• Tidak ada hasil yang ditemukan

laporan EIA pusat peranginan tasik cenderawasih

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "laporan EIA pusat peranginan tasik cenderawasih"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

1)

PENGENALAN 1.1)

Pengenalan Syarikat

SYARIKAT BLACKWHITE CONSTRUCTION SDN. BHD merupakan syarikat berdaftar di Malaysia dengan nombor pendaftaran syarikat (No. 2345678). Syarikat ini mula ditubuhkan pada 25 April 1989 oleh Yb. Dato’ Hamdan Bin Hassan, Yb. Dato’ Nik Othman Bin Chik dan Dato’ Seri Md. Rashid Bin Ahmad dan kini diterajui oleh Tan Sri Mohamad Saifulnizam Bin Hamdan, Datuk Paduka Nik Mohamad Faris Bin Nik Othman Dan Dato’ Dr. Nurfatin Adila Binti Md. Rashid. Syarikat ini mula bertapak di Klang Selangor tetapi kini, operasi syarikat ini telah berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia. Setelah hampir 20 tahun beroperasi, syarikat ini telah menubuhkan dua cawangan bagi meluaskan operasinya di seluruh dunia dengan menubuhkan anak syarikatnya di Johannesburg, Afrika Selatan dan Jakarta, Indonesia. Berdasarkan laporan kewangan syarikat yang dikeluarkan pada tahun 2008, syarikat ini mempunyai aset syarikat yang bernilai kira-kira USD 4.44 billion.

Misi utama syarikat ini adalah menjadi sebuah syaikat bereputasi antarabangsa. Ini bersesuaian dengan hasrat negara Malaysia yang mahu menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sumber ekonomi yang teguh di negara ini dengan menarik pelancong luar negara datang ke Malaysia. Syarikat ini beralamat di:

BLACKWHITE CONSTRUCTION SDN. BHD. NO 8, WISMA BWC,

JALANPALANG MERAH, 34500 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

(2)

1.2)

Syarikat Penasihat Pembangunan Projek

Projek Pembangunan Kawasan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, Bera, Pahang memerlukan laporan penilaian impak persekitaran (EIA) untuk diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (DOE) bagi memenuhi syarat pembangunan projek yang diperlukan. Sehubungan dengan itu, Syarikat BlackWhite Construction Sdn. Bhd telah melantik SYARIKAT BULUS KALAMEREY CONSULTANT SDN. BHD. sebagai syarikat penasihat pwmbangunan projek untuk mengkaji dan menilai impak persekitaran yang mungkin terjadi apabila pembangunan projek bagi Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, Bera, Pahang dijalankan. Syarikat berdaftar ini beroperasi dialamat:

BULUS KALAMEREY CONSULTANT SDN. BHD. A-15 BANGUNAN API,

JALAN TENGKU KUDUS, 28890 BESERAH,

PAHANG DARUL MAKMUR. NO TELEFON: 06-9876543/2

: 06-9876543/5

(3)

Syarikat penasihat projek ini melantik beberapa pakar dalam setiap bidang kajian alam sekitar dan sosial bagi memenuhi kajian penilaian terhadap kawasan ini. Senarai konsultan yang terlibat dalam kajian penialaian impak persekitaran bagi projek pembangunan ini adalah:

NO NAMA KELAYAKAN SKOP KAJIAN

1 PROF. DATO DR. DZUL IKRAM BIN ABD. RAHMAN Reg No. 543678 Tarikh Luput: 19/12/2010 M. Sc. Environmental Engineering Pengurus projek, Hidrologi& Pengurusan Bahan Buangan

2 PROF. TAN ZEE PIEW PhD (Chemistry) Kualiti Air

3 EN. AHMAD BIN MOHAMAD B. Sc. (Hons) Physics Mikroklimaks & Kualiti Udara

4 EN. ZAMRI BIN HAMDAN B. Sc. (Geology) Geologi & Sains Tanah 5 EN. HERMAN BIN AHMAD B. Sc. (Hons)

(Environmental Science)

Impak Bunyi

6 NOORZAIMAH BINTI MUHAMMAD M. Sc. Forestry Ekologi, Flora & Fauna 7 NURUL HIDAYAH BINTI MUHD.

RIDWAN

M. Sc. Aquaculture Hidupan Akuatik

1.3)

Keperluan Penilaian Impak Persekitaran (EIA)

(4)

Penilaian Impak Persekitaran atau lebih dikenali sebagai “Environmental Impact Assessment” (EIA) merupakan satu kajian yang digunakan untuk mengimbangi faktor-faktor alam sekitar dengan sesuatu projek pembangunan yang baru dirancang. EIA dijadikan sebagai satu kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi yang dibuat terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca dari cadangan projek pembangunan. Disamping itu juga, EIA juga menyenaraikan langkah-langkah mitigasi sebelum projek pembangunan berkenaan diluluskan dan beroperasi. EIA merupakan suatu cara dan kaedah yang amat penting dan memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa, pihak pemaju dan masyarakat setempat. Antara kepentingan EIA temasuklah:

a) Memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya;

b) Memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan

c) Suatu kaedah dan cara untuk ke arah pembangunan yang berterusan; dan

d) Menjadi sumber maklumat informasi

Bagi pembangunan Projek Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, laporan penilaian impak persekitaran diperlukan bagi memenuhi syarat pembangunan kawasan pusat peranginan di kawasan Hutan Primer. Ini sebagai langkah awal bagi memenuhi aspek kepuasan terhadap semua pihak agar pembangunan yang ingin dijalankan berjalan dengan lancar. Ini bertepatan dengan keperluan bagi AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974, KUALITI ALAM SEKITAR (AKTIVITI TERKAWAL) (PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN) 1987, JADUAL 17(PEMBANGUNAN KAWASAN PERANGINAN DAN REKREASI).

