• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUSIA DALAM AL QURAN doc 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MANUSIA DALAM AL QURAN doc 1"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

"MANUSIA DALAM AL-QURAN"

Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah yang dianugerahkan dengan akal fikiran untuk membezakan yang benar dan salah atau yang hak dan batil. Disebabkan itu, manusia diciptakan untuk menjadi khalifah dimuka bumi dan sebagai hamba Allah serta yang membezakan manusia paling mulia disisi Allah adalah dengan ketaqwaan.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 :

Maksudnya : "..Sesunggungnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Tugas Manusia Dimuka Bumi

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 :

Maksudnya : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

1-Tugas khalifah

 Mengenal Allah

Mengenal Allah dan beribadah kepadaNya serta menjadi seorang hamba Allah yang baik. Ini merupakan tugas asas seorang khalifah. Manusia juga diwajibkan beriman kepada Allah serta dilarang melakukan syirik kepadaNya.

 Mendirikan solat dan zakat

Mengerjakan solat dan zakat merupakan rukun Islam. Masyarakat yang menjaga solat merupakan masyarakat yang berprinsip dan immune dari melakukan maksiat kepada Allah. memberi zakat pula untuk menolong manusia yang berada di dalam kesusahan kerana harta merupakan amanah dari Allah supaya manusia memakmurkan hartanya di jalan Allah seperti sedekah.

 Mengerjakan perintah Amar makruf dan Nahi mungkar

Amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan aspek pengukuh kepada Islam dan setiap perkara yang membawa kepada kebaikan akan mendapat tentangan pelbagai pihak. Oleh itu, kesabaran amat diperlukan untuk berdakwah dan berjihad dalam menegakkan syariat Allah dimuka bumi.

(2)

Cara Islam membangunkan manusia adalah dengan membangunkan manusia. Hal ini kerana manusia yang akan mendapat manfaat dari pembangunan. Pembangunan untuk manusia, bukan manusia untuk pembangunan. Pembangunan sebagai komponen agama bukannya agama sebagai komponen pembangunan.

PROSES ATAU PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA

Penciptaan manusia dapat dibuktikan melalui ayat-ayat didalam al-Quran bahawa Allah adalah sebaik-baik pencipta seperti yang dinyatakan didalam surah al-Mukminun ayat 12-14:

Maksudnya : 12. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; 13. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; 14. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Nutfah

Mani disebut dalam al-Quran sebanyak 3 kali. Mani lebih khusus dari nutfah kerana nutfah adaah campuran mani lelaki dan perempuan. Menurut sains, jumlah sperma yng terkandung dalam air mani lelaki ketika ejakulasi ialah 200-300 juta yang kemudiannya berenang dan bertemu dengan ovum dalam tiub fallopio.

Apabila bertemu dengan ovum, setiap sperma akan cuba menembusi zonapellucida ovum dan biasanya hanya satu yang berjaya. Selepas itu, lapisan ovum akan menebal dan menghalang sperma lain untuk memasuki ovum. Percampuran ini akan membentuk zigot yang sama. Selepas zigot, pembentukan janin bermula dan rupa manusia ditentukan.

Dalam tempoh ini, jantina mula terbentuk melalui kromsom X dan Y daripada ibu dan bapa. Namun segalanya ketentuan dari Allah. sebagaimana firman Allah dalam surah al-Najm ayat 45 dan 46 :

Maksudnya : 45. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, - 46. dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke Dalam rahim).

Ketika bersenyawa dalam uterus, Allah namakan tahap kejadian ini dengan tiga kegelapan. Tiga kegelapan yang dimaksudkan ialah :

(3)

-kegelapan rahim (uterus)

-kegelapan cecair dan uri yang menjaga rahim

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 6 :

Maksudnya : Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). ia menciptakan kamu Dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu Bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

‘Alaqah

Bermaksud sesuatu yang bergantung dan melekat, suatu buku atau ketulan darah. Ia ditafsirkan dengan segempal darah berdasarkan kepada pendangan mata kasar. Ia sebenarnya benda yang amat seni yang diselaputi darah. Proses penggantungan dan pembenaman embrio dalam dinding rahim (uterus).

