• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MORAL

(2)
(3)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN MORAL

TAHUN EMPAT

(4)

Cetakan Pertama 2013

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum

(5)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(6)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

(7)

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 1

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STARNDARD 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 8

PENTAKSIRAN 9

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 13

(8)
(9)

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang

pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah

Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi

memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik

dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan

pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang

menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan

aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai

tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan

hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah

pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,

berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.

Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan

membimbing murid agar berupaya;

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

(10)

2

iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama

yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

(11)

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu

dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

mengandungi elemen pemikiran, perasaan dan perlakuan moral.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada

pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada

tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

(12)

4

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT

Penerangan

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian

berkenaan

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta

menghasilkan idea atau produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum

mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti

peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan

aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan

murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran

mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang

diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam

menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu

(13)

5

berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan

warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai

matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan

dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara

tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan

elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan

sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru

haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan

kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan

kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

 Mengamalkan sikap keusahawanan;

 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;

 Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan

 Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan

dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

iaitu:

 Belajar mengenai TMK

 Belajar melalui TMK

(14)

6

FOKUS MATA PELAJARAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memberi fokus kepada tiga aspek dalam usaha

melahirkan insan berakhlak mulia dan bermoral iaitu:

i. Pemikiran Moral

Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni

berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan

pertimbangan moral

ii. Perasaan Moral

Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan

berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul

danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak

betul

iii. Perlakuan Moral

Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara

bertanggungjawab dan bermoral

Penekanan diberi terhadap pemupukan dan perkembangan

nilai-nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat

mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk.

Murid turut disedarkan tentang nilai-nilai murni masyarakat

Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam

kehidupan seharian dan merasionalkan sesuatu keputusan dan

tindakan yang dibuat.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral menekankan 14 nilai murni

dalam usaha untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia

yang berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah:

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan

mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan

agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun

Negara

Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan

orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral

secara tulus ikhlas

Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta

(15)

7

Berterima kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan

dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau

pemberian

Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan

seharian

Hormat

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati

peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang

bersopan

Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan

tabah

Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap

perlakuan

Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan

bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan

dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan

orang lain

Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi

kesejahteraan hidup

Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral

Modul Pengajaran Pendidikan Moral

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard

Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru

menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru

boleh mengubahsuai atau membina modul yang

bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang

(16)

8

Modul Pembelajaran Pendidikan Moral

Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk

kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja

untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk

mencapai Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk

mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan

nilai-nilai murni.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Antaranya adalah:

 Inkuiri

 Analisis Tugasan

 Belajar Melalui Bermain

 Pengajaran Bertema

 Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

 Konstruktivisme

 Multi Sensori

 Pembelajaran Kontekstual

 Pembelajaran Interaktif

 Pembelajaran Koperatif

 Simulasi

 Pembelajaran Masteri

 Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu :

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen

bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang

dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan

panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai

disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan

penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang

disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah

(17)

9

tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama

dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran

murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu

memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan

atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak

sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan

item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau

penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha

menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan

aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala

tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS

mempunyai ciri-ciri berikut:

 Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan

pengamalan nilai murni;

 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;

(18)

10

 Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

 Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

 Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.

Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum

balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan

masing-masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap

TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna

pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran

Pendidikan Moral.

Tafsiran Umum TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau

(19)

11

2 Tahu dan

Faham

Murid menunjukkan

kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta

menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

dengan

Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

dengan

Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham

dan Boleh Buat

dengan

Beradab Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1 Mengetahui perkara asas tentang perlakuan dan

nilai yang baik.

2 Memahami perlakuan dan nilai yang baik

dengan menyatakan kefahaman tersebut dengan apa-apa cara.

3 Mengaplikasikan perlakuan dan nilai yang

(20)

12

4 Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai yang

diberikan pada suatu situasi dengan beradab dan bersistematik.

5 Melaksanakan sesuatu perlakuan dan nilai yang

diberikan pada suatu situasi dengan beradab dan bersistematik serta menjadi amalan dalam kehidupan

6 Murid berkeupayaan menjadikan perlakuan dan

nilai sebagai satu amalan dalam kehidupannya

serta menyampaikan maklumat menggunakan

ayat yang sesuai secara bertatasusila dan

menjadi contoh secara tekal.

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran

Pendidikan Moral

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah

dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang

dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada

waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap

keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah

disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard

pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap

muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan

seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan

pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

perasaan dan perlakuan terhadap nilai murni yang diterima.

Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai perlakuan murid, bukan

hasil akhir selepas PdP.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau

lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan

(21)

13

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari. Melalui

aktiviti yang melibatkan murid membuat persembahan juga boleh

dilakukan penilaian.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan

folio.

