• Tidak ada hasil yang ditemukan

SINTAKSIS ANALISIS TEKS pelajaran bahasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SINTAKSIS ANALISIS TEKS pelajaran bahasa "

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau

konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga

hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam sesuatu ayat.

Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu „Sun‟ yang bererti ´dengan´ dan

tattein yang bererti „menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok

kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda

dan syntax dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis

ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau

konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164),

sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan

kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

2.0 TUJUAN

2.1 Menganalisis binaan dan jenis ayat.

2.2 Membuat perbandingan dalam binaan ayat dalam jenis ayat dari segi subjenis

(2)

2

3.0 BIDANG

Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis iaitu jenis binaan dan jenis ayat dan

subjenis masing-masing. Jenis teks yang dipilih merupakan tema sosial dan isu terkini

mengenai pergaulan bebas dalam kalangan remaja.

4.0 BAHAN

Bahan yang diambil bertajuk “Budaya Rave Cemar Minda Muda Mudi” yang

diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim dan bahan ini ditulis pada 03.03.2014. Bahan

ini diperolehi daripada

Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar-Minda-Muda-Mudi-1.261512. Tumpuan dan sasaran bahan ini ialah kepada pembaca

yang tahu berbahasa Melayu dan khususnya kepada pembaca yang ingin mendalami

isu semasa yang berlaku di Malaysia.

5.0 KAEDAH

Kajian ini bersandarkan kepada kaedah kuantitatif yang melibatkan analisis bilangan

unsur dan peratusan. Bahan diperolehi daripada Sinar Harian Online. Setiap ayat

daripada teks ini akan dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1 dan teks penuh akan

dilampirkan pada Lampiran 2. Analisis melibatkan empat jadual iaitu jadual analisis

keseluruhan Jadual Ayat Tunggal, Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal, Analisis Ayat

Tunggal, Analisis Ayat Majmuk dan Analisis Jenis Ayat. Setiap perincian jenis,

(3)

3

6.0 KONSEP

6.1 Ayat

Ayat merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa

Melayu. Ayat juga mempunyai susunan yang mempunyai hujung dan pangkal

ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan

kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Sementara itu, ayat tidak

semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya

dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami dan mestilah mempunyai

subjek dan predikat.

6.2 Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua

ayat lain dalam sesuatu bahasa. daripada ayat dasar, akan melahirkan ayat

terbitan pula. Ayat ini menjadi asas kepada kepada kata terbitan yang tidak

terbilang banyaknya dalam disiplin bahasa. Dalam disiplin bahasa Melayu,

semua ayat yang panjang mahupun pendek, ayat majmuk, ayat tunggal, ayat

songsang mahupun ayat biasa semestinya dapat dikembalikan dalam bentuk

dasar. Ayat ini juga dikenali juga dikenali sebagai ayat mudah dan ayat inti.

6.3 Ayat Tunggal

(4)

4 6.4 Jenis Ayat

a) Jenis Ayat Penyata

Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.

Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.

b) Jenis Ayat Tanya

Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,

tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.

c) Jenis Ayat Perintah

Bertujuan untuk menimbulkan tindak balas daripada orang kedua.Umumnya

tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan dan

permintaan. Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat

perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta,

tolongdan sebagainya. Ayat perintah terbahagi kepada:

a. Ayat Suruhan

b.Ayat Permintaan

c.Ayat Larangan

d.Ayat Silaan

d) Jenis Ayat Seruan

Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan,

dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda

(5)

5 7.0 ANALISIS

Isu yang diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim merupakan isu terkini yang baru

melanda kepada anak muda di negara kita. Pengkaji urut membuat analisis bagi setiap

ayat yang terdapat didalam teks. Skop analisis kajian melibatkan Ayat Tunggal, Ayat

Majmuk dan Jenis Ayat. Hasil dapatan telah dilampirkan pada Lampiran 1 termasuk

peratusannya.

Analisis pertama yang dikaji ialah Ayat Tunggal. Terdapat 4 sub dalam Ayat Tunggal

iaitu Ayat Tunggal FN+FN, Ayat Tunggal FN+FK, Ayat Tunggal FN+FA dan Ayat

Tunggal FN+FS. Dapatan kajian menunjukkan hanya terdapat satu jenis Ayat

Tunggal iaitu sebanyak 2.3 peratus sahaja. Perkara ini jelas menunjukkan pengarang

jarang menggunakan Ayat Tunggal dalam penulisan beliau. Contoh penggunaan Ayat

Tunggal ialah:

Bil Ayat

(6)

6

Analisis kedua merujuk kepada penggunaan Ayat Majmuk. Skop yang dikaji ialah Ayat

Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan Relatif, Ayat Majmuk Pancangan Komplemen,

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan dan Ayat Majmuk Campuran. Analisis mendapati

penulis menggunakan Ayat Majmuk Gabungan sebanyak 11 ayat (25%), Ayat Majmuk

Pancangan Relatif sebanyak 1 ayat (2.3%), Ayat Majmuk Pancangan Keterangan sebanyak 5

ayat (11.5%). Selain itu, sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran

didalam teks yang dikaji. Dibawah merupakan contoh Ayat Majmuk Gabungan:

Bil. Ayat

4 Ramai akan berkata, Malaysia harus menidakkan pandangan saya ini, tetapi dalam

proses asimilasi dengan budaya dunia dan cyber nyata di Amerika Syarikat (AS);

ciri-ciri adab diberi perhatian.

