• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dala

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dala"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dalam merealisasikan pendidikan tanpa diskriminasi Oleh:Nur Bayyinah BT Rafus

Proses inklusif memberikan peluang mengikut keperluan kepada semua murid melalui pembelajaran, budaya, komuniti dan tanpa pengecualian berkaitan pendidikan.

(UNESCO,2005)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan tiada murid yang tercicir dan dinafikan hak daripada mendapat pendidikan berkualiti dan inklusif. Menurut Bahagian Pendidikan Khas membangunkan golongan murid berkeperluan khas (MBK) terbukti tidak meletakkan mereka sebagai liabiliti sebaliknya menjadi sebahagian daripada sumber modal insan negara (Utusan Malaysia, 2017). Hal ini bagi mengelakkan pendiskriminasian kelak kepada golongan ini untuk mendapat pekerjaan dan bersaing dengan manusia normal. Pendidikan Inklusif bermaksud program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama dengan murid lain dalam kelas yang sama. Murid berkeperluan khas yang dimaksudkan merujuk kepada murid bermasalah pembelajaran namun memenuhi syarat dan dapat menerima pembelajaran seperti murid normal. (Norliah, Hanafi, Yasina, 2016). Solusi kepada pendidikan tanpa diskriminasi ini membolehkan MBK menyertai 2 jenis program bergantung kepada syarat yang mereka penuhi iaitu inklusif separa dan inklusif penuh. matlamat pendiudikan inklusif adalah meningkatkan peluang peneyrtaan murid MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama dalam arus perdana.

(2)

ini untuk mewujudkan kerjasama dan mengelakkan murid MBK daripada merasa terpinggir. Mengikuti kelas aliran perdana dalam keadaan terpinggir masih mewujudkan pendiskriminasian kepada MBK.

Faktor kejayaan kedua adalah pentadbir dan guru. Mereka ini merupakan pelaksana kepada dasar kerajaan. Tanpa bantuan mereka, maka dasar yang ditetapkan hanya menjadi perancangan semata-mata. Pentadbir perlu mewujudkan suasana pendidikan inklusif di sekolah dengan cara memahami dan memprakikkan nilai menghormati perbezaan melalui rutin. (Lee dan Sailajah, 2018). Pentadbir perlu memberi sokongan seperti struktur pengkongsian maklumat , peruntukan sumber dan staf. Guru kelas aliran perdana dan guru pendidikan khas mestilah bersama-sama mengambil peranan dalam mewujudkan kerjasama. Hal ini seterusnya agar mereka dapat memberikan komitmen apabila tanggungjawab dipikul bersama. Mereka perlu dikurangkan beban tugas dalam aliran perdana agar lebih fokus dan dapat mewujudkan inisiatif menambah pengetahuan menjayakan program ini. Kesediaan guru-guru menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) untuk memenuhi kehendak MBK sangat penting. Oleh itu, guru dalam latihan dan dalam perkhidmatan perlu diberi latihan dan pemahaman yang mendalam. Walaupun seorang guru bersikap positif dan menerima kehadiran MBK, namun jika tiada kemahiran dan latihan , keperluan akademik, sosial dan emosi MBK tidak dapat dipenuhi. (UNICEFF, 2014). Guru yang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman asas akan menggunakan teknik dan kaedah pdp yang sama untuk semua murid tanpa mengambil kira keupayaan dan potensi murid PPI. Kesannya, murid tidak dapat menyiapkan tugasan dan ketinggalan. Bilangan murid dalam kelas biasa juga perlu dikurangkan. Walaupun syarat pendidikan inklusif adalah 35 orang murid bagi 1 kelas, namun pada disember 2017 terdapat laporan kesesakan kelas pendidikan inklusif disiarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia , Datuk Mahadzir Khalid ketika melawat sekolah Guru Besar SK Bandar Seri Putra .

(3)

kurang bermanfaat dan pendidikan hanyalah diperlukan untuk memenuhi kebajikan dan bukannya hak pendidikan. Justeru, pandangan dan pemahaman negatif seperti ini menyukarkan kejayaan PPI.

(4)

Rujukan

Noriati A. Rashid, Boon., P. Y., Sharifah, Zuraidah. (2017) Budaya dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Laporan Awal. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia

Kamil M. (2017, Oktober 27). Pendidikan Khas realisasi matlamat inklusif. Utusan Malaysia.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pendidikan-khas-realisasi-matlamat-inklusif-1.543543

Norliah, M., Amina, Mohd, H., & Mohd Y. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015 . Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016

UNICEF, 2014, The Right of Children with Disabilities to Education: A Rights-Based Approach to Inclusive Education. Retrived from

https://www.unicef.org/malaysia/InclusiveEducationMalaysia_-_v4_27_May_2014.pdf

Referensi

Dokumen terkait

Populasi penelitian ini berjumlah 30 orang dengan sampel 30 orangdengan metode pengambilang simple random sampling, data analisis univariat menggunakan tabel distribusi

Kompetensi inti (core competence), yaitu kompetensi yang wajib dimiliki oleh seorang pustakawan, seperti pengetahuan tentang ilmu perpustakaan, pemahaman tentang

Perjanjian Internasional antara Pemerintah Indonesia dan Jepang tentang Joint Crediting Mechanism untuk Kemitraan Pertumbuhan Rendah Karbon merupakan

1) Analisis Overpressure dari suatu peralatan bertekanan serta perhitungan yang akurat terhadap luas area orifice dari suatu relief valve yang akan dipasang pada peralatan

Pedoman Umum disusun sebagai acuan dalam pelaksanaan Gerakan Nasional Peningkatan Produksi dan Mutu Kakao. Hal yang sangat strategis untuk keberhasilan Gerakan

Berdasar- kan hasil pertumbuhan dan perhitungan jumlah koloni yang tumbuh pada permukaan media sabouroud dextrose agar dapat diten- tukan bahwa Konsentrasi Bunuh

Jika Bank menentukan tidak terdapat bukti obyektif mengenai penurunan nilai atas aset keuangan yang dinilai secara individual, baik untuk aset keuangan tersebut

Namun, jika titik-titik pasangan data tersebar satu sama lain, maka persamaan linier yang baik untuk mengestimasi nilai variabel dependen adalah persamaan linier yang