(22)

15

1.Kepercayaan Kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing -masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

STANDARD

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

1.1 Mengenal amalan ibadat

1.1.1 Menyebut anutan agama atau kepercayaan diri sendiri

1.1.2 Menyatakan anutan agama atau kepercayaan yang terdapat dalam bilik darjah

1.1.3 Menghormati anutan agama atau kepercayaan rakan yang terdapat dalam bilik darjah.

1 Menyebut agama sendiri dan agama orang lain

2 Menyatakan agama rakan lain di dalam kelas

3 Menunjukcara menghormati agama rakan lain dalam kelas

4 Menunjukkan sikap menghormati agama rakan lain dalam kelas

5 Mengamalkan sikap menghormati agama dan kepercayaan lain

(23)

16

2.Baik Hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

2.1 Baik hati kepada jiran

1.1.1 Menyebut aktiviti yang boleh dijalankan untuk membantu jiran

2.1.2 Menyatakan kepentingan membantu jiran

2.1.3 Mengamalkan sikap baik hati kepada jiran

1 Menyebut tiga aktiviti membantu jiran

2 Menyatakan tiga kebaikan membantu jiran

3 Melakukan aktiviti membantu jiran di dalam kelas

4 Menunjukkan perlakuan membantu jiran semasa di rumah

5 Mengamalkan perlakuan membantu jiran mengikut situasi dan masa yang sesuai

(24)

17

3.Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

3.1 Tanggungjawab diri terhadap rakan

3.1.1 Menyatakan tanggungjawab diri kepada rakan

3.1.2 Menyatakan kepentingan

bertanggungjawab kepada rakan

3.1.3 Mengamalkan sikap tanggungjawab

terhadap rakan

1 Menyebut tiga tanggungjawab diri kepada rakan

2 Menyatakan tiga kepentingan bertanggungjawab terhadap rakan

3 Melakukan tanggungjawab diri terhadap rakan di dalam kelas

4 Melakukan tanggungjawab diri terhadap rakan mengikut situasi

5 Mengamalkan tanggungjawab diri terhadap rakan mengikut situasi dan masa yang sesuai

(25)

18

4.Berterima Kasih

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

4.1 Menghargai keluarga

4.1.1 Mengucapkan ucapan terima kasih

4.1.2 Menyatakan penghargaan melalui kad ucapan

4.1.3 Mengamalkan sikap menghargai dalam keluarga

1 Melafazkan ucapan terima kasih

2 Menyatakan tiga cara memberi penghargaan kepada keluarga

3 Memberi penghargaan kepada keluarga melalui kad ucapan

4 Memberi penghargaan kepada keluarga dengan pelbagai cara mengikut situasi

5 Mengamalkan sikap menghargai keluarga pada masa dan situasi yang sesuai

(26)

19

5.Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

5.1 Berhemah tinggi dengan warga sekolah

5.1.1 Menyebut tutur kata yang sopan sesama warga sekolah

5.1.2 Berkomunikasi dengan beradab sopan semasa di dalam kelas

5.1.3 Mengamalkan tutur kata yang sopan

1 Menyebut tiga tutur kata yang sopan

2 Menyatakan tutur kata sopan yang digunakan dalam kelas

3 Berkomunikasi dengan warga sekolah menggunakan tutur kata yang sopan dalam kelas

4 Berkomunikasi dengan tutur kata yang sopan dengan warga sekolah mengikut kesesuaian

5 Mengamalkan tutur kata yang sopan semasa berkomunikasi dengan warga sekolah

(27)

20

6.Hormat

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

6.1 Menghormati orang lain

6.1.1 Menyebut contoh ucapan hormat kepada orang lain

6.1.2 Menyatakan kepentingan

menghormati orang lain

6.1.3 Menunjukkan cara menghormati orang lain

6.1.4 Menggunakan ucapan hormat kepada orang lain dalam kehidupan

1 Menyebut tiga ucapan hormat kepada orang lain

2 Menyatakan tiga kepentingan memberi hormat kepada orang lain

3 Menunjukkan cara memberi hormat kepada orang lain

4 Menunjukkan perlakuan memberi hormat kepada orang lain dengan cara yang betul

5 Mengamalkan perlakuan memberi hormat kepada orang lain dalam kehidupan seharian

(28)

21

7.Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

7.1 Menyayangi kawasan sekolah

7.1.1 Menyatakan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menyanyangi kawasan sekolah

7.1.2 Menceritakan kepentingan menyayangi kawasan sekolah

7.1.3 Mengamalkan sikap menyayangi

kawasan sekolah

1 Menyebut tiga cara menyayangi kawasan sekolah

2 Menyatakan tiga kepentingan menyayangi kawasan sekolah

3 Menunjukkan sikap menyayangi kawasan sekolah melalui aktiviti yang dijalankan

4 Menunjukkan sikap menyayangi kawasan sekolah dengan cara yang betul

5 Melakukan aktiviti menyayangi kawasan sekolah mengikut jadual

(29)

