• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPIMPINAN WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPIMPINAN WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISL"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Allah (s.w.t) telah menciptakan dunia dan seluruh isinya untuk manusia. Kemudian Dia menciptakan manusia dalam dua jenis iaitu lelaki dan wanita yang ditakdirkan untuk saling bekerjasama dalam membina hidup di dunia untuk mencapai keredhaanNya. Syariat serta berbagai perintah dan larangan telah ditetapkan bagi lelaki dan wanita tanpa membezakan status keduanya sebagai hamba di sisi Allah. Mereka akan dibangkitkan semula kelak dan segala amalan akan dihitung lalu kesudahannya adalah syurga mahu pun neraka yang telah dicipta khusus untuk manusia.

Oleh yang demikian, berbagai pembebanan (taklif) hukum tidak terbeban pada bahu lelaki mahupun wanita sahaja tetapi terbeban pada bahu keduanya. Justeru, kepimpinan wanita dilihat sebagai suatu yang perlu dan diharuskan dalam Islam selagi menepati batas-batas yang telah ditetapkan dalam syariat. Penglibatan wanita dalam sesebuah organisasi bukan kerajaan atau NGO semakin berkembang dan ianya dilihat mampu memberi sumbangan terhadap usaha dakwah sekaligus mampu membangukan masyarakat dan negara. Permasalahan wanita tidak hanya memudaratkan wanita bahkan juga mengancam seluruh manusia, dunia dan akhirat. Jadi jelaslah bahawa tiada pengecualian baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya bertanggungjawab atas keselamatan masyarakat dari azab Allah (sw.t). Orang-orang zalim tidak hanya lelaki malah ada juga wanita. Seorang wanita yang tidak menutup auratnya, tidak menjaga kehormatannya, tidak patuh kepada suaminya dalam hal yang di perintahkan Allah dan Rasulnya dan tidak beramal maaruf nahi mungkar, maka dia telah melakukan kezaliman dan kezaliman itu apabila tidak segera diperbaiki akan menghancurkan masyarakat. Begitu juga halnya jika seorang lelaki melakukan penyelewengan, membiarkan isteri dan anak perempuannya tidak menutup aurat, mengamalkan riba dan tidak menunaikan hak-hak keluarganya maka dia adalah seorang yang zalim dan kezalimannya pun akan menghancurkan masyarakat secara keseluruhan.

(2)

organisasi sebagai satu medium untuk mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan wanita sekaligus membela nasib wanita-wanita Islam di Singapura.

Kepimpinan Wanita Menurut Islam

Penglibatan wanita dalam bidang kepimpinan merupakan satu fenomena yang telah berlaku sejak berabad-abad lamanya di dunia ini. Sejarah keangungan Ratu Balqis sebagai pemerintah kerajaan Saba’ sebagai bukti bahawa wanita terlibat dalam arena kepimpinan ini sebelum Nabi Muhammad (s.a.w) diutus oleh Allah sebagai nabi dan rasul. Di zaman Rasulullah (s.a.w) sendiri, walaupun wanita tidak memgang tampok kepimpinan namun mereka adalah golongan pertama yang memberi ketaatan dan bay’ah dengan membenarkan kenabian Muhammad (s.a.w) iaitu isteri baginda Saidatina Khadijah. Di samping itu, wanita juga tidak asing dalam pembuatan keputusan oleh Rasulullah (s.a.w) kerana mereka turut sama memberi pandangan seperti yang berkaitan dengan kedudukan mereka dalam peperangan. Begitu juga yang berlaku semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khatab di mana wanita berperanan dalam penetuan keputusan dan hukum seperti dalam aspek penentuan kadar mahar dan tempoh lama wanita boleh bersabar apabila ditinggal suami (Yusuf al-Qardawi, 2002).

(3)

Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura

(ahl al-hal wal aqd) dari kalangan wanita.

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.

