KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
TAHUN EMPAT
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 2
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN 6
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 8
PENTAKSIRAN 9
PERLAKSANAAN PdP DAN PENAKSIRAN SEKOLAH 12
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
2
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan membimbing murid agar berupaya;
i. Memberikan tumpuan kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal murid
ii. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran agar dapat berdikari dalam kehidupan seharian serta melibatkan diri dalam aktiviti riadah
iii. Memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya
iv. Membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk meningkatkan literasi kesihatan, menguasai kemahiran kecekapan psikososial (life skill) dan mengamalkan gaya hidup sihat.
v. Membolehkan murid sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani serta meningkat potensi individu ke tahap kesihatan maksimum vi. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
4
KBAT Penerangan
Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai
dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil
untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan
Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta  menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan
murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran merek
a.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
5 seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK6
FOKUS MATA PELAJARAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Matlamat
Komposisi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merangkumi kemahiran asas pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik, kecergasan, rekreasi dan kesenggangan serta kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan membimbing murid :
i. melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang sesuai dengan lakuan yang betul
ii. mengaplikasikan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan iii. pemupukan elemen keselamatan pengurusan, tanggungjawab kendiri dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal
Objektif
i. melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul ii. kecekapan menggabungkan pergerakan dalam melakukan
aktiviti
iii. memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan dijalankan
iv. menunjuk cara kemahiran sosial yang sesuai dalam aktiviti fizikal
v. menunjuk cara kemahiran tanggungjawab kendiri yang sesuai dalam aktiviti fizikal
vi. mengaplikasikan kecergasan berdasarkan lakuan motor melalui aktiviti fizikal dalam kemahiran asas dan khusus serta mengetahui kepentingan menjaga kecergasan dan kecerdasan
vii. melakukan aktiviti fizikal dengan riang, bertanggungjawab dan selamat
viii. membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat ix. mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat
x. mengetahui kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah dan alkohol
xi. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti jasmani
Perlaksanaan Modul Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Modul Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
7 keperluan. Penglibatan murid yang aktif dan guru yang kreatif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid ( cara PdP kesukanan)
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:
 Belajar Melalui Permainan
 Belajar Sambil Bermain
 Multi Sensori
 Pembelajaran Kontekstual
 Pembelajaran Interaktif
 Pembelajaran Koperatif
 Pertandingan
 Pembelajaran Masteri
 Kaedah sumbang saran
 Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
 Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Pembinaan Dokumen Standard Pendidikan Jasmani adalah berdasarkan 5 aspek.
Bagi T
ajuk 1 iaitu Kemahiran Pergerakan,murid dapat menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Tajuk 2 pula adalah penekanan dalam Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan. Murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembang kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal. Manakala dalam Tajuk 3, Kecergasan Meningkatkan Kesihatan, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan fizikal. Bagi Tajuk 4 iaitu aplikasi pengetahuan meningkatkan kecergasan, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal.
Seterusnya, Tajuk 5 iaitu Kesukanan, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi aspek keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berterusan. Dalam tajuk ini juga, guru perlu memasukan kemahiran yang diajar mengikut kesesuaian topik-topik sebelumnya.
8 pembelajaran modul 1 (kemahiran) dan modul 2 (kecergasan).Pecahannya adalah sebagaimana berikut
Modul 1
pengetahuan dalam pergerakan
pengetahuan dalam meningkatkan kesenggangan dalam pengajaran PJ. Bagi yang memilih akuatik
asas, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu :
Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas, 2000)
9 peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak
sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
10
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran TMK (Suaian)
Tafsiran Umum
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM
1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Tahu dan Faham
11
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab Mithali
Murid berupaya
menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM
sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau member respon terhadap perkara yang asas
[Domain psikomotor dan kognitif (tahu) yang melibatkan aspek 1 atau 2 mengikut Modul Kemahiran dan 3 atau 4 mengikut Modul Kecergasan]
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
12
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi. [Domain psikomotor dan kognitif (aplikasi) yang melibatkan aspek 1,2,3,4 mengikut Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan]
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik
[Domain psikomotor dan kognitif yang melibatkan aspek 1,2,3, 4 mengikut Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan]
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
[Domain psikomotor, kognitif (inovasi) dan efektif yang melibatkan aspek 1,2,34,5 mengikut Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan]
6 Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal
[Domain psikomotor, kognitif (kreativiti dan inovatif) dan efektif yang melibatkan aspek 1,2,34,5 mengikut Modul Kemahiran dan Modul kecergasan]
Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
13 pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.
