• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN POSITIF TAMADUN BARAT DALAM ASPEK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESAN POSITIF TAMADUN BARAT DALAM ASPEK"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN POSITIF TAMADUN BARAT DALAM ASPEK KEBUDAYAAN

Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup kita yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat atau tamadun. Tidak dapat dinafikan bahawa tamadun Barat sememangnya telah memberi banyak impak positif dalam kehidupan kita pada masa ini.

Kita dapat lihat impak positif Barat dalam budaya makan. Negara Barat banyak membuka restoran fast-food seperti McDonald’s, Kentucky Fried Chicken dan Pizza Hut di sekitar negara kita. Istilah fast food yang diperkenalkan oleh tamadun Barat merujuk kepada makanan yang dapat disiapkan dan dilayankan dengan cepat. Biasanya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual kepada pelanggan dalam sebuah bentuk paket untuk dibawa pergi (take-away/ take-out). Cara pemakanan ini amat berguna kepada golongan yang berkerja dan sentiasa sibuk. Golongan tersebut biasanya perlukan masa yang singkat untuk mencari makanan. Jadi restoran fast-food antara cara penyelesaian kepada golongan berkerja yang tiada masa untuk makan. Bukan itu sahaja, melalui pembukaan restoran fast-food yang banyak telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.

(2)

Seterusnya, tamadun Barat juga telah mendatangkan impak positif dalam budaya kesenian yang merangkumi seni muzik, tarian mahupun seni visual. Kemunculan pelukis-pelukis terkenal Eropah pada zaman renaissance seperti Leonardo da Vinci serta beberapa orang pelukis-pelukis terkenal yang lain seperti Van Gogh dan Picasso telah membuka minda masyarakat tentang kepentingan seni visual. Tamadun barat juga telah memperkenalkan genre-genre muzik yang pelbagai seperti Jazz, Rock dan Pop yang kini menjadi halwa telinga masyarakat sekitar dunia. Terdapat muzik yang diperkenalkan membawa mesej positif yang berunsurkan nilai kemanusiaan ke seluruh dunia. Tarian-tarian yang diperkenalkan oleh tamadun Barat seperti Tarian-tarian ballet dan Waltz juga telah dibudayakan di sekitar dunia dan sering dilakukan di pesta-pesta keraian.

Akhir sekali, impak positif daripada tamadun Barat ialah budaya belajar mereka. Seperti yang kita sedia maklum, cara pembelajaran mereka lebih maju dan mereka rajin bertanya soalan kepada pengajar. Melalui sikap ingin tahu yang kuat justera menyebabkan daya pemikiran mereka lebih terbuka dan luas ke hadapan. Budaya seperti ini boleh diterapkan atau diasimilasikan di institut-institut pengajian kita.

(3)

KESAN NEGATIF TAMADUN BARAT DALAM ASPEK KEBUDAYAAN

Sebagai sebuah negara yang besar dan maju dalam pelbagai aspek, negara-negara Barat telah berjaya menguasai hampir semua ekonomi dan politik di setiap pelusuk dunia. Melalui penguasaan yang luas tersebut, mereka telah bertindak menyebarkan budaya mereka ke sesebuah negara lain yang kurang maju. Sebagai contoh, Amerika Syarikat menggunakan landasan globalisasi untuk menyebarkan nilai-nilai, amalan dan norma hidup mereka ke seluruh dunia termasuklah negara Malaysia sendiri. Penyebaran budaya barat telah menyebabkan budaya masyarakat Malaysia hari ini semakin menuju ke arah budaya Barat. Hal ini terbukti apabila kita melihat semula budaya makan, budaya fesyen, budaya muzik dan hiburan serta bahasa yang dipraktikkan atau diguna oleh generasi muda masa kini.

Tidak asing lagi sekiranya hari ini kita melihat francais atau restoran makanan barat yang semakin bertambah terutamanya di kawasan bandar yang sentiasa membangun. Antara jenama makanan barat yang mendapat sambutan ramai rakyat Malaysia ialah Kentucky Fried Chicken, McDonald’s, Domino’s Pizza, Chilis, Subway dan banyak lagi. Manakala kita melihat produk minuman keluaran industri Barat seperti Coca-Cola, Pepsi, Seven Up, Mountain Dew termasuklah minuman keras seperti Label 5, Carlsberg, Jack Daniel dan sebagainya. Kemudian, tidak lupa juga makanan ringan seperti Mister Potato, Pringles, Ferrero Rocher yang sentiasa menjadi pilihan golongan muda.

(4)

Seterusnya, budaya fesyen yang dipamerkan oleh negara-negara Barat. Fesyen ini termasuklah pakaian, beg, kasut, topi dan banyak lagi. Generasi muda semakin mengikut trend pakaian budaya Barat seperti crop top, high-waisted pant dan skinny jeans. Seiring dengan fesyen tersebut, negara Barat menjual pelbagai jenama yang boleh didapati di pusat beli-belah hari ini. Contohnya, Levi’s, Voir, Gucci, Prada, Nike dan lain-lain. Walaupun jenama Barat agak mahal tetapi kadar pembelian dan penerimaan rakyat Malaysia adalah tinggi kerana mereka percaya bahawa produk keluaran Barat adalah berkualiti tinggi dan selesa untuk dipakai. Sesetengah fesyen tidak sesuai atau bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia yang menggalakkan agar kaum wanita untuk berpakaian lebih baik dan sopan. Pemakaian yang ketat dan menjolok mata telah menyebabkan budaya asal kita dilupakan sehingga maruah diri sendiri tidak dijaga. Sekiranya hal ini berterusan, kita akan melihat semakin jarang penggunaan baju tradisional dalam kalangan generasi muda. Contohnya, anak Melayu hari ini jarang bersongkok dan menggunakan baju Melayu ketika ke masjid atau surau. Mereka hanya mengguna pakaian tradisional tersebut untuk perayaan atau majlis-majlis tertentu sahaja seperti kenduri perkahwinan dan hari raya. Fesyen ini boleh dikaitkan dengan fesyen rambut juga. Buktinya, golongan muda terutamanya lelaki terikut-ikut dengan potongan rambut pemain bola Neymar ataupun digelar sebagai fesyen semi mohawk.

