• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Sensitif Berkaitan Dengan Kepengguna

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Sensitif Berkaitan Dengan Kepengguna"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

ISU SENSITIF BERKAITAN DENGAN KEPENGGUNAAN DALAM

MASYARAKAT MALAYSIA

Mohammad Aizat Jamaludin1 & Mohd Anuar Ramli2

1 Laboratori Polisi & Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti

Putra Malaysia. mohdaizat@halal.upm.edu.my. Pegawai Penyelidik dalam bidang fiqh dan usul terutama berkaitan halal dan kepenggunaan Islam.

2 Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

mohdanuar@um.edu.my. Pensyarah dalam bidang fiqh dan usul.

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Keunikan ini dapat digambarkan dengan

masyarakat majmuk. Kemajmukan bukan hanya melibatkan masyarakat berbilang kaum, ia

turut diwarnai dengan masyarakat yang berbeza kepercayaan dan agama serta berlainan

budaya. Ia digelar sebagai pentas miniatur Asia. Ini kerana dalam komposisi yang membentuk

masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang mempunyai akar peradaban Asia yang

kukuh, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan India. Setiap kaum mempunyai identiti budaya yang

tersendiri.

Identiti budaya ini termasuklah corak pemakanan atau lebih umumnya

kepenggunaan. Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan dan pantang larang tersendiri,

yang mana ia berkait rapat dengan tradisi dan pegangan agama masing-masing. Setiapnya

ada perbezaan dan ciri-ciri yang tersendiri. Kadangkala ia bersifat kontradik antara satu

masyarakat dengan yang lain.

Sebagai contoh, dalam isu melibatkan khinzir dan derivatifnya, ia menimbulkan konflik

antara golongan Islam dengan bukan Islam. Dalam konteks masyarakat Malaysia, yang mana

pengenalan kaum seiring dengan status keagamaannya, isu khinzir melibatkan orang Melayu

dengan Cina. Bagi orang Melayu dan Islam, khinzir adalah binatang yang dilarang dan ia jelas termaktub di dalam al-Qur’an, sedangkan bagi orang Cina, tradisinya amat menggemari makanan berasaskan khinzir.

Begitu juga dengan isu binatang lembu, yang mana menimbulkan konflik antara orang

Islam dan penganut Hindu ataupun, orang Melayu dengan orang India. Bagi orang Melayu

(2)

2 dijadikan haiwan qurban pada musim perayaan Aidil Adha, sedangkan bagi penganut Hindu,

lembu adalah binatang suci, tidak boleh disembelih ataupun dimakan.

Kontradiksi dalam budaya kepenggunaan ini kadangkala menimbulkan rasa tidak

puas hati, malah timbul konflik apabila ia dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, setiap pihak perlu menanamkan sikap saling hormat-menghormati

terutama dalam menjaga sensitiviti setiap kaum agar masyarakat majmuk di Malaysia dapat

terus hidup dalam suasana aman lagi harmoni.

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Negara-bangsa Malaysia telah lahir dan berkembang dalam satu suasana budaya dan

peradaban Melayu yang ditunjangi oleh sifat Melayu Islam selama hampir 1000 tahun.

Landskap budaya ini diwarnai pula oleh golongan pendatang terutama pada abad ke-19M dan

ke-20M dan keturunan mereka yang telah bermastautin dan menjadikan negara dan wilayah

ini sebagai tanah air mereka (Musa, 2002).

Secara umumnya, masyarakat Malaysia telah mengalami hubungan budaya (cultural

contact) dengan kebudayaan India (Hindu-Buddha) sejak 1500 tahun yang lalu, Arab-Parsi

(Islam) sejak 800 tahun lalu dan pengaruh Barat sejak 500 tahun yang lampau (Bakar, 1985).

Pada dasarnya, masyarakat Malaysia yang ada telah ditentukan oleh proses sejarah khususnya kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu. Melalui dasar “pintu terbuka”, Tanah Melayu menjadi tumpuan golongan imigran dari China, India dan Indonesia (Abraham,

1997). Aliran penduduk ini merupakan asas utama terdapatnya komposisi ras dan etnik di

negara-negara yang pernah dijajah.

J.S. Furnivall menyarankan idea bahawa dalam masyarakat majmuk terdapat

beberapa masyarakat yang tinggal sebelah menyebelah di dalam satu unit politik yang sama

tetapi dalam beberapa hal, hidup mereka terpisah. Setiap masyarakat mempunyai

kepercayaan agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidup yang tersendiri.

Pembahagian masyarakat atau kaum ini berlanjutan dalam sektor ekonomi di mana terdapat

pembahagian jenis pekerjaan berasaskan bangsa (Furnivall, 1967). Pendek kata, masyarakat

majmuk yang berkembang di dalam masyarakat Malaysia boleh dilihat dalam empat dimensi

iaitu politik, ekonomi, sosial dan budaya.

Bangsa Melayu merupakan penduduk asal dan teras kepada bangsa Malaysia.

(3)

3 Malaysia. Pertama, di antara 1874M-1920M, etnik Melayu merupakan bumiputera Melayu

pelbagai negeri seperti Terengganu, Kedah dan lain-lain. Kedua, antara tahun 1920M-1942M

mengandungi kelompok tambahan dari Indonesia seperti Jawa, Boyan dan lain-lain. Tahun

1948M ke atas mengandungi orang Arab, India dan Cina Muslim. Peringkat terakhir selepas

1961M mengandungi kelompok tambahan dari kalangan orang Asli dan kaum Bumiputera

timur Malaysia (Othman, 1978). Dengan itu, etnik Melayu diperkuatkan oleh kehadiran imigran

dari kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan diperkayakan oleh pemelayuan

keturunan Arab dan India. Menjadi suatu realiti yang berkembang dapat membantu

kelangsungan kaum Melayu dalam perubahan demografik yang membimbangkan.