14
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR: GULING
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
Pergerakan Lokomotor 1.1 Berkebolehan melakukan
Pergerakan lokomotor dengan lakuan yang betul
2.1 Memahami dan membezakan pergerakan
Pengurusan dan Keselamatan 5.1 Berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen
keselamatan dan dan pengurusan keselamatan
1.1.1 Melakukan aktiviti guling sisi 1.1.2 Melakukan aktiviti guling hadapan 2.1.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
2.1.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa
melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
5.1.1 Menyenaraikan persediaan diri dan pakaian mengikut aktiviti yang dijalankan
1 Boleh mengenal aktiviti guling
2 Boleh melakukan aktiviti guling sisi dan menyatakan secara ringkas pergerakan badan ketika guling sisi dilakukan
3
Boleh melakukan aktiviti guling sisi dan hadapan seta mengaplikasikan teknik guling yang betul mengikut postur badan dengan bantuan
15
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5 Boleh melakukan gabungan aktiviti guling sisi dan hadapan dengan postur badan yang betul
6
16
PEGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR: CONGKLANG (GALOP)
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
Pergerakan Lokomotor 1.1 Berkebolehan melakukan
pergerakan lokomotor dengan lakuan yang betul 2.1 Memahami dan membezakan pergerakan
Pengurusan dan Keselamatan 5.1 Berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen
keselamatan dan dan pengurusan keselamatan
1.1.3 Melakukan aktiviti lompat congklang (gallop)
2.1.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
2.1.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa
melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti
1
Boleh mengenal lompatan congklang
2 Boleh melakukan lompatan congklang dan menyatakan secara ringkas lompatan congklang dengan cara yang betul
3 Boleh melakukan lompatan congklang dan mengaplikasikan teknik lompatan congklang mengikut postur badan yang betul
4 Boleh melakukan lompatan congklang secara berulang dalam jarak yang di tetapkan (10 meter)
17
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
18
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR: MENOLAK DAN MENARIK
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
Pergerakan Bukan Lokomotor 1.2 Berkebolehan melakukan
pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang betul
2.2 Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan
Pengurusan dan Keselamatan 5.1 Berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen keselamatan dan dan pengurusan keselamatan
1.2.1 Melakukan aktiviti menolak 1.2.2 Melakukan aktiviti menarik
2.1.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
2.1.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa
melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
5.1.3 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti
1
Boleh mengenal aktiviti menolak dan menarik
2 Boleh melakukan aktiviti menolak dan menunjuk bahagian otot yang digunakan ketika menolak
3
Boleh melakukan aktiviti menolak dan menarik tanpa beban serta mengaplikasikan aktiviti menolak dan menarik dengan penuh keyakinan
19
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Boleh melakukan aktiviti menolak dan menarik secara berkumpulan dalam jarak yang
ditetapkan serta mengenal pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti
6
20
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR: MANIPULASI ALATAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
Kemahiran Manipulasi Alatan 1.3 Berkebolehan melakukan
kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul 2.2 Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan
Kemahiran Manipulasi Alatan 5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
1.3.1 Melakukan aktiviti guling sisi menggunakan alatan di atas tilam 2.2.1 Menyatakan kedudukan badan yang betul
