BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI SABAH
Kerajaan Sabah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk anak negeri Sabah dan juga penduduk tetap di Sabah. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan bagi meringankan beban penduduk terutama sekali bagi golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan juga warga emas. Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu yang meliputi pelbagai aspek ialah :
Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Bantuan IKS / BAIKS 2020
Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) Bantuan RISDA 2020
Bantuan Biasiswa Yayasan Sabah Bantuan Khas We Care B40 Bantuan Rumah Kos Rendah
1. BANTUAN ZAKAT SABAH (MUIS)
SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON 1. Penduduk asal Negeri Sabah.2. Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap
3. Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi. BIL SKIM
BANTUAN
FAKIR MISKIN AMIL MUALAF AL-RIQAB
AL-
GHARIMIN
FISABILILLAH IBNU SABIL Sosial dan Ekonomi
1 Bantuan Am 2 Bantuan Perubatan 3 Bantuan Kecemasan 4 Bantuan Bencana Alam 5 Bantuan Pengurusan Jenazah 6 Bantuan Pembangunan Asnaf 7 Bantuan Kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz 8 Bantuan Elaun Guru Zakat JHEAINS 9 Bantuan Utiliti serta Pengimarahan Masjid dan Surau
Tahunan Pusat Dialisis (MUIS-NKF) 11 Bantuan Pelajar Fakir Miskin (Majikan Sekolah KPM) 12 Bantuan Rumah Anak Yatim (RAY) 13 Bantuan Badan/ Pertubuhan Kebajikan/ Bukan Kerajaan (NGO) 14 Bantuan Guru Panitia Agama Islam Pendidikan 15 Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA 16 Bantuan Tiket Penerbangan IPTA 17 Dermasiswa (Awal) 18 Dermasiswa (Lanjutan) 19 Dermasiswa (Tiket Akhir) Mualaf 20 Bantuan Meraikan Saudara Baru (Am Mualaf) 21 Bantuan Elaun Pelajar Kelas
Bimbungan Saudara Kita (KBSK)
Sila layari laman web ini untuk memohon bantuan zakat https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php
2. BANTUAN IKS / BAIKS 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan ada menyediakan Bantuan IKS atau ringkasnya BAIKS kepada usahawan IKS di Negeri Sabah. BAIKS merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah. Program ini bertujuan membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.
JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN BANTUAN IKS/BAIKS 2020 Bantuan yang di tawarkan terdiri dari 4 kategori berikut:
mesin dan kelengkapan, pembungkusan,
peningkatan syarikat ke Sdn Bhd dan e-dagang/digital
JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK
Semua syarikat IKS Sabah dalam bidang perkhidmatan dan bidang pembuatan makanan, minuman, produk bukan makanan dan kraftangan.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN Mempunyai lesen perniagaan Pemohon hendaklah rakyat Sabah
Mengeluarkan produk/memberi perkhidmatan Mempunyai premis perniagaan
Minat dan komitmen dalam perniagaan Berdaftar sebagai usahawan DIDR Mengemukakan Borang BAIKS 2020 SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON
Pemohon hendahlah rakyat Negeri Sabah.
Usahawan PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan. Mempunyai lesen perniagaan.
Lengkapkan kertas kerja dan lampiran-lampiran yang tertera di peringatan borang BAIKS2020 untuk dimuatnaik.
Berdaftar sebagai usahawan DIDR. Jika belum berdaftar, anda digalakkan mendaftar terlebih dulu.
CARA DAFTAR DIDR
Untuk membuat PENDAFTARAN USAHAWAN BARU DIDR,sila layari laman web ini
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfDL-6htCsylKKC2kKHMh6nnrfNeB7rR4o2bRzQLlYb2ttEbA/viewform
Langkah-Langkah Permohonan BAIKS 2020
1) Sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat di atas. 2) Sila tekan tab Mohon dan masukkan nombor IC anda. 3) Setelah masukkan nombor IC sila tekan butang Daftar. 4) Masukkan segala data di borang online DIDR.
5) Tekan butang Hantar.
6) Jangan LUPA untuk muat naik kertas kerja anda dan lampiran-lampiran yang berkenaan sekali denga kertas kerja anda dalam format PDF.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAIKS 2020
Para usahawan IKS yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan Bantuan IKS bagi tahun 2020 dengan dengan cara berikut :
Memohon melalui Portal BAIKS online https://baiks.smedidr.com.my, Mengemukakan permohonan melalui email [email protected]
Menghantar permohonan ke pejabat DIDR (Tingkat 1, Blok C Wisma Tun Fuad Stephens) TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2020. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Maklumat lanjut tentang BAIKS 2020 ini boleh dirujuk terus Jabatan Pembangunan
Perindustrian dan Penyelidikan di nombor telefon (088)210163/253445/215136 pada waktu pejabat.
3. BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)
BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT) Satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang akan diberikan secara one-off kepada ibu tunggal yang layak. Bantuan ini adalah berdasarkan pengkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM),Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita(JPW).
CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE BKIT
Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM bleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui :
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA MANUAL
Dapatkan borang permohonan ,sertakan dokumen diperlukan dan hantar kepada: Pejabat Pembangunan Wanita Negeri(JPWN)/JKM Negeri, PKMD,LPPKN atau
Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah ( Bagi pemohon di Sabah)
Pejabat JKM Sarawak/ Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak) atau
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA ONLINE Layari Portal rasmi https://www.jpw.gov.my/
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BKIT
Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut :
Penerima merupakan warganegara Malaysia yan menetap di Malaysia
Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal) dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM90 atau perkapita RM244 DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen Mandatori yang telah disahkan Salinan MyKad
Salinan Penyata Akaun tahun semasa Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian
Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin/MyKid/MyKadSijil Pengangkatan dari JPN dan
Salinan Slip Gaji Terkini/Pengesahan Pendapatan daripada penghulu/Majikan) DOKUMEN SOKONGAN
Surat Akaun Doktor(Jika berkenaan)
Surat Akaun Sumpah (Sekiranya dalam proses penceraian) KAEDAH BAYARAN BKIT
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank permohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif TARIKH PEMBAYARAN BKIT
Bayaran adalah mulai JULAI sehinga NOVEMBER 2020 SEMAKAN STATUS PENERIMAAN BKIT
Status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
Menurut Jabatan Pembangunan Wanita, ibu tunggal dapat ditakrifkan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau;
Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf.
Oleh itu, jika seseorang wanita itu tergolong di dalam salah satu kriteria di atas, maka mereka layak dipanggil ibu tunggal dan layak untuk menerima bantuan ibu tunggal.
4. BANTUAN RISDA 2020
Industri getah adalah antara sumber pendapatan negara.Pelbagai produk menggunapakai getah untuk barangan dan produk mereka. Tetapi hari ini industri getah semakin mencabar ekoran harga getah terus merudum turun. Hal ini menimbulkan kerisauan dikalangan penoreh getah di Malaysia. Bagi memberi dorongan dan semangat kepada pekebun kecil getah di Malaysia, pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perushaaan Getah (RISDA) telah mengambil langkah dastik bagi
menjaga kepentingan penoreh getah dan pengusaha getah di Malaysia. APA ITU RISDA
RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.
Antar fungsi dan peranan RISDA :
Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil;
Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawasi Skim yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI Akta RISDA 1972;
Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan pendidikan kepada sektor pekebun kecil;
Mengumpulkan dan menguruskan perangkaan atau maklumat yang perlu dan menyenggara rekod yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil;
Merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang boleh meningkatkan taraf kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
Melakukan apa-apa perkara lain yang membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
RISDA telah perkenalkan pelbagai bantuan getah kepada yang layak. Sudah pastinya untuk anda menerima tawaran bantuan RISDA ini, anda perlu lakukan pendaftaran terlebih dahulu.
DAFTAR PEKEBUN KECIL
Cara Daftar/Permohonan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)
Pekebun Kecil hadir ke Pejabat RISDA (PT) berdekatan untuk mengisi borang pendaftaran dan memohon SIC.
PT hendaklah memastikan Borang Soal Selidik (Borang Pendaftaran) yang disediakan lengkap diisi.
PT hendaklah menginput maklumat pekebun kecil ke dalam system e-Banci. PT hendaklah mengisi permohonan SIC melalui sistem e-SIC.
