan perlu diambil untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan sumber manusia samada di sektor perkhidmatan awam mahupun di sektor swasta. Pemimpin dan kepimpinan sejak lama telah ada dan merupakan elemen penting dalam suatu organisasi / kelompok, samada secara formal ataupun informal. Pemimpin telah lama menarik perhatain para ilmuan (scientiest) dan para pengamalnya, kerana istilah pemimpin itu sendiri sering dihubungkaitkan dengan orang-orang yang dinamik dan kuat, yang secara umumnya memimpin bala tentera, mengendalikan perusahaan samada besar atau kecil, atau menentukan arah suatu negara bangsa.

(3)

Pemimpin juga seorang ahli dalam kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruh dalam melaksana dan mencapai matlamat kumpulan dalam Hisham Altalib (1996).

Namun, persoalannya disini bukanlah ingin mengetahui bagaimana seseorang itu dilantik menjadi ketua atau apakah karekteristik seseorang yang dilantik menjadi pemimpin. Pokok persoalan disini ialah ciri-ciri pemikiran kelas pertama yang boleh diterapkan dikalangan pemimpin. Di dalam melihat pertumbuhan manusia aspek berfikir boleh menjadi petunjuk kepada pembangunan diri seseorang. Yang lebih penting adalah aspek berfikir yang dapat menyumbangkan kepada keefisienan dan keberkesanan dalam melakukan pekerjaan tertentu.

Islam mengakui kepentingan pemimpin kepada masyarakat manusia. Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa pemimpin sesuatu jemaah adalah pekerjanya. Oleh itu, seorang pemimpin hendaklah berkhidmat dan menolong orang lain menuju ke hadapan. Beberapa kriteria penting yang menggambarkan corak pemikiran tinggi dikalangan pemimpin menurut perspektif Islam ialah pemikiran saintifik, pemikiran berlandaskan sains Qurani, berfikir secara holistik, futuristik dan berfikiran secara realistik. Daripada analisis yang dikemukakan oleh Idris Zakaria (1986) dalam Aminuddin Mohd Yusoff (1999), terhadap konsep kenegaraan yang baik mengikut pandangan Al-Farabi seseorang pemimpin harus mempunyai keupayaan berfikir. Pemimpin adalah seorang ahli falsafah yang dengan kekuatan daya fikirannya mendapat ilham yang hampir menyamai wahyu. Bagi Al- Farabi, sesiapa yang dengan kekuatan fitrah mempunyai kekuatan melebihi orang lain terutama dari segi pemikiran boleh menjadi pemimpin yang berkeupayaan untuk memimpin, megajar, mendidik dan membimbing ummah ke jalan kesempurnaan dan kebahagiaan (Idris Zakaria, 1986). Selain itu, para fuqaha dan ulama Islam telah menjelaskan bahawa salah satu syarat untuk menjadi khalifah atau pemimpin Islam hendaklah mempunyai ilmu yang membolehkannya berijtihad. Disamping itu hendaklah pemimpin mempunyai pandangan yang jauh dan bijaksana dalam pimpinan dan menguruskan negara atau organisasi.

(4)

Kepimpinan dalam Islam

Islam mengakui kepentingan pemimpin kepada masyarakat manusia. Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa pemimpin sesuatu jemaah adalah pekerjanya. Oleh itu, seorang pemimpin hendaklah berkhidmat dan menolong orang lain menuju ke hadapan. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut (Hisham Altalib, 1996) ;

A. Setia (Wala)

Pemimpin dan pengikut terikat dengan wala terhadap Allah. B. Matlamat Islam yang menyeluruh (Global)

Pemimpin melihat matlamat organisasi bukan sahaja berdasarkan kehendak kumpulan tetapi dalam skop objektif Islam yang luas.

C. Mengikut Syariah dan Akhlak Islam

Pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan Islam dan boleh terus memegang amanah kepimpinan selagi ia mengikut perintah Syariah. Semasa mengendalikan urusannya ia mesti patuh kepada adab-adab Islam khususnya semasa berurusan dengan mush atau lawan. D. Memberi Thiqah

Pemimpin menerima kuasa sebagai amanah dari Allah yang disertai oleh tanggungjawab yang besar. Al-Quran menyaranakan pemimpin supaya melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah dan menunjukkan kabaikan kepada pengikutnya.

