• Tidak ada hasil yang ditemukan

kertas kerja pelancaran 1m1s melalui senarobik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "kertas kerja pelancaran 1m1s melalui senarobik"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

SEKOLAH KEBANGSAAN

KERTAS KERJA PELANCARAN 1M1S

(senamrobik)

TARIKH

MASA

7.20 PAGI – 8.50 PAGI

TEMPAT

(2)

1.0 PENDAHULUAN

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada

pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi

memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui

senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke

tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan

tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang

yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping

memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Aktiviti fizikal seperti senamrobik

merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru

dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui

aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal

seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal

yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan

dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh

meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik

merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan

senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik,

kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga

meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan,

keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

(3)

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress

serta meningkatkan kekuatan fungsi otak

2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit

jantung dan pembuluh darah.

2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

.3.0 MATLAMAT

(4)

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:

4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;

4.2 melibatkan penyertaan semua murid;

4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; 4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

6.0 MASA

7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPAT

DATARAN PERHIMPUNAN

8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:

8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta);

(5)

8.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.20 pagi : Semua Peserta/Murid berhimpun dalam barisan mengikut kelas masing-masing

: Bacaan Doa : Gimik Pelancaran

8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula.

8.50 pagi : Bersurai

10.0 BELANJAWAN

BIL BUTIRAN RM

1. T-Shirt Pasukan Senamrobik

15 orang X RM 15 225.00

(6)

11.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT GURU BESAR

PENGERUSI PK KO-KURIKULUM

SETIAUSAHA / PENYELARAS

AHLI JAWATANKUASA DISIPLIN / KAWALAN MURID

(7)

TAHUN 2 : TAHUN 3 :

TAHUN 4 : TAHUN 5 : TAHUN 6 :

P.A.SISTEM

PERSIAPAN TEMPAT / KEBERSIHAN

Referensi

Dokumen terkait

Pelaksanaan program Abakus dan Aritmetik Mental di semua sekolah rendah di seluruh negara bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan dengan serta merta kerana

Pelaksanaan program Abakus dan Aritmetik Mental di semua sekolah rendah di seluruh negara bukanlah suatu perkara yang boleh dilakukan dengan serta merta kerana

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.. Aktiviti

Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan murid.. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan

v Kajian ini sesuai dijalankan di sekolah kerana ianya dapat mempelbagaikan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran guru untuk mengajar sesuatu kemahiran gimnastik di samping dapat

Pameran Seni Visual ini merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh semua pihak agar kesenian dan nilai intelektual yang terdapat di dalamnya dapat dikongsi

Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang sesuai dan

Seterusnya, membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan dapat memberi peluang kepada semua