5.2.1 Berkeyakinan melakukan pelbagai pergerakan kemahiran dalam aktiviti
1
Boleh mengenal aktiviti guling
2 Boleh menjelaskan aktiviti guling sisi dengan alatan di atas tilam dengan lakuan yang betul 3 Boleh melakukan aktiviti guling sisi dengan
alatan di atas tilam
4 Boleh melakukan aktiviti guling sisi dengan alatan di atas tilam dalam jarak yang ditetapkan dengan lakuan yang betul
5
Boleh melakukan aktiviti guling sisi dengan pelbagai alatan di atas tilam secara
21
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
22
AKUATIK: TEKNIK APUNGAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.4 Keyakinan dan keselamatan dalam air
2.3 Mengaplikasikan konsep keyakinan dan keselamatan di air
Keselamatan Di Air
5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
1.4.1 Mematuhi peraturan dalam air 1.4.2 Melakukan kemahiran keyakinan dalam air, bobbing, mengapung lentang dan meluncur
2.3.1 Mengenal pasti peraturan di air 2.3.2 Mengenal pasti kemahiran apungan tiarap yang betul
5.2.1 Berkeyakinan melakukan pelbagai pergerakan kemahiran dalam aktiviti
1
Boleh mengenal teknik apungan
2 Boleh melakukan aktiviti apungan di luar kolam dengan teknik yang betul
3 Boleh melakukan aktiviti apungan di dalam kolam dengan teknik yang betul
4 Boleh melakukan aktiviti apungan dan bobbing dengan teknik dan cara yang betul
5
23
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
24
AKUATIK: TEKNIK MELUNCUR
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.5 Keyakinan dan keselamatan dalam air
2.3 Mengaplikasikan konsep keyakinan dan keselamatan di air
Keselamatan Di Air
5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
1.4.1 Mematuhi peraturan dalam air 1.4.2 Melakukan kemahiran keyakinan dalam air, bobbing, mengapung lentang dan meluncur
2.3.1 Mengenal pasti peraturan di air 2.3.2 Mengenal pasti kemahiran apungan tiarap yang betul
5.2.1 Berkeyakinan melakukan pelbagai pergerakan kemahiran dalam aktiviti
1
Boleh melonjak dari dinding kolam 2 Boleh meluncur dan menyatakan secara
ringkas teknik luncur yang betul
3 Boleh meluncur dengan bantuan papan apungan dengan penuh keyakinan
4 Boleh meluncur tanpa bantuan papan
apungan dalam jarak yang ditetapkan dengan penuh keyakinan
25
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Boleh meluncur dan bobbing dalam
26
REKREASI DAN KESENGGANGAN: PERMAINAN DALAMAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
Rekreasi dan Keseganggangan 1.5 Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi dan
keseganggan
2.4 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan
5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
1.5.1 Bermain permainan melibatkan kemahiran motor halus seperti dam dan karom
2.4.1 Mengenal pasti strategi dalam permainan karom dan dam 5.2.3 Menerima kemenangan dan
kekalahan dalam permainan secara positif
1
Boleh mengenal permainan dam dan karom 2 Boleh membezakan permainan dam dan
karom
3 Boleh mengaplikasikan salah satu permainan dam atau karom
4 Boleh menyelesaikan masalah dalam strategi permainan dam dan karom serta dapat menerima kemenangan dan kekalahan
27
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
28
REKREASI DAN KESENGGANGAN: PERMAINAN TRADISIONAL
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.5 Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi dan
keseganggan
2.4 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan
5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
1.5.2 Bermain permainan tradisonal melibatkan kemahiran menarik dan menolak Tarik Upih dan Batak Lampung
2.4.2 Mengenal pasti cara bermain permainan tradisonal yang melibatkan daya tahan dan kekuatan otot seperti Tarik Upih dan Batak Lampung
5.2.3 Menerima kemenangan dan
kekalahan dalam permainan secara positif
1 Boleh mengenal permainan tradisional Tarik Upih dan Batak Lampung
2
Boleh melakukan kemahiran menarik dan menolak serta menyatakan anggota badan yang terlibat dalam melakukan aktiviti menarik dan menolak.