(5)

1)

PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT PERANGINAN TASIK CENDERAWASIH. 1.1)

Pengenalan Projek

Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih akan dijalankan di Daerah Bera, Pahang Darul Makmur yang mana negeri ini merupakan antara salah satu negeri yang terluas di Malaysia iaitu merangkumi kira-kira 35823 km2 keluasannya. Sebagai sebuah negeri yang masih kaya dengan hutan primer dan kepelbagaian biodiversitinya, negeri ini telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Lokasi pembangunan pusat peranginan ini terletak di KM 105 Segamat-Bera dan 45km daripada Bandar Bera.

Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih ini meliputi keluasan sebanyak 100 hektar iaitu meliputi kawasan persekitaran tasik termasuklah hutan primer dan Tasik Cenderawasih. Namun begitu, pemaju projek hanya membangunkan infrastrktur kawasan peranginan yang meliputi kawasan seluas 25.5 hektar, kira-kira 25% daripada keseluruhan kawasan peranginan. Aktiviti-aktiviti rekreasi meliputi keseluruhan kawasan. Maklumat am projek adalah seperti di dalam Jadual 1 di dalam LAMPIRAN.

Berkonsepkan semi-nature, pusat peranginan ini bertujuan untuk memberikan kepuasan kepada para pelancong yang menggemari keindahan alam semulajadi dan kepuasan rekreasi dengan mengekalkan persekitaran sedia ada. Keindahan alam semulajadi seperti kawasan tasik semulajadi dan hutan primer yang telah wujud lebih daripada 100 tahun merupakan daya tarikan utama pusat peranginan ini kepada para pengunjung. Keadaan semulajadi di kawasan ini menjadikan kawasan ini berbaloi untuk dibangunkan oleh syarikat pemaju projek untuk tujuan sektor pelancongan. Penbangunan projek lebih menjurus kepada penggunaan tenaga manusia iaitu sebanyak 65% dan selebihnya menggunakan tenaga mekanikal agar impak terhadap persekitaran dapat diminimakan.

(6)

1.2)

Objektif Pembangunan Projek

Perancangan Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cerderawasih, Bera, Pahang mempunyai beberapa objektif. Antara objektif-objektif pembangunan adalah:

a) Membina pusat peranginan yang mengutamakan alam semulajadi.

b) Memberi kepuasan dan peluang untuk para pelancong dari dalam dan luar negara merasai suasana percutian yang eksklusif.

c) Membantu menjana ekonomi negara dalam jangka masa panjang. d) Meningkatkan kemajuan sektor pelancongan negara.

e) Menjadikan malaysia sebagai tumpuan para pelancong dari seluruh dunia melalui sektor perlancongan

f) Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat untuk menjana pendapatan keluarga.

g) Memperkenalkan kepelbagaian diversiti kehidupan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia kepada para pelancong.

(7)

1.1)

Peta Lokasi, Pelan Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Pusat Peranginan Dan Aktiviti Rekreasi

a) Peta Lokasi Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih

(8)
(9)

b) Pelan Pembangunan Infrastruktur

(10)

c) Kemudahan Infrastruktur Dan Aktiviti Rekreasi

Kawasan pusat peranginan yang meliputi kawasan seluas 25.5 hektar merupakan tapak pembangunan infrastruktur utama yang ingin dibangunkan sebagai kawasan rekreasi. Tapak ini merupakan kawasan yang sesuai kerana berdekatan dengan jalan utama ke Bandar Bera, Pahang. Pembangunan infrastruktur-infrastruktur di kawasan ini melibatkan semua kemudahan-kemudahan dari segi kemudahan asas, penginapan, makanan, aktiviti-aktiviti rekreasi dan sebagainya.

Mengikut pelan perancangan pembangunan infrastruktur, beberapa kemudahan telah dicadangkan untuk dibangunkan bagi kemudahan para pengunjung yang datang ke pusat peranginan tersebut. Antaranya kemudahan asas yang dibina meliputi infrastruktur seperti tandas, stesen janakuasa, tangki sisa kumbahan, pusat pentadbiran bagi kemudahan operasi syarikat, jeti, tempat meletak kenderaan, jalan raya dan tangki air. Selain itu, terdapat juga perancangan infrastruktur yang dibangunkan untuk kemudahan para pelancong yang hadir ke pusat peranginan. Antara kemudahan-kemudahan yang dibangunkan adalah Chalet Kanopi berjumlah 5 unit yang dibina khas untuk golongan atasan, Chalet Mampu Sewa sebanyak 30 unit, kawasan menjamu selera iaitu kafetaria dan restoran terapung, trek jalan kaki sepanjang persisiran tasik sejauh 2 kilometer, dewan serbaguna yang berkapasiti 100 orang bagi aktiviti berkumpulan dan seminar, tapak perkhemahan bagi para pengunjung yang mahu maerasai suasana hutan semulajadi yang lebih ekstrem, stor rekreasi bagi tempat penyimpanan alatan rekreasi dan pondok kawalan keselamatan bagi menjamin keselamatan para pengunjung,surau bagi aktiviti keagamaan dan menara tinjau bagi aktiviti rekreasi

Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih yang dibangunkan ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang akan menjadi tarikan kepada para pelancong dari dalam mahupun luar negara. Antara tarikan alam semulajadi yang bakal menarik perhatian para pelancong adalah kawasan tasik semulajadi yang jernih dan bebas dari pencemaran alam sekitar, kawasan jenut yang menjadi tumpuan haiwan-haiwan liar berkumpul bagi mendapatkan sumber garam mineral dan suasana aman di dalam hutan primer, hutan hujan tropika. Aktiviti-aktiviti rekreasi yang dirancang oleh pemaju projek dipusat peranginan merupakan

(11)

aktiviti yang amat bersesuaian dengan sumber alam semulajadi kawasan projek yang sedia ada seperti kawasan tasik dan hutan hujan tropika dan flora dan fauna yang wujud di kawasan tersebut. Antara aktiviti-aktivi rekreasi yang bakal dijalankan di Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih adalah aktiviti ‘bird watching’ dari menara tinjau, aktiviti memancing yang berkonsepkan “catch and release” di kawasan tasik, aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan, aktiviti sukan air seperti “Speedboat”, jet ski, “Lake Cruising”, berkayak di Tasik Cenderawasih, “Fish And Eagle Feeding”, aktiviti berjalan kaki di persisiran tasik, “Flora Fauna Trekking”, urutan kaki di spa, dan sebagainya. Tarikan utama aktiviti yang dapat dikenalpasti adalah aktiviti sukan air dan pengalaman memerhatikan hidupan liar daripada menara tinjau.