Kemasukan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku dalam jangka masa

antara 1870M-1939M. Kebanyakannya berasal dari kawasan Kwantung, Fukien dan Kwangsi.

Terdapat sembilan bahasa utama, iaitu Hokkien (penduduk Amoy dan pedalaman) yang

dominan, diikuti Kantonis yang kedua terbesar, Hakka (Kheh) yang berasal dari barat selatan

Fukien, Tiechiu dari Swatow, Hainan (Hailam) dari pulau Hainan, Kwongsai dari tengah dan

barat bahagian Kwangsi, Hokchiu dari pulau bandar Foochow serta pedalaman Fukien,

Hokchia dari kawasan kecil di bawah Foochow dan Henghua dari bahagian Fukien utara

Chuanchow. Kebanjiran imigran dari negara China adalah refleksi kemelesetan yang teruk

serta peperangan dan polisi kerajaan British di Tanah Melayu. Bentuk keagamaan

masyarakat Cina di Tanah Melayu sama seperti di negara China walaupun terdapat beberapa

modifikasi kesan hubungan dengan realiti tempatan. Konfusianisme, Taoisme dan Buddha

merupakan tiga kepercayaan utama (Purcell, 1975).

Perkembangan sektor perladangan momentum kemasukan buruh dari India. Imigrasi

India bermula dalam jangka masa 1857M-1938M melalui tiga cara, iaitu buruh kontrak, sistem

Kangany dan buruh bebas. Proses imigrasi ini adalah fenomena India selatan. Kumpulan

yang bertutur bahasa Tamil merupakan komposisi yang terbesar diikuti Malayalam yang

banyak bekerja di bandar sebagai buruh berbanding di estet. Selain itu, terdapat kumpulan

kecil India Muslim dan Punjabi (Sikh) dari utara India terlibat dalam pasukan keselamatan dan

pekerjaan komersial serta kewangan di bandar. Agama Hindu merupakan agama utama

imigran India (Arasaratnam, 1970).

Selain pendatang dari negara China dan India, Tanah Melayu juga menjadi tumpuan

imigran etnik Indonesia. Populasi Indonesia didominasi oleh etnik Jawa dan Banjar diikuti

Sumatera (etnik Minangkabau, Mandailing, Kerinchi dan lain-lain), Boyan dan Bugis (Othman,

(4)

4 populasi homogen bangsa Melayu kerana persamaan keagamaan selain untuk mengimbangi

komposisi heterogen kaum imigran dari China serta India dan juga kekuatan politik dan

ekonomi bagi orang Melayu. Ini disebabkan pada tahun 1931M sebelum Perang Dunia II,

populasi golongan pendatang melebihi orang Melayu (Jen, 1982).

Justeru, masyarakat Malaysia hari ini telah melalui proses interaksi sosio-budaya

yang berlangsung dengan baik. Dalam proses interaksi ini, ada yang berbentuk penyesuaian,

peminjaman malah ada persaingan. Walaupun orang Cina bersusur galur dari tanah besar

China dan orang India dari benua India, namun mereka cuba untuk menyesuaikan diri dengan

budaya tempatan, walaupun tidak mengalami asimilasi seperti etnik Baba dan Nyonya.

Senario ini berlaku kerana ketika kehadiran imigran dari luar, budaya Melayu mengalami

zaman kegelapan dalam iklim penjajahan Barat, hinggalah kemerdekaan negara. Berbanding

dengan etnik Baba Nyonya, kehadiran mereka ketika mana budaya dan peradaban Melayu

berada di kemuncak. Hasil dominasi budaya Melayu, etnik Cina asalnya mengalami proses

asimilasi struktur, natijahnya lahir etnik Baba Nyonya seperti yang ada di Melaka pada hari ini.

Keadaan ini selaras dengan karakter sesebuah masyarakat itu sendiri, yang mana

masyarakat dominan akan menguasai masyarakat yang subordinat. Namun kini, setiap

masyarakat mengekalkan identiti budaya masing-masing. Dalam konteks masyarakat majmuk

di Malaysia, mereka dapat hidup dengan harmoni dan dapat mengamalkan cara hidup

masing-masing di dalam sebuah negara, tanpa penekanan dan pemaksaan unsur keagamaan

dan perkauman, sebaliknya berasaskan konsensus nilai yang sama, neutral dan universal

(Muzaffar, 2001). Sejajar dengan itu, lahir cita rasa makanan lintas budaya (cross-culture

food) yang mana ada unsur peminjaman serta perkongsian antara satu sama lain.

Menurut Taib Osman, asas cara hidup ala-Malaysia telah lama wujud (Osman, 1988).

Dari segi makanan, masyarakat Malaysia dapat menerima capati, nasi lemak, roti canai,

maruku, tosei, kuew teau, tauhu, steam boat tanpa sebarang masalah. Setiap kaum dapat

menerima budaya pemakanan kaum lain tanpa halangan. Ini merupakan satu interaksi positif

dan ia dapat membentuk perpaduan menerusi aspek pemakanan. Walaupun begitu, realiti

hari ini menzahirkan bahawa wujud juga isu-isu sensitif berhubungkait dengan kepenggunaan

umumnya dan pemakanan khususnya. Isu ini walaupun tidak menimbukan konflik serta

rusuhan kaum dan agama, ia wajar dielakkan oleh semua pihak yang terlibat bagi menjaga

(5)

5 ISU-ISU SENSITIF BERKAITAN KEPENGGUNAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Polemik berasaskan kepenggunaan terutama dalam membincangkan makanan dan

pemakanan tidak pernah susut walaupun masa dan keadaan sentiasa berubah (Rahman,

2009). Boleh dikatakan hampir saban tahun pelbagai isu berkaitan dengan kepenggunaan

timbul dalam masyarakat Malaysia terutamanya melibatkan pengguna Muslim. Di Malaysia,

isu-isu yang berkaitan kepenggunaan sangat memberi kesan dan sensitif di kalangan

pengguna Muslim.