1. Kepimpinan wanita adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai. 2. Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut

pada ketika tersebut.

3. Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

4. Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-

“ةيناز نيع لكو ةيناز يهف اهحير اودجيل موق ىلع ترمف ترطعتسا ةأرما اميأ " Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa zina”1

5. Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.

Kepimpinan Wanita Dalam Gerakan Islam

Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam menyubur gerakan dakwah dan membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Islam ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan

(4)

yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam (Kamarul, Mohd Ismail dan Azhar, 2008)

Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:

“Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.”2

Sebahagian daripada wanita Islam kini mendapat pendidikan tinggi sehingga memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat yang baik, lalu tidak lagi memainkan peranan yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Jika Islam terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan degil di dalam masyarakat jahiliyyah di masa dahulu, hari ini Islam terpaksa pula menghadapi cendekiawan barat termasuklah para orentalis yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam. Umpamanya mereka pernah mempertikaikan sekiranya terlaksananya dasar pemerintahan Islam dalam sesebuah negara, maka kaum wanita tidak bebas bergerak. Justeru, wanita Islam pada masa kini perlu berani dan bangkit serta memainkan peranan untuk mempertahankan kesucian Islam dari terus dieksploitasi oleh musuh-musuh Islam. Wanita yang memiliki kebolehan dan kebijaksanaan perlu tirut sama melibatkan diri dalam kepimpinan negara dalam member pandangan dan idea-idea yang bernas (Saodah, 2007).

(5)

Sumbangan Wanita Dalam Pembangunan Masyarakat Dan Negara

Dari segi amalan sosial ini, kaum wanita berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah (Siti Zulaikhah, 1982). Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani. Justeru itu bagi alaf abad ke 21 ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim.

Dengan senario sosial yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman tradisional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai.

Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kkanak atau anak-anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan negara yang akan mempengaruhi anak mereka keseluruhannya.

(6)

kebajikan kepada bidang yang lebih serius dan besar. Mereka telah berani memperjuangkan perubahan-perubahan pada peraturan-peraturan bekerja dan hak-hak pekerja wanita supaya mendapat layanan yang baik dan taraf yang sama dengan kaum lelaki.

Oleh yang demikan, peranan kaum wanita amatlah besar dalam sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki dalam pembangunan masyarakat dan negara. Rasanya tidak lengkap sekiranya tugas pembangunan sosial dan negara hanya disandarkan di bahu kaum Adam kerana maksud pembangunan itu sendiri adalah amat luas. Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk pada pembangunan ekonomi tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial, sahsiah dan perpaduan ummah. Untuk itu, pembangunan dari unsur-unsur yang melibatkan faktor-faktor sosial memerlukan tindakan dan perjuangan yang lebih berani dari kaum wanita. Sememangnya perbezaan fizikal wanita akan menyebabkan perbezaan tugas dan tanggungjawab dari pandangan umum.

Justeru itu untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan kearah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang. Keimanan menjadikan wanita kebal, umpamanya seekor ikan, jika dicampakkan ke laut masin, ia tetap tidak masin melainkan ia sudah mati dan digaramkan.

PPIS Sepintas Lalu

(7)

ke hari ini. Selain JAMIYAH, antara pertubuhan Islam yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Singapura termasuklah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Ia bermula apabila sekumpulan wanita yang sama pemikiran telah mengenal pasti beberapa isu yang menghimpit golongan itu pada masa tersebut. Antara isu yang dikenal pasti seperti perceraian, keganasan rumah tangga, diskriminasi gender dan kesukaran ibu tunggal membesarkan anak mereka akibat buta huruf dan miskin kemahiran. Kekurangan atau tiada langsung pendidikan serta bebanan untuk menghadapi semua itu, mereka seolah-olah telah ditakdirkan untuk masa depan yang sukar.