3
Boleh mengaplikasikan kemahiran menolak dan menarik di dalam permainan tradisional Tarik Upih dan Batak Lampung dengan cara dan teknik yang betul
29
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Boleh membimbing rakan dalam melakukan aktiviti Tarik Upih dan Batak Lampung serta menunjukan sikap positif dalam menerima kemenangan dan kekalahan
6
30
OLAHRAGA ASAS: LARIAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
Olahraga Asas
1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas berlari dengan lakuan yang betul 2.5 Berkebolehan
mengaplikasikan konsep dan prinsip pergerakan dalam kemahiran asas berlari. 5.3 Berkebolehan berkomunikasi Dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal
1.6.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan 1.6.2 Berlari dalam pelbagai jarak
2.5.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari
2.5.2 Mengenal pasti kordinasi tangan dan kaki semasa berlari
5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal 5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya
1
Boleh mengenal aktiviti berlari
2 Boleh berlari dalam laluan lurus dan boleh menunjukkan otot yang digunakan ketika berlari
3 Boleh berlari dalam pelbagai kelajuan dan boleh mengaplikasikan teknik berlari dengan betul
4
31
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Boleh berlari pecut dalam laluan lurus dan selekoh pada pelbagai kelajuan dan mengenal pasti koordinasi tangan dan kaki semasa berlari
6
32
OLAHRAGA ASAS: LOMPATAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.7 Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul 2.6 Berkebolehan
mengaplikasikan konsep dan prinsip pergerakan dalam kemahiran asas lompatan 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan
1.7.1 Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki
1.7.2 Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang sama
1.7.3 Melompat menggunakan kaki kanan dan mendarat dengan kaki kiri dan sebaliknya
2.6.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat
2.6.2 Mengenal pasti kaki yang betul untuk melonjak
5.4.1 Membentuk kumpulan kecil bagi melakukan aktiviti
1
Boleh mengenal aktiviti melompat
2
Boleh melompat dengan sebelah kaki dan mendarat dengan menggunakan kedua belah kaki serta menyatakan teknik lompatan yang betul
3
Boleh melompat dengan kaki kanan atau kaki kiri dan mendarat dengan menggunakan kedua belah kaki secara statik serta
mengaplikasi teknik lompatan dengan postur badan yang betul
33
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5.4.2 Berperanan sebagai ketua
kumpulan 5
Boleh berlari pecut dengan langkah yang konsisten dan melompat melepasi halangan serta mengenal pasti jumlah langkah lari yang sesuai bagi melepasi halangan
6
34
OLAHRAGA ASAS: LONTARAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran asas balingan dengan lakuan yang betul 2.7 Berkebolehan
mengaplikasikan konsep dan prinsip pergerakan dalam kemahiran asas balingan 5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan
1.8.1 Melontar objek sfera pada pelbagai jarak
1.8.2 Melempar objek leper pada pelbagai jarak
2.7.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan lontaran 2.7.2 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan lemparan 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal
5.4.1 Membentuk kumpulan kecil bagi melakukan aktiviti
1 Boleh mengenal aktiviti melontar dan melempar 2 Boleh melontar objek dan menyatakan secara ringkas
cara pergerakan tangan semasa melontar
3 Boleh melontar dan melempar objek serta menunjukkan otot yang digunakan untuk membuat lemparan
4
Boleh melontar dan melempar objek dalam pelbagai jarak yang ditentukan dan mengenalpasti postur badan yang betul semasa melakukan aktiviti melontar dan melempar 5
Boleh melakukan aktiviti melontar dan melempar dan membentuk kumpulan serta boleh menunjukkan keyakinan dalam berkomunikasi
6
35
KECERGASAN: PENINGKATAN DAN PENURUNAN SUHU BADAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan otot 4.1 Berkebolehan
mengaplikasikan konsep kecergasan semasa melakukan aktiviti fizikal Pengurusan dan Keselamatan 5.1 Berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen
keselamatan dan pengurusan keselamatan
3.1.1 Melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan suhu badan, kadar penafasan, kadar nadi dan keanjalan
3.1.2 Melakukan aktiviti menyejukkan badan
4.1.1 Mengenal pasti aktiviti memanaskan badan dan menyejukan badan
5.1.1 Menyenaraikan persediaan diri dan pakaian mengikut aktiviti yang
dijalankan
1 Boleh mengenal aktiviti meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan, kadar nadi dan keanjalan
2 Boleh membezakan aktiviti fizikal memanas dan menyejukkan badan
3
Boleh mengaplikasikan aktiviti fizikal memanas dan menyejukkan badan serta memakai pakaian yang sesuai ketika aktiviti dilaksanakan
4
Boleh menjelaskan perkaitan antara aktiviti fizikal menyejukkan badan dengan
peningkatan suhu
36
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Boleh merumuskan kesan aktiviti fizikal menyejukkan badan terhadap peningkatan suhu badan, kadar pernafasan, kadar nadi dan keanjalan
37
KECERGASAN: KAPISTI AEROBIK
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.2 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan kapisiti aerobik
4.2 Berkebolehan menguasai konsep asas kapisiti aerobik Tanggungjawab Kendiri
5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
3.2.1 Melakukan aktiviti berjalan secara bebas tanpa henti selama tiga minit
di kawasan yang ditetapkan. 4.1.2 Membezakan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal
5.1.2 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti
1 Boleh melakukan aktiviti berjalan secara bebas
2 Boleh melakukan aktiviti berjalan bebas tanpa henti di kawasan yang ditetapkan
3 Boleh mempraktikkan aktiviti berjalan secara bebas tanpa henti selama tiga minit dan mematuhi peraturan keselamatan
4 Boleh membezakan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti serta mematuhi peraturan keselamatan
38
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
39
KECERGASAN: KESIHATAN JANTUNG
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.2 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan kapisiti aerobik
4.2 Berkebolehan menguasai konsep asas kapisiti aerobik Tanggungjawab Kendiri
5.2 Berkebolehan mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
3.2.2 Melakukan aktiviti berlari secara perlahan tanpa henti selama satu minit di kawasan yang ditetapkan 4.2.1 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung
4.2.2 Mengenal pasti kesan senaman terhadap jantung
5.1.3 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti
1 Boleh melakukan aktiviti berlari secara perlahan
2 Boleh melakukan aktiviti berlari secara perlahan tanpa henti di kawasan yang ditetapkan
3
Boleh mempraktikkan aktiviti berlari secara perlahan tanpa henti selama satu minit di kawasan yang ditetapkan serta mengenal pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti
40
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5 Boleh merumuskan dengan jelas kesan aktiviti berlari secara perlahan terhadap jantung
41
15. KECERGASAN: KELENTURAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.3 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot 4.3 Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot Interaksi Sosial
5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal
3.3.1 Melakukan senaman seperti tekan tubi, tekan tubi ubah suai dan bangkit tubi
4.3.1 Menamakan otot-otot yang terlibat semasa melakukan senaman kekuatan daya tahan otot
5.2.1 Berkeyakinan melakukan pelbagai pergerakan kemahiran dalam aktiviti
1 Boleh mengenal tekan tubi, tekan tubi ubah suai dan bangkit tubi
2 Boleh melakukan aktiviti tekan tubi, tekan tubi ubah suai dan bangkit tubi
3
Boleh menunjukkan dan menamakan
bahagian otot yang terlibat semasa melakukan senaman seperti tekan tubi, tekan tubi ubah suai dan bangkit tubi
4
42
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Boleh menilai kesan otot yang terlibat ketika melakukan aktiviti tekan tubi, tekan tubi ubah suai dan bangkit tubi secara berterusan mengikut arahan dari guru
43
KECERGASAN: KEKUATAN OTOT
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….. TP
STANDARD PRESTASI Murid boleh….