3.0) AKTIVITI FASA PEMBANGUNAN

(12)

Rancangan Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih memerlukan pelan perancangan yang terperinci dan perjalanan aktiviti yang terancang agar kerja-kerja pembangunan dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu, perancangan aktiviti yang teratur dan terperinci dapat meminimakan impak terhadap persekitaran disamping memaksimakan kerja-kerja pembangunan infrastruktur yang akan dijalankan. Ia bertujuan bagi memudahkan penilaian terhadap risiko kerosakan dari segi aspek alam sekitar disekeliling kawasan pembangunan projek dapat ditentukan oleh pemaju projek. Penentuan aktiviti terancang ini melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa pra-pembangunan, fasa semasa pembangunan dan fasa pasca pembangunan. Aktiviti-aktiviti di dalam fasa-fasa tersebut mempunyai kesan yang tersendiri terhadap alam sekeliling disekitar kawasan pembangunan projek yang dijalankan.

a) Fasa Pra Pembangunan

Aktiviti-aktiviti bagi fasa pra pembangunan meliputi aktiviti permulaan bagi pemaju projek sebelum sebarang pembangunan infrastruktur dan kemudahan dijalankan. Aktiviti ini lebih menjurus kepada pelantikan syarikat penasihat projek bagi melakukan tinjauan terhadap lokasi yang terbabit dengan melakukan beberapa kajian yang meliputi faktor alam sekitar dan sosial. Antara kajian yang dilakukan adalah tahap pencemaran bagi air, udara dan bunyi sebelum pembangunana dijalankan oleh pemaju projek, kedapatan flora dan fauna di keseluruhan kawasan projek, dan penilaian terhadap isu-isu sosial yang mungkin akan timbul sekiranya terdapat penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Selain itu, aktiviti di dalam fasa ini melibatkan kajian ramalan impak terhadap persekitaran sedia ada dan langkah mitigasi yang perlu dicadangkan oleh pihak konsultan kepada pihak pemaju projek bagi membendung tahap pencemaran alam yang serius daripada berlaku. Kajian pihak penasihat projek juga meliputi kajian mengenalpasti sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut seperti kawasan hutan semulajadi dan kawasan jenut. Aktiviti lain di dalam fasa ini adalah penyediaan pelan pembangunan projek yang lengkap bagi kawasan peranginan tersebut dari segi kemudahan awam dan infrastruktur yang akan dibangunkan.

(13)

Fasa pembangunan projek melibatkan aktiviti yang dijalankan selepas laporan penilaian impak persekitaran yang dikemukakan oleh pemaju projek mendapat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar. Melalui perancangan projek pembangunan pusat peranginan tasik cenderawasih ini, aktiviti yang dijalankan bermula dengan pembukaan kawasan tapak projek dengan pembinaan jalan bagi kemudahan pengangkutan keluar masuk bahan binaan. Selain itu, pembukaan tanah bagi penyediaan tapak projek pembangunan infrastruktur turut dilakukan di dalam fasa semasa pembangunan. Aktiviti ini dajalankan dengan pembukaan hutan tersebut secara berfasa mengikut tempoh yang ditetapkan. Ia bertujuan bagi membolehkan haiwan liar yang berada di lingkungan kawasan projek berpindah ke habitat baru. Kemasukan tenaga pekerja seramai 100 orang dan kemasukan jentera berat dan bahan-bahan keperluan pembangunan infrastruktur seperti batu, pasir dan besi juga dilakukan di dalam fasa ini. Seterusnya, kerja-kerja pembangunan infrastruktur dijalankan bagi pembinaan kemudahan asas dan bangunan yang dirancang seperti tandas, bangunan pentadbiran, chalet, menara tinjau, jeti dan dewan serbaguna dijalankan oleh pihak pemaju projek. Pemantauan oleh pihak berkuasa juga dijalankan sepanjang tempoh fasa semasa pembangunan ini berjalan.

c)

Fasa Pasca-Pembangunan

Fasa pasca projek bermula apabila keseluruhan pembangunan projek telah siap dijalankan. Fasa ini melibatkan aktiviti-aktiviti pemantauan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar bagi melihat impak pembangunan projek terhadap persekitaran sekeliling dan langkah-langkah mitigasi yang diambil oleh pemaju projek sekiranya berlaku impak yang serius samaada dilaksanakan ataupun tidak. Pihak pemaju pula akan melakukan penyelenggaraan secara berkala terhadap kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan terhadap kawasan pusat peranginan sebagai langkah mitigasi untuk jangkamasa yang panjang. Fasa ini juga melibatkan perancangan penyediaan pakej pelancongan oleh syarikat pemaju kepada para pelancong serta menjalankan aktiviti mempromosikan kawasan peranginan baagi menarik minat para pelancong melalui media cetak dan media massa serta media elektronik.