Perbincangan (Hisham Altalib di dalam bukunya Panduan Latihan bagi Petugas Islam 1996 : 63), beliau benpendapat bahawa walaupun pengertian kita terhadap kualiti pemimpin berbeza, kita dapat perhatikan bahawa setengah-setengah orang dapat mempengaruhi orang lain dengan bekesan, manakala yang lain tidak dapat melakukannya. Faktor-faktor yang ditemui untuk menjelaskan sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin dibahagikan kepada tiga iaitu ;

a. ciri-ciri yang dibuktikan melalui penyelidikan saintifik, b. ciri-ciri yang diambil daripada pengalaman eksekutif dan c. ciri-ciri yang dinyatakan oleh pengikut.

A. Faktor-faktor yang dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.

Faktor-faktor ini biasanya diperolehi daripada projek penyelidikan yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin yang berjaya, pengurus-pengurus perniagaan, dan usahawan-uasahawan :

1. Kemampuan Mental : Dia tidak semestinya seorang yang mempunyai kecerdasan yang luar biasa.

2. Minat dan Kebolehan yang luas : Dia bukan sahaja aktif dalam satu bidang sahaja. Dia mempunyai kefahaman yang luas, kecenderungan yang banyak dan pelbagai. Dia seorang yang peka dan mempunyai minat yang luas terhadap kerja-kerja yang melibatkannya secara langsung, termasuk pelbagai perkara dan aktiviti penting di persekitarannya. Jelasnya dia seorang yang dikurniakan kelebihan yang luas.

3. Kemahiran Komunikasi : Salah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah “Orang yang paling fasih berbahasa Arab”. Dalam setiap revolusi orang yang dapat menyampaikan sesuatu dengan baik boleh memimpin.

(5)

5. Kekuatan Motivasi : Dorongan tenaga inisiatif, ketabahan, keupayaan memuliakan diri sendiri dan pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin yang kuat. Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha yang lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

6. Kemahiran sosial : Pemimpin mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama ada jelas atau tidak; dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan. 7. Keupayaan Mentadbir : Kebolehan membayang, memulakan, merancang, menyusun, mengarah, menyelesaikan, menilai orang lain, memilih, mengajar, merangsang, mengkaji, meneliti, memerhati, memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh, meringkaskan, memutuskan, memastikan kerja dilaksanakan; perkara-perkara ini merupakan kamhiran yang dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi.

B. Faktor-faktor yang diambil daripada Pengalaman Eksekutif.

Faktor-faktor yang berikut telah dikutip daripada pengalaman para eksekutif, pemimpin dan pengurus perniagaan:

i) Kualiti : Para pemimpin seharusnya mempunyai sifat-sifat yang berikut : 1. Akhlak

2. Daya imaginasi

3. Berfikiran sebagai pengurus 4. Sikap adil kepada semua 5. Minat dalam pelbagai bidang 6. Berfikiran sebagai seorang pendidik 7. Emosi yang matang

8. Berfikiran sebagai perancang 9. Menghormati diri sendiri /orang lain 10. Tekun

17. Penulisan dan percakapan yang jelas 18. Logikal

24. Kesetiaan kepada semua yang patut 25. Sifat kemanusiaan

ii) Ilmu pengetahuan : Seorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalam perkara seperti berikut

1. Matlamat, prinsip dan objektif organisasi 2. Struktur dan orientasi organisasi

3. Tugas dan tanggungjawab

4. Polisi, amalan dan peraturan organisasi 5. Asas-asas ekonomi

6. Prinsip dan kaedah pengurusan secara saintifik 7. Hasil, proses dan bidang organisasi

8. Perancangan, penjadualan dan pengawasan 9. Keperluan dan kawalan kos

10. Bidang profesional, kerja dan teknikal 11. Keperluan dan kawaln kos

12. Bidng profesional, kerja dan teknikal 13. Keperluan dan kawlan mutu

14. Asas matematik, bahasa dan sains 15. Undang-undang yang penting

(6)

17. Keperluan dan kekuatan peribadinya 18. Seni dan sains pemikiran kreatif

19. Prinsip dan kaedah perhubungan sesama manusia

20. Pemilihan dan perletakan alat, kaedah serta prinsip-prinsip 21. Prinsip-prinsip latihan, bahan dan kaedah

22. Sistem penghargaan dalam organisasi 23. Penjagaan mesin, peralatan dan bahan 24. Fungsi kakitangan dan pelbagai unit 25. Komunikasi