Menginsafi perkara ini, akhirnya Persatuan Pemudi Islam Singapura ini telah ditubuhkan hasil usaha 22 orang wanita. Mereka dedikasikan badan ini untuk memperjuangkan hak-hak wanita dan anak-anak mereka. Mereka berwawasan untuk mewujudkan peluang-peluang ke arah memajukan kehidupan kaum wanita bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi dan akhirnya dapat membina institusi kekeluargaan yang kukuh.

Walaupun pemerintahan Inggeris pernah menubuhkan Ordinan Perkahwinan Umat Islam di Singapura pada 1880 melalui petisyen yang dihantar sekumpulan 143 warga Muslim Singapura (Taufik Abdullah, 1989), kehadiran PPIS tetap didahagakan minoriti Muslim di Singapura. Sungguhpun ordinan tersebut berperanan menguruskan perkahwinan dan perceraian umat Islam, namun nasib wanita dan anak-anak pasca perceraian terabai. Peluang inilah yang dimanfaatkan oleh PPIS.

(8)

bekerjasama, memupuk semangat persaudaraan, menjalin hubungan mesra, bertimbang rasa dan menjaga kebajikan bersama tanpa mementingkan diri sendiri adalah nilai atau etika dalam pengurusan yang sepatutnya dimiliki oleh pengurus wanita Islam (Andek Masnah, 2001).

Hari ini, PPIS telah berkembang pesat menjadi sebuah badan kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan. PPIS kini diuruskan secara profesional dengan mempunyai seramai 140 orang kakitangan sepenuh masa merentasi 14 buah pusat di seluruh Singapura. Dengan disokong oleh 200 orang sukarelawan yang aktif, PPIS hari ini telah berjaya memberi perkhidmatan kepada lebih 300 ribu orang.

Walaupun ia didirikan sebagai sebuah pertubuhan dakwah bukan kerajaan yang berorientasikan kebajikan, namun dari segi pengurusan organisasinya dilihat telah diurus secara baik dan kemas. Sebagai sebuah organisasi yang diuruskan oleh golongan wanita, sememangnya tugas mengurus dan mengorganisasi akan lebih mencabar apatah lagi sebagai golongan minoriti di Singapura. Boleh disimpulkan bahawa pentadbiran PPIS ini mampu bersaing dengan organisasi-organisasi moden yang ada pada zaman ini.

Natijah daripada rasa keinsafan ahli-ahli pengasas terhadap golongan wanita yang kurang bernasib baik, maka ia membentuk sebuah organisasi yang mempunyai visi dan misi ke arah pemerkasaan wanita Islam bagi mendepani situasi yang semakin mencabar. Dengan matlamat yang besar ini, sememangnya telah menjadi harapan bahawa PPIS dapat menjuarai isu kebajikan wanita Islam di samping menyediakan wanita Islam yang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan untuk kebaikan keluarga, komuniti dan negara.

(9)

Selama lebih 60 tahun berada di tengah-tengah masyarakat, PPIS telah dilantik sebagai Pusat Pengkhususan dalam bekerja dengan Keluarga Melayu-Islam oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan (NCSS) pada tahun 2009. Ini membuktikan agenda penubuhan PPIS sehingga kini masih lagi relevan.

Pengurusan Organisasi

Hasil penelitian mendapati bahawa PPIS adalah persatuan sukarela yang boleh dikategorikan di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). PPIS bergerak di bidang dakwah kebajikan kepada golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak.

Dari sudut pengurusan organisasi, PPIS diurus oleh golongan belia yang bekerja secara sepenuh masa (full time) dan majoritinya adalah wanita. Mereka menjalankan tugas di PPIS secara profesional dan menerima imbalan gaji tetap sesuai dengan anggaran dasar (peraturan) organisasi PPIS. Inilah antara persamaan pada kebanyakan organisasi dakwah kebajikan di Singapura yang kebanyakannya diurus secara sepenuh masa dan perkara inilah yang membezakan mereka dengan majoriti organisasi dakwah di Malaysia.