4.0) PERSEKITARAN SEDIA ADA TASIK CENDERAWASIH 4.1) Persekitaran Fizikal

(14)

Lokasi kawasan pembangunan bagi projek pusat peranginan di Tasik Cenderawasih, Bera, Pahang ini mempunyai berbagai spesies flora dan fauna. Kawasan pusat peranginan ini yang terletak jauh ke pedalaman hutan negeri Pahang menyebabkan kawasan hutan ini mempunyai hutan yang merupakan hutan primer. Hutan primer adalah lebih dikenali sebagai hutan dara yang masih belum diterokai. Kekayaan dan flora dan fauna yang semulajadi ini telah menjadi satu asset penting kepada pembangunan kawasan pusat peranginan di Tasik Cenderawasih ini, kerana ianya mampu menarik ramai pelancong yang gemarkan suasana yang semulajadi pada masa akan datang.

Selain daripada itu, Tasik Cenderawasih di sini telah memainkan peranan yang sangat besar kerana tasik ini banyak menampung berbagai hidupan akuatik seperti ikan-ikan dan berbagai jenis hidupan akuatik lain. Tasik Cenderawasih yang luas ini, selain dapat menampung kepada habitat hidupan akuatik malah ianya juga dapat menampung kepada keperluan air kepada masyarakat sekitar serta kepada hidupan liar disekitar tasik ini.

Selain dari itu juga, keindahan alam semulajadi yang terdapat di kawasan sekitar Tasik Cenderawasih ini adalah, kawasan jenut. Kawasan jenut merupakan kawasan yang menjadi tumpuan kepada hidupan liar untuk mendapatkan garam mineral. Jenut merupakan sejenis aliran air pada celah-celah batu yang mengandungi kandungan garam mineral yang tinggi. Ini menyebabkan hidupan liar seperti rusa amat meminati untuk kekawasan tersebut untuk mendapatkkan garam mineral sebagai sumber tenaga kepada mereka. Taburan kawasan jenut disekitar Tasik Cenderawasih ini adalah banyak. Ini akan menjadi tarikan kepada para pelancong yang ingin melihat hidupan liar secara lebih dekat.

\

4.2) Persekitaran Bunyi

Memandangkan lokasi Tasik Cenderawasih yang terletak jauh di pedalaman Bera, Pahang, kawasan ini tidak begitu terganggu dengan bunyi bising daripada jentera-jentera

(15)

berat seperti lori dan sebagainya. Ianya juga tidak begitu terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh kenderaan seperti motosikal, kereta dan sebagainya. Keadaan bunyi yang terdapat di kawasan Tasik Cenderawasih ini hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh serangga-serangga dan hidupan-hidupan liar yang menghuni dikawasan ini. Ini merupakan keadaan bunyi yang semulajadi yang dihasilkan oleh hidupan liar disini yang menjadikan kawasan ini lebih tenang dan damai. Keadaan bunyi yang dihasilkan disekitar kawasan ini adalah berkadar 25 desible iaitu berkeadaan tenang.

TAHAP BUNYI BAGI FASA PRA PROJEK PRA PROJEK

dB X1 X2 X3

25 26 25

JADUAL 4.2: Tahap kekuatan bunyi

4.3) Persekitaran Udara

Udara bersih yang terdapat di kawasan Tasik Cenderawasih ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor yang mempengaruhi adalah kawasan tasik itu sendiri yang memberi kesegaran udara dan kelembapan kepada ekologi didalam hutan yang berdekatan. Tasik Cenderawasih ini menjadi sumber bahan penyejuk kepada hutan tersebut disamping menyediakan sumber makanan kepada hidupan liar disini. Faktor yang berikutnya adalah, kawasan ini merupakan kawasan yang jauh terletak di kawasan pedalaman yang menyebabkan ianya jauh daripada pencemaran udara yang terdapat di kawasan bandar. Kawasan tasik yang dikelilingi oleh hutan asli disini juga menyumbang kepada kebersihan udara disini. Kawasan hutan dan kawasan sekitar Tasik Cenderawasih ini adalah mempunyai kelembapan yang tinggi kerana faktor yang dipengaruhi oleh tasik yang berdekatan. Ini adalah kerana disekitar tasik terdapat saliran anak sungai yang mengalir ke dalam tasik. Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) yang dicatatkan di kawasan ini pada pra projek dijalankan adalah 25 iaitu amat bersih.

TAHAP BACAAN UDARA BAGI FASA PRA PROJEK PRA PROJEK

(16)

IPU X1 X2 X3

25 25 25

JADUAL 4.3: Tahap Bacaan Udara 4.4) Persekitaran Air

Tasik Cenderawasih ini merupakan tasik yang belum diterokai oleh manusia pada sebelum ini. Ini menyebabkan air yang terdapat didalam tasik ini adalah sangat jernih dan bersih. Sebarang bentuk pembangunan di kawasan ini adalah tiada. Tasik ini mendapat sumber air daripada sungai dan anak sungai yang mengalir kedalam tasik tersebut. Keadaan saliran air yang baik pada tasik tersebut menjadi faktor kepada kebersihan air didalam tasik ini. Keadaan tasik yang mempunyai banyak batang-batang kayu yang di dasar tasik menjadi kawasan tempat persembunyian atau lubuk-lubuk bagi hidupan akuatik didalam tasik seperti ikan. Berdasarkan kajian kualiti keatas air tasik ini memberi keputusan seperti berikut:

UKURAN KUALITI AIR BAGI FASA PRA PROJEK PRA PROJEK W1 W2 W3 Ammonical Nitrogen 0.1 0.15 0.25 BOD 1 2.5 1 COD 10.6 11 18 DO 5 5 6.5 pH 6 6.5 7 TSS 25 26.2 30

JADUAL 4.4: Tahap Kualiti Air

4.5) Persekitaran Flora Dan Fauna a) Fauna

(17)

Tasik Cenderawasih ini yang dikelilingi oleh hutan primer atau hutan yang masih belum diterokai oleh manusia dan sebarabag pembangunan memberikan ketenangan kepada hidupan liar didarat dan di akuatik. Kawasan ini mempunyai taburan hidupan liar yang banyak kerana kawasan ini terletak jauh di pedalaman. Terdapat berbagai spesies hidupan liar disini yang datang untuk mencari sumber makanan dan haiwan yang hadir bagi mendapatkan garam mineral di kawasan jenut yang berada di sekitar tasik ini. Antara hidupan liar yang dicatatkan terdapat di kawasan ini adalah seperti senarai di bawah.

