• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Hakikat Membaca Salam,

Dalam artikel GKS 1.1 bertajuk “Baca”, kita telah difahamkan bahawa “membaca” adalah suatu aktiviti yang sangat-sangat digalakkan dan ia merupakan salah satu proses untuk memperolehi ilmu

pengetahuan. Corak pemikiran seseorang juga dapat dibentuk melalui pembacaan.

Melalui kaedah membaca yang betul, kita dapat mengkaji, memahami dan menilai, seterusnya membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ringkasnya adalah seperti berikut;

Persoalannya ialah apa yang hendak dibaca, bagaimana untuk menilai dan apa tindakan yang perlu di ambil?

Baca;

Membaca terbahagi kepada 2 bahan a. Membaca coretan dan b. Membaca keadaan/kenyataan

a. Membaca coretan pula terbahagi kepada 2 iaitu;

1. membaca bahan-bahan yang berbentuk tulisan seperti huruf-huruf dan angka-angka,

2. membaca bahan-bahan yang berbentuk gambaran/visual seperti lakaran, lukisan, gambar, graf, peta dan sebagainya yang membawa maksud tertentu dan boleh ditafsirkan atau difahami. Membaca bagi kategori coretan ini terutamanya membaca tulisan, terdapat pelbagai bahan bacaan dalam pelbagai perkara dan pelbagai bidang, namun yang terbaik adalah membaca mesej-mesej Tuhan melalui satu-satunya kitab-Nya yang masih terpelihara iaitu Al-Qur’an. Hanya melalui Al-Qur’an sahaja jawapan kebenaran dari Tuhan boleh diperolehi dan diyakini. Selain dari sumber ini tiada suatupun yang menyakinkan malahan boleh menimbulkan keraguan dan kebingungan. Maka bacalah Al-Qur’an bagi pencari kebenaran hakiki.

b. Membaca keadaan/kenyataan pula terbahagi kepada 3 iaitu;

1. membaca alam semulajadi seperti memerhatikan pergerakan bulan dan matahari bagi mengukur masa, pergerakan angin bagi menentukan perubahan cuaca dan sebagainya,

2. membaca suasana masyarakat bagi memahami keadaan semasa yang berlaku samada di sekeliling kita seperti di tempat kerja, daerah, negeri, negara atau dunia,

3. membaca pergerakan badan (body language – membaca personal) bagi menentukan sikap dan keadaan seseorang.

(2)

Membaca keadaan memerlukan kita membuat pemerhatian dan penelitian terhadap apa yang berlaku dengan menggunakan sepenuh pancaindera pendengaran, penglihatan dan hati dalam memahami dan menilai akan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku.

Pelbagai kisah membaca keadaan terdapat di dalam Al-Qur’an, antaranya kisah Nabi Ibrahim membaca alam semulajadi sehingga baginda dapat membezakan antara hak dan bathil. Kisah ini diceritakan Allah melalui surah Al An’am (6) ayat 75 – 83.

6:75. Demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia menjadi antara orang-orang yang yakin.

6:76. Apabila malam menutupi di atasnya, dia melihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak menyukai yang terbenam."

6:77. Apabila dia melihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku menjadi daripada kaum yang sesat."

6:78. Apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu menyekutukan.

6:79. Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang memulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan."

6:80. Kaumnya mendebatnya. Dia (Ibrahim) berkata, "Adakah kamu hendak mendebat aku mengenai Allah, dan Dia telah memberi petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa kamu menyekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku menghendaki sesuatu. Pemeliharaku merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu mengingatinya?

6:81. Bagaimanakah aku boleh takut pada apa kamu menyekutukan, sedang kamu tidak takut bahawa kamu mempersekutukan Allah dengan apa Dia tidak menurunkan kepada kamu sebarang kuasa? Manakah antara dua golongan yang lebih berhak dengan keamanan jika kamu mengetahui?"

6:82. Orang-orang yang percaya, dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar.