Selepas persenyawaan, zigot akan mengalami pembahagian dan akan membentuk sel-sel yang lebih kecil. Pada hari ke-12-16, sel telah terbentuk dan dinamakan sebagai morula yang kemudiaanya membesar seperti bola dan dipenuhi cecair. Proses pemecahan sel dinamakan sebagai ‘alaqah. Peringkat pembentukan ‘alaqah pada minggu pertama atau hari ketujuh. Peringkat ini juga merupakan peringkat minggu pertama hingga ketiga di dalam rahim. Mudghah

Bermaksud seketul daging yang dikunyah. Allah menyebutkan dua bentuk mudghah iaitu sempurna dan tidak sempurna. Pada peringkat ini, terbentuk blok-blok bersegmen yang dinamakan somit. Pasangan pertama mula kelihatan pada hari ke 19 dan 21 di bahagian arah kepala embrio. Menjelang akhir minggu kelima, terdapat 42-44 pasang somit. Usia embrio dikira mengikut bilangan somit-somit.

Pada peringkat ini, sudah terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga dan anggota lain. Sistem pernafasan juga mula terbentuk dan jantung mula berfungsi atau berdegup. Seterusnya, darah akan mula mengalir dengan lebih banyak lagi bagi membekalkan oksigen dan pemakanan. ‘Izam dan lahm

(4)

sistem saraf, otak dan tulang belulang. Sebagaimana firman Allah :

Maksudnya : kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Surah al-mukminun ayat : 5 Sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga paru-paru mula kelihatan. Malah, menjelang bulan ke-8 semua anggota telah lengkap dan sempurna.

Taswiah dan Taswir

Pada peringkat ini, menjelang akhir minggu ke-8, ia telah masuk ke peringkat janin dan pada bulan ke-3 semua tulang janin terbentuk dengan sempurna dan kukunya sudah mula tumbuh. Pada bulan ke-4, pembentukan bayi yang dinamakan dengan fetus menjadi cukup lengkap menyebabkan kaki bayi dalam kandungan hanya menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.

Nafkh al-ruh

Para ulama tidak dapat menentukan tarikh yang sebenar roh dimasukkan ke dalam badan. Alam dunia dan alam kelahiran bukanlah tarikh bermula kehidupan menusia. Ia bermula dengan tiupan roh ke dalam jasad. Apa hakikat roh dan bagaimana bentuknya tidak diketahui manusia kerana itu hanya urusan Allah.

Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Surah al-Israa' ayat : 85 Kesimpulan

(5)

meningkatkan rasa kehambaan dan keimanan sekaligus mensyukuri nikmat hidup yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Susunan:

Siti Kholila binti Roslan

Referensi

Dokumen terkait

panas dari bahan lain pada aplikasi temperatur yang sangat tinggi, seperti pembuatan baja (Tm=1500°C), proses pengecoran logam, dll....  Penguatan Kimia

Dari 15 ekor sampel darah domba, semua DNA dapat diisolalsi dan kemurnian DNA yang dihasilkan berkisar antara 1,75 - 2,00 yang berarti sebagian besar sudah sesuai dengan

Edaran Tentang Persyaratan Perjalanan Bagi Pelaku Perjalanan Dalam masa Adaptasi Kebiasaan Baru Menuju Masyarakat Produktif dan Aman Covid-19 di Wilayah Kabupaten

Berdasarkan hasil analisis diperoleh nilai F hitung sebesar 198.359 sedangkan nilai F tabel pada taraf α sebesar 0,05 derafat bebas sebesar 2 : 27 adalah 3.354 jadi

menunjukkan bahwa perlakuan shortening berpengaruh terhadap total hasil tangkapan. Uji lanjutan dengan BNT terhadap hasil tangkapan jaring insang dengan shortening 45%, 50% dan

Berdasarkan uraian di atas, pembelajaran matematika berbasis etnomatematika diharapkan dapat meningkatkan kemampuan berpikir kritis siswa dalam meyelesaikan permasalahan

LIABILITAS DAN EKUITAS.. Lampiran 1a Surat Edaran Bank Indonesia Nomor 13/30/DPNP tanggal 16 Desember 2011.. BANK Sandi Posisi Tgl.

Fotokopi Akta Kematian yang dilegalisir oleh Dinas Kependudukan dan Pencatatan Sipil atau fotokopi Surat Keterangan Kematian yang dilegalisir oleh Kelurahan/Desa/Kecamatan dalam