SENARAI FAUNA DI TASIK CENDERAWASIH, BERA, PAHANG

Nama Tempatan Nama Spesies

Badak Sumatra Dicerorhinus sumatrensis

Kucing dahan Felis marmorata

Gajah Asia Elephas maximus

Tapir Tapirus indicus

Kancil Tragulus kanchil

Rusa sambar Cervus unicolor

Tupai pinang Callosciurus natotus

Tupai tanah Tupaia tana nitidus

Kongkang Nycticebus coucang

Kera Macaca fascicularis

Tenggiling Manis javanica

Babi hutan Sus Barbatus

Raja udang Alcedo atthis

Bangau Grus grus

Helang Ictinaetus malayensis

Ular sawa batik Python reticulatus

Ular tedung selar Ophiophagus hannah

Haruan Channa striata

(18)

Toman Channa micropeltes

Tilapia Tilapia sp.

Biawak Varanus salvator

Musang Pulut Paradoxurus hermaphroditus

Kelawar kepala hitam Chironax melanocephalus

Kelawar buah Cynopterus brachyotis

b) Flora

Kawasan hutan disekeliling Tasik Cenderawasih ini menyediakan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang unik dan berharga. Memandangkan hutan disini adalah hutan yang masih belum diterokai oleh manusia, berbagai spesies tumbuhan dan pokok dapat ditemui disini. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, terdapat banyak pokok induk dan pokok-pokok herba di sekitar hutan disini. Antara spesies fauna yang dicatatkan terdapat di sekitar hutan ini adalah seperti senarai dibawah.

SENARAI FLORA DI TASIK CENDERAWASIH, BERA, PAHANG

Nama Tempatan Nama Spesies

Tualang Koompassia excelsa

Meranti Tembaga Shorea leprosula

Meranti Kepong Shorea ovalis

Keruing Merah Dipterocarpus verrucosus

Keruing Mempelas Dipterocarpus crinitus

Keruing Beludu Dipterocarpus obtusifolius

Keruing Bulu Dipterocarpus baudii Korth.

Cengal Neobalanocarpus heimii

Rengas Glutta sp.

Gaharu Aquilaria malaccensis

(19)

Tongkat Ali Eurycoma longifolia

Kacip Fatimah Labisia pumila

Tanduk Rusa Platycerium wallihi

Simpuh Dillenia sp.

Orkid Selipar Paphiopedilium sp.

Orkid Liar Dendrobium sp.

Langsuyar Asplenium nidus

Keladi bunting Teratai

5.0) IMPAK PERSEKITARAN DAN LANGKAH MITIGASI YANG DICADANGKAN Impak merupakan kesan yang akan terjadi terhadap persekitaran apabila berlakunya pembangunan di kawasan yang baru dibuka. Impak ini melibatkan kesan terhadap persekitaran yang mana mengambil kira faktor fizikal, udara, air, bunyi, flora, fauna dan sosial.

Mitigasi ialah cegahan atau kawalan untuk impak yang berlaku. Langkah mitigasi yang efektif dan sesuai amat penting untuk mengurangkan densiti impak yang akan mempengaruhi keadaan persekitaran alam sekitar mahupun manusia itu sendiri. Pemilihan langkah mitigasi yang bersesuaian juga penting bagi mendapatkan hasil yang membawa kemudahan pada masa hadapan.

Bagi Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, Bera, Pahang, pihak penasihat projek diatas arahan pemaju projek telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti impak persekitaran yang bakal berlaku apabila ababila pembangunan projek dilakukan di kawasan tersebut. Selain itu, pihak penasihat projek juga perlu menggariskan langkah-langkah

(20)

mitigasi yang perlu dilakukan oleh pihak pemaju sekiranya pencemaran akibat impak aktiviti yang dijalankan berlaku dari aspek fizikal, flora, fauna, air, bunyi, udara dan aspek sosial.

5.1) Persekitaran fizikal

Persekitaran fizikal dikaji menjurus kepada faktor keadaan tanah semasa projek dilakukan dan fasa pasca projek. Impak yang timbul akibat pembangunan ini adalah mampatan tanah di tapak projek. Penggunaan jentera berat semasa fasa ppembangunan projek menjadikan tanah termampat. Ini menyebabkan berlakunya impak terhadap pertumbuhan anak pokok di tapak projek selepas pembangunan siap dijalankan. Fasa pasca projek juga memberikan impak yang serupa kepada keadaan fizikal tapak projek.

Langkah mitigasi yang diambil adalah pembukaan tapak projek secara berfasa bagi mengurang kesan mampatan tanah yang menyeluruh, menggunakan jalan utama yang sama bermula daripada fasa semasa projek sehingga fasa pasca projek serta menanam rumput penutup bumi bagi menggemburkan tanah yang telah mampat setelah projek pembangunan selesai dijalankan.