26. Keselamatan di rumah, di tempat kerja dan semasa rehat 27. Manusia, peralatan, bahan dan kaedah

28. Mendapatkan penghasilan yang tinggi, berkualiti dan kos yang murah.

iii) Kemahiran : Seorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran dalam bidang- bidang yang berikut,

1. Pemikiran kreatif

2. Perancangan, pengurusan, perlaksanaan dan tindakan susulan 3. Pengajaran dan latihan

4. Mengarahkan kerja

5. Persiapan bahan, peralatan dan bekalan 6. Pemilihan dan penempatan kakitangan 7. Pemakluman kepada kakitangan 8. Penjagaan kualiti

9. Pengurangan atau pembasmian pembaziran 10. Pengawalan kos

11. Keperluan dan penjagaan mutu

12. Perlaksanaan polisi, kontrak dan peraturan 13. Menjaga kebajikan dan amalan pekerja 14. Kerjasama dengan pihak lain

15. Penyimpana rekod

16. Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang 17. Pengendalian kecemasan

18. Penjagaan rumah yang baik

19. Pembelajaran untuk memperbaiki diri secara berterusan 20. Mengemaskini makltmat

21. Menjadi contoh yang baik

(7)

Kriteria Pemimpin Pemikiran Kelas Pertama. Satu Cadangan

Berfikir Holistik

Berfikir holistik bermakna berfikir secara menyeluruh dengan melihat kepada semua aspek. Berfikir holistik memerlukan kita meneliti, mengkaji dan membuat kesimpulan terhadap satu isu berasaskan maklumat dan fakta yang lebih baik dan menyeluruh. Ini secara tidak langsung dapat membimbing seseorang berfikir dengan betul, mencari pendekatan yang tepat dan menghasilkan natijah yang lebih sempurna1.

Masalah salahguna dadah, AIDS/HIV sebagai contoh hari ini memerlukan pemikiran dan penyelesaian secara holistik. Menawarkan penagih tegar kondom, jarum2 dan metadon3 tidak boleh menyelesaikan masalah secara keseluruhan. Ini mungkin boleh mengawal penggunaan secara sistematik tetapi tiada jaminan boleh mengatasi masalah yang berbangkit secara berkesan4. Berfikir secara holistik boleh membawa berfikir kepada dua perkara. Pertama, mengenal pasti sebab permasalahan ini. Kedua, mencarai pendekatan terbaik secara jangka pendek dan juga secara jangka panjang. Sebab utama permasalahan ini ialah kerosakan cara berfikir. Dalam Islam, tradisi pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati wajar dijadikan panduan kepada pemimpin.

Pemimpin yang berfikiran holistik, dapat melihat masalah ini dengan berfikir secara jauh, tidak gopoh dalam membuat penilaian dan membuat keputusan. Berfikir secara futuristik dan diseimbangi dengan maklumat, data dan fakta yang seimbang dapat menambahkan lagi kualiti pemimpin yang cemerlang, disegani dan dihormati.

1

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Holistik’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba

_03.htm 20/7/06- khamis 2.14pm

2Program ini telah bermula Januari 2006. Lihat ‘Jarum, Kondom Percuma Mulai Januari’, Laman web

Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fn egeri&pg=dn_01.htm&arc=hive 5/9/2005

3

Metadon ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi diambil secara oral

(melalui mulut). Antara kesan positifnya ialah dari segi pengurangan risiko dalam membendung jangkitan HIV kerana ia tidak perlu disuntik seperti dadah heroin lantas tidak akan berlaku perkongsian jarum. Untuk lebih lanjut lihat: ‘Apa itu Metadon’, laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fkhas&pg=l

k_02.htm&arc=hive bertarikh 11/10/2005. Rawatan ini mula diperkenalkan pada penagih pada bulan Oktober 2005.

Lihat ‘Rawatan Metadon Bermula Bulan Ini’ Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fkhas&pg=l

k_01.htm&arc=hive 11/10/2005. rawatan ini menelan kos berjumlah RM1.6juta.