Di antara isu tersebut adalah melibatkan khinzir seperti ternakan ikan yang diberi

makan organ dalamannya, tumbuhan yang dibajai dengan najis, sosej yang diperolehi

daripada usus, lemak yang digunakan sebagai bahan tambah, DNA khinzir dalam produk

berasaskan surimi, gelatin dalam ubatan dan derivatifnya yang lain dalam produk gunaan

semasa. Selain itu, terdapat juga isu kepenggunaan bersumberkan khinzir dalam produk

bukan makanan seperti berus, karbon penapis air, seramik dan seumpamanya.

Kebimbangan pengguna Muslim berhubung isu tersebut bukan hanya melibatkan

sumber daripada khinzir, malah dalam aspek sumber lain seperti percampuran plasma darah

serta alkohol yang tidak menepati piawaian yang dibenarkan dalam makanan. Di samping itu,

isu lain yang turut membelenggu pengguna Muslim adalah penyembelihan haiwan halal yang

tidak mengikut syariat Islam dan penyalahgunaan logo halal dalam produk barangan gunaan

yang tidak diberi sijil Halal oleh JAKIM. Berasaskan isu-isu tersebut, berikut huraian ringkas

bagi menjelaskan dengan lebih jelas.

1) Ternakan Ikan Yang Diberi Makan Organ Khinzir

Sekitar tahun 2006, masyarakat Malaysia digemparkan dengan isu ternakan ikan yang diberi

makan makanan bersumberkan khinzir dan derivatifnya. Malah sehingga kini isu tersebut

tetap dibincangkan walaupun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah

menggariskan panduan yang jelas tentang persoalan tersebut.1 Berdasarkan laporan-laporan

akhbar yang telah dibuat, aktiviti penternakan ikan tersebut banyak dilakukan di beberapa

(6)

6 kawasan bekas lombong sekitar Batu Gajah, Tronoh dan Papan di negeri Perak, Negeri

Sembilan, Johor dan dibeberapa buah tempat yang lain di Malaysia.2

Modus operandi yang dilakukan oleh penternak-penternak ini adalah

memaksimumkan penggunaan kawasan yang dimiliki untuk beberapa tujuan tertentu. Sebagai

contoh, kebanyakan penternak akan menternak khinzir di satu bahagian kawasannya

manakala dua bahagian yang lain akan digunakan untuk menternak ikan dan penanaman

buan-buahan atau sayuran.

Dalam hal ini, penternak khinzir akan memanfaatkan najis dan hasilan khinzir seperti

organ dalaman yang kemudiannya direbus lalu dijadikan sebagai bahan makan kepada

ternakan ikan. Antara ternakan ikan tersebut adalah keli, patin, talapia dan seumpamanya.

Kemudiannya, air najis daripada ladang ternakan khinzir akan dialirkan ke dalam kolam

ternakan ikan sebagai medium penyucian air sebelum dilepaskan ke sungai berhampiran.

Setelah itu, air kolam ternakan ikan dipam kembali untuk disalurkan ke ladang tanaman

buah-buahan dan sayuran.

Oleh kerana itu, tindakan segelintir pihak yang mementingkan keuntungan tanpa

memikirkan sensitiviti pengguna Muslim perlu dibendung dengan tindakan yang sewajarnya.

Malah, kebimbangan ini disuarakan juga oleh sebilangan pengguna bukan Muslim terhadap

aspek pencemaran alam sekitar hasil daripada sisa kumbahan ternakan haiwan yang tidak

dikawal dan mematuhi piawaian pihak berkuasa tempatan.

2) Sosej Daripada Usus Khinzir

Sikap pengusaha makanan dalam industri Halal yang tidak beretika juga perlu dibendung

apabila ia melibatkan sensitiviti sesetengah pihak. Hal ini dapat dikesan apabila terdapat

sebilangan pengusaha makanan yang menghasilkan sarung kulit sosej (casing) daripada usus

khinzir. Penggunaan kulit sosej daripada sumber ini lebih murah dan mudah didapati

berbanding bersumberkan haiwan halal seperti lembu dan kambing.

Pada awal pertengahan tahun 2005, dua buah kilang dilaporkan telah diserbu di

sekitar kompleks dan pasar borong di Selayang oleh pihak berkuasa terhadap penggunaan

usus khinzir di dalam sarung kulit sosej dan penyalahgunaan logo halal terhadap produk

halal.3 Hasil pemeriksaan tersebut, pihak berkuasa telah merampas 200 kotak berisi sosej,

2 Lihat lebih lanjut dalam Harian Metro, 18 Januari 2006; Utusan Malaysia, 18 Januari 2006.

(7)

7 kotak kosong dengan logo ‘halal’ yang tidak sah, pelekat dan sarung plastik. Disamping itu, kedua-dua buah kilang tersebut merupakan pembekal utama sosej kepada kira-kira 56 pasar

raya dan hotel terkemuka sekitar Lembah Klang.

