• Tidak ada hasil yang ditemukan

APAKAH PERLUNYA MALAYSIA MEMPUNYAI DASAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "APAKAH PERLUNYA MALAYSIA MEMPUNYAI DASAR"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

APAKAH PERLUNYA MALAYSIA MEMPUNYAI DASAR MBMMBI YANG JELAS

Kita telah mengetahui bahawa pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah

memutuskan agar dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI. Dasar ini bakal dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa pendekatan penting.

Antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan ialah berusaha untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, P & P pula ialah menggunakan semula bahasa melayu sebagai bahasa pengantar bagi subjek sains dan matematik di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Manakala penggunaan semula bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT. Bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar di luar bandar, kerajaan akan

menempatkan guru-guru bahasa inggeris terbaik dan juga yang diambil dari luar negara. Fungsi makmal komputer turut ditambah untuk memperluaskan kaedah P & P bagi

pengajaran kedua-dua bahasa ini. Jika dilihat pendekatan yang diambil oleh kerajaan tersebut, menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan sememangnya mengambil berat akan sistem pendidikan negara.

Sementelah pendidikan merupakan nadi penggerak pembangunan bagi sesebuah negara, maka Malaysia sebagai sebuah negara membangun perlu mempunyai dasar pendidikan yang tepat untuk diguna pakai bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Dasar terbaru iaitu

MBMMBI perlulah diterjemahkan dengan lebih jelas ibarat landasan ke arah misi melahirkan rakyat Malaysia yang berkebolehan, berilmu pengetahuan, dan seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmaninya. Oleh itu pada pendapat saya dasar baru yang digubal ini perlulah diperinci untuk memastikan kecemerlangan pencapaian pelajar-pelajar dalam pendidikan dapat terus dihasilkan.

Dasar ini digubal bagi mengelakkan masalah keciciran pelajar terutama pelajar di luar bandar dalam penguasaan bahasa inggeris. Penggunaan semula bahasa melayu dalam pengajaran matematik dan sains adalah untuk menaikkan semula prestasi pelajar dalam menguasai matapelajaran daripada peringkat asas. Sistem pendidikan negara perlu rigid dengan dasar baru ini kerana ia dilihat sebagai mesra pelajar. Pelajar boleh memahami asas ilmu dengan mudah sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Jika perubahan dasar berlaku dengan kerap ia bukan sahaja akan mengelirukan pelajar bahkan boleh menyebabkan keciciran pelajar dalam penguasaan mata pelajaran. Oleh itu kajian boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti sistem ini dari semasa ke semasa.

(2)

Referensi

Dokumen terkait

karena majas merupakan gaya bahasa dalam bentuk tulisan maupun lisan yang dipakai dalam suatu karangan yang bertujuan untuk mewakili perasaan dan pikiran dari pengarang.. Dari

Alasan memilih aluminium .sebagai material yang dijadikan prototype dan untuk pengembangan dalam dunia medis, khususnya ring external fixation, dan secara umum dapat

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Adapun memberikan uang kepada fakir-miskin, --baik karena ada sebab atau tanpa ada sebab tertentu, seperti membantu orang fakir yang membutuhkan uang, atau misalnya

Sebelum kesimpulan hasil penelitian dikemukakan, terlebih dahulu di utarakan keterbatasan maupun kelemahan-kelemahan yang yang ada pada penelitian ini. Hal ini

Padahal kalau melihat dari jumlah Link yang ada, cukup banyak halaman pada situs sehingga akan jauh lebih baik jika terdapat Link yang menuju site map.. 2.2 Analisis Halaman

Pemunculan penggunaan alternatif bahan dikarenakan semakin banyaknya jenis bahan bangunan yang diproduksi dengan kriteria mempunyai fungsi yang sama. Seiring dengan