Dokumen diperlukan ketika memohon SIC Salinan geran tanah yang sah. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
Gambar terbaharu berukuran passport berlatarbelakangkan warna biru. Faedah SIC
i. Sebagai bukti seseorang individu itu adalah pekebun kecil dan telah berdaftar dengan RISDA
ii. Memudahkan pekebun kecil berurusan dengan pejabat RISDA dan mengesahkan mereka telah dibanci dan didaftarkan dalam perangkaan RISDA
iii. Memudahkan pegawai RISDA dan pekebun kecil mengetahui maklumat profil pekebun kecil itu sendiri dengan mengimbas QR CODE di belakang kad
iv. Maklumat pekebun kecil mudah dikemaskini dari masa ke semasa yang akan membantu RISDA membuat perancangan pembangunan pekebun kecil di masa hadapan
v. Pemilikan SIC dijadikan sebagai syarat untuk diberikan keutamaan menerima bantuan Program Pembangunan RISDA
Kelayakan Pemegang SIC Warganegara Malaysia Pekebun kecil getah Pekebun kecil sawit
SENARAI BANTUAN RISDA 2020
Program Peningkatan Produktiviti (PPG)
Contoh bantuan PPG antaranya adalah cawan getah, spring pengilat getah, sudu, pisau toreh dan racun rumpai kerana kos untuk peralatan itu kira-kira RM500 sehektar. Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)
Bantuan SIPG pula adalah bahan rangsangan susu getah jenama enthopon dan baja yang kosnya berjumlah RM315 setiap seorang. Kita berikan 16 beg baja untuk sehektar dan satu beg baja ini boleh digunakan untuk 10 pokok getah
Bagi pekebun kecil yang mahu menggunakan bahan penggalak lain boleh berbuat demikian tetapi perlu mendapat kelulusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan syarat mampu meningkatkan hasil susu getah.
Contoh bantuan SIPG :
Baja RISDA 4 , Etefon ,Cuka getah
PROGRAM INFRASTRUKTUR PEMASARAN (PIP) Peruntukan bagi pembinaan PIP adalah seperti berikut Jenis Kos/Unit (RM)
PTS 250,000 DPS / DPL 25,000 PMGB 50,000
Sekiranya kos pembinaan melebihi daripada peruntukan yang diluluskan, perbezaan ini hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon.
PROGRAM TANAM SEMULA
RISDA juga menyediakan bantuan tanam semula. KADAR BANTUAN TANAM SEMULA
14,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sabah sahaja) BANTUAN MUSIM TENGKUJUH(BMT)
Jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600
SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020 ONLINE
1. Semakan status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat secara online menerusi pautan http://www.webapp3.risda.gov.my/
INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah di Negara ini menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.
IPG diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 se kilogram ATAU purata bulanan harga cuplump/sekerap di bawah paras RM2.50 se kilogram. Contoh: Harga Purata peringkat ladang adalah RM2.00 sekilo.
Bayaran insentif yang akan diberikan adalah RM0.50 bagi setiap kilogram. Insentif ini dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia,bukan RISDA.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPG, baca https://kekandamemey.com/cara-tuntutan-insentif-pengeluaran-getahipg.html
5. BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH
Bantuan biasiswa Yayasan Sabah adalah untuk pelajar lepasan SPM dan STPM dari Sabah. Yayasan Sabah memberi peluang biasiswa kepada pelajar dari Sabah. Selain itu, Yayasan Sabah menawarkan bantuan One-Off untuk pelajar dari Sabah. Di samping itu, Yayasan Sabah juga menyediakan tajaan Dermasiswa, Biasiswa, Pinjaman Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2020.
Tujuan utama bantuan biasiswa Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman di peringkat menengah dan pengajian tinggi.
SYARAT BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH
Sekiranya anda layak untuk memohon, anda sangat digalakkan untuk memohon segera. Berikut adalah syarat bagi memohon biasiswa Yayasan Sabah :
Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah atau;
Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah atau;
Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah tetapi salah seorang ibu atau bapa adalah berstatus Penduduk
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/ Penjaga. Sijil-sijil persekolahan.
Satu keping gambar berukuran pasport.
Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja), atau; slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja).
Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai kerajaan). Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada)
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BIASISWA YAYASAN SABAH
Anda perlu mempunyai email peribadi untuk tujuan memohon biasiswa. Setiap pemohon perlu mendapatkan PIN no untuk membuat permohonan. Sila bawa salinan kad pengenalan bersama semasa hendak membeli PIN no yang berharga RM3.00.
PIN boleh diperolehi dari pejabat-pejabat cawangan Yayasan Sabah seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau, Kota Marudu, Beaufort, Tawau dan Kuala Lumpur.
Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara Blok 27 & 28, Tingkat 1
Langkon Commercial Centre KOTA MARUDU
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah
Km 5, Jalan Apin-Apin, Keningau Peti Surat 104
89007 KENINGAU
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya
Peti Surat 160 89807 BEAUFORT
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai
Beg Berkunci No. I 90009 SANDAKAN
Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan
Peti Surat 820 91008 TAWAU
Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur Wisma Yayasan Sabah
5-5E, Lorong Enau, Off Jalan Ampang 55000 KUALA LUMPUR
Pejabat Yayasan Sabah Aras 6, MG-3
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Off Jalan Tunku Abdul Rahman
88000 KOTA KINABALU
Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara atas talian di portal yang telah disediakan. Layari web http://www.yayasansabahgroup.org.my untuk memohon. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Yayasan Sabah :
Nombor telefon : +(60) 88 326300 Fax : +(60) 88 326424
Email : [email protected]
Alamat : Menara Tun Mustapha Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah Teluk Likas,Peti Surat 11623, 88817 Kota Kinabalu Sabah, MALAYSIA
6. BANTUAN KHAS WE CARE B40
B40 adalah kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah terendahh di Malaysia. Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawahRM4,360.00
JUMLAH BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH RM 300 secara one-off ke dalam akaun pemohon jika layak
SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
Hanya golongan B40 yang menentap di Negeri Sabah layak untuk mendapat bantuan ini. Pendapatan isi rumah haruslah dibawah RM4,360 sebulan.
Anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia Golongan B40
CARA MEMOHON BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
1. Baca dan semak kelayakan anda untuk memohon Bantuan Khas WE CARE B40 untuk rakyat Sabah.
2. Jika anda layak, boleh mula mengisi borang permohonan di https://wecare.sabah.gov.my/permohonan
3. Borang permohonan ini mempunyai empat (4) bahagian yang merangkumi maklumat
peribadi, maklumat pendapatan, maklumat akaun bank dan pengesahan maklumat. Anda wajib untuk mengisi kesemua medan yang diperlukan dan setiap pemohon hanya terhad kepada satu (1) permohonan sahaja.
SEMAKAN PERMOHONAN & BAYARAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH 1.Jika anda telah mengisi permohonan baharu, permohonan anda akan diproses.
2.Anda boleh menyemak permohonan anda berjaya atau gagal di https://wecare.sabah.gov.my/semakan
3.Masukan nombor kad pengenalan anda. Kemudian Semak keputusan permohonan.
4.Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui, anda boleh memohon dengan klik di sini atau klik pada pautan permohonan
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH Berikut adalah cara Semakan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia Di Bawah Pakej Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah :
1. Sila layari https://bkn-covid.sabah.gov.my/
2. Masukan nombor kad pengenalan anda 3. Masukan Huruf Captcha untuk verifikasi 4. Akan keluar maklumat bayaran
MAKLUMAT LANJUT TENTANG BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di nombor talian Puan Kamsiah 016 8305475 Puan Chung 016 8303812 Puan Aidah 019 5083983 Encik Hisham 019 8315732 Puan Hamizah 010 7862210
7. BANTUAN RUMAH KOS RENDAH
Program ini adalah satu program kerajaan negeri sabah untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPB) adalah agensi pelaksana utama untuk permohonan rumah SEWA/RUMAH DIBELI berharga RM47,000 seunit dan ke atas.
LPPB bertujuan untuk menyediakan peruntukan seperti ini agar semua rakyat sabah yang berpendapatan rendah akan dapat memiliki sebuah rumah. Sebelum itu, pihak yang berminat untuk memiliki sebuah rumah, pihak tersebut haruslah membuat permohonan yang telah disediakan seperti di bawah.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN
Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah) Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon
Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750.00 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan
Tidak memiliki rumah kediaman sendiri Tidak memiliki tanah sendiri
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat diatas, anda boleh mendaftar dalam Sistem Pendaftaran Terbuka LPPB untuk mendapatkan rumah.
DAFTAR RUMAH KOS RENDAH SEWA/BELI SABAH Mendaftar Rumah Kos Rendah (sewa atau beli), sila
klik https://lppbspt.cloud.joget.com/jw/web/userview/sys_harta/sys_online1/_/D54377S00C1 2458XB9471EA5A3814P23
CARA PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SEWA/BELI SABAH Pastikan cari Sistem Pendaftaran Terbuka Klik Maklumat Lanjut
Baca semua syarat yang diperlukan
Scan Kad Pengenalan dan Surat Lahir anda Klik Pendaftaran Atas Talian
Baca syarat yang diperlukan untuk rumah sewa / rumah beli bagi harga rm47,000
Klik Submit
Masukkan gambar yang telah di scan iaitu kad pengenalan & Surat Lahir Tandakan Kotak kecil
Klik Complete menandakan selesai Lengkapkan maklumat yang diminta Pastikan maklumat anda adalah betul Selesai isi, klik complete
Permohonan selesai
SEMAKAN PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SEWA/BELI SABAH
Anda boleh semak sama ada permohonan ada diluluskan atau gagal dengan menyemak emel yang akan dihantar kepada anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
LEMBAGA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN BANDAR, SABAH Hubungi Kami
+6088 287 777 / +6088 222 670 [email protected]