• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jelaskan Kenapa Negara negara Berdagang negara-negara budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Jelaskan Kenapa Negara negara Berdagang negara-negara budaya"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

AYEA 3342

Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa China

Tajuk:

(2)

Pengenalan

Perdagangan antarabangsa memainkan peranan yang penting dalam ekonomi kita.

(3)

Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh barang yang mereka sendiri tidak dapat mengeluarkannya sebab perbezaan dari segi anugerah faktor antara negara-negara.

(4)

Maksud dan Konsep

“Perdaganagn Antarabangsa”

Ia juga dikenali sebagai “perdagangan asing”

Perdagangan Antarabangsa ialah perdagangan yang melibatkan pertukaran barangan atau perkhidmatan di antara satu negara dengan satu negara yang lain.

Ia juga boleh dikenali sebagai kegiatan mengeksport dan mengimport

(5)
(6)

Sebab 1:

Kerana Hendak Mendapatkan Barang Atau

(7)

Perdagangan antarabangsa wujud kerana tiada sebuah negara pun di dunia ini yang dapat mengeluarkan semua barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk tempatan.

Urusan perdagangan antarabangsa berlaku apabila sesebuah negara memerlukan barangan atau perkhidmatan yang ia tidak mampu mengeluarkan.

Dengan menukarkan lebihan barangan atau perkhidmatan ini, negara berkenaan akan menikmati pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan.

Keadaan ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan dalam faktor pengeluaran yang dinikmati oleh setiap negara. Antara perbezaannya ialah perbezaan dari segi sumber asli, keadaan iklim , tanah dan kedudukan Geografi, struktur ekonomi dan sosial, tenaga kerja serta kemajuan teknologi

(8)

A. Untuk Mendapatkan Hasil Tanaman dan Bahan

Mentah

Perbezaan iklim dan jenis tanih antara negara akan menyebabkan pengeluaran bahan mentah, hasil pertanian dan ternakan yang berbeza.

Misalnya:

Keadaan iklim dan tanih di Filipina adalah sesuai untuk menggeluarkan manila hemp, iklim di Asia Tenggara sesuai untuk mengeluarkan getah dan minyak kelapa sawit, dan Australia pula sesuai untuk penternakan lembu dan kambing biri-biri. Manakala negara dan kawasan yang mengalami iklim Mediterranean pula lebih sesuai untuk mengeluarkan buah-buahan seperti epal, oren dan anggur.

Oleh sebab iklim dan jenis tanah yang berbeza di antara negara antarabangsa mempengaruhi pengeluaran tersebut, maka perdagangan antarabangsa telah wujud supaya negara-negara mendapat hasil tanaman serta bahan mentah yang didak dapat dikeluarkan di dalam negara sendiri.

Filipina Asia Tenggara Australia Negara Beriklim Mediterranean Manila Hemp Getah, Minyak

(9)

Contoh 2 :

Memperoleh bahan mentah yang tidak dapat dikeluarkan di dalam negeri:

Keadaan ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan dalam faktor pengeluaran yang dinikmati oleh setiap negara.

Malaysia Negara Barat dan Negara Eropah

negara beriklim panas khatulistiwa

Sesuai untuk pengeluaran getah asli

pengeluaran getah asli ini tidak boleh dikeluarkan

(10)

Contoh 3:

Iklim di Australia didapati berbeza dengan iklim di Malaysia menyebabkan jenis ternakan di Australia juga berbeza dengan jenis ternakan di Malaysia.

Iklim Australia lebih sesuai untuk menternak kambing biri-biri yang menyebabkan Australia terkenal dengan pengeluaran kain bulu.

Manakala Malaysia lebih sesuai dengan ternakan lembu untuk daging.

Jadi, Perdagangan Antarabangsa akan berlaku apabila kedua-dua negara ini ingin mendapat hasilan ternakan yang tidak dapat dikeluarkan di dalam negara sendiri.

Iklim Australia Iklim Malaysia

(11)

Walaupun negara-negara berlainan mempunyai tanah yang subur, mungkin pula negara-negara tersebut mempunyai jenis tanah tanih yang berbeza.

Contohnya :

California: mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman buah-buahan.

Malaysia :sesuai untuk tanaman kelapa sawit, padi dan getah.

Walaupun masing-masing mempunyai tanah yang subur, tetapi disebabkan jenis tanah tanihnya berbeza maka jenis tanaman yang ditanam juga berbeza, maka kedua-dua negara ini akan mengadakan perdagangan antarabangsa supaya mendapatkan hasil tanaman yang tidak dapat dihasilkan oleh negara sendiri.