22

8.Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

8.1 Mengamalkan sikap adil di sekolah

8.1.1 Menyebut cara bersikap adil di sekolah

8.1.2 Menyatakan kepentingan bersikap adil di sekolah

8.1.3 Menunjukkan sikap adil di sekolah

1 Menyebut tiga cara bersikap adil di sekolah

2 Menyatakan tiga kepentingan bersikap adil di sekolah

3 Melakukan aktiviti yang menunjukkan sikap adil di sekolah

4 Menunjukkan sikap adil dalam pergaulan di sekolah

5 Menunjukkan sikap adil dalam pergaulan di sekolah mengikut situasi

(30)

23

9.Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

STANDARD

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

9.1 Berani

9.1.3 Mengamalkan sikap berani

berkomunikasi dengan warga sekolah

1 Menyatakan tiga adab berkomunikasi dengan warga sekolah

2 Menyatakan tiga kebaikan berani berkomunikasi dengan warga sekolah

3 Menunjukkan sikap berani berkomunikasi dengan warga sekolah melalui aktiviti

4 Menunjukkan sikap berani berkomunikasi dengan warga sekolah mengikut kemampuan

5 Mengamalkan sikap berani berkomunikasi terhadap warga sekolah mengikut keperluan dan situasi

(31)

24

10.Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

10.1 Bersikap jujur dengan warga sekolah

10.1.1 Menyatakan tingkah laku yang jujur kepada warga sekolah

10.1.2 Menceritakan kepentingan bersikap jujur terhadap warga sekolah

10.1.3 Mengamalkan sikap jujur terhadap warga sekolah

1 Menyebut tiga sikap jujur terhadap warga sekolah

2 Menyatakan tiga kepentingan bersikap jujur terhadap warga sekolah

3 Menunjukkan perlakuan bersikap jujur terhadap warga sekolah melalui aktiviti

4 Menunjukkan perlakuan bersikap jujur terhadap warga sekolah mengikut situasi

5 Mengamalkan perlakuan bersikap jujur terhadap warga sekolah mengikut situasi yang sesuai

(32)

25

11.Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

11.1 Bersikap rajin di sekolah

11.1.1 Menyebut sikap rajin yang

diamalkan di sekolah

11.1.2 Menyatakan kebaikan sikap rajin di sekolah

11.1.3 Mengamalkan sikap rajin semasa berada di sekolah

1 Menyebut tiga sikap rajin di sekolah

2 Menyatakan tiga kepentingan amalan sikap rajin di sekolah

3 Menunjukkan perlakuan bersikap rajin melalui aktiviti di sekolah

4 Menunjukkan perlakuan bersikap rajin di sekolah setiap masa

5 Melakukan aktiviti yang menunjukkan sikap rajin mengikut jadual

(33)

26

12.Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

STANDARD

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

12.1 Bekerjasama

1 Menyebut tiga aktiviti bekerjasama dengan warga sekolah

2 Menyatakan tiga kepentingan bekerjasama terhadap warga sekolah

3 Menunjukkan perlakuan bekerjasama dalam aktiviti yang dijalankan bersama warga sekolah

4 Melakukan aktiviti bekerjasama dengan warga sekolah

5 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan warga sekolah dalam pelbagai aktiviti mengikut situasi yang sesuai

(34)

27

13.Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

STANDARD KANDUNGAN Murid

dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

13.1 Bersikap sederhana di rumah

13.1.1 Menyebut perlakuan

sederhana di rumah

13.1.2 Menyatakan kepentingan

bersikap sederhana di rumah

13.1.3 Mengamalkan perlakuan

sederhana di rumah

1 Menyebut tiga perlakuan sederhana di rumah

2 Menyatakan tiga kebaikan perlakuan sederhana di rumah

3 Menunjukkan sikap sederhana di rumah melalui aktiviti

4 Menunjukkan perlakuan bersederhana di rumah

5 Mengamalkan perlakuan sederhana di rumah

(35)

28

14.Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

STANDARD KANDUNGAN Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN STANDARD PRESTASI Murid boleh…..

14.1 Bersikap toleransi dengan warga sekolah

14.1.1 Menyenaraikan perlakuan

bertoleransi dengan warga sekolah

14.1.2 Menerangkan kepentingan sikap bertoleransi dengan warga sekolah

14.1.3 Mengamalkan sikap bertoleransi dengan warga sekolah

1 Menyebut tiga perlakuan bertoleransi terhadap warga sekolah

2 Menyatakan tiga kepentingan sikap bertoleransi dengan warga sekolah

3 Menunjukkan perlakuan bertoleransi dengan warga sekolah melalui aktiviti

4 Menunjukkan perlakuan bertoleransi dengan warga sekolah dengan cara yang betul

5 Mengamalkan sikap bertoleransi dengan warga sekolah dengan cara yang betul

(36)

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Referensi

Dokumen terkait

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid berkeperluan pendidikan khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid berkeperluan pendidikan khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermatlamat untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai

Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas Asas Jahitan Tingkatan Satu menekankan kepada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang

5.1.2 Membuat persediaan diri Melakukan aktiviti “Monkey Bar” secara berkumpulan sebelum,semasa dan selepas dalam jarak dan masa yang ditetapkan serta.