4

Walaupun ada di antara penagih yang mengakui metadon mengurangkan ketagihan namun laporan menunjukkan seramai 10,949 penagih dadah baru dikesan di seluruh negara sejak Januari hingga Mei tahun 2006 iaitu peningkatan sebanyak 4.5 peratus berbanding 10,473 orang dalam tempoh sama tahun 2005. Lihat ‘Penagih dadah baru bertambah di seluruh negara’. Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0718&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=

dn_09.htm&arc=hive 18/7/2006 dan Kementerian Kesihatan menganggarkan 300,000 warga Malaysia akan dijangkiti

HIV/AIDS menjelang tahun 2015. Lihat ‘300,000 dijangka dijangkiti HIV/AIDS tahun 2015’, Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=

dn_07.htm&arc=hive 13/3/2006. Ini diperkukuhkan lagi laporan akhbar bertarikh 7/6/2007 menyatakan 30% belia,

remaja positif HIV. Lihat 30 peratus belia, remaja positif HIV’, Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn

_09.htm 7/6/07

(8)

Berfikir Islami

Manusia berfikir berdasarkan apa yang dilihat, diketahui, dibaca, didengari, ditonton dan ditatap apa sahaja dalam kehidupan. Walaubagaimanapun Islam tidak sahaja mengajar berfikir asal berfikir, tetapi berfikir harus mengandungi maksud dan dihubungkan dengan sumber dan isi agar lebih bermakna. Ini secara tidak langsung akan membawa kepada asas perimbangan. Perimbangan memerlukan perkara maaruf dan mungkar, khabar berita dan peringatan, salah dan benar, berpahala dan dosa. Natijahnya, manusia amnya dan pemimpin khususnya akan berfikir lebih baik dan membawa satu sumbangan yang baru5.

Berfikir Islami mestilah bersandarkan kepada faktor akidah, ibadat, akhlak serta syariah6. Akidah yang mantap akan memberi kesan kepada ibadat. Akhlak pula akan memberi asas nilai nilai dalam berfikir, dan syariah pula akan dipandu oleh wahyu dan fikiran manusia akan dipimpin oleh elemen-elemen tersebut. Jika dilihat orang Barat berfikir satu ‘benda’ hanya dalam satu batasan benda, tetapi orang Islam berfikir disebalik ‘benda’ itu berlaku dan mengaitkannya dengan satu kejadian, penciptaan dan hikmah disebalinya. Sebagai contoh masalah bencana alam sekitar7, masalah pergolakan sosial dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu berfikir secara Islami memerlukan ilmu pembangunan insan. Ukuran kemajuan Islam bukanlah berdasarkan kemajuan benda semata-mata kerana benda itupun asalnnya merupakan ciptaan Allah juga. Hanya benda-benda yang diolah dengan baik akan berguna sekiranya faktor keinsanan itu diambil kira dan ini akan selaras dengan kemajuan Islam itu sendiri yang juga mementingkan kualiti manusianya yang amanah, jujur, adil dan bijaksana.

Berfikir Secara Kreatif

Berfikir secara kreatif memberi maksud idea asas dikembangkan, ditumbuhkan dan akhirnya mengeluarkan idea-idea baru bagi satu masalah atau keadaan. Berfikir secara kreatif ini boleh membawa seseorang kepada jalan yang baik dan tidak baik. Seorang pemimpin bukan sahaja akan menerima cadangan daripada pekerja bawahannya tetapi dia juga akan mencari, mengumpul

5

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Islami’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba

_02.htm 10/8/06- khamis

6

Dr. Sidek Baba, Ibid

7 Kejadian tanah runtuh contohnya yang berkaku pada 22 Mac 2006 di Presint 9, Putrajaya yang dikatakan

berpunca daripada kenaikan paras air bawah tanah dalam cerun bukit bersebelahan. Lihat ‘Paras air bawah tanah naik punca tanah runtuh’, Laman web Utusan Online :

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fn egeri&pg=dn_04.htm&arc=hivebertarikh 31/3/2007 dan Lihat ‘200 bertempiaran lari, tanah runtuh di Putrajaya’, Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0323&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fh adapan&pg=mh_02.htm&arc=hive bertarikh 23/3/2007. begitu juga kes tanah runtuh di lereng bukit berhampiran rumah kakitangan Syarikat Bekalan Air (Syabas) di Jalan Sultan Salahudin pada 4/5/2007 yang dikatakan berpunca daripada kebocoran paip air di tepi kediaman berkenaan. Lihat ‘Tanah runtuh, 4 keluarga selamat’, Laman web Utusan Online:

(9)

bukti, membuat kajian dan penyelidikan, berbincang dan meminta pendapat daripada orang lain dan akhirnya membuat analisis dan mencari jawapan terhadap permasalahan yang berlaku8

Jika kita lihat bagaimana Barat membangun, mereka melakukan dominasi dalam kreativiti sains dan teknologi. Cara ini diikuti oleh Jepun sehingga mengangkat martabat negara mereka dan disegani oleh Barat sendiri. Seterusnya ditiru oleh Cina dan India untuk menjadi negara maju dan berkuasa besar. Seharusnya tindakan ke arah kebaikan ini diambil oleh pemimpin negara kita untuk memakmurkan dan memajukan sektor-sektor yang agak ketinggalan seperti pertanian, penciptaan jentera dan kenderaan berat, bioteknologi dan sebagainya.