6:83. Itulah hujah Kami yang Kami memberikan Ibrahim terhadap kaumnya. Kami menaikkan darjat siapa yang Kami mengkehendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

Dengan memerhatikan penciptaan Allah (membaca alam semulajadi), dengan izin Allah manusia mampu mendapat petunjuk Allah. Ini menjelaskan kepada kita bahawa alam semulajadi ini juga merupakan ayat-ayat Allah sebagaimana yang dijelaskan-Nya dalam beberapa ayat-ayat Al-Qur’an, antaranya;

Surah Al-Baqarah (2) ayat 164;

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang memahami.

(3)

Surah Al-Imran (3) Ayat 190-191;

3:190. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang mempunyai minda,

3:191. Yang mengingati Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.

Surah An-Nahl (16) Ayat 12;

16:12. Dan Dia menundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi

kaum yang memahami.

Surah Asy-Syura (42) Ayat 29;

42:29. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan apa yang merayap, Dia

menaburkan di merata-rata pada keduanya; dan Dia berkuasa untuk mengumpulkan mereka bila sahaja Dia mengkehendaki.

Dengan ini menampakkan kepada kita akan adanya perkaitan yang rapat antara ayat-ayat berbentuk tulisan yang terdapat dalam Al-Qur’an dengan ayat-ayat keadaan/kenyataan yang berada di sekeliling kita dan di alam ini. Ini bermakna sambil kita membaca ayat-ayat Allah yang terdapat dalam Al-Qur’an dalam masa yang sama kita juga perlu membaca ayat-ayat Allah yang berada di alam ini termasuk membaca keadaan atau perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita. Maka dengan itu kefahaman kita terhadap mesej Allah mengenai kehidupan kita menjadi lebih jelas.

Perkaitan di antara kedua-dua ayat tersebut Allah jelaskan melalui ayat ini;





  

 

 

 



!" 

# $

% & 

'

()

*

Surah Sad (38) ayat 29;

38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka merenungkan (menelitikan) ayat-ayatnya, dan supaya mengingatinya(mendapat pelajaran) bagi orang-orang

mempunyai minda.

Surah Al-Jatsiyah (45) ayat 1-6; 45:1. Ha Mim.

45:2. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

45:3. Sesungguhnya pada langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin,

45:4. Dan dalam ciptaan kamu dan apa-apa yang merayap yang Dia menaburkan di merata-rata adalah ayat-ayat bagi kaum yang yakin,

45:5. Dan pada pergantian malam dan siang, dan rezeki yang Allah menurunkan dari langit, dan

dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan perkisaran angin, adalah ayat-ayat bagi kaum yang

memahami.

45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, mereka akan mempercayai?

(4)

Ayat-ayat dari dua surah di atas, menjelaskan kepada kita bahawa dengan meneliti ayat-ayat tulisan dari Al-Qur’an ada pelajarannya apabila dikaitkan dengan ayat-ayat kenyataan yang ada di alam ini, dari situlah orang-orang yang mempergunakan akal fikirannya mendapat pelajaran (iaitu salah satu ciri-ciri orang-orang mukmin – mempunyai minda).

Itulah hakikat membaca yang Allah ajarkan melalui kitab-Nya kepada kita, membaca dan berfikir, menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan apa yang ada di alam ini agar kita dapat memahami mesej-mesej-Nya, maka dengan itu barulah kita mampu membuat penilaian.

Menilai dan Bertindak;

Nilailah berdasarkan apa yang paling baik dari apa yang telah kita fahami. Jadikan Al-Qur’an sebagai penanda arasnya. Bezakanlah antara haq dan bathil, maka dengan itu dapatlah kita membuat keputusan mana yang benar, mana yang palsu, mana yang perlu diikuti, mana yang perlu ditinggalkan. Maka tepuklah dada tapi jangan tanya selera, tapi tanyalah hati yang telah diatur oleh akal yang jelas antara kebenaran dan kepalsuan, pilihlah yang terbaik akan kebenaran yang diperolehi. Jangan kita hanya mendengar apa saja yang disampaikan kepada kita tanpa kita sendiri menyiasat apa yang dikatakannya berdasarkan penanda aras yang telah kita tetapkan. Jangan kita terpedaya hanya kerana dakwaan itu diterima oleh ramai orang, tidak semesti yang ramai itu benar, yang sedikit itu salah, yang pentingnya adakah dakwaan itu benar menurut penanda aras dari-Nya.