Walaupun hasil analisis makmal mendapati kilang tersebut bersih daripada tuduhan

yang dikatakan menggunakan sumber usus daripada khinzir,4 persepsi masyarakat terhadap

percampuran bahan yang dikategorikan sebagai haram atau meragukan adalah

membimbangkan. Berdasarkan laporan analisis makmal menunjukkan tiada unsur khinzir

dalam sosej sebagaimana didakwa. Malah, ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) itu mendapati

empat contoh sarung sosej itu dibuat daripada sumber bebiri, satu daripada

tumbuh-tumbuhan, tiga contoh sosej tanpa sarung daripada sumber ayam, manakala tiga sosej

bersarung daripada sumber ayam dan bebiri. Walaupun begitu, pengilang tersebut tetap

dikenakan pendakwaan di atas penyalahgunaan logo halal pada produk halal yang telah

tamat tempoh. Hal ini boleh mencetuskan rasa sensitiviti pengguna Muslim sebagai pengguna

majoriti di Malaysia.

3) Penggunaan Lemak Khinzir dalam Shortening dan Bahan Masakan

Selain itu, lemak daripada haiwan turut digunakan sebagai bahan tambah (additive food)

dalam makanan. Ia berfungsi sebagai agen emulsifier, lelemak (shortening), agen pewarna,

pengikat air serta minyak dan seumpamanya dalam produk seperti coklat, aiskrim, pastri, kek

dan sebagainya. Sumber lemak tersebut dapat diperolehi daripada dua bahan utama iaitu

haiwan dan tumbuhan. Bagi kategori haiwan, ia terdiri daripada sumber haiwan halal serta

disembelih dan haiwan yang diharamkan mengikut perundangan Islam.

Asasnya, lemak dan minyak yang bersumberkan haiwan halal dan tumbuhan

dibenarkan dan tidak menimbulkan kebimbangan dikalangan pengguna Muslim. Ia berbeza

daripada lemak yang bersumberkan khinzir (lard). Ini kerana penggunaan lemak daripada

khinzir dalam produk makanan dan bahan masakan sering kali dilaporkan dalam

akhbar-akhbar tempatan.

Berdasarkan laporan akhbar pada bulan September 2o1o, sebuah syarikat pengilang

minyak sapi jenama QBB Pure Ghee telah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 19 Ogos tahun yang sama kerana didapati

mengandungi elemen yang meragukan dipercayai bersumberkan lemak daripada khinzir

(8)

8 (lard).5 Walaupun begitu, setelah kajian dilakukan oleh pihak berkuasa didapati produk QBB

disahkan halal dan suci daripada elemen yang meragukan.6

4) Gelatin Khinzir Dalam Makanan dan Kapsul Ubatan

Penggunaan gelatin begitu meluas di dalam industri sehingga mendapat perhatian dikalangan

pengguna. Kajian oleh Gelatine Manufacturers of Europe (GME) menunjukkan 46% sumber

gelatin diekstrak daripada sumber khinzir.7 Selain itu, ia juga diperolehi daripada sumber yang

lain seperti ikan, lembu, biri-biri dan ayam. Malah terdapat juga penggunaan gelatin yang

diekstrak daripada plasenta manusia dan seumpamanya.

Disebabkan ciri-ciri gelatin yang unik, ia banyak digunakan secara meluas didalam

pelbagai aspek kepenggunaan. Penggunaan gelatin bukan sahaja melibatkan bidang

makanan, malah terdapat juga dalam bukan makanan. Sebagai contoh, gelatin digunakan

sebagai bahan asas pembuatan kapsul dalam ubat-ubatan.

Di dalam industri makanan, gelatin banyak digunakan di dalam produk-produk seperti

konfeksi khasnya untuk membaiki tekstur, kestabilan buih dan keboleh-kunyahan. Di dalam

produk tenusu ia digunakan untuk meningkatkan kestabilan dan tekstur. Selain itu, gelatin

dalam produk bakeri berfungsi sebagai pengemulsi, agen pengelan dan penstabil. Malah

gelatin digunakan dalam produk daging untuk meningkatkan kadar pegangan air dan

penstabil tekstur (Karim & Bhat, 2009).

Timbul beberapa isu berasaskan gelatin bersumberkan khinzir dalam bahan makanan

dan produk farmaseutikal. Sebagai contoh, gelatin dalam makanan digunakan sebagai agen

pengenyal bagi produk seperti gummies buah-buahan, agen pengemulsi bagi produk keju,

dadih dan yogurt dan agen penjernih bagi menghalang rasa, bau dan warna yang tidak

diingini dalam minuman. Di Malaysia, masyarakat pernah didedahkan dengan laporan

penemuan gelatin daripada khinzir dalam produk jeli dan seumpamanya. Hal ini terutama

apabila jeli tersebut dimport daripada luar negara yang mana status bahan ramuannya banyak

bersumberkan khinzir dan derivatifnya.

Bagi penggunaan gelatin dalam produk farmesutikal, ia digunakan sebagai

pembinaan dinding kapsul keras, pemplastik bagi mengekalkan keelastikan kapsul lembut dan

5 Lihat Berita Harian, 4 September 2010.

6 Lihat Berita Harian, 11 November 2010.

7 Lihat lebih lanjut dalam http://www.gelatine.org/en/about-gelatine/manufacturing/raw-materials.html [Dilayari

(9)

9 pengganti plasma darah yang hilang jika tiada darah sebenar. Terdapat beberapa isu

berkaitan penggunaan gelatin daripada khinzir dalam produk farmaseutikal pernah dilaporkan

oleh akhbar-akhbar tempatan.8 Berikutan tersebut, senario ini telah menimbulkan

kebimbangan pengguna Muslim dalam memilih produk farmaseutikal yang diyakini kesucian

dan halal. Sejajar dengan itu, pihak berkuasa telah mengambil inisiatif dengan melakukan

beberapa analisis makmal yang lebih komprehensif terhadap produk yang terdapat dalam

pasaran semasa.