Masalah sosial yang semakin menjadi-menjadi seperti isu mat rempit memerlukan pendekatan yang kreatif untuk menangani masalah ini. Daripada memperkenalkan sukan malam9 untuk mereka lebih baik melatih mereka untuk sukan berbentuk ekstrim dan menjadikan mereka sebagai wakil negara Malaysia ke peringkat antarabangsa. Jika kita boleh memanupulasikan kekreatifan mat rempit ini dengan mengubah suai motor mereka, Kementerian Belia dan Sukan bolehlah membina Institut Kemahiran Penciptaan Kenderaan Bermotor misalnya, dengan mengambil mat rempit ini sebagai tenaga kerja dan menghasilkan penciptaan motor baru berjenama Malaysia atau mengadakan kerjasama dengan pihak media elektronik untuk mewujudkan program realiti ‘siapa paling kreatif’.

Sehubungan dengan itu, pemimpin yang berfikiran kreatif mampu untuk menangani permasalahan negara, membuat dasar dan undang-undang dengan lebih teliti dengan mengambil kira dari pelbagai sudut.

Berfikir Qurani

Al-Quran merupakan sumber ilmu dan hikmah. Daripadanya terdapat banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran, terdapat juga prinsip untuk dijadikan sumber ikutan dan pedoman untuk dijadikan amalan. Al-Quran merupakan pintu mengajak manusia berfikir tentang diri, alam kejadian dan kehidupan yang secara tidak langsung al-Quran banyak mengajar manusia berfikir.

Berfikir Qurani bermaksud bagaimana menjadikan sumber, hukum, pengajaran dijadikan pedoman berfikir tentang sesuatu10. Sebagai contohnya sekiranya tidak berusaha pasti tidak akan berjaya. Al-Quran banyak mengajar kita bagaimana untuk berjaya dalam kehidupan yang termasuk juga kerjaya kita. Antaranya ialah sabar, amanah, jujur, berterus terang, memberi manfaat kepada orang lain dan yang paling penting berusaha, diikuti berdoa dan bertawakal. Sekiranya pemimpin berfikir begini pasti negara tidak akan menghadapi pelbagai masalah dalam kalangan pemimpin lebih-lebih lagi apabila tiba waktu pemilihan wakil, mesyuarat agung, perlantikan jawatan dan sebagainya.

8 Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir kreatif’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0629&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=

ba_03.htm&arc=hive 29/6/2006, Khamis

9Herman Hamid, ‘Program sukan malam dua kali sebulan’, Laman web Utusan

Online :

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0211&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fn egeri&pg=dn_10.htm&arc=hive 11/2/2007, Ahad

10

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir

Qurani’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba

(10)

Al-Quran mengandungi sumber ilmu kemasyarakatan, politik, pentadbiran, kekeluargaan, alam persekitaran, pendidikan dan lain-lain. Pemimpin seharusnya menghayati dan memahami seterusnya menerapkan sumber-sumber tersebut di dalam diri mereka untuk memastikan mereka terus menerajui pucuk pimpinan negara.

Punca segala masalah kini berkait rapat dengan akhlak manusia. Tanpa akhlak, manusia akan menghadapi maslah dalam kehidupan. Sebab itu al-Quran memberikan pedoman tentang pergaulan, kekeluargaan, muamalah supaya menjadi tunjang dalam pembinaan diri, keluarga dan masyarakat. Malah Nabi Muhmammad s.a.w sendiri diutus untuk bertujuan untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sewajarnya dicontohi oleh pemimpin bagi memastikan negara maju menurut kehendak Islam itu sendiri.

Kesimpulan

Minda merupakan anugerah Allah yang agung kepada manusia. Daripadanya dapat membezakan manusia dan haiwan, daripadanya juga manusia dapat menguasai dunia sama ada memakmurkan atau sebaliknya. Bahkan pada zaman ini kekuatan yang utama dalam menentukan kejayaan kepada sesuatu bangsa mahupun negara adalah keupayaan minda mereka.