6 Dadah dan muzik berkembang bersama-sama selama beberapa tahun.

24 Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti besar

alkohol dan dadah.

25 Garis pemisah di antara konsert, parti dan konsert rave sering kabur.

26 Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang pernah menghadirinya pasti akan

mendapat penerangan yang agak konsisten.

29 Dadah yang dijumpai termasuk ganja, asid, GHB, ketamin, cendawan dan yang

paling popular, Ecstasy, atau X.

34 Dadah membuat muzik lebih baik dan begitu juga sebaliknya.

40 Muzik budaya DJ juga berteraskan arak, dadah dan pil mengkhayalkan.

37 Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut nyawa

(7)

7

Selain itu, terdapat 5 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan iaitu:

Bil. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

5 Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan

rave, haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.

11 Dilengkapi dengan MDMA, Syurga Kelab Ibiza menjadi tumpuan.

14 Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status “underground” dalam

kalangan pengunjung konsert.

22 'Kejutan budaya' adalah istilah paling sesuai untuk menggambarkan parti

sebiasanya berlangsung selama 5 hingga 10 jam atau lebih lama lagi.

42 Tambah pula lagi dengan menggalakkan amalan minuman keras sambil

berhibur di medan awam yang terbuka.

Didapati sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran terdapat

didalam teks yang dikaji. Contoh penggunaan Ayat Majmuk Campuran ialah:

Bil. Ayat Majmuk Campuran

1 Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda mudi

masa kini, saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti “rave”

berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ

memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan

artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya

arak, dadah dan pergaulan bebas.

2 Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan

kepada jenama minuman keras?

7 Selain daripada muzik electronica-berkhayal dan menari tanpa batas, konsert

rave dan EDM biasanya dikaitkan dengan pesta Asid House di mana

pengunjung mengambil dadah Psychedelic semi-sintetik dipanggil asid

Lysergic diethylamide, biasanya dirujuk sebagai Asid.

8 Menjelang musim panas tahun 1985, kerajaan AS mengklasifikasikan dadah

(8)

8

berpotensi tinggi untuk penyalahgunaan….Dadah yang mulanya digelar Adam kini bertukar menjadi Ecstasy.

9 Menjelang lewat 80-an, istilah "rave"- yang berasal dari Perancis,

menunjukkan tanda-tanda kecelaruan dan Ecstasy menyemarakkan satu

budaya dadah dan muzik.

12 Party rave bermula secara eksklusif anjuran kelab-kelab Eropah pada 1980-an

dan selalunya secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi

memastikan gangguan minimum daripada pegawai undang-undang.

13 Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal

dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan

diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula bagi melindungi daripada

kehadiran pelawat yang tidak diingini.

15 Selepas itu, satu budaya baru rave muzik menular apabila remaja mula

meminati muzik rave dan acara yang sebelum ini beroperasi secara

underground mendapat perhatian penaja besar lalu konsert rave

dikomersialkan secara meluas.

16 Dari 2008 dan 2011 muzik techno dan EDM berjaya menjadi sebuah trend

muzik baru kegilaan remaja dengan DJ mendapat sambutan dan status

sehangat artis pop dan rock.

17 Ia benar-benar menjadi kegilaan para penggemar muzik di antara akhir tahun

2010 dan awal tahun 2011 apabila konsert rave berubah wajah menjadi

Festival.

19 Kegunaan secara meluas dadah designer, lokasi persembahan yang kecil dan

kelam, bilik “chill” yang mana remaja boleh menenangkan kehangatan berpesta tetapi selalunya disalahgunakan untuk perbuatan seks rambang.

20 Pemilik kelab dan penganjur di negara barat tampil untuk menggalakkan

penggunaan ubat-ubatan - terutamanya MDMA.

21 Mereka menyediakan air botol dan minuman sukan untuk menguruskan

hyperthermia dan dehidrasi; termasuk puting untuk mengelakkan gigi

terkancing dan inhaler hidung menthol, lampu kimia, dan kayu neon cahaya

(9)

9

27 Menurut dari mereka yang hadir , pengalaman termasuk merasai rangsangan

cahaya yang berkelip dengan degupan rentak tekno muzik elektronik , DJ dan

dadah.