5.2) Persekitaran Bunyi

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku impak pencemaran terhadap kekuatan bunyi apabila operasi pembangunan dan aktiviti rekreasi yang dilakukan oleh para pelancong dijalankan. Sebagai contoh, bacaan nilai desibel bunyi (dB) yang berlaku jika pembangunan dilakukan dikawasan tersebut:

KADAR PENCEMARAN DI SETIAP PLOT PERSAMPELAN BAGI SETIAP FASA PRA PROJEK SEMASA PROJEK PASCA PROJEK UKURAN DESIBEL (dB) B1 B2 B3 B1 B2 B3 B1 B2 B3 25 26 25 40 90 50 30 50 48

(21)

Peningkatan ukuran bunyi memberikan pelbagai impak terhadap persekitaran sekeliling. Persekitaran tahap bunyi ini berlaku apabila aktiviti semasa projek dijalankan seterusnya pencemaran selepas projek selesai iaitu fasa pasca projek. Antara aktiviti yang memberikan impak terhadap persekitaran adalah kemasukan jentera berat ke kawasan projek, suara para pekerja yang tinggal disitu, serta bunyi peralatan mekanikal yang digunakan seperti mesin gergaji dan sebagainya. Kehadiran bunyi yang kuat memberikan impak yang negatif kepada hidupan liar yang mendiami kawasan berhampiran. Aktiviti pasca projek yang memberikan impak terhadap persekitaran bunyi adalah kehadiran bunyi kenderaan pelancong dan suara para pelancong.

Sebagai langkah mitigasi yang perlu diambil oleh pemaju projek, langkah yang pertama adalah menghadkan masa penggunaan jentera dan mesin yang digunakan, memberikan kesedaran kepada para pekerja dan pelancong mengenai kehadiran hidupan lain yang terdapat disekeliling kawasan peranginan, menanam tumbuhan yang dapat menyerap bunyi yang bising dan seterusnya meminimakan kadar ukuran bunyi yang dihasilkan seharian operasi.

5.3) Persekitaran Udara

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku pencemaran udara apabila operasi pembangunan dan aktiviti rekreasi yang dilakukan oleh para pelancong. Berikut merupakan jangkaan nilai bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berlaku jika pembangunan dilakukan dikawasan tersebut:

KADAR PENCEMARAN DI SETIAP PLOT PERSAMPELAN BAGI SETIAP FASA PRA PROJEK SEMASA PROJEK PASCA PROJEK INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) U1 U2 U3 U1 U2 U3 U1 U2 U3 25 25 25 26 80 35 27 55 36

(22)

Daripada data yang diambil, didapati kenaikan tahap pencemaran udara berlaku bermula daripada fasa semasa pembangunan projek dilakukan kerana keseluruhan pembangunan bermula daripada fasa tersebut. Perbandingan bacaan IPU diantara pra projek dan semasa projek pada titik persampelan U2 meningkat daripada 25 kepada 80 jauh lebih tinggi berbanding kenaikan di titik persampelan U1 dan U3 kerana kedudukan titik persampelan U2 terletak di tengah-tengah pelan pembangunan. Perbandingan bacaan IPU diantara semasa projek dan pasca projek dilihat berkurangan namun lebih tinggi dari bacaan pada pra projek iaitu pada tahap 55 di titik persampelan U2.

Kenaikan bacaan kadar indeks pencemaran udara (IPU) ini merupakan impak yang berlaku sekiranya pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih ini dijalankan. Antara impak-impak pencemaran udara yang dapat dikenalpasti hasil daripada aktiviti-aktiviti semasa projek dijalankan adalah pelepasan kadar gas karbon monoksida ke udara yang berlebihan akibat aktiviti manusia yang dijalankan seperti penggunaan jentera berat, kemasukan kenderaan pengangkutan dan pembakaran hutan bagi pembukaan kawasan. Selain itu, semasa projek dijalankan, habuk-habuk dan debu-debu pasir yang dibawa masuk oleh kenderaan berat di kawasan projek juga menyumbang kepada peningkatan bacaan indeks pencemaran udara ini. Bagi aktiviti pasca projek, impak terhadap persekitaran yang dapat dikenalpasti adalah pembebasan gas karbon monoksida akibat kehadiran kenderaan pelancong dari luar seperti kereta, van dan motosikal dan bas. Selain itu, aktiviti rekreasi para pengunjung seperti aktiviti “barbeque” juga akan meningkatkan kadar gas karbon dioksida ke udara.

Sebagai langkah mitigasi, pihak penasihat projek telah menggariskan beberapa panduan ataupun langkah kawalan bagi meminimakan pencemaran yang akan berlaku akibat aktiviti-aktiviti semasa projek dan pasca projek. Antara langkah mitigasi yang dicadangkan adalah pembinaan jalan berbatu semasa pembangunan projek dan pembuatan jalan berturap semasa fasa pasca projek dijalankan. Ini bagi mengelakkan impak seperti habuk dan debu berterbangan. Bagi pencemaran habuk dan debu juga, langkah mitigasi yang perlu diambil adalah aktiviti membasahkan jalan berbatu secara berjadual dijalankan bagi pengurangan habuk dan debu, penanaman tumbuhan disepanjang jalan yang bertindak sebagai penghadang kepada habuk dan debu daripada bebas keudara. Pengangkutan pasir dan sebagainya ke dalam tapak projek oleh jentera

(23)

berat perlulah ditutupi dengan kanvas sebagai usaha menghalang habuk daripada berterbangan. Bagi pencemaran gas beracun ke udara seperti, langkah mitigasi yang diambil adalah dengan pengawalan keluar masuk jentera secara berjadual.

5.4) Persekitaran Air

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku impak pencemaran terhadap air apabila operasi pembangunan dan aktiviti rekreasi yang dilakukan oleh para pelancong dijalankan. Sebagai contoh, jangkaan nilai bacaan pH air yang berlaku jika pembangunan dilakukan dikawasan tersebut:

KADAR PENCEMARAN DI SETIAP PLOT PERSAMPELAN BAGI SETIAP FASA

PRA PROJEK SEMASA

PROJEK

PASCA PROJEK TAHAP KEASIDAN AIR

(pH) W1 W 2 W 3 W 1 W2 W3 W 1 W2 W3 7.0 7.0 7.1 6.8 4.8 4.5 6.7 6.5 6.4

(24)