5) Penggunaan Tulang Babi Dalam Penapis Air Dan Seramik

Selain penggunaan khinzir dalam makanan, tulang turut digunakan sebagai bahan penapis air

dan agen percampuran dengan produk-produk seramik. Sebagai contoh, terdapat laporan

yang menyatakan katrij sistem penapis air diperolehi daripada tulang khinzir yang

dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada katrij

sistem penapis air. Ia digunakan sebagai bahan awal yang menyaring bahan lumpur, lumut,

mikro-organisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan

berikutnya. Hal ini menimbulkan kegelisahan dikalangan pengguna Muslim. Penggunaan katrij

daripada sumber ini lebih murah dan mudah diperolehi daripada sumber bahan yang halal.

Disamping itu, set pinggan yang disebut sebagai fine bone China adalah merupakan

di antara produk yang efektif dan mudah didapati dalam pasaran. Barangan seramik ini

dikatakan kuat, keras, tidak mudah pecah dan kelihatan berkilat serta keputihan. Ciri-ciri

keputihan inilah yang membezakannya dengan pinggan mangkuk biasa. Dalam proses

pembuatan barangan seramik ini, campuran adunan porselin dengan 40-50% daripada abu

tulang. Ia bertindak sebagai bahan pemutih dan menguatkan porselin sekaligus mengurangkan suhu pembakaran sehingga 150° – 200°C.

Kebiasaannya, abu tulang diperolehi daripada tulang binatang yang dibakar dan

dikisar. Seterusnya tisu dibuang daripada tulang dan dibakar pada kadar suhu 1000° C.

Setelah itu, abu yang telah terbentuk ditumbuk sehingga menjadi serbuk dan dicampurkan

dengan air sebelum ditambah ke dalam ramuan lain porselin. Di antara jenama pinggan

mangkuk yang terkenal adalah Noritake dan Wedgewood.

Di Malaysia, di antara pengeluar terkenal dalam barangan seramik adalah syarikat

pengilang Claytan Group. Sekitar tahun 90-an, syarikat ini pernah dilabel menggunakan abu

(10)

10 tulang bersumberkan daripada khinzir. Walaubagaimanapun, hal tersebut disangkal oleh

pemilik syarikat berkenaan bahawa kesemua produknya adalah bebas daripada campuran

abu tulang daripada khinzir malah menggunakan sebatian percampuran yang tidak

memudaratkan.

Namun begitu, masyarakat Malaysia terutama pengguna Muslim perlu peka dan

berwaspada dengan penggunaan tulang berasaskan khinzir terutamanya produk import

daripada negara luar. Adalah disarankan para pengguna menggunakan barangan seramik

daripada tembikar dan kaca melainkan produk berasaskan tulang tersebut telah diyakini halal

dan suci.

6) Penggunaan Bulu khinzir Dalam Berus

Penggunaan derivatif khinzir dalam barangan gunaan termasuklah bulu. Hal ini jelas dalam

pembuatan berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi, berus

cukuran, berus menyapu kek dan seumpamanya. Ia digunakan secara meluas dan mudah

didapati disebabkan kos pembuatannya yang lebih murah berbanding bulu yang dihasilkan

daripada binatang lain seperti kuda dan keladai.

Kebiasaanya, berus yang diperbuat daripada sumber berasaskan khinzir disebut sebagai ‘Pure Bristle’. Didapati Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik

untuk digunakan untuk mengecat. Untuk tujuan itu, bulu khinzir hutan digunakan kerana ia

mempunyai daya kelikatan cat yang lebih baik berbanding bahan-bahan sintetik lain seperti

nilon.

Beberapa kaedah telah dikenalpasti bagi mengetahui keadaan bulu bersumberkan

khinzir samada secara fizikal dan penggunaan bahan kimia. Secara fizikalnya, bulu khinzir

mempunyai sifat yang unik iaitu mempunyai tiga cabang dihujungnya (flagged tips) dan

bersifat lebih keras (stout bristle hairs). Begitu juga, apabila dibakar menghasilkan bau yang

sama seperti bau rambut manusia. Ini berbeza dengan berus bersumberkan bulu kambing

atau biri-biri yang banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu

khinzir bahkan bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

7) Penggunaan Plasma Darah Dalam Makanan

Lambakan sisa buangan daripada rumah sembelihan seperti darah turut digunakan sebagai

(11)

11 contoh, penggunaan enzim transglutaminase dan serbuk plasma adalah di antara bahan

penambah makanan (additive food) yang bersumberkan daripada darah. Ini kerana enzim

transglutaminase mempunyai kemampuan melarut dan mengemulsi yang tinggi, kelikatan

yang rendah serta kemampuan untuk membentuk gel-gel yang kuat, mudah melentur serta

dapat mengekalkan ciri-ciri tersebut. Selain itu, ia boleh menambah tekstur dalam produk

makanan diproses seperti daging dan ikan.

Manakala penggunaan protein plasma darah bersumberkan bekalan darah dari

rumah sembelihan diempar (centrifuged) untuk menyingkirkan platelet darah (yang

memberikan warna merah kepada darah). Seterusnya yang tinggal adalah plasma darah iaitu

cecair berwarna kuning air yang kemudiannya dikeringkan secara semburan dan digunakan

sebagai sumber protein. Sumber darah ini datangnya daripada haiwan seperti lembu,

kambing, ayam dan sebagainya.