28 Jumlah dadah tidak sentiasa dikenali , tetapi menjadi suatu fakta ciri konsert

parti Rave yang ianya satu pra syarat untuk pengalaman yang amat

merangsang secara maksima.

30 Ada yang jenis hallucinogenics , seperti ketamin dan Ecstasy yang kesan ini

dipertingkatkan dengan lampu berkelip.

31 Walaupun ramai peserta yang tidak mengambil dadah atau arak ,tetapi konsert

rave bagi mereka membawa kepada aspek kerohanian berpaksikan dadah dan

muzik.

35 Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi

oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti

menimbulkan rangsangan sesama mereka.

39 Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan

lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama

yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?

41 Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni

tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi

kebenaran untuk di anjurkan di khalayak umum?

44 Inginkah pihak yang meluluskan konsert terbuka ini menjadi pencetus budaya

(10)

10

Analisis Jenis Ayat (JA) yang meliputi Jenis Ayat Penyata, Jenis Ayat Tanya, Jenis Ayat

Perintah dan Jenis Ayat Seruan. Didapati bahawa, sebanyak 29 ayat menggunakan Jenis Ayat

Penyata. Penulis tidak menggunakan sebarang Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan.

Contoh Jenis Ayat yang menggunakan Ayat Penyata ialah:

Bil Ayat Penyata

1 Sebenarnya sejak zaman kegemilangan Plato hingga pengkritik Anthony Giddens, sastera adalah lambang kekuatan keilmuan sesebuah bangsa.

2 Sastera sentiasa berkembang sejajar dengan zaman malah tidak memusuhi kemajuan dan permodenan.

3 Pada masa yang sama sastera terus menjadi pengisi pemikiran masyarakatnya.

4 Sekiranya diperhalusi lagi, salah satu genre dalam sastera iaitu puisi dalam konteks kontemporari telah berkembang sejajar dengan penemuan kerangka ilmu-ilmu sosial ataupun kebudayaan yang baharu.

5 Gagasan daripada aktiviti-aktiviti kesusasteraan kotemporari turut

mempengaruhi pemikiran para ilmuwan, aspek stilistik dalam sastera untuk menemukan format ideal persembahan karya.

6 Begitu juga dalam konteks sastera Melayu, genre puisi merupakan warisan teras hati budi orang Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur.

7 Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam, seloka, syair dan gurindam menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu.

8 Pengertian paling mudah ialah budi mewakili perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan manakala budi pula ialah akal atau daya fikir yang memahami untuk memahami sesuatu.

9 Sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal.

(11)

11

11 Acara „Kata Suara: Puisi Suara Alternatif Dunia‟ yang dianjurkan oleh RA Fine Arts di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur minggu lalu membuktikan puisi sebagai suara penyair melontarkan pemikiran dan sudut pandangan kritis terhadap isu sosial, budaya dan politik dunia.

12 Acara yang dianjurkan sempena Hari Puisi Dunia itu menemukan seniman daripada pelbagai bidang; penyair, pelukis, pemuzik dan penyanyi lagu-lagu puisi.

13 Walaupun acara berteraskan puisi ini kecil dan sederhana tetapi yang

membanggakan apabila mendapat sokongan daripada penyair dan sasterawan mapan yang menunjangi kesusasteraan Melayu negara ini.

14 Acara yang sederhana tanpa disuntik elemen spektakular seperti konsert hiburan tetapi tetap memagut perhatian. Ini adalah acara ilmu yang digerakkan secara santai tetapi bukan untuk bersantai-santai.

15 Walaupun tidak ada artis popular seperti sesetengah acara deklamasi puisi, acara petang Sabtu itu memberikan suatu yang menarik, puisi-puisi yang

dideklamasikan juga keluar jauh daripada bentuk atau pun gaya konvensional.

16 Ini satu acara puisi yang wajar dipuji kerana pemusatannya kepada puisi dan mengangkat kalangan penyair dan sasterawan yang menyuarakan suara fikir mereka.

17 Ini cukup terbukti dengan puisi tradisional juga walaupun mengandungi unsur-unsur imaginatif atau fantasi, namun ia tetap rasional kerana disokong oleh pengetahuan yang luas penyairnya.

18 Maka boleh disimpulkan bahawa penyair berjaya menemukan satu kaedah dalam puisi-puisi mereka untuk menyebarkar nilai akar dan budi tanpa mengetepikan aspek estetika.

19 Sesuai dengan nilai-nilai dalam Islam, keindahan sentiasa berada pada tahap tertinggi. Pandangan-pandangan itulah yang terus dipegang kukuh dalam puisi-puisi tradisional Melayu.

20 Keberadaan puisi-puisi Melayu lama sesunggunya sesuatu yang unik. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana karya klasik di seluruh dunia.