3.3 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot 4.3 Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot Interaksi Sosial
5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal
3.4.1 Melakukan pelbagai senaman regangan pada otot bahu, tangan dan bahagian atas badan dengan lakuan yang betul
4.3.2 Mengenal pasti otot-otot besar yang terlibat semasa senaman daya tahan dan kekuatan otot
5.2.3 Menerima kemenangan dan
kekalahan dalam permainan secara positif
1 Boleh membuat senaman regangan dengan lakuan yang betul
2 Boleh melakukan senaman regangan dan menunjukkan otot yang terlibat
3
Boleh melakukan senaman regangan dan
mempelbagaikan jenis senaman regangan selain teknik senaman asas yang diajar
4
Boleh melakukan senaman regangan dan
mempelbagaikan jenis senaman serta menyatakan otot yang terlibat semasa aktiviti regangan dilakukan
5
Boleh mengaplikasikan senaman regangan setiap kali sebelum bersukan dan membuat aktiviti regangan dengan tertib yang betul
6
44
KECERGASAN: KOMPOSISI BADAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.5 Mengetahui komposisi dan bentuk badan
4.5 Bekebolehan memahami konsep komposisi badan 5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan
3.5.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat badan
3.5.2 Merekod pertumbuhan diri dari segi ketinggian dan berat badan
4.5.1 Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ dan lemak
4.5.2 Mengenali bentuk badan kurus, sederhana dan berlebihan berat 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal
5.4.1 Membentuk kumpulan kecil bagi melakukan aktiviti
1 Boleh menyatakan ukuran tinggi badan sendiri dengan betul
2 Boleh menyatakan ukuran tinggi dan
timbangan berat badan sendiri dengan betul 3 Boleh menyatakan tiga komponen dalaman
badan
4 Boleh membezakan tiga komponen dalaman badan dan anggota badan
45
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5.4.2 Berperanan sebagai ketua
kumpulan 6
46
PENGUASAAN TAFSIRAN
Kesihatan Diri
6.1 Mengetahui bahagian anggota badan dan penjagaan
kebersihan diri
6.1.1 Menamakan bahagian kepala 6.1.2 Menamakan bahagian tangan 6.1.3 Menamakan bahagian abdomen 6.1.4 Menamakan bahagian kaki
6.1.5 Mengenalpasti cara -cara menjaga kebersihan mulut seperti gigi, gusi dan lidah
6.1.6 Mengenalpasti cara-cara menjaga kebersihan rambut seperti mencuci dan menyikat rambut
6.1.7 Mengenalpasti cara-cara penjagaan kebersihan kulit seperti mandi dan memakai pakaian yang bersih 6.1.8 Mengenal pasti cara-cara menjaga kebersihan seluruh anggota badan
1 Boleh menamakan tiga bahagian asas anggota badan
2 Boleh menentukan tiga amalan penjagaan kesihatan dengan baik
3 Boleh mengaplikasikan amalan penjagaan kesihatan terhadap diri sendiri
4
Boleh menjelaskan dengan terperinci kesan amalan penjagaan kebersihan diri terhadap anggota badan
5
47
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
48
PERASAAN
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
Perasaan
6.2 Memahami perasaan
6.2.1 Memberi contoh mimik muka gembira
6.2.2 Memberi contoh mimik muka sedih 6.2.3 Memberi contoh mimik muka marah
1 Boleh membuat mimik muka
2
Boleh menyatakan dengan ringkas perasaan seseorang mengikut situasi yang dirancang guru
3 Boleh membuat mimik muka berdasarkan situasi yang dirancang guru
4
Boleh bertindak dan berkelakuan sejajar dengan perasaan mengikut situasi yang dirancang guru
5
Boleh mengawal dan mengubahsuai perasaan berdasarkan situasi semasa yang dirancang guru
6
49
KEKELUARGAAN
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
Kekeluargaan
6.3 Mengetahui peranan diri sendiri,keluarga dan sahabat
6.3.1 Mengenali diri
6.3.2 Mengenali ahli keluarga 6.3.3 Mengenali sahabat