Penggunaan plasma darah dalam makanan seperti produk surimi yang terdiri

daripada bebola ikan, bebola ketam dan seumpamanya adalah di antara polemik yang sering

dibincangkan dalam masyarakat Malaysia. Hal ini kerana, sehingga kini penggunaannya

masih meluas apabila kos mendapatkannya lebih murah dan mudah diperolehi dalam

pasaran.

8) Penyembelihan Yang Tidak Ikut Syariat

Salah satu pra syarat utama haiwan halal bagi pengguna Muslim apabila hendak di makan

mestilah disembelih mengikut hukum syarak. Empat asas utama perlu diteliti iaitu halkum, mari’, karotid arteri dan jugular vein perlu dipastikan sempurna sembelihannya. Selain itu, beberapa syarat lain perlu dititik beratkan seperti keadaan kesihatan haiwan, persekitaran,

alat pemprosesan dan seumpamanya juga membantu memastikan haiwan yang disembelih

bersih dan suci. Hal ini berbebeza apabila haiwan yang tidak memenuhi garis panduan

tersebut disebut sebagai haram dan tidak dibenarkan untuk di makan.

Soal haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat pernah dilaporkan oleh akhbar

tempatan apabila haiwan tersebut tidak sempurna potongan sembelihannya. Malah terdapat

juga haiwan tersebut mati bukan disebabkan disembelih tetapi disebabkan faktor lain seperti

lemas, terseksa dan sebagainya.

Pada tahun 2003 dan penghujung 2009, masyarakat digemparkan dengan

(12)

12 lembah Klang.9 Di antara tempat yang diserbu adalah di rumah sembelihan ayam, kampung

Sg. Kayu Ara, Damansara dan sekitar Selayang. Hasil pemeriksaan mendapati rumah

sembelihan tersebut tidak memperolehi sijil sah untuk menjalankan penyembelihan halal dan

keadaan persekitarannya yang kotor. Begitu juga, ayam yang telah disembelih oleh

penyembelih yang tidak bertauliah dan tidak mengamalkan amalan kebersihan yang

ditetapkan. Selain itu, terdapat juga sebilangan ayam yang mati disebabkan lemas di dalam

air panas selepas penyembelihan dilakukan dan mencampurkan haiwan yang halal

disembelih dan tidak halal sekaligus di atas lantai.

9) Penggunaan Alkohol Dalam Masakan/Kek

Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol merupakan di antara bahan pelarut yang

penting selain air. Ia banyak digunakan sebagai perasa tambahan dalam makanan seperti

kek, masakan makanan laut dan seumpamanya (Joslyn, 1963). Dalam penghasilan perasa

makanan, bahan yang dipanggil sebagai minyak essential dilarutkan dalam alkohol dengan

tujuan supaya tahan lebih lama serta mampu mengekalkan bauannya. Selain itu, dalam

penghasilan produk makanan seperti kek biasanya ia disapu atau dicampur untuk

menghasilkan kek yang lebih bermutu. Begitu juga dalam industri penternakan, alkohol juga

digunakan untuk menambah kualiti daging. Contohnya, lembu Kobe.10 Ia diberi minum sake,

diperdengarkan muzik dan dinamakan sebagai Wagyu.

Tambahan pula, dalam penghasilan kek terdapat wain yang disapu atau dicampur

pada doh asalnya. Kandungan alkohol dalam wain berbeza mengikut jenis yang mana

julatnya adalah di antara 6 hingga 21%. Percampuran ini berlaku sama ada secara internal

atau external pada kandungan asal doh tersebut. Isu berkaitan dengan alkohol dalam produk

makanan sentiasa dibincangkan apabila tiada piawaian yang tepat berhubung dengan

persoalan tersebut. Hal ini kerana, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

hanya menggariskan panduan umum, iaitu hanya sedikit sahaja tidak memabukkan.11

Disebabkan tiada satu garis panduan yang jelas, timbul beberapa isu berkaitan

alkohol dalam produk gunaan semasa di Malaysia. Sebagai contoh, akhbar pernah

9 Mat Gian sembelih Ayam, Harian Metro, 19 Januari 2003 & 9 Disember 2009.

10 Lihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak (2006), “Daging Kobe Gred Dunia Keluaran Malaysia”,

www.jphpk.gov.my.

11 Alkohol sebagai penstabil minuman ringan. Lihat lebih lanjut dalam www.e-fatwa.gov.my [Dilayari pada

(13)

13 melaporkan terdapat kandungan alkohol di dalam perisa minuman segera atau produk

pemeraman seperti coca-cola, perisa vanilla, tapai dan minuman Istak serta Barbican yang

melebihi piawaian yang dibenarkan.12 Begitu juga, penggunaan alkohol dalam produk gunaan

lain bukan makanan seperti kosmetik dan ubat-ubatan.

10) Penggunaan DNA khinzir sebagai bahan tambah makanan dan produk meatball di

IKEA

Pada bulan Mei 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan laman

web miliknya menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan

permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA

khinzir dalam produk Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat

berkenaan.13 Hal ini telah menimbulkan kerisauan dikalangan pengguna Muslim kepada

sebuah syarikat yang terkenal iaitu Secret Recipe Malaysia apabila dikaitkan dengan

penemuan bahan ramuan tersebut.

Namun begitu, hal ini disanggah oleh pegawai halal syarikat berkenaan yang

menyatakan keraguan timbul apabila syarikat Puratos Sdn. Bhd. menggunakan nama secret

recipe pada bahan ramuan mereka. Pihak syarikat terbabit juga menyatakan dengan jelas

semua bahan ramuan yang digunakan adalah suci dan mendapat sijil Halal daripada pihak

berkuasa, JAKIM.

Hal ini turut dikesan apabila sekitar bulan Mei 2011, akhbar melaporkan terdapat DNA

khinzir di dalam produk surimi seperti bebola daging di medan selera IKEA, Damansara.