California Malaysia

(12)

B. Untuk Mendapatkan Bahan Buatan /

Produk Tempatan

Terdapat perbezaan budaya masyarakat di negara masing-masing.

Perbezaan sesebuah budaya di antara negara ini akan mempengaruhi kecenderungan masyarakat negara dalam pengeluaran sesuatu barangan serta akan mempengaruhi jenis eksport negara berkenaan.

Misalnya:

Rakyat Swizerland terkenal dengan pengeluaran jam tangan yang bermutu, rakyat Perancis terkenal dengan pengeluaran minyak wangi sementara rakyat Jepun dan rakyat Jerman pula terkenal dengan pengeluaran kereta.

Untuk memperoleh barang-barang yang bermutu ini, negara lain terpaksa berdagang dengan negara tersebut supaya mendapatkan barangan buatan yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara sendiri.

(13)

C. Untuk Mendapatkan Sumber Asli / Bahan Galian

Bahan-bahan anugerah di dunia adalah diagihkan dengan tidak sama rata. Jadi, setiap negara mempunyai sumber semula jadi (sumber anugerah / bahan galian) yang berbeza. Disebabkan ketidaksamarataan agihan bahan-bahan anugerah di antara negara-negara di dunia ini, maka adalah penting bagi tiap-tiap negara tersebut melibatkan diri di dalam perdagangan antarabangsa supaya mendapatkan sumber asli dan bahan galian yang tidak terdapat di

Kaya dengan bijih timah Kaya dengan petroleum

Perdagangan antarabangsa berlaku:

Malaysia mengeksport bijih timah ke Arab Saudi dan mengimport petroleum dari Arab Saudi , sebaliknya, Arab Saudi mengeksport petroleum ke Malaysia dan

(14)

Contoh 2:

Negara-negara Arab kaya dengan sember petroleum, Chile kaya dengan garam nitral. Afrika Selatan kaya dengan emas dan intan, manakala Rusia kaya dengan emas.

Negara-negara yang kaya dengan sumber semula jadi akan mengeksport sumber alam ini ke negara lain dan mengimport barang-barang lain.

Misalnya, Chile perlu menjalankan perdagangan antarabangsa untuk mengeksport garam nitrat ke negara lain dan mengimport hasil keluaran negara lain misalnya, emas dari Afrika Selatan.

(15)

Sebab 2:

(16)

Pasaran antarabangsa adalah lebih besar daripada pasaran di dalam negara.

Sekiranya keluaran di sesebuah negara hanya untuk pasaran dalam negara, perusahaan mungkin tidak akan menambah keupayaannya setakat cukup untuk menikmati ekonomi bidangan. Kos-kos seunit pengeluaran mungkin tinggi.

Tetapi apabila wujud perdagangan antarabangsa, perusahaan akan mengeluarkan untuk kedua-dua pasaran di dalam negara dan pasaran di antarabangsa. Ini menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran yang menyebabkan kos-kos seunit berkurangan, dan dengan ini mengurangkan harga-harga.

(17)

Sebab 3:

(18)

Masyarakat sesebuah negara mempunyai cita rasa yang berbeza untuk setiap barangan.

(19)

Sebab 4:

Kerana Hendak

Meningkatkan Peluang Pekerjaan,

Mengurangkan Kadar Penganguran,

(20)

Apabila sesebuah negara giat dalam perdagangan antarabangsa, maka pengeluaran di dalam sesebuah negara tersebut akan mengeluarkan barangan serta perkhidmatan kepada negara sendiri serta negara luar.

Jika sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa

Pengeluaran akan dilakukan secara besar-besaran

Wujudlah peluang pekerjaan kerana semakin banyak tenaga buruh diperlukan

Apabila banyak tenaga buruh diperlukan, sebagai kesannya, kadar penganguran di dalam sesebuah negara itu akan berkurangan

Akhirnya, sesebuah negara juga akan mencapai pertumbuhan ekonomi

(21)

Sebab 5:

(22)

Sesebuah negara yang cekap / mahir / khusus dalam pengeluaran akan mengeluarkan sesuatu barangan secara besar-besaran dengan kos yang rendah berbanding dengan negara lain akan mendorong wujudnya perdagangan antarabangsa.

Hal ini kerana negara-negara berkenaan akan mengkhusus dalam pengeluaran barang yang mereka cekap mengeluarkannya dan mengeksport barang tersebut ke luar negara dan mengimport barang lain yang tidak dikeluarkan sendiri.