Bukan itu sahaja, negara Barat turut menyebarkan budaya mereka melalui muzik dan hiburan. Pelbagai jenis muzik seperti pop, country, punk, rock, rap yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi Barat semakin mendapat tarikan remaja masa kini. Kebanyakan remaja didedahkan kepada unsur-unsur negatif yang telah diterapkan dalam lirik lagu. Terdapat lagu yang menerapkan perkataan kesat atau berunsur lucah. Apatah lagi sekiranya mereka mengagung-agungkan penyanyi tersebut sehingga remaja mudah terpengaruh. Kesannya, kita lihat hari ini berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dan remaja juga kurang menghargai hasil karya lagu penyanyi tempatan kita sendiri. Sepatutnya, kita menyokong artis Malaysia dengan harapan mereka mampu mengharumkan nama Malaysia di serata dunia melalui muzik ciptaan mereka sendiri. Keunikan Malaysia dapat ditonjolkan melalui artis tempatan kita sekiranya mereka diberi peluang untuk meluaskan muzik mereka ke luar negara.

(5)

HBO dan berbagai lagi yang menyiarkan rancangan-rancangan mereka. Tambahan pula, terdapat sesetengah rancangan ini yang tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia namun masih ditayangkan. Contohnya, rancangan seperti Gossip Girl dan Desperate Housewives yang menceritakan kisah dimana kehidupan watak utama bergaul bebas tanpa mengira jantina. Mereka minum arak, berparti, dan juga mengamalkan amalan seks bebas. Cara hidup begini adalah kebiasaan di Barat, tetapi bukan di sini. Remaja yang menonton rancangan-rancangan seperti ini akan mudah terpengaruh dan akan sudah pasti teringin untuk mengikuti cara hidup remaja barat yang tampak menyeronokkan. Kemudian bidang pembuatan dan penyebaran filem porno, jenayah, fiksyen dan khayalan yang dibintangi artis-artis Barat juga semakin berleluasa di Malaysia. Semua filem berunsur negatif tersebut boleh dicari dengan hanya melayari Internet.

Akhir sekali, pengunaan Bahasa Inggeris itu sendiri telah dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Kita boleh lihat lambakan hasil-hasil karya penulis-penulis Barat dalam bentuk buku, novel, majalah, jurnal dan sebagainya di benua Asia. Walaupun bukan semua hasil penulisan Barat berbentuk negatif tetapi mereka menyelit dan menyebarkan fahaman mereka lebih-lebih lagi jika fahaman tersebut boleh mendatangkan keuntungan. Begitu juga dengan media massa elektronik yang digunakan sebagai medium untuk menyebarkan fahaman dan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan dan ketamadunan. Keberkesanan agen-agen media Barat yang menggambarkan masyarakat Barat sebagai jauh lebih maju dan telah berjaya mencapai kemakmuran hidup, segala perlakuan mereka menjadi ikutan masyarakat dunia.

Prinsip hidup masyarakat Barat yang liberal dan kononnya tidak mengamalkan diskriminasi antara agama, jantina dan bangsa telah dianggap sebagai suatu kemajuan. Mereka mengiktiraf kebebasan individu yang bertentangan dengan norma hidup dan nilai agama. Contohnya, mereka membenarkan perkahwinan sejenis, menghalalkan pergaulan bebas dan seks di luar ikatan perkahwinan dan meletakkan taraf haiwan setaraf manusia sehingga layak mewarisi pusaka.

(6)

Referensi

Dokumen terkait

nasional. 5) Dalam pengukuran yang dilakukan untuk pembuatan peta dasar. pendaftaran dimaksud pada ayat 1, selain

Itulah kiat-kiat Azmil Mufarricha Fajarani yang akhirnya meraih predikat sebagai wisudawan terbaik jenjang S-1 dalam wisuda Maret 2017 dari Fakultas Perikanan dan Kelautan

Sehubungan dengan kesimpulan hasil penelitian ini, maka implikasi dalam hasil penelitian ini bahwa ada hubungan positif antara minat melanjutkan studi siswa di

Pelayanan Sosial Asuhan Anak Budi Asih adalah sebuah lembaga pemerintahan yang bertanggung jawab menyelengarakan alternatif perlindungan bagi anak asuh yang

Sehingga pada penelitian ini akan dilakukan survei Sub Bottom Profile (SBP) dengan tujuan untuk menganalisa ketebalan sedimen pada muara Sungai Bengawan Solo,

Selanjutnya, bagaimana kemudian sehingga pelayanan bergeser atau berpindah/pemekaran dari desa Borgo ke desa Ranowangko yang sekarang sebagai suatu jemaat mandiri

Iklan Baris Iklan Baris JAKARTA BARAT Rumah Dikontrakan Rumah Dijual JAKARTA PUSAT LAIN-LAIN JAKARTA SELATAN JAKARTA TIMUR BODETABEK.. DIKONT 2LT

Adapun maksud dari perencanaan bangunan pengolahan air buangan ini agar dapat menghasilkan kualitas limbah pelapisan logam yang sesuai dengan standart baku