Seperti yang ditunjukkan di dalam jadual diatas, perubahan bacaan parameter pH berlaku di setiap fasa aktiviti pembangunan projek. Ini disebabkan impak yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam fasa semasa projek dan fasa pasca projek. Fasa semasa projek memberikan impak yang buruk kepada persekitaran air dimana aktiviti pembangunan dijalankan. Pertama, peningkatan bahan terampai di dalam air menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air dan menyebabkan hidupan akuatik yang terdapat di dalam tasik terancam. Selain itu, pembuangan sampah sarap oleh para pekerja juga boleh berlaku menyebabkan keadaan kawasan air tercemar. Selain itu, tahap kekeruhan air juga akan meningkat kerana pengaliran air kotor ketika hujan dari kawasan tapak projek ke dalam tasik yang dapat mengancam hidupan akuatik tersebut. Tumpahan minyak daripada jentera yang mengalir ke dalam tasik juga menyebabkan impak yang serius terhadap hidupan akuatik dan kawasan tasik. Selain daripada pencemaran fizikal air, bau yang kurang menyenangkan juga akan terhasil akibat pencemaran air. Impak aktiviti fasa pasca projek bersamaan dengan impak daripada aktiviti fasa semasa projek yang mana memberikan kesan yang serupa.

Beberapa langkah mitigasi telah dicadangkan bagi pengawalan pencemaran air semasa projek dijalankan dan selepas projek disiapkan. Langkah yang pertama adalah melakukan pembersihan di kawasan tasik yang tercemar sebaik sahaja pembangunan siap dijalankan dan pembersihan dilakukan secara berterusan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu, rawatan air bagiu kawasan tasik juga perlu dilakukan bagi menilai tahap kebersihan air semasa dan selepas projek dijalankan. Langkah yang seterusnya adalah pemasangan penapis sisa kumbahan bagi saliran pembentangan yang mengalir ke kawasan tasik. Dan langkah yang paling baik adalah pembinaan loji rawatan kumbahan bagi merawat sisa kumbahan yang disalirkan dari tandas dan bahan buangan lain.

5.5) Persekitaran Flora Dan Fauna a) Fauna

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku impak pencemaran terhadap populasi hidupan liar apabila operasi pembangunan dan aktiviti rekreasi yang dilakukan oleh para pelancong dijalankan. Impak aktiviti terhadap

(25)

hidupan akuatik dapat dilihat apabila berlakunya pencemaran terhadap air di dalam tasik. Peningkatan pencemaran air menyebabkan hidupan akuatik musnah kerana kekurangan kadar oksigen di dalam air dan peningkatan suhu air di dalam kawasan tasik. Kesan pencemaran ini lebih ketara kesannya terhadap hidupan akuatik yang hidup dipermukaan air tasik berbanding hidupan yang hidup di dasar tasik. Bagi hidupan liar di daratan, aktiviti fasa semasa projek dan pasca projek memberikan impak yang amat buruk. Kehadiran manusia di kawasan sekeliling ini bagi pembukaan kawasan akan memusnahkan habitat semulajadi haiwan terbabit. Ia akan menyebabkan haiwan-haiwan tersebut berpindah kehabitat baru dan ada kemungkinan akan mati kerana penyesuaian habitat yang tidak sesuai didiami bagi hidupan liar tersebut. Selain itu, pencemaran bunyi dari kawasan tapak projek menyebabkan hidupan liar berasa tertekan kerana kadar bunyi yang dihasilkan oleh aktiviti projek dan aktiviti amat bising.

Pelbagai langkah mitigasi dissediakan oleh penasihat projek bagi mengatasi impak terhadap fauna yang berada di sekeliling kawasan tersebut. Lamngkah pertama sebagai langkah kawalan adalah dengan melakukan kajian terperinci terhadap spesies haiwan yang terdapat di kawasan projek dan mengenalpasti status haiwan tersebut. Selain itu, usaha lain yang dapat dilakukan oleh pihak pemaju projek adalah usaha memindahkan haiwan tersebut ke kawasan habitat yang baru yang mana menyerupai habitat asal haiwan terutamanya haiwan mamalia kecil. Selain itu, pemuliharaan habitat asal selepas pembangunan projek selesai dijalankan juga perlu dilakukan agar haiwan tersebut dapat kembali ke habitat asal. Usaha memelihara kawasan habitat semulajadi haiwan juga perlu dilakukan disamping memberikan kesedaran kepada pelancong terhadap kepentingan menghormati keperlau fauna ddi kawasan sekeliling dengan tidak melakukan sebarang pencemaran yang boleh mendatangkan impak negatif kepada haiwan liar tersebut.

b) Flora

Untuk menjalankan pembangunan pusat peranginan di kawasan Tasik Cenderawasih ini, banyak pokok ditebang untuk membuka tanah bagi membina infrastruktur di kawasan pusat peranginan tersebut. Oleh itu, pokok-pokok ditebang dan akan mengakibatkan ruang terbuka di kawasan tersebut. Ruang yang terbuka menyebabkan tanah akan terdedah kepada pancaran matahari yang terik yang boleh

(26)

meningkatkan suhu tanah serta boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh apabila berlakunya hujan yang lebat. Selain daripada itu juga, bagi membuka sesuatu kawasan untuk menyediakan infrastruktur pusat peranginan ini, akan banyak anak-anak pokok akan mati atau musnah kerana dipijak oleh manusia serta jentera-jentera berat. Ini menyebabkan pokok-pokok tidak dapat membesar dengan sempurna dan berkemungkinan akan mengalami kematian. Untuk mengangkat barang-barang yang berat, jentera berat akan digunakan. Kesan daripada penggunaan jentera berat tersebut akan mengakibatkan mampatan pada struktur tanah di kawasan tersebut. Mampatan tanah ini akan mengakibatkan atau memberi kesan kepada biji benih pokok untuk bercambah, kerana tanah yang mampat.