Jangan kita hanya menurut sahaja dengan bersangka-sangka tanpa kita sendiri cuba mencari jawapannya.

Surah Al-An’am (6) ayat 116;

6:116. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

Surah Yunus (10) ayat 36;

10:36. Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti sangkaan, dan sangkaan tidak berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa mereka buat.

Jangan kita mudah terpengaruh dengan kata-kata lunak mereka hanya kerana kita terpegun melihat penampilan mereka tanpa kita meneliti dakwaan-dakwaan mereka terlebih dahulu berdasarkan kitab Allah yang ada di tangan kita. Jangan jadikan kitab Allah yang ada pada kita sebagai suci di dalam debu, manfaatkannya, baca ia, teliti ayat-ayatnya, kaitkan dengan ayat-ayat Allah yang ada di alam ini, cuba fahami mesej-mesejnya, dengan izin Allah pasti jelas petunjuk-Nya kepada kita.

Surah Al-Munfiqun (63) ayat 4;

63:4. Apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu mendengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!

(5)

Dan janganlah kita mengikuti sesuatu itu tanpa sebarang pengetahuan; Surah Al-Isra’ (17) ayat 36;

17:36. Dan jangan mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Itulah tindakan bagi orang-orang yang mempunyai minda, memperhalusi apa-apa sahaja yang

diperolehinya, mendengar lalu mengikuti apa yang paling baik darinya, menjadikan wahyu Allah yakni Al-Qur’an sebagai penanda aras kebenaran baginya. Ia bertindak berdasarkan penilaian yang tepat setelah jelas baginya antara kebenaran dan kepalsuan. Ia bertindak menurut kebenaran yang datang dari Pemeliharanya tanpa sebarang keraguan dan tanpa sebarang alasan.

Surah Al-An’am (6) ayat 105-106 dan 155;

6:105. Begitulah Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka berkata, "Kamu telah mempelajarinya"; dan supaya Kami memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.

6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang menyekutukan.

6:155. Ini ialah sebuah Kitab yang Kami menurunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia (Al-Qur’an), dan bertakwalah supaya kamu dikasihani.

Begitulah bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kitab-Nya, akan mengkaji dari Al-Qur’an sebagai satu-satunya sumber untuk mendapatkan kebenaran dari-Nya.

Semoga apa yang disampaikan akan memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih, semoga bertemu pada artikel akan datang.

Subhanakallahumma! Engkau disanjung, Ya Allah!

Alhamdulillahirabbil’alamin

Referensi

Dokumen terkait

adalah status upload berkas, status "belum” berarti berkas belum di upload, icon berarti sudah melakukan upload berkas, anda bisa mendownload kembali berkas tersebut

Laju rata-rata pertambahan panjang secara linier di kedalaman 9 meter, 6 meter, dan 3 meter selama empat bulan yaitu dari bulan agustus- november meningkat

His blessing and guidance support the researcher in finishing this r esearch entitled “The Use of Reciprocal Teaching Technique to Improve Stu dents’ Reading Skill

Menetapkan

İslâm din ve kültürü Hindistan’a XI. yüzyıldan itibaren Gazneli fetihleriyle girmiş olmasına rağmen burada Türk-İslâm mimarisinin başlaması XII. yüzyılın

Peraturan Menteri Nomor 15 Tahun 2017 tentang Pendaftaran Peralihan Hak Atas Tanah Dalam Rangka Pengampunan Pajak berdasarkan Surat Pernyataan Notariil; atau Akta Pemindahan Hak

Pengisian evaluasi dalam rekam medis adalah hasil dari evaluasi perencanaan dan implementasi yang sudah dilakukan oleh masing-masing profesi dan ditanyakan

Proksi IOS yang dipilih dalam penelitian ini adalah proksi IOS yang digunakan oleh Gaver dan Kenneth (1993) yang merupakan proksi IOS yang paling valid