Sehinggakan premis tersebut terpaksa ditutup bagi satu tempoh tertentu untuk tujuan

pembersihan dan penyamakan.

Berasaskan huraian yang telah dibincangkan di atas, jelas menunjukkan pelbagai isu

berkaitan kepenggunaan dalam masyarakat timbul terutama melibatkan pengguna Muslim di

dalam pasaran semasa. Polemik perbincangan ini bukan sahaja melibatkan produk gunaan

berasaskan makanan malah bukan makanan. Ini disebabkan kurangnya kesedaran

dikalangan pengguna dan pengusaha dalam menitik beratkan sensitiviti masyarakat sekeliling

12 Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Op. cit.,hlm. 175-178.

13 JAKIM tidak memberikan sijil halal kepada Syarikat Puratos Sdn. Bhd. kerana bahan ramuan mereka yang

(14)

14 terhadap pengambilan barangan gunaan harian. Justeru itu, sikap pengguna yang

berpengetahuan dan pengusaha yang beretika perlu diterapkan dalam masayarakat Malaysia

khususnya supaya amalan percampuran bahan halal dengan bahan yang haram dapat

dibendung dengan sewajarnya.

PENYELESAIAN KEPADA ISU SENSITIF DALAM KEPENGGUNAAN

Tidak dapat dinafikan, isu sensitif yang timbul dalam masyarakat Malaysia dapat membibitkan

rasa prejudis serta kecurigaan antara kaum dan agama. Perasaan ini perlu ditangani dengan

berhemah agar tidak terus membarah dalam masyarakat. Di antara penyelesaian yang boleh

diguna pakai adalah:

1. Mempromosikan program kesedaran halal (halal awareness) kalangan pengusaha

industri khususnya dan khalayak pengguna amnya. Pengenalan kepada konsep

halalan toyyiba (halal lagi baik) adalah perlu memandangkan ia asas kepada

kepenggunaan bagi masyarakat Islam. Begitu juga bagi masyarakat bukan Islam,

mereka turut mempunyai peraturan yang tertentu dalam aspek kepenggunaan,

lebih-lebih lagi pemakanan. Penanaman kesedaran halal ini dapat memberi maklumat

kepada pengusaha bukan Islam khususnya dalam aspek penyediaan barangan

pengguna yang berkait dengan umat Islam.

2. Mengetatkan prosedur kelulusan sijil halal kepada pengusaha industri. Dengan kata

lain, Akta Halal perlu dikuatkuasakan untuk mengelakkan sikap sambil lewa

pengusaha industri makanan khususnya dalam mengabaikan aspek halal tayyiban.

Begitu juga dengan mewajibkan perjawatan Eksekutif Halal dalam syarikat-syarikat

pemegang sijil Halal di Malaysia. Ini bagi memastikan pemantauan dan

penguatkuasaan terhadap pengaplikasian prinsip-prinsip halal dapat dilaksanakan

dengan berkesan.

3. Memperbanyakkan dialog untuk menanam rasa hormat, meningkat tahap toleransi

antara kaum dan hidup umat beragama dalam kerukunan. Proses dialog ini dapat

diterokai berdasarkan dialog peradaban (Bakar, 1997) dan inter-agama (Cornell,

(15)

15 melalui proses membina nilai-nilai bersama yang mana ia adalah nilai-nilai umum

yang boleh dicungkil dari sistem-sistem agama tanpa membezakan sama ada itu

Islam ataupun bukan Islam.

Asas ini penting memandangkan nilai bersama sesebuah negara harus

dibentuk dan dibina berasaskan keperluan seluruh masyarakat, bukan keperluan

sesuatu kumpulan kaum dan agama tertentu (Tong, 1986). Sebagai contoh, sikap

toleransi, kesederhanaan, kasih sayang, hormat menghormati, keperibadian agung,

alami dan sebagainya (Sung-Joo & Noor, 1999). Walaupun begitu, nilai adalah suatu

yang relatif bukan universal.

Latar belakang peradaban Asia adalah kukuh dan selari dengan nilai

keagamaan. Ia dapat dilihat dalam tiap kaum di Malaysia. Kaum Melayu berpaksikan

peradaban Melayu yang ditunjangi agama Islam, kaum Cina berasaskan peradaban

Cina yang berpaksikan agama Buddha, Confucius dan Taoisme, sedangkan kaum

India berlandaskan peradaban India yang beragama Hindu. Setiap peradaban

tersebut mempunyai nilai-nilai universal yang dapat dikongsi dalam masyarakat

majmuk di Malaysia. Budaya Asia ini mempunyai karakter yang tersendiri berbanding

budaya Barat. Keunikan ini perlu dieksploitasi oleh tiap kaum yang ada di Malaysia

bagi mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.

Proses internalisasi budaya sepunya untuk mewujudkan persefahaman pada

peringkat awal lagi. Sehubungan dengan itu, penekanan sistem aksiologi ini dapat

diaplikasikan dalam usaha mengurangkan jurang antara kaum di Malaysia. Sistem

aksiologi Melayu berasaskan budi Melayu dan dapat dilihat dalam epistemologi

Melayu (Ahmad, 2003). Manakala sistem aksiologi Islam berdasarkan wahyu iaitu

al-Qur’an dan al-Sunnah, sedangkan sistem aksiologi kaum atau agama lain

berasaskan nilai positif, universal dan sejagat yang tidak bercanggah dengan adat

Melayu dan syariat Islam.