Untuk itu, beberapa langkah mitigasi telah diambil bagi tujuan untuk memulihkan kembali kawasan-kawasan yang terkena impak semasa proses pembangunan kawasan peranginan. Antara langkah yang diambil adalah penebangan pokok secara berfasa. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakkan pada tanah dan menyebabkan kawasan terbuka. Selain daripada itu, bagi menjalankan aktiviti penebangan pokok, pokok perlu ditebang secara “selective cutting” iaitu tebangan secara memilih. Ini adalah kerana bagi menyimpan induk-induk pokok supaya tidak pupus. Selepas projek pembangunan selesai dijalankan, aktiviti tanam semula pokok akan dijalankan. Ini adalah kerana bagi melindungi kawasan-kawasan yang menjadi terbuka dan kekurangan pokok. Selain itu, penanaman pokok tutup bumi juga perlu dijalankan bagi memastikan tiada pengaliran kelodak dan pasir masuk kedalam tasik dan mencemarkan tasik apabila berlakunya hujan pada kawasan terbuka.

5.6) Persekitaran Sosial

Aktiviti-aktiviti setiap fasa projek memberikan impak terhadap persekitaran sosial. Kehadiran faktor sosial ini memberikan impak terhadap persekitaran di kawasan sekeliling. Di dalam aktiviti fasa semasa projek, kehadiran pekerja daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Myanmar dan Kemboja akan mewujudkan percampuran budaya sosial.. percampuran budaya ini seterusnya menimbulkan masalah sosial seperti pergaduhan. Selain itu, pembangunan projek ini juga memberikan peluang pekerjaan

(27)

kepada penduduk tempatan yang berkemahiran dalam sektor pembinaan. Impak terakhir yang yang dapat dikenalpasti adalah kepupusan hidupan liar yang tinggal dikawasan berdekatan akibat pemburuan yang mungkin dilakukan oleh para pekerja. Ini akan menjejaskan ekosistem semulajadi. Impak semasa fasa pasca projek dapat dilihat dengan kewujudan kawasan rekreasi bagi kepuasan pengunjung, kewujudan kemudahan perhubungan komunikasi dan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dengan menjadi seorang pemandu pelancong bagi pusat peranginan tersebut.

Hanya beberapa langkah mitigasi yang diambil bagi mengurangkan impak terhadap sosial ini kerana impak negatif berkurangan berbanding impak positif pembangunan terhadap persekitaran sosial. Antara langkah mitigasi yang diambil adalah pengambilan pekerja tempatan diutamakan bagi membendung masalah percampuran budaya dan timbulnya masalah sosial yang serius.

5.7) Pelan Titik Persampelan

(28)
(29)

Penilaian impak persekitaran amatlah penting bagi meramal impak terhadap persekitaran sedia ada sebelum pembangunan dijalankan. Ia juga bertujuan bagi memberikan kepuasan kepada semua pihak agar kebaikan dapat dinikmati bersama. Penilaian yang baik memberikan jaminan terhadap pengekalan persekitaran sedia ada disamping memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia sejagat. Selain itu, proses ini juga bertujuan agar segala kerosakan yang berlaku dapat diminimakan sebaik mungkin dengan penyediaan langkah mitigasi yang berkesan bagi memelihara persekitaran untuk kebaikan masa hadapan.

Laporan penilaian impak persekitaran memainkan peranan yang amat penting yang mana ia memberi dan mengemukakan pemeriksaan yang sistematik terhadap implikasi alam sekitar yang berpunca daripada cadangan pembangunan dan juga memberikan cadangan alternatif berhubungkait dengan cadangan pembangunan. Laporan ini juga adalah perkara penting di dalam sesuatu perancangan pembangunan. Ia memberikan maklumat yang secukupnya bagi menggambarkan kedudukan alam sekitar di masa akan datang dan masa kini akibat dari sesuatu perancangan pembangunan itu serta memberikan tindakan-tindakan alternatif bagi mengatasi kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan itu, penerimaan segala maklumat menerusi EIA, mewujudkan suatu peningkatan tahap informasi kepada semua pihak yang terlibat di dalam sesuatu perancangan pembangunan yang melibatkan pemaju-pemaju, pihak berkuasa dan penduduk setempat.

Diharapkan pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih ini dapat dijalankan dengan lancar dan memenuhi kesemua keperluan dan kepuasan pengguna dan alam sekitar.

Referensi

Dokumen terkait

Dari segi kemurnian, sebenarnya plutonium pada bahan bakar bekas reaktor uranium tidak cukup untuk standar senjata nuklir, IAEA tetap memberlakukannya sebagai proliferation

Semua barisan Lembaga koperasi perlu bertanggungjawab untuk memastikan aturan aktiviti dibuat bagi melestarikan sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh koperasi. Tambahan pula,

Pembentukan kedisiplinan melalui kepatuhan, secara umum pembentukan kedisiplinan siswa di SMA Muhammadiyah 2 Surabaya sudah sangat baik, terlihat pada jawaban 80

7 Pada sisi yang lain Bali Adat/Desa Pakraman merupakan kelembagaan adat yang secara konsisten menjalankan sistem Hukum Adat yang dijiwai oleh Ajaran Agama Hindu pada

Atribut yang harus ditingkatkan adalah atribut yang menjadi citra merek Nokia di pasar persaingan HP lainnya yaitu produk yang berkualitas, fasilitas multimedia,

Film ve elyaf için talep sürekli bir artõş göstermektedir ve bu artõşõn devam edeceği tahmin edilmektedir.Paketleme sektöründeki talep ise 1998 yõlõnda % 8 ‘lik çok

SMGR hanya mampu mencetak laba bersih sebesar Rp 4,52 triliun atau turun 18,71% dari capaian tahun sebelumnya yang mencatatkan laba bersih senilai Rp 5,56 triliun.. 

dalam pembuatan tugas bersama dari mata kuliah-mata kuliah yang serumpun. Sistem pembelajaran terpadu dapat dilakukan melalui beberapa hal diantaranya adalah