Sebagai contoh, rakyat-rakyat Jepun lebih cekap dalam mengeluarkan kereta manakala Amerika Syarikat lebih cekap dalam mengeluarkan kapal terbang. Oleh itu, Jepun akan mengeksport kererta dan mengimport kapal terbang dari Amerika Syarikat. Sebaliknya, Amerika Syarikat akan mengeksport kapal terbang dan mengimport kereta dari Jepun.

(23)

Sebab 6:

(24)

Perdagangan antarabangsa boleh mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara negara. Hubungan yang baik antara rakan dagang dapat mewujudkan suasana perdagangan yang sihat antara rakan dagang.

Cth : Malaysia & Jepun – hubungan baik membolehkan pertukaran pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi di Jepun

Banyak firma Jepun yg melabur dalam Negara

(25)

Sebab 7:

(26)

Salah satu objektif perdagangan antarabangsa ialah untuk mendapatkan keuntungan.

Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, para pengeksport dan pengimport akan berusaha untuk mendapatkan keuntungan daripada barangan yang dieksport dan diimport masing-masing.

(27)

Sebab 8:

Untuk Memperolehi

(28)

A. Menggalakkan Pelaburan

Perdagangan anarabangsa dapat menggalakkan pelabur dari luar negara mendirikan kilang di Malaysia.

(29)

B. Menggalakkan Penggunaan Teknologi

yang Baru

Perdagangan antarabangsa akan membawa masuk kemahiran, pengalaman dan pengetahuan teknologi ke dalam negara.

Kemahiran dan pengetahuan pakar-pakar perdagangan, ahli kewangan dan para akademik dari luar negara dapat membantu perkembangan sektor perdagangan.

(30)

C. Meningkatkan Kecekapan Dalam

Pengeluaran Melalui Persaingan

Perdagangan antarabangsa mewujudkan persaingan kepada pengeluar tempatan. Barang-barang keluaran dalam negeri akan menghadapi persaingan daripada barang-barang import.

Ini adalah satu cabaran kepada pengeluar tempatan yang harus berusaha mempertingkatkan mutu pengeluaran barang-barang import.

(31)

Kesimpulan

Soalan: Kenapa Negara-negara Berlabur dan Berdagang?Jawapan:

Sebab 1: Kerana hendak memperoleh barangan atau perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan di dalam negara sendiri

a) Hasil Tanaman, Bahan Mentah b) Bahan Buatan / Produk Tempatan c) Sumber Asli, Bahan Galian

Sebab 2: Kerana hendak meluaskan pasaran / industri tempatan

Sebab 3: Kerana hendak memenuhi keperluan / cita rasa / kehendak penggunaSebab 4: Kerana hendak meningkatkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar

penganguran, mencapai pertumbuhan ekonomi.Sebab 5: Khusus, Mahir dan Cekap Dalam Pengeluaran

Sebab 6: Kerana ingin mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang.Sebab 7: Kerana hendak mendapatkan keuntungan

Sebab 8: Untuk memperolehi kebaikan-kebaikan / kelebihan-kelebihan tertentu. a) Menggalakkan pelaburan

b) Menggalakkan penggunaan teknologi yang baru

(32)

Kesimpulan

Sebuah negara dapat meningkatkan taraf hidup dan kekayaannya dengan cara menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepdada penduduk di negara lain

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, atas berkat, rahmat dan karunia-Nya, sehingga laporan Tugas Akhir yang berjudul “Perancangan Sistem

ini, pekerjaan pengelolaan data dengan cara manual dapat digantikan dengan suatu sistem informasi dengan menggunakan komputer. Selain lebih cepat dan mudah,

Adis Elbela Kurnia Dewi , 462009005, Gambaran Strategi Koping Pasien Dalam Menghadapi Kecemasan Pre operasi di Ruang Rawat Inap RSUD Salatiga, Skripsi, Fakultas

Evaluasi penerapan protokol routing OSPF dan BGP pada jaringan VoIP berbasis MPLS VPN dilakukan dengan mengukur Quality of Service yang terdiri dari throughput, delay,

Dari hasil analisis deskriptif tersebut dapat diamati dan disimpulkan bahwa metode rest memiliki kinerja lebih baik dari metode lainnya, sedangkan konfigurasi yang

Pelaksanaan layanan Bimbingan dan Konseling SMA Negeri 12 Semarang yang telah dilakukan praktikan adalah permasalahan dalam bimbingan dan konseling yang mencakup

Mikropon adalah suatu alat yang dapat mengubah getaran suara menjadi..

 Jika sedang sakit kepala dapat melakukan teknik relaksasi nafas dalam untuk mengurangi nyeri yang dirasaka.  Menciptakan suasana rumah yang tenang