PPIS telah berusaha menguruskan organisasinya mengikut perkembangan dan kemajuan semasa. Pengurusan kewangannya telah berjalan mengikut anggaran belanjawan yang sudah ditetapkan. Di samping itu, ia juga memiliki usaha-usaha persendirian bagi menambahkan sumber kewangan organisasinya, termasuk juga mencari dana melalui ihsan individu atau organisasi, baik dalam mahupun luar negara. Terbaru PPIS telah memperkenalkan perkhidmatan menderma melalui atas talian di mana individu yang ingin berbuat demikian boleh melayari laman sesawang PPIS.

(10)

Pendekatan Dakwah

Budaya masyarakat dan lanskap dakwah di Singapura amat berbeza. Pemerintahan kaum Cina dan dominasi mereka menyebabkan minoriti Islam berjuang dengan strategi dakwah yang kreatif dan unik untuk meraikan masyarakat Singapura yang pelbagai etnik dan karenah. Pendekatan (approach) gerakan Islam Singapura sangat kreatif dan produktif. PPIS sebagai sebuah organisasi dakwah yang berorientasikan kebajikan juga mempunyai pendekatan tersendiri.

Walaupun bermula dengan hanya sebagai pendamai atau penyelesai masalah yang berkaitan dengan wanita dan keluarga sahaja, kini PPIS telah berjaya melebarkan sayap dakwah kebajikan kepada golongan kanak-kanak sehinggalah warga emas di samping masih mengekalkan perkhidmatan yang menjurus kepada isu-isu kewanitaan dan kekeluargaan. Mempromosikan dakwah melalui program-program yang bersifat

one-off seperti ceramah dan bengkel serta kursus-kursus jangka pendek seperti kursus memasak, dandanan rambut, gubahan bunga dan urutan. Program-program ini juga mendapat penyertaan daripada masyarakat bukan Islam. Program tersebut dikoordinasi oleh divisyen Training and Consultancy dan PPIS Family Service Centre.

Selain itu beberapa divisyen lain ditubuhkan seperti Early Childhood Education, Student Care Centres, PPIS as-Salaam Family Support Centre, PPIS Inspirasi, PPIS Vista Sakinah dan PPIS Family Service Centre. Setiap satu divisyen ini mempunyai kumpulan sasaran sendiri serta program khas. Sebagai contoh Kids Kampung Camp yang dikoordinasi oleh Student Care Centres memfokuskan pendidikan kepada anak-anak Singapura dengan curahan Islam ke dalam hati mereka. Jelas pendekatan yang digunakan PPIS adalah sebagai penyedia perkhidmatan berasaskan Islam kepada masyarakat yang juga menjadi alternatif kepada rakyat Singapura yang didominasi kaum Cina.

(11)

kepercayaan untuk menjadi salah sebuah badan penasihat kepada sektor perkhidmatan kekeluargaan di Singapura. Kebebasan mendekati dan membujuk masyarakat bukan Islam di Singapura telah digunakan oleh PPIS sepenuhnya melalui perkhidmatan dan program yang ditawarkan. Keterbukaan dan kebebasan memperkenalkan ideologi ataupun fahaman apapun di Singapura adalah merupakan hak asasi setiap warganya selagi mana tidak membawa kepada ketidak stabilan politik (Syamsul Bahri, 2004).

Perancangan Masa Hadapan

Menurut Syamsul Bahri (2004) lagi, sejak runtuhnya World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 2001 dan Amerika serta sekutunya mengisytiharkan perang terhadap teroris, maka semua organisasi dakwah di dunia termasuk PPIS terpaksa mengalami perubahan perancangan. Perubahan yang dimaksudkan sangat berkaitan dengan sikap politik negara Singapura itu sendiri yang sangat terbuka mendukung aspirasi Amerika Syarikat dengan alasan memerangi teroris. Oleh yang demikian PPIS terpaksa berhati-hati dalam membuat perancangan masa depan dakwahnya. Justeru aktiviti PPIS hanya difokuskan kepada pendidikan dan khidmat sosial sahaja.