1
Boleh menyebut nama sendiri 2 Boleh menyebut nama sendiri dan
menyatakan secara ringkas tentang diri sendiri 3 Boleh membezakan ahli keluarga dan sahabat
4 Boleh menyebut nama ahli keluarga dan sahabat
5
Boleh mengenal dan menyebut nama ahli keluarga yang besar dan mengetahui pekerjaan ahli keluarga mereka
50
PENGUASAAN TAFSIRAN
Pemakanan
7.1 Mengetahui jenis makanan harian waktu
7.1.1 Menyatakan jenis makanan yang berkhasiat
7.1.2 Menyatakan jenis makanan yang tidak berkhasiat
7.1.3 Menyatakan kebaikan makan makanan berkhasiat
7.1.4 Menyatakan keburukan makan makanan yang tidak berkhasiat 7.1.5 Menyatakan waktu sarapan pagi dan kepentingan bersarapan 7.1.6 Menyatakan waktu makan tengahari
7.1.7 Menyatakan waktu makan malam
1 Boleh mengenal makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat
2 Boleh menyatakan dua makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat
3 Boleh membuat pemilihan antara makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat
4
Boleh menyatakan perkaitan sarapan dengan pemilihan makanan dan dapat menjelaskan kepentingan bersarapan
5
Boleh menerangkan dengan jelas kepentingan bersarapan seterusnya dapat menentukan makanan yang berkhasiat semasa
pengambilan sarapan 6
51
PENYALAHGUNAAN BAHAN
STANDARD KANDUNGAN
PENGUASAAN TAFSIRAN
Penyalahgunaan Bahan
7.2 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan
7.2.1 Mengenalpasti jenis-jenis dan kegunaan ubat
7.2.2 Mengenalpasti bahan mengandungi racun
7.2.3 Menyatakan perbezaaan ubat dan bahan mengandungi racun
7.2.4 Menyatakan cara penyimpanan ubat dan bahan yang mengandungi racun yang betul
7.2.5 Kesan penyalahgunaan ubat dan bahan mengandungi racun
1
Boleh mengenal bentuk fizikal ubat 2 Boleh mengenalpasti dua jenis ubat dan
kegunaannya
3 Boleh menyatakan perbezaan ubat dengan bahan beracun
4
Boleh menyatakan cara penggunaan dan penyimpanan ubat yang selamat
5
Boleh menunjukkan dan membimbing rakan sebaya tentang kesedaran penyalahgunaan ubat
6
52
KESELAMATAN DIRI
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….. TP
STANDARD PRESTASI Murid boleh….
Keselamatan diri
8.1 Mengetahui penjagaan aspek keselamatan diri
8.1.1 Mengenal nama ibubapa atau penjaga dan juga guru
8.1.2 Mengenalpasti nombor telefon ibubapa atau penjaga dan juga guru
8.1.3 Menyatakan alamat rumah dan sekolah
1 Boleh mengetahui nama sendiri, ibubapa dan guru kelas 2 Boleh menyebut nama sendiri, ibubapa dan guru kelas 3 Boleh menyatakan nombor telefon ibubapa
4
Boleh menjelaskan alamat rumah dan alamat sekolah
5
Boleh menceritakan pelan atau laluan balik dari sekolah ke rumah
6
53
LANGKAH KESELAMATAN DIRI
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
8.2 Mengetahui langkah keselamatan untuk mengelakkan bahaya
8.2.1 Menyatakan langkah- langkah keselamatan semasa berada di rumah
8.2.2 Menyatakan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah
8.2.3 Menyatakan langkah-langkah keselamatan semasa berada di tempat permainan
1 Boleh mengenal langkah-langkah
keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan
2 Boleh menyebut langkah-langkah
keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan
3 Boleh membezakan langkah-langkah keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan
4 Boleh melakukan langkah-langkah
54
STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk…..)
STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk…..)
STANDARD PRESTASI (Murid boleh….) TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5 Boleh merumuskan langkah-langkah keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan
6 Boleh merancang langkah-langkah
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA