Kebudayaan dan kesusasteraan :Budaya Material dan Budaya Bukan Material
Budaya material adalah terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Budaya material meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata, pakaian, makanan, sekolah dan sebagainya.
Menurut buku “Makna Budaya dalam Komunikasi Antarabangsa oleh Dr. Alo Liliweri, dalam sejarah manusia yang panjang, generasi ke generasi, orang menciptakan mode pakaian, menu makanan, bentuk rumah, dan variasi peralatan rumah tangga sebagai hasil dari kebebasan dan kesabaran manusia untuk mencipta, dan menjadi simbol kehidupan manusia yang produktif .
Yang dimaksudkan dengan budaya material adalah objek material yang dihasilkan oleh manusia mulai dari peralatan yang sederhana, peralatan rumah tangga, mesin-mesin automotif, hingga instrumen yang digunakan dalam penyelidikan. Produk-produk itu merupakan bahagian penting untuk mendukung aktivitas kehidupan manusia setiap hari. Dengan demikian, anggota budaya suatu masyarakat selalu berusaha dengan cara berbeza-beza untuk meningkatkan pengetahuan dan ketrampilannya agar produk-produk material itu digunakan untuk mempertahankan hidup. Berikut adalah merupakan contoh budaya material seperti pakaian iaitu baju kurung, dan baju melayu , makanan tradisi melayu yang
menggunakan banyak lengkuas dan serai dan senjata iaitu keris dan pendang.
Budaya bukan material pula berkaitan dengan perkara-perkara yang abstrak yang tidak wujud secara fizikal. Ada pula budaya bukan material yang digunakan sebagai rujukan perilaku masyarakat. Misalnya simbol, bahasa, nilai, dan norma. (Noran Fauziah, 1987, Eshleman & Cashion, 1985). Kewujudan budaya bergantung kepada kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat . Hal ini boleh dilihat pada masyarakat zaman batu . Oleh itu, ahli antropologi budaya mengkaji simbol sebagai satu unsur budaya. Seterusnya, bahasa merupakan satu kaedah yang terbaik kerana banyak perkara boleh diterangkan dan disampaikan . Bahasa merupakan asas kepada budaya dan penting kepada masyarakat. Kemudian, nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Nilai menjadi sebahagian daripada personaliti diri seperti pantang larang dan kepercayaan yang diamalkan dalam kehidupan. Serta, budaya bukan material disertakan dengan norma. Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku. Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang ditegah dan sebagai kawalan dengan
mengadakan hukuman atau denda bagi mereka yang melanggarnya.