Walau bagaimanapun sebagai organisasi Islam yang memiliki wawasan dan misi yang jelas, PPIS dan warganya tetap berusaha mencipta suasana baharu dan munasabah bagi memperkenalkan Islam kepada mereka yang bukan Islam dan yang paling penting, ikhtiar mereka memperbaiki imej atau citra umat Islam di mata dunia khususnya di Singapura yang sangat terjejas dewasa ini.

(12)
(13)

Rujukan

Siti Zulaikhah Mohd Nor. 1982. Kedudukan dan peranan wanita dalam Islam. Angkatan Belia Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Yusuf al-Qardawi, 2002. Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam (terj.) Arsil Ibrahim, Kuala Lumpur: ABIM

Al-Mawardiy. 1993. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyah (terj.) Uthman bin Hj Khalid, Istitut Pengajian Tradisional Islam.

Kamrul Azmi Jasmi, Mohd. Ismail Mustari & Azhar Muhammad. 2008. Wanita dalam Dakwah dan Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia.

Saodah Abd. Rahman. 2007. Panduan Hidup Wanita & Keluarga Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Andek Masnah Andek Kelawa. 2001. Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam Syariah. Kuala Lumpur: UKM.

Ernest C.T. Chew & Edwin Lee. 1991. A History of Singapore. Singapore: Oxford University Press.

JAMIYAH Singapore. 2012. History of JAMIYAH.

www.jamiyah.org.sg/subindex.asp? id= A039_11 (3 November 2012)

Persatuan Pemudi Islam Singapura. 2011. Annual Report. web.ppis.sg/wp-content/ uploads/ 2012/09/ANNUAL-REPORT-2011.pdf (3 November 2012)

Persatuan Pemudi Islam Singapura. 2012. History of PPIS. web.ppis.sg/?cat=8 (3 November 2012)

Syamsul Bahri Andi Galigo. 2004. Masyarakat Cina dan Dakwah, Sorotan Terhadap: Darul Fitrah (Malaysia) dan Darul Arqam (Singapura) dan Yayasan Karim Oei (Indonesia). Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Masyarakat Cina dan Perkembangan Islam di Malaysia. Anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia pada 3 Oktober 2004.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mengetahui pengaruh masing-masing perlakuan bioinsektisida kecubung (Datura metel) terhadap hama ulat penggerek (Scirpophaga innotata), maka digunakan analisis

Pelanggan dapat menghubungi kami melalui pesawat telepon yang kami miliki dengan menyampaikan identitas dan juga pesanan yang akan ditransaksikan beserta

Metodologi pemprosesan yang digunakan adalah melibatkan pelbagai langkah yang meliputi rujukan geografi, penyuntingan garis kelim, proses mozek imej foto udara legasi, penjanaan

Sebagai suatu perspektif inti dalam basis pengetahuan pekerjaan sosial sekolah teori sistem membantu pekerja sosial sekolah untuk memahami bahwa sekolah adalah

Tujuan penelitian ini untuk meningkatkan pembelajaran IPS ten- tang Mempertahankan Kemerdekaan Indonesia melalui teknik Two Stay Two Stray dengan Multimedia di kelas

Partisipan : perasaannya senang karna sebagai seorang perempuan merasa sempurna sudah melahirkan anak, suami juga sangat mendukung dalam perawatannya juga pada

Dari hasil penelitian yang telah dilakukan, proses penerapan prinsip Good Corporate Governance sudah diterapkan dalam perusahaan. Proses penerapan Prinsip Good

Peraturan Walikota Pekalongan Nomor 66 tahun 2016 tentang Kedudukan, Susunan, Tugas dan Fungsi serta Tata Kerja Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu Satu Pintu.. Dasar