• Tidak ada hasil yang ditemukan

TUGASAN MAPP2231

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TUGASAN MAPP2231"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Budaya korporat telah diperkenalkan oleh Tom Peter dalam bukunya ‘In Search for Excellence’. Dalam buku ini telah dibuktikan satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat bahawa syarikat yang mempunyai budaya korporat akan mempunyai kecenderungan untuk berjaya.

Tanggal 20 April 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program penerapan budaya korporat yang bermottokan ‘ KAMI SEDIA MEMBANTU’ serentak di seluruh institusi kesihatan di Malaysia.

MOTO

“KAMI SEDIA MEMBANTU”

Kami membawa makna semua anggota KKM yang bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai satu matlamat

Sedia pula bermaksud sentisasa bersedia untuk memberi perkhidmatan secara professional

Membantu yang membawa makna keikhlasan semasa menjalankan tugas dan memberi bantuan

(2)

JANJI KKM

 Kami sedia membantu

 Kami komited terhadap keperluan anda

 Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat, dan prihatin.  Kami melaksanakan apa yang dirancang

 Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan

 Kami berdedikasi terhadap tugas

 Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan menigkatkan kecekapan

KOMITMEN KKM

 Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

 Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

 Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

(3)

IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;

Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama; Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;

Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

LOGO KKM

(4)

Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

(5)

PENCARIAN LITERATUR

Pelaksanaan Program Penerapan Budaya Korporat ini memberi penekanan terhadap tiga nilai teras iaitu Penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan. Nilai-nilai ini amat penting dan perlu menjadi pegangan serta amalan setiap warga KKM semasa menjalankan tugas. Melalui usaha gigih dan komitmen semua anggota, pengamatan dan penghayatan nilai-nilai tersebut berupaya membawa perubahan kepada mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Nilai penyayang perlu disemai pada setiap anggota KKM dalam menjadikan kita sebagai insan yang peka , prihatin, dan mengambil berat ke atas mereka yang datang untuk mendapatkan bantuan.

Kementerian juga memberi penekanan kepada nilai profesionalisme di kalangan anggota KKM. Ini bertujuan bagi memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan penambahan ilmu pengetahuan serta kemahiran berkaitan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan cukup baik.

Penghayatan budaya kerja berpasukan di kalangan anggota KKM sebagai salah satu agensi kerajaan terbesar adalah penting dalam memastikan semua matlamat yang telah di tetapkan oleh Kementerian tercapai.

Pemilihan moto Kami Sedia Membantu pula membawa pengertian bahawa sebagai warga KKM persediaan dalam memberi perkhidmatan dengan penuh rasa mesra, prihatin, professional dalam satu pasukan adalah kunci untuk mencapai matalamat KKM.

(6)

PERBINCANGAN/HUJAH

Kini matlamat KKM bukan sahaja merawat pesakit malah kepuasan pelanggan kini menjadi satu kepentingan dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti. Untuk mencapai kepuasan pelanggan, budaya korporat perlu

diterapkan dalam setiap anggota KKM di mana 3 nilai utama yang dikenal pasti ialah :

1. Perkhidmatan penyayang 2. Kerja berpasukan

3. Profesionalisme

PERKHIDMATAN PENYAYANG

Kita hendaklah mengamalkan perkhidmatan penyayang ketika melakukan tugas. Tuturkata dan layanan awal yang di berikan kepada pelanggan secara penuh kasih sayang akan dapat meringankan beban kesakitan yang sedang

ditanggungnya.

Corak perkhidmatan penyayang yang ingin diwujudkan di Kementerian ini berteraskan kepada tiga unsur iaiti bersopan santun, responsive dan hormat menghormati.

A. BERSOPAN SANTUN

Bersopan santun adalah suatu amalan dan perlakuan individu yang berbudi bahasa mempunyai perasaan timbang rasa dan sentiasa menghulurkan pertolongan kepada insan lain.

(7)

i. Berbudi bahasa ii. Bertimbang rasa iii. Sedia membantu

B. RESPONSIVE

Kita perlulah sentiasa bersedia untuk bertindak dengan cepat atau responsive. Responsive adalah bermaksud sikap sedia bertindak dengan cepat dan tepat untuk kepentingan pelanggan.

Perlakuan yang berkait dengan responsive ialah proaktif, bertindak pantas dan ketepatan masa. Proaktif adalah sikap menjangka dengan bijak apa yang diperlukan oleh orang lain serta terus mengambil inisiatif untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, atau menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.

Bertindak pantas adalah sikap bertindak segera dalam semua keadaan semasa memberi melakukan tugas. Tidak dapat dinafikan bahawa anggota KKM juga sering berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas yang memerlukan kita bertindak spontan. Oleh itu kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan supaya kita tidak teragak-agak untuk melakukan pertolongan cemas bila keadaan mendesak.

(8)

Sikap hormat menghormati ini bermaksud kita berinteraksi secara jujur, mulia dan tidak menjatuhkan maruah orang lain atau membuatkan orang lain merasa malu. Oleh yang demikian kita hendaklah peka dan prihatin terhadap perasaan pelanggan dan rakan sejawat ketika berinteraksi.