Apa yang menjadi maslah dalam dunia Islam kini, majoriti umat Islam tidak menggunakan minda mereka sebaik yang mungkin, tetapi hanya menggunakan minda mereka dalam lingkaran yang sempit. Hasilnya, umat Islam hidup hidup dalam kesempitan sekalipun mereka berada dalam negara yang luas. Situasi ini terjadi apabila diri mereka dikongkong oleh pemikiran-pemikiran yang negatif dan statik.

(11)

Bibliografi

A. Mohd Rahimin Sihat, ‘Berhijrah kepada minda kelas pertama’, Laman Web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec= Rencana&pg=re_03.htm ,19/1/2007, Jumaat

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Holistik’, Laman Web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_03.htm 20/7/06- khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Islami’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 10/8/06- khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Kreatif’, Laman Web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0629&pub=utusan_malaysia&sec=bi cara%5Fagama&pg=ba_03.htm&arc=hive 29/6/2006 - khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Proaktif’, Laman Web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 2/8/06 kamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Rasional’, Laman Web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

6/7/06- khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Saintifik Qurani’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 7/9/06 khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Celik Minda Celik Hati’, Laman Web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 11/1/07 kamis

Dr. Sidek Baba, ‘Membina Kemahiran Berfikir’, Laman Web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_01.htm 2/11/06 khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Qurani’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 18/8/06-khamis

Herman Hamid, ‘Program sukan malam dua kali sebulan’, Laman web Utusan Online :

(12)

Laman Web Utusan Online:

‘Jarum, Kondom Percuma Mulai Januari’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=d alam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive, 5/9/2005, Isnin

‘Apa itu Metadon’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=la poran%5Fkhas&pg=lk_02.htm&arc=hive , 11/10/2005, Selasa

‘Rawatan Metadon Bermula Bulan Ini’

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=la poran%5Fkhas&pg=lk_01.htm&arc=hive ,11/10/2005, Selasa

‘Penagih dadah baru bertambah di seluruh negara’.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0718&pub=utusan_malaysia&sec=d alam%5Fnegeri&pg=dn_09.htm&arc=hive, 18/7/2006, Selasa

‘300,000 dijangka dijangkiti HIV/AIDS tahun 2015’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=d alam%5Fnegeri&pg=dn_07.htm&arc=hive ,13/3/2006, Isnin

30 peratus belia, remaja positif HIV’,

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm ,7/6/07, Khamis

‘Paras air bawah tanah naik punca tanah runtuh’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=d alam%5Fnegeri&pg=dn_04.htm&arc=hive ,31/3/2007, Sabtu

‘200 bertempiaran lari, tanah runtuh di Putrajaya’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0323&pub=utusan_malaysia&sec=m uka%5Fhadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive , 23/3/2007, Khamis

‘Tanah runtuh, 4 keluarga selamat’,

Referensi

Dokumen terkait

Ketika syarat dan Rukun pernikahan tersebut telah terpenuhi maka pernikahan tersebut sah menurut Ajaran Islam meski dilakukan secara siri (diam-diam) maupun ramai-ramai, akan

Menyatakan bahwa skripsi yang berjudul “Studi Motivasi, Persepsi Dan Konsumsi Minuman Energi Serbuk Di Kalangan Karyawan Bagian Produksi PT Kurnia Adijaya Mandiri

Sampai saat ini, berdasarkan penelitian kepada masyarakat yang kehilangan salinan akta dan minuta akta yang simpan pada notaris juga musnah akibat tsunami serta notaris

Pengaruh Temperatur Annealing Terhadap Struktur, Sifat listrik dan Sifat Optik Film Tipis Zinck Oxide Doping Alumunium (ZnO:Al) Dengan Metode DC Magneton

Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan atas sebarang sebab jua bertanggungjawab atas kerosakan yang dialami atau

Kinerja auditor merupakan hasil kerja yang dicapai oleh auditor dalam melaksanakan tugasnya sesuai dengan tangung jawab yang diberikan kepadanya, dan menjadi salah satu tolak ukur

Gejala klinis gizi buruk ringan dan sedang tidak terlalu jelas, yang ditemukan hanya pertumbuhan yang kurang seperti berat badan yang kurang dibandingkan dengan anak