Walau bagaimana pun, proses dialog ini mesti disertai oleh golongan pakar

yang mempunyai latar belakang pengetahuan yang jelas, dengan memberi

penekanan terhadap isu semasa yang dapat memberikan manfaat di samping dapat

menyelesaikan permasalahan manusia. Selain itu, unsur perdebatan yang boleh

(16)

16 (Khatami, 1998). Kriteria ini perlu diambilkira bagi memastikan berjayanya tiap dialog

yang dianjurkan.

RUMUSAN

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, agama serta budaya, isu-isu sensitif yang timbul

dalam masyarakat perlu ditangani dengan sewajarnya. Ia tidak wajar dibiarkan berlanjutan

kerana ia dapat menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk. Setiap anggota masyarakat

dari setiap kaum perlu untuk bersama-sama menjaga sensitiviti kaum. Tindakan ini perlu

memandangkan tiap konflik yang terjadi biasanya membabitkan isu perkauman dan

keagamaan. Selain itu, semua pihak perlu gembleng tenaga dalam mewujudkan perpaduan

kaum agar cita-cita kerajaan melahirkan 1 Malaysia dapat direalisasikan dengan berkesan.

BIBLIOGRAFI

Abraham, C.E.R. (1997), Divide and Rule : The Roots of Race Relations in Malaysia. Kuala Lumpur : Institute for Social Analysis (INSAN).

Ahmad, H. (2003), Metafora Melayu : Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya. Kajang, Selangor : Akademi Kajian Ketamadunan, h. 32.

Arasaratnam, S. (1970), Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur : Oxford University Press.

Bakar, A. L. A. (1985),“Sejarah dan Pemikiran Konsep Kebudayaan di Malaysia”, dalam Abdul Latif Abu Bakar (ed.), Warisan Dunia Melayu Teras Peradaban Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

Bakar, O. (1997), Islam and Civilizational Dialogue : The Quest For Truly Universal Civilization. Kuala Lumpur : University Malay Press.

Cornell, V. J. (1994),“Towards a Cooperation Among People of Different World Religions”, dalam Abdul Monir Yaacob & Ahmad Faiz Abdul Rahman (eds.), Towards a Positive Islamic World-View. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Furnivall, J.S. (1967), Netherlands India : A Study of Plural Economy. Cambridge : Cambridge

University Press.

Ginsburg, N. & Roberts J, C. F. (1958), Malaya. Seattle : The American Ethnological Society. Jen, L. D. (1982), British Malaya : An Economic Analysis. (edisi semakan kedua), Kuala

Lumpur : Institute for Social Analysis (INSAN).

Joslyn, M. A. (1963), “Alcoholometry” dalam Maynard A. Joslyn (ed.), Methods in Food Production, London: Academic Press.

(17)

17 Khatami, M., (1998) Membangun Dialog Antara Peradaban : Harapan dan Tantangan,

Bandung : Mizan.

Musa, H. (2002),“Strategi Membangunkan Peradaban Malaysia : Perspektif Peradaban Islam-Melayu”, Seminar Nilai-nilai Peradaban dan Wawasan 2020, Kuala Lumpur: Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya.

Muzaffar, C. (2001), Rights, Religion and Reform : Enhancing Human Dignity Through Spiritual and Moral Transformation. London : Routledge & Curzon.

Noor, F. A. (1999),“Values in the Dynamics of Malaysia’s Internal and External Politic Relations”, dalam Han Sung-Joo (ed.), Changing Values in Asia : Their Impact on Governance and Development. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies. Osman, M. T. (1988), Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman, M. A. (1977), Ethnic Identity in a Malay Community in Malaysia. Ann Arbor Michigan : University Microfilms.

Othman, W. A. H. [1978], Ethnogenesis : A Case Study of the Malay of West Malaysia, Tesis Ph.D. [Tidak diterbitkan], University of Bristol.

Purcell, V. (1975), The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur : Oxford University Press. Rahman, L.A. (2009), Isu Halal Tiada Penghujungnya, Melaka: Alambaca Sdn. Bhd.

Sung-Joo, H. “Asian Values : An Asset or a Liability”, dalam Han Sung-Joo (ed.), Changing Values in Asia : Their Impact on Governance and Development. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies.

Tanpa Nama, (2006), Halal Haram: Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Pulau Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Referensi

Dokumen terkait

Samuelson menyatakan bahwa ilmu ekonomi adalah suatu studi tentang cara orang-orang dan masyarakat membuat pilihan, dengan atau tanpa menggunakan uang, dalam menggunakan

1. Informasi yang dipelajari secara bermakna lebih lama diingat. Informasi baru yang telah dikaitkan dengan konsep-konsep relevan sebelumnya dapat meningkatkan konsep yang

Sifat inovasi memegang peranan yang sangat penting dalam adopsi karena sifat inovasi (keuntungan relatif, kesesuaian, kerumitan, ketercobaan dan keteramatan)

Hubungan Antara Kreativitas, Moral Judgment, Dan Perilaku Menyontek Pada Siswa Sma “X” Di Kota Bandung.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Tujuan dari penelitian ini mengetahui bagaimana penerapan dari akad produk Pembiayaan Pemilikan Rumah (PPR) dengan kategori penawaran fasilitas Rumah Belum Siap

Tujuan penelitian ini adalah (i) untuk mengkaji dan menganalisis penerapan program kesejateraan sosial terhadap masyarakat miskin di kota Makassar; (ii) untuk

Penelitian ini dilakukan di Rumah Sakit Pondok Indah Jakarta di bagian perawatan Lantai VA, Lantai VC, Lantai IVA, Lantai IVC dan Emergency dilakukan pada bulan

Dari hasil penelitian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa adanya bakteri Salmonella sp di ruangan dalam kandang ayam Broiler di Desa Cot Sayun,