Terdapat tiga unsur kecil di bawah hormat menhormati iaitu: i. Hormati privasi orang lain

ii. Hormati rahsia orang lain iii. Amalkan etika sosial

Maksud privasi adalah menghormati hal-hal dan keperluan peribadi. Sebagai contohnya seorang pesakit perlu dilindungi dari pandangan umum dengan melakukan screening sebelum pemeriksaan dilakukan oleh doktor.

Perkara kedua pula ialah menghormati rahsia orang lain, iaitu menjaga hal-hal mengenai maklumat pelanggan dan juga rakan sekerja yang tidak sepatutnya diumumkan kepada orang lain, berada di dalam keadaan selamat.

Untuk menyampaikan sesuatu perkara yang peribadi kepada pelanggan atau rakan sekerja, amatlah baik sekiranya orang berkenaan diberitahu di tempat-tempat yang tidak dapat didengari oleh orang lain. Dengan cara ini pelanggan dan rakan sekerja akan merasa lebih dihargai oleh kita.

Etika sosial perlu di amalkan semasa menjalankan tugas seperti cara kita memanggil pelanggan dan cara kita menyapa orang lain bila bertemu. Dengan

(9)

panggilan hormat seperti encik atau puan sudah menunjukan kemesraan dan tanda hormat. Bagi orang islam mengucapkan salam adalah amalan yang paling baik.

KERJA BERPASUKAN

Pasukan adalah terdiri dari individu individu yang berkerja dalam pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. Ianya berbeza dengan kumpulan kerana ahli dalam kumpulan tidak semestinya berkerja untuk mencapai matlamat yang sama. Kerja berpasukan yang baik adalah dari kepimpinan yang baik.

PROFESIONALISME

Profesionalisme bermaksud melakukan sesuatu tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan dengan cara yang terbaik mengikut etika dan taraf kerja yang

dikehendaki.

1. Komitmen adalah kesungguhan dalam melakukan sesuatu kerja sehingga sempurna suatu keja itu.

2. Disiplin pula adalah kita harus mengawasi diri sendiri untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak di anggap sesuai atau boleh menjatuhkan imej jabatan seperti melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

(10)

Oleh yang demikian, budaya korporat adalah suatu budaya yang penting dan perlu disemai dalam sesebuah organisasi untuk mencapai kecermelangan dalam semua perkara. Sebagai warga KKM kita seharusnya tidak memandang enteng budaya korporat ini kerana setiap anggota diwajibkan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita tanpa mengira pangkat, agama, dan bangsa seseorang itu. Kita perlu melaksanakan kewajipan kita dengan seikhlasnya dan memberi komitmen dalam perkhidmatan yang diberi.

Pelaksanaan budaya korporat ini juga merupakan salah satu penanda aras kita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan mengunakan tiga elemen yang penting iaitu perkhidmatan yang penyayang yang mana kita disarankan untuk mempunyai nilai-nilai peka, prihatin, dan mengambil berat ke atas mereka yang dating mendapatkan perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM.

Di samping itu,profesionalisme juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam budaya korporat KKM yang mana setiap anggota KKM diberi penekanan tentang nilai profesionalisme untuk memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan bagi memastikan anggota KKM dapat memberikan perkhidmatan kelas pertama.

Kerja berpasukan juga sangat penting demi mencapai matlamat yang disasarkan oleh KKM yang mana semua anggota seharusnya berkerjasama dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh KKM.

(11)

1. Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my/v/bu_kor

2. Jurnal Kementerian Kesihatan Malaysia- budaya korporat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia

http://mohcube.moh.gov.my/

3. Buku kit Penerapan Budaya Korporat KKM

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya %20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdf 4. Farah Nadiha- Moto, Etika dan Budaya Korporat

http://farahnadiha.blogspot.com/2011/12/motoetika-dan-budaya-kerja-kkm.html

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Ketuntasan Belajar minimal setiap mata pelajaran telah ditetapkan dalam Kriteria Ketuntasan Mininmal ( KKM ). KKM setiap mata pelajaran pada setiap jenjang berbeda-beda.

Karena itu nilai pada materi kegiatan menghasilkan barang belum mencapai KKM yakni 71 (KKM=71). Nilai KKM itu sendiri ditentukan atas kebijakan sekolah dengan himbauan

Saya Uswatun Hasanah dengan NIM 11160541000011 menyatakan bahwa skripsi saya yang berjudul Pelayanan Sosial Terhadap Orang Dengan Gangguan Jiwa (ODGJ) di Yayasan Hikmah

Dalam konsep Deep Ecology, perlindungan dan penyelamatan lingkungan hidup yang dilakukan manusia pada dasarnya beranjak dari kesadaran bahwa manusia merupakan bagian dari alam dan

Para peserta yang lulus seleksi administrasi dan penilaian makalah akan mengikuti penilaian kompetensi perilaku melalui asesmen untuk menentukan kesesuaian kompetensi perilaku

Berdasarkan dari penjelasan-penjelasan di atas, terdapat poin penting yang akan dikaji oleh peneliti, yakni terkait dengan konsep negara hukum yang selalu menjunjung tinggi

Bangunan ini memiliki susunan atap seperti pada rumah limasan pokok yaitu mempunyai 4 buah sisi yang ditambahkan 4 buah emper yang mengelilingi bangunan tersebut dan mempunyai

Berdasarkan gambar 4.39 diatas, dapat disimpulkan bahwa semakin tinggi nilai kualitas suatu sistem (quality) maka kinerja sistem tersebut semakin baik, semakin tinggi