(12)

12

22 Beliau percaya bahawa setiap penyair mempunyai pemikiran dan suara-suara ini mempunyai maknanya yang besar.

25 Beliau berharap semua pihak melihat dan mendengar sisi karya sastera

terutamanya puisi ini kerana ia bukan sahaja sebagai penyambung warisan kita namun ada sesuatu yang ingin diluahkan oleh setiap penyair.

26 Pada acara petang itu, persembahan penyair Rona Sinar cukup menarik perhatian apabila mendukung anaknya yang kurang upaya menggambarkan perasaan seorang bapa dalam memperjuangkan perjalanan hidup anaknya.

27 Dalam puisinya, Rona Sinar tidak sesekali menyalahkan takdir namun bersyukur kerana Tuhan masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menjaga dan mendidik anak kesayangannya itu.

28 Selain itu tokoh korporat Datuk Johan Jaaffar tidak ketinggalan mendeklamasikan puisinya memeriahkan acara petang itu.

29 Johan antara generasi seniman di Kuala Lumpur yang dibesarkan oleh kumpulan Anak Alam bersama beberapa penyair lagi antaranya Siti Zainon Ismail dan Mustapha Haji Ibrahim.

30 Anggota kumpulan Kopratasa, Sani Sudin menyanyikan lagu puisi. Sebenarnya Sani Sudin bermula sebagai seorang penyair yang mempopularkan acara membaca puisi di bawah tiang lampu di Pasar Budaya Kuala Lumpur.

31 Sani adalah seniman jalanan tetapi pemikiran kritisnya membuktikan beliau banyak belajar daripada alam dan persekitaran.

32 Dalam pada itu, persembahan puisi berbahasa Jawa oleh Dr. Ibrahim Gafar mempunyai keunikan tersendiri, tambahan pula lengkap berpakaian tradisional silat Jawa, Ibrahim juga ada pandangannya yang tersendiri.

(13)

13

8.0 PENUTUP

Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati penulis menggunakan satu Ayat

Tunggal FN+FN. Ayat Majmuk yang paling banyak terdapat didalam teks ialah Ayat

Majmuk Campuran (79%) dan penulis tidak memasukkan Ayat Majmuk Pancangan

Komplemen di dalam teks beliau. Rumusan analisis Jenis Ayat pula menunjukkan Ayat

Penyata merupakan ayat yang mendominasi teks dan penulis tidak menggunakan Ayat Tanya,

Ayat Perintah mahupun Ayat Seruan. Kelebihan yang didapati berdasarkan teks yang ditulis

oleh Rasdan Ahmad ialah penulis menggunakan kosa kata Bahasa Melayu yang agak tinggi

dan jarang digunakan seperti kontemporari, stilistik, estetika dan elemen spektakular.

Dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan menambahkan kepelbagaian genre

(14)

14 9.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis Untuk Guru

dan Pelajar. Bentong: PTS Publications.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. PTS Professional.

Maslida Yusof, 2006b. “Struktur Leksikal dalam Sintaksis dan Semantik: Kajian Terhadap Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu”. Tesis PHD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Safiah Karim et al. 1987. Tatabahasa Dewan Jilid I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al. 1995. Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu.

Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar-Minda-Muda-Mudi-1.261512

Referensi

Dokumen terkait

Editor note’s adalah rubrik yang membawakan visi atau opini sebuah surat kabar atau majalah 

Berdasarkan 50 data yang telah dianalisis, telah ditemukan 9 jenis kesalahan bidang sintaksis yakni diksi yang tidak tepat dalam membentuk kalimat, logika

Bahasa yang digunakan dalam kegiatan komunikasi atau berinteraksi akan mengalami kesalahan apabila mengalami suatu penyimpangan, pelanggaran, dan kekhilafan.. Dalam bahasa

Kelima macam cara pembentukan kalimat tanya yang dimaksud adalah: (1) dengan menambahkan kata tanya apa atau apakah, (2) dengan membalikkan urutan kata, (3) dengan memakai kata

Bisa kemungkinan itu 50-50, agak besar, atau kemungkinan yang tidak disukai pembicara, menyangka sebuah kemungkinan atau sesuatu, bisa juga digunakan sebagai ekspresi

AppeJ dan Muysken (1987:118), menyatakan campur kod berlaku apabila sesuatu perkataan atau frasa atau klausa bahasa atau dialek lain dicampurkan ke dalam ayat

Hal ini sesuai dengan pendapat Keraf (2009) simile atau persamaan adalah perbandingan yang bersifat eksplisit. Perbandingan eksplisit ialah menyatakan sesuatu sama dengan hal

Ketiga kesalahan tersebut sering ditemukan pada teks bacaan dan kalimat perintah (petunjuk) dalam mengerjakan soal, dan soal-soal pilihan ganda. Kesalahan bidang sintaksis yang jarang